Support My Blog

Sunday, July 7, 2019

CEKUR MANIS DI MANJUNG, PERAK

TANAMAN CEKUR MANIS (Sauropus androgynus) adalah sejenis sayuran daun daripada keluarga Euphorbiaceae dimana ia selalunya dikelaskan sebagai sayuran tradisional. Penulis blog sempat membuat tinjauan teknologi tanaman cekur manis di Kampung Rumpai, Manjung, Perak bersama Pengarah Pertanian Perak dan juga ahli rombongan lain. Kampung ini mempunyai kawasan seluas lebih 85 ekar yang bertanam dengan sayuran daun khususnya KUCAI (AlIium tuberosum) seluas 78 ekar dan Cekur Manis (5 ekar) dan juga pelbagai sayuran lain sebagai tanaman utama. Kebun yang dilawati kepunyaan En Chew yang berumur 68 tahun seluas 2.5 ekar dimana 2 ekar ditanam dengan kucai dan bakinya dengan tanaman cekur manis. Tanaman cekur manis ini ditanam diatas batas setinggi 15 cm dengan lebar 2.5 kaki dan panjang batas adalah 20 kaki. Setiap baris ditanam dengan 2 barisan dengan jarak 2 kaki antara tanaman. Apa yang menarik mengenai tanaman cekur manis di kebun En Chew ini dimana kini beliau hanya menuai mengikut keperluan pasaran sahaja kerana sewaktu lawatan dakwa beliau harga sayur cekur manis amat murah. Walau beliau tidak nyatakan harga ladang keratan cekur manis diterima akan tetapi beliau kata memang tidak berbaloi dengan kerja mengutip  hasil, membuat prading dan pembungkusan kepada orang tengah. Bagaimana pun jika ada peniaga pasar malam yang membuat tempahan beliau akan memetik cekur manis dan menjual dengan harga yang lebih baik daripada hantar kepada orang tennah yang menghantarnya ke Pasar Ipoh atau Pasar Borong Selayang. Apa pun penjagaan tanaman cekur manis dikebun beliau diterukan dengan pengairan dan pembajaan sehingga pokok dikebun beliau tetap subur dan menghasilkan sayur cekur manis yang berkualiti. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai tanaman cekur manis hail tinjauan di Kg Rumput di Manjung, Perak untuk bahan bacaan dan rujukkan anda. 


Tanaman cekur manis menupakan tanaman tahunan dimana pokoknya  yang tumbuh renek boleh dan mencapai tahap ketinggian hingga 3.5 meter. Batangnya tidak mudah bercabang kecuali bila ianya kerap dicantas atau dipetik hasilnya. Penulis blog dapati dimana pada batang terdapat ranting ranting lateral pendek dan daunnya tumbuh secara berselang seli hingga ke hujung. Daun cekur manis biasanya beraroma sedikit bila diramas dan berwarna hijau gelap. Pada bahagian buah yang berbentuk globos berukuran 1.5cm diameter dimana ia adalah berpangsa tiga dan selalun berwarna putih kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu sayur cekur manis juga dipanggil sayur pucuk manis atau asin-asin dan mempunyai warna hijau gelap serta ada dilaporkan ditanam di Asia Tenggara, India, Sri Lanka dan selatan China. Dari aspek kesihatan dilaporkan dimana sayur cekur manis kaya dengan kabohaiderat, lemak, serabut, asid amino, besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2 dan C. Dari kajian juga dilaporkan dari segi khasiat makanan dimana bahagian daun, pucuk boleh dimasak air atau pun sesuai digoreng atau dimakan mentah. Buah cekur manis boleh dijadikan jeruk manis dengan menggunakan teknik yang betul. Khasiat ubatan cekur manis didakwa dimana ia boleh merangsang pengeluaran susu ibu dan ubat bagi tujuan memulihkan wanita lepas bersalin, ia mengubat demam panas, masalah buang air kecil, merawat pening, melawaskan kencing dan hidung berdarah.


