HABATUS SAUDA (Nigella sativa) merupakan tumbuhan berkhasiat dan ia dikenali sejak dahulu kala sebagai bahan yang digunakan oleh manusia. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama Black Cumin, Fennel Flower, Black Cataway, Nutmeg Flower, Roman Coriander dan Black Seeds. Dari segi pengkelasan ia sejenis tumbuhan daripada kumpulan keluarga Ranunculaceae. Tumbuhan ini memang tidak ditanam di negara kita tetapi banyak dijual sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Tumbuhan renek ini mampu untuk menghasilkan biji halus berwarna hitam yang amat lama dan berkesan digunakan dalam meningkatkan tahap kesihatan. Habbatus sauda dalam tulisan Jawi sebagai ( الحبة السوداء) juga dikenali sebagai Jintan Hitam. Ia adalah sejenis tumbuhan berbunga (magnoliphyta atau angiosperm) secara tahunan yang telah dipercayai berasal daripada kawasan Selatan dan Barat daya benua Asia. Pokok Habatus Sauda mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–12 in) jika ditanam dengan baik dikawasan sesuai. Struktur daunnya adalah jenis halus yang lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya juga berstruktur halus lazimnya berwarna putih dan biru pucat dengan mempunyai antara 5 hingga 10 kelopak. Buahnya pula bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu dimana pada setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan. Bahagian biji hitam ini merupakan bahan yang banyak dijual begitu sahaja atau diproses menjadi minyak pati dan produk lain yang bernilai tinggi. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan habatus sauda dan kegunaannya untuk bahan bacaaan.
Tumbuhan ini yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Dikaji dari segi sejarah, tumbuhan ini asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir dan di selatan Eropah di Syria serta sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Ia mampu tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang dibahagian atas. Ia menghasilan bunga lembut di hujung dahan dan selalunya berwarna biru muda dan putih yang berukuran garis lintang sekitar 3 centimeter (Sila lihat foto disebelah). Jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai dengan tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Buahnya agak besar dari jenis ‘inflated capsule’ yang terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.
Bijinya berbentuk segi tiga yang berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat serta mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’. Ramai tahu di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta kandungan Asid Amino. Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek. Diantara kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang hebat. Antaranya adalah mengawal kandungan Asid Urik dan Gout. Ia membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout. Kepada mereka yang ada masaalh Semput (Asthma) pula kandungan bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
Biji habatus sauda juga mampu untuk menyembuhkan selsema dengan cara mengambilnya dalam bentul asal atau diproses. Bagi mereka yang ada masaalah tekanan Darah Tinggi maka ia boleh merendahkan tekanan darah. Seterusnya ia didakwa mempu mengatasi masaalah Alahan (Allergic) dimana banah seperti “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic). Khasiat seterusnya adalah pengeluaran Bahan Hempedu (Bile) Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan hempedu dari pudi hempedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi hempedu. Bagi wanita pula ia mampu melancarkan Pengeluaran SusuIa mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu. Bagi mengatasi masaalah kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis) maka produk tumbuhan ini mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
Biji Habbatus sauda yang dihasilkan daripada buahnya berwarna hitam dengan saiz yang halus (Sila lihat foto sebelah). Ia juga selalu diproses atau dikisar sehingga boleh mengeluarkan minyak yang berkualiti dengan banyak khasiat terkandung didalamnya. Minyai ni sering diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda. Banyak laporan perubatan tradisional menyatakan penggunaan minyak ini yang meluas digunakan untuk merawat masaalah kencing manis secara tradisional. Selain daripada ia dijual dalam bentuk cecair, kini telah ada yang telah dimasukkan ke dalam kapsul. Begitulah hebatnya apa yang dihasilkan oleh tumbuhan ini. Wasallam!.
HABATUS SAUDA...HITAM BIJINYA...
POKOK RENEK... MUDAH TANAMNYA...
BANYAK KHASIAT... ADUH HEBATNYA..
IA MURAH... DIJUAL DIMANA-MANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Beli Belah Alamanda,
Putrajaya,
WP, Malaysia.
(29 Zulkaedah 1435H)

Dalam banyak penulisan, khasiat habatus sauda juga didakwa mampu menambah Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh. Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit. Dalam kes penyakit Barah, habatus sauda dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects). Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya. Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi. Dalam kes Kencing Manis habatus sauda dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah. Kemudian ia juga memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel .
Biji Habbatus sauda yang dihasilkan daripada buahnya berwarna hitam dengan saiz yang halus (Sila lihat foto sebelah). Ia juga selalu diproses atau dikisar sehingga boleh mengeluarkan minyak yang berkualiti dengan banyak khasiat terkandung didalamnya. Minyai ni sering diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda. Banyak laporan perubatan tradisional menyatakan penggunaan minyak ini yang meluas digunakan untuk merawat masaalah kencing manis secara tradisional. Selain daripada ia dijual dalam bentuk cecair, kini telah ada yang telah dimasukkan ke dalam kapsul. Begitulah hebatnya apa yang dihasilkan oleh tumbuhan ini. Wasallam!.
HABATUS SAUDA...HITAM BIJINYA...
POKOK RENEK... MUDAH TANAMNYA...
BANYAK KHASIAT... ADUH HEBATNYA..
IA MURAH... DIJUAL DIMANA-MANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Beli Belah Alamanda,
Putrajaya,
WP, Malaysia.
(29 Zulkaedah 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.