Support My Blog

Wednesday, November 20, 2019

LORI KECIL KEBUN NANAS GAMBUT

LORI KECIL untuk kebun nanas mempunyai banyak jenis kegunaan daripada mengangkut bahan input, tong racun, pekerja sehingga kepada paling utama pengangkutan buah nanas. Sebenarnya sistem pengangkutan didalam kebun nanas ini ada berbagai jenis jentera, peralatan dan juga kenderaan komersil. Penanam nanas komersil ada yang menggunakan Ceketeng (Sila lihat foto paling bawah), Motorsikal, Motorsikal dengan Treler, Lori, Badang, Kereta Sorong, Basikal dan sebagainya diladang mereka. Tanaman nanas di tanah gambut (Peat Soil) ini mempunyai banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi didalam pekebun nanas menghasilkan buah nanas segar yang berkualiti dan mendapantkan keuntungan kepada pengusahanya. Dikalangan mereka ada menggunakan pelbagai jenis lori akan tetapi dalam tinjauan penulis blog dikawasan utama penanaman nanas seperti di Simpang Rengam, Parit Ghani, Parit Mandirono, Parit Sikom dan banyak lagi  kawasan tanah gambut mereka memilih jenis lori yang RINGAN, MUDAH MASUK LADANG, MUATAN SEDERHANA dan MUDAH DISELENGGARA. Pilihan salah satu usahawan muda di Parit Ghani adalah menggunakan kereta Daihatsu Model Hijet. Walau pun ada pekebun disekitar kampung ini yang membeli lori kecil model lain tetapi bagi Encik Jumaat ia amat sesuai membelu lori kecil 'secong hand' atau lori terpakai ini. Jika lori tersebut sudah tidak boleh diguna maka ia akan memperbaikinya sama ada menukar injin atau pun menukar 'spare part' lain yang sesuai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan menulis bagaimana lori kecil Daihatsu Hijet ini beropersi dikebun nanas tanah gambut untuk dijadikan bahan rujukkan.


Kenderaan keluaran kilang Daihatsu kebanyakannya adalah jenis yang 'compact' dan ringan sehingga kepada yang canggih. Mereka mengeluarkan pelbagai jenis keenderaan daripada kereta, van, lori sehingga kepada jenis keenderaan SUV dan sebagainya. Kilang dari Jepun ini ada keluarjan Model Hijet untuk Lori, Lori Kecil dan juga Van yang dibawa masuk ke Malaysia semenjak awal 1980an lagi. Model Lori Kecil ini daripada 660 cc kepada 1600 cc mempunyai pelbagai variasi yang sesua untuk dijadikan kenderaan mengangkut barang dagangan (Sila lihat foto disebelah). Kalau dikawasan bandar lori jenis ini banyak digunakan dan disesuaikan dengan konsep 'Food Truck' kerana ia mempunyai strtitur body yang rendah dan sesuai untuk perniagaan makanan. Selain itu lori Daihatsu Hijet ini sering digunakan oleh penjaja ikan dan sayur untuk bergerak daripada satu taman perumahan kepada taman perumahan lain. Dalam industri IKS dan Kilang Kecil juga lori kecil ini sesuai digunakan kerana ia memerlukan space kecil untuk parking dan memasukki kawasan kilang IKS yang kecil dibeberapa kompleks tapak IKS yang disediakan. Pada tinjauan penulis blog memang ramai usahawan kecil yang membeli lori kecil seperti model ini untuk perusahaan mereka. Mengikut Model Hijet, harga keenderaan ini berbeza mengikut model, tahun dibuat, penggunaan, aksessori dan juga lokasi. Dalam tinjauan di lamaneb jualan kenderaan ia dijual semyrah RM2,500 (Model 1998) kepada RM28,000 (Model 2019) bagi yang second hand.


Lori ini kebanyakannya adalah berwarna putih (tidak pasti kenapa pengilang mengecat putih krim) adalah jenis lori yang rendah dan mudah digunakan ketikan membuat 'loading' dan tujuan menurunkan barang. Bagi En Jumaat beliau akan mencari lori Daihatsu Hijet buatan tahun 1990'an yang murah tetapi didalam keadaan baik dan kemudian diperbaiki bahagian injin dan badannya (yang karat akan di welding semula) agar ia kukuh dan sesuai digunakan. Perkara penting bagi kegunaan diladang nanas adalah semestinya dibahagian belakang lori yang akan dipasang dinding kayu untuk mengisi buah nanas (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada keadaan lori tersebut biasanya kos membaiki semula lori second-hand ini sehingga mencecah lebih RM5,000. Apa yang penting adalah ia sesuai digunakan dikebun nanas seluas 60 ekar di Kg Parit Ghani, Pontian, Johor yang menanam nanas Moris dan Josapine serta N36. Sehingga kini beliau mempunyai 4 biji lori jenis ini dan sedang mencari beberapa lagi untuk kegunaan kebun nanas lain dikawasan yang baru dibuka.


Lori kecil Daihatsu Hijet diladang tanah gambut nanas ini mudah dikendalikan oleh dia sendiri dan pekerja upahan seramai 18 orang. Pekerja upahan ini terdiri dari penduduk kampung dan juga pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh. Mereka mampu memandu sendiri lori kecil ini dengan mudah dan membawa muatan kekebun nanas seperti baja sebelum menaburnya. Semasa aktiviti menuai buah nanas, pekerja akan memotong tangkai nanas dan membawanya dengan bakul nanas ketepi jalan. Bakul buah nanas ini selalu dipanggil sebagai 'Bakul Lajung' dikalangan pekebun nanas. Pekerja yang memandu lori ini akan menaikkan buah nanas keatas lori dengan menyusun mengikut gred. Ini memudahkan pemasaan dipusat pengumpulan (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada saiz buah biasanya ia mampu memuatkan diantara 150 - 450 biji nenas mengikut saiz dan varieti. Apa yang penting adalah ketia meletakkan lori hijet ini jangan berada ditepi jalan kerana ia membolehkan tayar terbenam dikawasan tanah gambut yang lembut. Uniknya menurut En Jumaat kalau lori Daihatsu Hijet ini masih kosong dan terbenam ia boleh ditolak keluar oleh 2 orang sahaja. kalau sudah berisi buah nanas dan terlalu berat masa buah nanas tersebut dikeluarkan dahulu dan kemudian ditolah secara manual sahaja. Artikel ini memberikan info bagaimana penggunaan lori sesuai untuk kegunaan ladang nanas ditanah gambut hasil tinjauan dan temubual dengan usahawan nanas di Johor untuk rujukkan anda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MENUAI NANAS... GAMBUT TANAHNYA...
LORI KECIL... SESUAI RINGAN DIGUNA...
DAIHATSU HIJET ... ITULAH JENAMA... 
KEGUNNAN LADANG... PETANI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 102, T5 Boutique Hotel, 
Bandar Pontian,
Johor, Malaysia.
(16 Rabiulawal 1441H).
Posted from:
Room 102, Xaviers Club House,
Materson Ave., Cagayan de Oro,
Misamis Oriental, Philipines.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...