Support My Blog

Wednesday, July 31, 2013

DUKU

DUKU (Lansium domesticum var duku) merupakan sejenis buah tropika yang ditanam di negara kita daripada keluarga Meliaceae. secara umumnya saya dapati ramai diantara kita keliru dengan panggilan buah dari kumpulan ini iaitu Buah Duku, Buah Langsat, Buah Duku Langsat , Buah Dokong, Buah Rambai dan sebagainya. Duku berbeza dengan buah lain (langsat dan dokong) kerana ia mempunyai kulit buah yang agak tebal (terutama duku Johor) dan mempunyai biji yang sederhana pahit jika tergigit. Buah ini adalah jenis buah bermusim yang ditanam dikawasan keliling rumah di kampong tradisional atau pada dusun komersil dibeberapa lokasi. Buah duku kini ditanam dibeberapa negara dan dipercayai berasal daripada kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia dan Sumatra. Nama lain bagi buah duku seperti Luku, Longkong, longson. bon bon dan sebagainya mengikut lokaliti. Saya membuat rujukkan mengenai keluasan tanaman kategori ini dengan Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia yang menunjukkan terdapat seluas 16,300 hektar tanaman ini diseluruh negara dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 34,500 metrik tan setahun.  Negeri yang banyak menanam buah ini seperti Johor, Terengganu, Kelantan dan Perak. Tidak ada pecahan khusus untuk keluasan tanaman duku. Saya dapati tidak banyak bahan rujukkan berkaitan buah duku berbanding dengan buah-buahan lain. Ada yang juga mengatakan buah duku adalah sebahagian daripada buah nadir yang telah dikomersilkan dan ditanam untuk di makan sendiri. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai teknologi tanaman buah duku untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.



Secara umumnya Buah Duku ada dua Jenis iaitu DUKU JOHOR dan juga DUKU TERENGGANU.  Kedua-dua jenis duku ini amat berbeza kerana mempunyai bentuk buah dan ketebalan kulit yang nyata berbeza. Saya semenjak kecil lagi saya hanya mengenali Duku Johor yang memang banyak di tanam di Daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian Johor selain daripada disekitar Merlimau, Melaka. Duku Johor mempunyai bentuk bulat (round shape) dan hanya sedikit sahaja yang mempunyai pangkal buah agak tirus sedikit apabila masak (Lihat foto diatas). Kulit duku Johor adalah tebal iaitu sekitar 
5 - 12 mm dengan warna buah muda adalah hijau dan akan menjadi kuning coklat kemerahan apabila cukup matang. Rasa isinya manis dengan warna isi yang putih krim atau agak jernih untuk kualiti buah yang baik. Jarang-jarang kita jumpa buah duku Johor yang masam kecuali bila ia belum cukup masak atau tidak pernah diberikan baja. Pemerhatian saya di kebun duku Johor di Kg Kesang , Kg Pantai Layang, di Muar dan Kg Sg Rambai di Melaka mendapati, kebanyakan pokok duku Johor telah ditanam lebih daripada 15 tahun dahulu dibawah program bantuan AID Jabatan Pertanian secara perladangan berkelompok dan juga petani persendirian. Pokok duku yang ditanam tumbuh menegak dengan bentuk dahan merimbun dan ditanam bercampur dengan buah-buahan lain seperti pokok durian, rambutan, nangka, koko, pisang serta tanaman selingan lain. Terdapat juga pemilik dusun Duku Johor yang menanam secara monokrop disekitar Pantai Layang di Sg Mati, Muar. Saya dapati seluas lebih dari 30 hektar tanaman duku Johor monokrop masih dijaga dengan baik oleh Projek kelompok petani Cina di Kg Pantai Layang dan Kesang di Johor yang masih produktif. 


Duku Terengganu banyak ditanam dan natif di Negeri Terengganu dengan mempunyai bentuk buah yang lonjong (Oblong) dan kulit buah agak nipis (Sila Lihat foto sebelah). Kajian saya juga ada menunjukkan purata ketebalan kulit Duku Terengganu adalah 2 - 7 mm dengan warna buah masak coklat kekuningan. Pokok Duku Terengganu tidak banyak berbeza dengan pokok duku Johor sekali pandang. Kawasan penanaman Duku Terengganu terdapat dibanyak daerah di Negeri Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Negeri Pahang. Penanaman duku ini juga telah agak lama dijalankan iaitu sekitar 15 - 20 tahun dulu dibawah Skim Galakkan Penanaman Buah-buahan iaitu program kelolaan Jabatan Pertanian dinamakan Skim Galakan Buah-Buahan (SGBB). Skim ini adalah satu kaedah pemberian bantuan anakbenih pokok buah-buahan terpilih termasuk Benih Duku Terengganu dengan harga subsidi RM 1.00 sepokok kepada petani yang memohon untuk ditanam. Bagaimana pun skim bantuan ini telah pun diberhentikan pada Rancangan Malaysia Ke 10 (Awal Tahun 2011). Ada yang suka dengan Duku Johor dan ramai juga yang suka akan Duku Terengganu. Kedua-dua jenis dulu tersebut ada dijual di Pasar Chow Kit dan Gerai di pasar malam apabila tiba musimnya. Saya lebih suka dengan Duku Johor kerana sebati dengannya sejak kecil dulu.


Penanaman, Pengurusan dan Penuaian buah Duku Johor dan DukuTerengganu tidak banyak perbezaan. Bagaimana pun saya dapati bagi jenis pokok Duku Johor mempunyai masalah serangan kulit pokok seperti pokok dokong iaitu Ulat Pengorek Kulit (Puru Batang) yang menyerang kulit batang, dahan malahan kadang-kadang daun dengan tanda seperti berkeruping. Tanda serangan dimana terdapat bintik-bintik kecil warna coklat  kehitaman pada peringkat awal dan ia akan menjadi puru pada bahagian kulit. Kawalan boleh dijalankan dengan kita mengikis bahagian puru pada kulit yang diserang sebelum disembur dengan racun kimia seperti racun dimethoate dengan kepekatan 0.05% sehingga serangan terkawal. Kedua-dua jenis buah Duku Johor dan Duku Terengganu tidak tahan lama selepas dipetik dan mestik dijual atau dimakan segera. Bagaimana pun lazimnya Duku Terengganu lebih tahan lama dipasaran berbanding dengan Duku Johor. Selamat membeli Duku Johor dan Duku Terengganu bila tiba musimnya sekitar Jun - Ogos setiap tahun. Wasallam!

