SENGKUANG (Pachyrhizus erosus) adalah sejenis umbisi di dapatkan dari pokok sengkuang yang tumbuh secara menjalar dimana ia menghasilkan ubi akar (atau rizom) yang boleh dimakan. Penulis blog mengenali tanaman sengkuang dan umbi sengkuang setelah membuat lawatan teknologi iaitu kebeberapa petani yang menanamnya secara komersil di Perak dan Johor semasa bertugas dahulu. DIlaporkan dimana nama lain bagi sengkuang termasuklah gelaran Bengkuang, Ubi sengkuang, Singkuang, Jicama (nama dalam bahasa Inggeris), Mexican turnip (lobak putih Mexico) atau Yam bean (kacang keladi). Bagi penulis blog suka panggilnya sebagai 'Sengkuang Cina' atau di kenali juga sebagai 'water chestnut' yang mempunyai bentuk dan tekstur berbeza juga. Kenal akan ciri-ciri dan kegunaan utama sengkuang dimana ia mempunyai jenis kulit luarnya berwarna kuning atau keperangan yang agak nipis, manakala isinya berwarna putih krim. Isinya ia berekstur rangup (crunchy) iaitu seperti isi buah pir mentah (pear) atau isi kentang (potato) iaitu ia mempunyai rasa yang sedikit manis serta berair. Selalunya bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan hanya umbinya (akarnya) sahaja dimana ia memang selamat dimakan. Bahagian lain seperti daun, batang dan bijinya mengandungi toksin rotenon yang beracun dan tidak seesuai di makan. Sengkuang ini digunakan teruat untuk masakkan atau ia sesuai di makan mentah sahaja seperti dalam rojak atau di cicah dengan sos atau cicah asam (seperti dalam hidangan sengkuang calit). Ada juga yang suka menjadikan bahan dalam rojak, popiah, kerabu, kuah lodeh dan acar yang menambaj rasnya lebih enak. Dimasak dalam hidangan tumisan, sup, atau dicampur ke dalam inti dumpling dan cucur. Sengkuang ada lah jenis umbisi yang kaya dan tinggi dengan kandungan air dan serat (termasuk inulin) serta ia rendah kalori dan kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan pencernaan dan tubuh badan. Di Malaysia dimana sengkuang ia banyak digunakan dalam pemakanan harian dan kesihatan kerana sifatnya yang rangup, rendah kalori, serta kaya dengan air dan nutrien. Memakan sengkuang ini didakwa membantu penurunan berat badan sebab ia sangat rendah kalori dan tinggi serat, membuatkan anda kenyang lebih lama. Ia juga akan melancarkan pencernaan dan ia kaya dengan serat prebiotik (inulin) yang menyuburkan bakteria baik dalam usus serta mengawal tekanan darah dan jantung sebab ia dilaporkan mengandungi kalium dan nitrat yang membantu melancarkan aliran darah. Makan sengkuang didakwa ia akan menstabilkan gula dalam darah walaupun isinya terasa manis akan tetapi kandungan inulinnya tidak menaikkan paras gula secara mendadak. Dalam dunia kecantikan kulit bahan ini ia sering dijadikan 'produk masker muka' atau bahan dalam bedak sejuk tradisional untuk menyegar, melembapkan serta mencerahkan kulit. Penulis blog dapati hanya bahagian ubi akarnya sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia, tanaman sengkuang banyak diusahakan di kawasan tanah mineral dan bekas lombong dengan tumpuan utama di tanam dalam negeri Perak, Johor dan Sabah walau pun ia boleh hidup dengan baik di kebanyakan tempat di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah kerana tidak cerewet tentang jenis tanah, asalkan kawasan tersebut mempunyai saliran yang baik dan tidak banjir. Walau bagaimanapun perlu memilih kawasan penanaman komersial tertumpu di negeri Perak dimana ia merupakan di antara pengeluar utama sengkuang di Malaysia