Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG PASAL PISANG TANDUK. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG PASAL PISANG TANDUK. Show all posts

Monday, February 17, 2025

SEMBANG PASAL PISANG TANDUK (PART 2)

PISANG TANDUK
(Musa spp. cv Tanduk) merupakan sejenis pisang dari keluarga Musaceae yang popular di tanam dinegara kita untuk tujuan pengeluaran segar dan di goreng atau diproses menjadi Kerepek Pisang Tanduk. Pisang Tanduk di tanam secara kimersial khas dalam satu kawasan atau bercampur dengan beberapa jenis pisang lain dan dikawasan dusun. Permintaan terhadap pisang tanduk meningkat ketika musim perayaan untuk diproses menjadi kerepek. Warna kerepek dan rasa lemak manis menjadikan kerepek pisang tanduk diminati ramai dengan harga mencecah RM 16.00 - RM 20.00 sekilogram di pasaran tempatan. Goreng pisang tanduk juga merupakan antara pisang goreng yang mendapat permintaan tinggi dikalangan penjual goreng pisang. Walau pun pisang tanduk jarang dimakan segar sebagai pencuci mulut selepas makan nasi tetapi saya memang minat makan pisang tanduk yang telah cukup masak. Selalunya tanah yang subur dengan panas serta lembab dan mempunyai saliran yang baik perlu dipilih dan pastikan bebas dari patogen merbahaya seperti Bakteria Moko (Ralstonia spp) dan sebagainya. Bersihkan kawasan penanaman dan bakar untuk mempastikan kawasan terbuka dan cahaya matahari mencukupi bagi pertumbuhan subur. Pokok pisang tanduk akan lambat membesar dan lambat berbunga atau berbuah jika kawasan tanaman terdapat naungan. Tanah jenis lom berpasir dan kaya dengan baja organik disyorkan untuk penanaman pisang tanduk. Pisang Tanduk tidak sesuai ditanam dikawasan yang banyak halangan seperti tanah berasid, Tanah Keras dan berbatu, Tanah Gambut Dalam dan mempunyai paras air yang tinggi. Kawasan tanaman sebaiknya tidak ada gangguan angin kuat melebihi 15 km /jam kerana ini akan merosakan daun dan boleh menumbangkan pokok yang sedang berbuah. Tiupan angin kencang ini juga mencederakan buah dan menurunkan kualiti buah. Pisang tanduk agak berbrza dengan Pisang Lang (yang selalu dirujuk juga sebagai pisang tanduk) dikalangan petani tempatan. 
Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Ago Technology'' mengenai beberapa fakta dan kisah pisang tanduk untuk bahan rujukkan semua.


Penulis blog tertarik dengan kisah hebat bagaimana 'Pisau Pengupas Kulit Pisang Menang Anugerah' untuk disembangkan kali ini. Bagi Shahabuddin (52) dan anak perempuannya Nur Damia Amani mengupas pisang menggunakan pisau rekaannya yang memenangi anugerah pada Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor di Kluang. Dilaporkan iaitu selepas tangannya terlalu kerap cedera kerana perlu mengupas hampir 500kg pisang setiap hari kemudian dia mendapat satu idea iaitu mengambil keputusan untuk mencipta 'pisau sifar kecederaan' untuk meringankan kerja-kerjanya. Dia perlu kupas 400 hingga 500 kilogram pisang tanduk setiap hari. Selalu sangat pisau tajam yang saya gunakan sebelum ini mencederakannya. Walaupun kulit tanduk pisang lebih sukar dikupas berbanding pisang biasa, ia masih boleh dikupas dengan pisau tumpul. Kemudian dia buat pisau sendiri sehingga berja menerima anugerah semasa Hari Inovasi dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian Johor. Bapa kepada enam anak ini menghasilkan kerepek pisang rangup dari ladang