DUKU JOHOR... TEBAL KULITNYA...
DUKU TERENGGANI.. NIPISNYA...
BILA DITUAI.. CEPAT JUALNYA...
RASA MANIS... BERAPA HARGANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Kampong Kesang,
Ledang, Muar,
Johor, 
Malaysia.
(28 Syaaban 1434H)

Tuesday, July 30, 2013

BERAS PERANG - KHASIATNYA

BERAS PERANG (Brown Rice) adalah sejenis beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar atau pun dikatakan sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Kita di Malaysia jarang-jarang membeli beras perang tetapi selalu membeli beras putih (white rice) untuk dimakan setiap hari. Pelbagai jenama dan gred beras putih yang dijual dipasaran daripada yang murah, sederhana dan beras wangi yang agak makal. Begitu juga penggunaan beras Basmati (Sila baca artikel beras basmati - Klik disini) pada jamuan kenduri yang popular dimasak sebagai nasi minyak atau nasi beriyani. Apakah perbezaan antara kedua jenis beras ini?. Kenapa ada beras putih yang banyak dijual dipasaran dan kurang kita menjumpai beras perang dipasaran?. Dalam membuat kajian ringkas, saya dapati ramai yang mendakwa beras perang mempunyai perisa sedikit berkacang dan juga lebih kenyal. Saintis permakanan juga mengatakan beras perang didakwa lebih berkhasiat daripada beras putih tetapi beras ini apabila menjadi nasi akan menjadi tengik lebih cepat. Mana-mana beras termasuk biji-bijian panjang atau biji-bijian pendek atau jenis beras pulut memang sesuai dimakan sebagai nasi perang jika mudah didapati dan memang kita menyukainya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Beras Perang dan khasiatnya untuk dijadikan bacaan dan rujukkan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan dalam otak kita.


Kita juga perlu tahu iaitu berbanding antara beras putih lazimnya beras perang memerlukan air yang lebih banyak dan masa yang lebih panjang untuk kita memasaknya. Nasinya adalah peroi iaitu masih berketul-ketul atau sebutir-sebutir (Lihat foto sebelah). Bagaimana pun saya dapati nasi ini sedikit keras dan mempunyai rasa yang sedikit berbeza berbanding beras putih. Laporan kajian oleh pakar mrnyatakan kandungan zat nasi beras perang adalah  lebih tinggi berbanding dengan beras putih. Saya dapati ini disebabkan oleh kehadiran selaput perang yang memang kaya dengan zat galian (seperti Zink, Magnesium, Fosforus) serta beberapa jenis vitamin dan bagusnya ada sedikit protein dan minyak. Minyak yang terdapat pada selaput tersebut dikenali sebagai ‘rice bran oil‘ dan terdapat kajian menunjukkan ia mampu menurunkan paras Kolestrol LDL dalam darah.


Daripada beberapa buku rujukkan menyatakan, selaput perang ini juga dimana majoriti darinya adalah 'serat' akan membuatkan indeks glycemic untuk nasi perang adalah lebih rendah berbanding nasi putih. Keadaan ini  amat sesuai buat mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah agar tidak naik terlalu mendadak selepas makan. Bagaimana pula dari segi kalori dan kandungan kanji? Ada yang mengatakan kalori untuk sepinggan nasi perang lebih rendah berbanding dengan sepinggan nasi putih. Kandungan kanji nasi perang juga dilaporkan lebih rendah dari nasi putih. Dari segi asasnya nasi perang dan nasi putih adalah dua benda yang sama cuma yang membezakannya hanyalah selaput germa nipis yang melitupi beras perang. Kandungan kalori dan kanji nasi perang dan nasi putih dari jenis yang sama. Penjualan beras perang di Malaysia lazimnya dibungkus dalam bungkusan khas dengan kuantiti sedikit (yang dijual dipasaraya) untuk pasaran khususn (niche market) seperti mereka yang meinat membelinya (Lihat foto sebelah). Harganya juga berbeza dengan beras putih.


Ramai mungkin tidak tahu atau buat-buat tidak tahu akan elebihan beras perang. Dari segi kelebihan memang dinyatakan bahawa beras perang  mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan dan ini akan mengekalkan berat badan yang ideal. Beras perang juga mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser serta didakwa mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Ia adalah baik untuk wanita yang menopouse bagi menjaga jantung dan darah tinggi serta mampu mengurangkan insiden penyakit kencing manis jenis tahap kedua. Beras perang mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan  kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih. Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah. Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks. Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun  tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya. Semuga artikel ini dapat mengubah selera anda untuk makan beras perang pada masa akan datang.
Wasallam!

BERAS PERANG...KERAS NASINYA...
BANYAK KHASIAT.... SIHAT JADINYA...
KINI ADA DIJUAL ...PELBAGAI JENAMA...
RASA TIDAK SEDAP... TIDAK MENGAPA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Saujana Hijau,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jun 2013)


Monday, July 29, 2013

GETAH - PISAU TOREH

PISAU TOREH GETAH merupakan satu alat khas yang diperbuat daripada bahan logam atau metal yang digunakan untuk menoreh getah. Pisau Toreh Getah merupakan alat terpenting kepada semua penoreh getah didunia termasuk di Malaysia dengan pelbagai rekabentuk, saiz, ukuran, tradisional dan yang termoden. Kulit pokok getah yang matang (Hevea brazilliensis) akan mengeluarkan susu getah (Latex) apabila kulitnya diguris melalui teknik torehan yang betul pada lapisan kulit nya (Cambium layer). Gambar diatas menunjukkan bagamana saya menggunakan pisau toreh jenis tarek untuk menoreh pokok getah di kebun di Gunung Sari, Kampong Parit Bengkok, Muar , Johor tidak berapa lama dulu. Sebenarnya saya lebih mahir didalam menggunakan pisau toreh jenis 'Tolak' kehadapan berbandung (Lihat foto diperenggan 2) dengan pisau toreh jenis 'Tarek' ini. Kemahiran menoreh sejak kecil lagi memberikan kualiti torehan yang sederhana baik pada lapisan kulit. Walau pun kini telah banyak teknik menoreh getah, kaedah menoreh menggunakan pisau toreh masih lagi unggul dan meluias dijalankan dikawasan estet getah dan oleh pekebub-pekebun kecil getah. Artikel petang ini sempena cuti rehat di Raub, Pahang, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pisau toreh untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua berdasarkan pengelaman dan pembacaan.


Jenis pisau toreh dan kemahiran menoreh adalah dua perkara yang penting didalam industri getah negara. Kedua-dua faktur tersebut digabungkan dengan faktur kesuburan pokok getah, suhu dan 'Waktu' menoreh merupakan penentu pengeluaran susu getah daripada batang pokok yang ditoreh. Pisau Toreh yang sangat tajam dan kaedah torehan akan menghasilkan susu getah yang lebih banyak berbanding dengan pisau toreh yang tumpul. Pisau toreh logam perlu diasah dengan 'batu asah' setiap kali sebelum menoreh getah unntuk mempastikan ketajamannya. Pada saya pisau toreh 'tolak' seperti foto disebelah adalah paling saya gemari kerana ia mudah mengikut bentuk lenturan kulit pokok. Cara mengasah mata pisau juga ada tekniknya iaitu dengan menggunakan batu asah kasar dan diakhiri dengan jenis batu asah halus untuk melicin dan menajamkan mata pisau. Batu asah ini lama kelamaan akan menjadi lekuk mengikut bentuk mata pisau toreh. Pengalaman saya mendapati jika pisau toreh tidak diasah, susu getah yang keluar hanya separuh sahaja daripada kebiasaannya. Ini disebabkan pisau toreh yang sangat tumpul akan menutup liang saluran latek pada kulit pokok getah.


