Support My Blog

Saturday, February 14, 2015

FERTIGASI - SAYA NAK TAHU


Saya hendak tahu apakah dia FERTIGASI!. Itu merupakan persoalan yang banyak berkisar didalam kepala mereka yang kali pertama mendengarnya. Teknologi Fertigasi (kata asal dalam bahasa Inggeris adalah Fertigation Technology) sekarang menjadi pilihan ramai petani dan peminat pertanian untuk menghasilkan produk makanan terutama sayuran. Kini kaedah fertigasi merupakan satu kaedah baru yang ditemui bagi menjalankan penanaman sayur-sayuran dalam tempoh masa jangka pendek. Kaedah ini tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Medium-medium yang boleh digunakan seperti sabut kelapa, pasir sungai, sekam padi, vermikulit, perlit dan habuk kayu. Beberapa jenis sayur-sayuran seperti tomato, cili, terung panjang, timun jepun, kobis bulat, lobak putih, cili benggala dan tembikai wangi sesuai menggunakan kaedah penanaman secara fertigasi. Teknologi ini banyak bergantung kepada nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Nutiren atau baja diberikan kepada tanaman secara sistem pengairan. Nutrien ini akan disalurkan dalam bentuk larutan dan dititiskan ke pangkal tanaman untuk membasahi zon perakaran. Nutrien-nutrien yang dititiskan terdiri daripada nutrien NPK (Nitrogen, Fosforos dan Kalium) sebagai unsur utama. Manakala pemakanan makro pula terdiri daripada unsur-unsur surih seperti Kalsium (Ca.) Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangan (Ma), Kuprum (Cu), Kobaltam (Co), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorin (CI) dan Molibdenum (Mo). Kaedah ini juga dikenali sebagai 'Hodroponik Beraggregat'. Larutan-larutan nutrien yang dianggap sebagai nadi kepada kaedah fertigasi ini diagihkan dalam tiga cara itu secara Aliran Graviti, Pam Elektrik dan Penyuntik Baja. Aliran graviti boleh dilakukan secara manual oleh pengusaha mengikut atau pun kehendak dan jangka masa yang ditetapkan olehnya. Air dan baja yang telah dibuat perlu disalirkan ke dalam sistem tangki penyimpanan yang diletakkan di tempat yang tinggi. Artikel malam khamis ini sambil menonton TV1 rancangan Forum Perdana saya ada idea menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa dia fertigasi untuk dikongsi bersama pembaca semua.

Teknologi fertigasi menyalurkan air baja dengan menggunakan tenaga graviti dimana air baja tadi akan diambil oleh tanaman. Cara ini lebih praktikal digunakan oleh petani-petani memandangkan kosnya yang lebih rendah. Manakala pam elektrik dan penyuntik baja pula menggunakan tenaga elektrik dan motor untuk proses pembajaan. Tempoh dan masa pembajaan telah ditetapkan oleh pengusaha melalui alat kawalan masa (timer). Oleh itu kosnya adalah sedikit lebih tinggi berbanding dengan graviti. Seringkali kedua-dua cara ini digunakan oleh pakar dan penyelidik untuk mereka mendapatkan keputusan penyelidikan yang tepat. Lazimnya setiap tanaman mempunyai kadar nutrien yang berbeza-beza. Para pengusaha hendaklah bijak dalam melakukan formulasi nutrien dan peka kepada tindakbalas pokok terhadap setiap formulasi nutrien yang dibuat. Tindakbalas ini menunjukkan kesesuaian tanaman terhadap formulasi nutrien yang dirumuskan. Kajian penulis mendapati antara kelebihan teknologi ini adalah dimana dengan menggunakan kaedah fertigasi, masalah tanah seperti keluasan tanah yang terhad, tanah tidak subur dan ujud perumah penyakit. Risiko serangan perosak dapat diatasi kerana mikroorganisma penyebab penyakit yang selalu dibawa oleh tanah boleh dikawal kerana tanah tidak digunakan. Nutrien yang lengkap dititiskan mengikut jumlah, kadar keperluan tanaman serta peringkat pertumbuhannya. Nutrien yang dibekalkan tidak terbazir kerana digunakan terus oleh akar tumbuhan. Oleh itu, keperluan tenaga buruh bagi tujuan kerja-kerja membaja dan merumput dapat dikurangkan dengan ketara.

Masalah merumpai bukan lagi menjadi masalah utama. Oleh itu penggunaan racun ke atas tanaman dapat dikurangkan atau tiada diguna langsung. Penggunaan baja adalah lebih cekap kerana baja yang diberi adalah mengikut formulasi yang diperlukan oleh tanaman. Hasil yang diperolehi adalah lebih tinggi dan boleh mencapai pada kadar kira-kira 700% jika dibandingkan dengan cara penanaman dengan kaedah menggunakan tanah sebagai medium. Hasil tanaman tidak tercemar oleh tanah dan akan kelihatan lebih bersih dan berkualiti. Bagaimana pun terdapat beberapa keperluan infrastruktur untuk tanaman secara fertigasi iaitu infra binaan seperti rumah perlindungan, sistem pengairan, punca air, baja fertigasi, peralatan mengukur air, media dan juga bekas tanaman. Sebaiknya teknologi fertigasi perlu disediakan Rumah Lindungan Hujan (Rainshelter) kecuali jenis Fertigasi Terbuka. Rumah lindungan ini didirikan bagi mengekalkan kelembapan, mengelakkan pancaran cahaya ultra unggu serta terik cahaja matahari yang berlebihan dan elakkan air hujan masuk dalam media tanaman. Lazimnya sistem pengairan (titisan) untuk fertigasi terdiri daripada pusat kawalan nutrien, paip ladang dan penitis (2L/H). Punca Air boleh didapati dari kolam, telaga, telaga tiub dan lain-lain. Air yang digunakan hendaklah bersih, jernih, bebas daripada penyakit dan pencemaran, tidak berbau dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Baja Fertigasi adalah baja yang disediakan haruslah sesuai dengan tanaman agar dapat menghasilkan hasil yang tinggi. Alat Pengukur pG dan EC Larutan diperlukan dalam sistem ini dimana terdapat banyak pilihan yang boleh digunakan bagi mengiiut nilai pH dan nilai EC. Biasanya 'pocket size' pH meter dan EC meter atau 'portable pH/EC/TDS meter'. Media tanaman perlu diseduaikan dengan kadar pegangan air adalah dalam 60-80% dan udara 20-40%. Contoh: campuran habuk sabut kelapa dan arang sekam padi (1:1). Pastikan anda akan menggunakan Biji Benih dari gred F1 hibrid (Holland seed) atau dari negara lain menjadi pilihan. Tahap ketahanan rintang penyakit lebih terjamin kerana ia merupakan biji benih yang berkualiti dan untuk mendapatkan kadar percambahan yang maksimum. Akhir sekali adalah bekas tanaman dari bekas tanaman yang sering digunakan adalah polybeg 12" x15" atau 12" x 17". Bagaimana ia perlu disesuaikan dengan jenis tanaman dipilih.


