Support My Blog

Showing posts with label ADA GULA ADALAH SEMUT. Show all posts
Showing posts with label ADA GULA ADALAH SEMUT. Show all posts

Tuesday, September 11, 2018

FARM FRESH - PENERAJU TENUSU NEGARA


JENAMA FARM FRESH merupakan pengeluar susu segar terkemuka di Malaysia yang mempunyai kedudukannya tersendiri kerana menjadi penyumbang terbesar kepada industri tenusu negara. Produk Farm Fresh yang dikeluarkan pada 2009 oleh pengasasnya, Loi Tuan Ee dilihat sebagai dapat memberikan pilihan kepada penduduk tempatan untuk menikmati susu segar dan membantu mengurangkan kes kebergantungan produk tenusu yang diimport dari luar negara. Ketua Pengarah Operasi, Farm Fresh Milk Sdn Bhd (Farm Fresh), Azmi Zainal berkata syarikat Farm Fresh menyediakan 100 peratus susu segar yang tiada bahan pengawet, pewarna atau bahan bahan asing lain ditambah bermula daripada saat lembu diperah sehinggalah produk tenusu Farm Fresh tersedia di pasar raya tempatan, kesemuanya hanya dalam tempoh 48 jam. Jenama Farm Fresh yakin tenusu terbaik datangnya daripada susu segar yang diperah daripada lembu sihat. Terkini, Farm Fresh mempunyai ladang ternakan lembu tenusu berskala besar yang terletak di Mawai, Kota Tinggi, Johor dan juga di Muadzam Shah, Pahang. Penulis blog dua kali melawat ladang tenusu Farm Fresh di Muadzam, Pahang semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu. Dalam lawatan tersebut memang dapat merasai agaimana beribu ekor lembu menghasilkan susu segar berkualiti dibawah program NKEA Tenusu yang dijalankan dengan pihak swasta. Farm Fresh mampu memproses 35,000 liter susu segar dengan 30 peratus dibekalkan rakan penternak kontrak di Larkin, Johor Bahru. Farm Fresh juga dijangka mampu mendapatkan sehingga 30,000 liter susu lembu segar sehari selepas ladang ternakan yang baru dibeli di Melbourne, Australia beroperasi sepenuhnya. Terbaru dimana pembelian ladang ternakan di Melbourne itu dibuat kerana bekalan susu segar di Malaysia pada masa ini adalah tidak mencukupi. Permintaan produk berasaskan susu segera tinggi untuk pasaran tempatan, namun bekalan tidak mencukupi. Farm Fresh mengambil keputusan mendapatkan baka lembu yang mampu menghasilkan susu dalam jumlah yang banyak iaitu baka Holsteinm. Bagaimanapun kini baka jenis itu tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia dan Farm Fresh mengambil keputusan untuk membawa masuk susu yang diproses di sana ke pasaran Malaysia menerusi kilang dibina yang dijangka siap dalam masa terdekat. Artikel pada malam Ahad ini saya terus menulis lagi dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai Syarikat Farm Fresh sebagai salah satu peneraju industri susu segar di Malaysia.


Farm Fresh melalui evolusi yang hebat, dilaporkan hanya selepas enam tahun penubuhannya maka Farm Fresh kini mampu menghasilkan susu segar yang paling mendapat sambutan di Malaysia. Didapati produk yogurt dan minuman yogurtnya juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat berkrim dan dihasilkan oleh jenama tempatan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu permintaan terhadap produk tenusu terutama susu segar menunjukkan peningkatan menggalakkan jika dibandingkan untuk beberapa tahun lalu dan hasrat untuk mengeluarkan produk baru sentiasa ada selaras dengan usaha syarikat untuk mengembangkan perniagaan. Farm Fresh juga mempunyai ladang yang dikenali sebagai Lembah Tenusu Desaru mempunyai keluasan 121.4 hektar bakal menempatkan kira-kira 600 lembu daripada baka Australian Friesan Shahiwal (AFS). Lembu terbabit dibawa masuk dari Australia selepas kajian yang dilakukan mendapati baka ini mampu bertahan dengan cuaca dan makanan di Malaysia. Setakat ini Farm Fresh mempunyai 3,500 lembu yang mana 70 peratus daripadanya merupakan kacukan AFS dan selebihnya adalah Jersey Cross. Dalam mengimbau syarikat ini ianya bermula dengan tanaman buah naga. Kini kejayaan Farm Fresh pada hari ini adalah kesabaran beliau dan rakan-rakannya membangunkan jenama tersebut sejak ditubuhkan dan berkeyakinan perniagaan tersebut mampu memberikan impak yang besar kepada industri tenusu negara. Penglibatan mereka dalam bidang perniagaan bukanlah bermula dengan perniagaan susu segar. Mereka terlebih dahulu terlibat dalam bidang pertanian dengan menanam buah naga di tanah berkeluasan 80 ekar di Sedili, Johor tetapi tanaman buah naga tersebut diserang kulat.


