Support My Blog

Friday, May 6, 2011

BELIMBING BULOH


BELIMBING BULOH (Averrhoa bilimbi) adalah sejenis pokok buah jenis Belimbing dari Keluarga Oxalidaceae yang terdapat di negara kita. Buah Belimbing Buluh yang terdapat di Malaysia kebanyakannya masam seperti yang terdapat 2 pokok de kampong saya di Muar, Johor. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Mollucas, Indonesia dan juga hidup subur di seluroh kawasan Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, India Selatan, Sri Lanka dan Myanmar. Buah Belimbing Buluh adalah sangat masam dengan purata pH 4.0 - 4.7 dan ditanam sebagai tanaman campuran di keliling rumah. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah Cucumber Tree ; Sorrel (English), kamias ; Iba (Filipina), Bilimbi (India), Bimbiri (Sri Lanka), Belimbing Asam ; Belimbing Buloh; B'ling ; Biling-biling (Malaysia), Belimbing Besu ; Balimbing ; Blimbing; Belimbing Wuluh (Indonesia), Taling Pring ; Taling Kling (Thailand) dan Khe' tau' *Vietnam). Artikel kali ini saya tulis teknologi tanaman belimbing buloh berasaskan pemerhatian dan rujukan buku teknikal.

Pokok belimbing buloh adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 4-6 meter. Pokok ini menyerupai pokok belimbing besi (Star Fruit atau Averrhoa carambola) dari segi taksonomi dan pencirian tumbuhan. Daunya berwarna hijau muda dan berzaiz kecil dengan ukuran 5-8 cm x 2-4 cm dan bersusunan bersilang. Batangnya berkayu dengan kulir berwarna coklat bercorak putih atau kehijauan. Bunganya kecil berwarna ungu kemerahan dan mempunyai 3 kelopak dan stigma berwarna putih. Binga keluar dari bahagian batang dan dahan pokok belimbing buluh sepanjang tahun (Walau pun ada musim tertentu agak kurang). Buah belimbing Buluh berwarna hijau muda terang yang bulat lonjong berukuran 2-3 cm garispusat dan 4-6 cm panjang. Terdapat beberapa biji berwarna putih kehijauan didalamnya.

Kajian saya di beberapa buku mendapati buah belimbing adalah masam tetapi mengandungi zat makanan berguna untuk kesihatan manusia. Setiap 100 gram bahagian buah yang boleh di makan mengandungi 94 g air, Protin (0.62 g), Serat (0.6 g), Ash (0.4 g), Kalsium (0.34 mg), Ferum, (1.01 mg), Niacin (0.302 mg), Thiamine (0.010 mg), Riboflavin (0.021 mg), Cartene (0.025 mg) dan Asid Askorbik sebanyak 15.6 mg yang menyebabkan rasa buah belimbing buloh masam. Kultivar yang ada di Malaysia adalah Belimbing Buloh Tempatan yang masam dan belum ada laporan yang saya dengan kultivar Belimbing Buluh di Malaysia yang manis. Terdapat laporan dari rakan saya di Filipina (Ms Cyntia - peserta kursus ASEAN Tropical Fruit 2011 di Serdang - saya beri lecture) kata ada jenis Belimbing Buloh di Filipinan jenis manis di panggil 'BALIMBING' dan jenis biasa yang masam di panggil sebagai Kultivar ' KAMIAS'.

Pokok Belimbing Buloh lazim di tanam menggunakan bahan tanaman dari mengetut dan jarang menggunakan biji benih. Bagaimana pun ada petani menggunakan kaedah keratan atau dari anak benih yang tumbuh di pangkal pokok dewasa. Penanaman secara komersial monocrop jarang di buat kerana tenaman ini tidak ada permintaan komersil secara besar-besaran atau pun ekspot tidak seperti belimbing besi (Carambola). Setiap rumah di kampong menanam pokok untuk kegunaan sendiri atau pun jika banyak akan dihantar kepasar atau dijual di pasar malam dengan harga satu longgok RM 1.00 (Lingkungan 6-10 biji). Pokok ini boleh di tanam walau pun ada sedikit naungan di keliling rumah.

Pokok mula berbuah selepas 1.5-3 tahun di tanam jika dijaga dengan baik. Berikan baja organik dan baja NPK 15:15:15 untuk tumbesaran dan baja Buah NPK 12:12:17:2 untuk menggalaknan pengeluaran bunga dan buah belimbing buloh. Antara musuh tanaman pokok buloh adalah seperti serangan aphid dan koya serta jelaga pada musim lembab. Lalat Buah (Bactocera carambolae) juga kadang-kadang menyerang pada peringkat awal buah (walau pun buah masam) menyebabkan bentuk buah bengkok atau berkedut sedikit. Buat cantasan agar ketinggian pokok sesuai untuk memudahkan menuai atau mengutip hasil. Cantasan pembentukan di dari peringkat awal penanaman untu mendapatkan banyak cabang seimbang dan buat 'topping'.

Buah belimbing buluh yang matang berwarna hijau gelap atau yang terlalu matang akan menjadi hijau kekuningan. Jika tidak di petik buah akan gugur diatas tanah dengan sendiri dan busuk. Petik buah menggunakan tangan dan basuh sebelum di makan atau di proses. Satu pokok belimbing buloh dewasa mempu menghasilkan antara 5-15 kg buah belimbing buluh setahun atau lebih lagi jika di jaga dengan sempurna. Buah ini tahan di simpan selama 5-10 hari tanpa apa-apa rawatan dan tahan lebih lama lagi jika disimpan dalam suhu sejuk. Kepada mereka yang suka makan buah masam atau mereka yang mengidam (Ibu mengandung) tiada masaalah dengan rasa buah belimbing buloh yang masam.

Belimbing buloh digunakan sebagai bahan masakan untuk menambahkan keenakan masakan harian seperti Masak Kari, Masak Asam Pedas, Masak Ikan Cili Api, Masak Ikan lemak Pedas, Masak Daging Salai Cili Api dan sebagainya. Jika hendak makan segar biasanya di makan dengan sedikit garam. Di India Belimbing Buluh digunakan sebagai masakan masalla. Di kampong dulu ketika Hari Raya saya memang cari Halwa Belimbing Buluh yang mempunyai rasa manis dan masam. Belimbing buloh juga boleh di buat jeruk yang memang sedap rasanya. Kini Belimbing Buloh di jadikan makanan ringan yang di minati setelah dijerukkan atau di buat Halwa dan sering kita jumpa di pasar malam. Satu hari nanti kita nak lihat belimbing buloh di jadikan makanan kesihatan dalam bentuk jus, pil, serbuk, kapsul dengan pelbagai teknologi yang mungkin akan di terokai. Wasallam....

BELIMBING BESI......BELIMBING BULUH....
BELAKANG RUMAH....TEMPAT IA TUMBUH...
RASA YANG MASAM....MASAM SUNGGUH.....
DI MASAK ASAM PEDAS...SEDAPNYA WADUH....

RELATED ARTICLES:
1. STAR FRUIT - BELIMBING (Klik disini)
2. KLON BELIMBING DI MALAYSIA (Klik disini)
3. CASHFLOW BELIMBING (Klik disini)
4. CERMAI (Klik disini)
5. KACANG SOYA HIJAU (Klik disini)

By,
M Anem
Air Keroh
Jalan Istana
Melaka
(Bercuti di Melaka)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...