pisangnya berhampiran Mukim 1 di Semerah, Batu Pahat, memenangi Pertandingan Inovasi Peladang 2016 untuk pisau rekaannya yang nampak ringkas tetapi kreatif. Pisau bentuk melengkung itu menjadikan kerjanya lebih mudah, selain membolehkan tugas-tugasnya diselesaikan dengan lebih cepat dimana dia boleh mengupas antara 40kg dan 50kg pisang tanduk dalam masa sejam. Jika guna pisau biasa, anda mungkin akan mengupas purata 12kg hingga 15kg sahaja dalam satu jam atau 30kg hingga 35kg dengan pemotong buah-buahan dan menyifatkan rekaannya itu sebagai ringkas dan mudah, di mana ia diperbuat daripada bilah keluli tahan karat yang disambungkan dengan pemegang pisau melengkung. Dilihat panjang pisau juga lebih pendek daripada biasa untuk cengkaman yang lebih mudah apabila mengupas dan yang paling bagus apabila anak perempuan saya yang berusia lima tahun juga boleh membantu saya kerana pisau itu tidak bahaya. Kos sekitar RM15 diperlukan untuk membuat pisau tersebut. Dalam pada itu seorang pemilik ladang durian Low Soon New (56) berada di tempat kedua untuk pengikis durian rekaannya yang digunakan untuk membersihkan daun-daun kering. Soon New membersihkan daun kering yang biasanya melekat pada duri 'raja buah' yang dikatakan sebagai satu proses penting sebelum ia dipasarkan kepada orang ramai. Sebelum menjual buah-buahan, kami perlu pastikan ia bersih dan boleh dimakan dimana proses membersihkan daun kering yang melekat pada duri durian agak membosankan dan memakan masa, terutamanya jika jumlahnya banyak. Kini dengan pengikis durian ini, peniaga-peniaga boleh membersihkan buah dengan lebih cepat berbanding menggunakan batang kayu atau sikat getah.


Dalam kes lain bernama laporkan 'Pisang Tanduk Di Merlimau Dapat Sambutan' sesuai dikongsikan. Bagi seorang peniaga buah Daud Tulus yang selalu menjual pisang tanduk di kedainya di pekan Merlimau sejak lapan tahun membuka kedai buah-buahan di Bandar Merlimau dakwa jualan pisang tanduk yang sememangnya menarik perhatian terutama orang luar. Dia menjual pada harga RM3 sekilogram dan setiap tandan mempunyai antara 10 dan 12 biji pisang. Apa pun baginya jika sesiapa berkunjung ke Bandar Merlimau pasti tidak akan terlepas pandang gantungan pisang tanduk di deretan kedai buah-buahan di tepi jalan. Apa pun keistimewaan pisang ini ialah ia bersaiz besar hingga ada yang mencapai satu kaki panjang dan dinamai pisang tanduk kerana bentuknya seperti tanduk. Saiz dan bentuk rupa pisang ini bukan sahaja selalu menjadikannya berbeza daripada pisang lain. Pisang tanduk kebiasaannya mengeluarkan antara 10 dan 12 biji buah sahaja untuk satu tandan berbeza daripada pisang biasa malahan dari segi rasa juga berbeza. Kawasan utama yang dikenalpasti terdapat banyak tanaman pisang ini ialah Kampung Rim, Jasin. Pisang ni kalau tanam hasilnya dalam lapan ke sembilan bulan baru dapat, walaupun cara tanamnya sama macam pokok pisang lain tetapi ia lama sikit la hendak tunggu hasil. Berbanding penanaman pisang lain, ia hanya mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum dituai. Selalunya penanam pokok pisang tanduk juga boleh menambah pendapatan apabila anak pokok pisangnya juga mendapat permintaan yang baik. Apabila ditebang iaitu satu rumpun pokok boleh menghasilkan 12 hingga 18 anak pokok, jadi ia agak lumayan. Setiap anak pokok pisang itu dijual dengan harga RM0.60 sepokok dan pisang