Support My Blog

Wednesday, August 23, 2017

AWET MUDA - TERAPI SENGATAN LEBAH?

BENARKAH CARA TERAPI SENGATAN LEBAH BOLEH MENJADIKAN AWET MUDA?. Ini merupakan satu dakwaan yang masih menjadi tanda tanya ramai orang yang sentiasa menjadi awet muda. Siapa yang tidak ingin kelihatan muda walau pun umurnya mencecah lebih 50 tahun?. Dipaparkan dalam beberapa penulisan dimana terdapat banyak kaedah dan cara untuk mengekalkan awet muda dripada mengambil makanan khusus, amalan senaman, mengurangkan stress, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan paling tidak suka orang peremuan adalah kahwin lagi dengan perempuan muda. Dikedai komestik terdapat beratus malahan beribu produk khusus mendakwa mampu untuk menjadikan anda atau seseorang itu awet muda dan kelihatan cantik. Antara produk dijual seperti produk yang apabila disapu dibahagian tertentu akan menjadikan kulit menjadi cerah, tegang dan awet muda. Kaedah ini didapati mendapat sambutan ramai kerana ia mudah diguna dan simpel. Ada produk mendakwa dengan beberapa kali saja sapuan akan membersihkan muka dan seterusnya menjadi cantik dan awet muda. Dipasaran ada produk sapuan krim pelembab, sunblock, krim malam dan hand and body lotion walau pun ada kemungkina kesannya dahulu kulit anda yang dulunya halus mulus terlihat lebih kusam akibatnya. Kini telah ujud satu lagi kaedah untuk awet muda dengan amalan terapi sengatan lebah (apipunktur). Artikel subuh Jumaat bulan Ogos ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai dakwaan sengtan lebah madu untuk menjadikan seseorng itu awet muda untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penulis merujuk kepada beberapa pakar lebah madu dimana mereka menyatakan kesan dari sengatan lebah yang mana ia mengandung air dan enzim-enzim seperti Fosfolipase A dan Hialuronidase, zat melitine, adolapiane, apamine dan MCD-peptide. Bahan ini didakwa memiliki kesan sebagai “serum” yang mampu untuk merevitalisasi sel (cell revitalization) serta mampu untuk menormalkan dan melancarkan segala aktiviti pembuluh darah dan sistem saraf tubuh. Pengetahuan orang ramai dinegara kita masih kurang mengenai terapi sengat lebah walau pun sebenarnya ia telah bermula sekin lama seawal tahun 1970-an lagi. Kaedah terapi sengat lebah hanya dikelaskan sebagai satu kepercayaan dalm cara perubatan alternatif sahaja oleh beberapa kelompok yang mendpat tahu mengenainya. Rawatan terapi segatan lebah ini mujarab menjadikan lapisan kulit muka menjadi lebih lembut, lebih tegang, lebih putih hingga bebas dari masalah jerawat, pori-pori besar dan pelbagai sakit kulit lain. Dalam satu forum persidangan antarabangsa yang diadakan di China pada tahun 1993 dimana terapi sengatan lebah ini berasal dan sangat populr di negara China sejal lama dulu oleh WHO (World Health Organization) sebagai alternatif perubatan yang dapat dipercayai secara ilmiah dan klinikal. Berbeza dengan kaedah terapi biasa didakwa khasiat terapi sengatan lebah ini berasal dari sengatan ekor lebah yang dicucuk ke titik-titik akupunktur pada tubuhbadan. Dilaporkan dimana titik akupunktur berada di antara dahi, kawasan pipi, di atas bulu mata, batang hidung, bahagian tepi cuping hidung, sudut bibir, di bawah dagu, bahagian tangan, bahagian punggung, hingga beberapa titik akupunktur di bahagian kaki. Walau pun agak sakit jika sengatan lebah ini dilakukan dibahagian muka yang menjadikan muka membengkak dn sakit tetapi didakwa ia merupakan kaedah rawatan sengatan lebah yang terbaik pada titik akupunktur untuk kecantikan. 


Dalam melakukan sengatan lebah dimana apa yang berlau adalah kesan serum lebah yang dikeluarkan oleh lebah akan bekerja pada tahap maksima pada semua titik-titik akupunktur di bahagian muka. Hasil dari pada sengatan lebah dari aktiviti yang dilakukan di titik akupunktur di bawah mata, pipi, dagu dan di antara dahi paling berkesan menghapuskan masaalah kantong mata, jerawat, garis-garis halus di bahagian tersebut. Walaupun sengatan tersebut hanya dilakukan selama kurang dari satu minit saja tetapi dilaporkan sengatan ekor lebah ini tetap memberikan sedikit rasa sakit kepada orang yang dirawat bahkan ia juga akan menyebabkan bengkak dan sakit. Kalau inginkan awet muda dan kelihatan cantik dn sihat perlu melalui 'siksaan' ini sekejap. Bagaimana pun kesan bengkak ini merupakan tindakbalas daripada kemasukkan bahan serum lebah dibahagian muka dan organ lain dalam tubuh. Serum lebah ini dilaporkan kurang kesan atau tidak bertindakbalas pada bahagian sel tubuh yang rosak. Prinsip tindakannya adalah dengan menyembuhkan dahulu bahagian tubuh yang rosak setelahnya barulah serum lebah yang kaya kandungan antibiotik, antivirus dan antibodi ini bekerja menormalkan fungsi organ, kelenjar dan juga sistem hormon tubuh. Apa pun penulis berendapat tidak semua orang boleh menerima sengatan lebah lebh ini kerana ada kalangan mereka yang sangat allergi dengan sengatan ini dan merbahaya jika dilakukan. Lazimnya mereka yang disengat ini akan mengalami tanda membengkak dan akan mengalami reaksi rasa gatal dan timbul warna kemerahan di titik akupunktur yang disengat.  Adakah ada dikalngan pembaca yang ingin mencuba sengatan lebah untuk lebih sihat, leih cantik dan awet muda?. Diharap pembaca blog anim agro technology mendapat info terbaik membaca rencana ini. Wasallam!!!..
SENGATAN LEBAH... PADA MUKA...
RASA SAKIT...MEMBENGKAK PULA...
KESAN AKHIRNYA.... AWET MUDA...
ADAKAH BERANI...MAHU MENCUBA?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1438H)
Posted from room 630,
Dorsett Hotel, Putrajaya,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...