Support My Blog

Friday, December 26, 2025

BUNGA HELICONIA DAN FAKTA PENTING

BUNGA HELICONIA
(Heliconia spp) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan bunga (ornamental plants) dari keluarga Heliconiaceae yang cantik dan mendapat perhatian peminat landskap. bagi penulis blog mendapati jika pokok heliconia sebagai sejenis tumbuhan hiasan tropika yang popular dalam dunia landskap kerana bunganya yang unik serta bunganya yang berwarna-warni dan berbentuk menarik. Kalangan orang awam yang kurangg mengetahui faktanya dimana ada yang memang sering helikonia ini disalah anggap sebagai tanaman pisang atau tanaman halia akan tetapi ia mempunyai famili tersendiri  iaitu Keluarga Heliconiaceae). Apa pun kalangan ahli tumbuhan dimana pokok dan bunganya ini juga ia dikenali dengan nama jolokan popular seperti 'Bunga Sepit Udang' atau pun 'Lobster Claw' atau sebagai 'Bunga Burung Tiruan Syurga' atau 'False Bird-of-Paradise' dimana sebenarya ia memang mudah ditanam, di jaga dan amat sesuai untuk jadi hiasan taman atau bunga potong. Pokok 
Heliconia merupakan tumbuhan tropika yang istimewa dengan batang, daun dan bunga hiasan yang cantik, Berasal dari Amerika Tengah, Carribean, Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik. Terdapat 500 spesies dan varieti atau kultivar di dunia, namun 150 daripadanya boleh ditemui di Asia Tenggara dan Polinesia, Heliconia semakin popular dalam industri landskap, bunga keratan, tanaman berpasu dan hiasan. Heliconia mempunyai kepelbagaian jenis dan warna. Ianya Mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir. Tumbuhan ini ia boleh digunakan dalam ’functional landscape’-‘feature planting’ atau pun secara 'mass planting'. Potensi penanaman heliconi apa yang penulis blog tahu ianya kini amat luas dunianya kerana masih banyak varieti yang belum diterokai. Selain digunakan sebagai bunga dalam perlandskapan apabila pokok jenis heliconia sesuai digunakan sebagai bunga keratan ‘foliage’ untuk bunga gubahan kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi. Tahu akan ciri pokok heliconia dimana ia mempunyai bentuk bunga yang dilihat menonjol (bukan bunga sebenar' walau pun saiznya agak kecil sehingga sederhana akan tetapi boleh dilihat yang kelonsongnya yang berwarna-warni (merah, oren, kuning atau warna unik lainnya. Apa pun sesiapa kali pertama melihatnya mendapati ia berbentuk pelik seperti paruh burung atau cangkang ketam. Bahagian daunnya dilihat ia adalah agak mirip atau agak sama dengan daun pokok pisang cuma bezanya daun pisang saiznya lebih besar dan menarik. Ada laporan menyatakan jika ada lebih 100 spesis pokok heliconia di seluruh dunia yang di kenalpasti dimana dilaporkan yang bakanya kebanyakannya berasal dari kawasan tropika seperti dari Amerika Tengah dan Selatan. Kalau dulu tumbuhan ini ada di kategorikan pengkelasannya dalam keluarga pisang iaitu Musaceae akan tetpi terkini sudah ada famili sendiri dinamakan Heliconiaceae. Kegunaan utama adalah untuk tanaman hiasan dan tanaman landskap. Artikel petang Isnin  saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting sejenis tanaman ornamental Heliconia untuk menambahkan ilmu pembaca blog semua.


Tumbuhan ini ada di jual idkebanyakan nurseri swasta di seluruh negara akan tetapi penulis blog dapati paling banyak dijual dalam Negeri Melaka dan Daerah Muar. Apa pun tumbuhan ini di gunakan sebagai salah satu dari jenis tanaman berbunga yang cantik yang sering ia di tanam sebagai s
esuai untuk hiasan taman, tepi kolam atau kawasan berpotensi tinggi untuk agro tourism dan juga untuk jualan. Ada juga aktiviti menjadikan bunga heliconia ini sebagai industri Bunga Keratan dimana dilaporkan bunga ini memang ia bernilai komersial tinggi untuk gubahan bunga. Dari pengalaman penulis blog mendapati pokok heliconia ini agak dapat matahari penuh dan tanah yang selalunya lembap.
Cara menjaga sama dengan beberapa jenis tanaman hiasan lain seperti ia masih perlukan penjagaan rapi, di berikan baja mengikut jadual secukupnya dan perlu di lakukan aktiviti pemangkasan agar kelihatan kemas. Sebenarnya bagi tulisan kali ini ringkasnya dimana pokok bunga heliconia ialah bunga eksotik yang menyerlahkan laman dengan bentuk dan warnanya yang luar biasa serts msmpu dslsm memberikan 'vibe' tropika ala-ala resort atau taman megah. Apa pun memang poko ini sejak dahulu tumbuhan ini adalah dalam kumpulan keluarga Musaceae iaitu sama dengan kumpulan tanaman pisang. Tumbuhan ini mempunyai antara 100 - 200 spesis dimana kebanyakan spesis terdapat didalam hutan malar hijau tropika. Bunga dari tumbuhan ini juga di panggil sebagai Bunga Sepit Udang (Lobster- Claw), Burung Tiruan Syurga (False bird-paradise) dan sebagainya. Saya kenal akan bunga ini kerana banyak melihat banyak nurseri swasta di Daerah Muar, Johor yang menjual pokok ini dengan kuantiti yang banyak ke Singapura. Kini banyak taman-taman bunga Maljis Perbandaran, Kawasan Taman Kompleks membeli belah dan kawasan taman pejabat kerajaan menanam pokok ini sebagai pokok hiasan. Industri tumbuhan heliconia kini telah mencapai tahap industri penting didalam industri florikulltur semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Berbagai spesis dengan bentuk, warna, saiz dan keunikan mengenai heliconia kini menjadi koleksi penting dalam industri ini. 


Bunga Heliconia merupakan aset penting tanaman ini kerana ramai orang akan terpikat adak kecantikkannya dengan warna, bentuk dan keunikannya 
(Sila lihat foto sebelah). Bunga ini keluar dari celah tangkai yang tumbuh menegak atau melendut seakan paruh burung dengan mempunyai pelindung berlilin yang berwarna terang. Warna merah terang dengan bahagian tepi yang kuning putih menyebabkan kuntuk bunga amat jelas dikalangan daun yang berwarna hijau. Jumlah kelopak atau kuntuk ini bersusun bersilang dengan dari atas kebawah dan paling bawah membentuk hala ketanah. Kombinasi wara merah, jingga, ungu, kuning, putih dan sebagainya pada bunga heliconia yang ditanam bercampur untuk banyak varieti di taman keliling rumah akan menaikan lagi keindahan pokok ini. Pokok Heliconia merupakan sumber makanan penting kepada beberapa jenis burung seperti kelicap hutan, terutamanya (hermit - hummingbird)) dan beberapa spesis lain seperti Rufous-breasted Hermit. Ada beberapa jenis burung memang saya dapati amat suka untuk menjadikannya pokok heliconia sebagai tempat bagi membuat sarang. Heliconia semakin popular dalam industri landskap, bunga keratan, tanaman berpasu dan hiasan. Heliconia mempunyai kepelbagaian jenis dan warna. Ianya mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir. Boleh digunakan dalam ’functional landscape’’ feature planting’, mass planting. Potensi penanaman amat luas kerana masih banyak varieti yang belum diterokai. Selain digunakan sebagai bunga dalam perlandskapan, heliconia sesuai digunakan sebagai bunga keratan ‘foliage’ untuk bunga gubahan kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi.