tanduk semakin terkenal sejak akhir-akhir ini berikutan daya tahannya iaitu terhadap penyakit yang biasa menyerang pisang seperti 'Fusarium wilt' dan 'Moko disease'. Jabatan Pertanian tidaklah membiarkan mereka begitu sahaja dimana bajet iaitu geran RM$6,000 bagi setiap 0.4 hektar (satu ekar) diberikan kepada setiap petani buah-buahan dan ini termasuklah penanam pokok pisang tanduk. "Geran ini meliputi perbelanjaan bagi baja, racun dan benih, bagaimanapun perbelanjaan yang selebihnya perlu ditanggung sendiri oleh petani. Pisang tanduk terus menjadi permintaan orang ramai di kawasan Merlimau selepas dikomersialkan untuk industri kerepek dan pisang goreng. Pembeli iaitu Rukini Abdul Hamid mendakwa dimana penggunaan serius pisang tanduk untuk dibuat kerepek oleh syarikatnya bermula pada tahun 2008. Pisang tanduk memang kita guna sejak tahun 2002, tapi tidaklah banyak, sebelum ini banyak guna pisang Nangka dan pisang Nipah, tetapi dah susah nak dapatkan pisang tu di sini sekarang. Kini setiap hari dia menerima kira-kira lima tandan pisang yang boleh juga menjangkau berat sehingga 40 kilogram. Kerepek pisang tanduk syarikat itu dijual dengan harga RM16 setiap kilogram. IKSnya memulakan perniagaan sejak 1987 dengan mendapat bantuan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). "Alhamdulillah sekarang niaga pun agak menjadi walaupun dibuat kecil-kecilan. Mengenai masa depan permintaan pisang tanduk dakwa seorang pengusaha ladang pisang tanduk, Syed Idrus (43) pula berpendapat selagi ada orang yang makan goreng pisang dan kerepek pisang tanduk permintaan terhadap pisang tanduk tidak akan putus. Sejak tujuh tahun mengusahakan tanaman itu di ladang seluas 16 hektar, beliau belum pernah menghadapi masalah dari segi pemasaran. Pasaran ini menjangkau sehingga ke Sepang, Johor dan kadang-kadang dipasarkan menerusi Fama dan dia percaya bahawa pasarannya masih belum lagi menembusi pasaran luar negara. Kini tanah yang digunakan adalah tanah sawah terbiar dan kira-kira 800 batang pokok ditanam di setiap 0.4 hektar tanah dimana cara penanaman pisang ini sama seperti pisang yang lain. Saiz pokok juga adalah sama. Bagaimanapun, yang unik mengenai pokok pisang tanduk ini ialah ia tidak mempunyai jantung. Setiap kilogram dijual dengan harga RM3 dan setiap tandan mempunyai antara 10 dan 12 biji pisang. Selain orang tempatan, kedainya turut dikunjungi orang dari luar negara yang tertarik dengan keunikan saiz buah berkenaan. Bagi seorang peniaga goreng pisang yang sudah berniaga pisang tanduk goreng sejak 10 tahun lepas turut mengakui kerjanya tidak menang tangan sejak kempen pilihan raya bermula Sabtu lepas. Selalunya setiap hari boleh dapat dalam RM300 hingga RM400, tetapi sekarang jualannya meningkat tiap-tiap hari dimana kini dia tidak mahu mendedahkan berapa jumlah pendapatan sebenarnya sekarang. Selain pisang tanduk goreng, gerainya turut menjual cendawan goreng dan ubi goreng dan dia jual empat keping pisang goreng ini RM1dengan rasa yang Sedap. Bagi seorang suri rumah, Nabilah (25) dakwa yang pisang goreng ini sedap dimakan pada waktu petang bersama keluarga sambil bersembang dimana dia yang mempunyai seorang anak berusia enam bulan juga berkata pisang tanduk susah didapati di kawasan lain. Dakwanya di Merlimau saja yang senang dapat pisang tanduk goreng, suami saya yang berasal dari Kelantan pun mengakuinya.


