Support My Blog

Monday, April 20, 2020

HUKUM MAKAN BELALANG

BELALANG (Grasshopper) merupakan sejenis serangga yang terdapat dimukabumi ini dan ia hidup dimana memakan tumbuhan dan ada yang merosakkan tanaman. Belalang daripada keluarga Aridae dan beberapa keluarga serangga lain mempunyai sepasang kepak, sepasang mata, sepasang sesungut dan 3 pasang kaki. Dalam Wikipedia dinyatakan dimana Belalang adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam susunan Orthoptera. Bagi membezakannya dengan katidid, ia kadang kala dirujuk sebagai belalang sesungut pendek. Spesies yang bertukar warna dan tabiat pada populasi tingga digelar belalang juta. Sejenis serangga berwarna hijau, berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan pokok ataupun rumput. Terdapat beberapa jenis belalang, antaranya belalang kacung, mentadak-mentadu, cengkadak, belalang kunyit, belalang hijau dan lain-lain. Ada juga jenis belalang yang dimakan oleh suku kaum tertentu. Dalam pada itu belalang adalah serangga herbivora dari subordo Caelifera dalam ordo Orthoptera. Serangga ini memiliki antena yang biasanya lebih pendek dari tubuh badannya dan juga memiliki ovipositor pendek. Suara yang ditimbulkan beberapa spesies belalang biasanya dihasilkan dengan menggosokkan femur belakangnya terhadap sayap depan atau abdomen (disebut stridulasi) atau karena kepakan sayapnya sewaktu terbang. Femur belakangnya umumnya panjang dan kuat yang cocok untuk melompat. Dalam pada itu serangga ini lazimnya adalah bersayap, walaupun sayapnya kadang-kadang tidak dapat dipergunakan untuk terbang. Belalang betina pula lazimnya berukuran lebih besar dari belalang jantan. Apa pun didalam ugama Islam, Belalang adalah salah satu dari dua haiwan yang apabila telah terlebih dahulu mati masih boleh ianya dihalalkan untuk dimakan iaitu sama dengan Ikan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan akan hukum memakan belalang seperti laporan lamanweb Mufti Wilayah Persekutuan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Dalam lamanweb MuftiWP.gov.my terdapat pertanyaan apakah hukum makan belalang?. Jawapan: yang diberikan amat jelas dimana Mufti menjawab, Alhamdulillah pertama sekali bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda, para Sahabat Baginda R.A dan kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T., Hukum makan belalang secara umumnya adalah harus, dan ia disebut dalam banyak hadith, antaranya riwayat daripada Abu Ya’fur R.A, beliau berkata:
سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى عَنْ قَتْلِ الْجَرَادِ، فَقَالَ
 غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله
 عليه وسلم سِتَّ غَزَوَاتٍ نَأْكُلُ الْجَرَادَ
MaksudnyaAku bertanya ‘Abdullah bin Abi Aufa tentang membunuh belalang, dia menjawab “Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak enam kali, dan kami memakan belalang”. (Dalam riwayat Muslim, disebut sebanyak tujuh peperangan). Sahih Muslim (1952), Sunan Abi Dawud (4357), Sunan al-Nasa’ie (4357).  Manakala daripada Ibn ‘Umar R.’Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ الْحُوتُ وَالْجَرَادُ
MaksudnyaDihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang. Sunan Ibn Majah (3218). Berdasarkan hadith ini Imam al-Nawawi memfatwakan keharusan memakan ikan dan belalang meskipun tidak melalui proses penyembelihan. Hal ini kerana kedua-dua jenis binatang tersebut adalah mustahil untuk disembelih, maka syarat sembelihan itu gugur. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 9/72). Memang terdapat juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A, yang menceritakan satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat untuk mengerjakan haji dan umrah, dan mereka terserampak dengan sekelompok belalang, lalu mereka membunuhnya. Baginda SAW pun bersabda:
كُلُوهُ فَإِنَّهُ مِنْ صَيْدِ الْبَحْرِ
Maksudnya: Makanlah ia, kerana ia sama jenisnya dengan binatang buruan di laut (yang halal dimakan). Sunan Ibn Majah (3222). Ibnu Qudamah pula menyebutkan riwayat dari Ibnu Umar, bahawa suatu hari ada belalang goreng dihidangkan kepada beliau. Ibn Umar mengatakan, cara memasak belalang ialah dengan dipatahkan sayapnya, kemudian dimasukkan ke dalam minyak dan digoreng dalam keadaan ia masih hidup. (Rujuk Al-Mughni, 11/43). Oleh itu MuftiWP.gov.com menyimpulkan hukum makan belalang adalah harus berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas.

