Support My Blog

Thursday, September 10, 2026

MADU LEBAH DAN FAKTA PENTING (PART 4)

MADU LEBAH (Honey Bee) adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.


Banyak kajian di lakukan mengenai kehebatan khasiat madu lebah yang asli dan bukan mengambil madu lebah tiruan atau madu lebah sintetik yang sukar orang membezakannya. Apa pun memakan madu lebah asli memberikan pelbagai khasiat hebat termasuk aspek meningkatkan tenaga segera serta ia akan menguatkan sistem imun badan serta melegakan batuk dan sakit tekak. Ada di laporkan akan khasiat penting Madu Lebah Asli iaitu antarnya adalah ia mampu Meningkatkan Tenaga dimana jenis gula semula jadi seperti glukosa dan fruktosa membekalkan tenaga dengan pantas kepada tubuh. Madu lebah di kaitkan dapat Menguatkan Imunisasi sebab ia bersifat antibakteria dan antioksidan akan membantu melawan jangkitan kuman dan ancaman oleh bakteria. Baik madu lebaj jika ia di gunakan untuk Rawatan Melecur dan Luka sebab ia ada sifat antiseptik dan antimikrob mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil pada kulit. Ia juga bagus untuk tujuan dalam Rawatan Penghadaman apbila jenis enzim di dalam madu menyokong kesihatan usus serta melegakan masalah kembung perut. Selanjutnya ia memang mampu Meredakan Batuk dan ia berkesan untuk melicinkan tekak yang kering dan mengurangkan gejala batuk yang menyerang sama ada golongan dewasa, remaja dan bayi juga. Bagaimana pun di laporkan masih ada ancaman dan risiko utama memakan madu lebah ialah 'keracunan botulisme bayi' bagi kanak-kanak di bawah umur satu tahun. Penulis blog kongsikan fakta dimana ada risiko Madu Lebah pertama adalah Kes Botulisme Bayi (Infant Botulism) dimana bayi di bawah 12 bulan dilarang sama sekali memakan madu kerana usus mereka belum matang dan berisiko tinggi dijangkiti spora bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan kelumpuhan kepada otot bayi. Pastinya isu berlaku kenaikan Gula Darah akan berlaku sebab madu mengandungi kadar fruktosa dan glukosa yang tinggi; pengambilan berlebihan boleh menaikkan paras gula dalam darah dan berbahaya kepada pesakit kencing manis. Ia juga berisiko akan menyebabkan kes Penambahan Berat Badan apabila kandungan kalori yang tinggi dalam madu boleh menyumbang kepada masalah obesiti jika diambil secara berlebihan setiap hari.  Perlu awasi dengan Jenis Madu Tiruan atau jenis madu yang dicampur dicampur air gula atau bahan kimia tidak memberi khasiat sebenar dan boleh mengekalkan berat badan serta membawa penyakit. Ada juga risiko akan Jenis Madu Beracun (Mad Honey) dimana di laporkan ada sesetengah madu dari kawasan tertentu yang mengumpul nektar bunga tertentu (seperti rododendron) dimana ia di laporkan memang mengandungi grayatoksin yang boleh menyebabkan muntah, pening dan denyut jantung perlahan. Bagaimana pun mengambil madu perlu ikuti syor yang di tulis pada abel pembungkusan dan disimpan di tempat yang selamat.


Kisah mengenai madu lebah yang sudah di gunakan manusia sejak ribuan tahun dulu ada banyak pepercayaan dan kisah mitosnya tersendiri. Paling simpel adalah mitos bagaimana selalunya ramai percya jika madu lebah ialah anggapan bahawa madu asli tidak akan pernah dihurung oleh semut. Apa pun mitis madu lebah asli dengan semut ada tanggapan bahawa madu asli ianya  akan dihindari semut adalah salah. Semut menyukai benda manis dan madu asli mengandungi gula semula jadi (fruktosa dan glukosa) yang menarik minat semut. Bagaimana pun mungkin juga semut mungkin tidak akan ia menghurung madu yang sangat pekat akan tetapi ia tetap akan datang jika kelembapan madu meningkat. Mitos kedua berkait iaitu Madu Dalam Peti Ais dimana ada yang percaya madu asli akan membeku atau keras jika dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hakikatnya atau faktanaa imana jenis madu asli tidak perlu disimpan dalam peti ais dan proses pemejalan atau proses pembentukan kristal bergantung kepada kandungan gula serta suhu persekitaran dimana apabila madu itu ada banyak gula pasir didalamnya ia akan menjadi kristal didalam peti ais di bahagian bawahnya. Terdapat juga Mitos Madu Tidak Rosak apabila ada yang percaya jenis madu asli ia dikatakan tahan selama-lamanya dan tidak boleh rosak. Walaupun madu asli ini ia mempunyai kadar air yang rendah dan bersifat anti-bakteria akan tetapi faktanya ia masih boleh rosak akibat pencemaran air, penyimpanan yang salah atau dicampur dengan bahan asing. Akhir sekali penulis blog kongsikan berdasarkan pengalaman dimana Madu Lebah ada Mitos Kesihatan apabila ramai percaya bahawa madu asli mestilah sangat cair atau sebaliknya sangat pekat sesuai di jadikan makanan kesihatan. Faktanya adalah apa pun tahap kelikatan madu berbeza mengikut spesies lebah, kawasan dan jumlah kandungan air semula jadi di dalamnya. Kandungan air sekitar 18-20% adala kadar kekepatan yang ideal bagi manisan eperti madu lebah mengikut definasi kementerian kesihatan.