Pada masa ini terdapat banyak inovasi mengenai teknik menoreh getah daripada kaedah konvensional menggunakan pisau toreh moden sehingga kepada menggunakan teknologi mencederakan kulit getah dengan jarum dan teknologi menggunakan gas (Lihat foto sebelah). Gas yang digunakan mampu melambatkan susu getah daripada membeku lebih awal dan ia mampu memanjangkan pengaliran susu getah lebih lama dan banyak dikulpulkan. Teknik ini bagaimana pun baik untuk pokok getah yang dijaga dengan baik seperti program pembajaan dan sanitasi kebun getah dan menggunakan klon getah yang disyorkan. Jika pokok getah tidak dibaja dan dalam keadaan tidak terurus, elakkan menggunakan teknologi 'paksaan' seperti menggunakan hormon penggalak (Seperti jenis Ethrel) kerana kulit pokok akan rosak (kulit mati) jika ia digunakan tanpa terkawal. Pada saya teknik menoreh pokok getah menggunakan pisau toreh adalah pilihan terbaik penoreh getah di Malaysia pada masa kini kerana faktur kecekapan, ketahanan, kemahiran serta prlbagai jenis risiko lain yang mungkin berlaku.

PISAU TOREHAN... BANYAK NAMANYA....
ADA YANG TOLAK,,,, YANG TAREK JUGA...
KEMAHIRAN PENOREH... AMAT PERLUNYA...
SUSU GETAH ... PUTIH WARNANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Desa, 
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(27 Jun 2013)

Sunday, July 28, 2013

RUMPAI - SELAPUT TUNGGUL

SELAPUT TUNGGGUL (Mikania micrantha) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Asteraceae yang terdapat di kawasan dikawasan Tropika termasuk negara kita di Malaysia. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai rumpai yang menjadi masaalah kepada petani-petani di negara kita kerana kadar pertumbuhan dan pembiakan rumpai ini adalah sangat cepat. Selaput tunggul cepat membiak hingga digelar sebagai "Mile-a-minute weed" atau juga dimaknakan sebagai "rumpai tumbuh seminit sebatu". Nama-nama lain selaput tunggul seperti American Rope, American Vally/ Silk Vally (English), Kappu Vally /Dritharasa pacha (India), Chinese Creeper, Ceroma/ Ulam Tikus (Malaysia) dan Sembung Rambat (Indonesia). Tumbuhan ini adalah jenis yang parrenial yang mempunyai 5 cabang dahan dengan jarak ruas antara 5-7 cm panjang. Daunnya berbentuk ovate berwarna hijau dan ada permukaan seakan kasar macam berbulu. Bunga selaput tunggul adalahh berangkai dan bertangkai berwarna putih dengan ada 4 kuntum bunga serangkai (Lihat foto diatas). Bunga yang keluar akan menjadi biji benih selepas 17 - 21 hari dimana satu tangkai bunga mampu menghasilkan sebanyak 20,000 - 40,000 biji benih dalam satu musim. Kadar pertumbuhan selaput tunggul adalah sangat cepat iaitu pada kadar 8 - 9 cm dalam masa 24 jam ! (Pokok muda). Artikel subuh Ahad ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis rumpai yang mudah membiak iaitu selaput tunggul dimana saya sering di tanya oleh para petani mengenainya ketika menjalankan kerja-kerja pengembangan pertanian selama hampir 33 tahun.

Benih selaput tunggul di sebarkan begitu jauh melalui angin, binatang dan juga melalui air. Benih selaput tumggul adalah kecil dan ringan dengan ukuran panjang bijinya cuma 2 mm panjang berwarna coklat kehitaman dan mempunyai banyak rerambut halus berwarna putih dengan panjang rerambut tersebut 3 mm (Lihat foto sebelah). Benih yang telah matang berada dalam rumpun bunga (satu jambak mempunyai beratus-ratus biji benih atau beribu-ribu sepokok) dan ianya akan tertanggal sendiri apabila bergoyang ditiup angin. Apabila angin bertuip maka benih berbulu ini yang amat ringan mampu terbang dengan jarak jauh sehingga beberapa ratus meter (sampai berkilometer) bergantung kepada kelajuan angin dan faktur halangan-halangan. Kadar pertumbuhan biji benih yang disebarkan adalah rendah iaitu kira-kira 8 - 12 % sahaja berbanding dengan rumpai jenis lain. Bagaimana pun kerana bilangannya yang amat banyak, ia akan cepat membiak jika tidak dikawal. Faktur cahaya, kesuburan tanah dan kejadian kebakaran tumbuhan ini menyebabkan kadar pertumbuhan biji benih akan jadi lebih cepat. Kaedah pembiakan utama selaput tunggul yang lain dengan Cara Vegetatif iaitu melalui akar dan batang sedia ada dikawasan yang sedia ada. Rizom akar akan mambiak dalam tanah dengan cepat.

Selaput tunggul mudah tumbuh di kawasan lapang, tepi jalan, kawasan kebun baru sahaja diterangkan, tepi landasan keretapi, belukar, kawasan kebun, tepi parit, tepi-tepi kebun sayur, kawasan dusun buah-buahan, pagar tepi rumah dan sebagainya. Ianya mampu tumbuh ditanah kurang subur seperti tanah bris, tanah gambut, tanah berliat apa lagi di kawasan tanah subur. Tumbuhan ini sangat responsif terhadap baja Potassium dengan tumbuh lebih cepat terutama jika tumbuhan atau kawasan selaput tunggul terbakar...ia akan tumbuh lebuh cepat dan subur. Selaput tunggul adalah sangat rimbun dan mempu menghasilkan Biomass yang tinggi. Jika rumput ini diragut binatang maka kadar pembiakan kekawasan lain lebih cepat melalui najis binatang. Selaput tunggul merupakan tumbuhan yang sangat cepat membiak dan mengambil zat makanan dan air dalam tanah serta meampu melitupi tanaman petani seperti getah , kelapa sawit dan buah-buahan. Ianya akan menhalang dan mengurangkan penerimaan cahaya matahari kepada tanaman dan ruang untuk tanaman kita. Kajian juga menunjukkan selaput tunggul mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil Phenolic dan Flavanoid yang mengganggu tanaman kita. Kesan kerosakan selaput tunggul sangat ketara pada kawasan tanaman baru dibuka dan pokok muda dikebun.

Kesan keujudan selaput tunggul (Mikania spp. ) ini sangat serius di Malaysia dimana pihak estet dan petani mengeluarkan kos untuk mengawal rumpai ini dianggarkan sebanyak RM 8 - RM 10 juta setiap tahun untuk meracunya. Kawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit adalah antara lokasi yang serius di Malaysia dimana penanaman kacang penutup bumi perlu dijadikan sebagai kaedah kawalan yang biasa selain daripada penggunaan racun rumpai. Selaput tunggul juga mengganggu kerja-kerja menuai hasil tanaman. Selaput tunggul juga dimakan oleh binatang ternakan sebagai sumber makanan di Malaysia dan beberapa negeri di dunia tetapi kadar kerosakannya jauh lebih bahaya daripada faedah kebaikannya. Kajian juga mendapati rumpai selaput tunggul menyebabkan kesan toksik kepada hati ternakan lembu oleh itu elakkan lembu ternakan kita diberikan rumput selaput tunggul sebagai makanan. Ada dakwaan menyatakan daun selaput tunggul mampu menyembuhkan kesan bisa gigitan serangga dan kala jengking. Daun selaput tunggul juga dipercayai mampu mengubati sakit kepala dan ubat untuk menghilangkan gatal-gatal pada manusia. Kegunaan lain pula selaput tunggul digunakan sebagai baja kompos, bahan untuk sungkupan dan juga tumbuhan untuk elakkan hakisan di tebing tanah curam.