Amalan Agronomi Kaedah Fertigasi bermula dengan menyediakan batu kelikir yang berukuran 1.3 -1.9 cm diletakkan di dalam beg plastik atau saluran yang berdindingkan simen atau kaca gentian. Titisan nutrien dimasukkan dari bahagian permukaan beg tersebut secara graviti. Tititsan nutrien ini dibiarkan untuk 5-10 minit sehingga kelihatan larutan tersebut keluar semula dri bahagian bawah beg. Rumah lindingan haruslah dibina bagi mengelakkan larutan nutrien menjadi cair apabila hujan. Bahan-bahan lain sepertiTtildenet boleh juga dibuat atap tetapi mestilah tidak menyekat kemasukan cahaya matahari dengan banyak ke dalam struktur tersebut. Frekuensi dan volume penyiraman seharusnya disesuaikan dengan keadaan cuaca, jenis dan umur tanaman, fasa pertumbuhan tanaman dan jenis media yang digunakan. Jika keadaan cuaca hujan, frekuensi penyiraman hendaklah dikurangkan kerana media akan menjadi terlalu basah dan memberi kesan kepada kadar pertumbuhan akar tumbuhan tersebut. Keseimbangan yang sesuai antara air, udara, baja yang hendak digunakan dan media tanaman hendaklah dititikberatkan. Nilai EC (jumlah baja yang larut dalam air) dan nilai pH (tingkat persamaan) sesuatu larutan adalah penting. Ini akan menunjukkan berapa banyak unsur nutrien yang tersedia buat tanaman tersebut. Jumlah nutrien tidak dapat distandardkan kerana perbezaan antara iklim, media dan jenis tanaman. Kadar kepekatan (EC) yang diberikan untuk tanaman haruslah disesuaikan dengan situasi dan keadaan. Nilai pH yang sesuai adalah antara 5.0-6.0 kerana pada kadar ini, semua unsur nutrien dapat diserap oleh tanaman. Waktu untuk penyiraman, jumlah penyiraman, EC/pH ini, EC/pH out, suhu, RH dan keadaan cuaca harus dicatatkan. Data-data ini nanti akan membantu pengusaha dalam mengambil keputusan untuk merubah satu-satu formulasi. 

Anggaran kos atau bajet (seluas - 0.4 hektar) mengikut kajian Jabatan Pertanian adalah sebanyak RM160,000. Kos yang paling tinggi untuk kaedah fertigasi atau pertanian moden ini adalah bagi tujuan pembinaan rumah pelindungan hujan sebanyak RM102,000. Dalam keluasan seekar kawasan boleh dibina sebanyak 60 unit rumah pelindung hujan dengan ukuran setiap satu adalah 8'x8'x60' dengan kos anggaran harga RM 1,700 satu unit. Sistem pengairan pula melibatkan sebuah rumah pelindung sistem pengairan yang berukuran 8"x40" dan lantai konkrit dengan kos sekitar RM3,000. Pemasangan 5 buah tangki nutrien 600G bersama sebuah tangki stok nutrien dengan kos RM3,500. Seterusnya Pemasangan paip ladang (main line, sub line dengan sebanyak 6,000 penitis) dengan kos RM15,000. Seterusnya adalah pemasangan pam elektrik, timer dan fitting sebanyak 1 set berharga RM1,500 dengan kos upah pemasangan sebanyak M5,000. Seterusnya adalah pemasangan punca air pH dan EC dengan kos RM20,000. Kos bahan baja fertigasi (bagi 1 pusinganiaitu 60-80 set @ 250) adalah sebanyak RM15,000 - RM20,000). Kos alat pengukur pH dan EC (portable) adalah RM 1,2000 sementara kos pembelian media campuran arang sekam dan habuk sabut (600 @0.70) sebanyak RM4,200. Kos input Polibeg sebanyak 250 kg dengan harga RM9.00/kh adalah RM 2,250. Kos pembelian biji benih 1,000 biji/paket (9 pkt @ 250.00) sebanyak RM RM2,250. Jumlah kos asas untuk pembangunan seekar sistem ini adalah sebanyak RM159,900. Jumlah kos pembinaan serta kos operasi yang terlibat adalah sebanyak RM350,000 ribu. Ini kerana MARDI lebih tertumpu kepada sistem kawalan suhu dan kelembapan yang dikatakan lebih canggih. Kos penyelenggaraan projek ini diselenggarakan sepenuhnya dengan cara menggunakan sistem komputer. Sistem ini lebih untuk menekankan kepada aspek penyelidikan dan bukanlah untuk tujuan komersial. Walaupun kos yang terlibat adalah agak tinggi, namun dengan kaedah fertigasi, beberapa masalah yang timbul dalam sistem penanaman secara konvensional dapat di atasi. Sistem penanaman tanpa tanah telah dapat menghapuskan penyakit yang berasal daripada tanah. Sebagai contoh penyakit layu bakteria yang selama ini telah menjadi masalah utama bagi tanaman tomato dan cili dapat diatasi. Selain itu penanaman sayuran dan buah-buahan terpilih (Melon) juga dapat dilakukan sepanjang tahun kerana musim hujan atau kemarau tidak mempengaruhi kegiatan penanaman. Pengusaha dapat merancang masa dan jumlah pengeluaran hasil mengikut keperluan pelanggan dan pasaran. Kelebihan ini memberi keuntungan kepada pengusaha kerana semua faktor penentu harga adalah dibawah kawalan pengusaha sekiranya penanaman dibuat mengikut jadual dan perancangan menepati permintaan pasaran. Wasallam!.