Para pembaca blog ini yang berminat untuk menanam di dalam pasu bolehlah mengikut langkah langkah berikut. Langkah mudah penyediaannya dengan mencabut pokok dengan akar dan tanahnya sekali sebelum ditanam dalam pasu (Lihat gambar sebelah). Gunakan pasu pecah untuk menjadikan lapisan saliran air. Masukkan tanah dalam pasu selepas lapisan saliran air. Potong batang heliconia bagi menggalakkan pertumbuhan pokok. Bagi pokok Heliconia yang ingin dipindahkan untuk ditanam dalam pasu, sediakan pasu bersaiz sesuai dan masukkan media tanaman. Media tersebut sebaiknya adalah campuran tanah terutama bahan organik (Peatgro). Keperluan peralatan pertanian seperti sudip tanah, pisau, gunting pokok, penyodok dan bahan seperti serpihan pasu dan sabut kelapa disiapkan. Jika kita hendak memindahkan atau mencabut pokok, pastikan ketika kita hendak mengalihkan pokok, akar masih ada dan tidak terlalu mencederakan akarnya. Seterusnya ia boleh memulakan proses menanam dengan menyediakan pasu besar bagi pokok heliconia. Pastikan ada disediakan lapisan saliran (drainage layer) didalam pasu agar akar pokok tidak terendam. Gunakan bahan seperti serpihan pasu atau batu dan sabut kelapa (cocoa fiber) dibahagian bawah pasu besar. Susun serpihan pasu sebanyak empat hingga lima lapisan atau sabut kelapa setebal tiga hingga empat inci bagi tujuan pengudaraan dan saliran. Seterusnya kita perlu masukkan campuran tanah 3 : 2 : 1. (Tanah:pasir dan Baja Organik) pada kadar sesuai dalam pasu iaitu sekitar 1/3 paras pasu dengan paras pasu. Masukkan anak benih keratan heliconia dalam pasu dibahagian tengah pasu sebelum kita lakukan kerja pemadatan tanah dan kemudian diratakan tanah. Siram pokok dan buat penjagaan sehingga pokok hidup dan berbunga.
BUNGA SEPIT UDANG...ITU HELICONIA...
WARNA MERAH...CANTIK RUPANYA...
BANYAK VARIETI... PILIH YANG CERIA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...



By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
24 JamadilAhkir 1447H).

Thursday, December 25, 2025

SERANGGA PEROSAK TANAMAN DAN FAKTANYA

SERANGGA PEROSAK TANAMAN
(Plant Pests) ialah organisma perosak seperti kutu daun (aphids), lalat putih, thrips, hama labah-labah, bena putih, ulat beluncas, ulat daun dan sebagainya yang memakan, menghisap cecair atau merosakkan bahagian pokok (daun, batang, akar, buah) dan sebagainya. Serangan serangga ini kesannya ia boleh dalam menyebabkan pertumbuhan tanaman akan terbantut, hasil berkurangan dan pokok layu atau akhirnya pokok tersebut boleh mati dimana ia memerlukan kawalan seperti racun serangga atau kaedah biologi kultur atau amalkan Kawalan Perosak Bersepadu (APB) untuk menguruskannya. Bagi penulis blog yang belajar di universiti tentang serangga mendapati jika serangga (Insect) merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Jika berlaku serangan dan gangguan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu akan bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai serangga perosak tanaman faktanya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Ada banyak jenis serangga di seluruh dunia dimana ada sebahagiannya sebagai jenis serangga berfaedah dan lebih banyak yang merupakan serangga perosak (termasuk merosakkan jenis tanaman). 
Kategori serangga perosak ni merangkumi pelbagai jenis serangga yang merosakkan tanaman, simpanan makanan atau menjadi gangguan kepada manusia adalah seperti kutu daun, kutu trip, kumbang daun, lipas dan kesing (koya). Mereka dikategorikan mengikut jenis serangannya seperti Jenis Penghisap Sap, Jenis Pengunyah Daun atau pun Jenis serangga (contoh: Lepidoptera, Coleoptera) dimana ia biasanya dibahagikan mengikut jenis tumbuhan yang diserang atau habitatnya (serangga perosak tanaman, serangga perosak simpanan makanan, serangga yang merosakkan rumah). Antara jenis serangga perosak yang penulis selalu jumpa di kawasan kebun sayur seperti Kutu Daun (Aphids) dimana serangga ini akan menghisap cecair daun muda dan kesannya alan menyebabkan daun berkerut atau gugur dan paling mangancam apabila kutu daun ini juga boleh membawa penyakit virus (Sila lihat foto di sebelah). Serangan penyakit Kerinting Daun tanaman cili sering dari sejenis virus Mozaic yang di bawa oleeh aphid terutaa di musim panas. Ada juga serangga jenis Lalat Putih (Whiteflies) dimana ia sering menyerang bahagian bawah daun tanaman terutama sayuran dan ia juga menjadi punca penyakit mozek dan mengurangkan hasil tanaman. Selain itu penulis blog jumpa dengan jenis serangga Thrips yang menghisap cecair daun dan kemudian ia akan meninggalkan kesan keperakan atau bintik putih dan merencatkan aktiviti pertumbuhan tanaman. Seterusnya di kebun akan di jumpai serangga perosak jenis Hama Labah-Labah (Spider Mites) dimana walau pun ia serangga kecil bersaiz labah-labah yang meninggalkan jaring halus dan bintik kecil pada daun dan menganggu pertumbuhannya. Ada juga jenis ulat seperti Ulat Beluncas (Caterpillars) yang mana kerjanya adalah memakan daun tanaman, batang muda dan akar pokok juga yang boleh menyebabkan pokok menjadi layu dan boleh mati jika tidak di kawal. Paling mudah di lihat kerosakan tanaman adalah kerosakan daun yang di sebabkan oleh serangga Ulat Daun (Leaf Worms) dimana fasa larva kupu-kupu dan rama-rama akan memakan daun dan batang muda tanaman dan mengurangkan proses fotosintesis seterunya pokok akan terencat pertumbuhannya. Ada juga jenis perosak popular iaitu Jenis Bena Putih (Whiteflie) yang mana ia akan menyerang pokok sayuran dan ia suka hidup di bawah daun akibatnya akan mengurangkan hasil jika tidak dikawal. 


Memahami sifat serangga dimana ia akan 
bergerak dengan pelbagai cara seperti terbang (kebanyakan dewasa), merayap atau berjalan menggunakan kaki, melompat, menggali dan ada juga yang bergerak secara pasif seperti berguling atau menunggang angin atau air. Apa pun bergantung kepada jenis serangga dan tujuan pergerakan mereka sama ada ia mencari makan, melarikan diri, mencari pasangan dimana umumnya organ utama pergerakan ialah kaki (untuk berjalan atau untuk melompat) dan sayap (untuk terbang). Belajar bagaimana cara-cara pergerakan serangga pertaman dengan cara TERBANG apabila ada banyak serangga dewasa mempunyai sayap dan selalunya akan menggunakan sayapnya untuk terbang pelbagai hala, kelajuan ke destanasi dengan cekap. Antara jenis serangga yang mempunyai sayap untuk terbang adalah seperti lebah, pepatung, rama-rama, lalat, nyamok dan banyak lagi. Ada juga serangga bergerak melalui BERJALAN atau MERAYAP. Serangga boleh berjalan atau merayap dengan cara menggunakan 6 kaki mereka dimana ia mampu bergerak dengan cepat dan dalam apa juga posisi seperti semut, lipas, pepijat dan sebagainya. Uniknya juga ada serangga yang bergerak dengan MELOMPAT dimana ada juga sesetengah serangga seperti belalang mempunyai bahagian kaki belakang yang kuat untuk melompat jauh dan terus melompat untuk ia mampu terbang juga di udara. Ada jenis serangga yang bergerak dengan MENGGALI seperti cacing tanah atau larva kumbang menggunakan badan mereka untuk bergerak di dalam tanah. Pergerakan ini boleh pelbagai cara dan hala. Jenis serangga yang bergerak dengan BERAYUN atau MEMANJAT juga akan menggunakan kaki depan dan badan untuk bergerak di pokok atau tumbuhan yang berada disekelilingnya. Boleh berlaku keadaan serangga lakukan pergerakan Aktif atau Pasif bergantung kepada keadaan persekitaran, suhu, kedapatan tanaman, angin dan sebagainya. Punca yang memerlukan serangga bergerak adalah untuk mencari makanan, mencari pasangan, mencari habitat atau tempat tinggal baru atau melarikan diri daripada ancaman pemangsa. Dibadan serangga ada struktur anatomi seperti kaki dan sayap adalah organ lokomotor yang penting untuk kelangsungan hidup mereka.