Kaedah kawalan selaput tunggul ini boleh dijalankan dengan Cara Mekanikal, Kimia dan Biologi. Kaedah Mekanikal yang disyorkan adalah dengan menebas, mencabut dan membakar tumbuhan tersebut. Kaedah menebas dengan sabit atau parang atau sebarang alatan lain yang sesuai. Walaupun ianya berjaya memusnahkan selaput tunggul dikebun tetapi merupakan sementara sahaja kerana biji dan sulur akan tumbuh lagi selepas itu. Kaedah ini adalah sesuai untuk kawasan kecil sahaja keliling rumah atau satu bahagian dikebun. Kos kerja menebas adalah dianggarkan 120 -150% lebih tinggi dari kawalan kimia. Kawalan Cara Kimia ialah dengan menggunakan racun rumpai secara berkesan. Racun Pra-Cambah disembur seperti racun Oxyflourfen (0.06 kg/ha ai) dan racun Paraquat (0.4 kg/ha) sebelum selaput tunggul berbunga, Lazimnya racun jenis Glyphosate digunakan secara meluas untuk kawalan selaput tumggul dengan kadar kepekatan antara 0.5-0.45 kg sehektar. Racun ini didakwa sangat berkesan walaupun selaput tunggul itu tebal. Racun lain seperti Racun Diuron juga berkesan. Antara jenama racun digunakan seperti Garlon 600. Walau pun selaput tunggul mati selepas diracun tetapi kemungkinan tumbuh semula selepas musim hujan sering berlaku.


Kaedah Kawalan Biologi adalah dengan menggunakan serangga semulajadi (Liothrips mikanae) yang berasal dari Trinidad tetapi status kejayaan di Malaysia belum terbukti serangga ini mampu untuk musnahkan selaput tunggul. Kulat jenis Ouccinia spegazinni juga merosakkan daun selaput tunggul dan berpotensi untuk dijadikan kawalan biologi tumbuhan ini. kajian telah dibuat di India dan agak berjaya. Keujudan rumpai selaput tunggul disekeliling kita memang disedari. Kita sentiasa memandang sepi akan kemusnahan yang tumbuhan ini dalam sektor tanaman makanan. Banyak wang untuk membeli racun terpaksa dibelanjakan untuk atasi masaalah selaput tungul. Kajian perlu diteruskan untuk mengurangkan kesan tersebut secara berterusan. Diharap artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca blog saya. Wasallam...


NAMA RUMPAI...SELAPUT TUNGGUL....
TUMBUHNYA CEPAT...IANYA UNGGUL...
MUDAH MEMBIAK....PETANI SUGUL...
KAWAL SUSAH...RACUN DISEMBUR...


By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia
(18 Syaaban 1434H)

Saturday, July 27, 2013

LANGSAT

LANGSAT (Lansium domesticum var domesticum) merupakan sejenis buah-buahan bermusim yang ditanam di negara kita daripada keluarga Meliaceae. Ramai diantara kita keliru dengan panggilan buah dari kumpulan ini iaitu Buah Duku, Buah Langsat, Buah Duku Langsat , Buah Dokong, Buah Rambai dan sebagainya. Langsat berbeza dengan buah lain (duku dan dokong) kerana ia mempunyai kulit buah yang agak nipis dan mempunyai biji yang pahit jika tergigit. Buah ini adalah jenis buah bermusim yang ditanam dikawasan keliling rumah di kampong tradisional atau pada dusun komersil dibeberapa lokasi. Nama buah langsat kini ditanam dibeberapa negara dan dipercayai berasal daripada kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia dan Sumatra. Nama lain bagi buah langsat seperti konkosan, lansa, lanseh, lansep, lanzon. lanzone, longson. bon bon, langsad dan sebagainya mengikut lokaliti. Saya membuat rujukkan mengenai keluasan tanaman kategori ini dengan Laporan Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 16,300 hektar tanaman ini diseluruh negara dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 34,500 metrik tan setahun. Negeri yang banyak menanam buah ini seperti Johor, Terengganu, Kelantan dan Perak. Saya dapati tidak banyak bahan rujukkan berkaitan buah langsat berbanding dengan buah-buahan lain. Ada yang mengatakan buah langsat adalah sebahagian daripada buah nadir yang telah dikomersilkan dan ditanam untuk di makan sendiri. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah langsat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Penanaman langsat di ladang lazimnya dilakukan dengan jarak 6m x 6m hingga 10m x 10m. Syor Jabatan Pertanian adalah pada jarak 7m x 7m dan ia bergantung kepada kesuburan tanah. Penanaman pokok langsat pelu disediakan lubang penanaman yang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m. Tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah dan biar lubang 2-3 minggu untuk didedahkan kepada cahaya matahari. Selepas itu, lubang tersebut dikambus dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 200 gm CIRP dan 10 kg. baja organik atau kompos. Ini diikuti dengan tanah lapisan bawah. Sebelum menanam, anakbenih pokok langsat dalam polibeg disiram dan polibeg ditanggalkan dengan teliti supaya tidak merosakkan gumpalan tanah dan akar. Pokok langsat perlu ditanam secara tegak dan lubang ditimbus hingga 3 cm dari permukaan tanah polibeg. Tanah di sekeliling pokok dipadatkan dan sungkupan yang terdiri dari sabut, rumput kering dan lain-lain boleh diletakkan di pangkal pokok. Jika anak pokok agak tinggi (lebih dari 0.5m) maka sokongan menggunakan pancang kayu digunakan untuk mengelakkan pokok tumbang. 

Pokok langsat merupakan tumbuhan yang perlukan Lindungan atau naungan. Penanaman langsat dengan kombinasi seperti dusun sedia ada, kawasan kelapa dan lain-lain jenis buah-buahan sesuai dijalankan. Saya dapati dokong tidak sesuai langsung dengan pokok getah. Kajian di Melaka, Terengganu dan di Johor mendapati pada tiga tahun pertama penanaman di ladang, pokok langsat  lazimnya memerlukan sekitar 40-60% teduhan supaya pertumbuhan subur dan cepat. Biasanya pokok Gliricidia, petai, petai belalang dan juga pisang adalah tanaman lindungan yang sesuai. Bagi tanah baru dibuka, biasanya tanaman pisang amat sesuai untuk mendapatkan hasilnya dahulu. Tanaman lindungan perlu ditanam sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum langsat ditanam dan jarak antara pokok lindungan dan langsat hendaklah melebih 2.5 meter supaya ia akan mengelakkan persaingan.