FERTIGASI ....FAHAM DAH SAYA....
TANOA TANAH...AIR BAJA SAHAJA...
PILIH TANAMAN..JENIS YANG MANA...
KOS SEEKAR...AMBOI MAHALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Fertigasi Rakyat,
Kg Bota Kanan,
Parit, Perak,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1436H)

Friday, February 13, 2015

BAJA GARAM UNTUK KELAPA

BAJA GARAM pada tanaman kelapa (Cocos nucifera) mampu meningkatkan hasil kelapa dengan lebih tinggi. Amalan agronomi  memberikan baja garam (NaCl) atau Salt (Sodium Chloride) atau garam biasa atau garam bukit merupakan tindakan praktikal dalam tingkatkan hasil pokok kelapa. Garam Biasa merupakan jenis 'baja' yang paling murah dipasaran yang mampu meningkatkan hasil kelapa. Saya ada menulis bagaimana usahawan kelapa pandan di Jasin Melaka yang menggunakan garam untuk menghasilkan kelapa pandan dengan lumayan (Sila klik disini). Dalam saya membuat beberapa rujukkan dengan agensi PCA (Philipines Coconut Authority) dan perbincangan saya dengan 3 pegawai kanan PCA semasa persidangan kelapa ASEAN November 2014, mereka ada memberi saya risalah terbaru mengenai perkara ini untuk saya kongsi bersama anda. Garam yang murah memberikan hasil signifikan kelapa seperti jadual di bawah yang dikeluarkan oleh PCA dimana jika tidak diberikan garam sebanyak 850 kg/ha kopra dapat dihasilkan tetapi jika sebanyak 1.0 kg/pokok diberikan hasil kopra meningkat kepada 2,000 kg sehektar. Seterusnya jika sebanyak 1.5 kg/ha/tahun diberikan memberikan hasil kopra sebanyak 2,500 kg/ha dan jika diberikan garam sebanyak 2.00 kg/pokok setahun memberikan hasil kopra 2,750 kg/ha. Ini juga berkaitan dengan kajian PCA dimana kekurangan unsur garam ini ketara dikawasan pendalaman. PCA juga menyatakan terdapat 40 lokasi tanaman kelapa di Filipina yang memang kekurangan unsur klorin yang berhasil rendah sebelum ini telah ditingkatkan hasil kopra dengan aplikasi baja garam.  Saya fikir kawasan tanaman kelapa dikawasan tanah mineral terutama dikawasan pendalaman seperti di Cohong, Jasin dan pendalaman Pahang, Johor, Perak dan lain-lainya yang jauh dari laut memang didapati singifikan menggunakan baja garam. Artikel malam Jumaat ini sambil menonton TV1 rancangan Forum Perdana Islam saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi baja garam terhadap pokok kelapa untuk meningkatkan hasil kelapa kepada anda semua.


Diantara beberapa kebaikan penggunaan baja garam pada pokok kelapa adalah mempercepatkan kadar pertumbuhan pokok kelapa, meningkatkan bilangan biji kelapa dan berat biji kelapa, mengurangkan serangan kerosakan bintik daun dan mesra alam sekitar. Satu laporan PCA menyatakan dari tahun 1991 - 1997 seluas 170,000 hektar kawasan kelapa dengan sebanyak 18 juta pokok berjaya meningkatkan hasik kelapa sebanyak tambahan 125% daripada sebelumnya. Ia juga telah diaplikasi di Indonesia bagi kawasan kelapa seluas 2 juta hektar pada masa kini. Aplikasi cara penggunaan baja garam boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu Tabur Terus, Tabur dan di Cakar dan Bubuh garam dalam lubang. Cara beri baja garam dengan tabur terus sesuai dilakukan dikawasan tanah rata atau bercerun sedikit. Bagi kawasan yang tanah dalam cara ditabur garam diatasnya dan dicakar sedalam 2-3 inci. Cara bubuh garam dalam lubang sedalam 3-5 inci dengan jarak lubang setiap 8 - 10 inci amat sesuai dikawasan tanah bercerun atau berbukit curam. Masa menabur garam, letakkan diatas tanah pangkal kelapa seluar 1 meter garispusat dikawasan tiada rumput (dibersihkan dulu). Pada umur pokok kelapa ditapak semaian 6-8 bulan sebanyak 60-70 gram sepokok sesuai diberikan dalam 2 kali aplikasi setahun. Sebaiknya pemberian baja garam adalah pada awal musim hujan untuk kesan yang optimum. 

Lazimnya kesan baja garam dinuseri akan memberi kesan kepada pembesaran batang semaian kelapa dan ketinggian kelapa disemaian. Pemberian baja garam musim hujan perlu dilakukan dan elakkan diberikan pada musim panas serta keadaan kering disekelilingnya. Secara umumnya kadar paling sesuai dilakukan dengan memberi baja garam pada kadar 1.5 kg NaCl/pokok/tahun untuk meningkatkan hasil kopra dan penghasilan buah kelapa setiap pokok. Kadar ini dikatakan paling ekonomik dari segi aplikasi dengan dijadualkan pemberiannya berperingkat-peringkat agar tidak banyak kesan larut resap kedalam tanah. Aplikasi dengan kadar sedikit tetapi kerap adlah paling berkesan. Foto diatas menunjukkan bagaimana pokok kelapa yang sebelum ini tidak diberikan baja garam telah menunjukkan kesuburan nyata dan menghasilkan tandan buah yang lebuh banyak. Kajian PCA menunjukkan kadar pulangan ekonomik bagi tanaman kelapa banyak bergantung kos baja, hasil kelapa dan harga jualan kelapa. Penggunaan baja garam dengan kadar 1-2 kg sepokok mampu meningkatkan pendapatan tambahan dari RM813 (P10,000) sehektar kepada RM1,545 (P19,000) pada harga kopra RM0.98/kg (P12/kg). Kadar pertukaran wang antara ringgit dengan peso Filipina adalah RM1.00 = Peso 12.29 pada 12 Feb 2015. Walau pun artikel ini menerangan kesan penggunaan baja garam  makan pada pokok kelapa tetapi jangan abaikan amalan agronomi tanaman kelap yang lain seperti pengawalan perosak dan penyakit, kawalan rumpai, jadual pembajaan NPK dan baja organik serta sanitasi kebun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasalam!.

BAJA GARAM... POKOK KELAPA...
KAWASAN INLAND...SASARNYA...
1.5 KG GARAM... TABUR BERKALA...
HASIL NAIK.. SEDIKIT KOSNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sg Terap, Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1436H)
Lawatan keprojek kelulut dan kelapa.