Madu Tiruan atau 'F
ake Honey' atau 'Artificial honey' atau 'Adulterated honey' adalah sejenis produk pemanis buatan atau campuran sirup gula yang mana ia dilihat menyamar sebagai madu asli tanpa dihasilkan sepenuhnya melalui proses semulajadi dari lebah madu untuk ia mengumpulkan nektar dari bunga dan di proses sehingga menjadi Madu Lebah Asli.  Penulis blog ada menusli beberapa artikel dalam blog ini mengenai isu kehadiran madu lebah tiruan di Malaysia terus menjadi kebimbangan iaitu dengan dakwaan pasaran tempatan berdepan lambakan produk palsu atau campurkan sirap gula sehingga mencecah kepada tahap 80 - 90 peratus. Menurut kenyataan pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bahawa pemantauan menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ada mendapati peratusan produk madu yang tidak mematuhi piawaian atau standard di pasaran adalah jauh lebih rendah daripada dakwaan luar iaitu sekitar 6 peratus sahaja berdasarkan sampel yang diuji. Menyentuh tentang piawaian makanan iaitu di bawah Peraturan 130 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, madu lebah yang asli di Malaysia mesti mengandungi iaitu sekurang-kurangnya 60% gula penurunan, sukrosa tidak melebihi 10% dan kandungan hydroxymethylfurfural (HMF) tidak melebihi 80 mg/kg. Sementara itu bagi madu lebah ikut piawaian Madu Kelulut sudah ada standard khusus iaitu Malaysian Standard (MS 2683) turut ditetapkan bagi menjamin spesifikasi dan kualiti madu kelulut tempatan yang mana penulis blog ada terlibat sama semasa penyediaan standard SIRIM ini dahulu. Beberapa risiko dan panduan kepada para pembeli selelu terpengaruh dengan isu 'Harga Murah' dimana lazimnya produk madu tiruan atau campuran air gula atau gula Melaka selalunya dijual pada harga jauh lebih murah jika ia dibandingkan dengan jenis madu asli. Sebaiknya lakukan Jenis Ujiam Makmal bagi tujuan pengesahan ketulenan yang tepat memerlukan ujian makmal kerana penipuan sukar dikesan hanya melalui fizikal atau pembungkusan. Dilaporkan dimana jenis produk madu lebah tiruan ialah madu palsu yang dihasilkan daripada campuran air, gula, sirap, atau bahan kimia tanpa melalui proses oleh lebah. Dari aspek definasi di laporkan dimana madu tiruan ini ia adalah sejenis produk yang menyerupai madu yang dibuat daripada sirap gula, air, bahan pewarna, atau bahan pemanis buatan. Selalunya mereka akan menggunakan bahan biasa seperti jenis gula pasir yang sudah dicairkan (sirap gula), glukosa atau fruktosa sintetik. Apa pun tujuan pembuatan madu tiruan ini ia biasanya dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan mudah kerana kosnya sangat murah berbanding madu asli.  Cara membuat Madu Tiruan ada penulis blog tulis sebelum ini akan tetapi ringkasnya ia proses pemanasan jenis gula pasir dicampur dengan air dan sedikit bahan asid (seperti perahan limau) lalu dipanaskan sehingga menjadi sirap gula pekat atau gula penuyat (invert sugar) yang menyerupai warna serta kepekatan madu. Kemudian ia akan dicampur dengan bahan asing atau dengan bahan tambahan seperti kanji, karamel untuk warna, atau perisa tiruan. Ia mudah di buat dimakmal dan ada yang akan menggunakan campuran air, gula tebu, sirup jagung, atau karamel tanpa sebarang kandungan nektar asli.  Dalam kes lain cara membuatnya dengan membuat jenis 'Madu Campuran' iaitu madu asli yang dicairkan atau dicampur secara berlebihan dengan sirup gula murah bagi tujuan akhir iaitu untuk meningkatkan kuantiti jualan. Aktiviti dan produk ini memang ia sukar dikesan sebab rupa dan rasa manis madu tiruan hampir tidak boleh dibezakan dengan mata kasar atau lidah biasa melainkan melalui ujian makmal seperti pemeriksaan kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) apa lagi dengan teknologi dan perlabelan botol yang hebat dan menarik. AKan berlaku ancaman dan kesan negatif mengambil jenis Madu Tiruan iaitu kes risiko kesihatan terutama mereka ada kes Kencing Manis. Ini kerana kandungan gula ringkas dan sirup tambahan yang tinggi boleh menyebabkan lonjakan kadar gula dalam darah secara mendadak yang mana iia akan membahayakan pesakit diabetes. Ancaman kes Obesiti dan Kerosakan Gigi juga akan berlaku sebab pengambilan bahan pemanis buatan berlebihan menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan serta kerosakan kesihatan metabolik badan. MAdu Tisruan memang tiada Khasiat Perubatan dimana ia tidak mempunyai enzim, vitamin dan sifat seperti bahan antioksidan atau antibakteria yang wujud secara semula jadi di dalam madu asli. Ia juga berikan kesan buruk kepada Ekonomi Negatif iaitu ia akan menjejaskan teruk pendapatan penternak madu tempatan yang jujur akibat persaingan tidak sihat daripada produk tiruan murah di pasaran. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, dan Part 4 yang sesuai di baca kesmeuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technilgy kali ini. Wasallam!!!..

MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...
ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).

Wednesday, September 9, 2026

MADU LEBAH DAN FAKTA PENTING (PART 3)

MADU LEBAH (Honey Bee) adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.


Menarik kfakta di Malaysia dimana ada terdapat beberapa jenis madu lebah utama di Malaysia dan diseluruh dunia yang dibezakan mengikut spesies atau jenis lebah serta sumber nektar bunganya. Bagi penulis blog dimana didalam industri penternakan lebah dilaporkan ada terdapat tiga jenis lebah utama yang paling popular diternak untuk menghasilkan madu terutamanya di Malaysia dan rantau Asia. Ia adalah terdiri daripada Jenis Lebah Eropah atau Lebah Import atau Lebah Itali (
Apis mellifera) yang mana ia merupakan lebah madu yang dikomersilkan dan di import yang menjadi pilihan utama untuk industri madu berskala besar di seluruh dunia (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ia akan hasilkan madu dengan cirinya yang pekat, berwarna cerah atau keemasan  dan mempunyai rasa manis yang dominan. Aspek kelebihan lebah ini dimana ia juga penulis blog selalu pegang dan ia sangat jinak, mudah diuruskan dalam kotak sarang moden dan mempunyai produktiviti penghasilan madu berkualiti yang sangat tinggi. Penulis blog ada membuat bantuan mengimport induk raru lebah ini untuk di berikan kepada penternak sukses di Pahang diimport dari Australia semasa bertugas dulu bagi menggantukan koloni lama yang sudha kurang produktif (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sekitar 100 ekor ratu induk dari Autralis diagihkan kepada 10 orang penternak lebah madu diseluruh negara ketika itu (2014) dan dilaporkan ia berjaya meningkatkan produktiviti madu lebah. Kedua ada Jenis  Lebah Kampung atau Jenis Lebah Keran (Apis cerana) yang selalunya ia juga adalah merupakan lebah madu asli tempatan (Asia) yang hidup di kawasan kebun, dusun atau pinggir hutan. Jenis lebah keran akan menghasilan madu yang mana rasanya adalah sebagai manis asli dan ia  juga biasanya bergantung kepada nektar bunga buah-buahan atau pokok kelapa di sekeliling sarang. Ciri kelebihan madu lebah keran ini dimana ia boleh diternak secara kecil-kecilan dalam kotak haif, serta mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap penyakit tempatan berbanding lebah import bagaimana pun jumlah hasilnya adalah kurang berbanding dengan jenis llebah import. Bagaimana pun terkini sduah ada Jenis Lebah Kelulut atau di gelar sebagai 'Stingless Bee' dengan beberapa spesis antaranya Jenis Trigona itama dan Jenis Trigona thoracica. Penulis blog ada menulis berpuluh artikel mengenai kelut dn madu kelulut untuk di baca dari blog ini. Apa pun jenis lebah kelulut ialah lebah bersaiz kecil yang tidak mempunyai sengat. Di Malaysia sellaunya spesis ini adalah antara yang paling banyak diternak secara komersial. Madunya mempunyai rasa masam-manis yang unik dan tekstur yang lebih cair kerana kandungan airnya yang lebih tinggi (sekitar 30%) dengan anggaran harga kelulut sekitar RM100- RM 150 sekilogram bergantung kepada kualiti, gred, musim dan sebagainya. Apa pun sebagai panduan di mana jenis Lebah Hutan atau Lebah Tualang (Apis dorsata) tidak termasuk dalam kategori lebah ternak kerana sifatnya yang sangat liar dan agresif. Madu Tualang hanya boleh diperoleh secara semula jadi dengan memburunya di dalam hutan.