Dalam pada itu syarikat juga membela ikan arowarna dan ikan sangkar tetapi semua hasil ternakan tersebut telah mengalami kerugian selepas berlaku banjir besar di Johor. Kedua-dua projek itu gagal tetapi saya bukanlah orang yang mudah berputus asa. Mereka juga mengambil keputusan membela kambing Anglo-Nubian bertujuan untuk menjalankan perniagaan susu kambing. Alhamdulillah, usaha tersebut membuahkan hasil apabila permintaan susu kambing bukan sahaja di sekitar Johor, malah mendapat permintaan tinggi dari sekitar Lembah Klang. Walaupun jualan susu kambing didapati memberangsangkan tetapi mereka terpaksa menanggung kos logistik tinggi kerana menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk penghantaran susu di sekitar Lembah Klang. Pada masa ini dengan kapasiti pengeluaran susu segar mencecah 500 liter sehari tetapi syarikat hanya dapat memasarkannya di sesetengah tempat sahaja syarikat telah mengambil keputusan berniaga sendiri di pasar tani selama tiga bulan. Mereka juga menerima maklum balas daripada pelanggan yang menganggap susu kambing mahal. Dan di situlah bermulanya sejarah susu segar Farm Fresh. Susu segar ang berkualiti dan dijamin bekalan berterusan memang perlu untuk meyakinkan pengguna.


Bermodalkan RM3 juta maka Azmi dan rakan-rakannya menambah 100 ekor lembu tenusu di samping 300 kambing tenusu sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka. Cabaran mereka ketika itu adalah bagaimana dapat mengekalkan kesegaran susu di pasaran tanpa mereka menggunakan bahan pengawet atau pun sebarang bahan pewarna. Dengan menyediakan 100 peratus susu segar merupakan resipi dalam menguasai 39 peratus susu segar pada 2015. Mereka juga memberi peluang pendapatan kepada 50 peladang kontrak tenusu. Syarikat akan membayar mereka sehingga dua ringgit tujuh puluh sen (RM2.70/liter) bagi setiap liter susu segar. Malah ada antara mereka meraih pendapatan sehingga lima belas ribu ringgit (RM15,000) hanya dengan menjadi rakan kami. Sehingga kini sebanyak lebih daripada 20 produk berasaskan susu segar dijual dipasaran tempatan dan ada potensi untuk eksport. Walaupun produk tenusu di negara ini dikuasai jenama asing terkenal syarikat Farm Fresh komited untuk menjadi pemain utama dalam industri ini biarpun bermula dari bawah. Setakat ini Farm Fresh mengeluarkan lebih 20 produk berasaskan tenusu Caffe Latte, Yogurt, Skinny, Nubian Goats Milk, Natural Yogurt dan Yarra Master Barista Milk. Farm Fresh juga mengeluarkan Yarra Farm Milk, Farm, Fresh Lactose Free Milk, Desaru Cheese dan Yogurt Drinks yang sudah berada sebaris dengan jenama terkenal dari luar negara dan boleh di dapati di semua pasar raya besar di seluruh negara. Antara produk kami yang mendapat permintaan tinggi adalah Farm Fresh Flavoured Milk (Sila lihat foto disebelah). Syarikat menjaga kesegaran susu dan kualitinya bermula dari pemilihan baka lembu terbaik, kebersihan ladang serta lembu sehingga pemprosesannya, malah tiada bahan pengawet dan pewarna.


Dalam pada itu melihat kepada potensi syarikat maka Khazanah Nasional Bhd turut mempunyai kepentingan dalam syarikat sebanyak 30 peratus dan dengan suntikan modal itu, kami mengorak langkah mengembangkan pasaran tenusu tempatan. Syarikat juga dilantik oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai pengurus ladang ternakan lembu seluas 240 hektar di Muadzam Shah, Pahang dan melahirkan ramai usahawan menerusi projek itu. Cabaran menguruskan perniagaan memang sukar dimana En Azmi (Sila lihat foto disebelah) yag juga tidak terlepas berdepan dengan cabaran dalam menguruskan perniagaannya, beliau menganggap cabaran yang dihadapi sebagai pembakar semangat kepadanya untuk terus maju. Diantara cabaran yang beliau dihadapi ialah berdepan dengan bekalan makanan lembu yang tidak mencukupi, kami terpaksa mengimportnya dan kos pembiayaannya tinggi. Ia berlaku apabila rumput yang menjadi makanan utama kepada lembu tidak tumbuh kerana faktor cuaca. Selain itu antara cabaran lain ialah logistik terutamanya untuk mengambil susu segar yang dikumpulkan daripada penternak dari seluruh Malaysia kerana terkini kebanyakan penternak berada di kawasan terpencil dan sukar diakses oleh syarikat. Sebagai antara yang terlibat dalam program projek permulaan (EPP) 13-Kluster Tenusu yang diwujudkan untuk meningkatkan pengeluaran susu tempatan dan mengurangkan kebergantungan import, Azmi melihat kebanyakan penternak kita masih terkebelakang.  Mereka perlu keluar daripada lingkungan penternak biasa dan lebih berdisiplin.