Faktur Pemangkasan dalam penanaman pokok langsat amat kritikal. Hanya dengan kaedah cantasan pembentukan yang betul akan memberikan bentuk kanopi pokok yang baik untuk kita menghasilkan buah nanti. Cara memangkas dalam tempoh 6 bulan diladang, pengurusan pokok lindungan adalah penting untuk memberi naungan yang sesuai dan mengurangkan persaingan. Cabang-cabang yang menganggu pertumbuhan langsat harus dipangkas dan pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga. Program Pembajaan dijalankan mengikut peringkat pertumbuhan dan umur pokok. Baja asas CIRP diberi semasa penanaman dengan kadar 0.2 gm/pk/tahun dan baja organik 10 kg/pk/tahun. Baja tumbesaran NPK 15:15:15 diberi dari tahun 1-5 dengan kadar 0.5 - 4.0 kg/pk/tahun. Baja buah diberikan dari tahun ke 6-15 tahun keatas dengan kadar 6.0 kg/ pk/ tahun meningkat kepada 9 kg/ pk/ tahun. Baja buah boleh gunakan kombinasi NPK 12:12:12:17:2:TE dan NPK 12:6:22:3 dan juga tambah baja organik sebanyak 10 kg/pk/tahun sentiasa.

Pengalaman penulis mendapati lazimnya dengan pengurusan yang baik, pokok langsat akan mula berbuah selepas 6 - 10 tahun ditanam. Di peringkat awal berbuah, anggaran hasilnya ialah 3 tan sehektar (123 pokok sehektar dengan jarak tanaman 9m x 9m). Langsat mencapai pengeluaran hasil optimum mulai tahun ke 15 keatas bergantung kepada pengurusan dan varieti. Anggaran hasil sebanyak 14 - 16 tan metrik sehektar. Cara Penuaian buah langsat dilakukan dengan memotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau dengan menggunakan galah atau panjat pokok. Buah yahg dituai dimasukkan ke dalam bekas plastik dengan cermat bagi mengelakkan buah tercedera. Gunakan tangga sekiranya pokok dokong yang hendak dituai itu tinggi. Selepas aktiviti penuaian, buah dokong perlu dikendalikan dengan baik kerana ini akan menentukan gred, harga dan pasarannya. Pengendalian lepastuai yang kurang baik akan merendahkan gred buah dan seterusnya mengurangkan pendapatan. Buah yang dituai dimasukkan ke dalam bakul rotan yang dialas dengan bahan-bahan lembut seperti surat khabar lama, Ini penting bagi memastikan buah langsat tidak cedera sebelum dihantar ke tempat penggredan. Aktiviti penggredan buah langsat dilakukan berdasrkan saiz buah, berat buah setangkai, kebersihan buah dan tiada kesan serangan serangga serta kulat.

Pokok langsat di serang penyakit dan perosak walau pun tahap serangan pada kadar serangan tidak membahayakan. Antaranya ialah kulat yang menyebabkan Penyakit bintik berpusar (antraknos) pada buah dan penyakit kulapuk. Buah-buah yang pecah juga merupakan masalah yang agak serius. Walau bagaimana pun, ini bukanlah penyakit tetapi satu faktor fisiologikal dimana ini biasanya berlaku apabila hujan turun selepas cuaca panas dan kering. Penyerapan air hujan akan juga menyebabkan buah menjadi bengkak dan akhirnya pecah oleh sebab ketegangan air di dalamnya. Buah yang pecah kurang bermutu dan tidak mempunyai harga pasaran yang memuaskan. Penyakit Antraknos yang berpunca dari kulat (Colletotrichum spp.) dimana terdapat tompok-tompok kecil pada kulit buah bertukar menjadi warna perang. Penyakit Cendawan Angin (Cortium salmonicolor) dimana ranting dan dahan pokok yang diserang diselaputi miselium putih bertukar menjadi merah jambu. Daun menjadi kuning dan gugur. Kawalan dengan membuat cantasan dahan yang diserang. Penyakit Kulapuk Hitam (Meliola spp.) dimana serangan pada daun dan buah yang diserang dipenuhi miselia kulat berwarna hitam. Menjejaskan fotosintisis dan kualiti buah. Dikaitkan dengan kehadiran teritip yang mengeluarkan manisan. Sembur white oil untuk mengawal serangan oleh teritip.

Terdapat juga penyakit lain menyerang pokok langsat seperti Penyakit Reput Buah dimana buah menjadi rosak dan reput. Tidak serius tetapi boleh mengurangkan hasil. Guna racun kulat cooper oxychloride di peringkat berbuah dengan kadar 0.1%. Ulangi semburan jika perlu. Penyakit Antraknos Buah berlaki apabila buah pada peringkat awal tompok-tompok kecil terjadi pada kulit buah, bertukar menjadi warna perang. Buah boleh gugur. Serangan tidak begitu serius dan kawalan dengan menggunakan bahan 'cooper oxychloride'. Penyakit Cendawan Angin lazimnya menyerang ranting dan dahan pokok. Bahagian diserang akan diselaputi Miselium putih bertukar menjadi merah jambu. Jika teruk daun akan menjadi kuning dan gugur. Cantas dahan yang diserang dan sembur pokok dengan cooper oxychloride. Penyakit Kulapuk Hitam menyerang keatas daun dan buah. Bahagian yang diserang dipenuhi mislia kulat berwarna hitam. Menjejas proses fotosintesis jika serangan teruk dan juga kualiti buah. Sembur white oil untuk mengawal teritip. Sembur racun kulat seperti Maneb untuk mengawal kulat.

Terdapat serangan serangga perosak pada tanaman langsat seperti juga yang berlaku pada pokok dokong . Diantaranya ialah seperti  'Pengorek buah' yang bertelur di dalam buah yang muda. Seterusnya larva memakan buah yang sedang membesar dan menyebabkannya gugur. Cara kawalan dengan membersihkan dusun dari buah-buah yang diserang dan bakar. Terdapat juga teritip yang menghisap cecair daun. Musuh-musuh seperti tikus, burung, kelawar dan tupai memakan buah yang masak dan mengakibatkan kekurangan hasil. Jika dibiarkan, kesannya mungkin teruk. Kawalan yang biasa diamalkan ialah secara menyalakan api di waktu malam untuk menghalau musuh-musuh tersebut. Ulat Pengorek Kulit (Puru batang) merosakkan batang, dahan dan daun berkeruping kadang-kadang ada menyerang pokok langsat jika kurang dijaga tetapi tidak seperti pokok dokong. Terbentuk bintik-bintik kecil berwarna coklat/hitam di peringkat awal. Bintik-bintik membesar menjadi puru, menyerang pokok muda 2-3 tahun apabila serius seluruh batang mempunyai puru. Ini boleh membantut pertumbuhan pokok dan mengurangkan hasil peneluaran. Cara kawalan dengan mengikis bahagian yang diserang dengan pisau. Pangkas dan seterusnya bakar ranting yang telah mati dan yang teruk diserang. Sembur racun seperti dimethoate jika perlu dengan kadar 0.5% bahan aktif sebulan sekali bagi serangan yang teruk dan 3 bulan sekali apabila serangan beransur pulih.

Terdapat Ulat Pemakan Daun walau pun kadar serangan tidak begitu serius. Larva akan memakan pucuk muda dan meninggalkan lapisan kutikal. Daun yang disrang menjadi kering berwarna perang di bahagian tepi daun. Cara kawalan ulat ini adalah dengan menyembur racun dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif di peringkat berpucuk. Bagi masaalah serangan Lalat Buah (Daucus spp) yang membuat tusukan pada buah yang sedang masak dimana akibatnya buah akan menjadi berair dan bertukar warna menjadi coklat. Buah rosak dan gugur. Cara kawal lalat buah dengan menggunakan umpan protin seperti protein hydrolysaste untuk memberi tarikan. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan disembur di kawasan daun. Lalat akan berkerumun di situ dan terus guna methyl-eugenol bagi merangkap lalat. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan diletak di kawasan ladang.

