Menarik disembangkan apa itu Minyak Bunga Matahari dalam penulisan kali ini. Dilaporkan dimana minyak bunga matahari adalah minyak tidak meruap yang ditekan daripada biji bunga matahari (Helianthus annuus). Minyak ini biasa digunakan dalam makanan sebagai minyak menggoreng, dan dalam formulasi kosmetik sebagai bahan pelembap. Dilaporkan juga seperti kebanyakan minyak sayuran dimana minyak bunga matahari yang diperoleh melalui penekanan sejuk berwarna kuning muda, sedangkan minyak panas ditekan mempunyai warna kuning kemerahan. Minyak yang diekstrak dan halus berwarna kuning muda dan jernih dimana minyak biji bunga matahari yang ditekan panas dan yang sejuk juga hampir tidak berbau. Mereka mempunyai aroma berminyak, kacang, dan berkayu ringan dengan nota panggang atau sedikit warna hijau. Titik lebur ialah -16 hingga -18 darjah Celcius atau titik kilat iaitu nilainya sekitar 316 Darjah Celcius. Titik asap tinggi minyak bunga matahari (440 hingga 475 ° F) menjadikannya pilihan yang padat untuk aplikasi panas tinggi seperti menggoreng dan menumis. Di Malaysia ramai yang gunakan minyak sawit yang murah, mudah di dapatkan dan sudah menjadi kebiasaang masyarakaynya berbanding dengan usaha cuba membeli atau menggunakan minyak bunga matahari yang jauh lebih mahak di pasaraya. Secara umumnya minyak dari biji bunga matahari akan di gunakan dalam dunia farmaseutikan atau perubatan dan untuk kegunaan memasak didapur. Bagi tujuan penggunaan farmaseutikal dan perubatan dimana sejak lama didalam industri farmaseutikal, minyak biji bunga matahari digunakan sebagai bahan pengisian dalam kapsul gelatin lembut. Dalam pada itu dilaporkan penggunaan jenis minyak biji bunga matahari didi dapur dan ia dianggap sebagai minyak masak yang berharga kerana serba boleh. Ini digunakan dalam memasak, dapat digunakan sebagai produk diet, dan juga sangat cocok untuk digunakan dalam produk makanan bayi dan dalam produksi mayonis, salad salad, dan marjerin. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua [ara pe,baca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
Support My Blog
Friday, January 31, 2025
SEMBANG BUNGA MATAHARI (Part 2)
Menarik disembangkan apa itu Minyak Bunga Matahari dalam penulisan kali ini. Dilaporkan dimana minyak bunga matahari adalah minyak tidak meruap yang ditekan daripada biji bunga matahari (Helianthus annuus). Minyak ini biasa digunakan dalam makanan sebagai minyak menggoreng, dan dalam formulasi kosmetik sebagai bahan pelembap. Dilaporkan juga seperti kebanyakan minyak sayuran dimana minyak bunga matahari yang diperoleh melalui penekanan sejuk berwarna kuning muda, sedangkan minyak panas ditekan mempunyai warna kuning kemerahan. Minyak yang diekstrak dan halus berwarna kuning muda dan jernih dimana minyak biji bunga matahari yang ditekan panas dan yang sejuk juga hampir tidak berbau. Mereka mempunyai aroma berminyak, kacang, dan berkayu ringan dengan nota panggang atau sedikit warna hijau. Titik lebur ialah -16 hingga -18 darjah Celcius atau titik kilat iaitu nilainya sekitar 316 Darjah Celcius. Titik asap tinggi minyak bunga matahari (440 hingga 475 ° F) menjadikannya pilihan yang padat untuk aplikasi panas tinggi seperti menggoreng dan menumis. Di Malaysia ramai yang gunakan minyak sawit yang murah, mudah di dapatkan dan sudah menjadi kebiasaang masyarakaynya berbanding dengan usaha cuba membeli atau menggunakan minyak bunga matahari yang jauh lebih mahak di pasaraya. Secara umumnya minyak dari biji bunga matahari akan di gunakan dalam dunia farmaseutikan atau perubatan dan untuk kegunaan memasak didapur. Bagi tujuan penggunaan farmaseutikal dan perubatan dimana sejak lama didalam industri farmaseutikal, minyak biji bunga matahari digunakan sebagai bahan pengisian dalam kapsul gelatin lembut. Dalam pada itu dilaporkan penggunaan jenis minyak biji bunga matahari didi dapur dan ia dianggap sebagai minyak masak yang berharga kerana serba boleh. Ini digunakan dalam memasak, dapat digunakan sebagai produk diet, dan juga sangat cocok untuk digunakan dalam produk makanan bayi dan dalam produksi mayonis, salad salad, dan marjerin. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua [ara pe,baca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
Thursday, January 30, 2025
SEMBANG BUNGA MATAHARI (Part 1)
Wednesday, January 29, 2025
MEMERANG - APA DIA? (Part 2)