Menarik satu artikel tulisan saya sebelum ini dimana 'Penanaman Pisang Tanduk Untuk Industri Pembuatan Kerepek Pisang' untuk disembangkan. Pisang Tanduk walaupun boleh dimakan segar tetapi fungsi utamanya ialah pembuatan kerepek pisang dalam pelbagai perisa mengikut kegemaran pasaran dan pengguna. Pada hakikat, pasaran domestik dan eksport untuk pisang makan segar adalah jauh lebih besar daripada pisang untuk kegunaan industri hiliran tetapi memandangkan permintaan yang makin meningkat terhadap kerepek pisang dan juga kerepek ubi, pisang Tanduk turut mendapat perhatian berat oleh pengusaha tanaman yang amnya juga pengusaha industri proses kerepek pisang ataupun mereka yang terlibat secara tidak langsung dengan industri tersebut iaitu sebagai pembekal kontrak pisang Tanduk. Di antara semua jenis pisang di pasaran domestik, dilaporkan bahawa pisang Tanduk mendapat harga ladang paling tinggi iaitu di antara RM2.00 - RM2.50/kg. Pada paras harga ini, kos pengeluaran kerepek pisang menjadi tinggi jika dibandingkan dengan kerepek ubi. Ini kerana harga ladang untuk ubi segar hanya di sekitar RM0.60/kg sebelum ini. Justeru itu, satu kilogram kerepek pisang terpaksa dijual pada harga RM12.00 sedangkan satu kilogram kerepek ubi hanya RM5.00. Harga yang jauh lebih kompetitif ini menjadikan kerepek ubi lebih digemari di pasaran. Walaupun begitu, keadaan ini tidak menimbulkan masalah permintaan terhadap pisang Tanduk, malahan permintaan daripada pengeluar kerepek pisang kelihatan semakin tinggi ekoran pasaran domestik dan Singapura yang kekal tinggi. Permintaan ini selanjutnya merangsang potensi pasaran untuk industri huluan iaitu bidang penanaman jenis pisang ini. Kelebihan utama tanaman pisang Tanduk ialah daya rintangan yang lebih tinggi terhadap pelbagai penyakit tanaman pisang seperti moko, fusarium, sigatoka dan sebagainya. Selain itu ia juga didapati lebih mudah ditanam dan dijaga. Begitu juga pertumbuhan sulur bagi pokok induk pisang Tanduk jauh lebih rendah berbanding jenis pisang lain sekali gus menurunkan kos operasi ladang dan juga kos pengeluaran. Kini dengan adanya daya rintangan penyakit yang lebih tinggi, pengeluaran hasil menjadi lebih terjamin kerana risiko kematian pokok akibat serangan penyakit yang boleh tercetus pada bila-bila masa dapat diminimumkan. Kelebihan ini sering dianggap sebagai pengganti kelemahan pisang Tanduk di aspek berat tandan yang amnya tidak melebihi 15kg iaitu lebih rendah daripada pisang Berangan atau Cavendish yang mampu mencecah 25kg/tandan. Hasil pisang jika dilihat dari segi jumlah berat, maka pisang Tanduk kelihatan tidak dapat menandingi pisang makan segar dalam negara. Keadaan ini disebabkan oleh penghasilan satu sikat atau dua sikat pisang sahaja pada satu tandan pisang Tanduk sehingga jumlah berat berada di lingkungan 5 15kg sahaja walaupun ada kala juga terdapat tandan yang lebih berat daripada itu iaitu 16 - 17kg/tandan. Hasil purata pisang Tanduk kebiasaan pada 7 tan/ekar menurut keadaan agro-iklim semasa.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan 'Permintaan tinggi musim perayaan' memang tepay tajuknya.