Thursday, February 12, 2015

BAJA DAN TEKNIK PEMBAJAAN

BAJA (Fertilizer) merupakan unsur yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali diberikan kepada tanah walau pun ada petani yang meletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua kategori dari apa yang saya belajar di universiti iaitu baja asli dan baja kimia. Baja Asli atau Baja Organik (Organic ferlitizer) mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup. Baja kimia (Chemical fertilizer) pula adalah dipanggil sebagai baja tidak organik atau baja buatan yang diperbuat dari bahan bukan organik dan mengandungi bahan-bahan kimia tidak organik atau galian-galian. Sebenarnya unsur baja boleh wujud secara semula jadi seperti pada tanah gambut dan daripada bahan galian. Cara lain sumber baja adalah dikeluarkan oleh kilang baja setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia. Lazim juga dikatakan penggunaan baja akan menjadikan semua jenis tumbuhan dikawasan kebun, taman-taman dan tanah akan kelihatan lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan. Baja akan diformulasi khusus bagi tujuan tertentu sama ada untuk tujuan peringkat pertumbuhan daun (vegetative stage) atau pengeluaran bunga atau pengeluaran buah (Reproductive stage). Baja lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama iaitu dikenali nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) atau singkatannya NPK dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur lain seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) sering digunakan berdasarkan pada keperluan tanaman pada tahap tertentu. Unsur nitrogen (N) sebenarnya boleh didapati dari udara dan hanya sekumpulan kecil tumbuhan (nitrogen fixation) seperti pada jenis pokok kekacang kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida. Hampir semua jenis tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanah untuk tumbuh subur. Artikel malam Ahad ini sambil saya menonton perlawanan bolasepak Piala Malaysia saya dapat menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai baja dan cara pembajaan yang perlu diketahui oleh pembaca blog ini.

Terdapat kelebihan dan kekurangan diantara jenis Baja Asli atau Baja Organik dengan Baja Sebatian Kimia. Kedua-dua baja ini sesuai untuk digunakan dengan berasingan atau pun digabungkan untuk mendapatkan kesan terbaik kepada tanaman. Kelebihan Baja Organik adalah kerana baja ini akan dapat meningkatkan aktiviti mikroorganisma dalam tanah, mempercepatkan penguraian bahan organik dan membantu meningkatkan KPK tanah. Ia juga akan memperbaiki tekstur dan struktur tanah dimana ini membantu perkembangan akar, memperbaiki saliran dan memudahkan kerja-kerja penyediaan tanah. Baja Organik dapat meningkatkan KPK tanah serta mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang nutrient apabila pembajaan dilakukan. Ia juga memperbaiki pengudaraan tanah dengan meningkatkan rongga tanah dan memperbaiki tahap penyerapan air dan pengudaraan dalam tanah. Apabila kita menggunakan sisa buangan pertanian dari dibazirkan akhirnya ia mereput dan akan terhasil baja organik. Baja organik juga akan dapat memperbaiki struktur tanah supaya terus gembur dimana berlaku pengedaran udara yang baik, kadar pegangan air yang baik dan lain-lain. Kesan nyata adalah kerana ia akan menambahkan bahan organik kepada tanah serta akan dapat meningkatkan Keupayaan Pertukaran Kation Tanah. Pastinya baja ini memberi zat makanan kepada tanaman. Kehebatan baia organik didapati meningkatkan populasi mikro-organisma dalam tanah dengan mereputkan bahan organik supaya cepat menjadi baja yang tersedia unsur pemakananya kepada tumbuhan.

Kelebihan Baja Kimia di mana ianya dapat disalurkan terus dan cepat ke atas tanaman. Baja Kimia yang dicampurkan dengan sempurna mengikut nisbah kadar tetap N:P:K dan kemudiannya digunakan untuk tanaman pada waktu yang sesuai boleh membantu kehidupan tanaman. Baja kimia tidak mempunyai sebarang tenaga (karbon). Baja Kimia dengan hanya kandungan tetap bahan kimia NPK tidak mempunyai nutrient yang lengkap untuk membantu kehidupan tanaman dan membentuk tanah yang subur. Baja Kimia yang disaluti bahan bagi mengelakkanya terlarut dengan cepat, ianya mestilah digunakan dengan penuh hati-hati, terutamanya ke atas tanah berpasir dimana ia boleh menyebabkan akar melecur dan seterusnya menyerap dengan cepat sehingga melangkaui jarak capaian akar. Bagi tanah liat atau tanah yang mengandungi kadar organik yang tinggi dan kandungan humus yang baik, ini bukanlah satu masalah yang besar. Penggunaan baja kimia kini menjadi asas kepada kebanyakan petani terutama didalam program pembajaan secara konvensional disamping penggunaan baja organik. Terdapat pelbagai macam formulasi baja sebatian kimia untuk tujuan khusus penggunaannya.

Teknik pembajaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara tertakluk kepada beberapa faktur. Antaranya adalah jenis tanah, umur tanaman. keadaan iklim atau cuaca dan juga jenis baja  digunakan serta tujuan pembajaa itu sendiri. Teknik pertama pembajaan adalah Cara Taburan dimana dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar (Sila lihat foto disebelah). Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah kepada permukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi. Kedua adalah cara membaja dengan Cara Jalur atau jajar (Band or row placement) dimana kaedah ini baja akan dibubuh ke dalam tanah yang biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.


Teknik Pembajaan yang ketiga adalah Cara Baja Permukaan (Top dressing) dimana cara ini perlu kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.  Keempat adalah satu teknik pembajaan yang dinamakan sebagai Pembajaan Sisi (side dressing) dimana dengan cara ini lazimnya baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja. Teknik pembajaan yang kelima adalah Cara Pembajaan Berpoket (pocket placement). Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm. Cara pembajaan yeng ke enam adalah dinamakan sebagai Cara Penyemburan Daun (foliar application) dimana cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah. Diharap artikel ini dapat menjadi bahan rujukan dan bacaan anda semua. Wasallam!.
BAJA TANAMAN... PERLU DIBERI...
BAJA ORGANIK... MUDAH DIBELI...
BAJA KIMIA... JENIS PELBAGAI...
TEKNIK MEMBAJA...KENA PATUHI...

