Peribahasa Melayu SEPERTI PUNGGUK RINDUKAN BULAN merupakan satu peribahasa yang sangat popular dikalangan masyarakat kita. Peribahasa ini dicipta sejak lama dulu dengan melibatkan dua perkara iaitu Burung Pungguk (owl) atau juga dipanggil sebagai 'Burung Hantu' dan juga Bulan (moon). Burung Pungguk sendiri adalah sejenis burung hantu, tepatnya bernama latin Ninox scutulata yang banyak ada ditemui di Malaysia dan Indonesia dengan banyak jenisnya. Pada penulis blog Burung Pungguk Jelapang Padi (Tyto alba) atau ringkasnya BJP adalah burung pungguk berfaedah yang dijadikan salah satu kaedah mengawal populasi tikus didalam sawah padi dan ladang kelapa sawit dalam sistem Pengurusan Perosak Bersepadu atau pun Intergrated Pest Management - IPM. Ada beberapa filem dan lagu yang dicipta dimana ia berkait juga dengan peribahasa ini. Penulis blog merujuk kepada beberapa buku dan lamanweb mengenai peribahasa 'Bagai pungguk rindukan bulan' yang memberi maksud 'Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya akan tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya'. Ia adalah kisah sedih kerana memang bulan yang berada jauh diatas langit tidak mungkin dapat dicapai seekor burung pungguk ketika bersinar. Hakikatnya burung pungguk sebagai haiwan nokturnal atau haiwan yang aktif diwaktu malam dan passif diwaktu siang adalah sesuai dengan situasi ketika bulan terang. Peribahasa ini mengambil analogi kerana dilihat seakan postur tubuhnya seperti sedang menatap bulan. Ia ditakrif seperti ia sedang mengharapkan boleh terbang ke bulan iaitu sesuatu perkara yang tidak mungkin boleh dilakukannya meskipun haiwan ini masih boleh terbang jauh. Contoh ayat sesuai seperti 'Jangan harap kamu Abu dapat meminang Aminah jika kamu hanya seorang peminta sedekah sedangkan dia adalah anak orang kaya yang tinggal di rumah besar dan sudah betunang bagai orang kata seperti pungguk rindukan bulan'. Mengetahui akan burung pungguk secara saintifik adalah satu kelebihan kepada pembaca semua iaitu didalam menambah ilmu pengetahuan yang mungkin berguna. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai kaitan diantara peribahasa seperti pungguk rindukan bulan dalam pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Semua orang dewasa mungkin pernah melihat BULAN (Moon) kecuali orang buta. Bulan adalah satu-satunya objek dan tidak mempunyai sumber cahaya sendiri kerana cahaya yang terdapat pada bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari (Sun). Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan ia adalah kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz dimana ia relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari iaitu pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi. Penulis merujuk beberapa jurnal dinyatakan dimana jarak antara Bumi dengan Bulan pada tempoh-tempoh tertentu mempengaruhi kadar dan tahap kekuatan daya tarik graviti Bulan pada salah satu sisi Bumi terhadap sisi lainnya sehingga ternampak tonjol pada lautan meninggi turun atau pasang surut. Tonjolan ini bergerak bersama permukaan Bumi lebih cepat daripada pergerakan Bulan iaitu yang berputar mengelilingi Bumi sekali sehari sebagaimana Bulan berputar pada paksinya. Fenomena Air Laut Pasang-Surut juga adalah dipengaruhi oleh kesan lain seperti kesan bagaimana pergerakan air terhadap paksi putaran Bumi melalui dasar lautan, Inersia pergerakan air, Basin Lautan yang mengalami perubahan serta arus aliran air laut. Saintis ada laporkan dimana di bulan tidak ada udara ataupun air dan permukaan bulan terdapat banyak kawah-kawah yang terhasil disebabkan oleh hentaman komet atau asteroid sejak lama. Apabila tiadanya udara dan air di bulan maka ia menyebabkan tidak adanya aktiviti hakisan berlaku yang menyebabkan kawah-kawah di bulan dan kawah-kawah berusia jutaan tahun itu masih utuh sehingga sekarang ini. Di antara kawah-kawah terbesar di bulan adalah dinamakan sebagai 'Copernicus' iaitu dengan diameter 90 kilometer dan kedalaman 30 kilometer. Bagi memudahkan bagaimana jarak antara bumi dan bulan sejauh 384.403 km iaitu sekitar 30 kali ukuran perbezaannya dengan ukuran garispusat bumi. Apa pun fungsi bulan secara tidak langsung melindungi Bumi dari hentaman benda langit seperti komet dan asteroid. Kalangan masyarakat Islam di serata dunia berpandukan kepada bulan untuk digunakan dalam menentukan kalendar hijrah dan juga melihat pada anak bulan untuk menentukan tarikh mula berpuasa dan perayaan hari raya. Graviti bulan juga membantu memperlambatkan putaran bumi malah tarikan graviti bulan pula menyebabkan terjadinya kes kejadian air pasang surut di bumi dan membantu penyesuaian perubahan musim daripada cuaca yang ekstrem dan kejadian malam dan siang yang terlalu pendek. Sama seperti di bumi iaitu di bulan juga memiliki keadaan waktu siang dan keadaan malam. Walau pun dipandang dari bumi pada setiap malam memang boleh melihat berbagai fasa perubahan penampakan bulan sebenarnya bulan memiliki banyak fasa. Paling terkenal seperti Fasa Bulan Sabit dan Fasa Bulan Penoh (purnama). Apa yang dimaksudkan dengan istilag 'bulan purnama' adalah keadaan ketika bulan dapat dilihat bulat sempurna dari Bumi. Pada masa itu adalah keadaan dimana kedudukan bumi terletak hampir segaris di antara Matahari dan Bulan sehingga seluruh permukaan Bulan yang diterangi Matahari terlihat jelas dari arah Bumi.
