Support My Blog

Wednesday, July 31, 2019

PANDUAN TANAM DURIAN - TANAH CERUN?

TANAMAN DURIAN (Durio zibethinus) di kawasan tanah rata dan tanah bercerun merupakan satu perkara yang telah lama dibincangkan. Penanaman durian secara tradisional kebanyakannya berad dikawasan tanah kampong berada disepanjang sungai sebeum ianya dikomersialkan secara luas ditanag rata atau tanah berbukit. Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Johor (Jementah) antara bbeberapa negeri yang luas penanaman durian dikawasan berbukit dan bercerun. Pada penulis blog anim agro yang telah menulis lebih dariada 250 artikel mengenai tanaman durian memang faham industri durian merupakan satu industri yang kini semakin popular dikalangan petani di Malaysia semenjak harga pasaran durian premium melonjak akibat pasaran keluar negara khususnya ke negara China. Pokok durian adalah sejenis pokok tumbuhan dari keluarga Malvaceae iaitu sejenis buah tropika yang dipercayai berasal atau natif dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. Buah durian memang sejenis buah yang telah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia dan negara jiran terutama di Thailand. Nama durian sendiri penulis blog percaya berasal dari bahasa Melayu iaitu ''Duri'' atau 'buah berduri' menjadi durian. Pada masa ini negara Thailand dilaporkan adalah pengeksport terbesar buah durian segar di dunia dengan beberapa varieti seperti Chanee, KanYou dan Munthong. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi bagaimana durian Thailand ini dieksport bermula daripada petik buah dipokok sehingga digred, dirawat dan dihantar melalui kapalterbang keluar negara (Sila baca artikel tersebut - Sila klik disini). Buah durian yang dieksport daripada Thailand merupakan buah yang dipetik di atas pokok tidak sama dengan di Malaysia di mana buah durian yang gugur sahaja yang dipasarkan (buah durian masak ranum). Keluasan tanaman pokok durian di Malaysia sekitar 110,000 hektar dengan beberapa negeri mendomisasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi artikel ke 5,398 mngenai pelancaran Garispanduan Penanaman Durian di Tanah Cerun oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia bau-baru ini di Pulau Pinang untk dijadikan bahan rujukkan anda. 


Dalam laporan media perdana seperti Bernama bertajuk "Jabatan Pertanian melancarkan garis panduan khas tanaman durian khas tanaman durian di tanah cerun'' sesuai untuk dirujuk. Foto disebelah menunjukkan Ktua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan melancarkan Garis Panduan Khas Pembangunan Tanaman Durian di Kawasan Cerun di Pusat Pertanan Relau, Georgetown, Pulau Pinang. Jabatan Pertanian memperkenalkan 10 Garis Panduan Khas bgi tujuan Pembangunan Tanaman Durian di Kawasan Cerun sebagai langkah pengurusan dan amalan pemuliharaan tanah lebih intensif. Garis panduan khas itu juga bertujuan membolehkan pengusaha tanaman durian menanam di kawasan cerun yang kurang daripada 30 darjah dan berkuat kuasa serta-merta. Garis panduan itu turut dibaca bersama Rancangan Tempatan di negeri masing-masing dengan aktiviti penguatkuasaan dibuat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) serta perancangan negeri dan daerah. Apa yang dijeskan dimana ketika ini tanah yang rata dan juga kawasan tanah rendah semakin berkurangan. Oleh itu dalam usaha membangunkan pertanian kini sedang tertumpu di kawasan bercerun curam di tanah rendah dan tanah tinggi. Jabatan Pertanian telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan garis panduan ini dalam menangani masalah hakisan, sekali gus memelihara ekosistem ke arah pertanian yang mampan.


Kerajaan tidak mahu pertanian dilabel sebagai perosak alam sekitar dan punca bencana apabila berlakunya pemendakan sungai dan tasik hingga menyebabkan alirannya cetek, empangan tadahan air dipenuhi lumpur, banjir kilat dan tanah runtuh. Dalam majlis tersebut turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pengurusan dan Regulatori Mohd Nasir dan beberapa Pengarah Jabatan Pertanian Negeri. Pada majlis itu juga Jabatan Pertanian turut menanam 125 anak pokok durian jenis Musang King selain melakukan proses cantuman 10 pokok dewasa dan anak pokok (230). Penulis blog juga pernah membuaat aktiviti cantumn dewasa durian di Johor (Sila lihat foto disebelah). Pada ketika ini didakwa Jabatan Pertanian hanya membenarkan perusahaan pembangunan tanaman durian di tanah bercerun kurang 25 darjah. Asasnya adalah kebenaran merancang kawasan berkecerunan melebihi 25 darjah bagi tanaman durian secara komersial perlu diperoleh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  selain pembukaan tanah baharu perlu dibuat secara berperingkat dan manual. Teknik penjagaan dan amalan pengurusan pemuliharaan tanah seperti sistem perparitan, kawalan hakisan dan kelodak sesuai serta menanam tanaman penutup bumi perlu dilakukan secepat mungkin sebaik sahaja kawasan baharu dibuka. Kini semua pihak kementerian, jabatan dan agensi lain, termasuk PBT dan pejabat tanah diharap dapat memanfaatkan garis panduan ini dengan menjadikannya terikat secara perundangan dengan akta berkaitan bagi memastikan pertanian dilaksanakan dengan penuh berhemah. Ini sekali gus memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para pelaksana projek pertanian tanaman durian di Malaysia tentang kepentingan memulihara tanah.


