Support My Blog

Thursday, November 7, 2019

BAJA FOLIAR dan BAJA ORGANIK - CARA GUNA

BAJA FOLIAR DENGAN BAJA ORGANIK merupakan satu dari komponen amalan agronomi tanaman makanan yang penggunaannya adalah signifikan. Baja foliar adalah baja yang larut dalam air kosong dan cara menggunaannya dengan menyembur kepada bahagian hijau pokok dalam bentuk cecair. Ianya berbeza dengan baja butir yang sering digunakan oleh pengusaha kebun sayur dimana ia selalunya ditabur diatas taah atau dimasukkan kedalam tanah. Apabila semburan cecair baja foliar dilakukan lazimnya baja tersebut akan memasuki daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata. Kadar keberkesanan penggunaan baja foliar adalah tinggi berbanding baja biasa kerana akan berlaku sentuhan fizikal baja ke sel tumbuhan berlaku sepenuhnya. Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhanBaja Organik pula adalah baja jenis semula jadi yang dihasilkan menggunakan daripada bahan organik yang mengalami proses pereputan dan akhirnya menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Secara saintifiknya Baja Organik asli termasuklah baja seperti tinja (tahi ayam), tahi kambing, kompos cacing, gambut, rumpai laut, kumbahan organik dan guano. Selain itu juga ada saintis yang mendakwa dimana bahan galian asli seperti Fosfat batu lombong, sulfat potash dan Batu Kapur (GML) juga dianggap sebagai baja organik. Dalam pada itu penulis blog dapati dimana terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah, serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu juga dikatakan dimana ada jenis enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik. Biasanya kedua-dua jenis baja iaitu Baja Foliar dan Baja Organik digunakan untuk tanaman makanan seperti sayur buah, sayur daun, ulaman dan juga tanaman buah-buahan selain daripada tanaman ornamental. Artikel malam Isnin ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan perkara berkaitan baja foliar dan baja organik serta bagaimana cara penggunaannya untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Apa yang kita perlu tahu dimana kini ada terdapat 2 jenis baja foliar iaitu Baja Foliar BUKAN ORGANIK dan juga Baja Foliar ORGANIK. Baja foliar organik ialah baja foliar yang telah dicampurkan bahan nutrient dari sumber lautan dan diformulasikan dalam bentuk mudah serap oleh tumbuhan mana kala jenis baja foliar bukan organik merupakan campuran unsur Nitrogen (N), Kalsium (Ca), Boron (B), Ferum (Fe), Potassium (K) yang disediakan oleh pihak pengeluar baja dalam bentuk cecair berkepekatan tinggi dan mudah serap oleh akar dan daun anak pokok. Apa yang ditulis pada label secara umumnya kesan utama untuk penggunaan baja foliar adalah ianya akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan. Kadar untuk resapan nutrien pada anak pokok juga cepat dan tinggi sekaligus ianya boleh memberi penyelesaian kepada masalah kekurangan zat nutrient seperti kekurangan Kalsium, Ferum dan Potassium yang akhirnya menyebabkan pokok layu, kekuningan dan akhirnya mati. Dipasaran apa yang selalu diwar-warkan adalah dimana ada 2 (dua) jenis baja foliar bukan organik yang disyorkan oleh penjual iaitu Jenia Super Kalsium bersama Boron dan juga jenis Super Power K. Penulis blog mendapati dimana kedua dua jenis baja foliar ini menggunakan teknologi dipelopori dari negara Thailand dan terkini telah pun dipatenkan di Malaysia. Ramai petani terutama penanam sayur menggunakan kedua-dua baja ini seperi lawatan enulis di beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan juga beberapa kawasan sayuran komersil lain


