Support My Blog

Monday, November 4, 2019

KADARIA 1 - VARIETI PADI HIBRID BARU

KADARIA 1 adalah satu varieti padi hibrid terbaru hasil penyelidikan mARDI yang dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di MARDI Serdang [ada 31 Oktober 2019. Padi hibrid pertama yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dinamakan sebagai Kadaria 1 iaitu nama salah satu kawasan jelapang padi Malaysia di Kelantan iaitu KADA (Kemubu Agriculture Development Authority). Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub ketika melancar dan menamakan padi hibrid itu bersempena majlis Sambutan 50 Tahun MARDI di Serdang hari ini berkata ia merupakan pencapaian terbaik MARDI setakat ini dan sesuatu yang dinanti-nantikan para pesawah. Dakwanya padi hibrid ini telah terbukti dapat menghasilkan tujuh hingga lapan metrik tan sehektar dan penemuan ini adalah hasil penanaman padi tersebut di Ladang Merdeka Mulong, Kota Bharu, Kelantan. Pada masa ini pihak kementerian juga akan menggalakkan para pesawah untuk menanam padi Kadaria 1. Beliau berkata demikian didalam sidang media selepas majlis Sambutan 50 Tahun MARDI dimana Salahuddin berkata sebahagian besar peruntukan RM43 juta di bawah pembangunan Industri Pertanian 4.0 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 akan dimanfaatkan oleh para saintis di MARDI. Peruntukan itu akan membolehkan MARDI menjalankan penyelidikan menghasilkan dan dapat mengeluarkan benih atau baka varieti baharu di sektor agromakanan. Pada masa ini ramai saintis MARDI yang akan pastikan tiada halangan untuk mereka terus berkarya dan menghasilkan kajian mereka. Yang penting bagaimana kita memikirkan menghasilkan kajian itu dapat cepat dikomersialkan. YB Menteri juga turut melancarkan Buku 50 Tahun Menabur Bakti dan Pelan Strategik Korporat MARDI 2021-2030. Turut hadir Ketua Pengarah MARDI Datuk Mohamad Roff Mohd Noor dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pertanian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan leporan media menhenai pelancaran varieti padi hibrid terbadu di Malaysia iaitu Kadaria 1 untuk bahan rujukkan anda semua.

Media Berita Harian dengan tajuknya "Kadaria 1 tingkatkan hasil padi 10 tan sehektar" melaporkan dari Serdang, Selangor dimana padi hibrid pertama yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dinamakan sebagai Kadaria 1. Penanaman padi itu yang mampu mengeluarkan tuaian sehingga 10 tan sehektar, akan diperluaskan ke seluruh negara, tahun depan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata tumpuan penanaman varieti itu adalah di kawasan rendah hasil tuaian padi untuk meningkatkan pendapatan pesawah. Ia berikutan projek perintis di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan berjaya meningkatkan pengeluaran padi sehingga lapan tan sehektar berbanding empat tan sebelum ini. Di kawasan Tanjong Karang, Selangor, ia mampu mengeluarkan hasil sehingga 10 tan sehektar. “Varieti padi Kadaria 1 dituai selepas 120 hari penanaman dan kita akan memperluaskan penanaman di kawasan lain khususnya kategori tuaian rendah musim penanaman kedua, Oktober tahun depan. Di KADA, pesawah berpuas hati dengan benih itu selepas dua musim penanamannya,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancar dan menamakan padi hibrid itu bersempena majlis Sambutan 50 Tahun MARDI di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, hari ini. Mereka yang turut hadir, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Roff Mohd Noor. 