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Ladang United Plantation,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1436H) 

Wednesday, February 11, 2015

BAJA CHITOSAN - KEBAIKAN

BAJA DARI KRUSTACEA (Crustacean fertilizer) merupakan produk baja yang sangat berkesan untuk pertumbuhan tanaman berasaskan dari kulit udang, ketam dan kerang-kerangan. Baja ini mengandungi bahan chitin atau chitosan yang sangat berkesan mengaktifkan bakteria pemakan chitin dalam tanah seterusnya menyebabkan tanaman kurang diserang dengan perosak dan penyakit. Badan Serangga dan kulit telur nematod mengandungi banyak chitin pada skeleton yang akan dimusnahkan oleh bakteria pemakan chitin akibat baja ini. Baja ini telah dikomersilkan dibeberapa negara maju yang banyak sumber perikanan dan dijadikan produk baja yang bernilai tinggi. Produk ini dieksport kepada negara pertanian pengguna untuk yang menghasilkan bahan makanan terutama untuk jenis sayuran dan buah-buahan. Baja ini ada dijual dalam bentuk asal (raw) dan bentuk proses (cecair) dengan kaedah penggunaan berbeza-beza. Maklumat baja ini agak kurang diketahui oleh kebanyakan petani komersil di Malaysia kerana kos untuk membelinya agak tinggi selain daripada agak sukar mendapatkan bekalan berterusan. Ia boleh dibeli dan dibungkus dalam bentuk pepejal tetapi lebih banyak dalam bentuk cecair. Petani kita sering berfikir dua kali kerana jika membeli baja campuran yang biasa dipasaran harganya murah dan mudah didapati. Dalam beberapa penyataan pada pembungkusan didapati baja mengandungi chitin atau chitosan ini mempunyai banyak kelebihan daripada baja-baja komersil lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Agriculture' mengenai beberapa kehebatan dan kebaikan baja dari produk krustacea untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan.

Diantara beberapa lelebihan baja produk krustacea ini adalah dimana baja ini adalah merupakan 100% bahan organik yang memang sah selamat digunakan. Ia diproses daripada bahan semulajadi dari laut yang memang tidak mengandungi bahan toksik yang membahayakan kepada tanaman, alam sekitar dan manusia. Baja jenis ini juga membantu tanaman menyerap nutrien secara semulajadi di dalam tanah dengan cekap dan berkesan. Unsur baja lain mudah diambil dari tanah kerana aktiviti mikrob yang berlaku dengan adanya chitin ini. Apabila petani telah memilih baja ini, maka ia akan mengurangkan penggunaan baja organik lain dan baja kimia pada tanaman sehingga lebih daripada 50% daripada kos penggunaan biasa. Dalam banyak kajian, baja ini didakwa mampu meningkatkan hasil tanaman sekurang-kurangnya 20 - 30% pada setiap pokok jika ia digunakan dengan betul seperti disyorkan. Baja ini mampu juga meningkatkan kualiti hasil tanaman, hasil tanaman lebih segar, besar dan bebas bahan kimia. Apa yang hebat mengenainya ialah dimana ia akan dapat membantu menghalang serangan serangga perosak. Seterusnya ia akan membina ketahanan tanaman terhadap serangan penyakit (kulat, virus, bakteria). Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis tanaman sayur, buah, bunga dan lain lain. Akhirnya ia boleh digunakan bersama sama semua jenis baja, vitamin, hormon, ubatan lain tanpa menjejaskan fungsi dan keberkesanan bahan-bahan tersebut. Secara beransur ansur, penggunaan bahan bahan tersebut akan berkurangan kerana tanaman menjadi lebih sihat dan tidak lagi bergantung kepadanya.

Cara Penggunaan baja Chitosan ini adalah mengikut jenis tanaman dan juga beberapa faktor lain. Penggunaan pada peringkat sebelum menanam iaitu bagi rawatan untuk biji benih boleh dilakukan dengan kadar 20 - 40 ml baja Chitosan dicampur dengan 20 liter air kosong  dan dikacau sehingga sebati. kemudian biji benih perlu di rendam sekurang kurang 30 minit sebelum biji benih di tanam dan kemudian ditoskan sebelum ditanam. Lazimnya baja chitosan akan melekat pada biji benih yang akan dimasukkan kedalam tanah. Ia mempercepatkan kadar percambahan dan mengurangkan serangan penyakit yang sering menyerang anakbenih. Bagi tanaman sayuran adalah disyorkan untuk mencampurkan sebanyak 20 -  40 ml baja Chitosan dengan 20 liter air kosong dimana cecair ini akan disemburkan dengan kekerapan setiap 5 - 7 hari sekali pada bahagian daun tanaman. Pastikan menyiram dengan kadar sesuai dan tidak terlalu berlebihan sehingga boleh berlaku pembaziran. Jika hujan elakkan membuat penyemburan kerana ia merugikan. Pada tanaman bunga-bungaan (ornamental) maka campuran 20 - 40 ml baja Chitosan dengan 20 liter air kosong adalah sesuai dimana kemudaian cecair ini perlu di sembur setiap 5 - 7 hari pada daun dan bunga yang mekar. Pastikan membuat semburan dengan jadual disediakan dan elakkan pembaziran dengan teliti. Bagi semua jenis buah buahan campurkan sebanyak 20 - 40 ml baja Chitosan dengan 20 liter air kosong dan kemudian ia disembur setiap 5 - 7 hari pada daun dan bahagian batang atau permukaan tanah jika pokok telah dewasa dan tinggi. Kajian pasaran mendapati harga jualan baja ini secara runcit sekitar RM37.00 bagi pembungkusan 500 ml dan jika masuk kos penghantaran menjadi RM41.00 satu unit. Anda boleh bertanya kepada kedai penjual bahan input pertanian terdekat atau google dilamanweb mana-mana sumber bekalan baja ini.  Wasallam!...

BAJA CITOSAN... BAIK SEKALI...
SIAPA PEMBEKAL..KENA CARII...
HARGA RM42... DIJAMIN PASTI...
BOLEH CUBA...KALAU BERANI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana, Precint 10,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1436H) 

Tuesday, February 10, 2015

BAJA KULIT KETAM - CARA GUNAKAN


BAJA KULIT KETAM atau BAJA CHITOSAN adalah baja yang disediakan dari bahan asas dari lautan seperti ketam cengkerang, kerang-kerangan, kulit udang, cengkerang dan sebagainya. Chitin atau Chiosan yang terdapat pada kulit Crustaceans seperti ketam, kerang dan kulit udang adalah seperti satu 'keajaiban' apabila diberikan kepada tanaman.  Tindakbalan bahan ini seperti menghalang tanaman daripada diserang penyakit dan terus subur kerana ia menggalakkan bakteria pemakan chitin terus membiak. Pada kebanyakan serangga yang terdapat dikeliling kawasan tanaman adalah mengandungi banyak unsur chitin dalam badannya. Bakteria ini memakan semua bahan chitin yang ada pada musuh tanaman termasuk serangga, nematodes dan juga kulat.  Chitin juga amat toleran dengan keadaan suhu sejuk dan panas melampau. Kajian menunjukkan bahan chitin jika diberikan pada tanaman akan mampu menggalakkan pengeluaran bunga dengan jangkamasa lebih lama. Ini termasuk pengeluaran bunga untuk tanaman sayuran seperti tanaman tomato, chili, kacang panjang dan sebagainya. Penggunaan baja chitin dan silicon didapati mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan baja ini di kalangan petani sayuran komersil di Malaysia masih ditahap sederhana dimana ia banyak diguna oleh petani yang tahu mengenai perkara ini dan mempunyai modal mencukupi kerana kos baja ini agak tinggi dipasaran. Bagaimana pun ia adalah berbaloi jika mengambilkira pulangan yang akan diperolehi oleh mereka yang menggunakannya. Artikel pada petang Ahad ini saya menulis artikel ke 3,210 dalam "Anim Agro Technology" mengenai Baja Chitin dan Baja Chitosan untuk bahan rujukan anda semua.


