DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika yang kini semakin popular di Malaysia. Buah durian belanda (Soursop) daripada keluarga Annonaceae sama dengan buah Kedondong dan Antemoya serta Cherimoya. Buah yang dipanggil sebagai 'Sirsak' di Indonesia ini juga menjadi pilihan ramai petani dinegara tersebut dan beberapa negara ASEAN lain serta di Amerika Selatan sebagai buah yang ditanam untuk dimakan segar atau diproses menjadi jus minuman dan sebagainya. Dalam beberapa tinjauan teknikal kebeberapa buah kebun tanaman durian belanda komersil, Penulis mendapat maklumat bagaimana buah daripada pokok durian belanda yang dewasa dan matang dari dahan tinggi lebih besar, bentuk hati yang seragam dan lebih berkualiti. Ini berbeza dengan buah durian belanda yang berada dari dahan pertengahan dan lebih teruk adalah buah daripada buah dibahagian bawah. Semasa tinjauan dilakukan di kebun durian belanda matang berumur lebih 10 tahun di Maran, Pahang, pemilik kebun Encik Tan yang menanam 15 ekar durian belanda juga menyatakan perkara sama. Beliau kata pengalaman ini memang telah berlaku dinyatakan tidak sama dengan banyak bahan rujukkan yang dibaca. Kalau dirujuk pada Amalan Teknologi Penanaman Durian Belanda yang dikeluarkan oleh banyak pihak menyatakan pokok perlu dicantas untuk membentuk dahan rendah bagi tujuan menghasilkan buah rendah bagi tujuan penuaian hasil. Bagaimana pun dikebun ini En Tan membiarkan pokoknya tumbuh tinggi mencecah 16-20 kaki dan hanya dibuat cantasan sedikit sahaja. Menurut beliau memang buah dari dahan bahagian atas selalunya berkualiti. Penulis dalam blog "Anim Agro Technology" cuba membuat beberapa andaian teknikal mengenai perkara ini yang agak jarang dibincangkan oleh saintis dan agronomist.
Penanaman durian belanda mudah diperingkat awal dimana jika mempunyai benih berkualiti, tanah subur dan amalan agronomi yang baik ianya akan berbuah dalam masa beberapa tahun sahaja. Ia sesuai ditanam dikawasan tanah subur yang rata atau berombak asalkan ia mempunyai sistem saliran yang baik (Sila anda lihat foto disebelah). Pokok ini biasanya lasak dalam keadaan 'vegetatif' dan penyakit serta musuh tanaman akan mula menyerang apabila pokok hampir mencapai peringkat 'reproduktif'. Ia menghasilkan kudup bunga apabila pokok matang daripada bahagian dahan, ranting dan juga batang utama pokok. Bagaimana pun kajian saintis menunjukkan proses pendebungaa bagi durian belanda bermasaalah. Ini kerana bunga betina hanya mula 'reseptif' pada jam 4.00 - 5.00 petang selama beberapa jam pada malam harinya sementara bunga jantan (pollen) hanya akan 'aktif' pada jam 8.00 - 10.00 malam. Perbezaan waktu ini menyebabkan kadar pendebungaan durian belanda secara semulajadi adalah sangat rendah. Penulis merujuk kepada beberapa kajian di MARDI dan pengalaman penulis sendiri mendapati kadar kejayaan pendebungaan secara semulajadi pada purata kejayaan 6% sahaja. Bermakna jika kita ada 100 bunga pada pokok tersebut maka hanya 6 bunga sahaja yang akan menjadi buah durian belanda secara semulajadi. Ini menyebabkan ada beberapa petani yang menanam pokok durian belanda yang menebang pokoknya yang telah matang kerana 'kurabg berbuah' dan kecewa.
