Support My Blog

Wednesday, June 10, 2020

TEKNIK MENUAI PISANG TANDUK

TANAMAN PISANG (Musa spp) merupakan satu aktiviti bidangusaha petani yang popular dalam penghasilan buah-buahan tropika. Pisang adalah tanaman daripada keluarga Musaceae yang mempunyai beratus-ratus spesis dan sekitar 16 jenis yang di komersilkan di Malaysia. Saya ada banyak menulis berpuloh-puloh artikel tentang pisang sebelum ini untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Penulis blog merujuk data dimana di Malaysia seluas 35,156 hektar pisang ditanam pdada tahun 2018 dengan pengeluaran hasil sebanyak 375,690 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Antara jenis oisang yang luas ditanam termasuk varieti Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Emas, Pisang Nangka, Pisang Nangka, Pisang Embun, Pisang Cavendish dan beberapa lagi. Pisang yang ditanam ini adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi ada yang dieksport. Masaalah serangan Penyakit Moko yang disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Ralstonia solanacerum telah banyak memusnahkan tanaman pisang di Malaysia dan kini penanaman semula dengan benih yang lebih tahan telah dimulakan dengan agressif. Artikel mengenai pelbagai jenis penanaman pisang ada saya tuliskan dan juga mengenai aalan agronomi penanaman pisang daripana penyediaan tanah, menanam sehingga kepada aktiviti proses lepas tuai. Bagaimana pun baru-baru ini ada pertanyaan rakan saya dari Burnei DS untuk menulis mengenai bagaimana hendak mengetahui penuaian pisang matang yang betuk dan beberapa tips mengenali buah pisang yang masak sesuai untuk dibeli. Walau pun perkara ini ada dibincang secara tidak langsung didalam artikel yang saya tulis tetapi kali ini di bincangkan dengan lebih spesifik. Artikel subuh Isnin ini walau pun masih diperingkap PKPB saya teruskan menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa petua bagaimana teknik untuk anda tandan pisang sudah sedia dituai dan pisang dipokok itu sudah tua atau matang sebagai rujukkan anda semua.

Menanam pisang merupakan satu aktiviti yang boleh menguntungkan penanamnya jika ia dijaga baik dan mempunyai pasaran tetap yang stabil. Ada pendapat yang menyatakan menanam jenis pisang makan segar dengan menanam jenis goreng amat berbeza sekali pulangannya. Didakwa petanii yang menanam varieti pisang untuk diproses menjadi 'pisang goreng' lebih menguntung terutama jika ia daripada jenis pisang nipah, pisang nangka dan pisang tanduk (Sila lihat foto disebelah). Teknologi tentang pembungkusan tandan Pisang Tanduk dijalankan sebagai langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang. Aktiviti pembungkusan ini dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan. Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan. Lazimnya dari pemerhatian penulis blog pisang tanduk akan mengeluarkan jantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Buah pisang tanduk yang telah cukup mayang mempunyai warna kulit yang hijau gelap dan saiz ulurlilit 10-20 cm dan panjang sekitar 30-50 cm bergantung kepada varieti dan kaedah pengurusan penanaman. Buah yang cukup matang akan mempunyai warna kulit hijau kekuningan dengan rasa yang manis dan aroma yang wangi. Pisang tanduk digredkan mengikut saiz, bentuk, kesan serangan perosak dan tahap kematangan.

Penulis blog merujuk kepada akhbar Harian Metro bertajuk 'Menuai hasil pisang sambil bersih belukar' yang menarik dirujuk. Petani bernama Che Nordin dari Selama, Perak merupakan saah seorang petani yang menanam pisang termasuk jenis pisang tanduk. Dakwanya biarpun kerja utamanya adalah penoreh getah akan tetapi usahawan tani ini bijak memanfaatkan masa terluang dengan libatkan dalam mengusahakan tanaman pisang secara komersil. Dia kini mengusahakan tanaman pisang di Kampung Batu 7, Bukit Bertam dengan modal sendiri dan khidmat nasihat teknikal daripada Jabatan Pertanian. Pada mulanya dia hanya ingin menanam suka-suka dikeliling rumahnya dulu tetapi beliau didatangi oleh peraih pisang yang minta bekalan pisang jenis untuk di goreng darinya. Dia yang jua mendapat dorongan keluarga sebagai pembakar semangat kini berjaya mengusahakan tanaman pisang dan ini sekali gus mampu merealisasikan impian menzahirkan legasi perniagaan keluarga. Akhirnya dengan berbekalkan modal RM30,000, dia mula membersih kawasan tanah dipenuhi belukar yang mengambil masa beberapa minggu sebelum mula menanam 2,000 anak pokok pisang pelbagai jenis termasuk pisang tandauk, pisang nipah dan jenis lain seperti pisang emas dan berangan. Benih pisang dibeli daripada pembekal tempatan dan juga membeli benih kultur tisu (TC) daripada pembekal yang dihubungi bersama dengan beberapa pegawai pertanian berhampiran. Dakwanya lagi selain mengeluarkan modal sendiri untuk membeli anak pokok pisang, racun dan baja, saya mendapat bantuan khidmat nasihat daripada Pejabat Pertanian Daerah Selama. Kini beliau berpuashati menjual pisang tanduk dan pisang nipah yang harganya lebih stabil daripada pisang untuk makan segar.

Penulis blog yang pernah membuat tinjauan di kebun beliau mendapati memang penanaman pisang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Apa pun semasa buat tinjauan penulis belajar dengan beliau bagaimana cara untuk mengetahui sama ada Pisang Tanduk dipokok itu sudah boleh dituai atau belum. Antara petua diberikan adalah apabila diperiksa dimana janggut di hujung buah sudah kekeringan dan gugur. Dalam pada itu selalunya daun atas tandan atau daun yang bersama tandan atau yang biasanya dipanggil sebagai daun pengasuh ianya sudah kering. Diteliti lagi dilihat bentuk buah sudah bulat dan penuh dimana cara-cara mengetahuinya adalah dengan menjentik buah. Jika bunyinya padat itu tandanya sudah boleh dituai. Dalam pada itu selalunya saiz buah cukup besar dan ianya menyamai standard hasil pisang yang biasa atau lebih besar. Lazimnya juga biji buah pada sikat paling atas sudah sedikit lembut atau ada juga yang ada rekahan sedikit (Sila lihat foto disebelah) dimana dari segi warna seakan buah sudah berwarna kuning. Diteliti lagi lazimnya pisang tanduk matang mempunyai isinya sudah berwarna oren kekuningan. Apa pun gabungan semua ciri di atas atau sebahagiannya berlainan mengikut keadaan. Kadangkala ada ciri yang tidak sama dan ini semua bergantung kepada pengalaman. Semugatulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!...
PISANG MASAK... BAGAIMANA TANDA...
MUDAH DIPELAJARI... AMAL SENTIASA...
PISANG TANDUK... MAHAL HARGANYA...
PETIK TEPAT... BANYAK PETUANYA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Purajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...