Support My Blog

Showing posts with label MEKANISASI NANAS DI TANAH GAMBUT. Show all posts
Showing posts with label MEKANISASI NANAS DI TANAH GAMBUT. Show all posts

Saturday, March 26, 2022

MEKANISASI NANAS DI TANAH GAMBUT (Pt 2)

TANAMAN NANAS
(Ananas commosus) merupakan salah satu tanaman yang semakin popular di Malaysia kerana potensi penghasilan dan pulangan yang agak baik. Penulis blog yang terus aktif didalam pembangunan nanas negara telah menulis lebih dari 300 artikel berkaitan industri nanas dan dibaca oleh tarusan ribu orang dalam blog ini. Nanas merupakan salah satu komoditi tanaman yang memberi hasil pulangan yang tinggi kepada petani di Malaysia terutama bagi beberapa varieti nanas seperti MD2, Josapine, Gandul dan beberapa lagi. Pada tahun 2021 penulis blog dapati jumlah pengeluaran nanas Malaysia dilaporkan melebihi RM500 juta dengan jumlah keluasan tanaman sebanyak 14,072 hektar dengan jumlah hasil sebanyak 325,078 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Di Malaysia industri tanaman nanas diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang beribupejabat di Johor Bahru. Penulis blog merupakan bekas Ketua Pengarah LPNM dalam memajukan industri tersebut. Sejak dahulu dilaporkan nenas banyak ditanam di kawasan tanah gambut akan tetapi kini penanaman nanas pada tanah mineral semakin meluas. Bagi penanaman di kawasan tanah mineral biasanya penulis blog dapati dimana cara operasi pengeluaran nanas dapat dijalankan secara mekanisasi kerana tanah mineral mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk menampung berat traktor dan jentera. Beberapa pihak agensi penyelidikan kerajaan dan swasta pernah menyediakan beberapa pakej teknologi mekanisasi ladang lengkap bagi pengeluaran nanas di tanah mineral yang terdiri daripada implemen-implemen untuk aktiviti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, pengairan, penuaian dan pengurusan sisa selepas penuaian. Bagaimana pun penulis blog dapati malangnya kebanyakan teknologi tersebut tidak dapat digunapakai bagi aktiviti penanaman dan pengeluaran nanas di tanah gambut (peat soil). DIlihat dari analisa dan pemerhatian dimana diantara punca masalah penggunaan mekanisasi di kawasan tanah gambut adalah kekuatan tanah yang tidak dapat menyokong atau jentera itu tidak boleh menampung berat traktor kerana tanah gambut mempunyai keupayaan galas yang rendah iaitu bawah daripada 0.3 MPa secara puratanya di kebanyakan kawasan. Memang isu dalam penggunaan mekanisasi sukar dilaksanakan di kawasan tanah gambut untuk pengeluaran nanas dengan mengguna pakai traktor beroda biasa. Artikel pada petang Rabu ini dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai mekanisasi nanas untuk kawasan tanah gambut bagi dijadikan bahan bacaan semua.

Lazimnya proses inovasi jentera untuk pengubahsuaian traktor sebagai jadi penggerak utama mekanisasi di tanah gambut bagi sesebuah traktor berjenama Kubota model L3800 sboleh diubah suai dengan menggantikan keempat-empat roda kepada trek getah yang berukuran 350 mm lebar (Sila lihat foto disebelah).  Dilaporkan dengan cara penggunaan trek isnya akan memberi keluasan pemukaan sentuh tanah seluas 2.36 meter persegi yang menghasilkan tekanan sentuh permukaan serendah 0.0075 MPa bagi menampung jumlah berat kering traktor iaitu 1,805 kg (berat tanpa muatan). Bagi traktor yang sama jika masih mengguna pakai roda biasa apa yang berlaku adalah dimana jumlah tekanan sentuh dimana jumlah permukaannya adalah sekitar 0.08 MPa dengan luas permukaan sentuh tanah dan berat keringnya masing-masing 0.142 meter persegi dan 1,125 kg. Penggunaan trek mampu meningkatkan kebolehgunaan sesuatu traktor di tanah gambut dengan lebih cekap. Semasa penulis blog melihat jentera ini dilihat ia boleh dibuat satu perbandingan mudah antara penggunaan trek dan roda getah biasa berdasarkan luas permukaan sentuh. Ini adalah dimana faktur tersebut telah menunjukkan panjang luas permukaan sentuhan dimana bagi jenis roda getah ia perlu tenggelam akan lebih dalam masuk ketanah berbanding dengan jika menggunakan trek. Namun begitu lajian lanjut mendapati penggunaan traktor bertrek di tanah gambut tidak sesuai untuk menarik treler yang beroda. Daya tarikan yang tinggi oleh traktor menyebabkan permukaan tanah gambut mudah pecah dimana ianya adalah berkeadaan selari dengan teori menyatakan bahawa tanah gambut mempunyai kekuatan daya ricih yang rendah. Dalam pada itu dilaporkan dimana laluan khusus yang ditambak dengan tanah mineral dan batu perlu dibina di kawasan tanah gambut bagi tujuan laluan treler agar ianya selamat dan berfungsi dengan baik.

