Support My Blog

Sunday, May 1, 2011

NONA KAPRI

NONA KAPRI (Annona reticulata) merupakan sejenus buah-buahan tropika dari keluarga Anonaceae yang sesuai di tanam di Malaysia dan kawasan ynga mempunyai iklim yang sama di seluroh dunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Carribean atau Amerika Tengah yang kini ditanam di Asia Tenggara, Australia, India dan Taiwan serta Afrika Barat. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan penanaman dan kuantiti pengeluaran buah nona kapro diseluroh dunia kerana kebanyakan buah ini di tanamn secara kecil-kecilan. Keluas di Malaysia juga tidak ada maklumat tetapi penulis mengganggarkan sekadar 25-35 hektar CHE sahaja. Buah ini juga di panggil sebagai wild sweetsop, custard apple, bullock's heart (English), Nona Kapri ; Lonang (Malaysia), Noi Nong (Thailand) , Luvun ; nonai ; Ramphal (India), Sarikaya (Filipina, Indonesia) dan cachiman ; cachimantier ; coeuer de beuf (Peranchis). Artikel kali ini saya berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman Nona Kapri.


Pokok nona kapri merupakan jenis saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 8 - 10 meter bergantung kepada varieti dan lokasi penanaman. Pokok tidak mempunyai banyak cabang dan tidak seragam pembentukkan dahannya. Kulit batang (bark) mengangungi banyak Tanins yang amat berguna dalam dunia perubatan miden. Daunnya berwarna hijau tidak berbulu dan tajam dibahagian hujung serta berukura 10 cm lebar x 20 cm panjang. Susunan daun adalah bertentangan atau bersilang dengan bempunyai tunas atau bunnga di pangkal daun atau dahan pokok. Bunganya berwarna hijau-kuning berukuran 3 cm x 3 cm dengan kedudukannya dalam jambak (Clusters).

Akar nona kapri berbentuk akar tunjang dan juga mempunyai akar rambut yang banyak, Buah nona kapri berbentuk hati (Heart shape' yang mempunyai kulit berketak-ketak dan berukuran 7-10 cm garispusat. Buah berwarna hijau ketika muda akan bertukar menjadi kuning atau kemerahan apabila cukup matang. Buah akan menghasilkan bau atau aroma yang kuat apabila masak. Terdapat banyak biji dalam buah yang kecil deselaputi dengan cecair yang membungkus biji dan rasanya manis apabila masak. Isi nona kapri berwarna putih, jernih atau kemerahan aatau pinkish apabila telah cukup masak. Biji berukuran 0.6-0.8 cm berwarna coklat kemerahan. Cara makan dengan memotong dua atau belah dua dan keluarkan isinya kedalam mulut. Ada ramai pengguna menelan semua biji-biji dalam nonakapri kerana saiznya yang sangat halus.

Kajian saya mendapati hanya terdapat satu klon atau varieti nona kapri yang di daftarkan dengan Jabatan Pertanian. Klon tersebut adalah BH 1 yang nama tempatannya 'Nona Kapri' didaftarkan pada 16.6.1939 berasal dari Pusat Pertanian Raub, Pahang oleh Pegawai Jabatan Pertanian di stesyen tersebut. Buahnya berbentuk kon terbalik dengan berwarna oren tua atau merah atau kuning apabila masak (Lihat foto kiri) . Permukaan buah lekuk kedalam dan terdapat juga jalur memanjang dibahagian dekat tangkai. Buah yang masak agak rapuh. Rasa isinya manis dengan biji berwarna coklat kehitaman.

Penanaman Nona Kapri menggunakan biji benih walaupun kadar percambahan tidak menentu. Ada biji benih yang cepat bercambah dan ada yang lambat dan tidak dapat di pastikan sama ada anak benih tanaman tersebut adalah klon terbaik. Lazimnya pokok nona kapri dibiaknan melalui Tut, Keratan atau Cantuman Baji yang akan menjamin anak benih sma seperti pokok induk. Jarak tanaman 4m x 5 m dengan lubang penanaman sebaiknya di buat busut jika ditanam di tanah rendah. Pokok nona kapri mudah dan cepat tumbuh dalam keadaan cukup penjagaan. Baja organan sebanyak 2-4 kg /pokok di syorkan semasa penanaman dan seterusnya setiap 6 bulan. Baja Tumbesaran NPK 15:15:15 diberikan pada tahun pertama hingga tahun ketiga dengan kadar 15-30 gram sepokok 3 kali aplikasi. Baja Buah NPK 12:12:17:2 diberikan apabila berumur 3-4 tahun sebanyak 30-40 gram sepokok. Kawalan rumpai di jalankan dengan cara manual dan semburan racun rumpai.

Pokok Nona kapri perlu di buat cantasan pembentukan dari peringkat awal untuk mendapatkan bentuk pokok yang seimbang. Sebaiknya biarkan 4-5 cabang utama untuk tumbuh untuk memudahkan pengurusan tanaman. Pokok akan berbuah seawal 2-3 tahun dengan penjagaan yang sempurna. Buah nona mudah diserang Lalat Buah dan 'Calcid Fly' yang menyebabkan buah akan kering sebelum matang. Serangan kelawar, burung juga berlaku terhadap buah yang hampir masak. Kulat Batang (Diplodia annonae) akan menyerang dari bahagian bawah batang dan naik keatas yang menyebabkan kerosakan pada pokok. Serangan musuh dan penyakit seperti dahan kering dan pembentukan buah yang rendah (Low fruit set) menyebabkan tanaman ini kurang di tanam di Malaysia.

Pokok yang subur mampu di Guatemala dan India mampu menghasilkan buah sebanyak 35-45 kg buah sepokok setahun. Pemerhatian saya di Stesen Pertanian Tangkak dulu cuma dapat lingkungan 10-12 kg sepokok setahun sahaja kerana pokok agak terlindung dengan pokok durian. Buah muda berwarna hijau dan akan bertukar kuning kemerahan pada bahagian tengah buah. Buah di petik dengan pisau tajam dan kumoulkan mengikut gred. Harga pasaran buah nona kapri tidak menentu. Saya pernah beli dengan harga RM 12.00 sekilogram atau purata RM 0.60 - RM 1.00 sebiji. Orang Malaysia tidak berapa pandai mungkin untuk makan buah nona kapri seperti di negara lain.

BUAH UNIK....BUAH NONA...
NONA KAPRI...NAMA DIBERI....
KURANG DI TANAM..KURANG PROMOSI...
KADANG2 MAKAN...KALAU FREE....


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Sunday noon)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...