DIlaporkan yang penanaman pisang tanduk antara yang menguntungkan apabila menerima permintaan dua kali ganda ketika musim perayaan. Menurut Pengasas Changloon Agro Farm (CAF) Azuwan Azlan dimana ada kebergantungan pengusaha produk makanan tempatan terutama usahawan kerepek yang banyak menggunakan pisang tanduk dalam penghasilan produk mereka. Permintaan cukup tinggi daripada pasaran tempatan terutama sektor makanan bagi tujuan pembuatan kerepek dan produk berasaskan pisang itu dijangka mewakili 70% hasil jualan. Sementara itu dakwanya ada 30% lagi adalah untuk pasaran buah segar dan pengusaha kerepek daripada kelompok usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sekitar utara termasuk Kedah. Petani yang biasanya mengusahakan pisang tanduk yang berjaya mendapat hasil dalam tempoh dua bulan hingga tiga bulan sebelum perayaan boleh melihat sendiri permintaan serta harga yang lebih stabil terhadap hasil jualan pisang berkenaan menjelang musim perayaan. Penanaman buah pisang tanduk menerusi kaedah moden dan terancang juga membantu petani meraih hasil stabil selain rendah risiko. Kaedah penanaman kurang berisiko dengan penggunaan anak tisu kultur membantu pengusaha meraih hasil stabil iaitu antara 10 hingga ke 16 tan semusim. Apa pun hasil dari pengalamannya sendiri iaitu menyasarkan setiap plot iaitu keluasan tanah kira-kira 0.81 hektar ditanam dengan anak pokok ini setiap dua bulan mampu meraih hasil 10 hingga 16 tan semusim ketika dituai dan lebih baik jika jumlah itu dapat ditingkatkan sekali ganda bagi membolehkan hasil tuaian jatuh pada bulan sebelum perayaan. Ia meningkat hingga ke 20 tan bagi menampung permintaan pasaran makanan raya. Kini bagi memastikan petani berupaya untuk menampung keperluan semasa, beberapa pendekatan diambil seawal pemilihan anak pokok lagi. Para petani yang mahu menjamin penghasilan buah yang berkualiti premium iaitu 10 hingga 16 kilogram setandan maka penggunaan anak pokok kultur tisu adalah pilihan terbaik dimana biasanya tandan buah berat dan besar selain tumbesaran sekata serta mempunyai daya tahan dari serangan penyakit. Faktor lain tidak kurang penting adalah sumber tadahan air mencukupi bagi persiapan jika berlaku kemarau yang panjang selama dalam tempoh penanaman. Penyediaan tapak juga sangat penting terutama di kawasan bebas banjir dan memiliki pH tanah yang baik. Keadaan tanah juga tidak berbatu bagi memastikan sistem pengairan air kepada tanaman lancar dimana dia memberi penekanan terutama dalam aspek pengairan dan sumber air mencukupi kerana risiko dialami petani termasuk pokok boleh terbantut selain hasil buah yang ringan menjejaskan pendapatan mereka. Formula menanam pokok pisang tanduk adalah mengekalkan jarak 2.1 kali 2.1 meter supaya tidak wujud persaingan antara pokok bagi baja dan sumber penting lain ketika pertumbuhan dalam tempoh tujuh bulan apabila pokok sudah mengeluarkan sulur tandan pisang. Ketika proses awal penyediaan tapak, iaitu tujuh hari sebelum kerja penanaman kami akan letakkan baja tahi ayam dan racun serangga bagi mengelakkan serangan perosak seperti anai-anai serta bakteria. Persiapan untuk anak pokok pula, setiap benih itu dicelup ke dalam larutan antibakteria selama seminit bagi memastikan ia bebas serangan bakteria. Kemudian barulah ditanam ke dalam lubang dengan kedalaman antara 12.7 hingga 25.4 cm. Rutin pembajaan hanyalah bermula ketika usia pokok mencecah tiga bulan sehinggalah tujuh bulan mengikut jenis dan formulasi baja tertentu. Anggaran, pada bulan yang kesembilan hasil sudah sedia dituai. Dia mendapat sokongan penuh dari agensi berkaitan termasuklah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di bawah program Agro Makanan peringkat Kubang Pasu, Kedah dan juga Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PISANG TANDUK... BESAR SAIZNYA...
PISANG LANG.. AGAK SAMA JENISNYA...
DI GORENG ENAK... SEMUA ORANG SUKA...
DI BUAT KEREPEK... ADA DI HARI RAYA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1446H).