dan tanaman ini banyak diusahakan oleh petani di kawasan tanah bekas lombong yang sangat sesuai untuk pertumbuhan ubi yang besar dan rangup. Penulis blog ada embuat lawatan di JOhor terutama di Jemaluang, Mersing, Johor dan di Tangkak, Johor yang ada menanam sengkuang secara komersil di Johor. Penulis blog merujuk laporan Keluasan Tanaman Makaan di Jabatan Pertanin Malaysia dimana jumlah keluasan bertanam sengkuang di Malaysia direkodkan sebanyak 608.3 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 22,993.1 tan metrik bagi tahun 2024. Penulis blog pernah buat kajian akan potensi hasil pengeluaran ubi sengkuang dalam Malaysia adalah sangat tinggi iaitu sekitar 25 - 35 tan per hektar pada tahun 2019 untuk pasaran domestik. Tempoh matang tanaman ini juga agak pendek iaitu sekitar 4 - 6 bulan sahaja untuk sedia dituai dimana menjadikannya antara tanaman kontan pilihan petani kerana memberikan pulangan modal yang cepat. Aspek harga sengkuang di Malaysia biasanya berkisar antara RM1.20 - RM7.00 sekilogram iaitu ia adalah bergantung kepada tempat pembelian dan jenis pasaran. Dalam kajian di laporkan bagi harga peringkat Ladang dan harga pemborong adalah sekitar RM1.20 - RM2.00 sekilogram (kadang-kala turun ke RM0.60 - RM0.80 sekilo di pasar borong). Kajian harga sengkuang di pasaraya dan pasar biasa adalah sekitar RM5.00 - RM7.00 sekilogram. Artikel subuh yang sepi pada jam 2.30 pagi saya aman menulis dalam blog "Anim Agro Technology" banyak fakta menarik mengenai sengkuang untuk bahan rujukkan semua
Menarik bincang memakan ubi sengkuang sebab ada banyak kelebihan untuk kesihatan akan tetapi terdapat juga bahagian tertentu yang beracun dan perlu dielakkan. Dilaporkan dimana Khasiat Sengkuang ia mampu Melancarkan penghadaman sebabnya ia kaya dengan serat prebiotik (inulin) yang menyuburkan bakteria baik dalam usus dan mengurangkan masalah sembelit. Sengkuang juga ia rendah kalori dan sesuai untuk diet dengan ia mengandungi sekitar 35 - 45 kcal bagi setiap 100g serta tinggi kandungan air (85 - 90%) dimana ini juga akan menjadikannya snek bagus untuk mengawal berat badan. Khasiat sengkung di dakwa ia membantu mengawal gula darah sebabnya ia mempunyai indeks glisemik yang rendah dan rasa manisnya datang daripada inulin yang tidak menaikkan paras gula dalam darah dengan mendadak. Ia juga amat kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang dapat membantu menguatkan sistem imun badan, melindungi sel daripada radikal bebas, serta menyokong kesihatan kulit. Ia juga akan menjaga tekanan darah dan jantung sebabnya ia mengandungi kalium yang membantu meredakan ketegangan salur darah dan menyokong fungsi jantung. Bagaimana pun di laporkan masih ujud Ancaman atau Bahaya Memakan Isi Sengkuang dimana ada bahagian pokok beracun sebabnya hanya bahagian ubi akarnya sahaja yang boleh dimakan. Hati-hati sebab bahagian lain seperti kulit kayu yang keras, batang, daun, dan biji benih mengandungi sejenis racun semula jadi yang dipanggil rotenone. Ada ancaman atau risiko keracunan jika tersilap makan biji atau daun sebab jika memakan biji benih atau daun sengkuang boleh menyebabkan keracunan, loya, atau kesan buruk kepada sistem saraf. Pastikan ia dikupas bersih dan hanya isi ubi sahaja yang diambil. Dalam pada itu ada Ancaman Potensi Alahan sebab bagi kalangan sesetengah individu mungkin mengalami alahan makanan terhadap tumbuhan dari keluarga kekacang (Fabaceae), walaupun kesnya agak jarang berlaku.