Terdapat banyak jenis burung pungguk atau Burung hantu tetapi bagi penulis blog jenis Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica ) atau dipanggil sebagai "Barn Owl" dalam bahasa Inggeris yang merupakan sejenis burung pemangsa dari keluarga Tytonidae yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain yang amat berfaedah. Burung ini juga di panggil sebagai "Burung Hantu" dan "Burung Hantu Kubur" tetapi dalam bidang pertanian lebih sesuai dipanggil sebagai Burung Pungguk Jelapang Padi (BPJP). Saya ada menulis banyak artikel mengenai burung pungguk dalam blog ini untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila Klik Disini). Jabatan Pertanian pada masa kini BPJP telah menjadikan burung pungguk sebagai sejenis burung yang sangat berguna dalam bidang pertanian terutama dalam industri Kelapa Sawit dan Industri Tanaman Padi. Kalau berpeluang melawat kawasan penanaman padi anda akan melihat rumah burung pungguk dipasang dikawasan sawah padi. Dalam estet kelapa sawit juga rumah burung pungguk dipacak terutama dikawasan tanaman kelapa sawit muda yang mudah dilihat. Burung ini sangat praktikal dalam mengawal populasi tikus dalam kawasan kebun. Burung Pungguk merupakan sejenis burung yang berwarna pucat hitam kecoklatan, mempunyai sayap yang lebar (85 - 90 cm), kaki kuat (35-40 cm panjang), mempunyai kuku yang tajam untuk mencekup mangsa dan sepasang mata yang bulat besar. Burung ini mempunyai paruh yang tajam dan matanya mampu melihat mangsa dengan jelas pada waktu malam tetapi kabur pada siang hari. Penulis mula2 takut untuk memegang burung ini kali pertama ketika memeriksa sarang BPJP di Sawah Air Papan, Mersing pada tahun 1997 tetapi akhirnya OK juga. Kelebihan burung ini atau yang UNIK ialah kemampuannya untuk berpusing kepalanya macam 360 darjah!. Taburan populasi burung ini terdapat diseluroh benua didunia kecuali di kawasan kutub yang sangat sejuk. Warna burung dikawasan sejuk agak cerah keputihan berbanding dengan warna pungguk dikawasan tropika. Makanan utama burung BJP adalah jenis Tikus (Rodentia), katak dan serangga. Burung ini tidak mampu membuat sarang sendiri seperti burung-burung terbang yang lain dan terpaksa mencari perlindungan seperti bumbung rumah, lubang2 pada pokok dan sebagainya untuk tinggal dan membiak. Sifatnya burung pungguk yang tinggal berpasangan untuk bertelur dan membiak dengan kemampuan bertelur antara 4-6 ekor sekali menunjukkan ianya jenis "Family" juga.
