Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG PASAL TUPAI. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG PASAL TUPAI. Show all posts

Saturday, June 20, 2026

SEMBANG PASAL TUPAI (PART 2)

HAIWAN TUPAI (Callosciurus cenisep atau Callosciurus nigrovittatus, atau Callosciurus notatus) merupakan sejenis binatang dari keluarga Tupaiidae, Sciuridae atau Ptilocercidae iaitu sejenis Rodentsia yang terdapat dinegara Malaysia dan sering dikenali sebagai perosak tanaman terutama buah-buahan. Tupai merupakan sejenis binatang mamalia yang berdarah panas dan memakan kebanyakannya dari jenis tumbuh-tumbuhan yang berada dalam habitatnya. Tupai merupakan sejenis binatang yang makan bahagian Buah, Daun, Kulit Pokok malahan bahagian akar tumbuhan juga. Antara pokok buah-buahan lazimnya buah durian akan rosak akibat ditebuk tupai dimana ada peribahasa Melayu iaitu 'Kelapa Ditebuk Tupai' yang memberi makna iaitu 'Maksud peribahasa ini ialah gadis yang telah hilang kesuciannya (tidak lagi anak dara). Ia menggambarkan situasi di mana seseorang gadis telah disetubuhi sebelum berkahwin'. Tupai ialah sejenis rodensia yang kecil hingga sederhana saiznya dimana ia mampu bergerak dengan pantas diatas pokok mahu pun diatas tanah. Pergerakan pantas ini diantara dahan juga kadang-kadang melalui kaedah 'ala- terbang' daripada satu dahan kedahan yang lain dengan bantuan anggota dibahagian ekornya. Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya didalam rumah kayu yang dibina dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya dan sangat lincah bergerak. Tupai adalalah mamalia yang bersosial bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau pun ia diganggu musuh. Di kalangan pemilik dusun seperti pemilik tanaman dusun durian serangan tupai berlaku dimana ia akan menebuk buah durian dan merosakkannya. Tupai (atau bajing) adalah sejenis haiwan mamalia kecil daripada keluarga seperti Sciuridae dan sebagainya. Ia dikenali dengan ciri fizikal yang lincah, bermata bundar dan selalunya ia mempunyai ekor yang panjang serta berbulu lebat. Kebanyakan tupai tinggal di atas pokok dan memakan buah-buahan atau kekacang, namun ada juga spesies yang hidup di kawasan tanah. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis pasal tupai dalam "Anim Agro Technology"  untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Di laporkan di Malaysia memang tidak ada 'Akta Perlindungan Tupai' yang khusus tetapi disebaliknya perlindungan haiwan ini terkandung di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang mana ia dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Apa pun di bawah akta ini dimana status tupai dibahagikan kepada dua kategori iaitu Jenis Spesis Tupai yang Dilindungi iaitu spesies tertentu seperti Tupai Tanah dan Tupai Pokok. Semua aktiviti seperti memburu atau menyimpan spesies ini tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan dan boleh di hukum jika sabit kesalahan. Kedua ada Jenis Tupai yang Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies eksklusif seperti Tupai Kerawak dimana sebarang aktiviti memburu, membunuh atau pun untuk menyimpan haiwan ini atau mana-mana bahagiannya adalah dilarang sama sekali kecuali dengan permit khas (Sila lihat tupai kerawak di sebelah). Dalam kes ini dimana dilaporkan pesalah boleh dikenakan hukuman berat iaitu dengan denda sebanyak maksimum sehingga RM1 Juta dan juga hukuman penjara sehingga 15 tahun. Selain itu juga di laporkan dimana sebarang pengambilan tupai dari hutan untuk tujuan komersial atau pemakanan adalah tidak digalakkan kerana risiko penyakit seperti Leptospirosis yang boleh mengancam nyawa manusia. Dalam pada itu Aktiviti Memelihara Tupai ianya  bermaksud menjaga haiwan ini sebagai haiwan kesayangan. Di Malaysia di laporkan dimana diantara spesies popular termasuk Jenis Tupai Kampung, Jenis Tupai Burma dan juga Jenis Tupai Ssugar-glider (tupai terbang). Tupai memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia sangat aktif dan memerlukan diet seimbang serta penjagaan sangkar yang teliti. Apa pun memang ada terdapat beberapa perkara penting yang para peminatnya perlu tahu jika ingin memelihara tupai seperti kena pastikan spesies yang dibela bukan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar. Kedua adalah perlu idsediakan sangkar yang besar dan tinggi kerana tupai suka memanjat dan melompat. Juga aspek makanan juga perlu di fahami sebab diet haiwan tupai ini ia terdiri daripada buah-buahan, sayuran, kacang dan bijirin. Pemilik haiwan tupai yang di bela memang suka melihat haiwan ini yang dilihat ia yang sangat lincah, manja dan memerlukan perhatian khusus. Membuat tinjauan mengenai h
arga tupai di Malaysia dimana ia lazimnya bergantung pada jenisnya. Secara purata dari kajian iaitu harganya adalah antara RM80 - RM150 seekor. Secara khusus dimana Jenis Tupai Mini (Dormouse) ia di jual dalam lingkungan sekitar RM80 - RM150 seekor, Jenis Tupai Kelapa pula dijual sekitar harga RM130 seekor dan JenisTupai Eksotik pula ia dijual pada harga boleh mencecah sehingga RM400 ke atas dan ini bergantung kepada kesukaran untuk mendapatkannya serta ciri khasnya.