HAIWAN MEMERANG (Beaver) merupakan sejenis haiwan Separa Akuatik jenis Karnivora (carnivore) atau pemangsa daripada keluarga Mustelidae. Haiwan ini ada di Malaysia dimana ia boleh di jumpai dan menjadi musuh utama kepada pemilik kolam ikan dimana sahaja. Tahukah anda bahawa memerang adalah sejenis mamalia karnivor atau maksud karnivor adalah 'haiwan pemakan daging'. Dilaporkan diseluruh dunia ada tujuh (7) genus memerang terdiri daripada Genus Amblonyx, Aonyx, Enhydra, Lontra, Lutra, Lutrogale dan juga Pteronura. Penulis blog sering menerima aduan dri kalangan penternak ikan air tawar semasa membuat tinjauan lawatan teknologi di beberapa kolam ternakan ikan semasa bertuga di Melaka dan Johor serta Pahang dahulu. Apa pun selalunya diantara makanan kegemaran memerang adalah ikan akan tetapi memerang juga boleh makan kerang, ketam, katak, mamalia kecil dan serangga. Selalunya habitat haiwan ini sering didapati di kawasan sekitaran yang ada sumber air tasek, kolam, paya, sungai dan ada juga dikawasan laut di setiap benua kecuali tiada di Australasia dan Antartika dengan selalunya akan memburu ikan sebagai makanan utama. Apa pun haiwan memerang atau dipanggil sebagai 'memberang' ianya adalah hasil penggandaan separa kata asal daripada 'berang-berang khususnya dari spesies seperti 'memerang Misai (Lutra sumatrana) atau jenis Memerang Eropah (Lutra vulgaris). Dari segi rujukkan dimana asal usul bagi nama memerang ianya lebih cenderung digunakan di Negeri Kedah (ada banyak sawah padi dan air). Pernah dilaporkan juga iaitu di Singapura ia yang terkenal taburan haiwan ini di taman-taman sekeliling kawasan bandar dan dalam zoo. Haiwan akuatik ini mempunyai badan berbentuk lonjong dan kurus serta berkaki pendek dan berkulit cantum membolehkan berenang dalam air dengan laju. Kelebihan haiwan ini adalah dimana ia mempunyai kebolehan menahan nafas dalam suatu tempoh lama semasa menyelam dalam air. Ciri khas haiwan memerang ini juga ia mempunyai kuku cakar tajam dan hampir semua spesies mempunyai ekor yang panjang dan kuat dan mampu menghidu mangsanya semasa memburu makanan. Ia bersarang di kawasan ada banyak sumber makanan dengan membina sarang daripada ranting kayu, dedaunan dan rumput. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang beberapa fakta mengenai haiwan memerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Maksud keystone species adalah merujuk kepada organisma yang membantu bagi mengekalkan sistem bersama-sama dalam sesebuah ekosistem tersebut. Dilaporkan dimana sekiranya haiwan memerang tidak dapat dilihat di sesebuah kawasan maka ia bermaksud kawasan itu sudah tercemar atau sudah ada berlakunya pemecahan atau gangguan pada habitat atau kehilangan mangsanya (atau makanannya) yang berlaku akibat kemusnahan sistem pada habitat. Akibat daripada isu kekurangan mangsa atau makanan memang ianya akan menjejaskan populasi memerang kerana ia memerlukan kalori yang tinggi untuk terus hidup aktif. Memerang mungkin akan berhijrah kelunik ikan baru atau berpindah kelokasi lain bertujuan untuk mencari makanan sekiranya berlakukan kekurangan mangsa untuk diburu. Habitat tersebut perlu sentiasa berada di tahap rantaian makanan tertinggi akan menyebabkan bahan pencemar tertumpu di dalam badannya dan ia akan membawa kepada penyakit dan kematian jika memerang memakannya. Unik bagi masyarakat memerang kerana menjadi Tugas Berat Ibu Memerang sebab selalunya apabila anak memerang baru berumur sebulan apabila selalunya ia masih tidak boleh berenang walaupun ia dilahirkan di lautan. Bulunya yang bersih dan dilihat gebu akan menghangatkan anaknya dan akan memerangkap udara untuk membantu anaknya agar terapung. Saintis dapati jika ibu memerang akan mendandan anak memerang dan menghembuskan udara kepada bulunya yang bersih untuk membantunya terapung. Ibu memerang itu kemudiannya akan membalut anaknya dengan rumpai untuk dijadikan pemberat sementara ia pergi memburu. Apa pun ciri khas dimana kebanyakan ibu memerang akan menghabiskan masa selama 14 jam sehari untuk mencari makanan demi anak memerang yang mempunyai keperluan pemakanan yang sangat tinggi. Perksrs ini pada penulis blog semasa membuat tinjauan di Tasik Chini, Pahang melihat dimana kebanyakan ibu memerang akan mati akibat penyakit ringan sebab ianya melakukan segalanya tanpa bantuan daripada bapa memerang. Ibu memerang menurut orang asli tempatan yang berada disekeliling tasek tersebut nyatakan dimana ibu memerang akan menjaga anaknya itu dari enam hingga lapan bulan sehinggalah anak memerang itu boleh hidup sendiri dan mempu mencari makannya sendiri dihabutatnya.