Dalam sektor pertanian terutamanan tanaman dimana a
kibat serangan serangga perosak tanaman yang sangat teruk dimana kesannya adalah ia boleh menyebabkan kerosakan fizikal kepada tumbuhan seperti daun reput, daun berlubang, batang dan akar yang dimakan merosakan tanaman. Kesannya juga meyebabkan pokok akan layu dan mati atau akan terjadi hasil tanaman merosot secara kuantiti dan kualiti dan merugikan petani. Ancaman serangga yang menyerang juga boleh menyebabkan pokok jadi terdedah kepada serangan penyakit lain dan ia perlu di kawal diman ini boleh seterusnya meningkatkan kos pengeluaran petani. Apa pun serangan serangga ini akhirnya mengancam tuainan hasil kelak dan juga isu keselamatan makanan akibat penggunaan bahan kimia semasa semburan racun kimia di lakukan. Antara simptom atau tanda serangan oleh serangga perosak tanaman kepada tanaman seperti berlaku Kerosakan Fizikal kepada bahagian daun, batang, akar, bunga dan buahnya dimana ia dimakan atau dihirup sapnya. Simptomnya dimana pokok muda boleh layu dan mati sepenuhnya dan kemudian berkan kesan kepada menurunkan kualiti dan mengurangkan kuantiti hasil tuaian. Serangga juga boleh menyerang hasil tanaman dalam simpanan sehingga kemudian tidak tahan lama. Apa pun memang serangan serangga akan Menjejaskan Kualiti dan Rupabentuk produk hasil-hasil pertanian seperti buah cili bengkok, terung bengkok, kacang panjang berlubang dan sebagainya. Hasil tanaman yang terjejas kualiti ini sama ada tidak berharga dan di buang sahaja atau jika simptom kurang teruk harganya sangat murah. Boleh berlaku kes Kerosakan Jangkapanjang dimana serangan serangga perosak tanaman akan beri kesan kepada pokok dimana pokok menjadi lemah dan mudah dijangkiti patogen seperti bakteria dan kulat pula dimana kemudian berlu serangan penyakit tumbuhan yang lebih serius. Serangan serangga juga Memberi Kesan Tidak Baik Ekonomi apabila ia akan meningkatkan kos input pertanian dimana petani perlu beli bahan racun perosak, baja serta kos untuk bayar upah tenaga kerja dimana ia akn menyebabkan kerugian kewangan besar kepada petani. Apa pun serangan serangga perosak adalah ancaman utama kepada pertanian kerana ia merosakkan tanaman dari akar hingga buah, mengurangkan hasil, dan meningkatkan kos, memberi impak besar kepada bekalan makanan.


Menarik menyambung artikel panjang ini kepada bagaimana dan apa yang mesti di lakukan petani untuk program iaitu 
Kawalan Serangga Perosak Tanaman ialah kaedah dan teknik untuk mengurus serta mengurangkan serangan serangga perosak pada tanaman. Program ini akan merangkumi pendekatan bersepadu seperti pengurusan tanah, baja, giliran tanaman, kawalan biologi (gunakan serangga pemangsa), penggunaan bahan organik (gunakan bahan cili, bawang putih) dan kawalan kimia jika perlu. Kawalan ini bertujuan sebagai pengurusan lestari yang cekap kos, mesra alam dan selamatkan persekitaran. Ada beberapa kaedah Kawalan Perosak seperti Cara Kawalan Biologi iaitu dengan menggunakan musuh semula jadi perosak seperti gunakan jenis serangga pemangsa (contohnya dengan membela bayam turi untuk menarik serangga bermanfaat) atau parasitoid untuk dapat mengawal perosak seperti ulat daun dan afid. Kedua boleh lakukan Cara Kawalan Kultur Teknikal yang melibatkan amalan pertanian seperti pengurusan tanah, pembajaan, giliran tanaman (rotiation crops) dan pengairan yang baik untuk iaanya dapat mengurangkan serangan perosak. Ketiga Cara Kawalan Fizikal atau Cara Mekanikal jga sesuai di lakukan mengikut kesesuaian seperti dengan menggunakan perangkap atau penghalang fizikal untuk mengurangkan populasi perosak. Keempat dengan Cara Kawalan Organik atau Bahan Semulajadi seperti dengan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan seperti racun semburan dari bawang putih, cili padi, atau neem untuk mengusir perosak. Paling popular adlah kelima iaitu dengan Cara Kawalan Kimia dimana digunakan racun serangga kimia (pesticide) sebagai pilihan terakhir selalunya digabungkan dengan kaedah lain adalah Kaedah Amalan Intergrated Pest Management (IPM) atau Kawalan Perosak Bersepadu (APB). Apa pun cara APB ini adalah pendekatan komprehensif yang menggabungkan pelbagai strategi di atas secara terancang untuk mengurus perosak secara lestari dan mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia, demi menjaga ekonomi dan persekitaran. Contoh Amalan dalam IPM seperti dengan menanam tanaman perantara (companion planting) seperti bayam turi untuk menarik serangga berguna dan mengelirukan perosak. Cara lain dengan menggunakan bio-pest repellant (seperti dari bawang putih, cili) untuk menghalau perosak secara organik. Petani juga boleh selalu mengawasi tanaman secara berkala (pemantauan) untuk mengesan serangan perosak pada peringkat awal. Apa pun ringkasnya dimana kawalan serangga perosak ialah dengan pendekatan pelbagai hala untuk memastikan tanaman sihat dengan mengurangkan kerosakan akibat serangga, sama ada melalui kaedah semula jadi, biologi, atau kimia yang terkawal.


Di kongsikan info mengenai Amalan Perosak Bersepadu (APB) atau Integrated Pest Management (IPM) adalah pendekatan sistematik dan berasaskan sains untuk mengurus perosak dengan menggabungkan pelbagai kaedah (biologi, kultura, fizikal, kimia) secara bijak, bukan bergantung sepenuhnya pada racun kimia, untuk mengekalkan populasi perosak pada tahap yang boleh diterima tanpa merosakkan alam sekitar atau kesihatan manusia, menjadikannya lebih lestari. Konsep Utama KPB:Pendekatan Bersepadu yang akan menggabungkan pelbagai strategi kawalan iaitu daripada pencegahan hingga intervensi, sebagai satu sistem bersepadu. Fokus pada Pencegahan iaitu dengan mengutamakan amalan untuk mengelak serangan perosak berlaku. Dalam amalan ini penggunaan Racun Kimia sebagai Pilihan Terakhir sebab selalunya racun kimia hanya digunakan apabila populasi perosak mencapai ambang ekonomi yang boleh menyebabkan kerosakan ketara. Kaedah amalan kultura iaitu dengan cara pengurusan Ladan seperti cara penggiliran tanaman, pengurusan nutrien, penggunaan benih tahan penyakit, kebersihan ladang, dan pengairan yang baik. Dalam APB kawalan biologi dengan cara menggunakan musuh semula jadi perosak (pemangsa, parasit) atau bahan semula jadi untuk mengawal perosak. Menyentuk cara kawalan Fizikal atau Mekanikal dimana cara penggunaan perangkap, kawalan fizikal (seperti menyingkir tikus), atau manipulasi habitat. Dalam cara Kawalan Kimia mesti dilakukan dengan cara berhemahapabila penggunaan racun perosak berdaftar mesti pada dos yang betul, waktu yang tepat, dan dengan teknik aplikasi yang betul, hanya bila perlu. Jalankan sistem pemantauan dan pemerhatian berterusan terhadap populasi perosak dan musuh semula jadi. Apa pun APB ini akan mdapat mengurangkan pergantungan kepada racun perosak kimia. Mesti pastikan dan mengekalkan populasi perosak pada tahap yang tidak menyebabkan kerosakan ekonomi (ETL) dimana ia akan mencapai pengurusan perosak yang lestari (ekonomi dan alam sekitar). Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SERANGGA PEROSAK TANAMAN...APA...
ROSAKAN TANAMAN...BANYAK JENISNYA...
IA PERLU DIKAWAL..BANYAK CARANYA...
MEMBACA ARTIKEL..SERONOK ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Rejab 1447H).

