Support My Blog

Monday, June 15, 2020

SIPUT - PELBAGAI KISAHNYA

SIPUT merupakan haiwan jenis moluska iaitu haiwan dari kelas Gastropoda yang mempunyai cangkerang yang berputar dan ada jenis yang tidak bercangkerang (Siput babi, lintah bulan dan sebagainya). Siput tidak bertulang belakang (invertebrat) dimana jeinis siput mempunyai kulit cangkerang yang keras berfungsi sebagai pelindung. Lazimnya habitat siput memang terdapat di air tawar, air masin, dan di daratan. Apa yang menarik bagi penulis blog dimana biasanya haiwan siput bergerak seperti cacing dengan menukar pengecutan badan bergilir-gilir dengan menjangkau iaitu pada kelajuan yang perlahan. Siput menghasilkan lendir untuk membantu pergerakan dengan mengurangkan geseran. Lendir ini juga mengelakkan siput dari cedera dan membantu menjauhi serangga berbahaya seperti semut. Pada musim sejuk pula biasanya ada sesetengah siput di negara sejuk bertapa-rehat  atau dormant di dalam cangkerang mereka dengan menutup bukaan cangkerang dengan kerangka nipus seperti piring yang dibina khusus untuk tujuan ini. Kerangka nipus ini akan dimusnahkan pada musim bunga. Uniknya siput memang ada dimakan di beberapa negara Eropah, China, Asia Tenggara sebagai satu jenis hidangan istimewa. Siput untuk makanan biasanya dikenali dengan nama Perancis "escargot." Di beberapa lokasi di Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam mereka ada memakan siput gondang emas sebagai hidangan lazat. Di Malaysia pula ramai yang meminati makan hidangan siput sedut. Siput terbaik untuk dijadikan makanan adalah daripada spesies Helix pomatia. Siput taman perang (siput perang Eropah- "European brown snail") juga dikenali dengan nasa saintifiknya sebagai Helix aspersa adalah jenis popular. Siput terdapat dalam pelbagai saiz dimana lazimnya jenis siput darat terbesar ialah Siput Gergasi Afrika (Achatina fulica) yang bersaiz sehingga 30 cm. Sementara jenis siput gergasi lain seperti spesis Pomacea maculata (Ampullariidae) atau siput Epal Gergasi merupakan siput air tawar terbesar dengan saiz bergaris pusat sehingga 15 cm dan seberat 600 gram. Siput Air MAsin yang terbesar ialah Syrinx aruanus yang terdapat di Australia dengan saiz cangkerang sebesar 1 meter dimana ia pernah dilaporkan. Seekor siput memecahkan makanannya menggunakan radula iaitu satu struktur berkitin (chitin) yang mengandungi pencangkuk adihalus dipanggil cuticulae. Lazimnya siput akan mengisar makanan dan kemudian ia akan dihantar ke saluran penghadaman. Ini adalah sebab kenapa seekor siput darat besar boleh didengari seperti bunyi 'mengunyah' makanannya: kerana radula mengoyak apa yang ia sedang makan. Ganglion serebrum itu bagi bentuk siput satu otak primitif dibahagikan kepada empat bahagian. Struktur ini amat lebih mudah daripada otak mamalia, reptilia dan burung, walau bagaimanapun, siput mampu memahami perkaitan. Artikel subuh ini sempena duduk rumah kesan Perintah Kawalan Pergeraakan Bersyarat (PKPB) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai siput yang dilaporkan oleh media tempatan untuk bahan rujukkan anda semua.

Dalam akhbar Berita Harian ada artikel bertajuk 'PKP: Siput retak seribu rezeki' menarik dijadikan bahan bacaan. Artikel oleh wartawan Noorazura Abdul Rahman menyatakan kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 telah memberi pelbagai kesan kepada masyarakat sehingga ada yang hilang punca pendapatan. Namun bagi wanita di Kuala Sala dekat Alor Setar, Kedah menlaukan pendaratan siput retak seribu di perairan kawasan itu amat bermakna buat mereka. Ini berikutan dimana mereka dapat mengambil upah mengasingkan siput berkenaan sebelum nelayan menjualnya kepada peraih (Sila lihat foto disebelah). Menurut salah seorang pengusaha iaiti Pn Atilah Abdul Rashid,48, dia melakukan kerja mengasingkan siput berkenaan sejak tiga minggu lalu dengan pendapatan antara RM20 hingga RM50 sehari. Dakwanya pada setiap hari dia akan menunggu bot di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sala, seawal jam 9 pagi untuk melakukan kerja itu bersama kira-kira 20 lagi wanita dari kawasan berkenaan. Musim siput ini tidak menentu dimana dalam setahun ada dua hingga empat kali, sebelum ini awal Mac sudah ada siput ini didaratkan tapi ia mulai kurang sehinggalah muncul semula tiga minggu lalu. Kini setiap hari saya mampu asingkan siput ini sehingga 200 kilogram atau bersamaan lima bakul bergantung kepada jumlah siput yang didaratkan, setiap 40 kilogram (sebakul) saya akan dibayar upah sebanyak RM8 sehingga RM10. Selalunya saya akan lakukan kerja ini sehingga selesai pada jam 2 petang, selain boleh menambah pendapatan keluarga, kerja ini juga dapat mengeratkan hubungan saya dengan rakan-rakan sekampung. Dalam pada itu bagi seorang ibu tunggal, Sofiah Derani, 50, dia mula melakukan kerja itu sejak kematian suami pada 2016. Dakwanya walaupun kehadiran siput itu bermusim, namun ia menjana pendapatan penduduk di kampung itu berikutan siput itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.Dia tidak sangka pula siput retak seribu ini akan muncul semula ketika PKP, hasil upah mengasingkan dapatlah digunakan untuk membeli barang keperluan dapur. Tambahan pula sekarang di bulan Ramadan, ia sangat membantu penduduk di sini yang kebanyakannya adalah keluarga nelayan yang hanya cukup-cukup makan.

