BERAS PERANG (Brown Rice) adalah sejenis beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar atau pun dikatakan sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Kita di Malaysia jarang-jarang membeli beras perang tetapi selalu membeli beras putih (white rice) untuk dimakan setiap hari. Pelbagai jenama dan gred beras putih yang dijual dipasaran daripada yang murah, sederhana dan beras wangi yang agak makal. Begitu juga penggunaan beras Basmati (Sila baca artikel beras basmati - Klik disini) pada jamuan kenduri yang popular dimasak sebagai nasi minyak atau nasi beriyani. Apakah perbezaan antara kedua jenis beras ini?. Kenapa ada beras putih yang banyak dijual dipasaran dan kurang kita menjumpai beras perang dipasaran?. Dalam membuat kajian ringkas, saya dapati ramai yang mendakwa beras perang mempunyai perisa sedikit berkacang dan juga lebih kenyal. Saintis permakanan juga mengatakan beras perang didakwa lebih berkhasiat daripada beras putih tetapi beras ini apabila menjadi nasi akan menjadi tengik lebih cepat. Mana-mana beras termasuk biji-bijian panjang atau biji-bijian pendek atau jenis beras pulut memang sesuai dimakan sebagai nasi perang jika mudah didapati dan memang kita menyukainya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Beras Perang dan khasiatnya untuk dijadikan bacaan dan rujukkan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan dalam otak kita.
Kita juga perlu tahu iaitu berbanding antara beras putih lazimnya beras perang memerlukan air yang lebih banyak dan masa yang lebih panjang untuk kita memasaknya. Nasinya adalah peroi iaitu masih berketul-ketul atau sebutir-sebutir (Lihat foto sebelah). Bagaimana pun saya dapati nasi ini sedikit keras dan mempunyai rasa yang sedikit berbeza berbanding beras putih. Laporan kajian oleh pakar mrnyatakan kandungan zat nasi beras perang adalah lebih tinggi berbanding dengan beras putih. Saya dapati ini disebabkan oleh kehadiran selaput perang yang memang kaya dengan zat galian (seperti Zink, Magnesium, Fosforus) serta beberapa jenis vitamin dan bagusnya ada sedikit protein dan minyak. Minyak yang terdapat pada selaput tersebut dikenali sebagai ‘rice bran oil‘ dan terdapat kajian menunjukkan ia mampu menurunkan paras Kolestrol LDL dalam darah.
Daripada beberapa buku rujukkan menyatakan, selaput perang ini juga dimana majoriti darinya adalah 'serat' akan membuatkan indeks glycemic untuk nasi perang adalah lebih rendah berbanding nasi putih. Keadaan ini amat sesuai buat mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah agar tidak naik terlalu mendadak selepas makan. Bagaimana pula dari segi kalori dan kandungan kanji? Ada yang mengatakan kalori untuk sepinggan nasi perang lebih rendah berbanding dengan sepinggan nasi putih. Kandungan kanji nasi perang juga dilaporkan lebih rendah dari nasi putih. Dari segi asasnya nasi perang dan nasi putih adalah dua benda yang sama cuma yang membezakannya hanyalah selaput germa nipis yang melitupi beras perang. Kandungan kalori dan kanji nasi perang dan nasi putih dari jenis yang sama. Penjualan beras perang di Malaysia lazimnya dibungkus dalam bungkusan khas dengan kuantiti sedikit (yang dijual dipasaraya) untuk pasaran khususn (niche market) seperti mereka yang meinat membelinya (Lihat foto sebelah). Harganya juga berbeza dengan beras putih.
Ramai mungkin tidak tahu atau buat-buat tidak tahu akan elebihan beras perang. Dari segi kelebihan memang dinyatakan bahawa beras perang mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan dan ini akan mengekalkan berat badan yang ideal. Beras perang juga mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser serta didakwa mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Ia adalah baik untuk wanita yang menopouse bagi menjaga jantung dan darah tinggi serta mampu mengurangkan insiden penyakit kencing manis jenis tahap kedua. Beras perang mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih. Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah. Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks. Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya. Semuga artikel ini dapat mengubah selera anda untuk makan beras perang pada masa akan datang.
Wasallam!
BERAS PERANG...KERAS NASINYA...
BANYAK KHASIAT.... SIHAT JADINYA...
KINI ADA DIJUAL ...PELBAGAI JENAMA...
RASA TIDAK SEDAP... TIDAK MENGAPA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Saujana Hijau,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jun 2013)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.