Terkini dalam laporan BERNAMA iaitu berita yang dipetik dari Bandar Jertih, Terengganu dengan tajuk artikel "Belalang Padi Sedap Dimakan Cecah RM70 sekilogram" sesuai dijadikan bahan rujukkan kali ini.  Belalang padi atau pun nama saintifiknya sebagai  Chortophaga viridifasciata semakin digemari kerana mempunyai rasa yang enak dan kini mula popular ia malah dijual hingga RM70 sekilogram. Dalam pada itu dilaporkan pihak media dan juga melalui temubual dengan wartawan Bernama dan mereka mendapati dimana satu pasangan suami isteri bernama Muhammad Salleh berumur 64 tahun dan isterinya iaitu Azizah Mat Jusoh berumur 59 tahun yang menjual belalang padi atau belalang perah. Mereka dakwa dimana permintaan terhadap serangga kecil itu sentiasa tinggi malah habis dijual tidak sampai dua jam dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Mereka dakwa dimana belalang yang mereka jual ini adalah bekalannya di sendiri dan ada sebahagiannya dibeli daripada penduduk yang mencari belalang di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Putih, Kelantan. Apa yang penting bagi dia adalah dimana dia perlu juga mendapatkan bekalan dari pelbagai sumber bagi memastikan bekalan sentiasa ada untuk dipasarkan di pasar tani Kuala Besut setiap hari Jumaat dan Isnin. Dakwanya lagi memang bukan mudah untuk mendapatkan belalang padi ini terutama pada musim hujan monsoon. Ini kerara pada musim ini belalang memang 'tidur' sahaja dan kurang aktif untuk mencari makanan kerana ia perlukan matahari dan suhu agak hangat. 

Memang agak unik apapbia dilaporkan iaitu didalam akhbar dimana harga belalang ini telah mencecah sebanyak RM70 sekilogram dan makanan belalang padi ini adalah memang sedap dimakan. Jualan diwarung mereka ini pun hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Isnin. Menurut beliau lagi belalang ini dijual dengan harga RM10 bagi 100 gram dan RM70 untuk satu kilogram. Dari segi pengalaman dilaporkan dimana usahawan Muhammad yang mula menjual belalang di pasar berkenaan sejak September 2018 dimana dia dakwa belalang tersebut boleh didapati dengan kuantiti yang banyak di rumput menerung dan di kawasan sawah selepas waktu hujan. Dakwanya belalang boleh ditangkap antara 8 malam hingga 12 tengah malam melalui dua kaedah terbaik iaitu dengan menangkap seekor demi seekor menggunakan tangan ataupun menebar jaring yang diperbuat daripada guni. Selepas belalang padi ini ditangkap maka belalang itu akan direndam didalam air dimana ia kemudian akan melalui proses menggoreng seketika sehingga warna hijau belalang bertukar kemerah-merahan sebelum dijual. Dari pengalaman beliau biasanya sebelum dimasak maka penting agar semua belalang ini masih perlu disiang dan dibersihkan sekali lagi. Memang belalang akan mempunyai sistem perkumuhan tersendiri yang mana ia perlu dibersihkan sebelum dijadikan makanan. Walau pun kerja ini nampak agak rumit tetapi pengalaman dan kesabaran beliau membolehkan kerja ini dibuat dengan teliti.

Setelah siap maka ia akan dihidangkan kepada pelanggan dimana jika dilihat beginilah rupa belalang beras yang telah siap digoreng untuk dijual kepada peminat makanan eksotik yang sempat dirakam di Pasar Minggu Kuala Besut, Besut, Terengganu. Biasanya cara untuk siang belalang ini kita hanya perlu membuang bahagian sayap dan bahagian kateh (kaki belakang untun melompat) sahaja. Kemudian barulah belalang ini boleh dimasak mengikut cita rasa yang diingini sama ada dimasak rendang, Masak kerutuk mahupun paling simpel dengan menggorengdengan garam kunyit sahaja. Kini warga emas itu yang mengakui turut menggemari belalang tersebut berkata ia sesuai digandingkan bersama nasi dan pulut sudah mengetahui rupanya memang telah ada ramai yang meminati memakan belalang kunyit istimewa yang kaya dengan sumber protin ini. Sebenarnya makanan seperti belalang, lipas, jengking, semut, kerengga dan beberapa serangga lain sudah lama popular dinegara jiran seperti diThailand, Kambodia, Vietnam sebagai makanan yang dijual dan  digemari orang di negara tersebut. Dalam pada itu wartawan menebual seorang  peminat tegar makanan eksotik itu bernama Che Ismail Rajab berumur  63 tahun dan dia telah berkata dimana belalang adalah makanan kesukaan sejak zaman dahulu namun sukar didapati dan bermusim. Dakwanya lagi pada masa dulu-dulu belalang ini dijadikan makanan kerana sumber makanan tidak banyak seperti sekarang. Kini makanan eksotik seperti ini sukar diperoleh dan hanya dijual di sesetengah tempat sahaja. Kepada peminat lain di gerai jualan iaitu Puan Fazira Wahida Jaiz berumur 26 tahun pula terkejut apabila melihat belalang tersebut dijual oleh pasangan berkenaan dan pengalaman pertama itu membuatkan beliau bertindak memuat naik dan berkongsi gambar belalang tersebut di laman sosialnya, namun tidak menyangka ia berjaya menarik perhatian ramai yang ingin mengetahui lokasi penjualan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca aniim agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
MAKAN BELALANG... APAKAH HUKUMNYA...
MUFTI WILAYAH...MEMBERI JAWAPANNYA...
HUKUMNYA HARUS... HALAL PUN ADA...
SAMA DENGAN IKAN...MATI PUN TAK APA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Safar 1441H).
Duduk Rumah... kita mesti menang.. dari pandemik covid19

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...