Support My Blog

Thursday, March 8, 2012

FUNGUS

FUNGUS atau KULAT atau disesetangah kawasan dipanggil sebagai Cendawan (mushroom) merupakan sejenis hidupan yang halus (microorganism) dan amat berbeza dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan virus. Perbezaan ketara diantara sel kulat dengan tumbuh-tumbuhan adalah dimana sel kulat mempunyai dinding dari jenis 'Chitin' sementara sel dinding tumbuh-tumbuhan adalah Selulos (Cellulose). Fungus atau kulat merupakan sekumpulan hidupan kategori Eukaryotic yang banyak mempunyai keluarga besar. Saya mengenali mengenai fungus dengan jelas semasa belajar di tahun dua di universiti dulu oleh Prof. Rahman selama dua semester. Agak sukar juga nak skor subjek mengenai fungus ini kerana perlu banyak mambaca, menghafal dan memahami banyak nama-nama bontanikal yang menggunakan bahasa latin. Contohnya yang saya masih ingat hingga sekarang seperti Basidium spp, Collectotricum spp., Rhizobium spp dan juga beberapa lagi. Artikel malam ini saya menulis satu tajuk berkaitan fungus yang saya masih ingat dan membuat beberapa rujukan dari buku yang dipinjam dari perpustakaan pejabat.


Peranan fungus dalam kitaran kehidupan sangat signifikan sama ada untuk kebaikan atau untuk kemusnahan. Fungus merupakan agen penting didalam proses pereputan (decomposision) sel-sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan menguraikannya kepada  bentuk lain yang berguna. Peranannuya dalam ekosistem diperlukan terutama menghasilkan bahan organik selepas proses pereputan dengan menghasilkan asid humik dan mampu menghasilkan unsur baja atau nutrien berguna untuk kesuburan tanah. Terdapat lebih daripada 1.5 juta spesis fungus yang ujud diseluruh dunia semenjak beribu-ribu tahun dahulu dan hanya kurang dari 10% atau sekitar 100,000 spesis yang telah di kaji dengan mempunyai taksonomi yang didaftarkan. Salah satu fungus yang baik dan mempunyai ciri untuk simbiosis dengan akar tumbuhan adalah Mycorhiza yang menghasilkan Nitrojen untuk tanah. Banyak juga fungus yang berguna dengan mengeluarkan 'UBAT' atau 'drug' untuk perubatan dan kesihatan seperti Penicilin dan banyak jenis antibiotik  dan telah dikomersilkan.


Fungus lebih kepada agen perosak kepada tumbuhan dan haiwan kerana keujudan fungus merosakan hidupan lain malahan mampu membunuhnya. Fungus pada tumbuh-tumbuhan contohnya menyerang semua bahagian tisu tumbuhan daripada akar, batang, bunga, daun buah dan pucuk malahan ianya juga cepat membiak semasa proses penyimpanan (post harvest). Dalam keadaan serangan yang teruk fungus mampu membunuh tumbuh-tumbuhan dengan waktu yang cepat seperti serangan Kulat Cendawan Angin, Kulapok Berdebu (Downy mildew) dan beberapa jenis lagi. Fungus juga menyerang haiwan dan manusia dan perlu dikawal. Antara fungus yang mudah menyerang manusia contohnya seperti Kulat Ulat Kaki atau gatal pada celah-celah kaki, kurap, panau dan sebagainya. 


Fungus mampu hidup didalam pelbagai habitat daripada kawasan kering di gurun, kawasan masin , kawasan sejuk di kutub apa lagi dikawasan panas lembab dikawasan tropika. Fungus juga mampu berpindah kekawasan baru melalui udara, angin, pergerakan manusia, air, tanah dan banyak cara lagi. Fungus boleh hidup dalam tanah, atas tanah, pada tumbuhan dan haiwan serta dalam udara dalam pelbagai keadaan cuaca dan suhu. Keujudannya beribu-ribu tahun didunia lebih bersifat PARASIT kepada hidupan lain. Parasit merupakan satu ciri dimana selagi ada makanan untuk fungi hidup ianya akan tumbuh dengan banyak dan membiak sama ada cara asexual iaitu mengeluarkan spora atau secara seksual iaitu proses meiosis dengan pemecahan sel atau cara pembiakan lain.


Fungus mempunyai struktur HYPHAE iaitu satu bentuk struktu yang bular selinder berukuran 2-10 micrometer sehingga beberapa centimeter yang masuk kedalam perumah (host) untuk menyerap nutrien atau makan. Hyphae ini mempunyai ruangan sel didalamnya untuk membenarkan cytoplasma, organels malahan nuclei melaluinya. Keujudan fungus ada yang mudah dilihat dengan mata kasar dan ada yang sangat halus sehingga memerlukan mikroskop untuk melihatnya. Paling mudah kita lihat kulat yang berwarna hitam atau putih pada roti yang telah lama.   


Didalam sektor pertanian fungus lebih kepada menjadi musuh tanaman dan sebagai pathogen peosak yang perlu dikawal. Serangan beberapa jenis fungus mampu mengurangkan hasil atau memusnahkan seluruh tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga penuaian dan penyimpanan makan siap proses. Beberapa kaedah kawalan serangan fungus pada tumbuhan dibuat seperti semburan dengan racun kulat, amalan agronomi, penggunaan varieti tanaman yang rentan, pengawalan cara mekanikal dan sebagainya. Banyak lagi maklumat mengenai kulat atau fungus yang kita perlu tahu....wasallam.

NAMANYA FUNGUS...JUGA IANYA KULAT...
BANYAK SPESIS...DIMANA2 TERDAPAT...
CEPAT MEMBIAK...PENYEBAB PENYAKIT..
KALAU DAH KENA...CEPAT BERI UBAT...


By,
M Anem
PICC, Putrajaya,

Malaysia.
(13 Rabiulakhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...