Penulis blog nyatakan fakta dimana Jenis Madu Boleh di Kelaskan Mengikut Jenis Lebah diman sebagai contoh Jenis Madu Lebah Tualang ia hanya dihasilkan oleh lebah liar (Apis dorsata) yang membina sarang tinggi di pokok Tualang hutan. Apa pun jenis madu Tualang ialah madu asli yang dihasilkan oleh lebah liar jenis Apis dorsata di atas dahan pokok Tualang yang tinggi di dalam hutan hujan tropika. Ia dihasilkan oleh lebah tualang liar (tidak diternak) dimana jenis madu prekium ini di laporkan ia berasal daripada pelbagai jenis bunga hutan (poliflora), menjadikan khasiatnya lebih kompleks. Aspek rupa dan rasa dengan berwarna lebih gelap dengan rasa manis bercampur masam serta sedikit pahit. Khasiat dan Kebaikan yang menjadikan harganya mahal sebab ia Tinggi Antioksidan serta kaya dengan sebatian fenolik dan flavonoid untuk tujuan melawan radikal bebas. Madu lebah asli juga di dakwa ia akan meningkatkan Imunisasi pengguna dan juga akan membantu badan melawan jangkitan bakteria dan virus. Madu adalah sebagai sumber tenaga yang hebat sebab ia akan memberikan tenaga segera kerana mengandungi glukosa dan fruktosa semula jadi. Paling sesuai di ambil sebab madu lebah di kaitkan dengan beberapa kes 'Proses Penyembuhan' dengan cara membantu meredakan batuk, melegakan tekak, dan mempercepatkan pemulihan luka. Madu tualang berlainan dengan jenis Madu Kelulut yang ia di hasilkan oleh lebah kelulut (Trigona spp.) iaitu lebah kecil tanpa sengat; rasanya lebih cair dan masam-manis. Apa pun penulis blog sangat selalu ujirasa pelbagai jenis madu keluut dan sentiasa ada menyimpan di rumah sama ada membeli sendiri atau di berikan oleh penternak keluut semasa membuat lawatan ke kebunya. Madu kelulut ialah sejenis madu asli yang dihasilkan oleh lebah tanpa sengat daripada keluarga Meliponini (spesies utama Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica). Ciri-Ciri penting bagi Madu Kelulut dari segi rasa dan tekstu ia berasa masam-manis unik dan lebih cair kerana mempunyai kandungan air yang tinggi (sekitar 30%) berbanding madu biasa. Apa pun ciri kandungan Khasiat ia di laporkan sangat kaya dengan antioksidan tinggi serta mempunyai kadar karbohidrat yang lebih rendah. Akhir sekali penulis blog acapkali dapt ujirasa akan Jenis Madu Lebah Ternak yang selalunya ia dihasilkan oleh spesies seperti Apis mellifera atau Apis cerana yang diternak secara komersial dan ada mengenalinya dan membelinya sehingga kini pun dan di gunakan di rumah selalu. 


Di laporkan 
Jenis Madu juga boleh berdasarkan Sumber Nektar Bunga. Pertama ada Jenis Madu Monoflora iaitu sejenis madu daripada nektar sejenis bunga sahaja, contohnya Jenis Madu Manuka dari New Zealand dan Madu Sidr dari Yaman. Jenis Madu Manuka ialah sejenis madu istimewa yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar bunga pokok Manuka (Leptospermum scoparium) yang asli dari New Zealand dan Australia. Cirinya yang istimewa ia mengandungi MGO iaitu sejenis bahan aktif methylglyoxal (MGO) yang memberikan sifat antibakteria dan antimikrob yang jauh lebih kuat daripada madu biasa. Dalam sistem penarafan dilaporkan yang jenis mmadu ini ada kekuatan madu diukur menggunakan gred MGO (seperti MGO 100+ atau MGO 500+). Semakin tinggi nombor itu, semakin kuat kesannya. Dalam as[ek manfaat kesihatan didakwa ia akan menyembuhkan luka seperti akan membantu merawat luka kecil, melecur dan mencegah jangkitan pada kulit. Ia di dakwa akan melegakan sakit tekak serta akan mengurangkan rasa sakit dan radang di dalam tekak ketika demam atau selesema. Ia berikan juga akan aspek kesihatan pencernaan iaitu akan membantu didalam cara mengurangkan masalah perut dan menyokong didalam keseimbangan bakteria baik di dalam usus. Bagi Jenis Madu Sidr Yaman adalah sejenis madu asli premium yang dianggap antara yang terbaik dan paling bernilai tinggi di dunia. Cirinya adalah ia dihasilkan oleh lebah yang hanya akan menghisap debunga daripada Pokok Sidr (Ziziphus spina-christi atau pokok bidara) di kawasan Lembah Hadramaut dan Wadi Doan di Yaman. Madu ini mempunyai tekstur yang sangat pekat, warna keemasan gelap, serta rasa manis berlemak seperti karamel. Cara kutipan madu dilakukan secara tradisional tanpa melalui proses pemanasan berlebihan atau campuran bahan kimia. Fakta akan khasiat dan kelebihan Madu Sidr ini adalah sebagai bahan Anti-bakteria Kuat serta ia juga sebagai Anti-mikrob yang tinggi untuk melawan jangkitan. Ia juga selalu akan bertindak sebagai penambah tenaga segera (energy booster) kepada tubuh. Ia membantu merawat kes dan masalah pencernaan, batuk, sakit tekak serta selalunya ia akan mempercepatkan penyembuhan luka. Madu Yaman adalah jenis madu asli dari negara Yaman, khususnya dari kawasan pergunungan Lembah Hadramaut, yang terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu madu paling berkualiti tinggi dan berharga. Ia mempunyai tekstur yang pekat, rasa yang enak, serta tidak mudah rosak atau membeku. Dalam aspek nilai perubatan sebab ia kaya dengan khasiat antioksidan dan bersifat antibakteria yang kuat untuk kesihatan. Bagi Jenis Madu Poliflora sebenarnya ia adalah jenis madu daripada pelbagai jenis campuran bunga hutan atau kawasan terbuka yang mahal dan banyak khasiatnya. Penulis blog kongsikan fakta akan Jenis Madu Masam (Sour Honey) dimana selalu jenis madu yang berasa masam terhasil daripada proses penapaian semula jadi (fermentasi) kerana kandungan air yang tinggi atau tindak balas enzim. Beberapa sebab dan punca madu berasa masam yang pertama adalah Kandungan Air Tinggi iaitu semasa madu yang dituai pada musim hujan atau madu yang tidak matang mempunyai lebih banyak air dan ia akan mencetuskan proses penapaian madu berlaku. Kedua adalah kerana ia Jenis Madu Jenis Madu Kelulut dimana jenis madu kelulut sememangnya terkenal dengan rasa masam-manis semula jadi kerana disimpan dalam kantung propolis dan mempunyai kadar kelembapan serta probiotik yang tinggi. Ketiga disebabkan ia Tanda Madu Asli apabila ada rasa masam sedikit, bergas atau berbusa halus adalah perkara biasa bagi madu tualang atau madu asli yang kaya dengan zat dan enzim mentah. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!..
MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...

ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).

Tuesday, September 8, 2026

MADU LEBAH DAN FAKTA PENTING (PART 2)

MADU LEBAH (Honey Bee) adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.


Penulis blog kongsikan fakta penting akan maklumat dimana Negara China adalah negara pengeluar madu lebah terbesar di dunia dimana berdasarkan data FAOSTAT daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), berikut adalah senarai 10 negara pengeluar madu lebah terbesar di dunia. DIlaporkan juga di mana China merupakan pengeluar madu lebah terbesar di dunia dengan jumlah pengeluaran tahunan mencecah sekitar 440,000 - 460,000 tan metrik berdasarkan data terkini thun 2026. Jumlah ini merangkumi kira-kira 23% hingga 25% daripada keseluruhan pengeluaran madu global, yang bermaksud satu perempat daripada bekalan madu dunia disumbangkan oleh China. Skala industri penternakan lebah di China amat besar yang disokong oleh lebih daripada 15 juta koloni lebah yang aktif di seluruh negara. Selain digunakan untuk pasaran domestik dimana China turut mengeksport sebahagian besar hasil madunya (sekitar 140,000 hingga 180,000 tan setahun) ke pelbagai negara terutamanya ke Eropah termasuk ke United Kingdom, Belgium dan juga banyak mengeksport ke Jepun . Penulis blog paparkan akan 10 buah negara pengeluar madu lebah terbesar dunia dimanaia di diminasi oleh Negara China dengan sebanyak 518,500 tan setahun (menduduki tempat pertama dan merangkumi kira-kira seperempat pengeluaran global). Ia diikuti oleh Turki (115,000 tan setahun), Ethiopia (84,600 tan setahun), Iran (80,400 tan), Argentina (73,400 tan), India (71,000 tan), Rusia (64,500 tan), Brasil (64,200 tan), Mexico (58,000 tan) dan Ukraine (58,000 tan setahun). Penulis blog buat analisa akan harga borong pasaran madu dunia lazimnya berlegar antara USD2.78 -  USD9.18 sekilogram (atau kira-kira RM12 hingga RM40) sekilogram bergantung pada jenis dan kualiti. Harga Pasaran dan trend global serta nilai bagi pasaran dalam industri pasaran madu global bernilai kira-kira AS$10.69 bilion. Dilaporkan di mana harga borong madu lebah semasa adalah ia mengikut data TRIDE dimana harga purata komoditi madu biasa di peringkat antarabangsa adalah sekitar USD2.78 - USD$9.18 sekilogram sama ada dari jenis madu komersial atau ternakan biasa dijual pada harga rendah, manakala madu liar, organik atau madu khas (seperti Madu Sidr dari Yaman) jauh lebih mahal. Menarik di kongsikan fakta dimana madu paling mahal di dunia adalah Jenis Madu Centauri (Turkiye) yang mana ia diiktiraf sebagai madu paling mahal di dunia yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit sekilogram (atau ratusan ribu ringgit untuk gred premium khas yang matang bertahun-tahun) kerana dituai dari gua dalam. Kedua ada Jenis Madu Elvish (Turkiye) yang juga ia turut dihasilkan di dalam gua di rantau Pergunungan Laut Hitam dengan harga sekitar RM30,000 sekilogram.


Apa pun di laporkan dimana j
enis madu lebah terbesar di dunia dikenali sebagai Madu Himalaya atau Mad Honey yang dihasilkan oleh spesies lebah gergasi iaitu Apis laboriosa. Jenis Madu Himalaya yang aktif dimana jenis lebah ini ialah spesies lebah madu terbesar di dunia dengan panjang mencapai 3 cm atau lebih. Jenis Lebah ini membina sarang terbuka di tebing-tebing curam altitude yang tinggi (3,000 hingga 10,000 kaki) yang terdapat sekitar di pergunungan Himalaya iaitu di Nepal.APa pun ciri keunikan madunya dina jenis nektar dikutip daripada bunga rhododendron liar yang mengandungi bahan toksin semula jadi (grayanotoxin). Madu ini mempunyai ciri atau sifat halusinogen (memusingkan fikiran di kepala atau khayal) dan rasanya memang ia sedikit pahit serta digunakan dalam dos kecil sebagai perubatan tradisional. Madu halusinasi dari Nepal yang dikenali secara global sebagai Mad Honey (Madu Gila) dijual pada harga antarabangsa sekitar USD 50 - USD 300 bagi setiap 100 gram, manakala gred premium yang paling tulen boleh mencecah sehingga USD 400 - USD 900 sekilogram. Di pasaran tempatan Asia dan platform e-dagang seperti Shopee Malaysia atau Lazada, madu ini kerap ditemui dalam julat harga sekitar RM89 hingga RM400 keatas iaitu ia bergantung pada saiz balang dan ketulenannya dan kualiti. Menarik sentuk fakta akan kesan 'Halusinasi' disebabkan oleh bahan 'Grayanotoxin' yang terdapat pada jenis madu ini yang mana ia juga dihasilkan oleh lebah madu terbesar di dunia iaitu spesis Apis laboriosa yang menghisap nektar bunga Rhododendron beracun di kawasan pergunungan Himalaya. Nektar ini mengandungi sebatian neurotoksin semulajadi yang bernama grayanotoxin yang memberikan kesan khayal, sensasi badan melayang, euforia malahan ia juga dilaporkan memang boleh menyebabkan keracunan jika diambil secara berlebihan. Madu jenis ini mahal disebabkan cara untuk membuat tuaian yang Amat Berbahaya dimana kalangan orang dari Kaum Gurung di Nepal perlu memanjat tebing batu curam setinggi ratusan meter hanya menggunakan tangga tali buatan tangan dan galah buluh tanpa peralatan keselamatan moden demi mendapatkan madu ini (Sila lihat foto disebelah). Apa pun setakat hari ini penulis blog belum pernah ujirasa madu jenis ini lagi dan tidak tahu bagaimana hendak mendapatkannya. Apa pun kenis madu eksotik ini hanya dituai dua kali sahaja setahun (kebanyakannya pada musim bunga) dimana atas faktur ini yang menjadikannya produk bermusim yang sangat sukar didapati. 