Sunday, February 16, 2025

SEMBANG PASAL PISANG TANDUK (PART 1)

PISANG TANDUK
(Musa spp. cv Tanduk) merupakan sejenis pisang dari keluarga Musaceae yang popular di tanam dinegara kita untuk tujuan pengeluaran segar dan di goreng atau diproses menjadi Kerepek Pisang Tanduk. Pisang Tanduk selalu ia di tanam secara kimersial khas dalam satu kawasan atau bercampur dengan beberapa jenis pisang lain dan dikawasan dusun. Permintaan terhadap pisang tanduk meningkat ketika musim perayaan untuk diproses menjadi kerepek. Warna kerepek dan rasa lemak manis menjadikan kerepek pisang tanduk diminati ramai dengan harga mencecah RM 16.00 - RM 20.00 sekilogram di pasaran tempatan. Goreng pisang tanduk juga merupakan antara pisang goreng yang mendapat permintaan tinggi dikalangan penjual goreng pisang. Walau pun pisang tanduk jarang dimakan segar sebagai pencuci mulut selepas makan nasi tetapi saya memang minat makan pisang tanduk yang telah cukup masak. Selalunya tanah yang subur dengan panas serta lembab dan mempunyai saliran yang baik perlu dipilih dan pastikan bebas dari patogen merbahaya seperti Bakteria Moko (Ralstonia spp) dan sebagainya. Bersihkan kawasan penanaman dan bakar untuk mempastikan kawasan terbuka dan cahaya matahari mencukupi bagi pertumbuhan subur. Pokok pisang tanduk akan lambat membesar dan lambat berbunga atau berbuah jika kawasan tanaman terdapat naungan. Tanah jenis lom berpasir dan kaya dengan baja organik disyorkan untuk penanaman pisang tanduk. Pisang Tanduk tidak sesuai ditanam dikawasan yang banyak halangan seperti tanah berasid, Tanah Keras dan berbatu, Tanah Gambut Dalam dan mempunyai paras air yang tinggi. Kawasan tanaman sebaiknya tidak ada gangguan angin kuat melebihi 15 km /jam kerana ini akan merosakan daun dan boleh menumbangkan pokok yang sedang berbuah. Tiupan angin kencang ini juga mencederakan buah dan menurunkan kualiti buah. Pisang tanduk agak berbrza dengan Pisang Lang (yang selalu dirujuk juga sebagai pisang tanduk) dikalangan petani tempatan. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Ago Technology'' mengenai beberapa fakta dan kisah pisang tanduk untuk bahan rujukkan semua.


Apakah khasiat dan kegunaan pisang tanduk untuk kesihatan?. Pastinya sama seperti penulis blog memang suka makan pisang yang satu ini. 
Manfaat pisang tanduk yang pertama pastinya ia Memberikan Tenaga dan kalori pada makanan mencukupi untuk beraktiviti fizikal dan bersukan. Tenaga dalam bentuk karbohiderat ini ada sebanyak 94% jumlah kalori pada pisang bahkan berasal dari karbohidrat. Karbohidrat akan dipecah oleh tubuh dalam bentuk glukosa atau gula dan digunakan tubuh sebagai 'bahan bakar' untuk otot dan otak manusia. Kedua ia mampu dalam Menurunkan risiko anemia sebab  buah ini kaya akan zat besi dan folat. Ketiga zat gizi ini juga membantu meningkatkan jumlah sel darah merah sehingga oksigen dan zat-zat lain boleh beredar di dalam tubuh dengan optimal. Keempat dimana pisang tanduk mampu untuk Memperkuatkan Sistem kekebalan tubuh dengan banyak zat seperti vitamin A, vitamin C, zink, zat besi, protein, dan selenium. Tubuh boleha melawan infeksi kuman dan menyebabkan kes keradangan di dalam yang sebabkan mudah sakit. Pisang tanduk mampu Mengawal Gula Darah dimana jika makan pisang mentah dan berwarna hijau ia juga mengandung bahan antibodi yang tidak boleh dipecahkan oleh tubuh menjadi glukosa dmana kandungan gula dalam darah pun tidak melonjak drastik. Indeks glikemik pada buah ini cukup rendah iaitu sekitar 54.6 dan 45.3 sahaja diman nilai rendah ini membantu menghindari nilai gula dalam