Bagi penulis blog dimana memakan sengkuang atau jicama adalah sejenis ubi bertekstur rangup, berair dan sedikit manis dimana jenis ubi ini bukan sahaja dimakan segar, malahan ia boleh dipelbagaikan dalam pelbagai produk makanan dan hidangan yang enak dan mengenyangkan. Penulis blog akan senaraikan akan beberapa jenis Produk dan Hidangan berasaskan Sengkuang sebagai rujukkan. Pertama adalah Resepi Sengkuang Calit atau Resepi Rojak Sengkuang dimana sengkuang dipotong saiz besar atau memanjang dan ia kemudian dicalit atau dicicah dengan kuah pekat yang dibuat daripada petis, sos hitam, kacang tanah tumbuk dan bijan. Kedua adalah Resepi Inti Popia atau Inti Karipap atau Inti Pai dimana sengkuang yang disagat halus sering dijadikan bahan asas atau inti utama dalam popia basah, popia goreng atau pai kerana ia dilihat memang dapat mengekalkan tekstur yang rangup dan manis semula jadi. Agak pelik jika penulis blog juga suka ketika ujirasa Resepi Sengkuang Goreng Rangup (Jicama Fries) dimana sengkuang dipotong seperti kentang goreng (french fries), digaul dengan adunan tepung beras dan tepung jagung, kemudian digoreng garing (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya ada Resepi Salad atau Ulam Sengkuang dimana sengkuang dihiris nipis dan digaulkan bersama timun, lobak merah, jus limau nipis, garam dan taburan kacang tanah. Akhirnya di paparkan akan Resepi Masakan dan Sup Sengkuang dimana boleh dimasukkan ke dalam sup jernih, sayur masak lemak putih atau lodeh bagi memberikan rasa manis yang ringan. Penulis paparkan akan Resepi Sengkuang Calit dengan sediakan bahan buat sos Sengkuang Calit iaitu 1 senduk cili kisar, ½ senduk sos cili, sedikit belacan, 5 sudu besar kicap manis, 2 sudu besar taucu, 1 sudu pes asam jawa, 3 sudu besar tepung jagung (dibancuh sedikit air untuk memekatkan), 3 - 4 sudu besar gula (ikut manis yang diigini), 1 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar) dan juga 2 sudu besar serbuk asam boi (pilihan untuk rasa masam manis). Cara membuatnya dengan memasukkan cili kisar, sos cili, belacan, kicap manis, taucu, pes asam jawa, dan gula ke dalam periuk. Ia dimasak dengan api perlahan sehingga mendidih dan sebati dan dimasukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sos menjadi pekat berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk. Kupas kulit sengkuang, potong kepada saiz yang mudah dipegang. Kemudian dicalitkan atau sapu sos pekat ini pada potongan sengkuang, kemudian taburkan banyak-banyak kacang tanah tumbuk dan serbuk asam boi di atasnya dan sedia di nikmati.
Setiap bulan penulis blog akan ujirasa atau menikmati hidangan Popia Sayur sama ada jenis popia basah atau jenis popia goreng sama ada membuat sendiri di rumah atau membeli di premis di pasaraya atau di pasar malam. Resepi mudah dan sedap untuk menyediakan popia sayur sengkuang goreng yang rangup mudah di buat dengan menyediakan bahan membuat inti iaitu 1 biji sengkuang (saiz sederhana atau besar, disagat halus), 1 - 2 batang lobak merah (carrot, disagat halus), 2 - 3 ulas bawang putih (dicincang halus), 1 biji bawang besar (dihiris atau dicincang), 1 genggam udang kering (ditumbuk atau dicincang kasar sebagai pilihan), garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa dan minyak masak untuk menumis. Bagi bahan lain sediakan 1 paket kulit popia, sedikit bancuhan air atau putih telur (untuk melekatkan hujung kulit popia) dan juga minyak masak secukupnya untuk menggoreng (jika hendak buat popia goreng). Cara-cara membuatnya pertama dengan menyiapkan Inti Popia iaitu di panaskan sedikit minyak di dalam kuali dengan api sederhana untuk menumis bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian di masukkan lobak merah dan hirisan sengkuang yang telah disagat dan di kacau rata dan boleh diperasakan dengan garam serta sedikit gula atau serbuk perasa serta ia di masak sehingga sayur agak lembut dan pastikan ia tidak berair (toskan sekiranya inti terlalu basah supaya kulit popia tidak rosak). Ia kemudian di angkat dan biarkan ia sejuk. Penulis blog sudah mahir bagaimana cara 'Melipat Popia' dengan mengambil sehelai kulit popia di atas papan pemotong atau pinggan rata dan diletakkan 1 sudu besar inti sengkuang di bahagian bawah kulit popia. Lipat bahagian bawah ke atas, lipat kedua-dua sisi kiri dan kanan, kemudian gulung kemas sehingga ke hujung. Sapukan sedikit bancuhan air di hujung kulit popia supaya melekat ketat dan tidak terbuka ketika digoreng dan boleh diulang sehingga habis. Proses menggoreng dengan memanaskan minyak yang agak banyak di dalam kuali dengan api sederhana dan bila minyak cukup panas di masukkan popia dan untuk digoreng sehingga kuning keemasan dan rangup di kedua-dua belah. Kemudian diangkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur dan sedia di hidangkan.