Bagi penulis blog yang pakar dalam indstri penternakan lebah madu dan kelulut tempatan ada memberikan khidmat kepakaran melalui kursus dan lawatan tinjuan teknologi semasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia. Pernah terlibat dengan industri ternakan labah madi bermula tahun 1982 di Melaka dan Johor dan ternakan keluut sekitar tahun 1998 mendapati industri ini masih rendah pengeuarannya diseluruh negara (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog dimana l
ebah secara umum (genus Apis) memiliki kurang lebih 20,000 spesies namun hanya beberapa spesies lebah antara lain Apis mellifera, Apis andreniformis, Apis cerana, Apis dorsata dan ada beberapa spesies lainnya yang diketahui dapat menghasilkan madu. Selain itu terdapat beberapa spesis kelulut yang mampu menghasilkan madu kelulut terutama dari jenis Trigona itama dan Trigona terminata, Trigona thoracica dan beberapa lagi. Bagi jenis Lebah Tualang (Apis dorsata) yang bertaburan di Asia (termasuk kawasan subtropika dan tropika seperti yang ada di Malaysia, Indonesia, Filipina, India, Nepal) diketahui paling bagus menghasilan madu premiu sebab jenis lebah ini hanya membuat sarang satu lapis yang menggantung di dahan pokok tualang yang tinggi akan tetapi jenis ini amat susah untuk di ternak dan lazimnya hanya di kutip madunya pada musim tertentu didalam hutan yang sangat tinggi sarangnya. Di Malaysia dimana jenis lebah tualang adalah sejenis lebah madu gergasi liar yang bersaiz paling besar dan membina sarang secara terbuka di dahan pokok tinggi di dalam hutan. Lebah Tualang juga ia dikenali sebagai 'Lebah Madu Gergasi' atau 'Lebah Naning' dengan selalu habitatnya ia adalah natif di Asia Tenggara sehingga ke Selatan India terutamanya gemar bersarang di atas Jenis Pokok Tualang  yang boleh mencapai ketinggian sehingga 80 meter. Apa pun jenis lebah ini ia bersifat sangat defensif (mempertahankan diri) dan tidak pernah berjaya diternak kerana sarangnya berbentuk terbuka di kawasan liar. Jenis ini ia ada peranan dalam alam sekitar dan ekologi sebab ia akan bertindak sebagai agen pendebunga penting untuk hampir 50 peratus pokok di kawasan hutan hujan tropika. Kemudian apa yang di buru adalah Madu Lebah Tualang sebagai jenis madu liar berkualiti tinggi yang diambil daripada pelbagai jenis bunga hutan (poliflora) dan ia dijual dengan harga premium dan di laporkan sangat berkhasiat, wangi dan mujarab merawat pelbagai masaalah kesihatan. Aktiviti Penternakan Lebah Keran (Apis cerana) di Malaysia yang suka menyengat yang sudah lama di lakukan akan tetapi hasilnya masih rendah iaitu kurang dari 6 kg setahun berbanding dengan enternak Lebah Import (Apis melifera). Penternakan lebah keran merujuk kepada usaha memelihara spesies lebah ini di dalam kotak sarang kayu untuk menghasilkan madu dan di letakkan disekitar pokok kelapa, dusun belimbing, sekitar belukar dan sebagainya dan ia lebih membantu proses pendebungaan di kawasan tanaman belilning dan buah-buahan lain seumpamanya. Lebah Keran ia saiznya lebih kecil berbanding lebah madu Eropah (Apis mellifera) dimana habitat asalnya ia suka tinggal menetap di satu tempat dan membuat sarang di kawasan yang rendah. Ia lebih mudah dipelihara kerana sifatnya yang tidak liar seperti lebah tualang (Apis dorsata) dan dari pengalaman penulis blog dimna ia sesuai diternak di kawasan persekitaran kampung atau kebun yang akan dapat membantu dalam proses pendebungaan tanaman dimana ia dilaporkan akan menghasilkan madu berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai untuk ia 
di baca kesemuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!..

MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...
ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).

Monday, September 7, 2026

MADU LEBAH DAN FAKTA PENTING (PART 1)

MADU LEBAH (Honey Bee)
adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.


Madu Lebah  diha
silkan degan cara mengumpulkan nektar yang di kumpulkan oleh koloni lebah (Honey Bees) diman alazimnya proses ini melibatkan lebah pekerja yang menghisap nektar daripada pelbagai jenis bunga tumbuhan  dengan cara menggunakan lidah panjang mereka. Nektar ialah cecair manis kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan, terutamanya pada bahagian bunga. Fungsi Nektar adalah sebagai salah satu sumber makanan haiwan dimana ia menjadi sumber tenaga utama kepada haiwan pendebunga seperti lebah, rama-rama, kelulut, semut dan burung madu. Ia juga adalah bahan asas kepada Madu  Lebah dan Madu Kelulut dimana mereka akan mengumpul nektar dan memprosesnya di dalam badan mereka untuk dijadikan madu sebagai bekalan makanan. Kesemua ini akan libatkan apa yang di kenali sebagai 'Proses Pendebungaan' dimana serangga dan haiwan yang berkunjung ke bunga engabil nektar ini akan ambil manisannya menarik perhatian haiwan untuk datang ke bunga dimana ini secara tidak langsung membantu proses pembiakan tumbuhan dengan debunga akan di bawa dari bunga ke bunga untuk didebungakan dan menghasilkan buah dan biji. Lebah Madu selalunya akan membawa pulang nektar segar kesarangnya dimana berlaku proses nektar yag disimpan di dalam perut madu khas lebah ini dan ia kemudian berlaku proses iaitu enzim semula jadi memecahkan gula kompleks kepada gula ringkas dalam satu jangkamasa tertentu. Proses berlaku juga merupakan satu proses 'Penyejatan' apabila lebah pekerja ini akan terus menerus memuntahkan campuran tersebut di dalam sarang dan mengibas sayap untuk mengurangkan kandungan air sehingga pekat (Sila lihat foto disebelah). Perlu di fahami di mana ciri-ciri penting Madu Lebah adalah ia bertekstru pekat dan likat dengan kandungan air yang rendah (sekitar 20%). Ia jga mempynyai rasa manis yang dominan bergantung pada jenis sumber bunga dan aroma di bezakan dari sumber bunga dan pelbagai jenis campuran bunga. Khasiat madu ia sangat kaya dengan sumber tenaga, vitamin dan agen antioksidan serta sering digunakan dalam perubatan tradisional serta dijual dengan harga premium.