Kulit Ketam bukannya racun kulat atau pun racun nematod. Ia merupakan sejenis baja hebat dengan kandungan Kalsium yang mempunyai kesan hebat yang tiada pada baja-baja lain (Sila lihat foto disebelah). Kulit ketam mengandungi bahan Chitin yang amat tinggi yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria pemakan chitin. Ini kerana kulit luar (exoskeletons) bagi kulat, serangga dan juga telur nematod mengandungi bahan chitin yang tinggi untuk dimakan oleh bakteria ini. Apabila kulit kerang yang mengandungi chitosan ini dibubuh pada tanah, ia akan membantu membentuk persekitaran sesuai bagi mengaktifkan bakteria pemakan chitin menghapuskan kulat (fungus) dan telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran (secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah.


Penggunan baja kulit ketam ini boleh diaplikasi dengan baja baja lain yang sesuai bagi mendapatkan kesan optima. Ikuti arahan yang ditulis pada label pengeluar baja agar tidak berlaku sebarang reaksi diantara baja kulit kerang dengan baja kimia lain yang digunakan. Sebaiknya baja foliar yang berasaskan kepada baja mesra alam dicampur dalam larutan air dan disiram terus keatas tanah atau tanaman (Sila lihat foto disebelah). Kadar penggunaan baja kulit ketam berbeza-beza mengikut jenis tanaman, jenis tanah, umur tanaman dan keadaan cuaca. Sebagai contoh bagi tanaman dengan 50 kaki panjang batas boleh gunakan sebanyak 5 paun kulit kerang, tanaman bunga dirumah cuma 2 aun dan pokok tomato dewasa sebanyak 4 aun sepokok. Semasa aktiviti penyediaan tanah disyorkan masukan baja kulit ketam dalam tanah ketika pembajakan atau merotor tanah. Oleh kerana ia bukan baja larut air, ia boleh ditabur keliling pokok dewasa dengan kadar sesuai dan berjadual.


Memberikan sungkupan dipermukaan tanah memberikan banyak kebaikan kepada sistem tanaman. Ia akan mengekalkan kelembapan dalam tanah, membantu mengawal pertumbuhan rumpai dan mengurangkan kesan infestasi serangan perosak tanaman (Sila lihat foto disebelah). Sungkupan ini amat sesuai diaplokasikan setelah baja kulit kerang dibuhun dahulu dibawahnya. Penguraian kulit kerang dibawah sungkupan plastik silvershine ini secara berperingkat akan menyuburkan lagi tanaman dikebun. Kita boleh tambah baja crab meal ini mengikut keperluan tanaman bila-bila masa pada lubang pada sungkupan untuk tabah kesuburan pokok. Baja crab meal merupakan baja organik yang sangat beri kesan kepada kesuburan tanaman dengan membekalkan unsur Nitrojen dan Protin kepada tanaman. Baja yang juga 'slow release' ini sesuai digunakan terutama untuk tanaman makanan seperti sayuran dan buah-buahan dinegara kita. Penggunaan secara sistematik baja ini pada tanaman limau bali yang penulis periksa di Ladang Limau Bali di Jementah pada bulan lepas mendapati ia telah memberikan kesan positif kepada kesuburan pokok dengan buah limau bali yang banyak dan manis. Menurut Mr Tan, beliau menggunakan baja ini semanjak 15 tahun lalu iaitu produk yang diimpot daripada negara China. 


Antara jenis baja mengandungi Chitin dan Baja Chitosan adalah Organic Pacific Gro Standard. Baja ini diformulasi dengan kandungan unsur NPK iaitu pada kadar 2 - 0.5 - 0.3 dalam bentuk cecair yang mudah digunakan. Daripada keterangan pada label ia sesuai diguna dengan penapis 120 mesh semasa semburan sama ada menggunakan sistem fertigasi atau sistem pengairan titis (Drip system).  Baja ini dihasilkan daripada pelbagai jenis ikan, ketam, udang dari lautan yang tinggi kandungan chitin dan unsur kalsium (1.5%) untuk meningkatkan aktiviti mikrob dalam tanah. Tidak ada minyak ikan didalamnya dengan pH sekitar 3.5 dan ia boleh disimpan lama tanpa rosak. Ia amat mudah digunakan kerana dijual dalam bentuk cecari terutama untuk tanaman menggunakan sistem fertigasi. Antara ciri kehebatan baja ini seperti didakwa dan ditulis pada label adalah ia menambah polulasi mikrob dqalam tanah, mudah terurai semasa penyediaan tanah dan bertindak sebagai mengawal daripada serangan perosak dan penyakit. Aktiviti bio yang aktif membolehkan unsur makanan tumbuhan mudah diserap oleh tumbuhan melalui akar. Ia meningkatkan kadar KPK (water holding capacity) dalam tanah dan kurangkan penggunaan racun kimia pada tanah. Ia akan menyediakan bahan chitin yang menambahkan sitem pertahanan tumbuhan dari serangan penyakit. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan. Kesan terbaik adalah baja ini mampu kurangkan serangan Kulapok Berdebu (Powdery Mildew) dengan aplikasi semburan foliar. Kesannya memberikan saiz daun lebih besar dengan warna hijau gelap dengan buah yang bersaiz besarm padat, gebu, rasa enak dan jangkamasa simpanan lebih lama. Petani di negara kita boleh membeli baja ini dari pembekal dan digunakan dengan meluas. Wasallam!.