POKOK LANGSAT... JANGAN KELIRU...
BUAH BULAT... IA BUKANNYA DUKU...
SEDIKIT BERGETAH... BIJI PAHIT TAHU...
KUNING LANGSAT... MASAK SELALU...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Kampong Pantai Layang,
Sungai Mati, Ledang,
Johor, Malaysia.
(27 Syaaban 1434H)



Friday, July 26, 2013

JEREBU DAN KESANNYA

JEREBU (Haze) adalah satu istilah dalam Bahasa Malaysia yang dimaksudkan dengan keadaan pencemaran udara yang juga merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan diudara keliling kita dan dilangit. Fenomena ini biasanya terjadi apabila zarah, debu dan asap berkumpul terutama pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini akan berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah seperti pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai 'asbut' walau pun ia jarang-jarang disebut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap daripada perindustrian dan kenderaan. Setiap musim kering dari bulan Jun hingga Ogos, sering berlaku jerebu merentasi sempadan terutama daripada Indonesia ke Malaysia dan Singapura. Pengalaman saya pada 1996 iaitu jerebu yang amat teruk dalam sejarah di Sarawak, saya melihat semasa saya dalam kapal terbang untuk turun ke Airport Kuching, jerebu berlaku kelihatan sangat gelap dan warna keperangan dimana IPU dicatitkan lebih 800 dimana pada esoknya diistiharkan darurat. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jerebu dan juga kesannya dalam sektor pertanian.


Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, JEREBU bermaksud kabut yang disertai debu yang terapung-apung di atmosfera dan menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Jarak penglihatan pada keadaan yang mendatar tidak boleh ditetapkan tetapi udara kelihatan samar kerana partikel kecil yang terampai dan kering. Kelembapan air pada ketika ini lazimnya adalah kurang daripada 95%. Sementara itu KABUS pula mempunyai maksud wap air seperti asap yang berada dekat muka bumi seperti yang kita lihat pada waktu pagi. Pada waktu ini biasanya jarak penglihatan mendatar jatuh kurang dari 1 km. Kelembapan air melebihi 95% dan adalah agak lembap. EMBUN pula bermaksud titik-titik air yang turun dari udara pada malam hari sehingga subuh dan ini disebabkan oleh kerana suhu yang sejuk. Jarak penglihatan mendatar lebih dari 1 km. Kelembapan air untuk kejadian penghasilan embun adalah melebihi 97% iaitu keadaan yang paling lembap. Embun yang turun dikatakan sangat baik diwaktu subuh untuk tumbuh-tumbuhan mendapatkan air melalui daun. Kejadian jerebu sebenarnya berlaku kerana terdapatnya partikel yang berasal daripada punca semulajadi seperti habuk tanah dan pelepasan gunung berapi.Ia juga boleh berpunca daripada perbuatan manusia sendiri seperti asap dan hasil lain kerana pembkarn bahan api atau oleh proses perindustrian.


ASAP (Smokes) adalah bahan yang dihasilkan berupa gas yang ringan dan naik keudara. Daripada beberapa kamus yang saya baca, asap dirujuk sebagai wap yang lazimnya dihasilkan daripada proses pembakaran (Lihat foto disebelah). Asap juga merupakan satu indikator yang paling penting oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai satu cara untuk mengesan jika berlaku kebakaran terutama kebakaran yang melibatkan kawasan pertanian, perumahan, perkilangan dan sebagainya. Pada masa ini dengan teknologi canggih , keujudan asap dapat dilihat oleh imej satelite dan dipantau sentiasa oleh pihak berwajib. Siapa boleh ingat bagaimana insiden Jerebu yang berlaku semenjak kebelakangan ini akibat kebakaran yang sangat dahsyat sehingga asap dari Indonesia merentasi sempadan di kawasan kita setiap tahun. Kejadian jerebu ini telah pun menyebabkan berlaku banyak masaalah seperti masaalah mengganggu kesihatan manusia, industri penerbangan awam, gangguan penglihatan ketika memandu kereta dan yang agak kurang dibincangkan adalah kesan terhadap proses fotosintesis pada tumbuh-tumbuhan. Kesan jerebu juga sering menjejaskan industri pelancongan negara-negara yang terkena asap akibat jerebu ini yang merugikan berjuta ringgit kerana berlaku pembatalan pelancong yang ingin berkunjung. Asap walau pun merupakan satu tajuk ringan yang jarang-jarang dibincangkan, ia memainkan peranan penting didalam kehidupan manusia. 


Asap merupakan wap atau gas yang terhasil daripada proses pembakaran. Dari segi teori apa yang saya baca, asap ini dapat dibezakan mengikut huraian istilah yang sesuai untuk kita faham dan digunakan. ASAP AIR adalah gas yang dihasilkan daripada air yang mendidih atau ia lebih mudah dipanggil sebagai 'Wap Air'. Asap Air telah banyak digunakan didalam industri untuk memasak bahan mentah. Ia juga telah mengerakkan keretapi zaman dulu. ASAP API pula merupakan asap yang terhasil daripada proses pembakaran bahan asas yang terbakar. Asap api ini mempunyai warna berbeza mengikut jenis bahan bakar. Kalau bahan dibakar terdiri daripada bahan organik seperti tanah gambut, kayu, rumput, daun pokok, batang pokok dan sebagainya, ia lazimnya akan berwarna kebiruan hingga kehitaman. Bahan bakar daripada bahan getah, plastik, polimer pula menghasilkan asap yang berwarna hitam pekat dengan bau yang kuat. Asap daripada pembakaran minyak petrol kenderaan juga dapat kita bezakan antara minyak petrol premium dengan minyak disel. Asap Belerang atau asap daripada gunung berapi juga merupakan asap yang terhasil daripada kepanasan magma dari dalam perut bumi yang keluar melalui kerak bumi pada puncak gungung berapi. Saya dapat melihat asap belerang ini ketika melawat gunung berapi Indonesia beberapa kali. Saya juga berada di Filipina selepas seminggu berlaku kejadian letupan Gunung Pinatubo iaitu semasa berkursus di SEARCA, Los Banos. Asap Beracun adalah asap yang mengandungi bahan racun sama ada terhasil daripada proses semulajadi atau diformulasi untuk tujuan industri.