Dalam akhbar Harian Metro pula ada artikel bertajuk 'Siput untuk upacara keagamaan' yang telah diviralkan. Ia dimulakan dengan tulisan berbunyi  “SIPUT sedut itu dibuang untuk upacara keagamaan,” kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Zamani Omar berhubung fenomena luar biasa penemuan siput sedut di Benteng Tanjung Labuh, Batu Pahat. Zamani berkata, perkara itu disahkan sendiri penduduk kampung berkaitan fenomena luar biasa itu. ''Siput sedut yang dibuang itu adalah upacara keagamaan dan perkara itu disahkan sendiri penduduk kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi berhubung tular video penemuan siput berkenaan. Dilaporkan beliau sendiri menonton video telah diviralkan dalam iternet yang berdurasi pendek telah dikirimkan penduduk di kawasan itu. “Video itu menunjukkan perbuatan beberapa penduduk berbangsa Tionghua (Cina) memasukkan berguni-guni siput sedut ke dalam kawasan paya bakau berhampiran benteng berkenaan,” katanya. Dia mendakwa terdahulu, dua video masing-masing berdurasi 15 saat menunjukkan perbuatan lebih 10 individu mengeluarkan siput sedut daripada beberapa guni. Seorang wanita Cina itu kemudian memegang satu bendera kuning sambil beliau menyembur air di kawasan terbabit. Video itu turut juga ada menunjukkan sebuah lori digunakan untuk membawa berguni-guni siput sedut. Akhbar Harian Metro melaporkan rezeki ‘durian runtuh’ apabila penduduk sekitar Batu Pahat berpusu-pusu membanjiri kawasan sekitar paya pakau berhampiran Benteng Tanjung Labuh susulan kehadiran siput sedut dalam jumlah luar biasa. Fenomena luar biasa itu menyebabkan kawasan berkenaan bertukar menjadi tapak ‘pesta’ bagi penduduk setempat yang membawa guni dan timba untuk mengutip siput berkenaan. Penduduk terkejut dengan fenomena luar biasa itu selepas mampu mereka mendapatkan siput sedut dengan mudah dan dalam kuantiti hingga puluhan kilogram.

Dalam akhbar sama pada hari berikutnya itulis artikel bertajuk 'Jabatan Perikanan ambil sampel siput' hasil berita viral di Daerah Batu Pahat ini. Jabatan  Perikanan Johor sudah mengambil sampel siput sedut yang dibuang di Benteng Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor untuk siasatan lanjut. Pengarahnya, Zamani Omar berkata dimana proses pengambilan sampel itu dilakukan kakitangannya sebelum dihantar ke Makmal Biosekuriti Perikanan untuk mengetahui tahap keselamatannya. Ini adalah kerana terdapat dakwaan dalam kalangan netizen mengatakan siput itu beracun sedangkan tidak dapat dipastikan. Dakwnya bagi menjamin keselamatan, sampel siput sedut diambil untuk mengesan dan mengenal pasti sama ada ia beracun atau sebaliknya. Zamani berkata demikian ketika dihubungi HM di Johor Bahru hari ini. Seterusnya dia bersama kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat yang bertugas di Unit Akuakultur pergi ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan (Sila lihat foto disebelah). Dijelaskan hasil tinjauan penduduk setempat dimana siput itu didakwa telah dibuang oleh sekumpulan individu untuk upacara keagamaan mereka. Dakwaan siput itu beracun tidak dapat dipastikan secara terperinci tetapi beberapa penduduk setempat yang mengambil dan telah memakan siput berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan makanan. Biasanya sampel akan diambil membabitkan kematian hidupan sama ada dugong, ikan, penyu, udang, sotong dan sebagainya dan kalau untuk menentukan keracunan lazimnya ia lebih sesuai ia dirujuk kepada pakar Kementerian Kesihatan. Sebelumnya portal Harian Metro melaporkan ramai penduduk kawasan itu berpusu-pusu ke sekitar paya bakau berhampiran benteng Tanjung Labuh susulan kehadiran siput sedut dalam jumlah luar biasa. Fenomena luar biasa itu menyebabkan kawasan berkenaan bertukar menjadi tapak ‘pesta’ bagi penduduk setempat yang membawa guni dan timba untuk mengutip siput berkenaan. Bagaimanapun, fenomena luar biasa itu terjawab selepas Jabatan Perikanan memaklumkan siput itu dibuang ke kawasan berkenaan bagi tujuan keagamaan. Memang bermacam kisah mengenai siput didunia ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SIPUT... BERMACAM JENISNYA...
ADA YANG DIMAKAN... ADUH ENAKNYA...
SIPUT SEDUT... POPULAR DI MALAYSIA...
DI BATU PAHAT PULA... LAIN CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,]Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutian Putrajaya,
Malaysia.
(15 Ramadan 1441H).
Patuhi PKPB... elakkan Covid19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...