Daun Hijau mempunyai lubang transcuticular (lubang yang terletak diantara struktur sel) dan juga liang stomata dimana apabila nutrien yang di sembur boleh masuk melalui liang-liang tersebut. Lubang transcuticular ada di bahagian atas dan dibahagian bawah daun dimana ia akan sentiasa terbuka yag membolehkan nutrien akan masuk melalui liang ini. Liang Stomata lebih banyak wujud pada bahagian bawah daun dimana ia yang terbuka pada awal pagi atau lewat petang amat berkesan untuk proses penyerapan nutrien. Amalan Agronomi yan penulis blog faham dimana masa paling tepat atau paling sesuai unuk menyembur bja foliar adalah pada AWAL PAGI atau LEWAT PETANG. Masa ini adalah sangat berkesan ia lebih efektif melalui daun berbanding akar. Rumput pastura dan juga pokok tebu, mempunyai stomata dibhagian atas dan bawah daun jadi tak perlu menyembur satu bahagian bawah sahaja. Penulis blog faham dimana bukan hanya di daun sahaja pokok menyerap nutrient akan tetapi dari laporan kajian ada menunjukkan pada bahagian Tunas, Ranting, Batang, Bunga dan Buah menujukkan penyerapan nutrien ini memang berlaku. Kajian menemui dimana bagi penyemburan boron pada jenis pokok daun luruh seperti Cherry dapat menghasilan pembentukan bunga yang bagus dan banyak (dan kaedah ini penting dalam industri penanaman cherry). Beberapa tanaman lain terutama sayuran jenis daun juga memberikan kesan yang signifikan apabila baja foliar High Ca + B atau High K ini digunakan oleh petani. 


Pengesyoran syarikat pengeluar baja foliar selalu ada menyatakan dimana  penggunaan agent perekat (sticker agen) boleh meningkatkan lagi tahap kecekapan pembajaan foliar. Amalan ini adalah satu idea yang terbaik untuk meningkatkan lagi kecekapan dimana kerana ini pengambilan nutrient akan memberi kentungan kepada kaedah pembajaan cecair foliar. Teknologi pembajaan foliar bukan hanya sekadar baja tambahan atau sampingan akan tetapi ia memang boleh mengantikan cara pembajaan secara tradisi melalui akar. Pembajaan melalui foliar adalah sangat sempurna bagi merawat kesan kekurangan mikro element dari masalah tanah. Biasanya jenis tanah seperti tanah di kawasan tanah gambut dimana asas pemberian mikro nutrient terus pada daun adalah salah satu “short-cut” yang paling baik. Begitu juga pembajaan unsur utama seperti unsur Kalsium (Ca) disembur terus kepada buah iaitu apabila ia diperlukan, walaupun dalam keadaan kadar serapan yang perlahan. Pembajaan boron secara foliar pada tomato sebelum berbunga, menghasilkan pertambahan hasil buah yang banyak, dan ini terhasil dari kualiti bunga yang terbentuk. 


Bagaimana pun ada kelemahan aplikasi pembajaan foliar. Ini apabila aplikasi foliar ini tidak langsug melibatkan masa dan peralatan seperti sistem fertigasi. Walau bagaimanapun semasa membuat tinjauan teknikal dibanyak lokasi penanaman sayur komersil, penulis blog mendapati dimana memang ada beberapa kes yang mana ia menyebabkan pengurangan pengambilan mineral lain. Kekurangan ini adalah biasanya penyerapan melalui tanah adalah secara antagonis (antagonis ialah pengurangan ketersediaan unsur disebabkan tindakan nutrient lain). Oleh itu di atas kelemahan yang kecil ini maka ini akan terus  menjadikan ianya satu faktor yang pembajaan melalui tanah atau fertigasi adalah lebih bagus walaupun selalunya banyak melibatkan kos sebelumnya. Inilah masanya lebih ramai para petani menggunakan kaedah aplikasi foliar. Cara ini akan menyebabkan akan nilai penyerapan nutrient yang cekap melalui kaedah ini adalah memang berbaloi berbanding kos dan masa dari kaedah yang lama. Begitu juga masalah lain seperti dengan nilai NPK dengan pekatan yang tinggi juga berpotensi menyebabkan kesan terbakar pada pokok disebabkan kandungan garam dan asid yang tinggi. Didakwa dimana slalunya masalah ini menyebabkan kaedah penggunaann jenis foliar ini memerlukan jadual kekerapan semburan yang tinggi berbanding kaedah baja melalui akar dan tanah.