Salah satu keunikan dan fakta bagi haiwan memerang apabila ia akan Mengambil Alih Sarang Haiwan Lain jika perlu. Perkara ini kadang-kadang berlaku insiden dimana memerang akan duduk di sarang tikus muskrat yang ditinggalkan. Ada juga haiwan memerang yang akan terus tinggal di sarang tikus yang masih ada tikusnya. Ia juga akan mengambil alih sarang musang dan arnab di tebing sungai. Memerang mempunyai holt yang merupakan sarang bawah tanah untuknya sembunyi daripada bahaya, berteduh dan juga membesarkan anak memerang. Ia boleh dibuktikan dalam bentuk jejak, bau dan najis. Holt ini boleh ditemui di sepanjang tebing sungai atau ia terdapat di antara akar pokok, di bawah dahan, kayu atau batu. Ikut rajah sebelah akan dilihat dimana pintu masuk kesarang memerang melalui air sebagai perlindungan dan tempat tinggalnya adalah tanah kering yang bersih dengan perlindungan dari kayu sisekelilingnya (Sila lihat foto disebelah). Satu ciri yang pasti adalah memerang merupakan haiwan Perenang Yang Pantas dengan kadar kelajuan tujuh batu per jam (7km/jam). Kelajuan ini adalah tiga kali ganda lebih laju ia bergerak berbanding cara renangan oleh manusia. Memerang juga boleh menahan nafasnya selama 3-4 minit didalam air dengan menutup hidung dan telinganya untuk menghalang daripada berlaku kemasukan air. Organ ekornya yang kuat akan dapat membantunya untuk berenang dengan laju. Memerang sungai juga mempunyai selaput yang turut membantunya untuk berenang dengan lebih cepat. Paling orang suka dengan haiwan ini adalah dimana Memerang adalah Haiwan yang memang Suka Bermain dimana dilihat pada setiap kali melalui kawasan berbatu atau berkayu maka ia bukanlah bertujuan untuk meningkatkan kelincahan bergerak dan menunjukkan kemahiran memburunya ataupun untuk ia cuba mengeluarkan isi daripada kerang yang di kutip. Sebenarnya haiwan memerang ini sedang bermain. Para saintis juga ada mendapati bahawa memerang suka bermain apabila ia bosan ataupun sedang lapar. Sama seperti manusia dimana apabila sudah kenyang perut maka ia akan kurang bermain atau juga sekiranya ia kekurangan makanan atau kurang sumber makanan di habitatnya. Hebat haiwan memerang ini jika semua membacanya sehingga benar-benar dapat memehaminya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN MEMERANG...MEMAKAN IKAN...
KAWASAN BERAIR.. ITU HABITATNYA...
PANDAI MEMBURU...LICIK GERAKNYA...
HAIWAN LIAR... KARNIVOR CIRINYA...