Menarik di konsikan fakta tentang hukum memakan tupai di Malaysia dimana ia adalah khilaf (terdapat perselisihan pendapat) dalam kalangan ulama namun fatwa semasa di Malaysia cenderung kepada hukum 'Makruh' atau 'Haram' demi menjaga kelestarian hidupan liar tersebut. Dijelaskan dimana berikut adalah pecahan perincian hukum mengikut mazhab seperti dalam Mazhab Syafi'i dan Mazhab Hanafi dimana daging tupai adalah haram dimakan kerana ia dikategorikan sebagai haiwan yang menjijikkan (khabisah). Apa pun didalam Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali pula dimana ada sebahagian ulama dalam mazhab ini dilaporkan ada memberikan hukum mengharuskannya (halal) dengan syarat ia disembelih kerana tupai tidak mempunyai gigi taring yang digunakan untuk menyerang atau memburu mangsa. Ada juga pandangan Tambahan di Malaysia dimana bagi pihak berkuasa agama seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ia cenderung kepada pendapat yang mengharamkan pemakanan tupai. Ini bertepatan dengan kaedah Saddu al-Zarai' (menutup jalan yang membawa kepada kemudaratan) bagi mengelakkan kepupusan haiwan tersebut dan tupai juga merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar. 


Dalam portal bharian.com di laporkan isu '
Makan tupai dibimbangi terdedah virus Leptospirosis' dimana dilaporkan dii Malaysia ada terdapat 27 spesies tupai termasuk 16 spesies yang dilindungi kini diancam kepupusan jika trend pemburuan sebagai makanan manusia tidak dikekang. Dilaporkan ada sekumpulan penyelidik Jepun mendapati manusia boleh terdedah jangkitan virus Leptospirosis yang terdapat daripada tupai. Penyelidik dari Institut Sains Chiba, Universiti Azabu, Institut Penyakit Berjangkit Nasional dan beberapa lagi pusat akademik dari Jepun mendapati aktiviti penyembelihan dan penyediaan makanan seperti tikus, tupai dan arnab, aktiviti dalam air, ruang perangkap air dan lain-lain boleh mendedahkan orang ramai kepada jangkitan. Mengikut portal MyHealth daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, jangkitan boleh menyebabkan pendarahan yang teruk, masalah pernafasan, kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan lain-lain komplikasi. Ada kes baru-baru ini tular satu video bertajuk Trend Makan Tupai di Malaysia dimuatnaik di Youtube berdurasi 1 minit 26 saat menunjukkan seorang lelaki sedang memotong daging dan menyiat kulit tupai dipercayai untuk dimakan dan serta dipercayai untuk memulihkan tenaga batin. Di Malaysia, terdapat 27 spesies tupai termasuk 16 spesies yang dilindungi kini diancam kepupusan jika trend pemburuan sebagai makanan manusia tidak dikekang. Antara jenis yang dilindungi adalah daripada keluarga Sciuridae seperti Aeromys tephromelas (Tupai Terbang Hitam), Callosciurus prevostii (Tupai Gading), Hylopetes Lepidus (Tupai Terbang Pipi Kelabu), Hylopetes spadiceus (Tupai Terbang Pipi Merah), Petaurillus kinlochii (Tupai Terbang Terkecil) dan lain-lain. Apa pun menurut PERHILITAN ada terdapat 11 spesies tupai yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan tidak dilindungi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Diantaranya Tupai Tompok, Tupai Pinang, Tupai Belang tiga dan Tupai Naning. Spesies tupai ini merupakan spesies yang dikategorikan sebagai musuh tanaman yang merosakkan pokok buah-buahan seperti kelapa, durian, nangka dan cempedak.


