Jadual diatas bagi tanaman Jagung (Zea mays) contohnya memerlukan sebanyak 150 kg/ha untuk nutrien untuk menghasilkan sebanyak 6 mt bijirin jagung (6,000 kg). Nutrien lain yang diperlukan adalah seperti Posforus (60 kg/ha), Kaliam (120 kg/ha), Kalsium (15 kg/ha), Magnesium (35 kg/ha), Sulfur (17 kg/ha), Zat Besi (15 kg/ha), Manganese (0.4 kg/ha), Zink (0.3 kg/ha), Boron (0.15 kg/ha), Kuprum (0.10 kg/ha) dan Molybdenum (0.01 kg/ha). Tanaman jagung juga merupakan tanaman bijirin utama didunia yang menghasilkan jagung untuk dijadikan makanan manusia dan makanan haiwan memerlukan semua 12 jenis nutrien diladang. Kegagalan untuk membekalkan nutrien tersebut dengan kadar yang mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut, pengeluaran bunga kurang, pokok jagung mudah diserang perosak, pokok rebah dan akan memberikan hasil yang sedikit serta rendah kualitinya.
Berbeza dengan pokok Saderi (Apium graviolens) atau Celery yang hanya perlukan 5 jenis sahaja unsur iaitu nutrien untuk pertumbuhan yang sempurna. Bagi menghasilkan 80 mt saderi sebanyak 206 kg unsur Nitrojan sehektar diperlukan. Unsur lain adalah seperti Posforus (154 kg/ha), Kalium (240 kg/ha), Kalsium (316 kg/ha) dan Magnesium (24 kg/ha). Sadri memerlukan masa selama 6 minggu untuk dituai selepas ditanam. Penuaian celery di kawasan Eropah dijalankan dalam 4-5 kali pemotongan ratoon tetapi saderi di Malaysia jarang-jarang di buat ratoon. Bahan nutrien Unsur Pekit tidak kritikal untuk pertumbuhan saderi. Sebenarnya telah banyak kajian dijalankan oleh agronomis untuk mengetahui keperluan kadar nutrien dalam tanah untuk tumbuhan. Pelbagai faktur membezakan keperluan unsur makanan tumbuh-tumbuhan bergantung kepada jenis tanaman, jenis tanah, cuaca, altitud, umur pokok, sistem pengairan dan banyak lagi. Artikel ini diharap telah dapat menambahkan sedikit maklumat berguna kepada pembaca semua. Wasallam.
NUTRIEN DIPERLUKAN... UNTUK TUMBUHAN...
UNSUR UTAMA... MEMANG N,P,K DI PERLUKAN...
UNSUR PEKIT.. PENTING DIBEKALKAN...
TABUR BAJA... MENETUKAN KESUBURAN...
By,
M Anem
Conference Room, Aras 8,
Gold Course Hotel,
Kelang, Selangor ,
Malaysia.
(17 Rejab 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.