Support My Blog

Sunday, April 12, 2020

INOVASI PENGGALAK BUAH NANGKA

TANAMAN NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis tanaman buah tropika yang kini telah dikomersilkan di Malaysia terutama di Negeri Pahang. Pokok nangka akan mula berbuah dan berbunga selapas 4 tahun ditanam dengan penjagaan yang baik serta amalan agronomi yang disyorkan. Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia membuatkan penanaman nangka sebagai salah satu jenis komoditi yang digalakkan untuk dikomersilkan. Kini dilaporkan tanaman nangka merupakan sejenis tanaman yang telah diberikan perhatian oleh kerajaan di Malaysia sebagai salah satu daripada 7 jenis buah bernilai ekonomi yang kini meluas penanamannya. Pada tahun 2018 terdapat seluas 5,097 hektar tanaman nangka dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 30,150 metrik tan di laporkan di Malaysia (Sumber: Booklet Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2018). Negeri Pahang merupakan antara yang paling luas menanam nangka terutama varieti Tekam Yellow (J33) dikawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dengan seluas 2,146 hektar dan menghasilkan sebanyak 9,218 metrik tan pada tahun 2018. Di TKPM Lanchang sahaja terdapat seluas 1,900 hektar tanaman nangka yang telah berbuah yang merupakan kawasan tanaman nangka paling luas di Malaysia pada satu lokasi. Kawasan lain negeri yang luas menanam nangka adalah di Johor seluas 848 hektar dan Negeri Sembilan seluas 616 hektar. Kebanyakan nangka yang ditanam adalah varieti Tekam Yellow sementara varieti lain yang ditanam seperti Nangka Mantin, Nangka Mastura, Nangka Kristal, J29, J30, J31 dan beberapa lagi. Nangka ini kebanyakanya adalah untuk pasaran segar walau pun sebahagian lagi diproses menjadi kerepek nangka, jus nangka dan yang terkini adlah aiskrim nangka. Artikel petang Jumaat ini sempena Perintah Larangan Pergerakan Kerajaan bagi menangani Covid-19 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi penggalak buah inovasi pekebun nangka sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Didalam akhbar tempatan dilaporkan dimana seorang usahawan berjaya mencipta penggalak buah nangka untuk dijadikan panduan petani lain di Malaysia. Petani dari Pekan, Pahang ini berjaya menjadikan penggalak buah hasil inovasi yang dicipta oleh seorang pekebun nangka terbukti berkesan apabila pokok yang disembur dengan cecair berkenaan mampu mengeluarkan hasil lebih tiga kali ganda daripada biasa. Beliau dakwa dengan penggunaan produk berkenaan mampu menambahkan pendapatan pekebun terutama bagi mereka yang bergantung sepenuhnya pada hasil pelbagai jenis tanaman seperti nangka, durian, cempedak, duku, dokong, limau, kelapa sawit dan langsat. Petani tersebut dikenali dengan mama Mohd Derus Abdul Latif berumur 58 tahun dan berpengalaman bertugas sebagai penolong pegawai pertanian selama 32 tahun menjadikan kelebihan kepadanya menghasilkan produk yang pertama di negara ini. Dakwanya beliau mengambil masa selama dua tahun untuk melakukan penyelidikan sendiri sebelum berjaya menghasilkan produk penggalak buah yang amat sesuai digunakan oleh pekebun bertujuan bagi menambahkan hasil pengeluaran tanaman mereka. Beliau yang sebelum ini berjaya menghasilkan tiga jenis baja kimia untuk tanaman sawit, padi dan sayuran berkata, penggalak buah yang dihasilkan sesuai digunakan pada pokok yang mengeluarkan buah pada bahagian batang dan dahan.

