Support My Blog

Showing posts with label SELAPUT TUNGGUL - APA PERLU TAHU. Show all posts
Showing posts with label SELAPUT TUNGGUL - APA PERLU TAHU. Show all posts

Friday, July 24, 2026

SELAPUT TUNGGUL - APA PERLU TAHU (PART 2)

SELAPUT TUNGGGUL (Mikania micrantha) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Asteraceae yang terdapat di kawasan dikawasan Tropika termasuk negara kita di Malaysia. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai rumpai yang menjadi masaalah kepada petani-petani di negara kita kerana kadar pertumbuhan dan pembiakan rumpai ini adalah sangat cepat. Selaput Tunggul  bagi penulis blog adalah sejenis rumpai liar menjalar yang dianggap invasif. Ia tumbuh dengan sangat agresif dan boleh memanjat serta menutupi tanaman lain (dikenali sebagai mile-a-minute). Walaupun dianggap perosak kebun, ia sering digunakan dalam kaedah perubatan tradisional sebagai ulam atau penawar luka.  Selaput tunggul cepat membiak hingga digelar sebagai 'Mile-a-minute weed' atau juga dimaknakan sebagai 'Rrumpai tumbuh seminit sebatu'. Nama-nama lain selaput tunggul seperti American Rope, American Vally atau Silk Vally (English), Kappu Vally atau Dritharasa pacha (India), Chinese Creeper, Ceroma atau Ulam Tikus (Malaysia) dan Sembung Rambat (Indonesia). Tumbuhan ini adalah jenis yang parrenial yang mempunyai 5 cabang dahan dengan jarak ruas antara 5-7 cm panjang. Daunnya berbentuk ovate berwarna hijau dan ada permukaan seakan kasar macam berbulu. Bunga selaput tunggul adalahh berangkai dan bertangkai berwarna putih dengan ada 4 kuntum bunga serangkai. Bunga yang keluar akan menjadi biji benih selepas 17 - 21 hari dimana satu tangkai bunga mampu menghasilkan sebanyak 20,000 - 40,000 biji benih dalam satu musim. Kadar pertumbuhan selaput tunggul adalah sangat cepat iaitu pada kadar 8 - 9 cm dalam masa 24 jam ! (Pokok muda). Benih selaput tunggul di sebarkan begitu jauh melalui angin, binatang dan juga melalui air. Benih selaput tumggul adalah kecil dan ringan dengan ukuran panjang bijinya cuma 2 mm panjang berwarna coklat kehitaman dan mempunyai banyak rerambut halus berwarna putih dengan panjang rerambut tersebut 3 mm. Benih yang telah matang berada dalam rumpun bunga (satu jambak mempunyai beratus-ratus biji benih atau beribu-ribu sepokok) dan ianya akan tertanggal sendiri apabila bergoyang ditiup angin. Artikel subuh Rabu ini saya kupas apa perlu tahu didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai sejenis rumpai yang mudah membiak iaitu Selaput Tunggul untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Kesan keujudan selaput tunggul (Mikania spp. ) ini sangat serius di Malaysia dimana pihak estet dan petani mengeluarkan kos untuk mengawal rumpai ini dianggarkan sebanyak RM 8 - RM 10 juta setiap tahun untuk meracunya. Kawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit adalah antara lokasi yang serius di Malaysia dimana penanaman kacang penutup bumi perlu dijadikan sebagai kaedah kawalan yang biasa selain daripada penggunaan racun rumpai. Selaput tunggul juga mengganggu kerja-kerja menuai hasil tanaman. Selaput tunggul juga dimakan oleh binatang ternakan sebagai sumber makanan di Malaysia dan beberapa negeri di dunia tetapi kadar kerosakannya jauh lebih bahaya daripada faedah kebaikannya. Kajian juga mendapati rumpai selaput tunggul menyebabkan kesan toksik kepada hati ternakan lembu oleh itu elakkan lembu ternakan kita diberikan rumput selaput tunggul sebagai makanan. Ada dakwaan menyatakan daun selaput tunggul mampu menyembuhkan kesan bisa gigitan serangga dan kala jengking. Daun selaput tunggul juga dipercayai mampu mengubati sakit kepala dan ubat untuk menghilangkan gatal-gatal pada manusia. Kegunaan lain pula selaput tunggul digunakan sebagai baja kompos, bahan untuk sungkupan dan juga tumbuhan untuk elakkan hakisan di tebing tanah curam. Kaedah kawalan selaput tunggul ini boleh dijalankan dengan Cara Mekanikal, Kimia dan Biologi. Kaedah Mekanikal yang disyorkan adalah dengan menebas, mencabut dan membakar tumbuhan tersebut. Kaedah menebas dengan sabit atau parang atau sebarang alatan lain yang sesuai. Walaupun ianya berjaya memusnahkan selaput tunggul dikebun tetapi merupakan sementara sahaja kerana biji dan sulur akan tumbuh lagi selepas itu. Kaedah ini adalah sesuai untuk kawasan kecil sahaja keliling rumah atau satu bahagian dikebun. Kos kerja menebas adalah dianggarkan 120 -150% lebih tinggi dari kawalan kimia. Kawalan Cara Kimia ialah dengan menggunakan racun rumpai secara berkesan. Racun Pra-Cambah disembur seperti racun Oxyflourfen (0.06 kg/ha ai) dan racun Paraquat (0.4 kg/ha) sebelum selaput tunggul berbunga, Lazimnya racun jenis Glyphosate digunakan secara meluas untuk kawalan selaput tumggul dengan kadar kepekatan antara 0.5-0.45 kg sehektar. Racun ini didakwa sangat berkesan walaupun selaput tunggul itu tebal. Racun lain seperti Racun Diuron juga berkesan. Antara jenama racun digunakan seperti Garlon 600. Walau pun selaput tunggul mati selepas diracun tetapi kemungkinan tumbuh semula selepas musim hujan sering berlaku. Kaedah Kawalan Biologi adalah dengan menggunakan serangga semulajadi (Liothrips mikanae) yang berasal dari Trinidad tetapi status kejayaan di Malaysia belum terbukti serangga ini mampu untuk dapat musnahkan selaput tunggul. Kulat jenis Ouccinia spegazinni juga merosakkan daun selaput tunggul dan berpotensi untuk dijadikan kawalan biologi tumbuhan ini. kajian telah dibuat di India dan agak berjaya. Keujudan rumpai selaput tunggul disekeliling kita memang disedari. Ramai sentiasa perlu bagi memandang sepi akan kemusnahan yang tumbuhan ini dalam sektor tanaman makanan. Banyak wang untuk membeli racun terpaksa dibelanjakan untuk atasi masaalah selaput tungul. Kajian perlu diteruskan untuk mengurangkan kesan tersebut secara berterusan.


