Support My Blog

Monday, August 24, 2020

CABARAN EKSPORT MANGGIS

BUAH MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya yang kinii telah ada yang dieksport. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malayisa dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Pada tahun 2018 hanya ada terdapat seluas 3,682 hektar sahaja tanaman manggis dengan hasil sebanyak 15,905 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Daerah Batang Padang di Perak menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat , Johor (288 ha). Pokok manggis adalah dari tumbuhan saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 7-25 meter dan mempunyai batang kayu yang keras. Pokok manggis adalah dari jenis pokok yang lambat tumbuh dan berbanding dengan tumbuhan lain seperti durian, rambutan, jambu batu dan sebagainya. Anak benih yang ditanam tumbuh sangat perlahan iaitu beberapa centimeter sahaja dalam satu bulan. Daun manggis berwarna hijau gelap dan tebal. Dahannya dari kayu keras dan mengeluarkan bunga di hujung atau di bahagian pucuk. Bunga manggis berwarna putih hijau dan terletak di hujung tunas. Akar tunjang pokok manggis agak kuat dan kukuh. Buah manggis berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada ungu coklat gelap apabila sudah masak. Buah manggis mempunyai 4-5 kelopak berwarna hijau dibahagian atas dan kelopak kecil2 dibahagian bawah buah. Isi buah manggis berwarna putih dan berbiji. Kulit manggis adalah tebal lingkungan 0.5-1.0 cm dan mengeluarkan cecair ungu bila di perah. Biji manggis berwarna coklat dan lembut. Kini artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan media dan cabaran didalam usaha mengeksport buah manggis keluar negara untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Media tempatan Harian Metro dengan artikel bertsjuk ''Ahmad jadi pengeksport manggis'' sesuai dijadikan bahan untuk dikongsi. Berita dari Kuantan ini dakwa seorang lelaki bertubuh kecil ini tidak menyangka niatnya untuk cuba meneroka penjualan manggis di daerah ini berhasil. Kini usaha Ahmad berumur 39 tahun memang menyifatkan berbaloi apabila mampu menjadi pemborong buah berkulit hitam itu untuk dipasarkan ke Thailand secara besar-besaran. Beliau memang tidak pernah terfikir perniagaannya 'sejauh' itu, memandangkan baharu menceburi bidang ini sekitar lima tahun lalu. Bagaimanapun doanya membuka pintu rezekinya yang dulu hanya berniaga buah secara kecil-kecilan. Semuanya berlaku dengan pantas dan peluang yang saya perolehi akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan perniagaan ini terus berkembang maju. Pada mulanya dia hanya cuba menembusi pasaran negara gajah putih itu selepas permintaan tinggi terhadap manggis. Siapa sangka daripada percubaan saya dapat mengumpul lebih 100 tan dalam tempoh kira-kira tiga bulan. Dakwanya buah manggis kualiiti yang terbaik dipilih di pusat pengumpulan Kampung Sega Lama. Perjalanan untuk kerja-kerja (penjualan) ini berjalan lancar dan dipermudahkan apabila pasaran pertama berjaya. Beliau telah menghantar lebih 20 tan bekalan manggis setiap minggu ke negara jiran itu dengan hanya menggunakan jalan darat selepas melalui beberapa proses.

Dijelaskan dimana bekalan buah manggis ini adalah dari tiga daerah iaitu Daerah  Raub, Lipis dan Bentong. Pada mulanya dia mengakui tertekan untuk mendapatkan bekalan tetapi dia berjaya selepas melakukan tinjauan di beberapa daerah yang ada di Pahang. Kini dia sudah ada pembekal tetap daripada pekebun kecil di Raub, Lipis dan Bentong manakala rumah lama milik penduduk Kampung Sega Lama, dijadikan pusat pengumpulan buah tersebut. Seramai 36 pekerja diperlukan untuk melakukan kerja memetik buah, mengred dan membungkus serta mengisi dalam bakul sebelum menaiki lori. Hanya buah 50 hingga 70 peratus masak sahaja dipetik bagi menjaga kualiti apabila tiba kepada pemborong atau penerima di Thailand. Buah yang mencapai 90 peratus masak hanya untuk pasaran tempatan kerana mampu bertahan tiga hingga lima hari sahaja. Dakwanya diakui bukan mudah mengendalikan perniagaan tersebut tetapi mujur rakan kongsi Mahmud Che Mamat yang turut memberi komitmen. Mahmud banyak mendorongnya untuk mencuba menembusi pasaran antarabangsa kerana kualiti manggis di Pahang Barat terutama di Raub dan Bentong yang terbaik. Dakwanya dia menjual manggis dengan harga borong antara RM3 hingga RM5 sekilogram (kg). Kemudian kesemua buah itu dijual kepada seorang pemborong di negara jiran iaitu bernama Jefri Abdullah yang menerima tawaran harganya.