Dalam portal lain dimana kisah 'Tupai Lincah dan manja' sesuai di kongsikan untuk kali ini. Ada seorang p
eminat animasi Alvin and The Chipmunks pasti tidak boleh lupa dengan keletah tupai yang nakal dan sering memberi masalah kepada pemiliknya. Sifat kelincahan selain sifat tupai yang manja antara daya penarik haiwan itu dijadikan binatang peliharaan dimana tidak hairanlah di Malaysia juga terdapat kelompok peminat tupai dan terdapat pelbagai spesies tupai sesuai dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Bagi peminat haiwan dan Pengasas Snakemaster Petting Zoo, Mohd Hamizan Nawai, 48, yang turut dikenali sebagai Mije berkata, dia turut memiliki empat spesies tupai dalam koleksi haiwan peliharaannya dengan cara mengusap dan dia selalu terutama ketika memberi makan membantu tupai menjadi jinak. Apa pun sebagai peminat haiwan dimana tupai antara spesies yang menarik perlu dipelihara kerana kelincahan dan pada masa yang sama sangat manja. Dakwanya didalam koleksi dimana dia pelihara tupai kampung iaitu spesies yang tidak dilindungi dan spesies tupai lain ialah sugar glider atau tupai terbang dan Prairie dog iaitu tupai tanah dari Amerika Utara. Satu lagi spesies tupai peliharaan yang semakin popular dalam kalangan peminat haiwan ataupun tupai ialah tupai Burma. Menyentuh kepada perbezaan antara keempat-empat spesies terbabit, kata Mije, tiada jurang ketara melainkan habitat asal semula jadi atau 'rumah' spesies itu dan apabila semua spesies tupai ini dipelihara, tidak banyak perbezaan ditemui baik segi diet atau tingkah laku dimana tupai ini adalah diantara haiwan omnivor dan makan serangga. Semuanya memiliki sifat lincah, lucu, manja dan comel. Perbezaan mungkin segi luaran atau ciri-ciri fizikal yang disesuaikan mengikut habitat asal. Sebagai contohnya dimana tupai kampung warnanya sekata, tupai terbang pula mempunyai seakan kepak, tupai Burma saiznya lebih besar dan cantik. Manakala, Prairie dog pula spesies tupai asal dari Afrika atau sebelah Amerika Utara (dipanggil dog kerana mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi anjing) dan diet untuk semua tupai peliharaannya hampir sama. Apa pun tupai sebenarnya adalah kategori haiwan omnivor akan tetapi ramai beranggapan tupai hanya makan kekacang dan buah-buahan. Dakwanya kalau di habitat asal atau di alam liar, tupai makan dedaun pokok dan protein. Malah, tupai juga makan serangga dan ular kecil dan bagi memastikan tupai peliharaan sihat dan lincah, sebagai pemilik kena variasi makanan terutama protein. Bagi pastikan tupainya terus manja kekal pada tupai peliharaan disarankan pemilik supaya selalu memanggil nama selain konsisten memberi makan sambil mengusap tupai terbabit. Apa antara tahap manja tupai kadang-kala tuannya perlu meletakkan baju yang dipakai ke dalam sangkar dimana ini penting untuk tupai itu biasa dengan bau pemilik yang menjadi satu faktor hubungan antara kedua-duanya lebih erat. Kelebihan jika tupai sudah rapat dan manja dengan pemiliknya, tupai peliharaan tidak agresif atau tidak menggigit dimana semua haiwan ada sifat liar masing-masing. Dalam kes tupai paling pantang jika terkejut atau bunyi bising yang kuat. Bunyi terlalu bising boleh menyebabkan tupai mengalami sakit jantung dan mati mengejut dan tupai yang dibela dari kecil tidak akan menggigit tuannya. Menambah agi dimana selain diet, satu lagi elemen yang sangat penting ialah penyediaan sangkar untuk tupai tinggal dan tupai memang perlu susun atur sangkar tupai mengikut tingkah laku atau tabiatnya. Asasnya tupai suka memanjat, melompat dan berlindung dan dia seboleh-bolehnya sangkar perlu tinggi, ada tali, ranting kayu, bekas air, dan paling penting gua sebagai tempat ia berehat. Kini dia memaklumkan semua spesies peliharaannya tidak memerlukan permit atau lesen khas termasuklah spesies tupai kampung dimana bagi yang mahu memelihara tupai, perlu semak spesies yang dipelihara bukanlah spesies dilindungi. Ada diantara spesies tupai memerlukan permit seperti tupai nandong, tupai kerawak 3 warna, tupai terbang merah gergasi, kerubung, tupai tanah Malaysia dan beberapa spesies lagi. Jenis tupai kampung dan tupai pinang tidak perlu lesen untuk menyimpannya. 