Wednesday, December 24, 2025

BUAH RAMBAI DAN FAKTANYA

BUAH RAMBAI
(Baccaurea motleyana) adalah sejenis buah Nadir yang berasal dan asli di Asia Tenggara dari famili Phyllanthaceae dimana ia terkenal dengan rasa masam manis isinya yang kenyal dan berwarna putih. Selain di makan segar dimana buah rambai juga mudah dimakan dibuat halwa dimana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti sumber tenaga dan kegunaan perubatan tradisional. Penulis blog ada tulis banyak artikel mengenai buah rambai sebelu ini dan kini menulis semula sebagai tambahan maklumat. Dilaporkan yang 
pokok rambai merupakan pokok berjantina (dioecious) iaitu ada bunga jantan dan betina membesar pada individual yang berlainan. Kebanyakan pokok rambai yang ada dibiakkan melalui biji oleh manusia atau binatang liar seperti musang, tupai, burung dan sebagainya. Penulis blog dapati jika ada terdapat 5 varieti rambai yang ada di Malaysia iaitu Rambai Telur, Rambai Hijau atau Rambai Lumut, Jambai Jantung, Rambai Langkawi dan juga Rambai Sarawak. Buah rambai ada yang jenis manis tetapi kebanyakkanya masam. Buah rambai boleh dimakan segar dengan memakan isinya dan dibuang kulitnya. Selain itu buah ramai boleh dibuat jem dan ditapai menjadi alkohol atau arak. Kulit buah rambai boleh dikeringkan selama 2- 3  hari untuk dibuat halwa, jeruk dan sebagainya. Kulit buah rambai boleh juga dibuat sambal, sayur, kerabu dan dimakan sebagai ulam-ulaman. Selalunya dimana kulit rambai yang telah kering berwarna hitam jika dijadikan serbuk dipercayai mampu melicinkan kulit muka. Apa pun ada laporan jika kulit batang pokok rambai juga boleh digunakan sebagai bahan pewarna. Kulit kayu rambai dan dicampurkan dengan kayu sepang dan akar senduduk yang dijadikan warna merah untuk mewarnakan kain batik. Kulit pokok rambai juga boleh dijadikan losen dan ianya didakwa sangat mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya. Satu perkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh ibu-ibu yang bersalin. Lazimnya orang akan makan rambai dan menelan terus akan biji rambai ke dalam perut sekali gus. Amalan menelan biji rambai tidak akan ianya mendatangkan masalah kepada proses penghadaman atau sakit perut. Dizaman dahulu mereka akan buang air besar di belakang rumah maka akhirnya biji rambai yang di telan akan tumbuh merata di belakang rumah selepas biji tadi tumbuh dan menjadi pokok. Artikel lewat petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting pokok dan buah rambai untuk bahan rujukkan semua.


Ramai generasi Gen-Z yang mungkin tidak pernah kenal akan buah rambai atau dapat ujjirasa buah tersebut. Apbersaiz kecil sahaja (dengan ukuran ukurlilit sekitar 2-3 cm), berbentuk bujur ke bulat, melekat pada tangkai panjang secara berkelompok dengan banyak buahnya. Buah rambai mempunyai kulit yang licin, nipis, berwarna salmon, coklat atau kuning bergantung kepada varieti dan tahap kematangannya. Buah ini apabila sudah cukup masak maka ia sangat mudah dikupas dan dilihat isinya berwarna putih jernih, kenyal dimana selalunya memang ia akan mengandungi 3-5 biji benih, mempunyai rasa masam manis dan mudah di telan bersama bijinya semasa sesiapa memakannya. Bergantung kepada varieti dimana jenis Rambai Telut ia berukuran lebih besar, manis dan kulit putih semantara varieti Rambai Hutan rasanya ia lebih masam dan isinya akan berwarna merah kemerahan apabila masak. Dikampong dimana buah raambai selalunya dijual dan dimakan segar dimana ada yang memproses dijadikan jem, halwa atau jeruk. Dalam amalan rawatan tradisional dilaporkan yang kulit buah rambai akan ditumbuk untuk ubat sakit kulit (panau, kurap) atau dijadikan ubat titisan mata, manakala kulit batang boleh dijadikan pewarna dan diminum ibu lepas bersalin. Rambai juga di laporkan mengandungi vitamin dan protein serta dapat memberi tenaga. Pokok rambai yang di tanam disekeliling rumah lazimnya akan memberi teduhan dimana kemudian apabila di tebang maka batang kayu pokok rambai berkualiti rendah untuk pelbagai kegunaan. 


Dilaporkan dimana buah rambai kaya dengan ppelbagai khasiat bergantung kepada jenisnya dan kesegarannya. Zat dari buah rambai di laporkan akan dapat membantu penghadaman (serat tinggi), mengatasi dehidrasi (kandungan air), sumber tenaga, mengawal gula darah, baik untuk kulit (antioksidan, Vitamin C), dan menyegarkan badan; kulitnya juga dipakai tradisional untuk masalah kulit (panau, kurap, gatal), sakit mata, malah dibuat lulur dan perasa makanan, manakala daunnya untuk pembungkus tapai yang berikan aroma khusus kepada tapai tersebut. Dilaporkan dimana b
uah rambai juga ia merupakan antara khazanah tropika yang semakin dilupakan, walaupun kaya dengan potensi nutrisi dan kesihatan. Buah ini tergolong dalam famili Phyllanthaceae dan banyak ditemui di Malaysia, Indonesia serta Thailand. Walaupun tidak ia terkenal durian atau manggis dimana ada beberapa kajian yang ia menunjukkan buah rambai mempunyai kandungan fitokimia dan aktiviti antioksidan yang tinggi dimana ini menjadikannya salah satu buah tempatan yang berpotensi dikomersialkan dalam bidang makanan fungsian dan farmaseutikal. Apa pun buah rambai lazimnya dimakan segar atau dijadikan jeruk akan tetapi nilai saintifiknya baru mendapat perhatian dalam dekad kebelakangan ini. Kajian fitokimia mendapati dimana bahan ekstrak rambai terutamanya daripada kulit dan isi buah dilaporkan ia mengandungi sebatian aktif yang mampu menentang tekanan oksidatif (oxidative stress) dan membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Walau pun buah rambai mungkin kecil dan sering diabaikan, namun hasil penyelidikan membuktikan ia menyimpan kuasa antioksidan yang luar biasa. Kandungan fenolik dan bahan flavonoidnya yang tinggi memberi perlindungan kepada sel daripada kerosakan oksidatif dan membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Dalam konteks pembangunan bioekonomi tempatan, rambai berpotensi dijadikan bahan asas bagi produk nutraseutikal dan kosmetik berasaskan sumber semula jadi Malaysia. Melalui penyelidikan lanjutan dan inovasi pemprosesan, buah ini boleh diangkat menjadi satu lagi ikon superfruit tropika Malaysia selepas manggis dan durian.