Semasa menemubual En Chew bagaimana beliau minat menanam pokok cekur manis pada awalnya dia mendakwa dia memang suka makan sayur ini terutama dibahagian pucuknya yang lembut. Kemudian beliau mendapatkan benih daripada rakan sekampong dan membiakannya dan kemudian membuat penanaman secara komersil. Dakwanya memang cekur manis mudah dibiakkan melalui sistem batang yang berkayu keras dipotong sepanjang 20-25 cm boleh ditanam terus kebatas atau dibiakkan di dalam polibag dahulu yang sedia diisi media tanah campuran dan diletak di tapak semaian (Ia boleh disimpan lama dalam polibeg tersebut). Batas tanaman beliau dahulu disiapkan dengan ukuran lebar satu 2.5 kakir dan panjang batas bersesuaian dengan kawasan penanaman. Cekur manis memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organaik yang tinggi. Jarak tanaman yang sesuai ialah 50-100 cm antara pokok dan 100-120 cm antara barisan tanaman. Tanaman dibuat dua bentuk iaitu satu barisan dan dua barisan kerana ia akan bercabang banyak bila selalu melakukan cantasan bergantung kepada penjagaan. Pokok boleh bertahan sehingga 8-10 tahun jika penjagaan dibuat dengan sempurna. Antara rahsia menanam cekur manis ini agar banyak hasil dan berkualiti adalah memberikan baja tahi ayam yang mencukupi dan aktiviti penyiraman yang konsisten serta jadual penuaian berterusan.


Dakwa En Chew lagi dimana sistem pengairan  amat perlu pada peringkat awal penanaman sehingga penuaian hasil dilakukan dimana tanaman ini perlu disiram sekurangnya sehari sekali. Di kebun beliau dilakukan kaedah pengairan secara manual (dahulu) akan tetapi kini menggunakan sistem pengairan renjis yang moden. Penting dilakukan aktiviti pengawalan rumpai dimana bagi memastikan untuk tanaman hidup subur. Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai yang disyorkan. Juga En Chew mempastikan semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman kerana ia kan menjejaskan pertumbuhan pokok. Dalam pada itu aspek penting lain adalah sentiasan memberikan amalan pembajaan. Selain daripada baja organik tahi ayam beliau ada juga memberikan baja sebatian kimia seperti Baja NPK dengan kadar 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar akan tetapi tetapi ia bergantung pada keadaan cuaca dan umur pokok. Dalampada itu penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 ada juga digunakan dengan kadar 80-100 gram/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 cm dari rumpun pokok serta perlu dikambus. Aktiviti pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan dengan bahan sistem tahi ayam atau kompos dengan kadar satu hingga kg /meter persegi. Beliau dibantu oleh 8 orang pekerja asing terutama dalam menguruskan tanaman kucai yang banyak kerja menuai dan juga membuat grading. Selalu juga En Chew memberikan baja foliar bagi semburan daun bertujuan mempercepatkan pertumbuhan daun bekalan bergantung pada pasaran.


Tanaman cekur manis memerlukan aktiviti pemangkasan yang kerap. Cekur manis diangkas bagi memastikan pokok tidak terlalu tinggi dan menyukarkan penuaian hasil dimana En Chew dakwa ketinggian yang disyorkan dikebunnya adalah sekitar antara 1.0-1.2 meter. Pokok perlu dicantas bagi mengawal ketinggian dan menggalakkan pertumbuhan tunas atau pucuk baru terutama dimusim hujan dimana kadar pertumbuhan lebih cepat. Walau pun tanaman cekur manis memang kurang serangan perosak dan penyakit tetapi petani tersebut sudah mahir dengan kaedah pengawalannya jika ada berlaku. Dakwanya dahulu tanaman cekur manis jarang diserang perosak di peringkat awal penanaman tetapi berlaku juga serangan koya dan hamama. Kawalan baik membolehkan perosak ini yang bermula dahulu dapat dikawal dengan baik terutama semasa aktiviti penuaian dilakukan semasa harga baik. En Chew kata jika terdapat banyak serangan serangga biasanya amalan beliau adalah dengan pokok dicantas secara keseluruhan bagi tujuan mengurangkan perosak mengikut ketinggian yang pokok dikehendaki. Dalam aspek penuaian pula beliau lazimnya akan memetik pucuk muda. Penuaian boleh dilakukan setiap hari dengan memotong sepanjang kira-kira 20 - 25 cm dari pucuk. Pucuk cekur manis ini akan di bersihkan dan disusun dan ditimbang antara 300 - 400 gran satu ikatan atau dimasukkan di dalam bekas plastik pembungkusan dimana perlu ada buat lubangkan bagi tujuan perpeluhan sebelim ianya dijual di pasaran. Tinjauan teknologi ke kebun En Chew ini menjadikan ilmu penulis blog bertambah mengenai beberapa perkara asas berkaitan dengan teknologi penanaman cekur manis di Kg Rumpai, Manjung untuk semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM CEKUR MANIS....ADA DIMANA...
KG RUMPAI, MANJUNG... LOKASINYA...
AMALAN AGRONOMI... POKOK DIBAJA...
HARGA BAIK... TUAIAN AKAN DI GANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Mesra,
Bandar Raub, Pahang,
Malaysia.
(23 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...