Selain daripada tumbuhan rumpai
Selaput Tunggul atau disesetengah tempat ia dipanggil sebagai 'Daun Ulam Gila' mungkin ramai yang tidak tahu jika ada kegunnaan yang agak ajaib dari pokok selaput tunggul ini. Mungkin juga ramai dakwa jika pokok selaput tunggul in tidak berguna tetapi rupa-rupanya. Pokok ini banyak didapati di kebun terbiar. dalam satu testimoni untuk kaedah perubatan tradisional penulis pernah melihat kegunaan daun selaput tunggul digunakan. Daunnya ini apabila di lenyek akan mengeluarkan sejenis bau dimana jika di masukkan kedalam mulut rasanya adalah PAHIT sedikit. Menurut seorang yang penulis blog jumpa dan tinggal di desa dimana dia akan mengambul sehelai daun selaput tunggul yang segar dan kemudian di basuh dan diamalkan dengan cara memakannya begitu sahaja selang 2 hari dan kesannya kalau dahulu salah makan sahaja mudah kena sakit Gout tetapi kini semuanya sudah hilang. Dalam kes lain dimana pokok selaput tunggul didakwa ia bagus untuk merawat penyakit gastrik dimana pokok yang menjalar di pagar juga ada yang gunakannya untuk dibuat nasi ulam dengan menggunakan bahagian pucuknya yang lembut. Dalam kenyataan lain dilaporkan ada yang dakwa dimana ia boleh dijadikan ubat penahan darah sebab luka atau cedra diman asesuai dugunakan beberapa helai daunnya dengan cara meramas daunnya sehingga ia mengeluarkan jus berwarna hijau. Kemudian daun tersebut boleh dilekapkan atau ditempelkan kepada luka untuk menahan atau ia akan berhentikan pendarahan. Paling jarang didengar dimana tumbuhan ini digunakan oleh mereka yang ada masaalah darah tinggi dan kencing manis iaitu dengan merebus 3 helai daun selaput tunggul segar dengan 3 cawan air sehingga air tinggal secawan diamalkan meminum sehari sekali. Apa yang orang dulu percaya dimana daun selaput tunggul ini dikaitkan dengan bahan untuk jadi awet muda. Amalannya adalah dengan mengambil daun pucuknya dan dicelur dalam air panas dan dimakan sebagai ulam bersama sambal atau lauk pauk lain. Ia sesuai juga untk pesakit kencing manis yang makan sebagai ulaman sebanyak 2-3 helai setiap hari (pastikan ia bersih dan tiada kesan bekas racun). Ada juga dakwaan dalam testimoni pengamal perubatan trasidional jika selaput tunggul ini mampu merawat dan elakkan strok dan kencing manis serta masaalah darah tinggi sebab bahan didalamnya yang pahit. Caranya adalah dengan mengambil daunnya dan di kisar guna blender dan diminum tetapi bagi kurangkan rasa pahit boleh di campur dengan buah-buahan lain.  Sesuai diamalkan meminumnya dua kali seminggu sehingga sihat. Bagaimana pun mungkin ramai tidak mahu mencubanya kerana kurang keyakinan mencubanya. Ingat peribahasa 'Yang Pahit Itu Ubat' sesuai untuk selaput tunggul.