Walau pun penanaman pokok rambai hampir tidak di komersilkan di Malaysia atas banyak sebab akan tetapi pokok rambai ini masih ada bertanam atau tumbuh dan berbuah. Ini di buktikan dimana semasa pokok rambai musim berbuah makan ia akan di tuai dan di jual di mana sahaja seperti gerai tepi jalan, pasar tani, pasar malam, pasar tamu, kedai runcit dan penulis blog belum juga di jual di pasaraya besar. Menanam pokok 
rambai (Baccaurea motleyana) adalah mudah dibanyak jenis kawasan dan jenis tanah sebab ia adalah jenis pokok malar hijau yang lasak dan hampir tidak ada ancaman oleh perosak dan penyakit. Pokok rambai di tanam menggunakan bijinya yang mudah di semai dalam polibeg dan kemudian di tanam di kawasan yang ada cahaya matahari agar cepat membesar. Bagaimana pun kebanyakan pokok rambai matang yang di tuai buahnya mungkin ia di biakan secara semulajadi oleh manusia melalui sisa buangan atau oleh haiwan yang memakannya dimana itu yang menyebabkan ia tumbuh tidak teratur. Lazimnya pokok rambai yang tumbuh dii kawasn hutan dan kawanan belang rumah penduduk kampong adalah pokok organik kerana hampir tidak pernak di baja dengan baja kimia (NPK) dan ada disembur dengan bahan racun kimia. Kalau sesiapa ingin menmakan buah nadir yang organik boleh membeli buah rambai sahaja. Apa pun setelah dewasa pokok rambai akan tumbuh sekitar 9-12 metertingginya dengan ada banyak dahan bermula dari kedudukan dahan rendah pun akan berbuah dan pokoknya selalu adalah rendang. Ia mempunyai jenis daun berwarna hijau gelap, berkilat di atas dan di teliti akan jumpa ciri berbulu halus di bawahnya. Semasa berbunga ianya berbau harum dimana ada bunga jantan dan betina (pokok berlainan). Saiz tangkai buah rambai selalu panjang sehingga 75cm. Buah yang muda selalunya berwarna kehijauan dan bila masak akan kekuningan. Sebaiknya di syorkan agar membeli anakbenih ramai yang di jual di nurseri dimana jenis baka baik adalah di tandakan dengan 'Benih Kawin' yang mungkin maksudnya adalah Benih Rambai Cantuman Batang sebab selalunya ia lebih cepat berbuah. Pokok rambai berbuah ikut musim dimana boleh berbuah selama lebih 25 tahun keatas lamanya.  


Penulis blog pernah membuat tinjauan mengenai h
arga buah rambai ini dimana ia sering berubah-ubah mengikut musim dan tempat akan tetapi secara purata dimana secara purata boleh jangka ia sekitar RM5 hingga RM10 sekilogram. DIlaporkan dimana kadang-kadang ada situasi dimana buah rambai akan di jual dengan harga yang lebih murah kalau musimnya banyak apa lagi kalau banyak jeni buah lain melambak-lambak dalam pasaran. Kali terakhir penulis blog ada membeli buah rambai adalah sekitar harga RM7 sekilogram di Melaka. Apa pun beberapa faktor yang mempengaruhi harga adalah sebab ia bermusim berbuah kemuncak apabila harga biasanya lebih murah. Gred buah rambai ini belum ada piawaian khusus akan tetapi menyentuh tentang kualiti dimana buah rambai yang saiznya lebih besar, masak ranum dan tanpa cacat akan lebih mahal. Kini buah rambai ada dijual secara on-line juga semasa tiba musimnya. Apa pun buah rambai merupakan jenis buah bermusim yang mempunyai rasa masam-masam manis dan di Malaysia ia sering dijadikan bahan dalam masakan tradisional terutamanya menggunakan kulitnya. Penulis blog kongsikan beberapa resepi popular berasaskan buah rambai. Pertama adalah Resepi Masak Lemak Kulit Rambai sejenis hidangan paling ikonik. Kulit rambai yang dibuang isinya memberikan rasa masam semulajadi yang sangat menyelerakan apabila digabung dengan santan. Bahan di gunakan adalah Kulit rambai, 3 ekor ikan temenung dan boleh juga guna ikan sardin, 1 biji bawang merah besar dimayang, 1 biji cili besar dihiris, 3 biji cili padi hijau dihiris, Petai dipotong dua, 1 kotak santan, garam dan gula secukup rasa serta air rebusan ikan. Cara memasaknya dngen memanaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam dan kelat kulit rambai. Kemudian di masak santan bersama bahan kisar (kunyit, cili padi, bawang). Masukkan ikan masin dan kulit rambai. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak dan di matikan api serta sudah sedia dihidang untuk di makan dengan nasi putih (Sila lihat foto paling bawah sekali). Resepi kedua adalah Resepi Sambal Tumis Kulit Rambai dimana hidangan ini sering dipadankan dengan ikan bilis untuk rasa yang lebih sedap lagi. Bahan di gunakan adalah kulit rambai (dihiris), cili giling, ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan sedikit gula. Cara memasaknya dengan menumis bawang dan cili giling sehingga garing. Masukkan ikan bilis dan kulit rambai. Tambahkan gula untuk mengimbangi rasa masam kulit tersebut. Masak sehingga pecah minyak dan kering sedikit dan sedia dihidangkan. Jenis makanan dari buah rambai yang ketiga adaah Resepi Jeruk Buah Rambai yag sesuai dibuat jika ada banyak buah berada dipokok yang tidak boleh dimakan dan tidak ada harga atau jauh dari pengguna. Makanan jeruk ini ia boleh dijadikan jeruk sebagai pembuka selera. Cara membuatnya adalah dengan buah rambai dibuang kulit atau dibiarkan seulas-seulas dimana ia kemudian diperam bersama air garam, gula dan sedikit cili padi untuk rasa pedas. Cara dan petua memproses buah rambai dengan gunakan kulit seperti resepi diatas dimana perlu di periksa agar kulit rambai ini dicuci bersih dan dibuang bahagian tangkai. Bagi mengimbangi rasa masam adalah sebaiknya menggunakan gula atau bahan lemak (seperti santan) secukupnya untuk mendapatkan rasa makanan berasaskan rambai yang lebih enak. Semuga tulisan artikel ini memberi info terbaik dan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH RAMBAI...MASAM MANIS RASANYA...
ADA BERMUSIM...MURAG SAJA HARGA...
BANYAK KHASIAT... ANTIOKSIDAN ZATNYA...
DI MASAK LEMAK... ADUH ENAK UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomisst,
Precinnt 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rejab 1447H).

Tuesday, December 23, 2025

SOTONG KERING DAN FAKTANYA (Part 2)

SOTONG KERING (Dried squid) merupakan hasil dari laut dari sotong segar di keringkan dan ia telah melalui proses pengeringan untuk tujuan pengawetan dan tahan sangat lama. Ia merupakan bahan masakan yang popular dalam hidangan Asia terutamanya di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana dapat dan memberikan rasa yang enak, lemak dan lebih pekat dengan aroma yang unik berbanding sotong segar. Penulis blog paling suka makan sotong kering mentah (di ratah begitu sahaja) atau sotong kering panggang berempah atau sotong kering yang di masak sambal dan sotong kering di masak tumis. Teringat semasa pertama sekali berkunjung ke negara Korea sekitar tahun 1990 dimana setiap hari membeli dan memakan sotong kering sehinggakan gigi kepenatan mengunyah masa itu dimana sotongnya dihasilkan dari laut sejuk memang lembut dan manis. Lazimnya dimana tekstur sotong kering umumnya adalah ia sangat keras, liat dan nipis (sekeping) sebelum dimasak atau di rendam dengan air panas. Dari segi warna selalunya ia berwarna coklat atau coklat kemerahan atau coklat gelap bergantung kepada jenisnya, punca laut mana dan kaedah pengerinan di jalankan. Bagaimana pun memang ada juga jenis Sotong Kering Hitam yang mempunyai warna gelap yang menarik dan unik pula. Sotong kering yang tahan lama bertahun tahun ini mempunyai aroma khusus apabila di masak dimana aroma ini akan menaikkan lagi rasa hendak memakannya. Penulis blog pun suka memakan produk snek sotong atau pun cattlefich snack yang diperisakan dengan enak di jual di pasaran seperti di Langkawi, Pulau Pangkor, WP Labuan untuk mendapatkan produk yang fresh dan segar. Kepentingan sotong kering ini amat signifikan dan penting dala penggunaannya di dalam masakan masyarakat Malaysia dimana ia sering digunakan sebagai bahan utama atau perasa tambahan dalam pelbagai menu tempatan yang viral iaitu Menu Sotong Kering Sambal Tumis merupakan kuliner yang paling popular dimana ia paling sering dimakan bersama nasi lemak setiap hari di Malaysia. Makanan sotong kering sebagai snek pula sangat popular dimana ia boleh disediakan dalam uluhan menu daripada snek sotong kering berempah pedas sehingga sotong kering manis dan pedas. Dimana sahaja jika ada keramaian akan ada penjaja yang akan membakar sotong kering dengan pelbagai perisa dan menjadi snek untuk dimakan bersama minuman. Tidak ketinggalan juga sotong kering merupakan salah satu komponen penting dalam masakkan mee goreng, meehoon goreng, nasi goreng dimana penggunaannya sangat signifikan dalam memberikan citarasa 'seafood taste' kepada sebabnya kenapa ramai kedatangan pelanggan di premis jualan. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta dan kisah menarik mengenai fakta sotong kering untuk di jadikan bahan rujukkan semua sekali pembaca blog ini.