Mengenai penggunaan baja foliar dengan baja organik dalam masa yang sama semasa adalah tidak menjadi isu. Ada beberapa petani seperti penanam sayur dn penanam nanas dimana mereka ada menggunakan baja foliar sekali dengan baja organik. Bagaimana pun adalah dinashatkan agar mereka menggunakan tong semburan berbeza atau dibilas dahulu selepas mengguna tong tersebt untuk racun kimia yang lain. Sebaiknya tong semburan baja foliar dan baja organik mesti mengunakan tong yang berbeza. Begiktu juga jika hendak melakukan sembuan baja foliar mesti membaca apa yang diterangkan pada label. Label tersebut memberi penerangan akan kadar bancuhan yang sesuai dimana ini penting untuk petani ini mendapatkan kesan paling optima. Lazimnya baja foliar jenis cecair yang diformulasikan dengan nutrien yang sempurna dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuhan. Kandungan utama adalah 25 peratus unsur kalsium, 10 peratus unsur boron, 64 peratus bahan lengai nano universal. Unsur kimia yang terkandung didalam baja foliar Super Cal: Calcium Boron ini sesuai untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok, menggalakkan pengeluaran bunga dan menguatkan tangkai buah, mengurangkan kadar kekurangan kalsium & boron dan meningkatkan hasil tanaman. Hampir keseluruhan tanaman akan mengalami masalah kekurangan unsur kalsium dan boron terutama pada musim hujan.


Dalam pada itu dipasaran sering kita dengar akan jenis Baja Foliar Super K dimana ia diformulasikan dari unsur Potassium sebanyak 46 peratus dan unsur bahan lengai nano universal sebanyak 54 peratus. Ianya membantu mengalakkan pengeluaran bunga, menguatkan tangkai bunga dan putik, menambah kandungan brix bagi buah rock melon, memelihara kandungan kualiti buah dan sekaligus meningkatkan hasil tanaman. Baja foliar Super Power K sesuai diaplikasikan kepada tanaman cili kulai, cili padi, melon dan rock melon, buah sayuran seperti tomato, timun, terung dan lain lain. Applikasi penggunaan Super Power K boleh mengatasi masalah kekurangan unsur potassium. Unsur Potassium atau Kalium adalah unsur yang mudah bergerak mengikut pergerakkan air atau erti kata lain mudah hilang atau tercuci dari tanah terutama pada musim hujan. Apabila Potassium @ Kalium kurang di dalam tanah, maka akar pokok tidak dapat menyerap unsur tersebut ke dalam batang dan dialirkan ke daun pokok semasa proses fotosintesis. Ianya akan menyakibatkan gejala “daun kekuningan”. Sekali gus tumbuhan menjadi kerdil dan bantut serta tidak kuat apabila ditiup angin (mudah rebah). Bagi tanaman cili kuali dan cili padi, baja foliar Super Power K boleh digunakan 7 hari sekali selepas anak pokok berbunga dan bagi tanaman rock melon pengusaha boleh menggunakkannya 7 hari sekali selepas putik buah rock melon kelihatan. Manakala bagi tanaman tomato, timun, terung dan lain lain sayuran berbuah, baja foliar jenis Super Power K ini boleh digunakan 7 hingga 10 kali sehari. Baja foliar Super Power K boleh digunakan bersama racun serangga, racun kulat atau apa-apa racun pertanian yang sesuai. Sukatan yang disyorkan adalah 30 ml baja foliar dicairkan bersama 20 liter air kosong. Campuran tersebut disembur ke bahagian daun dan batang anak pokok. Harga jualan adalah disekitar RM 25.00 untuk 1 Liter. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA FOLIAR... CECAIR BENTUKNYA...
DISEMBUR DIDAUN... ADA KESANNYA...
MUDAH DIGUNA... PELBAGAI JENAMA...
CARI FORMULAS...BETUL CARA GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11/14, Precint 11, Purajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...