Dalam bidang pertanian pula, aktiviti pembakaran hutan untuk perladangan dan pembakaran ladang untuk program penanaman semula dijalankan setiap tahun. Hutan yang baru ditebang perlu di bersihkan dari bahan kayu yang tidak bernilai akan dibakar. Proses berterusan sehingga tanah tersebut sesuai untuk dibajak dan dijalankan penanaman. Aktiviti pembakaran selalu bermula dengan mengumpul (stacking), membakar (burning), mengumpul semula (Restacking) dan membakar lagi sehingga selesai. Pemulihan semula ladang getah dan ladang kelapa sawit yang sudah tua dan tidak ekonomik juga dijalankan dengan keluasan mencapai ribuan hektar setiap tahun di Malaysia. Ladang-ladang ini dahulunya menebang pokok -pokok tua dan seterusnya menjalankan pembakaran terbuka yang menghasilkan banyak asap. Proses ini memerlukan permit khas daripada Jabatan Alam Sekitar, dimana pada masa ini permit adalah bertujuan bagi proses pembakaran terkawal. Bagaimana pun teknologi penebangan pokok tua di ladang kelapa sawit di Malaysia telah berubah dimana pokok kelapa sawit tua akan dicincang dan dijadikan bahan kompos. Mesin khas seperti 'Kiap' akan digunakan bagi menghancurkan batang dan pelepah sawit untuk disusun dan dijadikan bajan baja apabila ia mereput. Teknologi Hijau ini telah menerima award peringkat dunia kerana mampu mengurangkan insiden pencemaran udara.


Asap dari pembakaran sisa organik seperti kayu dan daun-daun tumbuhan yang dibuat dikawasan tanaman buah-buahan atau pun disekeliling rumah amat lazim dijalankan. Pembakaran ini sering dijalankan oleh tuan rumah pada waktu pagi atau petang dengan tujuan asalnya adalah untuk membersihkan sampah sarap dikawasan rumah dikampong tradisional (Lihat foto sebelah). Selain daripada kawasan rumah jadi bersih, ramai dikalangan kita kurang menyedari akan kesan aktiviti pembakaran tersebut dalam bidang pertanian. Pemerhatian saya mendapati, asap yang dihasilkan akibat dari pembakaran bahan organik membantu didalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan. Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai 'Nafthalene gas' yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman. Semakin kerap kita membakar dan menghasilkan asap, semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan kita. Pembakaran ini juga memberikan kersan positif terhadap aruhan pada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya. Paling utama hasil daripada pembakaran ini adalah dimana ia akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan. Amalan membakar sisa organik yang dijalankan oleh datuk moyang kita memang merupakan satu budaya, tetapi sehingga kini belum ada lagi laporan saintifik dijalankan mengenai kesan asap dari pembakaran. Hipotesis yang saya bincangkan diatas boleh dijadikan satu projek atau thesis akhir tahun mahasiswa yang berminat . Saya harap nanti ada pelajar universiti yang menjalankan kajian ini secara saintifik akan kekerapan, isipadu asap, ketepatan masa, jenis asap, waktu sesuai membakar sampah, kadar kepekatan asap dan banyak lagi untuk menafaat bersama. Wasallam!

CUACA GELAP...UDARA BERJEREBU...

AKIBAT ASAP... BUKA TANAH BARU...
BANYAK MASAALAH... DIJADIKAN ISU...
NEGARA JIRAN .... SEMAKIN KELIRU...
JEJASKAN KESIHATAN...BERIBU-RIBU...
SAMPAI DARURAT... DIRUMAH SELALU...

By,
M Anem
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia
(16 Syaaban 1434H)     

Thursday, July 25, 2013

TELUR MATA KERBAU

TELUR MATA KERBAU adalah satu istilah yang diberikan kepada telur ayam yang digoreng separuh masak dengan sedikit minyak atau tanpa minyak (kuali tidak melekat). Saya fikir amat ramai orang Malaysia yang suka makan telur mata kerbau terutama untuk sarapan diwaktu pagi. Saya dapati ia disediakan sendiri dirumah atau direstoran dan hotel-hotel taraf berbintang. Merujuk kepada foto yang saya sediakan diatas, saya masih tercari-cari bagaimana gelaran nama "Telur Mata Kerbau" ini diberikan nama. Mungkin bentuknya yang bulat dengan warna kuning bulat ditengahnya dan dikelilingi dengan warna putih seakan mata kerbau tetapi sebenarnya mata kerbau asli berwarna hitam!. Jenis telur yang sering digunakan untuk menyediakan telur mata kerbau adalah telur ayam. Telur Ayam gred AA, A atau B memberikan kepuasan kepada peminat telur mata kerbau kerana ianya dikatakan lebih lazat, enak dan mengenyangkan. Selain daripada terminologi 'telur mata kerbau', terdapat beberapa perkataan lain berkaitan dengan produk telur seperti 'Telur Dadar', 'Telur Bungkus', 'Telur Separuh Masak", "Scrabble eggs" dan sebagainya. Artikel subuh kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai telur mata kerbau yang kita suka untuk menambah ilmu pengetahuan.

Dalam kita hendak menyediakan telur mata kerbau, paling utama adalah bahan telur ayam segar yang dibeli dari kedai, pasar atau supermarket. Penting untuk membelu telur ayam yang masih baru dan segar kerana telur yang agak lama rasanya kurang enak kepada mereka yang handal didalam menilai kelazatan makanan. Bagi menjadikan telur ayam itu halal dan bersih, sebaiknya dibasuh dahulu dengan air mengalir kulit telur sehingga suci. Panaskan kuali diatas dapur dan buhuh sedikit minyak masak sehingga cukup panas. Bagi mereka yang ada membeli kuali tidak melekat di Langkawi (barang ini merupakan satu daripada buahtangan kalau pergi ke pulau tersebut) tidak perlu membubuh minyak kedalam kuali. Pecahkan telur diatas kuali dan letakkan kedalam kuali panas. Dalam beberapa saat sahaja matikan api kuali untuk membiarkan putih telur menjadi keras dan bahagian kuning separa keras. Bergantung kepada citarasa, ada yang suka telur mata kerbau separa keras dan ada yang suka semuanya keras. Keluarkan telur tersebut daripada kuali dan hidangkan untuk dimakan.

Cara kita makan telur mata kerbau mempunyai banyak seninya bergantung kepada peminat. Ada yang suka makan terus telur mata kerbau begitu sahaja, ada yang bubuh kicap, ada yang bubuh lada sulah dan tidak kurang juga yang bahan perasa lain sebagai menambah kelazatan seperti garam. Paling lazim adalah membubuh telur ini kedalam hidangan seperti nasi lemak (Lihat foto sebelah), diatas mee goreng, mee hoon goreng, nasi goreng, kue teow goreng dan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia. Mengenai harga telur mata kerbau berbeza-beza mengikut premis jualan sama ada ianya Gerai, Restoran atau Hotel. Paling lazim adalah berharga sekitar RM1.00 satu unit telur mata kerbau dan mampu mencecah harga lebih mahal daripada itu. Bagaimana pun kita jarang-jarang bertanya berapa harga satu telur mata kerbau kerana cajnya selalu dimasukkan dalam harga hidangan yang disajikan. Saya harap artikel ini sesuai dibaca oleh anda semua sebagai satu hidangan dari blog saya subuh ini. Wasallam!