BAJA KULIT KETAM... APA DIA...
'CRAB MEAL'... NAMA BIASA...
KESANNYA...BANYAK GUNA...
ADA CHITIN...BELI DIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(20 RabiulAkhir 1436H)





Monday, February 9, 2015

BAJA CHITIN ATAU CHITOSAN


BAJA CHITIN atau BAJA CHITOSAN adalah baja yang disediakan dari bahan asas dari lautan seperti kulit kerang, kulit ketam, kulit udang, siput dan sebagainya. Baja Chitin yang terdapat pada Crustaceans seperti ketam, kerang dan kulit udang adalah seperti satu 'keajaiban' apabila diberikan kepada tanaman.  Tindakbalas bahan ini seperti menghalang tanaman daripada diserang penyakit dan terus subur kerana ia menggalakkan bakteria pemakan chitin (chitin bacteria eating) terus membiak. Pada kebanyakan serangga yang terdapat dikeliling kawasan tanaman adalah mengandungi banyak unsur chitin didalam badannya. Bakteria ini akan memakan semua bahan chitin yang ada pada badan musuh tanaman termasuk serangga, telur nematodes dan juga kulat (fungus).  Chitin juga amat toleran dengan keadaan suhu agak sejuk dan panas melampau. Kajian menunjukkan bahan chitin jika diberikan pada tanaman akan mampu menggalakkan pengeluaran bunga dengan jangkamasa lebih lama. Ini termasuk pengeluaran bunga untuk tanaman sayuran seperti tanaman tomato, chili, kacang panjang dan sebagainya. Penggunaan baja chitin dan silicon didapati mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan baja ini di kalangan petani sayuran komersil di Malaysia masih ditahap sederhana dimana ia banyak diguna oleh petani yang tahu mengenai perkara ini dan mempunyai modal mencukupi kerana kos baja ini agak tinggi dipasaran. Bagaimana pun ia adalah berbaloi jika mengambilkira pulangan yang akan diperolehi oleh mereka yang menggunakannya. Artikel pada petang Ahad ini saya menulis artikel ke 3,210 dalam "Anim Agro Technology" mengenai Baja Chitin dan Baja Chitosan untuk bahan rujukan anda semua.


Baja Kulit Ketam (CRAB SHELL FERTILIZER) mengandungi bahan chitin yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria pemakan chitin dalam tanah. Salah satu jenama yang ada dijual dipasaran adalah keluaran Neptune's yang juga diperkayakan dengan unsur Nitrojen, Posforan, Kalium, Sulfur, Magnesium, Kalsium, Sodium, Zat Besi, manganese, Kuorum, Zinc dengan kadar pH sekitar 6.0. Sebenarnya bahan chitin merupakan bahan terbiar polisaccharide yang terdapat dalam alam semulajadi. Ia merupakan bahan dikelaskan sebagai 'Derivatif selulos' walau ia tidak terdapat pada organisma yang menghasilkan selulos. Dari segi sejarah, chitin telah dijumpai pada cendawan padan 1811 oleh Prof Henri di Perancis. Kemudian hanya pada tahun 1830 baru diberikan nama sebagai chitin yang berasal dari bahasa Greek yang memberi makna 'tunic' atau 'envelope'. Hanya pada tahun 1850 baru didapati bahawa hbahan chitin boleh dilarutkan dalam air olrh Prof C. Roughet. Kemudian pada tahun 1870 barulah dicidapati bahawa chitin boleh dijadikan kepada kompoun chitosan. Chitosan merupakan bahan polisaccharide dari Glucosamine yang terhasil daripadaa bahan chitin melalui proses penguraian pada molikul chitin. Pada zaman moden ini ia terhasil daripada memproses bahan terbuang daripada kulit ketam, kerang dan siput laut dan menjadi bahan penting untuk tumbuhan.


Kepentingan Chitin dan Chitosan dalam sektor pertanian terus berkembang dari semasa kesemasa. Para saintin terus berfikir bagaimana untuk menggunakan bahan ini untuk dijadikan bahan pelindung tanaman secara biologi dimana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria pemakan chitin pada tanah. Ini selaras dengan kesedaran ramai pengguna yang tidak mahu membeli produk-produk makanan mereka seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang disembur menggunakan baja kimia yang toksik. Merek juga lebih sedar penggunaan baja kimia toksik yang banyak akan menyebabkan berlaku akumulasi toksik pada tanah, tanaman, ternakan, perikanan dan dalam air sendiri yang membahayakan kepada kelestarian pertanian. Salah satu strategi dalam menambahbaik perlindungan tanaman (crop protection) adalah dengan mengamalkan kaedah biologi dan kurangkan mutasi kepada perosak tanaman. Tahap menjadi kekebalan dan ketahanan tumbuhan dan patogen banyak bergantung kepada banyak faktor termasuk peranan enzim pada sel tumbuhan seperti lignin, suberin dan juga silicum. Bahan chitosan yang tidak toksik didapati sesuai dijadikan bahan biopolimer organik yang mudah terurai menepati kehendak alam sekitar.


Chitosan didapati berfungsi dengan menghalang proses 'antifungal' dan 'antibacterial activities' dalam sistem tumbuhan. Semua bahan dalam chitosan didapati memberi kesan lama yang tidak merosakkan ekologi persekitaran. Ia boleh digunakan untuk banyak jenis tanaman. paling sesuai kerana cara penggunaan baja chitosan boleh disalurkan melalui sistem pengairan (terutamanya tanaman fertigasi) atau pun semburan terus pada pokok (foliar application). Penggunaan ini menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan mengeluarkan 'protease inhibators' yang menghalang serangan serangga pada tanaman. Ia juga bertindakbalas dengan formasi bahagian akar, pertumbuhan batang dan pembentukkan buah oleh hormon tumbahan.  Tumbuh-tumbahan tidak mengandungi chitosan tetapi mampu mengeluarkannya (secretion process) enzim Chitinase. Jika tumbuhan ini diberikan baja chitosan makan taumbuhan akan menyerapnya dan meningkatkan lagi aktiviti yang melibatkan enzim chitinase yang memnerikas hasil dimana tanaman akan tahan dari serangan penyakit. Terdapat dua jenis Produk Oligosaccharide Chitosan dipasaran dimana satunya mempunyai kompoun molikiular yang ringan dan satu lagi dengan kompoun molikul yang berat.


Selain daripada kesan ketahanan dari serangan penyakit tanaman, chitosan juga memberi kesan kepada akktiviti mikrob dalam tanah setelah pemberian baja ini. Ia juga memberi kesan signifikan pada media tanaman bukan tanah seperti dalam sistem fertigasi.  Ia membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain tanaman. Kecekapan pengambilan unzur baja oleh chitosam menyebabkan tanaman akan memberikan hasil buah dan daun lebih besar dan banyak. Ia juga memanjangkan tahap penyimpanan lebih lama (longer shelf-life) tuaian hasil. Hasil tanaman juga selamat dimakan keran atidak banyak kesan toksik. Baja chitosan yang dibuat dari produk laut seperti kulit kerang, ketam dan kulit udang adalah bebas toksik dan juga penggunaannya adalah selamat dan mera alam. Baja ini patut digunakan oleh petani dinegara kita agar mereka menghasilkan makanan berkualiti. Wasallam!.



