Support My Blog

Sunday, October 16, 2016

MELADA PAHIT - APA KHASIATNYA?

MELADA PAHIT (Brucea javanica) merupakan sejenis herba yang kurang dikenali dinegara kita tetapi telah dikomersilkan dibeberapa negara lain. Dalam beberapa pembacaan dan rujukkan penulis dapati produk Melada Pahit telah dirujuk sebagai bahan semulajadi untuk rawatan kepada masaalah pembengkakkan prostat dan masaalah kencing manis (Diabetic problems). Nama lain tumbuhan ini di Malaysia adalah Melada Pahit, Embalau padang, Kusum, Mempahit dan Lada pahit. Sementara itu di negara jiran Indonesia tumbuhan ini dikenali dengan nama Kuwalot, Malur, Tambara dan Marica. Laporan mendapati diantara neraga asal bagi tumbuhan ini adalah seperti Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Indo China, Selatan China, Taiwan, Molluccas, New Guinea dan Timur Utara Australia. Penulis beberapa kali menjumpai tumbuhan herba ini ditanam didalam Stesyen Pertanian seperti di Taman Herba Perak, Pusat Pertanian Serdang, di beberapa Pejabat Pertanian Daerah dan juga dikeliling rumah rakan-rakan yang meminati tanaman herba. Belum ada penulis menjumpai penanaman melada pahit secara monokrop yang meluas dan komersil setakat ini. Herba Melada Pahit tidak dimasukkan didalam projek NKEA pembangunan herba dibawah EPP1 seperti beberapa jenis herba penting yang lain dalam RMK 10. Tumbuhan ini mudah dibiakkan dan ditanam dikebun atau dikeliling rumah. Ia agak kurang terkenal berbanding dengan herba tongkat ali, mahkota dewa, kacip fatimah dan sebagainya. Artikel petang Sabtu ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat dan tumbuhan herba melada pahit.

Pokok Melada Pahit merupakan pokok berkayu yang banyak cabang dan mampu tumbuh sengan ketinggian pokok sehingga 10 meter tetapi lazimnya ia tumbuh sekitar 3 meter sahaja. Ia mempunyai jenis daun berbentuk bujur telur dan bahagian tepi lai daun bergigi (Egg shape and serrate) dengan banyak jumlahnya (Sila lihat foto disebelah). Daun ini juga bersusun secara bertentangan pada tanghai daun. Tumbuhan herba melada pahit didapati mempunyai bahan aktif yang dikenali dengan nama sebagai Brucamarin iaitu sejenis bahan alkaloid yang berguna untuk kesihatan manusia. Daripada beberapa dokumentasi bahan aktif Brucamarin ini merupakan bahan untuk rawatan seperti masaalah Darah tinggi (High blood pressure), Kencing manis (Diabetes), Masaalah Prostat Lelaki (prostate problem), masaalah Ghout (Arthritis), Bisul (carbuncle), Ghout (Gout), Demam Malaria dan juga Sakit kepala atau sekarang dipanggil sebagai 'Migraine'. Selain itu antara kegunaan dan khasiat Herba Melada pahit seperti ia mampu untuk merawat masaalah Sakit sendi (Joints), Masaalah Kebas-Kebas (Numbness), Lenguh (Muscle pain), Lelah (asthmatic), masaalah Resdung (sinus problem) dan juga masaalah Cirit-birit (Amoebic dysentery). Bukan itu sahaja, khasiat herba ini didakwa boleh merawat Anti- kanser (Anti-cancer), Batu karang (Gallstones), membantu untuk melancarkan haid (Menstruation pain- emanagong) dan masalah Jerawat (Acne). 