Dalam akhbar lain bertajuk ''Manggis terbaik dikatakan dari Raub dan Bentong'' dimana dilaporkan cara perniagaan kini memberi pulangan menguntungkan. Saya jangkakan pengeluaran manggis luar musim yang jarang berlaku di negeri ini akan berlaku hingga akhir Mac depan, musim durian dijangka tiba pada Mei. Dakeanya lagi permintaan terhadap manggis begitu menggalakkan terutama pada musim ini walaupun di luar musim namun pengeluaran buah begitu banyak dan memuaskan. Penurunan permintaan buah sedikit berlaku pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini, namun saya yakin selepas ini rentak pasaran yang menggalakan akan kembali berlaku. Bagi memastikan permintaan manggis saya dapat terus kekal berada di kemuncak saya sentiasa menjaga kualiti buah selain dapat menepati jadual penghantarannya. Dia berbangga usaha mengeksport manggis yang dilakukan turut membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia. Selalunya selepas durian Musang King dan nangka madu kini tiba masanya manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana menembusi pasaran China dan Eropah secara berterusan sepanjang tahun.

Kini akibat permintaan dan harga tinggi terhadap buah itu mendorong aktiviti eksport dilakukan dengan bekalan diperoleh daripada 40 pekebun di Bentong, Pahang yang mengusahakan ladang seluas 200 hektar. Kampung Telemong yang turut terkenal dengan pelbagai jenis durian dan buah-buahan tempatan kini menjadi pengeluar utama diikuti beberapa kampung lain. Musim pengeluaran buah berlaku dua kali setahun di Bentong memberikan lebih peluang kepada aktiviti eksport secara berterusan dan mampu memenuhi permintaan manggis yang kini terus bertambah. Kualiti manggis yang tinggi dan bebas daripada bahan kimia menjadikan produk berkenaan diterima baik masyarakat China. Contohnya tempahan 500 tan diterima menjelang sambutan Tahun Baru Cina akan datang. Harga tinggi antara RM200 hingga RM400 sekilogram (kg) memberikan lebih keuntungan kepada pengeksport tempatan memasarkan manggis ke China dan Eropah secara berterusan.  Permintaan terhadap manggis di pasaran China bermula sejak 2014 dan peningkatan jumlah pasaran berlaku dua tahun lalu hingga menyebabkan pengeksport tidak dapat memenuhi permintaan. Bagi pasaran di Eropah bermula lima tahun lalu dan terus bertambah setiap tahun selain difahamkan kini berlaku saingan dengan beberapa pengeksport negara jiran yang menerima bekalan buah dari negara ini. 

Disebabkan permintaan tinggi terhadap manggis di pasaran Eropah dan China, saya berharap lebih ramai pekebun mengusahakan tanaman itu seperti nangka madu dan durian. Jabatan Pertanian akan membantu petani yang bercadang mengusahakan tanaman manggis secara komersial menggunakan benih berkualiti tinggi sama seperti yang ada di Kampung Telemong. Dilaporkan dimana Daerah Maran, Jerantut dan Raub turut mengeluarkan manggis setiap tahun. Bagi Mohd Noh Sani yang mengeksport manggis ke China dan Eropah sejak empat tahun lalu dimana syarikatnya hanya mampu mengeksport 25,000 tan sehingga 30,000 tan saja manggis semusim. Bekalan buah tidak mencukupi menjadi faktor utama dia tidak dapat memenuhi permintaan peniaga di China dan Eropah yang lebih berminat dengan produk negara ini berbanding negara lain. Bekalan manggis banyak diterima daripada pekebun di Kampung Telemong dan beberapa kampung lain di daerah ini. Saingan dengan pemborong negara jiran menyebabkan bekalan tidak mencukupi. Harga belian ladang kini mencecah RM12 sekilogram dan bagi pasaran tempatan ialah RM5 hingga RM8 sekilogram, tidak mustahil harga akan terus meningkat selepas ini. Dia yang mempunyai pusat memproses manggis di Kajang, Selangor, berkata, buah yang dieksport dibahagikan kepada beberapa gred dan untuk penghantaran buah disimpan dalam kotak khas. Dakwanya bagi menjaga kualiti buah penghantaran ke Eropah dan China menggunakan kapal terbang dan setakat ini pemborong di luar negara berpuas hati dengan apa yang diterima. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam...
BUAH MANGGIS... HITAM WARNANYA...
DIPETIK TELITI... JAGA KUALITINYA...
BOLEH DIEKSPORT... DIPAHANG SANA...
PASARAN BAIK... DILUAR NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...