ZEOLITE mempunyai struktur jaringan kristaline merupakan struktur yang optimum untuk unsur-unsur dan molekul-molekul yang terpilih dalam tanah. Ia mengandungi banyak bahan Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Potassium (P) dan juga mempunyai kandungan sodium yang amat rendah. Kadar ketelusannya ialah 42%. Lazimnya Zeolite menarik molekul-molekul dan unsur-unsur tertentu yang sesuai dengan strukturnya dan kepada caj negatifnya seperti ammonium, potassium, kalsium dan magnesium. Ia juga didapati mampu menapis unsur-unsur seperti Zink (Zn), Plumbum (Pb), Kuprum (Cu) dan lain-lain unsur logam berat (heavy metals) melalui sistem bio-filternya. Zeolite adalah mineral semujadi yang menakjubkan kerana kebolehan luar biasanya untuk menyerap, kandung-lepas (hold release) dan menukar pelbagai bahan kimia, nutrien, toxin (racun) dan ion-ion mengikut keperluan semasa. Zeolite terbentuk dari komponen lahar gunung berapi berjuta tahun dahulu . Zeolite merupakan komponen yang sangat bermutu dan bernilai untuk merawat tanah pertanian dan juga aktiviti pertanian lain seperti dalam perternakan Udang, Ayam, Lembu dan lain-lain. Bahan ini juga sesuai digunakan untuk rawatan air bagi mengubah tahap pH tanah masam - asidik (Tahap pH 3-5) kepada tahap pH subur iaitu antara pH 7-8 . Bentuk atom (HoneyComb structure) yang dapat memegang air dan udara dengan lebih efisen supaya tanah dapat mengekalkan tahap keperluan air dan udara yang diperlukan oleh tanaman. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bahan baja ZEOLITE untuk bacaan dan rujukkan anda.
Bentuk - Honey comb structure |
Kandungan mineral yang tinggi terdapat didalam ZEOLITE dapat memulih "TANAH MATI” dan 'TANAH BERASID" kepadatanah yang lebih subur dan boleh dimenafaatkan. Secara saintifiknya, ZEOLITE adalah merupakan unsur MENERAL SEMULAJADI yang ssuai digunakan untuk tingkatkan kesuburan tanah dan memulihkan tanah yang telah mati. Ianya mengandungi SILIKA (Aluminasilicate) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini selalunya dapat mengimbangi sistem pengudaraan dan pengairan dalam tanah (Rujuk foto sebelah). Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana ZEOLITE ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Apa yang saya rujuk mendapati, ia juga mengandungi Unsur Asas Baja (Base Fertilizer) iaitu N - 15 (untuk penyuburan pokok dan daun), P -15 (untuk menggalakkan pertumbuhan akar) dan K -15 (untuk penyuburan bunga dan buah). ZEOLITE adalah produk mineral semulajadi yang mana ia tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga lazimnya tidak akan menyebabkan keracunan metal di dalam darah kita.
Baja Zeolite didapati memiliki struktur atom dalaman yang telus dimana ia menyediakan ruang yang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan ia permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan ketelusan yang tinggi (sehingga 45%) untuk memerangkap dan menukar unsur-unsur, air dan lain-lain molekul tanpa perlu mengubah strukturnya. Baja Zeolite merupakan bahan yang sangat aktif dimana ia tidak mudah larut. Ia juga mempunyai mineral semulajadi yang stabil (sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates) dan sesuai digunakan sebagai penambahan bahan organik dikebun. Ia mempunyai caj negative dimana ini akan mengimbangkan unsur-unsur bebas yang bercaj positif. Ini menyediakan perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskan pada kadar yang diperlukan oleh akar tumbuhan secara semulajadi.
Mineral utama yang terdapat di dalam baja Zeolite ialah 'clinoptilolite' yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino. Lazimnya ia memiliki kadar penukaran cation (CEC) pada kadar +120 meq./100g. Baja Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan baja jenis lain yang terdapat di pasaran. Oleh itu ia amat tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan diladang dan perkebunan. Baja Zeolite mempunyai keserasian terutama dengan ammonium (N H4+), Potassium (K+), Calsium (Ca+) Magnesium (Mg+) dan juga unsur-unsur lain yang membuat ia amat berguna sebagai bahan tambahan kepada kesuburan tanah, kompos dan baja bertindak untuk mengumpul, menyimpan dan secara perlahan melepaskan nutrien baja yang kritikal.
Kebaikan baja Zeolite amat banyak untuk digunakan oleh petani di Malaysia. Apa yang saya baca, antaranya adalah kerana ia adalah sumber yang tidak terhad dan murah serta bertindak sebagai 'perawat tanah' dan juga mampu meningkatkan kualiti tanah dalam jangkamasa panjang. Zeolite juga akan menjadikan warna daun lebih hijau dan pokok kelihatan lebih sihat. Ia juga akan mengurangkan penggunaan baja dan meningkatkan kecekapan baja. Selain itu ia akan dapat meningkatkan elemen Posforan (P) untuk tanaman. Zeolite juga membantu dalam penyediaan unsur mikro dalam tanah dan mampu meneutralkan pH tanah dengan mengubah PH tanah yang beasid atau alkali kepada pH sesuai untuk tanaman. Bahan ini akan juga mampu untuk menyingkirkan unsur-unsur toksik pada tanaman serta dapat memperbaiki kandungan silikat dalam tanah. Kelebihannya juga dapat memegang air dan nutrient dan meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil sebanyak 19-31% serta boleh digunakan untuk pertanian dan perikanan.
Kajian juga menunjukkan cara Zeolite bertindak dengan cara dimana zeolite akan menyerap semua nutrient yang ada didalam baja diberikan kemudian membebaskan semula secara perlahan dan konsisten mengikut keperluan tanaman. Jika tanah diberikan dengan zeolite, lazimnya apa yang berlaku adalah sistem pengairan selepas pembajaan akan membawa baja ke zon akar. Tanaman akan hanya menyerap baja yang ada di zon akar sahaja dengan adanya air melalui akar rerambut. Sebahagian besar baja akan keluar dari zon akar melalui proses larut-resap. Apabila kita berikan zeolite dengan cara menabur baja bersama dengan zeolite, ia akan mengurangkan kehilangan N melalui pemeruwapan kerana zeolite menyerap ammonia bebas. Maknanya pengairan akan membawa baja ke zon akar dan zeolite akan menyerapnya bersama baja yang diserap. Zeolite akan kekal di zon akar sehingga tanaman tersebut memerlukannya. Kadar kehilangan baja melalui proses larut-resap dapat dikurangkan dan zeolite dapat memanjangkan jangka hayat baja di zon akar. Zeolite juga mampu merawat tanah untuk jangka masa panjang (meningkatkan CEC tanah ). Artikel ini diharap dapat menembahkan ilmu pengetahuan anda mengenai zeolite. Harga pasaran baja zeolite di Malaysia sekitar RM 640 - RM 800 satu metrik tan bergantung kepada kualiti dan kuantiti.
Wasallam!
NAMA ZEOLITE... BAIK KESANNYA...
BAHAN PENTING...SUBUR TANAHNYA...
HARGA SESUAI... NAK BELI DIMANA...
BACA ARTIKEL ... TAMBAH ILMUNYA...
By,
M Anem
Senior Agronimist
Agriculture Division
Putrajaya
Malaysia
(29 JamadilAkhir 1434H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.