darah. Pisang tanduk membantu Proses Pencernaan sebab kandungan serat pada pisang tanduk selalu ia membantu mempadatkan feses sekaligus menyerap air di dalam usus dimana ini akan membantu feses keluar dengan lebih mudah. Hebatnya pisnag tanduk bila ia mampu Mengawal Tekanan Darah sebab bahan Kaliu (K) yang tinggi adalah penting untuk membuang natrium berlebih melalui urine dimana natrium merupakan mineral pemicu kenaikan gula darah. Kalium juga membantu melembutkan dinding pembuluh darah sehingga aliran darah pun lebih lancar dimana kesannya maka tekanan darah pun turun. Pisang tanduk bagus  diambil oleh ibu yang hamil kerana pisang tanduk mengandungi unsur tinggi folat atau vitamin B9 yang diperlukan. Ada pun folat dapat bantu mencegah bayi lahir cacat pada otak dan tabung saraf dan juga bahan folat juga membantu perkemabangan janin. Apa pun dilaporkan pisang tanduk mampu menjaga Kesihatan Mental dimana kandungan vitamin B6 pada pisang ini meningkatkan senyawa di otak yang bernama Gamma-Aminobutyric Acid (GABA) iaitu bahan yang boleh tenangkan keadaan psikologi seseorang menghadapi tekanan. Ia juga didakwa akan Menjaga berat badan sebab zat tinggi serat dan protein menyebabkan perut kenyang lebih lama. Akhirnya pisang ini mampu Memperkuatkan Tulang dimana ia dapat membantu menjaga kepadatan mineral tulang sebab ia kaya akan kalsium, fosfor, zat besi, magnesium, kalium dan zink. Kajian dapati kehadiran vitamin C pada pisang ini membantu penyerapan unsur zink dan kalsium.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan bagaimana 'Pisang tanduk daripada kultur tisu' memberikah hasil bersaiz yang lebih besar dan isi lebih padat. Media ini laporkan penanaman pisang tanduk menggunakan anak benih daripada kultur tisu menghasilkan buah berkualiti premium selain mengurangkan risiko serangan penyakit. Menurut pengusaha tanaman itu yang juga Pengarah Jasa Terus bernama Nilesh Babul Patel dimana anak benih pisang tanduk daripada tisu kultur dihasilkan di dalam makmal. Ia bertujuan memastikan hanya ciri-ciri genetik terbaik diambil dalam proses penghasilannya termasuk rintangan kepada penyakit. Penanaman pisang tanduk secara komersial diusahakan saya bersama sepupu, Mark Thilley, pada kebun berkeluasan 10 hektar selain memilih menggunakan anak benih tisu kultur berbanding kaedah sulur ataupun anak pokok. Harganya anak pokok tisu kultur jauh lebih tinggi iaitu RM3 sepokok berbanding anak pokok sulur iaitu 70 sen sahaja. Ia satu pelaburan penting terutama penanaman secara komersial bagi menghasilkan buah yang bermutu sesuai dengan permintaan pasaran. Apa yang penting iaitu hasil buah pisang tanduk dapat memenuhi permintaan pasaran apabila kualiti buah yang dihasilkan sesuai untuk spesifikasi diperlukan perusahaan kerepek tempatan. Pisang tanduk keluaran ladangnya di Kelanang, Banting, Selangor diusahakan sejak 2019 itu mendapat permintaan tinggi ketika tuaian pertama kerana hasil buahnya yang padat selain tekstur lebih kuning. Jika petani mahu dan menggunakan anak benih kultur tisu maka pengeluaran hasil juga lebih seragam terutama setiap buah daripada setiap pokok memiliki purata berat dan jumlah sisir yang tidak jauh beza. Apa yang paling penting boleh kawal kualiti buah yang dihasilkan seperti isi lebih padat, saiz lebih besar dan warnanya lebih kuning berbanding pokok pisang sulur dimana pisang tanduknya beratnya sekitar 8 kilogram apabila dituai. Dakwanya pisang daripada benih kultur tisu juga memastikan pengeluaran pisang tanduk gred premium dengan berat sekitar 8 kilogram sehinggalah 13 kilogram bagi setiap pokok. Kini