PRODUK KELAPA JENAMA 'COCOLALA' merupakan slah satu produk air kelapa yang semakin popular di negara Vietnam. Vietnam menghasilkan kelapa sebanyak 1.499 juta metrik tan kelapa setahun daripada semua jenis varieti. Hampir 10,000 hektar kawasan tanaman kelapa di Vietnam daripada seluas 70,000 hektar telah berjaya mengamalkan penanaman dan penghasilan Kelapa Organik. Kelapa organik ini mengamalkan agronomi organik untuk mereka menghasilkan biji kelapa untuk diminum airnya terutamanya menggunakan kelapa wangi. Buah Kelapa Wangi (Cocos nucifera) atau dinegara kita lebih dikenali dengan jenis Kelapa Pandan atau Kelapa Wangi (Aromatic coconut) memang telah lama ditanam dan popular dijual di Malaysia. Daripada laporan diimana terdapat seluas 81,585 hektar tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 2018 dengan pengeluaran hasil sebanyak 538,685 metrik tan dan nilai pengeluaran sebanyak RM603.328 juta (Sumber : Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Berbeza dengan teknologi penanaman kelapa wangi di Malaysia, Thailand dan di Vietnam dimana penghasilan kelapa dari Vietnam didakwa memberikan kualiti buah agak baik kerana kesuburan tanahnya dan juga penggunaan baka kelapa wangi yang baik. Bagaimana pun salah satu daripada produk dari kelapa yang popular dinegara tersebut adalah oleh sebuah syarikat yang menghasilkan kelapa pandan dengan jenama 'COCOLALA' iaitu jenama yang sudah memasukki pasaran domestik serta pasaran antarabangsa. Produk air kelapa wangi ini dipersijilkan sebagai Produk Organik dengan pengeluaran dan penjualan tahunan yang terus meningkat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya cuba melihat bagaimana penanaman dan penghasilan produk kelapawangi ini untuk minuman dengan berjenama 'cocolala' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Penanaman kelapa wangi di Vietnam merupakan satu aktiviti yang agak maju dimana mereka menanamnya didalam kawasan berbagai jenis tanah. Bagaimana pun kaedah penanaman kelapa wangi renek ini selalunya dilakukan dikawasan tanah rendah atau tanah bekas sawah dimana ditanam didalam satu barisan sahaja dan diantaranya di buat sistem perparitan di Lembah Mekong (Sila lihat foto diatas). Jarak penanaman adalah 6 meter diantara pokok dan dibina perparitan diantara barisan tanaman yang sentiasa dipenuhi dengan air. Paras air dikawal melalui pintu kawalan air dimana ini membolehkan semua pokok sentiasa mendapat air mencukupi serta seragam dan selalu dilakukan jadual pembajaan sehingga membolehkan penghasilan buah kelapa yang sekata bentuk dan saiznya. Penanaman kelapa wangi secara organik seperti ini menjadikan buah kelapa dapat dituai mengikut jadual dengan baik. Dilaporkan setiap tandan kelapa dituai sebulan sekali (12 tandan setahun) bagi setiap pokok dengan purata penghasilan sebanyak 20 biji bagi setiap tandan. Bagaimana pun banyak juga dilaporkan ada yang mencapai sehingga 40 biji sepokok akan tetapi saiz buahnya agak kecil sedikit. Buah kelapa wani ini berwarna hijau dengan berat vuah diantara 700 - 900 gram sebiji.
Buah kelapa wangi ini dituai dengan menggunakan tali untuk diturunkan kebawah setelah tangkai tandan dipotong. Ini bagi mempastikan semua biji kelapa tidak pecah atau tidak rosak kerana jatuh ke tanah jika jatuh terus. Kemudian ia dimasukkan kedalam taliair secara diikat bersambungan sebelum dibawa ketempat pengumpulan hasil kelapa tua (Sila lihat foto diatas). Bagi tujuan membuat kelapa muda (yang diminum airnya) ianya akan dibawa terus ketempat pengumpulan hasil dan kemudian setelah dibuat grading akan dihantar kekilang memproses kelapa muda yang berukir di tempurung seperti perkataan 'cocolala' atau apa juga permintaan pemborong. Antara lain tempurung ini di ukir 'Happy Birthday.'Happy New Year', 'Organic coconut' dan sebagainya. Bagaimana pun kelapa ini mesti ditempah awal untuk mendapatkan kesegarannya. Kejadian tandan kelapa wangi dengan kulitnya berwarna hijau biasanya dipetik apabila berumur 7 bulan selepas berlaku pendebungaan untuk mendapatkan tahap paling sesuai dijadikan air kelapa enak diminum. Jika terlalu muda akan menyebabkan isinya belum terjadi dan kualiti air serta aromanya masih kurang baik. Sebaliknya jika kelapa wangi ini sudah melebihi 8 bulan maka isinya menjadi keras dan sukar dikorek untuk dimakan akan tetapi kualiti airnya masih lagi sesuai diminum sebagai kelapa wangi. Paling ideal dimana isi kelapa masih lembut (sesuai dikorek dengan sudu) dan aroma wangi didalam airnya sudah wujud. Banyak khasiat meminum air kelapa diantaranya membersihkan racun dan toksik didalam badan dan banyak nutrien didalamnya yang memberikan kesihatan.