BAJA CHITIN... CHITOSAN JUGA...
DARI LAUT... DIPROSES LAMA...
KESAN BAIK... SUBUR POKOKNYA...
HASIL BANYAK..SELAMAT JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1436H)

Sunday, February 8, 2015

SUP KAMBING

SUP KAMBING merupakan sejenis makanan sup dengan ramuan utama adalah daging kambing yang popular di Malaysia dan negara jiran. Walau pun ramai dikalang orang Malaysia masih takut untuk makan daging kambing sama ada dimasak kari, masak kicap, dijadikan steak, sate kambing dan suo kambing tetapi pemikiran dan kepercayaan ini telah sedikit sebanyak berkurangan. Ramai mendakwa selepas makan daging kambing akan mendapat pening kepala dan ambil panadol kemudian. Ada pula dikalangan mereka tidak suka makan sup kambing atau daging kambing kerana dakwanya ianya 'berbau' terutama jika menggunakan kambing kampong jantan (Kambing bobok). Pemilihan daging kambing yang segar dan kaedah penyembelihan dan pemotongan yang betul membolehkan mereka yang masak sup kambing akan dapat nilai terbaik terhadap sup kambing yang disediakannya. Penjual sup kambing selalunya akan membuat jualan pada premis khusus atau kenderaan bergerak tetapi pelanggannya akan datang untuk dapat menikmatinya. Penulis memang amat minat dengan sup kambing yang suam panas dan dimakan bersama dengan roti atau nasi putih. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sup kambing yang semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia untuk rujukkan dan menambah ilmu anda.


Hidangan sup kambing ini paling sesuai dihidangkan pada waktu tengahari, petang dan waktu malam. Ia agak jarang diambil pada waktu pagi. Ia boleh diambil terus begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih, roti, roti canai dan sebagainya mengikut selera. Di negara kita terdapat pelbagai jenis sup kambing yang mungkin anda jumpa mengikut lokaliti, populariti dan resepi yang digunakan. bagaimana pun penulis mendapati antara jenis sup Kambing yang biasa dijual atau didengar seperti Sum Kambing Kampong, Sop Kambing Asli, Sop Kambing Arab, Sup Kambing Arab (Sila lihat foto disebelah), Sup Kambing Berempah dan Sup Kambing Mamak. Selain itu ada jenis up kambing yang diber nama pemilik kedai atau nama tempat ia dijual seperti Sup Kambing Ayob, Sup Kambing kelang dan beberapa lagi. Diantara jenis sop tersebut rasanya jenis telah dikomersilkan adalah Sup Kambing Berempah dan sup Kambing Mamak. Ini kerana kalau anda berkunjung kekedai Mamak (Rantaian 786) pada bila-bila masa dan minta sup kambing akan dihidangkan terutama restoren yang beroperasi 24 jam dikawasan yang ramai pelanggannya. Kali ini saya cuba paparkan dua jenis resepi jeni sup popular tersebut diatas untuk rujukan anda semua.


Pertama adalah SUP KAMBING BEREMPAH yang mana ia boleh disediakan sendiri atau dibeli dari kedai yang menjual. Bahan yang digunakan adalah daging kambing segar dengan kuantiti secukupnya, 3 biji bawang merah yang perlu dihiris, 2 ulas bawang putih yang juga dihiris, 1 inci halia yang perlu dihiris dan 10 tangkai cili api atau lebih kalau hendak rasa lebih pedas lagi (perlu dihiris). Bahan lain adalah seperti 2 sudu besar rempah sup adabi (boleh juga ditambahkan dengan air untuk dijadikan paste), sebanyak 2 sudu besar rempah sup lain (ditambahkan dengan air atau boleh dijadikan paste), daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Selain itu pastinya diperlukan garam secukup rasa dan sedikit minyak masak untuk menumis. Semua bahan-bahan ini perlu ditumis dengan sedikit minyak sehinga terit bau dan masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan daging kambing dan reneh sehingga daging kambing menjadi empuk. Apabika empuk matikan api dan tambah daun sup, daun bawang serta bahan hiasan lain untuk menambah perisa.


Paling popular adalah SUP KAMBING MAMAK yang mudah kita dapati di restoren mamak. Bagaimana pun kita dirumah boleh menyediakan sendiri sup kambing mamak dirumah berdasarkan resepi yang saya paparkan. Sup jenis ini agak berminyak sedikit dan pekat jika ianya adalah dari stok yang hampir habis tetapi cair sedikit jika ianya stok baru (Sila lihat foto disebelah). Resepi Sup Kambing Mamak adalah antara hidangan yang cukup lazat dan diminati oleh semua gulongan maysarakat majmuk di Malaysia. Kita hanya perlukan masa semala 20 minit menyediakan bahan masakan dan 40 minit untuk memasaknya. Hidangan untuk seramai 6 - 8 orang ini memerlukan bahan iaitu 1 kilo kambing (rusuk), 2 sudu besar minyak masak, 3 sudu besar rempah sup/kurma  yang dibancuh dengan sedikit air, 4 biji kentang dibelah empat dan 1 batang carrot yang dipotong kecil-kecil. Seterusnya adalah bahan iaitu 1 pokok daun sup dan daun bawang dihiris, 5 cawan air, 1 batang serai yang perlu diketuk, sedikit Garam dan Bawang goreng. Untuk bahan tumbuk digunakan 7 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 3 cm halia dan 1 sudu kecil lada hitam. Bagi bahan rempah tumis diperlukan 1 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih dan juga 2 biji buah pelaga. Cara menyediakan dengan daging kambing perlu dibasuh dan potongkan kecil0kecil. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis. Masukkan rempah sup atau rempah kurma, kambing dan kacau sehingga rata. Kemudian dimasukkan air, serai dan garam dan dibiarkan mendidih. Masukkan kentang, carrot biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut kemudian di tutup api dan angkat. Kemudian dimasukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup dan daun bawang. Semuga artikel ini dapat memberikan ilmu tambahan kepada anda semua. Wasallam!.


SUP KAMBING... ADUH ENAKNYA...
KAMBING KAMPONG... SEGARNYA...
ENAK DIMAKAN... MASA PANASNYA..
SUP KAMBING MAMAK... PEKENA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Restoren DaruSalam,
Presint 9, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...