dengan kaedah kultur tisu juga ada peraturan tertentu iaitu tidak boleh menggunakan sel induk yang sama berulang kali bagi mengelak ancaman penyakit. Kaedah untuk dapat menghasilkan anak benih juga tidak boleh dihasilkan berulang-kali dengan induk yang sama kerana itu boleh menyebabkan kualiti anak benih untuk 'batch' baharu menyusut. Dulu pernah sekali dia mendapat benih tidak begitu elok dimana apabila dikaji ia mungkin berpunca anak benih itu dihasilkan daripada induk yang sama untuk kali ketiga. Pada setiap musim dia akan kenal pasti pokok mana yang berkualiti untuk dijadikan sebagai induk bagi penghasilan anak benih musim akan datang. Lazimnya jika kali pertama dimana kerja penanaman pisang ini mencabar dan memerlukan tenaga kerja ramai kerana kebanyakan dilakukan secara manual. Kini rutin seperti baja dan racun sudah ada mesin khas memang diimport dari luar dan digabung bersama traktor kecil membantu memudahkan urusan penjagaan pokok. Seperti penjagaan pokok pisang lain, pokok pisang amat memerlukan air mencukupi dan juga baja memastikan pokok dapat mengeluarkan jantung dan berbunga pada bulan keenam. Apa pun buah pisang tanduk terhasil daripada jantung pokok. Biasanya pokok yang sihat akan menghasilkan jantung pada bulan keenam atau ketujuh dimana dalam tempoh lapan minggu berikutnya dari jantung, beransur-ansur pembentukan buah yang sedia dituai. Kerja penjagaan pokok amat penting dalam tempoh enam bulan pertama, termasuk mencantas daun dan sulur pokok bagi memastikan pertumbuhan buah serta pokok dapat berlangsung dengan baik. Pada musim pertama, harga jualan pisang tanduk sangat menggalakkan berikutan dituai mendekati musim perayaan. Permintaan ketika itu memang tinggi dan jualan lebih RM2.50 sekilo hingga RM2.80 dan pada musim kedua ini hasil banyak, tetapi permintaan berkurang, berlaku penurunan harga kepada harga jualan pisang.
 


Menarik dalam akhbar sama dimana 'Lain macam pisang tanduk Rosli' apabila dilihat buah pisang tumbuh ganjil sejak Rosli mengusahakan kebun tanaman kira-kira 13 tahun lalu. Rosli yang juga bapa empat anak menyedari kelainan pisang yang ditanam itu sejak sebulan lalu ketika buah itu baru mengeluarkan jantungnya. Dia terkejut melihat hasil tanamannya itu kerana tidak sama seperti yang sebelumnya dimana benih buah itu diambil daripada ibu saudara saya di Memali, Baling, Kedah sebelum ditanam di belakang rumah. Apa pun sebelum ini ada pokok lain daripada benih yang sama sudah berbuah tetapi dalam bilangan ganjil iaitu tujuh hingga 11 biji setandan. Sebaliknya apa yang berlaku bulan lalu apabila satu pokok yang ditanam hanya mengeluarkan sebiji saja tidak seperti kebiasaan yang berbuah setandan. Kini keluarganya dan rakan terdekat tahu mengenainya tetapi masih ramai juga yang tidak tahu mengenai perkara ini berada di rumahnya di Kampung Padang Balang, Sentul. Pisang itu belum ranum sepenuhnya dan dibungkus bagi mengelaknya daripada dimakan haiwan perosak dimana dia bercadang membawa pulang pisang berkenaan ke kampungnya di Baling. Kini dia biarkan dulu pisang itu memandangkan ia belum ‘masak’ sepenuhnya dan memberi peluang kepada rakan terdekat melihatnya dan sudah bersedia menjualnya kepada sesiapa yang berminat untuk membeli jika kena dengan harganya. Duit hasil jualan itu dapat digunakan sebagai modal mengembangkan perniagaan. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PISANG TANDUK... BESAR SAIZNYA...
PISANG LAIBF... AGAK SAMA JENISNYA...
DI GORENG ENAK... SEMUA ORANG SUKA...
DI BUAT KEREPEK... ADA DI HARI RAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...