Merujuk beberapa sumbe dimana madu (Honey) ia dihasilkan oleh beberapa jenis lebag tertentu yang menjadikannya sebagai satu industri yang benilai tinggi. Penulis blog merujuk data yang mana ada merekodkan dimana n
ilai pasaran madu dunia dianggarkan bernilai sekitar USD 9.9 - USD 10.4 bilion (kira-kira RM43 bilion hingga RM45 bilion) setiap tahun dimana Maaysi amerupakan saah satu pengimport tegar madu lebah setiap tahun. Penulis blog merujuk data dimana nilai pasaran madu lebah dan kelulut di Malaysia adalah bernilai jutaan ringgit dan terkini nilai pasaran import madu lebah ke Malaysia adalah sebanyak RM52.4 juta (kira-kira USD 11-12 juta). Apa pun pasaran madu import di Malaysia sebahagian besarnya didominasi oleh beberapa buah negara pembekal utama iaitu dari Negara China yang mana ia menjadi pembekal terbesar dengan nilai import mencecah RM 12.9 juta diikuti dari negara Thailand (RM 11.2 juta), New Zealand iatu ia terkenal dengan madu premium (seperti Manuka) dengan nila menyumbang sebanyak RM 7.07 juta. Malaysia juga mengimport banyak madu lebah dari Australia yang menyumbang sebanyak RM 5.6 juta dan juga madu lebah dari Iran dengan nilai import sebanyak RM 3.3 juta. Beralih dengan pengeluaran madu dari serangga lebah dan kelulut sahaja pernah mencecah lebih RM21 juta setahun oleh pengusaha tempatan.Apa pun di laporkan dimana industri ini sedang mengalami pertumbuhan yang stabil dan diunjurkan akan meningkat mencecah antara USD 15.8 - USD 18.3 bilion menjelang tahun 2034. Apa pun pertumbuhan pasaran ini didorong oleh kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sekitar 4.7% hingga 7.2% dan jumlah permintaan yang semakin meningkat. Dilaporkan dimana diseluruh dunia rantau dominan penge;uaran madu lebah datangnya dari rantau Asia-Pasifik dan juga ia merupakan pasaran terbesar dunia yang memegang syer sekitar 36% daripada pasaran global. Negara China bertindak sebagai pengeluar dan pengekspot madu yang paling utama dan juga sekitar negara-negara di Eropah juga merupakan antara pengguna dan pasaran madu terbesar dunia. Antara sebab dab faktor pemacu utama pengambilan madu sebab sudah ujud tahap kesedaran pengguna yang semakin tinggi terhadap kesihatan yang menyebabkan ramai orang mula beralih daripada gula pasir atau pemanis tiruan kepada madu sebagai pemanis semula jadi. Isu peningkatan permintaan terhadap madu organik dan madu gred perubatan (seperti jenis madu Manuka) dimana penggunaan madu yang semakin meluas dalam industri kosmetik, penjagaan kulit, pembuatan roti (bakery), serta produk farmaseutikal meningkatkan lagi permintaan produk ini diseluruh dunia.


Madu Lebah sebenarnya ia adalah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis tertentu (genus Apis) hasil dari proses pengambilan nektar bunga ketika serangga lebah ini menjalankan pendebungaan dan hinggap pada bunga (Sila di lihat akan foto disebelah). Apa pun disebabkan ada banyak jenis bunga yang di kunjugi oleh lebah dan kelulut selalunya akan ada kepelbagaian madu terhasil sering menjadi bahan rujukan nilai, khasiat dari jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang terhasil boleh dibezakan bukan sahaja daripada jenis serangga yang menghasilkannya malah juga selalu di rujuk kepada jenis sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran daripada madu asli yang berharga premium sehingga kepada jenis madu tiruan yang sukar di ketahui oleh para pembeli dan pengguna. Madu lebah Asli selalunya ia akan juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Pernah penulis blog merujuk beberapa sumbuer sebagi contoh dimana Madu Lebah Dari Jeis Bunga Habbatus Sauda ia di laporkan antar ajeis madu yang merupakan antara madu yang memiliki rasa yang sangat sedap dan unik serta harganya jug apremium jika jenis asli dari pembekal yang di percayai. Ada juga dijalankan kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut. Oleh kerana lebah madu ini ia akan membawa cas elektrostatik dimana ia boleh menarik zarah-zarah dengan syatu teknik dinaman sebgaai 'Teknik Melissopalinologi' yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu 
atau pun jika ada pencemaran partikel bebas. Kemudian apa yang berlaku adalah lebah madu menukarkan nektar ini kepada madu melalui 'Proses Rregurgitasi' dan kemudian lebah akan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam kantung madu didalam koloninya. Ia dibuat dari bahan seperti Lilin Lebah dan akan di ambil atau di gunakan sebagai makanan kolobi semasa sumber makanan mengurang atau pada cuaca melampau misalnya pada musim dingin atau musim huja di Malaysia. Secara umum ada tiga jenis lebah dalam satu koloni lebah iaitu Ratu Lebah (satu ekor sahaja), Lebah Jantan (sebagai pasangan mengawan dengan lebah yang dipilih sebagai calon ratu baru) dan juga Kasta Pekerja (worker) yang julahnya beribu-ribu berfungdi untuk mereka dapat mengurus larva, mengumpulkan nektar yang akan dibuat menjadi madu serta mencari nektar. Terkini sudah banyak indusstru menternak lebah secara komersil untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dari industri ini antaranya madu lebah, royal jelly, lilin, proses pendebungaan tanaman juga menjadi lebih berkesan. Amalan ternakan lebah madu di beberapa negara secara komersil menggalakkan penghasilan lebihan madu di sarang atau rumah tersendiri agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...

ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).