Artikel ini di tulis dalm dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang di syorkan untuk dibaca keduanya. Semuga tulisan ini memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN TUPAI...IA KECIL SAIZNYA....
DI ATAS POKOK...PANTAS GERAKNYA...
MAKAN BUAH-BUAHAN...ROSAK DIA...
PELBAGAI JENIS... ADA DI PERLIHARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai PanjangMurni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Muharram 1448H).

Friday, June 19, 2026

SEMBANG PASAL TUPAI (PART 1)

HAIWAN TUPAI
(Callosciurus cenisep atau Callosciurus nigrovittatus, atau Callosciurus notatus) merupakan sejenis binatang dari keluarga Tupaiidae, Sciuridae atau Ptilocercidae iaitu sejenis Rodentsia yang terdapat dinegara Malaysia dan sering dikenali sebagai perosak tanaman terutama buah-buahan. Tupai merupakan sejenis binatang mamalia yang berdarah panas dan memakan kebanyakannya dari jenis tumbuh-tumbuhan yang berada dalam habitatnya. Tupai merupakan sejenis binatang yang makan bahagian Buah, Daun, Kulit Pokok malahan bahagian akar tumbuhan juga. Antara pokok buah-buahan lazimnya buah durian akan rosak akibat ditebuk tupai dimana ada peribahasa Melayu iaitu 'Kelapa Ditebuk Tupai' yang memberi makna iaitu '
Maksud peribahasa ini ialah gadis yang telah hilang kesuciannya (tidak lagi anak dara). Ia menggambarkan situasi di mana seseorang gadis telah disetubuhi sebelum berkahwin'. Tupai ialah sejenis rodensia yang kecil hingga sederhana saiznya dimana ia mampu bergerak dengan pantas diatas pokok mahu pun diatas tanah. Pergerakan pantas ini diantara dahan juga kadang-kadang melalui kaedah 'ala- terbang' daripada satu dahan kedahan yang lain dengan bantuan anggota dibahagian ekornya. Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya didalam rumah kayu yang dibina dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya dan sangat lincah bergerak. Tupai adalalah mamalia yang bersosial bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau pun ia diganggu musuh. Di kalangan pemilik dusun seperti pemilik tanaman dusun durian serangan tupai berlaku dimana ia akan menebuk buah durian dan merosakkannya. Tupai (atau bajing) adalah sejenis haiwan mamalia kecil daripada keluarga seperti Sciuridae dan sebagainya. Ia dikenali dengan ciri fizikal yang lincah, bermata bundar dan selalunya ia mempunyai ekor yang panjang serta berbulu lebat. Kebanyakan tupai tinggal di atas pokok dan memakan buah-buahan atau kekacang, namun ada juga spesies yang hidup di kawasan tanah. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis pasal tupai dalam "Anim Agro Technology"  untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Menarik untuk kongsikan maklumat bagaimanakah tupai selaluya ia akan hidup di pelbagai kawasan yang kaya dengan sumber makanan dan tempat perlindungan. Laporan kajian saintis menyatakan jika tupai ini mempunyai jenis habitat utama mereka tertumpu kepada persekitaran terutama Di Kawasan Pokok dan Didalam Hutan dimana kebanyakkan atau majoriti tupai adalah dari Jenis Haiwan Aarboreal (jenis haiwan yang hidup di atas pokok) yang membina sarang daripada ranting dan daun di celah atau lubang dahan pokok. Bagaimana pun ada juga di kenali sebagai jenis tupai tanah yang habitatnya berada di permukaan tanah dengan unik cara bersosial. Selalunya jenis 
