Support My Blog

Sunday, March 13, 2011

MERINGGAI (Kelor)


MERINGGAI (Moringa oleifera Lamb) atau juga dipanggil sebagai 'Kelor' adalah sejenis tumbuhan pelbagai guna dari keluarga MORINGACEAE yang dipercayai berasal dari kawasan Pakistan dan Utara India dan kini tersebar di seluroh Asia, Amerika dan beberapa benua lain. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia mengenali tanaman ini kerana kurang di komersialkan tidak seperti di India yang dijadikan sebagai sayuran dan bahan penting untuk makanan kesihatan sebagai 'suplementary food' hingga ke peringkat antarabangsa. Meringgai dikenali sebagai Horseradish Tree, Drumstick Tree, West Indian band (English), Ben Aile (Peranchis), Kelor ; Marunga (Indonesia), Meringgai ; Gemuggai (Malaysia), malunggay (Filipina), dandanlobin (Myanmar), marum ; phakihum ; makhonkom (Thailand), lat mok (Chinese) and Mungephali (India urdu). Tidak ada laporan rasmi keluasan tanaman ini di tanam di Malaysia kerana belum ada ladang komersial yang menanam Meringgai. Artikel ini saya mempaparkan teknologi tanaman meringgai berdasarkan pembacaan beberapa buku teknikal dan layaran dalam sesawang berkaitan.




Tumbuhan Meringgai atau Marunga digunakan sebagai makanan dimana buah muda seperti kacang dimasak seperti kacang panjang dan juga dalam masakan kari dan juga sop sayur. Daun muda dan buah muda juga dimasak sop. Bijinya juga apabila diproses dimakan sebai snek seperti biji kacang tanah. Biji (foto sebelah) yang cukup matang mengandungi minyak ekstrak untuk dijadikan pelincir, kosmetik dan makanan kesihatan. Daun yang banyak digunakan sebagai makanan ruminan ternakan seperti lembu dan kambing. Kulit batang pokok boleh di buat tikar, kertas dan lantai selain daripada produk seulos yang akan diguna dalam industri tektil dan percetakan. Pokok meringgai juga di tanam untuk tanaman pagar dan juga penghalang angin.


Tumbuhan merungai cepat membesar dengan ketinggian 3-10 meter dan banyak cabang dan garispusat batang lingkungan 3-10 cm. Batangnya mempunyai kulit berwarna putih, kelabu atau pudar yang akan menghasilkan gam apabila terluka. Daun meringgai berwarna hijau yang berbentuk 'pinnate' (2-3 daun) dengan ukuran 60 cm panjang dan ada 4-6 pinnae. Bunga meringai berwarna putih atau krim yang berbau wangi berukuran 8-30 cm dengan 5 kelopak. Buahnya berbentuk 3 segi seperti kapsul berukuran 10-50 cm x 1.5-3.5 cm berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang. Bijjinya berbentuk sub-globose dengan ukuran 1-1.4 cm panjang dan 0.5-2.5 cm lebar.

Kajian menunjukkan 83% daripada bahagian tumbuhan adalah boleh di pasarkan atau berguna dari bahagian akar, batang, daun dan buah. Setiap 100 gram meringgai yang bolh di makan mengandungi 87 g air, Protin (2.5 g), Karbohiderat (3.7 g), Abu (2.7 g), Serat (4.8 g), Vitamin A (184 IU), Vitamin B1 (0.01 mg), Vitamin B2 (0.07 mg), Niacin (0.2 mg), Vitamin C (120 mg), Fe (5.3 mg), P (110 mg), Ca (30 mg) dan 109 kiloJoule tenaga. Biji moringga mengandungi 25% minyak moringa yang terdiri dari triglicerids dan asid lemak behen yang berkualiti tinggi. Minyak ini mampu menyerap bau dengan berkesan dan cekap. Kayu pokok meringgai adalah jenis lembut dan tiada nilai balak.

Kawasan penanaman Meringgai mestilah dari kawasan tanah subur jenis lom berpasir yang mempunyai saliran yang baik. Pokok ini adalah jenis pokok tropika yang perlukan cahaya matahari yang banyak. Penanaman boleh menggunakan biji benih tetapi lebih mudah dengan menggunakan KERATAN. Biji benih lazimnya bercambah selepas 1 minggu dan pokok dari biji benih hanya akan mula berbuah sepelas 2 tahun di tanam. Jika menggunakan keratan akar pokok akan terbentuk dengan cepat dan mula berhasil selepas 1 tahun ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan adalah 3-5 m x 3-5 meter dengan bentuk empatsegi.