Tuesday, January 28, 2025
MEMERANG - APA DIA? (Part 1)
Mengenali jenis memang termasuk jenis Memerang Gergasi sesuai agar ia di bincangkan juga. Dilaporkan jenis besar atau memerang gergasi merupakan spesies memerang yang terancam yang boleh dijumpai di Amerika Selatan sahaja terutama sekali di sepanjang Sungai Amazon dan di Pantanal. Ia merupakan spesies memerang terpanjang dengan kepanjangan enam kaki dan berat 34 kilogram dimana ia makan makanan seberat 4 kilogram setiap hari. Didakwa pemburuan haram untuk mendapatkan bulunya itu telah mengakibatkan populasi haiwan berkenaan semakin berkurangan. Haiwan ini juga menerima ancaman seperti kemusnahan habitat, racun perosak dan pencemaran akibat perlombongan. Pakar yang mana menganggarkan kurang daripada 8,000 ekor memerang gergasi saja yang masih wujud diseluruh dunia. Dilaporkan ada jenis Memerang Hidung Berbulu dimana ia berhidung yang berbulu yang merupakan spesies memerang terancam di Asia. Ia dilihat sebenarnya dianggap sebagai spesies yang sudah pupus hinggalah pada tahun 1998 di mana seorang saintis dari Thailand menjumpai populasi kecil memerang itu. Penemuan semula setelah ia dianggap sebagai haiwan yang sudah pupus telah menjadikan memerang ini sebagai spesies Lazarus. Spesies Lazarus bermaksud haiwan yang pada mulanya dikatakan telah pupus tetapi telah dijumpai semula. Apa pun ancaman terbesar bagi memerang hidung berbulu ini adalah pemburuan haram dan kehilangan habitat akibat kebakaran hutan, pembinaan empangan, dan membersihkan hutan paya untuk ladang kelapa sawit dan ternakan ikan. Didakwa yang memerang ini menyukai hutan paya gambut, terutamanya yang mempunyai Melaleuca, pokok teh paya. Tetapi, bilangan pokok teh itu semakin berkurangan. Menarik jika ada Sesetengah Spesies Tiada Kuku walau pun kebanyakan memerang mempunyai kuku tajam yang membantunya untuk menangkap mangsa. Tetapi, terdapat tiga spesies memerang yang mempunyai kuku yang tumpul ataupun tidak mempunyai kuku. Tiga spesies ini adalah jenis Memerang berkuku pendek Asia, Memerang tidak berkuku Afrika dan juga Memerang tidak berkuku Congo. Memerang daripada tiga spesies ini juga mempunyai selaput yang kurang di kakinya. Kombinasi kuku pendek dan selaput yang sikit ini menjadikan memerang ini lebih lincah ketika mencari makanan. Ia menggunakan kaki bahagian depannya dengan ketangkasan menyerupai ketangkasan manusia untuk menangkap makanan dihabitatnya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Monday, January 27, 2025
SEMBANG TENTANG IKAN PUYU
Menarik fakta dimana ada peminat ikan di Kota Bahru berjaya 'Ternak ikan puyu dalam kolam DIY' untuk disembangkan. Bagi Mohd Izzat biasanya dia membuat persiapan membungkus benih ikan puyu yang diternak dalam kolam DIY dan gembira dengan hobinya. Kalau dua tahun lalu ideanya untuk mencuba untuk mengkomersialkan penternakan ikan puyu dipandang sinis dan tidak mendapat sokongan pihak berkaitan, namun kini usaha itu ternyata membuahkan hasil. Kini dilaporkan dimana dia kini mampu mendabik dada apabila menjadi satu-satunya pembekal benih ikan puyu atau nama saintifiknya Climbing Anabas di negara ini. Dia mampu membekalkan 30,000 - 50,000 benih ikan puyu hibrid setiap minggu. Apa yang lebih membanggakan, Mohd Izzat memiliki 10 kolam berkonsepkan Do it yourself (DIY) yang inovasinya menggunakan kanvas untuk menternak benih ikan dan transit ikan puyu sebelum dijual kepada pembeli. Awalnya dia sudah memperoleh bekalan benih ikan puyu baka Chumphon F1 dari Thailand sebanyak 200,000 hingga 250,000 ekor sebulan. Dia kiini memilih baka itu kerana ia berbeza dengan baka lain dari segi saiz fizikal yang lebih lebar seperti ikan talapia, isi agak tebal dan warnanya hijau kekuningan. Apa pun dalam tempoh tiga hingga enam bulan dimana benih ikan puyu yang diternak ini mampu mencecah satu kilogram untuk enam ekor dan paling berat pernah saya ternak adalah 400 gram seekor yang menternak di rumahnya di Kampung Paya Lada, Kadok, Kota Bahru. Graduan Diploma Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dakwa selalunya benih ikan puyu dibekalkan ke seluruh negara secara pos menggunakan bas. Apa pun dia yang memiliki sijil sebagai pembekal yang diiktiraf dari Thailand turut memberi jaminan penggantian benih lain jika benih ikan puyu yang dibekalkan itu mati dalam tempoh 24 jam atau terbantut pembesarannya. Selain benih ikan puyu hibrid dimana dia turut membekalkan benih ikan ubi, sepat, belut dan akan datang adalah ikan emas pada harga borong. Dakwanya kini dia kini dalam proses menghasilkan makanan ikan (pelet) sendiri sebagai kaedah mengurangkan kos selain menjualnya dengan harga yang lebih murah kepada penternak lain. Artikel dalam blog anim agro technology ini diharap bermanafaat kepada semua. Wasallam!!!...