Tupai Tanah iatu spesies pula membuat lubang dan sistem terowong yang rumit di dalam tanah di kawasan padang, kawasan berbatu atau ladang terbuka. Habitat tupai juga di kaitkan dengan Kawasan Taman dan juga Kawasan Pertanian yang mampu bekalkan makanan dan persekitaran yang sesuai dimana tupai ini ia sering dilihat di kebun atau didusun seperti kebun buah-buahan, ladang kelapa sawit dan kawasan perumahan kerana mudah mencari bekalan cukup untuk makanan seperti buah-buahan dan bijirin. Bagi penulis blog suka melihat akan Struktur san Bentuk Sarang Tupai yang mudah di lihat dari kejauhan. Sarang tupai (dikenali sebagai 'drey' ialah struktur berbentuk sfera yang dibina daripada longgokan ranting kecil, daun kering dan serat tumbuhan (Sila lihat foto disebelah). Sarang tupai penulis blog mudah kenali sebab ia memang berbeza dengan burung apabila haiwan tupai membina sarang yang lebih tertutup dan biasanya diletakkan tinggi di celah dahan pokok atau di ruang tersembunyi seperti siling rumah. Ciri-ciri utama sarang tupai merangkumi aspek bentuk serta struktur dimana bentuknya selalunya kelihatan 'Bulat' atau 'Bujur' dengan ia akan dibina dengan kemas menggunakan jalinan ranting berdaun. DIteliti dimana pada bahagian dalam dilapisi dengan bahan lembut seperti lumut, rumput, dan benang halus untuk keselesaan. Tupai akan pilih lokasi membuat sarang dengan tinggi di atas dahan pokok yang kukuh atau memilih didalam lubang kayu atau kadangkala di celah bumbung premis kediaman yang selamat dan mudah diakses. Sarang tupai ini ia dibina dan berfungsi untuk menjadi tempat perlindungan utama daripada pemangsa, tempat tidur tupai serta lokasi selamat untuk melahirkan dan menjaga anak-anak tupai.  


Haiwan Tupai adalah mamalia kecil yang tergolong dalam keluarga Sciuridae dimana ia secara umumnya ia boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama mengikut cara hidup dan habitat mereka di seluruh dunia dan menarik di ketahui faktanya. Kategori pertama adalah Jenis Tupai Pokok (Tree Squirrels) dimana jenis tupai ini merupakan spesis tupai yang paling biasa dapat di lihat di taman atau kawasan perumahan di negara kita. Tupai jeins ini ia sangat tangkas memanjat dan mempunyai ekor yang panjang serta berbusu. Apa pun di laporkan di 
Malaysia antara yang popular termasuk Jenis  Tupai Pinang (Callosciurus notatus) yang biasa di lihat di pokok-pokok buah dan berlari di atas kabel elektrik. Jenis ini ia memang bersaiz sederhana dan mudah dikenal pasti ada ciri melalui jalur putih dan hitam di sisi badannya (Sila lihat foto disebelah). Kedua adalah Jenis  Tupai Tunjuk atau Jenis Tupai Khencong Biasa (Tupaia glis) dimana walaupun sering disangka tupai tetapi ia sebenarnya dari keluarga treeshrew (tupai muncung) dengan cirinya ia mempunyai muncung yang lebih panjang dan runcing serta ekor yang kurang berbulu tebal berbanding tupai biasa. Ketiga dalam kategori ini ada Jenis Tupai Kerawak atau Jenis Tupai Nandung (Ratufa bicolor) iaitu sspesis tupai gergasi bersaiz besar ini berwarna hitam pekat dengan ekor yang sangat panjang dan lebat. Ia biasanya terdapat di kawasan hutan atau pinggir hutan berhampiran dataran tingg'. Kategori tupai yang kedua adalah Jenis Tupai Terbang (Flying Squirrels) iaitu spesis tupai yang mempunyai selaput kulit khas (dikenali sebagai patagium) antara kaki depan dan belakang yang membolehkan mereka meluncur dari satu pokok ke pokok yang lain. Antara contoh dalam kategori ini adalah Jenis Tupai Terbang Berjambang dan Tupai Terbang Bintang. Dilaporkan yang jenis tupai terbang (dari suku Pteromyini) ialah sejenis mamalia kecil yang tergolong dalam keluarga tupai. Walaupun namanya ia 'terbang' tetai sebenarnya tidak boleh terbang seperti burung kerana gaya ini ia adalah 'Cara Bergerak' sahaja iaitu dengan ia meluncur dari satu pokok ke pokok yang lain menggunakan patagium iaitu selaput kulit tebal yang meregang antara kaki depan dan kaki belakang.  