Penyiraman sangat penting pada peringkat awal penanaman terutama jika menggunaakan bahan tanaman keratan. Pokok meringgai perlukan baja organik yang banyak untuk mempastikan kesuburannya. Baja tambahan Nitrojan (N) boleh diberikan 2 kali setahun. Cantasan dahan dan tunas air perlu dijalankan untuk membentuk pokok yang seimbang dan proses pembesaran yang cepat. Dahan dan daun yang dicantas boleh dijadikan makanan ternakan dan pucuk muda boleh dijadikan sayuran.

Musuh tanaman meringgai adalah seperti serangga Aphid (Aphid spp), hamana dan juga ulat pengorek buah. Kadar serangan ulat bagaimana pun tidak sampai tahap serious. Pokok lazimnya berbunga pada bulan Mei-Jun dimana pada masa ini banyak haiwan 'penyedut madu' seperti burung dan lebah akan menghisap madu. Buah muda akan dipetik selepas 55-70 hari selepas berbunga untuk dijadikan sayuran. Buah masak atau matang pula di tuai selepas 100-115 hari selepas berbunga untuk penghasilan biji.

Kadar pengeluaran hasil adalah rendah pada 2 tahun pertama tetapi akan meningkat pada tahun ketiga dengan anggaran sebanyak 600 buah setiap pokok setahun. Kajian mendapati sebanyak 2,200 buah boleh di kutip dengan purata berat 190 kg sepokok setahun pada pokok berumur 20 tahun keatas. Penghasilan paling tinggi pada pokok berumur 10-15 tahun dengan penjagaan yang baik.

Pembacaan mendapati khasiat tanaman moringa ini sangat banyak semenjak beribu tahun dulu sebagai tumbuhan untuk perubatan. Banyak produk yang dijual dengan jenama "Moringa" seperti dalam bentuk serbuk, teh, kapsul, pil dan cairan dalam pasaran diseluroh dunia. Berikut saya sertakan mklumat kegunaan tumbuhan meringgai dari laman sesawang untuk tatapan pembaca:-

Moringa Gold" is a Trademarked product of Moringa Resources. It is derived from the Moringa Oleifera Plant which grows mainly in the Asian regions. It has been used as a good healer of many diseases the last two thousand years and more. It was mostly used by the earlier medicine men of many countries and races. It is believed that it can cure and prevent 300 over diseases. Today Given the right nutrition our body will and can heal itself . Until recently, with the availability of testing equipments and the great progress in science, The nutrient value of the Moringa leaf was discovered and gazetted in the science and health books of the world. The whole tree from the top down to the roots has medicinal values and can be used for the betterment of the world and it's people. It has rightfully and deservingly earned its name as "THE MIRACLE TREE", for the following reasons.
It is one of the very rare trees whose leaves can be cooked and eaten as vegetable.


a. It leaf's potency is tripled when shadow dried and said to contain:- Vitamin A, B, B1, B2, C, E , 20 types of Amino acids, 46 types of Anti-oxidants, 36 anti-inflammatory compound - all natural, It also has essential oils and fibres.
b. Its leaves has been used as fertilizers and as live stock feed in India and Africa.
c. Its pod is often used as a sexual booster for men.
d. It is a very good Tree to plant for the prevention of soil erosions.
e. Its seeds can be powdered to recycle water. Because of its antitoxic properties, it is able to absorbed and clear water of over 90% of bacteria and dirty sediments.
f. The oil from extracted from the seed, burns without smoke and also a good lubricant.
g. Blue dye can be extracted from the wood.
h. In emergency, its wood can be used as fuel for fire.
i. It's roots has many curative properties, we will leave that to the medicine man.
j. It also oozes out latex which the folk medicine doctors know how to apply.
k. It can be easily planted and grown with minimum care.
l. For once. it is advocated by nearly all the religious leaders of the world and not by some guys who are out to make money for them selves.
m. It is very very cheap - check out FAQ on this web site.
n. Those who have consumed it will feel result within a week if not earlier.
o. It has been said to cure and heal over 300 diseases.
p. It nutrients contents are-: Moringa Nutritional Values (The Miracle Tree )q. Analysis of Moringa dried leaf powder contains the following per 100 grams of edible portion.

Diharap artikel ini memberikan maklumat berguna kepada pembaca dan menambahkan ilmu pengetahuan. Mana tahu satu hari nanti tanaman meringgai akan menjadi satu tanaman penting di Malaysia.


POKOK MERINGGAI.....BANYAK KEGUNAAN....
BANYAK GUNA... MAKANAN KESIHATAN...
KALAU NAK TANAM.... PASTIKAN PASARAN...
MEMANG POPULAR... DI INDIA DAN PAKISTAN...

By,
M Anem
Pyjaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...