Rupanya pokok durian belanda boleh diperbaiki tahap pembungaan dengan kaedah Pendebungaan Berbantu dan Teknik Gegaran Pokok. Kaedah untuk buat pendebungaan berbantu dengan cara mengambil dan mengumpulkan debunga durian belanda matang dan disapukan dengan berus lukisan kepada bunga betina yang telah reseptif pada petang hari sehingga malam. Bagaimana pun kaedah ini memerlukan kepakaran khusus dan juga terhad kepada bunga yang dapat dicapai oleh pekerja (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini membolehkan kadar kejayaan pendebunggan mencapai sehingga 46% pada pokok durian belanda matang. Ini bermakna jika ada 100 bunga durian belanda dipokok yang berjaya didebungakan dengan pendebungaan berbantu ia mampu memberikan 46 biji buah. Teknik gegaran menggunakan galah atau alatan dinamakan 'Muricata Shaker' ciptaan Jabatan Pertanian Johor pula mampu mendebungakan bunga durian belanda sehingga 90% (Sila klik disini - untuk baca artikel tulisan saya). Ini bermakna jika ada 100 kuntum bunga durian belanda pada pokok matang maka sebanyak 90 biji buah durian belanda berkualiti akan dihasilkan. Jika pengurusan dan amalan agronomi yang sempurna dilakukan maka cara ini memberikan pulangan baik kerana teknik gegan mampu menghhasil buah yang besar, seragam dan berkualiti berbanding dengan pendebungan secara semulajadi.
Berbalik kepada tajuk asas artikel kali ini, penulis bertanya apakah sebab buah yang berada dibahagian atas dahan pokok lebih besar, lebih cantik bentuknya dan lebih berkualiti?. Dalam penulis membuat perbincangan teknikal dengan beberapa pakar dan penanam komersil, ada beberapa sebab dan hipotesis yang penulis akan huraikan. Pokok durian belanda yang matang dan tinggi mudah bergoyang apabila ditiup angin pada waktu petang atau malam hari (waktu paling sesuai proses pendebungaan akan berlaku). Tiupan angin yang sederhana kuat atau kuat ini akan mengoyangkan dahan dan bunga dibahagian atas lebih kuat daripada bunga pada dahan dibahagian bawah. Lebih teruk lagu adalah bunga yang melekat pada batang dibahagian bawah pokok (Sila lihat foto disebelah). Bunga dibahagian atas ini selalunya akan lebih lengkap proses pendebungaannya daripada bunga dibahagian bawah yang kurang kekuatan tiupan angin. Apabila menjadi putik maka buah yang diatas mampu menjadi 'complete formation' dengan buah berbentu hari dan bulat besar yang seragam (jika penguruasan angonomi seperti pembajaan, bekalan air dan kawalan musuh dan serangga dilakukan dengan baik). Ini berbanding dengan bunga durian belanda dibahagian bawah dahan yang tidak lengkap proses pendebungaannya menjadikan ia berbentuk kecil, tidak seragam, bengkok dan kurang berkualiti. Lebih unik lagi adalah bunga durian belanda yang melekat dibatang pokok atau pada pangkal dahan bawah yang sukar ditiup angin atau dikunjungi oleh agen pendebungaan ini. Penulis mengesyorkan jika ada bunga yang banyak melekat dibatang utama agar bunga tersebut 'DI JENTIK' secara lembut pada kelopak untuk proses pendebungaan. Ini akan membantu proses dalam pendebungaan durian belanda tetapi waktunya mestilah betul-betul sesuai. Sebagai rumusan penulis ingin nyatakan bahawa bunga durian belanda dibahagian atas pokok akan lebih berkualiti daripada buah yang terdapat dibahagian bawah pokok. Semuga tulisan dalam blog Anim Agro Technology kali ini membantu dalam petani melakukan apa yang patut bagi mendapatkan buah durian belanda berkualiti dan mendapat pulangan terbaik. Wasallam!!!...
DURIAN BELANDA... BUAH ISTIMEWA...
BANYAK KHASIAT... MAHAL HARGANYA...
BUAH DAHAN TINGGI...BAIK KUALITINYA...
BACA ARTIKEL... BARU FAHAM SEBABNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Belanda Komersil,
Maran, Pahang,
Malaysia.
(11Muharam 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.