Paling unik mengenai kelapa wangi komersil dengan jenama COCOLALA adalah mereka membuat satu inovasi yang berlainan dengan kelapa wangi tempatan yang selalu ada dipasaran Malaysia. Syarikat Khi Ta Tre Service and Trading Co Ltd yang kilangnya beralamat di Giao Hua, Chaau Thanh, Ben Tre mengasilkan kelapa air wangi yang memang unik dan kreatif. Syarikat ini menhgasilkan jenis minuman kesihatan kelapa segar dari ladang dimana amat mudah meminumnya hanya dengan membuka lubang penutupnya dibuat dari aluminium (seperti penutup minunam dalam tin) dan hanya perlu memasukkan starw sahaja selepas dikeluarkan dari peti ais (Sila lihat foto diatas). Pengguna tidak perlu mencari parang atau pisau bagi memecahkan tempurung kelapa bagi meminumnya. Pada penulis blog inovasi produk Cocolala ini amat menakjubkan. Anda hanya perlu menekan bulatan pada penutup pada cinicin dan masukan straw terus minum dan jika ingin menikmati isinya hanya membuka cincin yang lebih besar pula dan dikorek dengan susu pula. Kelapa wangi Vietnam ini telah terkenal diseluruh dunia kerana faktur harganya, kemanisannya, aroma, kesegarannya serta dekoratif. Ia mendapat sijil organik dan memang bebas racun kimia dan baja sintetik ditamam di Lembah Mekong yang subur.
Membuat kelapa untuk minum jenama Cocolala ini memang perlukan kepakaran khusus oleh penanam dan kilang yang membuatnya. Pekerja mahir akan memetik kelapa yang sesuai umurnya dan dibuang kulit sabut dengan teliti hingga nampak tempurungnya. Tempurung kelapa ini kemudian dilicinkan sebelum di ukir dengan nama 'Cocolala' iaitu menggunakan mesin khas dan membuat dua cincin iaitu cincin kecil untuk memasukkan straw sahaja dan cincin lebih besar untuk memakan isi kelapa (Sila lihat foto diatas). Kelapa Cocolala ini mendapat pasaran tempatan yang amat baik di Vietnam dan ada yang dieksport keluar negara. Di Vietnam ia dijual runcit pada harga USD 1.00 - USD1.20 sebiji yang sudah disejukkan. Bagaimana pun untuk penghantaran keluar negara mereka akan menjualnya dengan harga kilang sekitar USD1.22 - USD1.26 sebiji dengan tempahan minima sebanyak satu kontena mengandungi sebanyak 12,150 biji kelapa muda. Setiap biji kelapa ini beratnya sekitar 450 - 750 gram dengan akan dimasukkan didalam kotak mengandungi sebanyak 9 biji satu kotak/kartun. Setiap biji akan dirawat dengan bahan antikulat organik untuk elakkan tumbuhnya serangan kulat (mold) dalam penghantaran. Ia dibalut sekali lagi dengan pelapik plastik cushion dan disusun dalam kotak. Ia perlu didimpan didalam bekas dengan suhu 2 - 5 celcius dengan pengudaraan atau kelembapan 15 cbm/jjam. Kepada sesiapa yang berminat membuat ujirasa keenakan kelapa wangi Cocolala Vietnam ini boleh berkunjung ke negara tersebut atau mendapatkannya di negara tersebut. Anda juga boleh mengimport produk kelapa cocolala ke Malaysia jika berminnat. Penulis blog berharap akan ada usahawan sama di Malaysia yang membaca artikel ini dan mampu didalam menghasilkan produk kelapa seperti ini di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
KELAPA MUDA... 'COCOLALA' NAMANYA...
ASAL VIETNAM... MANIS WANGI AIRNYA...
MENYEGARKAN DIMINUM... LAZATNYA...
NAMA POPULAR... ADAKAH DIMALAYSIA?..
By,
M Anem,
Senior Agronomoist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Syawal 1441H).
Posting pada 18 Ogos 2020.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.