Harga sotong kering di Malaysia berbeza-beza mengikut saiz dan gred kualiti iaitu ia selalu di jual dengan banyak pilihan iaitu daripada saiz sederhana hingga premium besar. Harga sotong kering sebenarnya bervariasi dimana lazimnya berkisar antara RM26 hingga lebih RM90 setiap kilogram diman harga ini tentunya ia bergantung kepada siapa yang menjual, kesegaran, jenis atau spesis sotong, jumlah di beli serta sama ada membeli secara borong, runcit atau atas talian sahaja. Pertama sekali dengan merujuk tawaran sotong kering di talian Lazada dan Shopee yang memang ada banyak pakej di tawarkan mengikut jumlah, jenis dan juga aspek kualiti. Lazada menawarkan beberapa pakej dimana penulis blog pernah membeli pakej berukuran besar sebanyak 2 keping (2 ekor) iaitu dengan harga RM65.00 (Sila lihat foto disebelah). Sotong ini memang terbaik kualitinya sebab ia besr dan aromanya baik serta sesuai di masak sambal sotong dimakan dengan nasi lemak. Hasil laporan tinjauan pihak berkuasa di Malaysia di paparkan beberapa pilihan sotong kering yang terdapat di pasaran Malaysia dan berserta ciri-ciri utamanya. Bagi jenis Sotong Kering Saiz Sederhana selalunya jenis sotong ini dijual dengan harga yang masih berpatutan iaitu pada harga purata yang dilihat adalah sekitar RM97.57 untuk 1kg di pasar raya tertentu seperti Econsave. Walau bagaimanapun ada tinjauan mendapati jika ada harga serendah RM5.00 sekilogram yang juga pernah direkodkan di pasar awam pada tarikh tertentu. Bagaimana pun dilaporkan bagi jenis sotong Kering Gred AAA (1kg) atau sotong premium berkualiti tinggi, sering dijual oleh pembekal khusus dimana harga untuk 1kg produk ini dari jenama The Fisherman disenaraikan pada harga RM85.89 sekilogram (dikira balik berdasarkan harga borong 10kg). Jenis sotong Kering Keping Besar Premium ini dilaporkan ia adalah jenis kepingan sotong kering berdaiz yang lebih besar dimana ia biasanya mesti direndam sebelum dimasak (sering digunakan dalam Yong Tau Fu). Apa pun ada kes ddimana harga adalah berbeza mengikut saiz dan kualiti seperti kes satu keping besar (lebih kurang 250g) boleh berharga sekitar RM55.00 dan kes lain di laporkan bagi Sotong Kering Sayap (1/2 KG) Bahagian sayap sotong juga dijual berasingan iaitu dijual pada harga RM26.25 sekilogram yang penulis blog selalu sering membelinya dan enak di masak sambal nasi lemak.


Kalangan rakyat Malaysia tahu jika terdapat pelbagai cara untuk memasak sotong kering, namun dua resepi yang paling popular di Malaysia ialah Sambal Tumis Sotong Kering, Sambak Baby Sotong Kering dan Kerabu Mangga Sotong Kering. Pertama yang paling di sukai adalah Resepi Sambal Tumis Sotong Kering yang sangat digemari terutamanya apabila dimakan bersama nasi lemak. Langkah membuatnya adalah dengan sotong kering perlu dilembutkan terlebih dahulu supaya tidak liat dimana perlu di rendam sotong kering bersama sedikit soda bikarbonat (1-2 sudu kecil) selama 3-4 jam atau semalaman sehingga ia kembang dan lembut. Kemudian perlu di bersihkan dengan cara membasuh bersih dan rebus sebentar (sekitar 15 minit) untuk membuang bau ubat atau kapur sebelum dimasak. Apa pun kemudian sotong kering yang telah dikembangkan di simpan dulu. Menyediakan bahan kisar terdiri dari cili kering, bawang merah, bawang putih, dan sedikit belacan diman semuanya di kisar. Bagi bahan lain adalah air air asam jawa, gula (gula melaka lebih sedap) dan garam secukup rasa. Cara memasak adalah dengan menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing. Kemudian di masukkan air asam jawa, gula, dan garam. Biarkan mendidih. Kemudian dimasukkan sotong yang telah dibersihkan dan dikacau rata sehingga kuah pekat dan meresap ke dalam sotong dan dimatikan api sedia untuk di hidangkan. Selain itu penulis blog suka juga membeli Baby Sotong atau cumi yang kecil untuk di buat Resepi Sambal Baby Sotong dimana bahannya adalah sotong cumi, cili kering (direbus dan dikisar dengan bawang merah), bawang merah (dikisar), bawang putih (dihiris), asam keping, garam, gula dan bahan perasa. Cara-cara memasaknya dimulakan dengan membasuh sotong cumi dengan bersih dan rendam dengan air selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu boleh kisar cili kering dan bawang merah dan kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta masukkan cili kering yang sudah dikisar tadi. Seterusnya perlu masak dengan menggunakan api sederhana sampai sambal masak dan pecah minyak. Boleh dimasukkan sotong, garam, gula dan perasa, tapi garam jangan letak banyak sangat sebab sotong itu sudah ada rasa masin dan terpulang nak ganti perasa dengan letak kiub ikan bilis pun boleh. Akhir sekali adalah dimasukkan asam keping dan kacau sekejap dan jika pekat sangat boleh tambah air. Tutup api dan ia siap untuk dihidangkan. Makanan ketiga yang penulis blog suka makan tetapi jarang buat sendiri adalah Resepi Kerabu Mangga Sotong Kering sebab hidangan ini lebih kepada pembuka selera yang mempunyai rasa masam, manis, dan pedas. Bahan-bahan disediakan adalah sotong dimana sebaiknya digunakan sotong kering yang nipis (biasanya jenis bergula dalam paket) atau sotong kering yang telah dibakar dan dicarik halus. Bahan sayuran atau buah pula adalah buah mangga muda (disagat), bawang besar (dihiris), cili padi, dan cili merah. Sediakan bahan sosnya dari perahan limau nipis, garam dan gula dan ada bahan tambahan lain iaitu kacang tanah goreng (ditumbuk kasar) dan udang kering. Cara membuatnya adalah dengan menggaulkan semua bahan hiris (mangga, bawang, cili) bersama sotong kering. Masukkan perasa (garam, gula, limau) dan bahan tambahan seperti kacang tanah. Gaul sehingga rata dan adunan sedia untuk dihidangkan. Ada petua melembutkan sotong kering dimana selain bahan soda bikarbonat sebenarnya boleh merendam sotong dalam air yang dicampur dengan air abu (abu chang) untuk kesan kembang yang lebih maksima seperti di kedai. Ada juga sotong kering juga boleh dimasak sebagai Kari Sotong Kering dengan menambah serbuk kari ke dalam tumisan bawang. 