Habitat jenis ini oa merupakan haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam) yang tinggal di dalam lubang pokok di kawasan hutan. Tupai ini mempunyai diet iaitu bersifat omnivor (makan pelbagai jenis), seperti buah-buahan, bijian, bunga, serangga, dan telur burung. Spesies di Malaysia sangat pelbagai iaitu daripada tupai terbang gergasi (Nandung) yang beratnya mencecah 1.5 kg, hinggalah kepada spesies kerdil di Borneo yang sangat kecil. Kategori ketiga tupai adlah Jenis Tupai Tanah (Ground Squirrels) dimana tupai ini ia akan membina sarang atau lubang di dalam tanah. Tupai tanah adalah sejenis rodensia dalam keluarga Sciuridae yang menghabiskan sebahagian besar masa di atas tanah atau membuat sarang di dalam lubang. Berbeza dengan tupai pokok, tupai tanah mempunyai kaki yang pendek, ekor yang kurang lebat, dan biasanya hidup berkumpulan (koloni). Asas perbezaan dan fakta penting mengenai tupai tanah dimana jenis ini ia ada tabiat yang aktif pada waktu siang, bersifat maun (makan pelbagai jenis bijirin, buah, dan serangga) serta terkenal dengan tabiat berdiri tegak menggunakan kaki belakang untuk melihat sekeliling. Apa pun di laporkan di Malaysia haiwan yang sering dipanggil 'Tupai tanah' ini ia biasanya adalah Jenis Tupai Khencong (Tupaia glis atau di panggil 'Treeshrew'. Haiwan ini sebenarnya lebih rapat dengan keluarga primat berbanding jenis tupai biasa. Manakala tupai tanah sebenar lebih banyak ditemui di luar negara seperti spesies Marmot atau Prairie Dog. Ciri unuk jenis ini ia akan menggali lubang yang kompleks di dalam tanah untuk dijadikan tempat perlindungan, melahirkan anak, dan dijadikan tempat tidur musim sejuk (hibernasi) bagi spesies di kawasan beriklim sejuk. 


Cara kitaran hidup tupai ini secara ringkas ia bermula daripada peringkat mengawan dimana tempoh bunting (kira-kira 40 - 44 hari) dan kemudian akan melahirkan anak yang buta dan tidak berbulu. Anak tupai dijaga di dalam sarang sehingga kemudian ia celik mata, bercerai susu sebelum berdikari dan akhirnya matang untuk mengawan semula dan meneruskan kitaran hidupnya. Perlu di kongsikan kan fasa-fasa terperinci dalam kitaran hidup seekor tupai dari lahir hingga dewasa iaitu Fasa Peringkat Bayi (Lahir) dimana anak tupai atau ia dikenali sebagai 'neonat' akan ia dilahirkan buta, pekak dan tidak mempunyai bulu (Sila lihat foto disebelah). Dalam fasa ini selalunya penjagaan akan di lakukan oleh ibu tupai dengan cara menyusukan dan akan melindungi mereka sepenuhnya di dalam sarang yang dibina daripada ranting dan daun (dipanggil drey) di celah atau sarang didalam lubang pokok.  Kedua ada Fasa Pembesaran dimana organ mata dan bulunya berfungsi selepas kira-kira 28 hingga 35 hari dimana anak tupai mula membuka mata dan bulu mereka mula tumbuh dengan lebat. Pada masa ini selalunya ia akan mula meneroka dan apabila mencecah umur tupai mencapau 42 - 49 hari maka ketika ini anak tupai mula berani keluar dari sarang untuk belajar memanjat.  Ketiga ada Fasa Peringkat Remaja dimana aktiviti penyusuan akan berhenti atau proses 'bercerai susu' yang terjadi pada sekitar umur 56 - 70 hari dimana ibu tupai akan berhenti menyusukan mereka. Kemudian ia akan berpisah dimana pada fasa ini selalunya anak tupai sudah cukup matang untuk mencari makanan sendiri dan mula hidup berdikari, berpisah daripada ibu mereka. Keempat ada Fasa Dewasa, Fasa Mengawan atau Fasa Matang dimana tupai mencapai peringkat matang sepenuhnya dan bersedia untuk mengawan pada musim bunga atau musim panas berikutnya. Dari beberapa sumber menyatakan jangkahayat tupai dihabitat liar ia kebiasaannya hidup antara 6 - 12 tahun dimana faktur menentukannya adlah ia bergantung kepada ancaman pemangsa dan persekitaran.  


