FIESTA NANAS 60 merupakan satu kemuncak program sambutan ulangtahun penumbuhan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai MPIB (Malaysia Pineapple Industry Board). Acara sambutan ini diadakan daripada 14 - 17 Disember di Pusat Perdagangan Pontian, Johor iaitu satu daerah dimana aktiviti penanaman nanas di Malaysia di mulakan semenjak 60 tahun dahulu. LPNM atau dahulu dinamakan Lembaga Perusahaan Di Daerah ini juga ujud sebuah bandar dinamakan dengan 'Pekan Nanas' yang membuktikan bahawa penanaman nanas semenjak tahun 1957 memang banyak dijalankan di daerah ini terutama untuk nanas kaleng (nanas dalam tin) zaman dahulu. Malaysia direkodkan sebagai salah satu pengeluar buah nanas utama dunia sehinggakan perusahaan nanas menjadi sumber perdagangan yang besar dimasa tersebut. Terdapat kini perubahan berkaitan dengan industri nanas dimana kalau dahulu 70-80% daripada buah nanas adalah untuk ditinkan tetapi kini ianya lebih banyak ditanam untuk dimakan segar. Nanas adalah sejenis buah yang paling penting dalam pengeluaran buah negara dari segi keluasan, nilai pengeluaran dan juga nilai eksport. LPNM merupakan satu agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang beribupejabat di Wisma Nanas, Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Terdapat pejabat-pejabat LPNM disemua Negeri kecuali di Sabah yang mana semua beroperasi untuk membangunkan industri nanas selepas 60 tahun ditubuhkan. Fiesta Nanas 60 tahun merupakan kemuncak aktiviti sambutan selama setahun dengan melibat sasaran pengunjung seramai 30,000 sepanjang aca dijalankan. Artikel subuh ini saya sempat menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sambutan 6 dekad LPNM untuk bacaan anda.
Perasmian Fiesta Nanas 60 tahun dilaksanakan oleh YB Dato Seri Shabery Cheek iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Turut hadir adalah YM Exco Pertanian negeri Johor, Pengerusi LPNM, Ketua Pengarah LPNM dan juga Pgawai Daerah Pontian. Pengerusi dalam ucapannya menyatakan industri nanas kini mencapai usia matang dengan perubahan masa dimana peranan LPNM semakin ketara didalam pembangunan industri nanas dengan penghasilan nanas mencecah 0.6 billion. Semakin ramai yang ingin menanam nanas varieti baru MD2 yang telah menjadi komoditi 'Sumber Kekayaan Baru' kepada negara untuk pasaran domestik dan Eskport. Kepercayaan kerajaan terhadap industri nanas dibuktikan dengan bajet sebanyak RM30 juta pada tahun 2018 iaitu usia LPNM mencecah 60 tahun sebagai satu 'hadiah' besar dalam industri nanas negara. Ia merupakan 3 kali ganda daripada bajet tahunan yang diberikan sebelum ini. YB Menteri pula mengucapkan 'tahniah' kepada LPNM dan pemain dalam industri nanas negara sempena Fiesta nanas ini. Menurutnya beliau ingin melihat masyarakat Malaysia berubah agar menjadikan buah nanas sebagai satu pilihan terbaik untuk dimakan selalu demi meningkatkan kesihatan. Sebagai contoh di Brazil, mereka akan makan buah nanas setiap kali makan daging sebagai satu budaya. Ini kerana nanas yang segar mengandungi banyak kehebatan jika dimakan seperti membantu proses pencernaan, mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, kandungan bromeline yang banyak kegunaannya dan juga memang enak dimakan. Penggunaan perkapita nanas negara telah meningkat dalam 5 tahun kebelakangan ini daripada 12 biji seorang setahun kepada 14.6 biji seorang setahun. Harga buah nanas segar kini juga telah meningkat bergganda berbanding dengan dahulu dan ianya adalalah amat baik untuk petani.
Menteri juga telah menyatakan bahawa LPNM ini akan dikembangkan dengan komodoti kelapa dimasa akan datang. Kertas cadangan dan arahan mengenai penggabungan ini akan segera oleh kementerian. Selama ini industri kelapa negara memerlukan 750 juta niji kelapa setahun tetapi negara hanya mampu uuntuk mengeluarkan sebanyak 650 juta biji kelapa dengan keluasan kawasan sekitar 96,000 hektar. Negera mengimport sebanyak 100 juta biji kelapa daripada negara jiran Indonesia untuk kegunaan kilang berasaskan produk kelapa. Oleh kerana itu perlu ada kaedah bagaimana tanaman kelapa ini dapat digabungkan dengan LPNM sebagai peneraju industri kelapa dimasa akan datang. Menteri nyatakan pada 2018 sebanyak RM50 juta digunakan dalam pembangunan kelapa terutama untuk tanaman kelapa hibrid yang lebih tinggi penghasilannya. Selain daripada 3 negeri utama iaitu Perak, Selangor dan Johor serta Sabah dan Sarawak, penanaman kelapa ini akan disasarkan juga di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pengeksportan buah nanas segar MD2 ke China juga menjadikan industri penanaman nanas mempunyai pasaran terjamin dimasa akan datang. Perjanjian untuk protokol pengeksportan buah nanas segar ke China telah ditandatangani pada Mei 2017 dan pengeksportan pertama buah nanas ke China tellah dilaksanakan pada 12 Oktober 2017. Permintaan potensi pasaran yang besar untuk buah nanas ke China membolehkan eksport buah ini akan boleh dilakukan dengan syarat buah berkualiti sahaja akan dieksport.