Kenapa jentera di kebun dan ladang nanas perlu dibuat tinggi?. Jentera yang hendak diguna dikebun nanas sebaiknya dibuat p
engubahsuaian ketinggian gandar kepada paras sesuai. Ini kerana lazimnya pokok nanas mempunyai ketinggian 1.0 - 1.5 meter apabila matang dimana ianya selalu bergantung kepada varieti yang ditanam. Oleh itu bagi membolehkan traktor diguna pakai terus di dalam ladang tanpa memerlukan jalan yang khusus maka perlu dipastikan agar ketinggian kelegaan traktor perlu dinaikkan melebihi ketinggian pokok nanas. Sebagai contoh dimana inovasi menggunana sejenis Traktor Kubota L3800 yang telah digantikan rodanya kepada trek getah sesuai untuk ianya diubahsuai ketinggian ksdsr kelegaannya dengan cara pengubahsuaian gandar hadapan dan belakang dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Pengubahsuaian gandar belakang adalah mudah dijalankan dengan mengguna pakai sistem rantai dan gegancu manakala gandar hadapan perlu diubah suai mengguna pakai kaedah aci dan kotak gear bersudut yang disesuaikan. Bagaimana pun perlu dilihat akan reka bentuk tersebut kerana ianya melibatkan sistem stereng. Pengubahsuaian ini telah menaikkan kelegaan dari tanah dan pokok nanas dengan traktor dari 340 mm kepada 800 mm. Dengan ketinggian ini hasilnya adalah dimana traktor yang diubahsuai tersebut boleh digunapakai sehingga aktviti aruhan pembungaan atau pun menyembur racun dan kegunaan yang sesuai dengannya. Pengendali jentera ini sebaiknya mahir didalam mengendalikan jentera tersebut untuk mrenumpukan dan mengoptimakan keberkesanan dan berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.

