Support My Blog

Monday, November 11, 2019

CENDOL SEGERA - INOVASI MARDI

CENDOL adalah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara. Penulis blog mmemang suka mengambil minuman cendol terutama semasa musim panas. Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera penjamunya. Dalam pada itu bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia akan dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis memang ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan.  Cendol juga merupakan pencuci mulut ikonik yang kini telah diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Cendol dihasilkan menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menekan adunan atas pengayak untuk ianya membentuk adunan sebelum dipotong ke dalam air ais. Kekangan ke atas kaedah pemprosesan ini adalah tempoh pemprosesan yang memakan masa dan memerlukan kekuatan tangan untuk menekan doh. Cendol yang dihasilkan juga mempunyai jangka hayat yang pendek kerana kandungan lembapan yang tinggi (kurang 90%). Oleh itu, cendol perlu disimpan sejuk untuk tujuan pemasaran. Ia perlu direndam dalam air untuk tujuan ini bagi mengelakkannya melekat sesama sendiri dan sekali gus mempengaruhi kestabilan penyimpanan cendol. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kehebatan minuman cendol dan inovasi "Cendol Segera" oleh MARDI yang telah memenangi Pertandingan Pameran Antarabangsa Ciptaan, Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2018 untuk rujukkan anda.

Dalam mereka mencipta inovasi 'Cendol Segera" dimana maksud cendol segera ialah produk cendol kering hasil teknologi penggelatinan cepat, dibungkus bersama pek sirap gula apong (nipah) dan serbuk santan (Sila anda lihat foto disebelah). Pengaplikasian kaedah penggelatinan cepat dalam pemprosesan didakwa telah berjaya menyingkatkan masa pemprosesan cendol dengan ketara. Penghasilan cendol kering mengandungi tahap lembapan yang rendah (kurang 10%) sekali gus dapat meningkatkan kestabilan jangka hayat cendol. Tambahan pula cendol kering ini lebih mudah untuk dikendalikan dari segi penyimpanan iaitu pada suhu bilik dan tidak memerlukan penyimpanan pada suhu sejuk. Cendol segera amat sesuai bukan sahaja untuk pembelian runcit bahkan pembungkusan secara pukal tanpa kondimen. Ini secara langsung berjaya memvariasikan penggunaan cendol sekali gus meningkatkan peluang pemasaran cendol ke peringkat global. Cendol segera dihasilkan untuk menampilkan imej baru pencuci mulut ikonik warisan Malaysia dan menjadikannya lebih berpotensi dari sudut ekonomi. Kaedah pemprosesan cendol yang diperkenalkan melibatkan penggunaan alat dan mesin yang minimum, meningkatkan produktiviti pemprosesan, mengurangkan kadar sisa pengeluaran dan kos yang efektif.  Cendol segera boleh disediakan hanya dengan menghidrasi cendol kering sama ada menggunakan rebusan air atas dapur atau boleh juga memasak rebusan air dalam ketuhar gelombang mikro selama 15 - 20 minit sebelum dihidangkan. Selain itu penulis blog dapati cendol kering boleh digoreng dalam minyak yang panas untuk ia menghasilkan snek cendol. Cendol segera juga sesuai dinikmati oleh semua golongan kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bebas gluten dan tiada bahan pengawet kimia tambahan.

Kini MARDI berjaya mencipta Cendol Segera pertama di Malaysia yang telah dilancarkan sempena MAHA 2018 di MAEPS Serdang. Apa yang selalu kita dengar dimana makanan dalam pek segera ini selalu dimakan apabila dipanaskan. Memerlukan kira-kira 3 minit untuk dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro kebiasaannya daripada hidangan mi, pasta dan nasi sahaja. Namun anda pernah dengar makanan segera daripada hidangan sejuk atau berasaskan ais seperti Air Batu Campur dan Cendol?.  Cendol yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah konvensional ini adalah satu jenis cendol kering hasil teknologi penggelatinan cepat yang dibungkus bersama pek sirap gula apong (nipah) dan serbuk santan sama seperti hidangan cendol yang boleh didapati di kedai biasa. Kekangan yang berlaku sebelum kaedah ini diperkenalkan dengan mudah dapat diatasi. Diantaranya ialah dengan meningkatkan produktiviti dimana sebelum kaedah konvensional ini diperkenalkan biasanya cendol perlu ditekan adunannya di atas pengayak untuk membentuk adunan sebelum dipotong ke dalam air ais dan proses ini memerlukan masa yang lama selain daripada kekuatan tangan untuk menekan doh tersebut. Selain daripada boleh dihasilkan dalam masa yang singkat dan kuantiti yang banyak, kaedah konvensional ini turut mengurangkan kos pembuatan kerana menggunakan alatan dan mesin yang minimum.