Mee goreng mamak dengan telur mata kerbau.
TELUR MATA KERBAU... ENAKNYA...
MUDAH DIBUAT... TAK PAYAH TANYA...
ADA TELUR AYAM... KUALI MINYAKNYA...
CAMPAK TELUR ... JADILAH DIA NYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(16 Ramadan 1434H)

  

Wednesday, July 24, 2013

TELUR AYAM - GRED DAN HARGA

TELUR AYAM (Chicken Eggs) merupakan satu keperluan asas kepada manusia yang diambil boleh dikatakan setiap orang pada setiap hari. Agaknya berapa banyak seorang penduduk di Malaysia makan telur?. Menurut laporan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Laporan Agro Makanan Tahun 2011) menyatakan bahawa penggunaan perkapita telur dinegara kita adalah sebanyak 295 biji seorang setahun. Nasib baiklah kerana Malaysia mempunyai bekalan telur ayam yang mencukupi iaitu pada kadar kecukupan (Seif sufficient level - SSL) sekitar 115% pada tahun 2012. Saya juga dapat tahu yang purata pengeluaran telur ayam di negara kita adalah sebanyak 25 juta biji setahun (Laporan oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia 2012). Kadar pengeluaran ini lazimnya akan meningkat kepada 36 - 37 juta biji dalam musim perayaan seperti pada musim Hari Raya Puasa, Hari Raya Cina dan musim cuti sekolah. Musim cuti memang tidak dapat dinafikan permintaan yang amat tinggi kerana ia digunakan oleh masyarakat Melayu yang memberikan 'telur' dalam majlis kenduri perkahwinan sama ada ia telur rebus atau telur pindang. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai telur dan kegunaan serta gred telur di Malaysia untuk bacaan umum. 

Di Malaysia telur ayam saya dapati dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. Pada masa ini gred telur amat mudah dikenali mengikut sistem penggredan yang telah dibangunkan. Lazimnya telur ayam akan dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F (Sila rujuk Jadual dibawah). Bagi Gred AA ia mempunyai berat lebih daripada 70 gram sebiji, Gred B pula mempunyai berat diantara 75 - 70 gram sebiji manakala Gred C antara 55-60 gram sebiji. Gred D (antara 50-55 gram sebiji) dan Gred E pula diantara 45-50 gram sebiji. Paling kecil adalah Gred F iaitu dibawah 45 gram sebiji. Harga telur ayam juga turun-naik mengikut permintaan dan bekalan dan ditentukan oleh pasaran. Bagaimana pun pada waktu tertentu kerajaan ada mengawal harga telur ayam mengikut Skim Kawalan Harga di musim perayaan.

                            Gred Telur Ayam mengikut Berat
   AA     Lebih dari 70 gram     
    A   65-70 gram
    B   60-65 gram
    C   55-60 gram
    D   50-55 gram
    E   45-50 gram
    F   Dibawah 45 gram


Dalam menternak ayam telur, lazimnya penternak akan mahir bagaimana kadar penghasilan telur ayam mengikut gred. Daripada Jadual dibawah, kita akan dapat lihat bahawa sebahagian besar telur ayam adalah dihasilkan dalam gred B, C dan Gred D iaitu sebanyak 77% daripada keseluruhan gred telur yang dihasilkan. Bagaimana pun keadaan inibanyak bergantung kepada beberapa faktur seperti baka ayam telur, jenis permakanan, cara atau pun kaedah pengurusan, umur ayam telur dan sebagainya. Bagaimana pun harga telur ayam ini banyak bergantung kepada banyak faktur.


              Jadual peratus penghasilan telur mengikut Gred.
   AA           4 %
    A
      12%            
    B
      28%
    C
      31%
    D
      18%
    E
       5%
    F
       2%

Harga telur ayam sentiasa berubah-ubah dengan banyak bergantung kepada kos pengeluaran diladang ayam. Jadual dibawah menunjukkan trend harga telur ayam daripada tahun 1996 sehingga tahun 1999 mengikut gred untuk dibuat rujukkan. bagi gred A dan B yang paling banyak dipasarkan didapati harga adalah didalam julat diantara 16 - 18 sen sebiji pada waktu tersebut. Kajian penulis pada bulan Jun mendapati harga telur ayam untuk Gred a dipasaran adalah sekitar 35-36 sen sebiji, Gred B sekitar 34 - 36 sen sebiji dan bagi Gred C 33 - 35 sen sebiji. Anda lohat sahaja dalam 4-5 tahun kenaikan harga telur ayam telah meningkat sebanyak lebih dripada 80%. mampukan kita membeli telur ayam pada masa akan datang?. Kos menternak ayam banyak bergantung kepada kos makanan yang menggunakan bahas asas jagung birijin yang diimpot dari luar negara. Saya fikir harga telur ayam ini memang akan meningkat pada masa akan datang dengan signifikan. 

      Jadual trend harga telur mengikut gred 1997 - 2013
 Tahun    
AA
A
B
C
D
E
F
        Jun 2013     

  35-36    
 34-36    
  33-35   



1997
   17.65   
17.16
16.55
15.78
14.78   
13.78   
11.10   
1998
18.52
17.83
16.94
16.16
15.21
14.21
13.21
1999
19.59
19.09
18.55
18.03
17.53
16.53
15.53 

Jadual diatas saya dapati amat signifikan untuk kita buat analisis mengenai trend harga telur ayam. Mengambil contoh harga telur ayam dalam kategori Gred A, pada tahun 1977 cuma 17.16 sen sebiji telah meningkat kepada 17.83 sen sebiji pada tahun 1998 (naik 0.067 sen) dan 19.09 pada tahun 1999 (naik sebanyak 1.26 sen sebiji). Bagaimanapun, pada tahun 2013 harga telur ayam sekitar 35.5 sen sebiji dimana ini telah menunjukkan kenaikan sebanyak 16.41 sen sebiji. Kenaikan sebanyak 86% harga telur ayam Gred A daripada tahun 1999 dengan 2013 amat membimbangkan pengguna. Mengikut kajian umum, kenaikan harga telur ini banyak disebabkan oleh isu kos pengeluaran telur ayam yang mana ianya banyak melibatkan pengimpotan bahan makanan ayam. Selain itu kos belian anak ayam telur, tenaga kerja, perubatan, utiliti (minyak, eletrik, air dsb) juga menyumbang kepada kos pengeluaran telur ayam. Kepada mereka yang berpendapatan tetap dan ingin membuat perbandingan anggaran kenaikan pendapatan bulanan berbanding dengan kenaikan harga telur ayam boleh membuat analisis sendiri.

Artikel ini diharap memberikan ilmu berguna kepada pembaca semua. Saya dapati memang kerap atau setiap hari kita makan telur ayam tidak mengira waktu dan bulan. Kita ada Telur Ayam yang direbus, digoreng, dibuat kueh, dalam mee goreng, dalam nasi goreng, dalam sayuran, dalam roti, roti telur, sambal telur, biskut, kek, kuih raya, telur dadar dan banyak lagi. Melihat foto sebelah juga merupakan perkara biasa dimana dalam mee goreng telah dibubuh sebiji telur tetapi kita tambah sebiji lagi telur mata kerbau diatasnya (Sila Klik disini - untuk baca arteikel telur mata kerbau).  Tanpa telur saya fikir makan tidak sedap dan kurang berkhasiat. Wasallam.


TELUR AYAM... GRED BERBAGAI...
AYAM TELUR.. BERTELUR HARI-HARI...
AYAM PENCEN... ENAK DIBUAT KARI...
HARGA TELUR... NAIKNYA BERLARI...

By,
M Anem
Senior Agrologist
Jalan Istana,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(16 Syaaban 1434H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...