Pada petang hari tersebut juga dilancarkan mengenai Aplikasi e-pineapple oleh YB Dato Nogeh Ngumbek, Timbalan Menteri Pertanian. Aplikasi e-Pineapple yang mesra pengguna dilihat mampu membantu para pekebun nanas mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan industri berkenaan. Sistem dalam talian Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) itu merupakan pusat maklumat dan pangkalan data berkaitan industri nanas dengan ciri-ciri keselamatan yang baik selain mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata e-Pineapple juga membawa perubahan transformasi digital LPNM kerana aplikasi itu tidak hanya membantu kakitangan tetapi juga warga tani industri nanas di seluruh Malaysia. Antara sembilan modul utama di dalam aplikasi e-pineapple adalah profil industri nanas, modal bantuan dan insentif, modul industri asas tani dan modul pengurusan ladang. "Ini sejajar hasrat kerajaan bagi memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pelbagai sektor khususnya bidang pertanian di Malaysia yang agak ketinggalan berbanding negara lain. Ketua Pengarah Dato hj Mohd Anim menyatakan LPNM dalam ucapan aluannya akan menggunakan aplikasi ICT seperti QR Code dalam semua produk dan perkara berkaitan produk dan nanas. Pada zaman ini aplikasi seperti ini menjadi mudah didalam urusan berkaitan industri seperti ini. Hanya dengan menggunakan talipon bimbit masyaraakat mudah untuk dapatkan info dan seterusnya untuk urusan perniagaan.
Seminar Teknikal dan Inovasi Nanas juga membolehkan ramai pemain industri nanas mendapatkan ilmu pengetahuan dan ia mengujudan 'networking' dikalangan mereka. Sebanyak 13 kertas kerja dibentangkan di Hotel Pontian, Pontian melibatkan lebih daripada 120 peserta dari seluruh negara. Ketua Pengarah dalam kertas Ucaptama menyatakan status industri nanas negara yang terus berkembang dengan pengenalan varieti baru MD2 yang mendapat pasaran terbaik dunia. Beberapa program pembangunan nanas dilakukan oleh LPNM untuk semuga golongan petani, usahawan dan syarikat swasta didalam menambah kawasan penanaman nanas. Program terbaru adalah Ladang Benih Nanas khusunya untuk menampung kekurangan bekalan benih Nanas MD2 yang mendapat bajet besar untuk tahun 2018 dan akan datang. Seminar ini dirasmikan oleh YB Dato Seri Hj Tajuddin Abdul Rahman iaitu Timbalam Menteri Pertanian pada malam hari Jumaat. Beliau dalam ucapannya menggesa supaya lebih ramai bumiputra yang merebut peluang tanaman nanas dan aktiviti pemprosesan nanas kerana kerajaan melalui LPNM mempunyai pelbagai jenis insentif. Beliau juga menggesa agar lebih ramai kalangan bumiputra yang menceburi bidang eksport nanas keluar negara bagi memenuhi permintaan yang besar untuk pasaran dunia. Katanya buah nanas adalah 5 jenis buah-buahan tropika yang dimakan oleh penduduk dunia selain daripada pisang, limau, mangga dan betik. Disepanjang 4 hari Fiesta nanas ini diadalan pelbagai aktiviti lain seperti Forum Perdana, Persembahan Astis Rhytm of Pineapple, Fun Run, Bicycle Fun Ride, Pertandingan Memancing, Motor Show, Car Show, Pelancaran Kopi Nanas Ngences, Cabutan bertuah dan berbagai lagi diadakan. Terdapat lebih daripada 20 gerai Pameran dan 50 Gerai Jualan yang memeriahkan Fiesta Nanas 60 tahun ini. Wasallam!!!...
FIESTA NANAS ....ACARA SAMBUTAN...
60 TAHUN... LPNM TELAH DITUBUHKAN...
MENERAJUI INDUSTRI...CAPAI SASARAN...
SEPANJANG PROGRAM...ADA KEJUTAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Aloha,
Pusat Perdagangan Pontian,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1439H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.