Beliau menjelaskan bagaimana cara menggunakan penggalak buah yang dia hasilkan iaitu memang mudah sahaja caranya dimana pekebun hanya perlu menyembur produk terbabit iaitu pada bahagian batang dan dahan sekali seminggu selama tiga minggu berturut-turut. Dakwanya kandungan utama produk berkenaan ialah sejenis bakteria yang berperanan dapat merangsang pokok mengeluarkan buah secara serentak dengan jumlah yang banyak tanpa memberi kesan sampingan pada tanaman dan buah. Dakwanya lagi dimana terdapat beberapa bukti telah kejayaan penggunaan penggalak buah yang dihasilkan dapat dilihat pada projek tanaman nangka seluas lapan hektar yang diusahakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana, Bandar Muadzam, Rompin Pahang disini. Beliau dakwa pengeluaran nangka madu jenis Tekam Yellow (J33) akan bertambah tiga kali ganda berbanding dengan pokokk buah sebelum ini. Dakwanya buah nangka akan keluar pada bahagian batang dan dahan antara 50 hingga 100 biji selepas disembur dengan produk penggalak buah yang berkenaan. Produk penggalak buah dihasilkan dalam bentuk serbuk dan mengandungi beberapa jenis bahan kimia, untuk menggunakannya pekebun hanya perlu membancuh dengan air mengikut sukatan ditetapkan dan membuat semburan pada pokok. Produk berkenaan juga boleh dicampur dengan racun serangga dan kulat untuk membasmi perosak, pekebun pasti berpuas hati apabila sekali mencubanya. Selepas menggunakan penggalak buah pekebun tetap perlu melakukan aktiviti membaja dan membersih kawasan seperti biasa mengikut jadual,” katanya yang turut mengusahakan tanaman jambu, serai, padi dan betik. Dakwanya lagi selepas menggunakan produk penggalak buah dia kini mampu memasarkan nangka ke Singapura sebanyak 12 tan sebulan selain lebih tujuh tan untuk pasaran tempatan.

Kawasan TKPM Kota Perdana juga telah dilapor dalam akhbat tempatan merupakan kawasan sering diserang dengan gajah liar. Dilaporkan dimana lima pekebun di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana, dekat sini, kerugian kira-kira RM1 juta dalam tempoh empat tahun selepas tanaman diusahakan mereka musnah angkara gajah. Serangan terbaru haiwan liar yang menghuni Hutan Simpan Ibam, Rompin itu berlaku malam kelmarin yang memusnahkan lebih 300 tanaman nangka, kelapa, betik dan pisang. Menurut Mohd Derus Abdul Latif berumur 57 tahun dimana dakwa serangan terbaru kumpulan gajah berlaku selama dua malam menyebabkan banyak kerosakan pada tanaman yang sedang mengeluarkan hasil dan kerugian dianggarkan lebih RM48,000 (Sila lihat foto disebelah). Kini tumpuan utama haiwan terbabit ialah pokok pisang dan kelapa namun ia turut merosakkan tanaman lain ketika ia melalui kebun selain menjejaskan pagar zink serta saluran paip. Serangan gajah kali ini membabitkan empat lot projek TKPM Kota Perdana yang terkenal dengan tanaman nangka madu jenis J33 yang kini mengeluarkan hasil secara berperingkat sejak Oktober lalu hingga awal tahun depan. Petani disini terpaksa mengupah pekerja untuk melakukan rondaan selain membuat unggun api bagi mengelak kumpulan haiwan terbabit terus menceroboh dan telah ia memusnahkan tanaman. Serangan terbaharu itu dimana pun menyebabkan lima pekebun di TKPM Kota Perdana menanggung kerugian kira-kira RM1 juta sejak ia kali pertama muncul serta merosakkan tanaman pada 2014. Walau pun parit sempadan yang tertimbus memudahkan lagi kumpulan gajah berada di Hutan Simpan Ibam menceroboh TKPM Kota Perdana iaitu terutama kawasan tanaman berhampiran hutan. Mereka merayu kepada Jabatan Pertanian Pahang supaya dapat menggali semula parit bagi menghalang haiwan terbabit terus menceroboh. Pihak PERHILITAN juga perlu memberi perhatian serius. Kini cara pengawalan secara rondaan pada waktu malam, terutama sepanjang kawasan sempadan Hutan Simpan Ibam dengan TKPM dilakukan secara berterusan dengan kerjasama pekebun. Pekebun dicadangkan menggunakan unggun api dan lampu diod pemancar cahaya (LED), selain pagar elektrik bagi menghalang gajah terus menceroboh kawasan TKPM, Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM NANGKA...J33 VARIETINYA...
LAMBAT BERBUAH... CARA BIASA...
PENGGALAK BUAH... SUDAH ADA...
BOLEH DICUBA... KELUAR BUAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syaaban 1441H).
DUDUKRUMAH!... STAY AWAY FROM COVID-19... 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...