Dilaporkan dimana istilah 'Selaput Tunggul' merujuk kepada sejenis rumpai atau tumbuhan herba liar yang sering digunakan dalam perubatan tradisional (daun ulam gila) dan memang ada Mitos tersendiri. Dilaporkan dimana dalam konteks perbidanan atau mistik ia sering berkait rapat dengan lilitan tali pusat pada bayi atau rumpai invasif. Penulis blog kumpulkan beberapa mitos mengenai selaput tunggul yang perlu di ketahui pembaca semua. Mitos pertama adalah Mitos Berkaitan Tumbuhan Selaput Tunggul apabila mitos 'Daun Ulam Gila' ada kepercayaan lama bahawa tumbuhan ini digelar 'ulam gila' kerana ia berupaya membuatkan seseorang yang apabila dia memakannya khayal semasa dirawat penyakitnya akan tetapi tidak rasional jika diambil secara salah. Faktanya ia bukan memberikan rasa khayal apabila digunakan. Kedua ada Mitos Rumpai Syaitan apabila tumbuhan ini juga dipanggil 'Devil Weed' kerana ia tumbuh terlalu cepat membiak dan dianggap memusnahkan tanaman lain serta disangka beracun apabila di makan. Faktanya memang selaput tunggul adalah jenis rumpai yang tumbuh dengan cepat dan sukar untuk di musnahkan atau perlukan kos yang tinggi. Ketiga ada Mitos Berkaitan Bayi dan 'Selaput (Tali Pusat) Bayi dimana didalam masyarakat Melayu tradisional ujud mitos bayi lahir bersama 'selaput atau selaput lendir atau uri yang menutupi muka atau bayi yang lahir berlilit tali pusat dikatakan bayi ini akanmemiliki keistimewaan mistik seperti bayi ini didakwa ia mempunyai pelindung diri atau 'pendinding' semula jadi. Didakwa bayi ini dilaporkan dia memiliki deria keenam atau kebolehan melihat alam ghaib. Bagaimana pun dari aspek fakta perubatan iaitu bayi yang lahir berlilit tali pusat adalah kejadian semula jadi yang biasa berlaku. Ia boleh dipantau oleh doktor dan tiada kaitan dengan ilmu mistik atau luar biasa. Faktanya dimana tumbuhan selaput tunggul dari sudut perubatan herba dimana pokok selaput tunggul (Chromolaena odorata atau Mikania micrantha) sering digunakan di kampung untuk tujuan bagi Merawat luka dimana daunnya diramas dan ditampal untuk menghentikan pendarahan atau merawat luka kecil. Ia didakwa ada digunakan untuk Mengawal kencing manis dan darah tinggi dimana air rebusannya didakwa dapat atau dapat menurunkan tekanan darah dan mengawal paras gula. Perlu di nyatakan dimana penggunaannya harus berhati-hati kerana sesetengah spesies rumpai ini bersifat toksik jika tidak diproses dengan betul. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
SELAPUT TUNGGUL...RUMPAI MERBAHAYA...
CEPAT MEMBIAK...TUMBUH DI MANA SAJA...
BANYAK RAHSIA...APAKAH KEGUNAANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Safar 1448H).