Berikut adalah diantara 10 Garis Panduan Khas yang dikeluarkan Jabata Pertanian mengenai Pembangunan Tanaman Durian di Tanah Bercerun. Pertama sekali adalah bagi tujuan mendapatkan kebenaran merancang (KM) daripada PBT bagi kawasan pertanian secara komersial dan bukan bertujuan sara diri. Kedua sebarang cadangan pembangunan pertanian ini tertakluk kepada garis panduan dinyatakan dalam Rancangan Tempatan bagi kawasan berkenaan. Ke 3 dimana jenis tanah mestilah tidak mudah terhakis dan mempunyai kandungan lempung (liat) melebihi 35 peratus. Ke 4 adalah dimana tanah mestilah mempunyai kedalaman efektif untuk pengakaran, sekurang-kurangnya satu meter. Dalamm pada itu garis panduan ke 5 adalah dimana pembukaan kawasan baharu sebaiknya dilakukan dengan secara manual. Ke 6 adalah dimana pembukaan kawasan baharu melebihi 10 hektar mestilah dibuat secara berperingkat-peringkat. Ke 7 didalam menjalankan amalan pengurusan pemuliharaan tanah seperti ditetapkan mesti dipatuhi. Ke 8 dimana semasa melaksanakan penaman durian ditanah cerun dimana sistem perparitan, kawalan hakisan dan kelodak yang sesuai disediakan. Ke 9 adalah dimana perlu ada tanaman penutup bumi perlu ditanam secepat mungkin sebaik sahaja kawasan dibuka. Panduan yang ke 10 dimana semasa melaksanakan pengurusan risiko bencana jika berkaitan dan disertakan dalam permohonan Kebenaran Merancang.


Dalam laporan lain dimana Jabatan Pertanian Malaysia hari ini telah pun mengumumkan 10 garis panduan khas yang membenarkan tanaman durian di kawasan bercerun di bawah 30 darjah agar industri durian dilaksanakan secara lestari dengan impak minimum terhadap alam sekitar. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Jamal Harizan berkata garis panduan baharu ini akan membolehkan pengusaha durian di lereng bukit untuk menanam durian melebihi 25 darjah dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. "Kita tak mahu pertanian dilabel sebagai perosak alam sekitar dan punca bencana apabila berlakunya pemendakan sungai dan tasik hingga menyebabkan alirannya cetek, empangan tadahan air dipenuhi lumpur, banjir kilat dan tanah runtuh. "Jadi kami mengambil langkah proaktif dengan melancarkan garis panduan khas pembangunan tanaman durian di tanah bercerun dalam menangani masalah hakisan," katanya kepada pembeita selepas Majlis Pelancaran Garis Panduan Khas Pembangunan Tanaman Durian di Tanah Bercerun di Pusat Pertanian Relau dekat sini. Garis panduan itu juga mampu memelihara ekosistem ke arah pertanian yang mampan kerana durian merupakan satu daripada sumber kekayaan baharu negara. Bagaimanapun, Jamal berkata garis panduan itu akan dibaca bersama Rancangan Tempatan di negeri masing-masing dengan aktiviti penguatkuasaan dibuat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) serta perancangan negeri dan daerah.  "Semua kementerian, jabatan dan agensi lain, termasuk PBT dan pejabat tanah diharap dapat memanfaatkan garis panduan ini dengan menjadikannya terikat secara perundangan dengan akta berkaitan bagi memastikan pertanian dilaksanakan dengan penuh berhemah. Beliau berkata garis panduan lama hanya membenarkan tanaman durian di tahap kecerunan bawah 25 darjah sahaja. Antara syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha durian adalah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan, sebarang cadangan pembangunan pertanian ini tertakluk kepada garis panduan rancangan tempatan, jenis tanah mesti tidak mudah terhakis dan tanah mesti mempunyai kedalaman efektif untuk pengakaran sekurang-kurangnya satu meter. Sementara itu, Jamal berkata garis panduan itu bakal dikembangkan untuk penanaman buah-buahan lain selain durian. "Garis panduan ini akan berkuat kuasa serta-merta dan kami bercadang untuk memperluaskannya bagi penanaman buah-buahan lain pada masa hadapan," katanya. Semuga artikel ini memberi  info beguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM DURIAN.. CERUN TANAHNYA...
PERLU IKUTI... GARIS PANDUANNYA...
KEBENARAN MERANCANG...DAH ADA...
DURIAN BUKIT... IA BAIK KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pcrecint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Julai 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...