Menarik kisah dalam bharia.com bertajuk 'Burung hantu cerewet, bawa keluarga pindah jika sangkar kotor' yang sesuai dikongsikan. Kisah dari Jempol, NS dimana akibat tabiat cerewet dan pembersih telah menyebabkan sangkar yang dibina untuk menarik burung hantu Pungguk Jelapang tinggal dalam ladang sawit milik Felda Global Ventures Plantatitons Malaysia (FGVPM) perlu mematuhi spesifikasi ketat. Burung hantu spesies Tyto alba ini jenis pembersih dimana kalau tidak dijaga kebersihan sangkarnya, seisi keluarga unggas terbabit akan berpindah. Penulis blog ada beberapa kali memanjat dan memeriksa sendiri rumah pungguk yang dietakkan disawah. Sebenarnya burung hantu terbabit yang digunakan secara biologi dan meluas untuk memerangi makhluk perosak terutama tikus sekitar ladang sawit dan padi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap racun. Burung hantu sebenarnya cerewet dan amat memilih dalam aspek termasuk persekitaran tempat tinggal, justeru pembinaan sangkar atau rumah mereka perlu dibuat mengikut kajian teliti mengenai spesifikasi yang digemari spesies ini. Kalau dulu diperingkat awal FELDA ada menggunakan kombinasi tong plastik, fiber dan zink untuk membuat sangkar namun tidak berjaya malah tiada burung hantu yang tertarik untuk datang tinggal di sangkar berkenaan. Jabatan Pertanian Malaysia syorkan agar menggunakan papan lapis selain memasang filem penebat cahaya di bahagian tertentu untuk mengurangkan kepanasan di dalam sangkar terbabit. Pintu dan tingkap sangkar juga tidak boleh menghadap matahari naik atau terbenam kerana spesies ini amat sensitif terhadap cahaya. Sangkar itu perlu dibina di kawasan yang sunyi kerana spesies ini tidak suka gangguan malahan bahagian dalam unit ini perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi memastikan pasangan burung hantu dan anak selesa. Burung hantu mementingkan kebersihan sangkar, justeru pihaknya terpaksa menjalankan kerja pembersihan setiap tiga bulan kerana keseluruhan keluarga burung terbabit akan meninggalkan sangkar itu jika ia kotor. Biasanya ia tidak membawa tikus yang ditangkap pulang ke sangkar dan sebaliknya memakan mangsa di tempat lain. Diladang FGVPM Wilayah Serting mengendalikan 10 ladang sawit dengan keluasan keseluruhan 27,222 hektar dan sehingga kini mempunyai 1,725 sangkar dengan 8,226 ekor burung hantu mendiami kawasan itu. Burung hantu biasanya datang mendiami sangkar secara semula jadi, jika ia dibina di kawasan sesuai dan menepati kehendak unggas itu tanpa perlu dipanggil menggunakan teknik tertentu, mahu pun membawa baka dari luar. Biasanya sangkar perlu dibina lima meter dari permukaan tanah dimana selain tidak menyentuh pelepah sawit bagi mengelakkan kehadiran pemangsa lain terutama ular tedung. Walaupun burung hantu turut juga ada menjadikan ular kecil sebagai makanan, spesies ini turut menjadi mangsa kepada ular tedung atau pemangsa lain. Pada penulis blog info diladang ini sesuai dijadikan rujukkan dimana pada 2012 mula projek pasang sarang di 10 ladang sawit kendalian FGVPM Wilayah Serting seluas 27,222 hektar ladang sawit. Kini ada sebanyak 1,725 sangkar yang dihuni oleh sebanyak 8,226 burung hantu dan direkodkan berjaya membunuh 600 ekor tikus dimakan seekor burung hantu dewasa setahun. Ini menjadikan sebanyak 4,600 ekor tikus dimakan seekor anak burung hantu setahun. Wow!... Burung Pungguk Jelapang atau Burung hantu menghabiskan masa siang dengan berehat dalam sangkar dan ia rabun waktu siang. Satu sangkar dibina bagi setiap 20 hektar ladang sawit dan jumlah ditambah jika banyak tikus.
Dalam kes lain di Pekan Pahang portal sinarharian.com laporkan bagaimana peringatan 'Jangan Tembak Burung Pungguk Jelapang' perlu diberikan perharian. Apa pun dilaporkan kes dimana perbuatan menembak seekor burung pungguk jelapang di kawasan penanaman padi di Pahang Tua, Pekan merupakan perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab. Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan Muhamad Khalil Idris (Dulu berkerja dengan saya di Jabatan Pertanian Pahang semasa bertugas di Pahang) mendakwa ia menjadi kes pertama selepas membangunkan 320 rumah burung itu sejak 2016. Menurutnya dimana spesis burung itu bermanfaat mengawal populasi tikus secara biologi kerana seekor burung mampu memakan empat hingga lima ekor tikus sehari dan aktif pada waktu malam. Jabatan cuba mengesan individu berkenaan dan berharap kes ini tidak berulang kerana bukan mudah untuk menempatkan burung berkenaan di kawasan sawah. Pihaknya menemui burung pungguk dewasa itu dalam keadaan tidak bermaya berikutan kecederaan pada bahagian kepak sehingga menyebabkan ia tidak boleh terbang untuk mencari makan dan balik ke sarang. Jabatan berusaha menyelamatkan burung berkenaan di klinik milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang namun mati selepas beberapa hari menerima rawatan. Punca kematian kerana kecederaan yang serius pada bahagian kepaknya selain jangkitan kuman pada bahagian luka. Dimaklumkan dimana di kawasan jelapang padi Pahang Tua, Daerah Pekan terdapat banyak burung pelbagai spesies yang menjadikan tempat itu sebagai habitat semula jadi. Semuga arteikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MEMANG RINDU... TINGGAL BERJAUHAN...
HANYA DICAPAI... MELIHAT SAHAJA BULAN...
BANYAK MAKLUMAT... ILMU PENGETAHUAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.