Thursday, July 23, 2026

SELAPUT TUNGGUL - APA PERLU TAHU (PART 1)

SELAPUT TUNGGGUL
(Mikania micrantha) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Asteraceae yang terdapat di kawasan dikawasan Tropika termasuk negara kita di Malaysia. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai rumpai yang menjadi masaalah kepada petani-petani di negara kita kerana kadar pertumbuhan dan pembiakan rumpai ini adalah sangat cepat. 
Selaput tunggul cepat membiak hingga digelar sebagai 'Mile-a-minute weed' atau juga dimaknakan sebagai 'Rrumpai tumbuh seminit sebatu'. Nama-nama lain selaput tunggul seperti American Rope, American Vally atau Silk Vally (English), Kappu Vally atau Dritharasa pacha (India), Chinese Creeper, Ceroma atau Ulam Tikus (Malaysia) dan Sembung Rambat (Indonesia). Tumbuhan ini adalah jenis yang parrenial yang mempunyai 5 cabang dahan dengan jarak ruas antara 5-7 cm panjang. Daunnya berbentuk ovate berwarna hijau dan ada permukaan seakan kasar macam berbulu. Bunga selaput tunggul adalahh berangkai dan bertangkai berwarna putih dengan ada 4 kuntum bunga serangkai. Bunga yang keluar akan menjadi biji benih selepas 17 - 21 hari dimana satu tangkai bunga mampu menghasilkan sebanyak 20,000 - 40,000 biji benih dalam satu musim. Kadar pertumbuhan selaput tunggul adalah sangat cepat iaitu pada kadar 8 - 9 cm dalam masa 24 jam ! (Pokok muda). Benih selaput tunggul di sebarkan begitu jauh melalui angin, binatang dan juga melalui air. Benih selaput tumggul adalah kecil dan ringan dengan ukuran panjang bijinya cuma 2 mm panjang berwarna coklat kehitaman dan mempunyai banyak rerambut halus berwarna putih dengan panjang rerambut tersebut 3 mm. Benih yang telah matang berada dalam rumpun bunga (satu jambak mempunyai beratus-ratus biji benih atau beribu-ribu sepokok) dan ianya akan tertanggal sendiri apabila bergoyang ditiup angin. Artikel subuh Rabu ini saya kupas apa perlu tahu didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai sejenis rumpai yang mudah membiak iaitu Selaput Tunggul untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Tumbuhan selaput tunggul dilaporkan menganggu petani terutama di kasawan kebun dan dusun sebab ia cepat membiak dan kuat makan baja serta memenuhi ruang. Apa pun penulis blog dapati dimana biji benih selaput tunggul di sebarkan begitu jauh melalui angin, binatang dan juga melalui air. 
Biji benih pokok selaput tunggul (spesies Chromolaena odorata atau Mikania micrantha) sangat halus dan ringan, dilengkapi struktur rerambut yang membolehkannya diterbangkan angin dengan mudah. Sebatang pokok invasif ini mampu menghasilkan sehingga 20,000 hingga 800,000 biji benih dalam satu musim. 
Kalangan petani perlu menguruskan rumpai selaput tunggul ini untuk melindungi tanaman dan pembasmian perlu dilakukan dengan berkesan sebelum fasa penghasilan biji benih bermula bagi mengelakkan ia merebak. Dilaporkan k
adar pertumbuhan biji benih yang disebarkan adalah adalah rendah iaitu kira-kira 8 - 12 %% sahaja berbanding dengan rumpai jenis lain. Aspek cahaya, kesuburan tanah dan kejadian kebakaran tumbuhan ini menyebabkan kadar pertumbuhan biji benih akan jadi lebih cepat. Kaedah pembiakan utama selaput tunggul adalah Cara Vegetatif iaitu melalui akar dan batang sedia ada dikawasan yangg sedia ada. Selaput tunggul mudah tumbuh di kawasan lapang, tepi jalan, kawasan kebun baru diterangkan, di tepi landasan keretapi, belukar, kawasan kebun, tepi parit, tepi-tepi kebun sayur, kawasan dusun buah-buahan, pagar tepi rumah dan sebagainya. Ianya mampu tumbuh ditanah kurang subur seperti tanah bris, tanah gambut, tanah berliat apa lagi di kawasan tanah subur. Tumbuhan ini sangat responsif terhadap baja Potassium dengan tumbuh lebih cepat terutama jika tumbuhan atau kawasan selaput tunggul terbakar dimana ia akan tumbuh lebuh cepat dan subur. Selaput tunggul adalah sangat rimbun dan mempu menghasilkan Biomass yang tinggi. Jika rumput ini diragut binatang maka kadar pembiakan kekawasan lain lebih cepat melalui najis binatang. Selaput tunggul merupakan tumbuhan yang sangat cepat membiak dan mengambil zat makanan dan air dalam tanah serta meampu melitupi tanaman petani seperti getah , kelapa sawit dan buah-buahan. Ianya menhalang dan mengurangkan penerimaan cahaya matahari kepada tanaman dan ruang untuk tanaman kita. Kajian juga menunjukkan selaput tunggul mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil Phenolic dan Flavanoid yang mengganggu tanaman petani. Kesan akibat kerosakan selaput tunggul sangat ketara pada kawasan tanaman baru dibuka dan pokok muda dikebun.