Sementara itu, Mohamad Roff berkata Kadaria 1 adalah varieti padi ke-50 negara yang terbukti berkesan meningkatkan tuaian pesawah. “Untuk akan datang kita berusaha menghasilkan varieti padi mampu mengeluarkan hasil 15 tan metrik sehektar dan kajian mengambil masa lapan tahun. “Ini tidak mustahil tercapai kerana sebelum ini pun ramai yang tidak yakin kita mampu hasilkan varieti padi mampu hasilkan 10 tan sehektar tapi kita berjaya,” katanya. Dalam pada itu pembangunan varieti padi hibrid dimulakan MARDI sejak 2007 membabitkan ribuan induk mandul jantan dan induk penyenggara tempatan, sehinggalah berjaya menghasilkan varieti MR12H iaitu hasil kacukan 0025A dan 004R. Antara kelebihan varieti padi ialah matang lebih awal dan tahan atau rintang terhadap penyakit karah. Ia sesuai ditanam di kawasan sederhana subur. Beras daripada padi ini kategori panjang dan tirus sesuai untuk pasaran tempatan. Tekstur nasi seroi selepas dimasak dan usaha pembangunannya mengambil masa selama 21 musim.  Teknologi penanaman padi ini berlainan daripada padi biasa. Antaranya, petani tidak boleh menggunakan benih sedia ada, perlu membeli benih hanya 40 kilogram (kg) bagi satu hektar yang memerlukan petani menggunakan kaedah mencedung menggunakan mesin jentanam.  BERNAMA.

Akhbar Harian Metro pula dengan tajuk "Padi hibrid pertama dinamakan Kadaria 1" melaporkan perkara sama. Dakwanya padi hibrid pertama yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dinamakan sebagai Kadaria 1. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub ketika melancar dan menamakan padi hibrid itu bersempena majlis Sambutan 50 Tahun MARDI di Serdang, hari ini berkata, ia adalah pencapaian terbaik MARDI setakat ini dan sesuatu yang dinanti-nantikan pesawah. “Padi hibrid ini telah terbukti dapat menghasilkan tujuh hingga lapan metrik tan sehektar,” katanya yang memberitahu penemuan itu adalah hasil penanaman padi di Ladang Merdeka Mulong, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkata, kementerian juga akan menggalakkan pesawah untuk menanam padi Kadaria 1. Dalam sidang media selepas majlis Sambutan 50 Tahun MARDI itu, Salahuddin berkata, sebahagian besar peruntukan RM43 juta di bawah pembangunan Industri Pertanian 4.0 yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 akan dimanfaatkan oleh saintis di MARDI.Beliau berkata, peruntukan itu akan membolehkan MARDI menjalankan penyelidikan menghasilkan dan mengeluarkan benih atau baka baharu di sektor agromakanan. “Mereka (saintis MARDI), saya akan pastikan tiada halangan untuk terus berkarya dan menghasilkan kajian mereka. Yang penting bagaimana kita memikirkan menghasilkan kajian itu dapat cepat dikomersialkan,” katanya. Pada majlis itu, Salahuddin turut melancarkan Buku 50 Tahun Menabur Bakti dan Pelan Strategik Korporat MARDI 2021-2030. Turut hadir Ketua Pengarah MARDI Datuk Mohamad Roff Mohd Noor.

Menarik juga akhbar Borneo Post dengan tajuk berita "MARDI first hybrid paddy named Kadaria 1" dimana berita dari Serdang dipetik semasa sidang media.  The first hybrid padi developed by the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Mardi) has been named Kadaria 1.  Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Salahuddin Ayub said this was the best achievement of Mardi so far and it is something padi farmers have been waiting for, when launching and naming the hybrid padi in conjunction with 50th anniversary celebration of Mardi. “The hybrid padi has been proven to yield eight tonnes per hectare when planted at Ladang Merdeka Mulong in Kota Baharu, Kelantan,” said Salahuddin. He said the ministry would be encouraging padi farmers to plant Kadaria 1. At a media conference after the anniversary celebration, Salahuddin said a large portion of the RM43 million allocation under Agriculture Industry 4.0 development as announced under Budget 2020 would benefit scientists in Mardi. He said the allocation would enable Mardi conduct research to produce new seeds and breeds in the agrofood sector. “I will make sure they (Mardi scientists) would be able to continue with their research. We shall now look into commercialising the success,” he said. At the ceremony, Salahuddin also launched Mardi’s 50th Anniversary Book and Mardi’s 2021-2030 Corporate Strategic Plan. Also present was Mardi director-general Datuk Mohamad Roff Mohd Noor.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PADI HIBRID...VARIETI KADARIA 1...
PENYELIDIKAN MARDI... BERJAYA...
POTENSI 10 MT...SUDAH DICUBA...
DAPATKAN BENIH.. PESAWAH SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, 
Malaysia.
(6 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...