Adalah penting untuk dilihat bagaimana a
ktiviti pengeluaran buah nanas di tanah gambut disesuaikan dengan jenis implemen yang digunakan. Dilaporkan bila penggunaan traktor trek dan berkelegaan tinggi didakwa ianya akan membolehkan pelbagai jenis implemen yang sedia ada di pasaran diguna pakai dalam sistem pengeluaran nanas di tanah gambut. Dilaorkan dimana bagi kerja penyediaan kawasan maka jenis implemen yang boleh diguna adalah implemen 'Penghancur Pokok Nanas' dimana alat ini seperti slasher untuk memotong pokok nanas. Aktiviti didalam penanaman nanas pula boleh dipasang jenis implemen seperti 'Treler gantung' yang membantu proses penanaman anakbenih nanas. Paling selalu penulis blog lihat untuk digunakan dikebun nanas adalah semasa aktiviti pembajaan dimana kerja menabur baja nanas perlukan implement 'Penabur Baja' iaitu mempunyai sistem pemeteran berpandukan roda yang dipasang dengan betul.  Satu lagi implement semasa kerja semburan baja dikebun nanas dikenali sebagai 'Alat Penyembur' yang mampu mencapai jarak jauh. Dalam kerja membuat semburan racun kawalan rumpai atau pun semburan racun perosak pula jenis implemen yang sesuai digunakan juga adalah 'Alat Penyembur'. Ia juga sesuai digunakan untuk aktiviti penting tanaman nanas iaitu apabila melakukan semburan aruhan pembungaan nanas (menghormon)dengan menggunakan juga 'Alat Penyembur'. Kelainan sedikit adalah untuk aktiviti penuaian buah nanas dimana lazimnya jenis implemen 'Treller Gantung' sesuai digunakan. Akhir sekali  adalah penting pekebun nanas komersil tahu penggunaan jenis implemen semasa kerja pengurusan sulur nanas dimana 'Alat Pencantas' pokok nanas sesuai digunapakai. Semua jenis implemen ini ada yang perlu dan boleh dibuat (fabricate) secara tempatan agar apabila berlaku pengubahsuaian atau kerisakkan mudah untuk ianya diselenggara dengan segera. Sebaiknya reka bentuk ladang untuk penggunaan mekanisasi perlu disertakan dengan sistem ladang khusus untuk membolehkan semua sistem mekanisasi yang diguna pakai dapat dijalankan dengan lancar dan cekap. Antara yang penting seperti ia mempunbyai sistem jalan ladang nanas yang sesuai bagi aktiviti mekanisasi ladang nanas. Sebagai contoh dilaporkan dimana penggunaan traktor 38 hp dengan ukuran panjang 3.0 meter memerlukan sekurang-kurangnya 5 meter ruang untuk memudahkan pusingan balik. Manakala untuk tujuan proses pengangkutan dan pemindahan input pertanian sebaiknya jenis jalan ladang yang khusus seperti jalan tambakan tanah mineral dan batu boleh diadakan dengan kelebaran sekurang-kurangnya 2.5 meter. Jarak tanam seelok-eloknya mengikut jarak roda traktor yang diguna pakai. Bagi penggunaan traktor Kubota L3800 dengan pengubahsuaian di atas maka digalakkan agar jarak tanaman 90 cm × 60 cm × 30 cm boleh diguna pakai. Penulis blog boleh simpulkan dimana aktiviti pengeluaran nanas di tanah gambut dapat direalisasikan dengan penggunaan penggerak utama mekanisasi khusus yang mempunyai tekanan permukaan yang rendah daripada keupayaan galas tanah. Pengubahsuaian traktor beroda biasa kepada sistem trek telah membolehkan dimana penggunaan kebanyakan implemen yang berada di pasaran digunakan untuk pengeluaran nanas di tanah gambut. Penggunaan mekanisasi di tanah gambut boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja buruh. Ini secara langsung dapat menambahkan pendapatan petani dan memacu peningkatan pengeluaran nanas dalam negara. InsyAllah... Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAH GAMBUT ... NANAS TANAMNYA...
TANAH LEMBUT... TIADA BERJENTERA....
I.ADA NOVASI .. BELUM NBANYAK DIGUNA...
PERLU TERUSKAN... PENYELIDIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Executive Suite,
Jalan Sungai Chat,
Hotel Thistle, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(23 Syaaban 21443H).

Friday, March 25, 2022

MEKANISASI NANAS DI TANAH GAMBUT (Pt 1)

TANAMAN NANAS (Ananas commosus) merupakan salah satu tanaman yang semakin popular di Malaysia kerana potensi penghasilan dan pulangan yang agak baik. Penulis blog yang terus aktif didalam pembangunan nanas negara telah menulis lebih dari 300 artikel berkaitan industri nanas dan dibaca oleh tarusan ribu orang dalam blog ini. Nanas merupakan salah satu komoditi tanaman yang memberi hasil pulangan yang tinggi kepada petani di Malaysia terutama bagi beberapa varieti nanas seperti MD2, Josapine, Gandul dan beberapa lagi. Pada tahun 2021 penulis blog dapati jumlah pengeluaran nanas Malaysia dilaporkan melebihi RM500 juta dengan jumlah keluasan tanaman sebanyak 14,072 hektar dengan jumlah hasil sebanyak 325,078 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Di Malaysia industri tanaman nanas diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang beribupejabat di Johor Bahru. Penulis blog merupakan bekas Ketua Pengarah LPNM dalam memajukan industri tersebut. Sejak dahulu dilaporkan nenas banyak ditanam di kawasan tanah gambut akan tetapi kini penanaman nanas pada tanah mineral semakin meluas. Bagi penanaman di kawasan tanah mineral biasanya penulis blog dapati dimana cara operasi pengeluaran nanas dapat dijalankan secara mekanisasi kerana tanah mineral mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk menampung berat traktor dan jentera. Beberapa pihak agensi penyelidikan kerajaan dan swasta pernah menyediakan beberapa pakej teknologi mekanisasi ladang lengkap bagi pengeluaran nanas di tanah mineral yang terdiri daripada implemen-implemen untuk aktiviti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, pengairan, penuaian dan pengurusan sisa selepas penuaian. Bagaimana pun penulis blog dapati malangnya kebanyakan teknologi tersebut tidak dapat digunapakai bagi aktiviti penanaman dan pengeluaran nanas di tanah gambut (peat soil). DIlihat dari analisa dan pemerhatian dimana diantara punca masalah penggunaan mekanisasi di kawasan tanah gambut adalah kekuatan tanah yang tidak dapat menyokong atau jentera itu tidak boleh menampung berat traktor kerana tanah gambut mempunyai keupayaan galas yang rendah iaitu bawah daripada 0.3 MPa secara puratanya di kebanyakan kawasan. Memang isu dalam penggunaan mekanisasi sukar dilaksanakan di kawasan tanah gambut untuk pengeluaran nanas dengan mengguna pakai traktor beroda biasa. Artikel pada petang Rabu ini dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru saya menulis blog "Anim Agro Technology" mengenai mekanisasi nanas untuk kawasan tanah gambut bagi dijadikan bahan bacaan semua.