Selaput tunggul ialah tumbuhan rumpai tropika sebagai jenis tumbuhan invasif yang tumbuh melilit dan ia memanjat. 
Tumbuhan invasif ialah spesies tumbuhan dari luar yang membiak dengan agresif di habitat baharu tanpa musuh semula jadi. Ia merosakkan ekosistem dengan bersaing mendapatkan nutrien dan membunuh tumbuhan asal. Contoh biasa di Malaysia termasuk Akasia (Acacia mangium), Kiambang (Salvinia molesta) dan Rumpai Miang Mexico (Parthenium hysterophorus). Tumbuhan ini boleh dirujuk melalui garis panduan Spesies Asing Invasif (IAS) oleh Jabatan Pertanian Malaysia atau lihat senarai tumbuhan yang dikeluarkan oleh CABI Invasive Species Compendium. Selaput Tunggul adalah sejenis tumbuhan rumpai liar yang berasal dari kawasan Amerika Tengah dan Selatan, termasuk dari selatan Amerika Syarikat hingga ke kawasan tropika. Ia dikenali dengan gelaran 'Mile-a-minute' kerana tabiatnya yang memanjat, menjalar dan selalu tumbuh dengan sangat pantas. Penulis blog dapati ada terdapat dua jenis utama yang paling lazim ditemui di Malaysia di mana kedua-duanya berasal dari Amerika Selatan dan sangat cepat membiak. Pertama adalah Jenis Selaput Tunggul (Mikania micrantha) yang mana ia juga dikenali sebagai rumpai 'mile-a-minute' kerana sangat cepat menjalar dan menutupi tumbuhan lain. Tumbuhan ini dilihat daunnya berbentuk seperti hati atau segi tiga dan tumbuhan ini menyerap nutrien dengan agresif. Tumbuhan ini menjadi ancaman kepada pekebun terutama di kawasan dusun, kebun getah, sawit serta tanaman makanan lain. Jenis kedua adalah Jenis Pokok Kapal Terbang atau ia juga di gelar juga sebagai Jenis Pokok Jepun (Chromolaena odorata) yang mana ia juga tergolong dalam keluarga selaput tunggul, ia merupakan pokok renek berkayu lembut yang sangat invasif. Daunnya berbentuk segi tiga dan apabila di ambil ia akan mengeluarkan bau yang kuat apabila direnyuk. Di sesetengah tempat pula ia dikenali sebagai 'Siam weed' atau 'Rumput syaitan'. Bagaimana pun kedua-dua tumbuhan ini dianggap musuh utama petani kerana ia boleh membunuh tanaman lain dengan menyekat cahaya matahari dan bersaing mendapatkan nutrien. Dalam bahasa Inggeris selaput tunggul ini ia di kenali sebagai 'Bitter Vine'. Secara morfologinya iaitu pokok ini mempunyai ciri fizikal dengan daunnya berbentuk hati (tiga segi), bersaiz 4 hingga 13 cm panjang dan selalu ia mempunyai tepi yang bergerigi dan tersusun dengan secara berpasangan. Batangnya jga adaah ia berwarna hijau, langsing, tidak berkayu dan tumbuh dengan cepat secara menjalar atau memanjat. Ia mempunyai bunga berwarna putih atau hijau pucat, berkelompok dalam jambak yang lebat. Ia adalah tumbuhan yang ada biji yang ringan dengan rerambut halus yang membolehkannya tersebar jauh ditiup angin.