Faedah inovasi lain adalah dimana ia dapat memanjangkan jangka hayat cendol. Ini adalah disebabkan kadar kelembapan cendol melebihi 90% dimana biasanya cendol perlu disimpan di tempat sejuk dan direndam dalam air bagi mengelakkan melekat sesama sendiri selain daripada menjaga kestabilan penyimpanan cara hidangan ini. Sekarang dengan inovasi cendol segera dalam bentuk kering (kadar kelembapan kurang daripada 10%), pengguna boleh menyimpan pada suhu bilik sahaja tanpa risau mengenai kondisinya. Cendol kering ini boleh direbus atau kukus untuk digunakan (Sila lihat foto disebelah).  Pembaharuan ini bersesuaian untuk bukan sahaja untuk meningkatkan kadar ekonomi, tetapi juga sebagai peluang untuk semua memasarkan cendol ke peringkat global dan mampu  dalam memvariasikan penggunaannya. Jika ditanya apa keistimewaan cendol segera ini, jawapannya pastilah senang sahaja untuk dimakan. Kita hanya perlu boleh menggunakan rebusan air untuk melembapkan cendol, anda boleh menikmati hidangan pencuci mulut ini bila-bila sahaja yang anda mahukan. Cendol kering ini juga boleh digoreng untuk dijadikan sebagai snek yang sesuai untuk dinikmati semua golongan kerana tiada percampuran bahan gluten dan pengawet kimia tambahan. Ia memang mudan dan selepas ini tidak perlulah anda keluar mencari gerai menjual cendol semata-mata kerana teringin. Beli dan simpan sahaja stok cendol kering ini untuk anda makan pada bila-bila masa sahaja yang mahu.

Kehadiran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar dan berkata cendol segera adalah cendol kering hasil teknologi penggelatinan cepat, dibungkus bersama pek sirap gula apong (nipah) dan serbuk santan (Sila lihat foto disebelah). Kini cendol adalah pencuci mulut ikonik yang diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara. Kaedah dalam penggelatinan adalah cepat dan pemprosesan berjaya menyingkatkan masa proses cendol dengan ketara. Penghasilan cendol kering yang mana ia mengandungi tahap lembapan rendah (kurang 10 peratus), sekali gus meningkatkan kestabilan jangka hayat cendol. KSN berkata demikian kepada media selepas pelancaran Inovasi Cendol Segera Mardi yang penulis blog hadir sama. Dakwa KSN dimana cendol kering lebih mudah dikendalikan dari segi penyimpanan iaitu pada suhu bilik dan tidak memerlukan penyimpanan pada suhu sejuk. Kini cendol segera dihasilkan untuk tujuan menampilkan imej baharu pencuci mulut ikonik warisan Malaysia dan akan menjadikannya lebih berpotensi dari sudut ekonomi. Dalam pada itu kaedah pemprosesan cendol yang diperkenalkan membabitkan penggunaan alat dan mesin yang minimum, meningkatkan produktiviti pemprosesan, mengurangkan kadar sisa pengeluaran dan kos yang lebih efektif. Cendol kering juga boleh digoreng dan dijadikan snek kerana bebas bahan gluten serta tiada pengawet kimia tambahan. Dalam pada itu produk ‘Cendol Segera’ menang dua anugerah antarabangsa pada ITEX 2019.  Pertandingan tersebut berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kini program kerjasama MARDI-Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ini diketuai pegawai penyelidik prinsipal Dr Chua Hun Pin telah berjaya memenangi Anugerah Emas Inovasi dan Anugerah Produk Inovatif Malaysia. Cendol Segera ialah cendol kering hasil teknologi pengelatinan cepat dengan kandungan lembapan yang rendah di bawah 10 peratus. Inovasi ini berjaya didalam meningkatkan kestabilan jangka hayat cendol dan berjaya memudahkan penyimpanan pada suhu bilik tanpa ianya memerlukan kemudahan penyimpanan suhu sejuk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
CENDOL SEGERA...SUDAH DICIPTA...
KAJIAN MARDI... MUDAH IA DIBAWA...
ANUGERAH I-TEX...ITU KEJAYAANYA...
BACA ARTIKEL...RASA HENDAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 508, Executive Suite Room,
The Putra Regency Hotel,
Kangar, Perlis,
Malaysia.
(6 Ramadan 1440H).
Posted from,
Room 102, T5 Boutique Hotel,
Pontian, Johor.
14 RabiulAwal 1441H.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...