Dalam beberapa jurnal dilaporkan bahagian daun Melada Pahit yang dicampur dengan kapur digunakan untuk sakit kulit pada binatang (Leaves and unslaked lime as a cure for mange in animal- K.Heyne,Nutt.Plant.Ned. Ind.of 1927 page 871). Pokok herba ini dulu memang terkenal dikampung sebagai ubat bisul dimana kebanyakan orang disebelah pantai timur tahu bahawa orang yang bepenyakit bisul akan sembuh selepas memakan buah melada pahit (Sila lihat buah melada pahit disebelah). Dilaporkan pada zaman dahulu ada kaum wanita yang berpenyakit payudara bernanah (sekarang dipanggil kanser payudara) dan akan diberi makan buah melada pahit disebelah pagi dan malam. Zaman sekarang ini memang kebanyakkan orang telah meninggalkan terus ubat peninggalan nenek moyang kita ini. Dalam jurnal kolonial British dan Belanda dinyatakan bahawa tumbuhan Melada Pahit atau nama saintifiknya Brucea javanica memang terkenal digunakan sebagai herba pelbagai guna. Ia terbukti amat berkesan sebelum ujudnya sistem perubatan moden seperti sekarang. Memang betul juga pepatah orang kita "Yang Pahit itu Ubat, yang enak itu...apa". Dalam laporan akhbar diceritakan bagaimana seorang yang menghadapi masaalah penyakit kencing manis dan beliau makan 5 biji melada pahit pada waktu pagi dan malam dari pokok yang ditanam dibelakang rumah kini telah tidak pernah makan ubat moden. Dakwanya memakan ubat moden yang banyak mempunyai kesan sampingan. Kini beliau telah menjadi sangat aktif dan sihat dimana tiada siapa tahu pun dia ada sakit kencing manis.

Herba Melada Pahit atau juga dipanggil sebagai Mempahit atau nama saintifiknya Brucwea javanica (amarissina) merupakan tumbuhan herba dari jenis pokok renek kecil ketinggian dikawal dengan selalu membuat cantasan batang agar kita mudah untuk mengutip hasilnya. Pokok yang berumur 2-3 tahun sudah berbuah dan jika dijaga dengan baik ia akan berbuah lebih awal lagi. Bagaimana pun untuk mendapatkan kualiti herba yang baik digalakkan anda semua menggunakan baja organik dan tidak menggunakan bahan kimia. Buah yang muda selalunya berwarna hijau dan apaila ia matang akan bertukar menjadi hitam dan rasanya amat pahit jika terus digigit dalam mulut. Penulis dulu ketika kali pertama mencuba makan 5 biji buah melada pahit menahan kepahitan tersebut sehingga terpejam mata. Walau pun selalunya kita dinasihatkan makan buah dan bijinya sebagai mudah dan berkhasiat tetapi sebenarnya keseluruhan bahagian pokok seperti daun, batang dan akarnya juga adalah pahit. Dari segi tahap kepahitan yang paling pahit adalah biji diikuti dengan bahagian akar. Kandunganpada bijinya mempunyai 50% minyak tetap dan kajian makmal mendapati bahawa pada bahagian isi bijinya terkandung bajan dikenali sebagai Yatanin dan Yatanosid. Kandungan lain didapati dalam biji seperti ialah Brucamarin, Brusealin, Brusatol, Bruseantin, Bruseajavanin, Glukosa dan bahan Kosamin. Bahan Yatanin berupaya untuk membunuh protozoa tetapi tidak bertoksik kepada manusia. Dalam kes lain dilaporkan bahan Antioksidannya yang tinggi amat berkesan untuk mengawal dan menghapuskan radikal dalaman badan. Dos yang terkawal juga menentukan sama ada yatanosid bertoksik atau tidak. Gliukosid kosmin pula dilaporkan mampu untuk membunuh nematod. Ia juha didapati mempunyai kesan antibiotik dan menghalang darah membeku atau likat. Bahan bruseantin berkesan sebagai antiamoeba, antikanser dan antimalaria. Ia juga dilaprkan amat berkesan penawar tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, demam terutama demam denggi, sakit-sakit sendi dan disenteri.Menurut kajian Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba khususnya dalam merawart cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi, anti kenser juga mencairkan kepekatan darah dari kepahitannya. Semua anda semua mendapat info berguna sebagai bahan bacaan dan rujukkan. Wasallam!!!..
POKOK HERBA... MELADA PAHIT DIA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA...
BANYAK KHASIAT... PERLU DICUBA....
BACA ARTIKEL... INFO PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman TPM Raub,
Raub,Pahang,
Malaysia.
(16 Muharam 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...