Support My Blog

Friday, September 18, 2020

RUMPUT SITI KHADIJAH - KENALI DIA?

RUMPUT SITI KHADIJAH (Murdannia loriformis) atau BEIJING GRASS adalah sejenis tumbuhan jenis herba yang didakwa mempunyai banyak kegunaan dan khasiatnya. Ia juga dipanggil sebagai 'Rumput Cina' dikalangan orang yang menanam dan menggunakannya. Dalam lamanweb terdapat beberapa iklan yang menyatakan dimana tumbuuhan seperti rumput ini ada dijual on-line dengan satu polibeg atau satu pasu berharga RM23.00 ++ (mengikut saiz pokok). Kalau dibeli secara banyak atau borong pula iklan tersebut ada menyatakan dimana bagi pembelian sebanyak 50 polibags dijual dengan harga RM17.00 satu unit dann bagi pembelian sebanyak 250 polibags ianya dijual dengan harga RM14.00 sepokok. Apa pun ada beberapa nama lain rumput ini seperti Rumput China, Beijing spiderwort, Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka dan juga Rumput Pak King. Apa pun didakwa dimana Rumput Beijing merupakan sejenis herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan dan ciri anti-radang amat terkenal di China dan Thailand. Ianya banyak ditanam secara komersial bertujuan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubatan dan suplemen. Terdapat beberapa kajian saintifik yang didakwa berjaya membuktikan bagaimana kesan anti-bakteria tumbuhan ini. Bagaimanapun daripada kajian potensi rawatan kanser bagi tumbuhan ini ianya masih berada diperingkat awal kajian. Namun bagi pengamal perubatan alternatif dilaporkan dimana kehebatan Rumput Beijing atau Rumput Siti Khadijah ini telah lama digunakan untuk merawat kanser. Artkel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai rumput siti khadijah selepas membuat tinjauan teknologi untuk bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam beberapa testimoni dilaporkan dimana rumput ini mempuynyai khasiat yang hebat seperti mampu untuk mencuci buah pinggang, mencuci darah dan membantu membuang angin dalam badan. Berdasarkan daripada buku 'Chinese medical herbs of Hongkong' didakwa dimana tumbuhan ini memberikan rasa yang manis serta akan menyejukan dan berupaya mencairkan kahak. Penulis blog telah membuat ujirasa dan mengesahkan akan rasa tersebut semasa membuat tinjauan. Dalam pada itu dilaporan di negara  Thailand dimana tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya. Dari keteraangan mereka cara menggunanya dengan mengambil enam helai daun segar tumbuhan ini kemudian dengan menggunakan pengisar untuk menghancurkannya. Sebaiknya ia akan dicampur dengan 4 sudu besar air kemudian perlu ditapis dan di minum sebelum makan pagi dan sebelum tidur. Menanam rumput ini adalah sangat mudah dengan mengambil atau membeli benih (Sila baca bab 1 diatas) dimana sesuai ditanam dikawasan keliling rumah sahaja. Sediakan media tanaman didalam pasu, polibeg atau bekas terbuang sesuai dan diisikan dengan media tanaman sama ada tanah campuran atau cocopeat. Anak benih juga mudah dibiakkan dan sebaikan penanaman adalah mengamalkan pertanian organik. 


Dalam beberapa rujukan mendapati iaitu rumput beijing ini sebenarnya berasal dari Selatan China dan Utara Thailand yang tumbuh meliar sahaja. Kajian saintis mendapati tumbuhan ini mampu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system), atasi masaalah sistem pernafasan dan atasi masaalah radang. Selain itu didakwa dimana penggunaan rumput beijing ini mampu merawat masaalah Psorisis atau Eczema, rawat kanser buah dada, kanser kolon. menyembuhkan demam, Aphtous Ulcers. hancurkan batu karang dalam ginjal, hilangkan kesakitan dalam kemoterapi dan terbaik didakwa mampu membunuh sel kanser. Cara mengguna untuk tujuan menyejukkan badan dengan merebus 5-6 helai daun segar dalam 3 cawan air dan kemudian dicampur dengan gula perang sebelum di minum. Bagi tujuan menggunakan rumput beijing dalam menghancurkan batu karang dalam ginjal boleh diambil 7 - 9 pokok (keratan) rumput ini bersama dengan akarnya. Kemudian pokok ini perlu dicuci bersih dan di rebus bersama dengan sukatan air 1.5 liter (sukatan botol coca cola). Sebaiknya ia direbus dengan api yg sederhana kecil dan kemudian ia dipadamkan. Penyediaan selesai apabila rebusan setelah airnya telah mendidih dan minum  air tersebut apabila suam dan jika ada lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk.

Dari beberapa temubual dengan mereka yang telah menggunakannya terdapat cara mudah untuk menyediakan herba minuman Jus Rumput Beijing. Pertama sekali dapatkan atau petik sendiri rumput Beijing atau rumput Siti Khadijah ini dan kemudian dibasuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air mengalir. Kemudian ia perlu direndam rumput ini ke dalam air garam atau larutan cuka dengan mana disediakan menggunakan 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang mungkin terdapat pada daun rumput tersebut. Seterusnya perlu ditumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes. Kemudian dimasukkan duan (2) sudu besar air mendidih dan campuran ini ditapis dengan menggunakan penapis kain kasa. Didakwa dimana kadar dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah sekitar 2 sudu besar . Sebaiknya juga jus ini diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur. Apa pun jika hendak diberikan kepada kanak-kanak pula sukatannya adalah sebanyak satu (1) sudu makan setiap kali. Apa pun perlu diingat dimana jangan sekali-kali mengharap rumput ini berkesan untuk menyembuh kanser. Walaubagaimana pun pengambilanrumput ini semasa kimaterapi dan radiotheraphy adalah digalakkan kerana rumput ini didakwa mampu untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan kimoterapi dan juga rawatan radiotheraphy dengan nyata sekali. Dari beberapa testimoni dilaporkan walaupun pesakit kanser ada ambil rumput ini dimana dalam masa yang sama menjalani rawatan chemo, akan berlaku semua bulu dan rambut pesakit akan gugur yang bermaksud chemotherapy masih berkesan untuk membunuh sel cancer. Cuma rumputuini didakwa dapat membantu membuang kesan sampingan akibat rawatan kimoterasi seperti rasa terbakar, mual, pening, khayal dan sbgainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA RUMPUT... BANYAK GELARAN...
SITI KHADIJAH... BEIJING DISAMAKAN...
MUDAH DITANAM... SENANG DIMAKAN...
MERAWAT KANSER... JAGA KESIHATAN...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Muharram 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...