Sunday, September 6, 2026

CENDAWAN ABALONE DAN FAKTANYA (PT 2)

CENDAWAN ABALONE
(
Pleurotus cystidiosus) adalah sejenis cendawan sesuai dimakan daripada keluarga cendawan tiram  dimana nama saintifiknya seakan sama kerana ciri tekstur dan bentuknya yang kenyal menyerupai kerang abalone. Apa pu bagi penulis blog dimana cendawan Abalone ia tergolong dalam keluarga cendawan tiram (Pleurotaceae) dan ia telah diberikan nama 'Abalone' kerana apabila dimasak teksturnya yang padat, kenyal dan berongga serta rasanya yang enak bermentega dikatakan ia sangat mirip dengan makanan laut premium iaitu 'Makanan Siput Abalone atau 'Mentiah. APa pun dilaporkan ciri cendawan ini yang mana tekstur isinya tebal, padat, kenyal dan tidak mudah hancur apabila dimasak telah menyebabkan ramai orang suka memakannya. Jika di lihat dimana cendawan ini mempunyai ciri keunikan warnanya dan ia selalunya mempunyai tanda atau tompok hitam semula jadi pada bahagian mulut atau bongkahnya yang merupakan ciri khas yang normal dan ia sebenarnya bukan tanda cendawan yang sudah rosak. Apa ptidaknya sebab bila ia di makan akan memberikan rasa yang lemak manis dengn ada sedikit rasa beraroma kekacang dan memang lazat. Apa pun di laporkan dimana lazimnya kegunaan dalam masakan cendawan abalone ini ia sesuai dimasak dalam hidangan sup, sup ayam, tumisan, mi udon atau digoreng tepung berkuah masam manis dimana ini akan memberikan rasa umami (sedap atau enak) yang kuat dalam masakan. Cendawan abalone ialah sejenis cendawan boleh makan daripada keluarga cendawan tiram (nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus) yang mempunyai bentuk dan tekstur isi yang padat, kenyal serta menyerupai siput abalon laut. Rupanya ia berwarna putih gading atau kelabu cerah dengan batang yang agak tebal. Isinya lebih padat, kenyal, dan pejal berbanding cendawan tiram biasa. Penulis blog suka makan cendawan ini yang di masak atau digoreng celur tepung kerana teksturnya tidak mudah hancur. Dalam beberapa tinjauan di mana harga pasaran untuk jenis cendawan abalone (abalone mushroom) di Malaysia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu jenis segar dan jenis dalam tin. Bagi produk Cendawan Abalone Segar dimana ia biasanya dijual mengikut berat paket kecil yang di jual di pasar tani atau di pasar raya atau membeli terus dari pengusaha cendawan adalah sekitar RM2.50 - RM3.50 satu paket kecil (100g - 200g) dan sekitar RM8.00 bagi satu paket sederhana (350g) atau kalau membeli secara borong selalunya di jual sekitar antara RM20.000 - RM25 sekilogram bergantung kepada kawasan dan kualiti cendawan tersebut. Kedua ada Produk Jenis Cendawan Abalone Dalam Tin dimana jenis ini sangat popular untuk masakan hidangan Cina atau bagi mereka yang vegetarian dimana ia selalunya direndam di dalam air garam (brine) sebelum di masak. Antara jenama yang biasa ditemui di pasaran seperti Jenama AliShan atau Jenama Peace dalam tin seberat 425 g yang dijual dengan harga sekitar RM4.40 - RM8.00 setin. Penting penulis blog ingatkan bahawa cendawan abaloni adalah benda yang berlainan dengan jenis Abalone dari spesis hidupan laut masin atau menjadi makanan laut sebenar yang harganya jauh lebih mahal sehingga ia mencecah RM50 - ratusan ringgit satu tin. Artikel ada petang Hari Kemerdekaan Ke 69 tahun 2026 ini saya tulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Cendawan Abalone sebagai bahan rujukkan semua.


Cendawan Abalone adalah sejenis cendawan tiram yang dinamakan sempena hidupan laut abalone (jenis haiwan) kerana mempunyai tekstur yang tebal, kenyal, dan pejal. Sebenarnya cendawan abalone adalah tidak haiwan abalone sebab '
Abalone Laut' ia adalah sejenis siput laut premium yang tergolong dalam kumpulan moluska dan terkenal sebagai salah satu hidangan makanan laut paling mahal serta eksklusif di dunia (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai cengkerang tunggal berbentuk pipih dan menyerupai telinga dimana pada bahagian dalam cangkang berkilat seperti mutiara (mother-of-pearl). Haiwan ini ia mempunyai deretan lubang kecil pada tepi cangkang untuk bernafas serta ada jenis kaki otot yang kuat untuk melekat pada batu di perairan jernih. Abalone laut juga ia ada tabitat dan makanannya adalah alga dan rumpai laut (herbivore). Ia akan tinggal di kawasan perairan laut sejuk atau sederhana di dasar berbatu dimanaia akan bergerak secara perlahan dan membiak dengan melepaskan telur ke dalam air. Berlainan dengan cendawan abalone dimana isinya berwarna putih, bertekstur kenyal dan menjadi lembut apabila dimasak dimana endawan ini dilaporkan ia sangat popular dalam masakan Cina, Jepun, dan Korea, terutamanya semasa Tahun Baru Cina sebagai simbol kemewahan. Cendawan abalone sangat kaya dengan protein, vitamin E, zat besi, serta rendah lemak tepu. Ia sering ditanam untuk pasaran tempatan mahupun eksport kerana nilai komersialnya yang tinggi. Tahu akan cara penanaman cendawan abalone menggunakan kaedah bongkah secara ringkas dan mudah boleh di jalankan di rumah. Pertama adalah proses penyediaan Bahan Media (Substrat) dimana boleh menggunakan habuk kayu getah (paling utama) yang dicampur dengan dedak padi (sumber nutrien) dan sedikit kapur pertanian (untuk mengawal keasidan/pH). Gunakan beg nedia dimana bahan yang siap digaul rata bersama air dan ia kemudian dimasukkan dan dipadatkan ke dalam beg plastik tahan panas (bongkah). Bongkah berisi medium ini ia perlu di masak (Pasterisasi) dengan mengkukus selama 4 - 6 jam untuk membunuh bakteria dan kulat liar sebelum dihantar untuk proses suntikan benih. Kemudian fasa Menyuntik Benih Cendawan Abaloni dimana dipilih benih cendawan abalone yang berkualiti (miselium berwarna putih bersih seperti kapas).Masukkan anggaran 1 sudu besar benih ke dalam mulut beg media yang telah sejuk. Pastikan proses ini dilakukan dalam persekitaran yang bersih dan steril untuk mengelakkan pencemaran kulat liar. Ketiga adalah Fasa Proses Pemeraman (Inkubasi) dengan menyimpan bongkah di dalam bilik atau ruang khas yang gelap, teduh, dan mempunyai pengudaraan yang baik. Periksa suhu optimum dipersekitaran bongkh untuk mengekalkan suhu sekitar 28°C - 30°C. Jangka masa proses pemeraman mengambil masa sekitar 45 - 50 hari sehingga miselium putih memenuhi keseluruhan bongkah. Kerja menuai hasil dilakukan setelah bongkah matang (putih sepenuhnya), buka penutup mulut beg atau kelar bahagian tepi beg.Suhu pengeluaran: Cendawan abalone menggemari suhu hangat sekitar 30°C - 32°C. Periksa dan kekalkan kelembapan persekitaran sekitar 85% - 90% dengan menyembur kabus air di sekeliling bongkah (jangan sembur terus secara berlebihan pada permukaan pin cendawan). Lazimnya cendawan abalone ini akan mula keluar dalam masa 7 - 10 hari selepas penutup bolgkah beg dibuka.  Fasa Menuai dilalukan dalam tempoh iaitu sekitar 4 - 8 hari selepas putik (pin) mula terbentuk. Cara menuai dengan memilih kelompok cendawan sebelum tepi payungnya mula melengkung ke atas atau menjadi leper. Dari rekod menunjukkan diman dari satu bongkah (1kg) biasanya boleh menghasilkan sekitar 400gm hingga 450gm cendawan sepanjang hayat produktifnya. 