Beberapa penyelidikan telah dan sedang dijalankan dimana dilaporkan sudah ada teknologi mekanisasi yang boleh ianya direalisasikan dengan cara penggerak utama yang khusus. Ini termasuk aplikasi dengan penggunaan beberapa jentera mempunyai luas permukaan sentuhan yang besar dan tekanan permukaan yang rendah. Penulis blog amat suka melihat 'Gerabak Nanas' atau 'Cikiteng' yang popular di gunakan dibeberapa kebun nanas di Johor untuk mengangkut buah nanas. Artikel mengenai gerabak ini ada saya tulis didalam beberapa siri penulisan termasuk yang boleh dibaca dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Jentera ini hanya menggunakan injin motor vespa (150 cc) atau injin kereta Kancil (660 cc) yang lebih berkuasa dimana keduanya akan disesuaikan dalam inovasi usahawan tempatan ini menggunakan tayar yang besar mampu membawa sehingga 2-4 tan buah nanas mengikut kapasiti truk dan kuasanya yang ada dibelakangnya (Sila lihat foto disebelah). Salah seorang pembuat gerabak ini iaitu Wak Sopar di Bt 14, Air Hitam, Muar telah berbincang dengan penulis blog dimana beliau selalu yang memfokuskan mengenai pengubahsuaian bahan terpakai yang murah untuk membina jentera gerabak ini. traktor sebagai penggerak utama mekanisasi di kawasan tanah gambut termasuk implemen-implemen yang boleh diguna pakai. Tanah gambut merupakan sejenis tanah yang lembut dimana ia terbentuk daripada pengumpulan sisa-sisa tumbuhan yang separuh terurai seperti daun, ranting dan kayu yang telah mereput secara perlahan dan membentuk satu lapisan yang memang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah marginal atau tanah yang bermasalah seperti tanah asid sulfat, tanah BRIS dan banyak lagi. Dianggarkan terdapat lebih kurang 2.43 juta hektar kawasan gambut di Malaysia iaitu lebih kurang 8% daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah di Malaysia. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai tanah gambut yang terluas iaitu sekitar 1.59 juta hektar. Tidak semua tanaman boleh ditanam di kawasan tanah gambut kerana sifat berasidnya yang tinggi tetapi nanas dan tanaman kontan serta sayuran sesuai ditanam dengan pengurusan agronomi yang khusus untuk tanah gambut. Antara tanaman yang sesuai ditanam di kawasan tanah gambut ialah kelapa sawit, nanas, keladi, ubi kayu dan banyak lagi. Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk penanaman di kawasan tanah gambut ialah dimana sistem saliran yang baik bertujuan untuk mengelakkan berlakunya air bertakung atau kekeringan yang melampau pada musim kemarau. Isu kebakaran tanah gambut musim kemarau menjadi masaalah besar. Jika kedua-dua ini tidak dapat dikawal dengan baik kesannya adalah dimana hasil tanaman akan terjejas dari segi kuantiti dan juga kualiti. Ini berkait rapat dengan kaedah pengawalan aras air di ladang.