Dalam portal berita sinarharian.com ada laporkan dimana '
Cuaca panas beri limpahan rezeki buat pengusaha sotong kering' bagi pengusaha dari Besut iaitu Fazil Zabidi jalankan proses pengeringan sotong di bengkel pemprosesan sotong di Kampung Air Tawar, Besut. Apa pun musim panas yang melanda turut memberi limpahan rezeki buat seorang pengusaha sotong kering di Kampung Air Tawar kerana dilaporkan ia mampu meraih pengeluaran hasil yang lumayan. Bagi Fazil Zabidi Zakaria (52) kata keadaan cuaca panas dan kering membantu mempercepatkan lagi proses pengeringan sotong sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil produk tersebut. Limpahan cahaya matahari yang mencukupi membantu produk yang dihasilkan supaya lebih berkualiti berbanding menggunakan kaedah pengeringan lain. Tekstur sotong yang dikeringkan menggunakan cahaya matahari lebih cantik malah warnanya juga lebih putih berbanding dengan sotong yang dikeringkan menggunakan kaedah salai (Sila lihat foto paling bawah sekali). Selain itu, proses pembuatannya juga lebih cepat kerana ia dapat dihasilkan dalam tempoh setengah hari sahaja dengan menggunakan seratus peratus sinar matahari dan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, dia perlu menggunakan kaedah salai bagi memastikan sotong tersebut dapat dikeringkan dan produktiviti produk berkenaan tidak terbantut. Apabila guna cahaya matahari ini dia akan lebih berjimat kerana tak perlu keluarkan kos untuk untuk beli arang dan sebagainya dimana sotong yang dikeringkan menggunakan cahaya matahari lebih baik kerana sotong salai akan mempunyai bau arang. Dia akan jual pada harga RM180 setiap satu kilogram itu digemari oleh masyarakat Cina dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan dari Kuantan, Ipoh dan Pulau Pinang. Setakat ini sebanyak 400 kilogram (kg) sotong kering telah dihasilkan dalam tempoh sebulan dengan menggunakan kira-kira 1,600kg sotong basah. Apa pun dakwanya secara purata, setiap satu kilogram sotong kering memerlukan kira-kira empat kilogram sotong segar atau nisbah 1:4. Sotong kering yang dihasilkan juga perlu melalui beberapa peringkat bermula daripada proses pembersihan sehingga pengeringan. Dia turut berdepan dengan masalah kekurangan bekalan sotong segar walaupun persaingan dalam kalangan pengusaha sotong kering agak berkurangan. Selalunya proses menghasilkan sotong kering akan dihentikan buat sementara sewaktu ketiadaan bekalan dan kembal beroperasi selepas memperoleh bekalan sumber protein itu. Proses pengeluaran sotong kering juga bergantung kepada bekalan, ada masa banyak sotong kita pernah dapat sehingga 300 kg sehari. Kalau masa tak ada kita akan rehat sehari dua dan kembali mendapatkan bahan mentah itu. Biasanya bekalan sotong segar saya peroleh daripada pembekal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau daripada mereka yang mencandat sotong. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
SOTONG KERING... JADI KEGEMARAN...
DI BUAT SAMBAL...WOW ENAK RASANYA...
HARGA MAHAL... BAYAR SAHAJA NAK RASA...
BANYAK KHASIAT...SUKA DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Rejab 1447H).

Monday, December 22, 2025

SOTONG KERING DAN FAKTANYA (Part 1)

SOTONG KERING
(Dried squid) merupakan hasil dari laut dari sotong segar di keringkan dan ia telah melalui proses pengeringan untuk tujuan pengawetan dan tahan sangat lama. Ia merupakan bahan masakan yang popular dalam hidangan Asia terutamanya di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana dapat dan memberikan rasa yang enak, lemak dan lebih pekat dengan aroma yang unik berbanding sotong segar. Penulis blog paling suka makan sotong kering mentah (di ratah begitu sahaja) atau sotong kering panggang berempah atau sotong kering yang di masak sambal dan sotong kering di masak tumis. Teringat semasa pertama sekali berkunjung ke negara Korea sekitar tahun 1990 dimana setiap hari membeli dan memakan sotong kering sehinggakan gigi kepenatan mengunyah masa itu dimana sotongnya dihasilkan dari laut sejuk memang lembut dan manis. Lazimnya dimana tekstur sotong kering umumnya adalah ia sangat keras, liat dan nipis (sekeping) sebelum dimasak atau di rendam dengan air panas. Dari segi warna selalunya ia berwarna coklat atau coklat kemerahan atau coklat gelap bergantung kepada jenisnya, punca laut mana dan kaedah pengerinan di jalankan. Bagaimana pun memang ada juga jenis Sotong Kering Hitam yang mempunyai warna gelap yang menarik dan unik pula. Sotong kering yang tahan lama bertahun tahun ini mempunyai aroma khusus apabila di masak dimana aroma ini akan menaikkan lagi rasa hendak memakannya. Penulis blog pun suka memakan produk snek sotong atau pun cattlefich snack yang diperisakan dengan enak di jual di pasaran seperti di Langkawi, Pulau Pangkor, WP Labuan untuk mendapatkan produk yang fresh dan segar. Kepentingan sotong kering ini amat signifikan dan penting dala penggunaannya di dalam masakan masyarakat Malaysia dimana ia sering digunakan sebagai bahan utama atau perasa tambahan dalam pelbagai menu tempatan yang viral iaitu Menu Sotong Kering Sambal Tumis merupakan kuliner yang paling popular dimana ia paling sering dimakan bersama nasi lemak setiap hari di Malaysia. Makanan sotong kering sebagai snek pula sangat popular dimana ia boleh disediakan dalam uluhan menu daripada snek sotong kering berempah pedas sehingga sotong kering manis dan pedas. Dimana sahaja jika ada keramaian akan ada penjaja yang akan membakar sotong kering dengan pelbagai perisa dan menjadi snek untuk dimakan bersama minuman. Tidak ketinggalan juga sotong kering merupakan salah satu komponen penting dalam masakkan mee goreng, meehoon goreng, nasi goreng dimana penggunaannya sangat signifikan dalam memberikan citarasa 'seafood taste' kepada sebabnya kenapa ramai kedatangan pelanggan di premis jualan. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta dan kisah menarik mengenai fakta sotong kering untuk di jadikan bahan rujukkan semua sekali pembaca blog ini.


Penting di kongsikan fakta begaimana proses membuat sotong kering yang asalnya adalah sotong segar di tangkap dari laut daripada beberapa spesis. Apa pun bagi penulis blog mendapati jika antara s
pesis sotong kering terbaik biasanya bergantung pada jenis sotong asalnya dimana jenis sotong yang paling dicari adalah jenis Sotong Kering Victoria (Victoria Squid) atau jenis Sotong Kering Hantu (Ghost Squid) kerana ciri kelembutan dan rasanya yang padu dan juga ia adalah jenis  sotong dari perairan laut yang sejuk (seperti yang di makan di Korea). Ada pun jenis Sotong Putih (dari Laut Sabah dan laut Sarawak) juga menjadi kesukaan ramai orang Malaysia disebabkan jenis ini selalunya akan dijual dengan harga premium jika jatuh dalam gres Gred AAA atau sebagai 'Sotong Kembang' dimana ia lebih tebal dan manis. Bagaimana pun cara memproses sotong segar sehingga menjadi sotong kering menggunakan pelbagai jenis sotong. Di dunia dimana Jenis Sotong Victoria (Victoria Squid) di cari sebab ia adalah spesis premium sotong kering berpunca ia lebih lembut dan nipis serta amat mudah kembang apabila direndan untuk dimasak serta mempunyai rasa yang lebih manis. Walau pun ada jenis lain seperti Jenis Sotong Hantu yang ia juga sangat lembut, nipis dan mudah menyerap perisa namun ia hanya sesuai untuk beberapa resepi masakan tertentu sahaja. Cara mengeringkan sotong dibawah sinaran matahari merupakan teknik paling lumrah di lakukan di kawasan nelayan tepi laut dimana didakwa cara ini memberikan hasil sotong kering lebih enak, harum dan pastinya kos lebih murah. Penulis blog pernah di beritahu kalau hendak membeli sotong berkualiti sebaiknya pilih produk sotong kering yang warnanya cerah (kuning pucat ke putih) atau warnanya tidak terlalu hitam atau berbau tengik dimana kemudian berikan rasa teksturnya sedikit kenyal tapi mudah lembut bila direndam atau dimasak. Secara tradisional ada satu kaedah untuk melembut dan mengembangkan sotong kering iaitu menggunkan 'abu chang' semasa merendam sotong kering dimana ia akan hasilkan sotong kembang yang gebu dan lembut. Cara lain adalah dengan merendam sotong kering bersama bahan 'Soda Bikarbonat' yang mempercepatkan proses ini dalam masa antara sekitar 1-2 jam berbanding kaedah menendam dengan air biasa selama 5 - 15 jam baru jadi lembut.