Penulis blog berminat kongsikan akan Mitos Cemdawan Abalone untuk di jadikan bahan rujukkan. Mitos utama berkaitan cendawan abalone selalunya berpunca daripada kekeliruan nama dan rupa fizikalnya. Ramai orang tersalah anggap antara cendawan ini dengan hidangan laut premium, atau mempunyai tanggapan salah tentang beberapa aspek keselamatannya. Beberapa mitos popular mengenai jenis cendawan abalone (Pleurotus cystidiosus). Pertama ada Mitos Cendawan Abalone Ialah Makanan Laut (Berasal dari Siput Abalone) dan faktanya dimana ia adalah satu 'Tanggapan Salah' sebab faktanya walau pun namanya 'abalone' masih ada sesetengah orang menyangka ia mengandungi unsur haiwan laut atau dipetik dari laut. Fakta sebenar dimana cendawan abalone adalah 100% sejenis kulat tumbuhan (cendawan tiram) yang tumbuh di darat (biasanya mereka akan menggunakan media habuk kayu). Ia dinamakan sedemikian hanya kerana teksturnya yang padat, kenyal, dan warnanya yang seakan-akan isi siput abalone laut yang mahal. Ia sangat selamat dan popular dalam kalangan pengamal diet vegetarian atau vegan. Kedua ada Mitos Bintik Hitam atau Cecair Gelap pada Cendawan Tanda Ia Beracun sudah Rosak adalah satu 'Tanggapan Salah' sebab bila melihat togol kecil berwarna hitam atau kelabu pada bahagian atas cendawan abalone dimana ada ramai menyangka ia telah berkulat, busuk, atau beracun. Fakta Sebenar dimana struktur hitam tersebut adalah sebahagian daripada kitaran hidup semula jadinya (fasa Antromycopsis macrocarpa atau struktur spora asekstual). Ia adalah ciri khas cendawan abalone dan selamat untuk dimakan, asalkan cendawan tersebut masih segar, tidak berbau busuk, dan tidak berlendir (Sila lihat foto disebelah). Ketiga ada Mitos Batang Cendawan Abalone Liat dan Tidak Boleh Dimakan adalah satu tanggapan salah bila ada ramai yang membuang bahagian tangkai atau batang cendawan ini kerana teksturnya yang tebal dan menyangka ia tidak mempunyai khasiat atau tidak boleh dihadam. Kajian menunjukkan dimana faktanya walaupun batangnya lebih kenyal berbanding cendawan tiram putih, bahagian batang cendawan abalone sangat sedap dimakan dan kaya dengan serat. Apabila dihiris nipis dan dimasak lama (seperti dalam sup atau hidangan reneh), ia memberikan tekstur yang mirip daging ayam atau makanan laut.  


Memang ada banyak menu dan resepi masakan cendawan abalone di seluruh dunia. Apa pun memang c
endawan abalone sangat sesuai dimasak secara tumis kilas (stir-fry), masak lemak cili api, atau goreng kunyit kerana teksturnya yang kenyal dan tebal. Bagi penulis blog dimana Resepi Masakan Cendawan Abalone Tumis Sos Oyster (Braised) adalah yang diminati. Ia dimasak bersama bawang putih, halia, dan sos tiram, kadang-kala dicampur brokoli atau kekapis. Resepi Cendawan dan Abalon Tumis Sos Tiram (Braised) bersaiz hidangan keluarga yang sangat ringkas, mewah dan lazat ala restoran cina dan memasak sendiri disediakan bahan-bahan iaitu 1 tin Abalon (simpan air rebusan/brine di dalam tin), 8 - 10 kuntum Cendawan Shiitake (rendam sehingga lembut dan dibelah dua), 1 pokok Brokoli atau Pok Choy (dipotong kecil untuk hiasan), 3 ulas Bawang putih (dicincang halus) dan 1 inci Halia (dihiris nipis). Bahan untuk Sos Perasa pula adalah 2 sudu besar Sos Tiram (cth: Sos Tiram Premium Lee Kum Kee), 1 sudu besar Kicap cair, 1 cawan Air (campuran air biasa dan air rendaman cendawan), 1/2 sudu teh Gula, 1 sudu teh Minyak bijan, 1 sudu besar Tepung jagung (dibancuh dengan 2 sudu besar air untuk pekatkan sos). Cara memasak pertma dengan mencelur yayuran dengan mendidihkan air dengan sedikit garam dan minyak. Celur brokoli atau pok choy selama 1-2 minit. Angkat, toskan, dan susun melingkar di atas pinggan hidangan. Cara Menumis Aromatik dengan memanaskan 2 sudu minyak masak bagi menumis bawang putih dan halia sehingga naik bau yang wangi. Memasak cendawan iaitu dengan cara memsukkan cendawan shiitake dan tumis selama 1-2 minit. Perlu di reneh Sos (Braised) dan dituangkan air, air rebusan abalon daripada tin, sos tiram, kicap cair, dan gula. Kacau rata, tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan selama 15 minit sehingga cendawan menjadi lembut dan menyerap rasa sos. Seterumya dimasukkan cendawan Abalone dan buka penutup kuali, masukkan abalon dari dalam tin. Masak selama 1 - 2 minit sahaja sekadar untuk tujuan iaitu memanaskannya (jangan masak abalon terlalu lama supaya teksturnya tidak menjadi liat). Perlu di pekatkan sos dan tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sos kelihatan pekat dan berkilat. Titiskan minyak bijan sebelum menutup api. Tutup api dan ia sedia Dihidang iaitu dengan mengangkat cendawan dan abalone yang diletakkan di tengah-tengah pinggan yang berisi sayuran celur tadi. Tuangkan baki sos pekat di atasnya dan hidangkan panas-panas. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....

CENDAWAN ABALONE...APA HEBATNYA...
HENDAK MEMBELI....BERAPA HARGA..
CARA MASAK...BAGAIMANAKAH CARA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...