Syarikat kini menyasarkan untuk menjadi syarikat pengeluar susu segar terbesar di Asia Tenggara. Perancangan dilakukan dimana selain pasaran Malaysia, Farm Fresh juga mengeksport rangkaian produknya ke Singapura dan syarikat menyasarkan menjadi pengeluar susu terbesar di Asia Tenggara. Terkini Farm Fresh boleh diperolehi si semua pasara raya di negara ini, 22 stokis di seluruh negara serta mempunyai 314 pengedar sah di seluruh negara. Kami mengeluarkan 35,000 liter susu segar sehari dan kami memproses 12.7 liter setahun. Setakat ini, negara memerlukan 30 juta liter susu segar. Syarikat Farm Fresh juga mencatatkan jualan yang juga agak memberangsangkan iaitu RM120 juta pada 2017 dan menyasarkan peningkatan 20 peratus pada tahun ini. Ianya adalah didorong oleh permintaan tinggi terhadap susu segar terutamanya dalam kalangan pelanggan baharu. Syarikat berkeyakinan sasaran itu mampu dicapai berikutan strategi pemasaran dan inisiatif pengedar sah yang telah berjaya menyumbang 20 peratus kepada jualan syarikat. Farm Fresh menjangkakan juga permintaan rangkaian produknya akan meningkat pada Ramadan nanti terutamanya susu kurma. Selain itu syarikat juga memperuntukkan RM45 juta untuk membeli ladang di Australia dan melaburkan RM25 juta untuk penambahbaikan ladang di Muadzam, Pahang. Pada tahun 2019 syarikat juga melakukan penambahbaikan baka di Australia sebagai satu langkah untuk mendapatkan baka yang baik. Kami juga turut menerima permintaan dari beberapa negara untuk mendapatkan rangkaian produk kami iaitu Filipina, Timur Tengah dan Indonesia. Syarikat juga berkeyakinan dengan adanya 300 pekerja maka Farm Fresh akan terus berkembang maju dan menjadi pengeluar susu terbesar dalam negara dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
FARM FRESH ... IANYA SATU JENAMA...
PELBAGAI PRODUK... LEMIH 20 SEMUA...
BANYAK DIJUAL ...DALAM PASARAYA...
SYARIKAT TEMPATAN... KUAT BERUSAHA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Belaka,
Melaka, Malaysia.
(1 Muharam 1440H).

Saturday, November 21, 2015

ADA GULA ADALAH SEMUT

ADA GULA ADALAH SEMUT merupakan satu peribahasa yang selalu kita gunakan dan dengar. Semut (ants) merupakan sejenis serangga berkoloni yang hidup rapat dengan manusia. Ia mampu hidup dalam banyak keadaan dan hampir terdapat diseluruh pelosok dunia kecuali kawasan Artik dan Antartik. Peribahasa 'Ada gula adalah semut' memberi maksud iaitu "Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul". Peribahasa ini dalam buku rujukkan yang saya baca memberikan satu contoh ayat iaitu "Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut". Dalam negara Malaysia kini menjadi tumpuan warga luar seperti daripada Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Pakistan, India dan banyak lagi negara untuk mereka datang bekerja. Jumlah mereka kini mungkin mencecah 2 juta dengan sebahagian besar bekerja dalam bidang pembinaan, pertanian, perkhidmatan, orang gaji dan perkilangan. Bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang 'BERGULA' kerana banyak semut dari dalam dan luar negara berkumpul untuk mendapat kerja, kesenangan dan seterusnya kemewahan. Kemana sahaja anda pergi akan nampak atau dilayan oleh warga asing seperti di Pam Minyak, Restoran Makanan Segera, Supermarket seperti Mydin, Jaga Keselamatan di Kompleks Membeli Belah, Lapangan Terbang KLIA dan banyak lagi. Mereka datang untuk mengambil dan menyedut gula-gula yang bertaburan di bumi Malaysia dari setiap sudut. Sumbangan mereka pada pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan. Apa pun rakyat Malaysia tidak seharusnya membiarkan gula yang bertabran ini diambil secera berterusan dan rakus oleh semut dari luar ini. Memang tepat kalau peribahasa ini boleh dapat digandingkan dengan peribahasa lain "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' atau "Masuk kandang kambing Mengembek, Masuk Kandang Lembu Menguak".  Kuala Lumpur dan Lembah Kelang sahaja mempunyai ramai penduduk dimana pertumbuhan ekonomi dikawasan ini amat besar sekali. Mereka berkereta kepejabat atau tempat kerja dimana saya lihat sebuah kereta hanya dipandu oleh seorang sahaja. Amat jarang sekali sebuah kereta penoh dengan penumpang dan ini menyebabkan kesesakan lalulintas (jem) dan kesukaran meletak kereta di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa ada gula adalah semut sebagai satu kertas infomasi yang boleh dirujuk.  


