Support My Blog

Saturday, November 14, 2015

KOPI - MASAALAH TANAMAN KOPI

TANAMAN KOPI (Coffea spp) di seluruh dunia adalah penting untuk membekalkan biji kopi sebelum diproses menjadi serbuk kopi dan produk lain berasaskan kopi. Rekod ststistik daripada FAO mencatitikan keluasan tanaman kopi dunia adalah 10.27 juta hektar pada 2013. Terdapat 3 jenis kopi yang ditanam iaitu Kopi Arabica (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta) dan Kopi Liberica (Coffea liberica). Penguasaan penanaman dan permintaan kopi dunia 70% adalah bagi jenis Arabica, 28% dari jenis Robusta dan hanya 2% sahaja dari jenis Liberica. Pengeluar utama kopi dunia adalan negara Brazil dan diikuti dengan Vietnam dan Indonesia. Malaysia hanya menanam seluas 3,474 hektar kopi terutama di Sabah dan Johor dengan jenis Liberica. Kopi jenis liberica sesua ditanam di Malaysia kerana ia merupakan jenis kopi yang agak lasak untuk ditanam dikawasan tanah rendah dan kawasan panas lembab seperti di negara kita dan beberapa negara tropika yang lain. Jenis Arabica tidak sesuai ditanam dinegara kita kerana ia mudah diserang dengan beberapa penyakit seperti Hawar Daun (Leaf Blight) sehingga boleh menjejaskan pertumbuhan dan pengeluaran hasil kopi.  Kopi arabika (Coffea arabica) tumbuh baik di kawasan tanah dengan ketinggian 700-1,700 meter dari paras laut dengan kadar suhu 16-20°C, beriklim kering tiga bulan secara berturut-turut. Kopi arabika bagaimana pun sangat peka terhadap Penyakit Karat Daun (Hemileia vastatrix - HV). Ini terutama bila ditanam di kawasan tanah rendah seperti di kawasan tepi pantai dengan ketinggian kurang dari 700 m. 


Kopi jenis Arabica adalah jenis kopi yang mudah diserang dengan Penyakit Karat Daun yang disebabkan oleh Kulat Hemileia vastatrix dimana ia boleh menyebabkan pengurangan hasil kopi dengan ketara. Serangga perosak kopi dan penyakit mampu mengurngkan hasil buah kopi sehingga sampai 40% atau lebih teruk lagi jika tidak dibuat kawalan. Diantara beberapa contoh serangga dan penyakit penting yang menyreang kopi adalah seperti Penyakit Karat Daun (Hemileia vastatrix), Penyakit Mati Hujung (Rhizoctonia sp), Penyakit Antraknos coklat pada daun (Cercospora cafeicola), Pengorek Buah Kopi (Stephanoderes hampei), Koya Putih (Pseudococcus citri) dan Kutu Hijau (Cocus viridis). Kawalan daripada peringkat awal mengenai perosak tanaman kopi perlu dilakukan dengan teliti. Lazimnya pendekatan kawalan secara Amalan Perosak Bersepadu dilakukan pada tanaman kopi seperti amalah kultura dengan kawalan cara kimia. Penyakit karat daun menyerang tanaman kopi terutama dari jenis Arabika yang ditanam pada ketinggian di bawah 1,000 meter dari paras laut. Serangan ini menyebabkan daun-daun pokok kopi berguguran sehingga tanaman menjadi gundul, pucuk-pucuk pada cabang mati dan akhirnya tanaman mati secara keseluruhan. Karena kerugian yang ditimbulkan oleh penyakit karat daun, maka diperlukan pengetahuan yang cukup dan pengendalian yang tepat terhadap penyakit ini agar tidak merugikan hasil produksi tanaman kopi secara ekonomi.


Dalam memahami masaalah tanaman kopi perlu diketahui akan kehendak dan keperluan tanaman tersebut. Pilih varieti kopi yang disyorkan untuk ditanam dengan menggunakan sumber untuk anakbenih tanaman  dari pembekal yang terjamin. Pilih kawasan sesuai dengan masa betul untuk penanaman benih dan elakkan musim kemarau semasa menanam. Kawalan perosak tanaman dan penyakit bermula dari peringkat awal menanam dan juga lakukan cantasan pembentukan dan juga cantasan penyelenggaraan. Pastikan pokok kopi sentiasa rendah untuk memudahkan penjagaan kebn terutama untuk upah memetik hasil. Pembajaan dan kawalan rumpai dilakukan mengikut jadual dan pastikan memetik hasil apabila buah telah cukup matang. Antara beberapa asas atau persoalan  yang saya  ketengahkan dalam artikel kali ini adalah seperti bagaimana ciri-ciri dan gejala penyakit bintik daun daun pada tanaman kopi akan menjejaskan eterusnya untuk penghasilan buah koko?. Apakah kesan serangan bintik daun mampu menjejaskan produktiviti kopi sehingga 20% kurang daripada kajian yang telah dijalankan.  Apakah teknik yang digunakan mampu mencegah dan mengawal penyakit bintik daun penyakit bercak daun pada tanaman kopi ?. Petani juga perlu mengetahui ciri-ciri dan gejala akibat serangan penyakit bintik daun dan karat daun pada tanaman kopi. Ini kerana penyakit ini mungkin menyerang tanaman sehingga menjejaskan pendapatan petani jika tidak dikawal dengan baik. Penanaman kopi di Malaysia perlu diperkukuhkan semula bagi tujuan mengurangkan kadar pengimportan biji kopi mentah yang bernilai sebanyak RM 980 juta pada 2014 (Laporan ststistik MOA)


Penanaman kopi perlu dilakukan secara intergrasi dengan tanaman lain terutama dibawah kelapa dan buah-buahan terpilih. Banyak kawasan penanaman kopi adalah dikawasan tanah ditepi pantai atau pendalaman dengan jenis kopi liberica. Kebanyak kawasan kelapa yang ditanam sesuai untuk ditanam dengan kopi asalkan ia dijaga dengan baik. Masaalah yang sering dibangkitkan dalam industri tanaman kopi seperti harga kopi jambu yang tidak stabil dan rendah dan kos memetik buah kopi yang tinggi merupakan antara kekangan yang perlu diatasi. Beberapa varieti kopi Liberica seperti MKL 3, MKL 4, MKL 5 dan MKL 7 didapati sesuai ditanam secara komersil di negara kita. Walau pun penanaman jenis Robusta semakin tidak popular tetapi beberapa varieti robusta telah dibuktikan oleh penyelidik sesuai dimajukan. Penanaman kopi arabica pula amat kurang diberi penekanan kerana faktur kesesuaian iklim dan varieti. Jenis arabica perlukan cuaca sejuk, ada julat cuaca sejuk kering panjang dan kawasan tanah tinggi untuk ia berbuah dan stabil pertumbuhannya. Perancangan perlu dilakukan untuk aktiviti penanaman kopi kerana kos untuk mengimpot kopi dimasa akan datang akan merugikan untuk jangkamasa panjang sedangkan kopi boleh ditanam dengan komersil. Wasallam!.
PENYAKIT HV....KUNING DAUNNYA....
JENIS ARABICA... MUDAH KENA...
TAHAN DISERANG... IA LIBERICA...
BEGITU JUGA,,,JENIS ARABICA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...