Antara fakta menarik mengenai sotong kering adalah dimana s
otong kering yang terdapat di pasaran terbahagi kepada beberapa kategori utama berdasarkan jenis spesies sotong, kaedah atau cara pemprosesan dilakukan dan gred kualitinya. Apa yang penulis blog pernah tanya dengan penjual sotong di Langkawi, Pulau Pangkor, Kuala Kedah dimana ada beberapa jenis-jenis sotong kering yang biasa ditemui ada dijual mereka. Diberitahu dimana jenis pertama yang agak banyak di jual adalah Jenis Sotong Katak (Cuttlefish) dimana jenis ini adalah ia mempunyai badan yang lebar, tebal, dan tekstur yang lebih kenyal. Penilaian yang di buat mendapati jika ia adalah jenis yang paling popular untuk dijadikan sotong kering premium kerana isinya yang padat. Bagaimana pun penulis blog kurang suka dengan jenis sotong ini sebab rasanya kurang manis, isinya agak keras dan aromanya juga kurang hebat dimana harga pasaran juga dari yang murah sehingga sederhana sahaja. Jenis keuda adalah jenis Sotong Kering Sotong Jarum atau Jenis Sotong Torok (Needle or Arrow Squid) dimana ia berbadan langsing dan panjang dan ia biasanya dikeringkan dalam saiz yang lebih kecil dan sering digunakan dalam masakan seperti sambal tumis untuk di makan dengan nasi lemak atau sesuai di gunakan dalam masakan tomyam. Sotong yang di pilih selalunya bersaiz kecil-kecil sahaja dan di jemur lama sehingga ia akan menjadikan saiz kecil untuk di buat sambal tanpa memotongnya. Jenis ketiga adalah Sotong Kering dari Jenis Sotong Putih (Bigfin Reef Squid) yang mana kadangkala jenis sotong ini setelah ia dikeringkan akan menghasilkan produk sotong yang disukai ramai dan lebih popular dimakan segar sahaja. Ad laporan dimana ada produk lain berasaskan sotong yang di proses menjadi Sotong Kering Masin dimana sotong segar akan diawet dengan garam sebelum dikeringkan di bawah cahaya matahari. Ia perlu dicuci atau direndam dahulu untuk membuang garam didalamnya sebelum dimasak untuk mengurangkan rasa masin. Apa pun bagi penulis blog produk Sotong Kering Tanpa Bahan Tambahan (Plain) adalah jenis produk sotong kering yang berkualiti tinggi dimana ia dikeringkan secara semula jadi tanpa tambahan garam atau perasa dan hasilnya ia akan memberikan rasa keenakan sotong premium yang enak dan harum dari produk laut. Apa pun penulis blog ada beberapa kali membeli produk Sotong Kering Kembang yang dijual di pasaraya dimana ia merujuk kepada sotong kering (biasanya sotong katak) yang telah direndam dengan bahan tertentu (seperti abu kayu atau soda) supaya ia mengembang semula menjadi lembut dan kenyal dimana ia memang sesuai untuk di masak sambal sotong sahaja yang enak. Bagi penulis blog sambal yang gunakan sotong kering kembang sangat sesuai di makan oleh mereka yang ada masaalah gigi, kanak-kanak dan orang tua juga sebab ia lembut sehingga tidak perlu di kunyah terus di telan. Terakhir dilaporkan adalah produk popular di mana sahaja iaitu Snek Sotong Kering yang mana ia adalah sotong yang telah diproses, dicarik (shredded) atau disalut dengan perasa (seperti madu, pedas, atau gula) dan boleh terus dimakan pada bila-bila masa, berkhasiat dan tahan lama. Penulis blog paling sering membeli snek sotong kering sebab memang enak di makan sambil memandu jarak jauh. Apa pun kualiti sotong yang baik dimana digredkan sebagai  Gred Premium (AAA) yang selalunya berwarna putih cerah atau kekuningan bersih, seakan sotong segar dan penting diperiksa jika ia mengeluarkan bau manis air laut apabila direndam. Bagi sotong kering gred biasa selalunya ia bersaiz lebih kecil atau warnanya mungkin lebih gelap atau kusam.


Ilmu dan cara mengeringkan sotong selain daripada jenisnya dimana p
roses dalam pembuatan sotong kering iaitu secara tradisional dan cara komersial melibatkan beberapa langkah utama untuk dapat memastikan ketahanannya dan kualiti rasanya. Pertama adalah proses  Pembersihan dan Penyediaan awal dimana sotong segar yang baru ditangkap dibersihkan terlebih dahulu. Proses ini termasuk membuang bahagian dalam (organ), tulang plastik (gladius) dan kadang-kadang kulit luarnya bergantung kepada jenis sotong kering yang ingin dihasilkan. Tahap kedua adalah Proses Penggaraman (Opsional) dimana ada sesetengah pengeluar akan merendam atau membasuh sotong dengan air garam untuk membantu proses pengawetan dan memberikan rasa masin yang seimbang. Tahap ketiga adalah paling kritikan iaitu Proses  Penjemuran (Pengeringan) dimana sotong disusun di atas para-para atau jaring jemuran di bawah cahaya matahari yang terik (Sila lihat foto disebelah). Proses ini biasanya mengambil masa 1 hingga 3 hari bergantung kepada cuaca dan saiz sotong sehingga ia benar-benar kering dan keras. Dalam pada iitu dalam membuat makanan popular di seluruh dunia iaitu membuat snek dengan Teknik Giling (Untuk Sotong Bakar)  Bagi produk seperti 'sotong kering bakar' atau juhi selalunya sotong yang telah kering akan dibakar sebentar dan kemudian digiling menggunakan alat khas atau alat peleper agar kemudian teksturnya menjadi nipis, lembut dan mudah dicarik dan mudah di makan terus. Sebenarnya sotong kering dilaporkan ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan nutrisi penting terutamanya zat protein dan mineral. Walaupun ia sering dijadikan snek atau bahan masakan selalunya ia akan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Memakan sotong kering berkhasiat antaranya ia adalah Sumber Protein Tinggi yang ada mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi (sekitar 60g setiap 100g) iaitu ia jauh lebih tinggi jika dibanding daging ayam dimana zat ini penting untuk tujuan seperti pembentukan otot dan pemulihan tisu badan. Sotong juga amat kaya dengan Omega-3 (DHA dan EPA) dimana ini akan membantu menjaga kesihatan jantung dan fungsi otak serta mengurangkan keradangan. Tidak kurang sotong memang ia banyak Vitamin B (terutama  b2 dan B12) sebab ia akan meningkatkan Fungsi Otak dengan membantu agar ia meningkatkan daya ingatan, fokus, dan mengurangkan risiko migrain. Ia dapat bantu kesihatan Tulang dan Gigi sebab ia kaya dengan mineral seperti kalsium, fosforus dan zink yang menguatkan struktur tulang. Kandungan zat besi (Fe) pula menjadikannua mencegah Anemia apabila sotong kering ini akan membantu penghasilan sel darah merah. Terdapat nutrien yang bantu menjaga kesihatan kulit dan kuku dan juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Walaupun sotong berkhasiat semua perlu berhati-hati dengan beberapa perkara asas menjaga kesihatan apabila ada bahan kandungan Natrium (Garam) Tinggi dalam sotong masin yang boleh meningkatkan tekanan darah jika dimakan berlebihan. Apa pun memang sotong secara semula jadi mempunyai bahan kolesterol dimana pengambilannya harus dikawal bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi. Sotong juga ia memang mengandungi bahan logam berat dimana perlu dipastikan sumber sotong kering adalah bersih, kerana terdapat laporan mengenai kandungan logam toksik (kadmium) dalam sesetengah produk yang tidak diproses dengan baik. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
SOTONG KERING...BANYAK JENISNYA...
DI BUAT SAMBAL...WOW ENAK RASANYA...
HARGANYA MAHAL... DIBAYAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...SUKA DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Rejab 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...