SEMUT (Ants) merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae isitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, kebun, bangunan tinggi, kawasan gurun, kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis dari Wikepedia menyatakan terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua didunia semenjak pra-sejarah dahuli melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut denan beberapa jenis yang popular seperti Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen.  


Keluarga semut yang hidup dalam koloni memang pelik berbanding dengan serangga lain kerana didalam koloni mereka mempunyai kasta masyarakat iaitu Ratu(Queen), Jantan (Drone), Pekerja (Workers) dan Askar (Army) seperti rajah sebelah. Mereka mempunyai fungsi dan tugas khusus didalam koloni untuk menjalankan aktiviti harian. Tugas Ratu adalah untuk bertelur seberapa banyak telur selepas proses mengawan dengan semut jantan. Pada kebanyakan jenis semut seperti Lebah dan Anai-anai, lazimnya semut jantan akan mati selepas proses mengawan. Bagaimana pun banyak juga spesis tertentu yang semut penjantan tidak mati selepas mengawan. Golongan pekerja lazimnya bertugas mencari makanan, membina sarang, memberikan makan kepada larva dan sebagainya. Askar pula menjaga koloni daripada dicerobohi oleh musuh dengan menggunakan sengatan atau gigi. Koloni semut atau lebah memang merupakan satu masyarakat sosial yang sangat baik untuk dicontohi oleh manusia dalam kehidupan bermasyarakat.


GULA (Sugar) adalah satu perkataan bagi sekumpulan jenis kristal karbohidrat yang boleh dimakan dengan rasa MANIS (Sweet). Dalam peribahasa Melayu ada dikatakan 'Ada Gula Ada Semut' yang membawa maksud dimana ada banyak sumber rezeki maka disanalah ramai berkumpul untuk mendapatkannya. Pemahaman mengenai gula ini juga mempunyai banyak variasi. Bagaimana pun dari segi saintifik lazimnya kandungan dalam gula adalah dikenali sebagai bahan sepertiSukros, Laktose dan Fruktose dimana bahan ini yang memberikan rasa manis pada lidah. Lidah manusia sendiri mempunyai deria seperti manis, masin, pedas, pahit, masam, tawar, kelat dan sebagainya. Deria rasa ini berbeza diantara manusia bergantung kepada umur, genetik dan sensitiviti seseorang. Penggunaan gula lazimnya dikaitkan dengan minuman yang ditambah gula untuk menyedapkan rasa. Bagaimana pun sebenarnya penggunaan gula berlaku dalam kebanyakan makanan daripada sayuran, biskut, susu pekat, aiskrim, kuih mueh dan banyak lagi. Tanpa gula banyak masakan yang kurang enak. Gula ini boleh didapai dalam pelbagai bentuk, jenama dan juga sumber bahan mentahnya. Belum banyak artike yang membincangkan mengenai jenis-jenis gula dan kegunaannya. Pda penulis setelah merujuk beberapa bulu dan artkel mendapati kini terdapat 4 jenis gula yang sepatutnya rakyat Malaysia tahu untuk dibincangkan dalam artikel ini iaitu Gula Pasir, Gula Batu, Gula Merah dan Gula Melaka atau Gula Apong. Di Malaysia ramai rakyatnya yang mengambil gula dalam makanan sehingga memberikan kesan negatif dimana jumlah pesakit diabetis dinegara kita adalah mendudukki tangga ke 4 tertinggi dirantau Asia. Gula banyak diambil dalam makanan dan minuman dimana tanpa gula orang Malaysia kata makanan tidak sedap. Gula yang banyak berada dipasaran adalah kebanyakannya dirujuk kepada bahan sukros yang mana ia paling banyak datang dari gula tebu dan gula bit. Walau pun begitu ada jenis gula lain yang digunakan di dalam industri penyediaan makanan tetapi paling biasanya atau lebih spesifik seperti jenis glukos, fruktos atau gula buah, air gula serta jagung fruktosa tinggi. Saya berharap tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
ADA SEMUT ...DISITU ADA GULA...
BANYAK REZEKI...RAJIN BEKERJA...
ORANG ASING..RAMAI JUMLAHNYA...
NEGARA MAJU ... ITULAH MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...