Pengurusan air dikawasan tanah gambut apa yang penulis blog faham adalah penting dimana sebaiknya ia boleh dikawal dengan mudah menggunakan sistem empangan dan perlu dikawal pada aras yang optimum bagi pertumbuhan dan penghasilan tanaman secara maksimum (Sila lihat foto disebelah). Parit ladang hendaklah mampu untuk mengalir keluar air lebihan dari ladang dengan kadar segera bagi tujuan untuk mengelakkan berlakunya banjir dan air bertakung bagi tempoh yang lama. Tanaman nanas terutamanya Varieti Nanas MD2 memang mudah rosak apabila banyak air sama ada ditanah mineral atau pun tanah gambut dengan Pengakit Reput Perdu (Heart Rot). Ramai pengusaha nanas yang memulakan projek penanaman nanas perlu tahu dimana kos pembangunan kawasan baharu tanah gambut adalah tinggi berbanding dengan tanah mineral untuk peringkat permulaan dan juga seterusnya untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Pengalaman penulis blog sebagai paka dalam menguruskan ladang nanas seluas 4,500 ekar di Rompin, Pahang pada tanah gambut dilihat memang ianya melibatkan kos tinggi untuk kerja bina jalanladang, sistem perparitan dan kerja selenggara unfra tersebut. Perlu difahami dimana sistem perparitan yang terdiri daripada Parit Utama sehingga kepada Sistem Parit Ladang dan Parit Tertiary perlu dibina di kawasan tanah gambut agar sesuai untuk ditanam nanas. Parit-parit di kawasan tanah gambut perlu sentiasa diselenggara dengan kerap kerana mudah tertimbus dan menjadi cetek dalam masa yang singkat. Cuaca musim hujan pada hujung tahun selalunya menyebabkan air bertakung dan ini menjadi risiko kepada pokok nanas rosak pada semua peringkat penanaman. Pada November dan Disember 2020 berlaku banjir dikawasan ladang nanas di Rompin dimana ia telah menyebabkan kematian lebih dari 200,000 pokok nanas MD2 yang berumur 6-8 bulan dan merugikan. Penting agar disediakan sistem saliran yang mampu mengelakan kejadian banir dikawasan tanaman nanas.

Memang diketahui dimana k
eupayaan galas tanah merupakan salah satu pertunjuk yang digunakan sebagai pertimbangan untuk menentukan sama ada penggunaan mekanisasi boleh dijalankan atau tidak di sesuatu kawasan. Mesin atau jentera untuk kawasan tanah gambut yang embut perlu ada ciri-ciri ringan, mudah bergerak, tidak terbenam, cukup kuasa dan sebagainya untuk boleh beroperasi. Itulah sebabnya penulis blog sering lihat dimana jentara dikawasan tanah gambut dan untuk tanaman nanas selalunya adalah 'Tinggi' dan sesuai. Sebaiknya perlu difahami dimana sesuatu kawasan tanah perlu mempunyai keupayaan galas lebih daripada 0.3 MPa untuk tujuan dalam penggunaan mekanisasi seperti dengan traktor beroda biasa. Keupayaan galas tanah diukur menggunakan alat yang mana ia  dikenali sebagai 'Soil penetrologger' yang boleh mengukur kerintangan tusukan tanah. Laporan yang dilakukan beberapa pihak mendapati dimana hasil daripada kaji selidik yang dijalankan di beberapa kawasan tanah gambut di Malaysia bagi pengeluaran nanas memang ia ada keupayaan galas tanah gambut tertinggi hanya pada kedalaman 5 - 20 cm dari permukaan tanah iaitu purata dalam julat 0.15 - 0.25 MPa seperti dilakuksn dalam kajian MARDI. Adalah disyorkan agar sistem mekanisasi di tanah gambut memang ianya boleh direalisasikan dengan penggunaan penggerak utama khusus yang mempunyai tekanan pemukaan tanah yang rendah. Salah satu pilihan adalah dengan penggunaan trek getah bagi menggantikan roda pada traktor, boleh mengurangkan tekanan sentuh permukaan sesuatu traktor daripada 0.1 MPa kepada 0.01 MPa (Sila lihat foto disebelah). Tekanan sentuh permukaan yang rendah membolehkan traktor bergerak di atas tanah gambut dengan mudah tanpa jerlus. Penggunaan traktor bertrek getah telah membuka peluang penggunaan mekanisasi dengan lebih meluas di kawasan tanah gambut. Bagaimana pun dilapangan penulis blog belum jumpa jentera seperti ini digunakan secara meluas dikalangan penanam nanas komersil dikawasan tanah gambut. Kemungkinan faktur harga dan faktur kecekapan serta penyelenggaraan selain sukar mendapatkan jentera tersebut menjadi penyebabnya. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAH GAMBUT ... NANAS TANAMNYA...
TANAH LEMBUT... TIADA BERJENTERA....
I.ADA NOVASI .. BELUM NBANYAK DIGUNA...
PERLU TERUSKAN... PENYELIDIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Executive Suite,
Jalan Sungai Chat,
Hotel Thistle, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(23 Syaaban 21443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...