Memakan sengkuang di laporkan ia berkhasiat dan ada isu utama berkaitan sengkuang (jicama) ialah bahagian pokoknya selain ubi (seperti biji, daun, dan batang) adalah beracun. Masih ujud beberapa kepercayaan atau mitos yang paling kerap berlegar pula berkait dengan keupayaannya merawat demam kuning bayi serta dakwaan kesan 'sejuk' pada badan. Pertama ada Isu Kesihatan dan Keselamatan Sengkuang sebab ada bahagian pokok yang bertoksik. Pokok sengkuang ia tergolong dalam keluarga kekacang dan mengandungi racun semula jadi bernama rotenon (rotenone) pada bahagian biji, lenggai kacang, daun, dan batangnya. Mengambil mana-mana bahagian ini boleh menyebabkan keracunan serius seperti muntah, cirit-birit, pening, kerosakan saraf, dan sesak nafas, manakala hanya bahagian ubinya di dalam tanah sahaja yang selamat dimakan. Ada Isu Kembung Perut dan Ketidakselesaan Usus dimana jenis ubi sengkuang sangat kaya dengan serat prebiotik jenis inulin. Pengambilan secara berlebihan dalam satu masa boleh mencetuskan gas, kembung perut atau sakit perut bagi individu yang mempunyai perut sensitif atau sindrom usus rengsa (IBS). Ada juga Isu atau Risiko Pencemaran Bakteria (Dimakan Mentah) dimana oleh sebab sengkuang tumbuh di dalam tanah dan biasanya dimakan mentah dalam rojak atau popiah, kulit yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh memindahkan bakteria seperti Salmonella atau E. coli ke bahagian isi semasa proses memotong. Beberapa isu mitos berkaitan sengkuang pertama adalah Mitos Sengkuang Merawat Demam Kuning (Jaundice) Bayi dimana di Malaysia, jus sengkuang atau sengkuang cina sering diberi kepada bayi baru lahir dengan kepercayaan ia dapat menyejukkan badan dan menurunkan bacaan demam kuning. Dakwaan ini tidak mempunyai bukti saintifik dan pemberian cecair selain susu ibu atau susu formula kepada bayi di bawah umur 6 bulan dilaporkan yang ia boleh membahayakan buah pinggang serta mengganggu penyusuan. Kedua ada Mitos Sengkuang Adalah Jenis Makanan Sejuk dan Penyebab Sakit Urat atau Angin dimana ia adalah kepercayaan tradisional sering melabelkan sengkuang sebagai makanan bersifat 'sejuk' yang boleh ia menyebabkan lenguh badan atau angin. Dari sudut sains pemakanan, rasa sejuk dan menyegarkan itu berpunca daripada kandungan airnya yang tinggi (sekitar 85% hingga 90%) dan tidak menyebabkan penyakit sendi atau urat. Ketig ada Mitos Sengkuang Memutihkan Kulit Secara Kekal sebab ada banyak produk kecantikan tempatan menggunakan ekstrak sengkuang dengan dakwaan ia mampu memutihkan kulit secara drastik. Walaupun sengkuang mengandungi vitamin C dan antioksidan yang membantu melindungi sel kulit daripada radikal bebas dimana ia hanya menyokong kesihatan kulit secara umum dan tidak mengubah pigmen asal kulit seseorang. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan agar di baca kesemuanya. Semuga usaha penulisan saya yang ke 9,937 ini memberikan ilmu yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...NAMANYA SEGKUANG...ADA DI MALAYSIA... DITANAM 4 BULAN... DI TUAI IKUT USIANYA...
BANYAK KHASIAT...DIMANAN BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL INI...ILMU DI TERIMA JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1448H). Ya Allah...kurniakan kesembuhan Abdul Halim... Amin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.