Peranan Tupai dalam persekitaran penting sebagai pemangkin keseimbangan alam sekitar. Fungsi utamanya adalah sebagai ejen penyebaran benih dan pengawal populasi serangga. dimana tupai akan Membantu Menyebarkan Biji Benih dalam habitatnya. Di laporkan dimana tupai secara semula jadi akan mengumpul dan menyebarkannya dimana cara ini ia di anggap sebaga 'cara menanam' benih tanaman atau buah di diatas paras permukaan tanah sebagai bekalan makanan apabila ia tumbuh dan berbuah. Benih yang disebarkan ini kemudian ia akan bercambah dan tumbuh menjadi pokok baharu dimana haiwan ini akan menjadikannya 'petani hutan' yang kemudian menyuburkan ekosistem. Fungsi kedua peranan tupai adalah ia akan Membantu Mengawal Populasi Serangga sebabnya tupai merupakan sejensi haiwan memakan banyak jenis serangga-serangga kecil atau serangga perosak tanaman dimana cara ini ia akan membantu mengawal jumlah populasi serangga perosak daripada memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan terutama di dalam dusun buah-buahan. Apa pun kepentingan peranan tupai ketiga dimana ia juga Menjaga Rantaian Makanan dimana haiwan tupai menjadi sumber makanan penting bagi haiwan pemangsa lain di habitat semula jadi seperti burung pemangsa dan ular dimana ini ia sekaligus mengekalkan keseimbangan rantai makanan. Perlu di kongsikan fakta dimana tupai mendatangkan tiga ancaman utama di Malaysia iaitu isu kerosakan teruk pada hasil kebun (terutamanya buah durian), risiko penyebaran penyakit zoonosis kepada manusia serta kerosakan harta benda dan struktur kediaman akibat tabiat menggigit mereka. Tupai adalah jenis Haiwan Perosak Utama Tanaman terutama buah-buahan apabila di laporkan tupai adalah musuh utama pekebun kerana mereka menggemari buah-buahan seperti durian, rambutan, dan manggis. Mereka memakan atau merosakkan buah seperti durian yang hampir masak sehingga menyebabkan hasil tuaian merosot (Sila lihat foto disebelah). Tupai adalah jenis 'haiwan pokok' sebab selain buah ada kes dimana tupai turut merosakkan kulit kayu dan putik buah. Tupai di laporkan ia adalah agen Pembawa Penyakit Berbahaya seperti ancaman oleh Leptospirosis atau lebih di kenalis ebagai isu 'Kencing Tikus' atau sebenarnya sebagai 'Kencing Tupai' sebagai 'Kencing Tupai' sahaja. Tupai pula ia merupakan pembawa bakteria Leptospira dimana manusia boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan air atau tanah yang tercemar oleh air kencing tupai (misalnya di dusun atau kawasan rekreasi air). Tupai juga agen kepada beberapa jenis penyakit  lain diman aia berpotensi membawa penyakit berjangkit lain seperti Salmonellosis dan Tularemia akibat pengendalian haiwan atau sentuhan dengan najis mereka. Ancaman ketiga adalag Tupau Sebabkan Kerosakan Harta Benda sebab ia bersifat haiwan pengerat sama seperti haiwan tikus dimana gigi tupai sentiasa tumbuh dan ia cenderung mengunyah wayar elektrik, paip getah atau plastik dan kayu yang berpotensi menyebabkan litar pintas (kebakaran) atau kebocoran. Paling orang takut ketika di Taman atau di Rumah adalah ada Risiko Serangan Fizikal tupai kepada manusia.Tupai biasanya melarikan diri daripada manusia. Namun bgeitu tupai ini ia boleh menjadi agresif dan bertindak dalam menyerang serta menggigit jika berasa terancam atau terperangkap (contohnya jika cuba ditangkap atau dihalau). 
Artikel ini di tulis dalm dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang di syorkan untuk dibaca keduanya. Semuga tulisan ini memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN TUPAI...IA KECIL SAIZNYA....
DI ATAS POKOK...PANTAS GERAKNYA...
MAKAN BUAH-BUAHAN...ROSAK DIA...
PELBAGAI JENIS... ADA DI PERLIHARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai PanjangMurni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Muharram 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...