Support My Blog

Thursday, December 14, 2017

SERANGGA APHID - APA DIA

SERANGGA APHID (Aphis spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Aphididae yang terdapat semenjak beratus tahun dahulu dimana ia dikenalpasti sebagai haiwan yang merosakan tanaman terutama tanaman makanan. Serangga Aphids adalah serangga dari kumpulan Hemiptera. Serangga Aphid juga mempunyai beribu-ribu spesis dikenali diseluroh dunia dimana kebanyakannya adalah kategori serangga perosak dan juga pembawa lebih dari 200 jenis virus penyebab penyakit tanaman. Di Malaysia aphid berwarna hijau adalah jenis yang paling lazim dijumpai terutama dibahagian pucuk dan bawah daun yang diserang aphid (Sila lihat foto disebelah). Aphid dari segi peranannya adalah serangga yang menghisap air sap tumbuhan pada sel-sel yang masih lembut seperti pada daun, pucuk muda, bunga, buah muda dan juga bahagian batang yang masih lembut. Bagi tanaman Cili (Cappsicum annum) dan Cili Padi (Capsicum frustecens) serangga aphid yang terdapat pada tumbuhan ini akan membawa bersama Tristeza Virus (CMV) yang mana ia menyebabkan masaalah kerinting daun pada tanaman ini. Penyekit ini  adalah jenis penyebab yang boleh memusnahkan pokokk cili rosak, tidak berhasil dan boleh membawa kepada kematian. Malam Ahad ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' artikel mengenai Serangga Aphid untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda semua.


Serangga Aphid yang mempunyai badan lembut dan berbentuk seperti buah 'pear' berukuran sekitar 2 - 3 mm dan halus untuk dapat dilihat dengan mata kasar (Sila lihat foto sebelah). Dibeberapa negara lain warna serangga aphid adalah daripada hijau terang kepada hijau gelap, kekuningan, pink, coklat atau kehitaman bergantung kepada keadaan lokaliti dan persekitaran. Serangga Aphid juga mempunyai sepasang sesungut (antennae) dibahagian kepala dan mempunyai 3 pasang kaki untuk bergerak. Aphid mempunyai alat penyedut dibahagian kepala untuk menyedut air sap dari 'sel phloem' tumbuhan yang dipanggil sebagai 'stylets'. Alat ini akan menyucuk sel lembut tumbuhan dan menyedut air sap keluar dan masuk kedalam perutnya. Perpindahan virus TMV dalam tanaman cili sebagai contoh akan berlaku ketika proses menyedut air ini dimana stylet tersebut akan terus menusuk dan memasukki sel-sel baru yang masih belum tercemar. Penyakit kerinting cili oleh virus CMV sering disebarkan oleh aphids yang terdapat pada pokok cili. Pokok cili yang dijaga dengan baik membolehkan kawalan serangga aphid ini dimusnahkan. Aphid dewasa lazimnya dapat dilihat pada bahagian bunga pokok cili dan dibahagian bawah daun.



Kebanyakan serangga aphid hanya akan menghisap air sap dari phloem tumbuhan daripada satu-satu jenis tumbuhan sahaja. Contohnya jika ia tinggal di kawasan penanaman pokok melon (Cucumis melo) maka ia akan menghisap pokok melon sahaja walau pun terdapat pokok cili disekitarnya. Serangga Aphid bergerak dengan menggunakan kakinya dari satu lokasi kesatu lokasi yang lain bagi menghisap air sap tumbuhan. Dibahagian bawah daun atau di bahagian pucuk tumbuhan yang terlindung dari matahari dan air hujan selalunya serangga aphid akan berkumpul dan bertelur yang melekat pada lai daun. Pada penulis blog yang pernah belajar entomologi di universiti mendapati kaedah pembiakan serangga aphid adalah unik dimana ada aphid betina yang banyak dalam satu populasi akan bertelur diantara 40 - 60 biji. Telur ini akan menetas menjadi nim (nymph) sebelum ia menjadi dewasa dalam beberapa hari sahaja. Kadar pembiakan serangga ini cepat terutama pada musim panas dan kering dan kurang hujan. Pekebun pelu mengenali dan falam akan tahap popular serangga aphid dengan memantau dan menilai Kadar Treshold Level perosak aphid ini.


Kesan serangan aphid pada tumbuhan adalah didakwa serius sejak beribu-ribu tahun dahulu. Bahagian sel yang diserang akan rosak dimana sel-sel ini jadi terencat pertumbuhannya. Jika kadar serangan pada tahap teruk menyebabkan pokok boleh mati. Kesan paling teruk adalah apabila serangga aphid yang menyebarkan virus perosak menyerang tanaman tanpa diketahui diperingkat awal. Kawalan serangga aphid ada pelbagai cara dengan kaedah kawalan bersepadu (Intergrated Pest Management) seperti menggunakan varieti tanaman yang tahan penyakit, kaedah penggiliran tanaman, penggunaan pemangsa semulajadi (natural predator) dan penggunaan racun kimia. Serangga seperti LadyBird didapati memakan telur dan aphid dewasa pada keadaan semulajadi. Pemerhatian juga menunjukkan bahawa ada semacam satu simbiosis diantara keujudan aphid dengan semut. Semut itu memang suka makan aphid dan telur aphid yang mana ia selalunya mengandungi air sap yang manis. Kawalan menggunakan racun kimia boleh dilakukan dengan racun serangga yang disyorkan dan peraturan mengikut label. Serangga Aphis ini merupakan patogen perosak tanaman yang perlu sentiasa dipantau kehadirannya dan kaedah kawalan yang cekap, murah serta berkesan. Semua semua pembaca blog anim agro technology mendapat ilmu yang berguna. Wasallam!!!.
NAMANYA APHID.... HIJAU WARNANYA....
BADAN LEMBUT ...AIR SAP DISEDUTNYA...
POKOK ROSAK ... PERLU DIKAWALNYA... 
KENALI APHID .. KAWAL KEUJUDANNYA...

By,

M Anem
Senior Agronomist
Tapak Ekspo, MAEPS,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(10 Muharram 1434H)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...