Support My Blog

Saturday, March 12, 2011

KELEMBAK

KELEMBAK (Rheum rhabarbarum Linn) merupakan sekenis tumbuhan baru diperkenalkan di Malaysia dari keluarga POLYGONCEAE yang di tanam untuk digunakan sebagai sayuran dari bahagian tangkai atau batang (Petiol) daun tanaman tersebut. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai sayur-sayuran untuk kesihatan dan juga sebagai ubat yang tumbuh dalam iklim sederhana sejuk dan kawasan tanah tinggi di Asia. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah Rhubarb (English), Kelembak; Telembak (Indonesia) dan Kelembak (Malaysia). Tumbuhan ini mempunyai 3 spesis iaitu Rheum rhabarbarum, Rheum palmatum dan Rheum raponthicum. Tumbuhan ini dipercayai berasal di kawasan China Tengah dan disebarkan ke Eropah, USA, Seberia dan Jepun. Di Kawasan Asia Tenggara tumbuhan ini banyak di tanam di kawasan Tanah Tinggi di Cameroon Hidhland , Malaysia dan Bagio City Filipina dan Dataran Tinggi di Indonesia. Artikel kali ini saya membincangkan teknologi tanaman Kelembak berdasarkan pembacaan saya dan tinjauan teknologi di Cameroon Highland untuk bacaan para pembaca.


Maklumat Penanaman dan pengeluaran Kelembak tidak ada laporan khusus kerana tiada statistik dan perdagangan yang dilaporkan. Tumbuhan ini adalah robust, herbs yang tumbuh sehingga ketinggian 1.5 meter dimana mampunyai akar serabut yang sangat banyak dan rhizom yang padat. Daun kelembak berbentuk rozet radikal yang tumbuh dari batang atau rhizom dan daunnya adalah hijau yang lebar. Daun berukuran 20-50 cm panjang dan lebarnya 15-50 cm berwarna hijau kadang-kadang terdapat tompok merah atau pink. Bunga kelembak berbentuk jambak bunga mempunyai 2 kelopak, 3 stamen dan 3 styles. Buahnya berbentuk ovoid, panjang lingkungan 1 cm dan mengandungi biji.

Kajian menunjukkan setiap 100 gram kelembak mengandungi 92 gram air, Protin (0.5 gram), Lemak (0.1 gram), Karbohiderat (2.9 g), Serat (0.7 g) ,Ash (0.3 g) dan sebanyak 46 kJoule Tenaga. Kajian makmal juga menunjukkan Kelembak mengandungi beberapa jenis asid seperti Asid Malik, Asid Oksalik dan Asid Citrik yang menyebabkan rana enak pada pucuk muda. Bagaimana pun terdapat kandungan toksik dalam daun iaitu antracquinone serta Asid Oksalik Bebas yang merbahaya dimakan jika di ambil berlebihan. Terdapat laporan yang menyatakan kematian jika menggunakan tumbuhan ini secara berlebihan. Bahagian akar juga dilaporkan mengandungi bahan antracquinine.


Kawasan yang sesuai untuk tanaman Kelembak atau Rhubarb ini mesti mempunyai iklim sederhana sejuk dengan tanah yang subur. Tumbuhan ini tidak tahan dengan keadaan tanah yang salirannya tidak baik atau terendam. Penanaman atas batas adalah disyorkan dengan memberikan bahan baja organik yang mencukupi. Lazimnya tanaman ini dibiakkan menggunakan akar rizom yang di perolehi dari pokok dewasa yang telah matang. Penanaman menggunakan biji benih boleh dibuat tetapi sering menghasilkan tkelembak yang tidak seragam dan peringkat pertumbuhan yang lambat. Keratan yang mempunyai beberapa mata tunas di tanam sedalam 25-30 cm dalam alur penanaman dengan jarak 70 - 90 cm di atas batas tanaman. Pastikan ada 1-2 matatunas berada di atas tanah semasa menanam keratan benih tanaman kelembak.

Penjagaan rumpai peringkat awal penanaman sangat penting di kawal. Penggunaan racun pra-cambah boleh dijalankan dengan terkawal untuk mengurangan pertumbuhan rumpai di peringkat awal. Penyiraman dijalankan selalu pada peringkat awal pertumbuhan dan pastikan buang bunga yang keluar kerana bunga akan melambatkan pertumbuhan pokok. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 dan tambahan Urea dapat menjamin kesuburan tanaman.

Antara masaalah serangan penyakit seperti serangan Downy Mildew (Cercospora spp ), Penyakit Bintik Daun dan juga Penyakit Reput Pangkal. Kawalan dengan menggunakan racun kimia sesuai atau Amalan Pertanian Baik (APB). Terdapat juga dilaporkan serangan virus pada tumbuhan ini. Pemerhatian saya di Cameroon Highland mendapati serangan berlaku tapi pada tahap masih boleh dikawal. Serangan serangga perosak tiada yang serious kecuali serangan ulat pemakan daun dan juga ulat pengorek batang.

Penuaian kelembak dijalankan selepas 6 bulan penanaman dengan memetik atau memotong tangkal (petiol) daun dengan pisau tajam. Pastikan batang kelembak tidak patah untuk mempastikan tumbuhan hidup lebih lama. Lazimnya tanaman perlu di musnahkan selepas 5 tahun dan dibuat penanaman baru. Tinggalkan 3-5 helai daun pada kelembak untuk terus hidup semasa memetik hasil. Satu rumpun kelembak mampu menghasilkan 1.5 - 5 kg tangkai atau petiol dalam satu tahun. Hasil Petiol akan di bersihkan , digredkan, diikat sebelum di pasarkan. Kajian mendapati petiol tersebut tahan sehingga 3 minggu disimpan dalam suhu rendah 1 celsius dengan kelembapan yang tinggi.


BARU DI DENGAR ...... TANAMAN KELEMBAK.....
SESUAI DITANAM... DIGUNUNG DAN DI PUNCAK....
JARANG DI JUAL....DI TESCO ATAU PASAR LAMBAK...
BILA DAH BACA BLOG....DAH MASUK OTAK....

By,
M Anem
Alor Setar
Kedah
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...