Selaput tunggul atau ia juga turut dikenali sebagai pokok kapal terbang ia sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat luka, melegakan gastrik, dan sebagai penawar untuk kuku cagu. Manfaat utamanya merangkumi aktiviti rawatan seperti Penyembuhan Luka iaitu dengan cara mengambil daunnya diramas hingga mengeluarkan jus hijau dan ditepek pada luka bagi menghentikan pendarahan dan mampu mempercepatkan pemulihan luka pada mangsa. Ia juga digunakan dalam cara Merawat Masalah Kuku dan Kulit dimana jus daun ini sering disapu pada kuku yang bermasalah (cagu) dan kulit yang gatal. Masaalah 
Cagu atau dikenali sebagai kuku cengkam adalah keadaan menyakitkan di mana sisi atau hujung kuku tumbuh dan terbenam ke dalam kulit di sekelilingnya. Ia juga biasanya berlaku pada ibu jari kaki, menyebabkan bengkak, kemerahan, kesakitan, dan kadang-kadang jangkitan atau bernanah. Punca utama kes cagu termasuk sebab memotong kuku terlalu pendek atau melengkung pada bahagian tepi atau disebebkan memakai kasut yang terlalu sempit atau ketat dan akan berlaku kecederaan pada kuku kaki. Bentuk kuku yang memang melengkung secara semula jadi juga boleh sebabkan isu cagu. Dalam pertanian dimana selaput tunggul akan hasilkan daun dan batang yang banya sebagai biomass dan ia sesuai dikumpulkan dan digunakan sebagai bahan kompos atau sungkupan yang boleh manjadi baja kompos. Disebabkan oleh jenis tumbuhan ini bersifat invasif dan dianggap rumpai agresif di kawasan pertanian maka kehadirannya ia perlu segera di kawal dengan sitematik. Khasiat utama Daun Selaput Tunggul dilaporkan boleh dijadikan bahan untuk rawatan sebagai  Penawar Gout dimana di katakan ia mempu untuk mengurangkan sakit sendi akibat asid urik tinggi. Ia juga di percayai akan Merawat Gastrik iaitu boleh melegakan sakit perut dan masalah angin. Selaput tunggul didakwa dengan  Ubat Penahan Darah iaitu ia boleh Menghentikan pendarahan pada luka kecil dengan cepat. Dalam pada itu ia boleh bantu untuk Kawal Darah Tinggi iaitu ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Seterusnya kehebatannya dalam cara Mengawal Diabetes yang membantu mengawal tahap gula dalam darah. Seterusnya didakwa ia baik untuk Kesihatan Jantung iaitu mampu mencegah masalah saluran darah jantung tersumbat. Perlu diketahui diana pokok Selaput Tunggul atau lebih dikenali sebagai Rumpai Syaitan adalah spesis rumpai invasif yang sangat agresif. Ia merupakan ancaman besar kepada sektor pertanian dan ekosistem. ANcamannya termasuk Cara Pertumbuhan Luar Biasa dimana dilaporkan ia boleh tumbuh sehingga 30 cm sehari dan cepat memanjat atau melilit tanaman lain. Ia akan bersaing dari aspek perebutan nutrien dan ruang dengan menutup tanaman komersial daripada mendapat cahaya matahari. Perlu di ketahui dimana akibat pembiakan Agresif mengancam dimana sepokok boleh menghasilkan sehingga 800,000 biji benih yang disebarkan dengan mudah oleh angin. Tumbuhan ini beracun dan berbahaya kepada haiwan ternakan jika dimakan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
SELAPUT TUNGGUL...RUMPAI MERBAHAYA...
CEPAT MEMBIAK...TUMBUH DI MANA SAJA...
BANYAK RAHSIA...APAKAH KEGUNAANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Safar 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...