Support My Blog

Sunday, November 8, 2026

TRITICALE - APAKAH DIA (PART 3)

TRITICALE adalah sejenis tanaman bijirin hibrid (grain) hasil kacukan antara tanaman gandum (wheat) dan tanaman rai (rye). Nama 'Triticale' iut sendiri apa yang penulis blog tahu adalah satu gabungan daripada nama saintifik kedua-dua tumbuhan induknya iaitu Tanaman Gandum (Triticum spp.) dengan Tanaman Rai atau Rye (Secale cereale). Ada ramai kalangan pembaca blog ini yang mungkin tidak pernah dengar tau dapat ujirasa akan makanan nerasaskan bijirin triticale ini sebab tidak mengenalinya. Apa pun dijelaskan fakta dimana Tanaman Gandum (Triticum spp.) ialah sejenis tumbuhan rumput bijirin daripada keluarga Poaceae yang buahnya (biji gandum) diproses menjadi tepung gandum untuk dijadikan makanan ruji seperti roti, biskut dan banyak jenis mi. Dalam pada itu Tanaman Rye (Secale cereale) atau didalam bahasa Melayu dikenali sebagai 'Rai' sahaja adalah sejenis tumbuhan bijirin (grain) yang hampir serupa dengan gandum dan barli iatu ia juga berasal berasal dari keluarga Poaceae. Penulis blog paparkan beberapa jenis-jenis bijitin penting sebagai tanaman makanan penting dunia yang pertama adalah BERAS (Rice) dimana beras merupakan bijirin utama ditanam dibanyak negara beriklim tropika seperti Vietnam, India,  Indonesia, Thailand dan termasuk luas juga di Malaysia. Tanaman padi juga luas di tanam dii beberapa negara yang beriklim sederhana seperti China, USA dan sebagainya. Kedua adalah Bijirin GANDUM (Wheat) dimana ia menjadi bijirin penting di kebanyakan negara beriklim sederhana. Bijirin ketiga adalah Barli (Barley) yang banyak di tanam diseluruh dunia dan di banyak negara Barat bijian barli ia meluas ditapai menjadi minuman keras seperti bir dan wiski. Seterusnya ad jenis Bijirin Sorgum (Shorgum) iaitu sejenis bijirin yang amat penting di negara Asia dan benua Afrika dan yang ke lima adalah Bijirin RAI (Rye) sebagai jenis bijirin utama di negara beriklim sejuk serta keenam adalah TRITICALE iaitu sejenis bijirin yang dihasilkan menerusi kacukan gandum rai. Pun begitu rupanya ia lebih menyerupai rai. Tanaman Triticalu ini menggabungkan sifat Gandum yang mempunyai potensi hasil tuaian yang tinggi serta kualiti bijirin yang baik dengan sifat Rai yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap penyakit, cuaca ekstrem (seperti kemarau/sejuk) dan boleh tumbuh di tanah yang kurang subur atau berasid. Faktaya dimana info kegunaan utama Triticale adalah sebagai Makanan Ternakan (Paling Utama) apabila kebanyakan triticale ditanam untuk dijadikan makanan atau silaj (jerami yang diawet) bagi haiwan ternakan seperti lembu dan ayam kerana kandungan unsur proteinnya yang tinggi. Kedua ia manjadi Makanan Manusia dimana walaupun kurang popular berbanding gandum tulen untuk membuat roti (kerana kandungan glutennya yang ianya berbeza membuatkan doh kurang kenyal), ia masih diproses menjadi tepung, kepingan sereal (flakes), biskut dan sereal sarapan di kedai-kedai makanan kesihatan. Ketiga ia juga di gunakan sebagai Biobahan Api seperti ada digunakan dalam penghasilan bioetanol atau biogas. Apa pun di ;aporkan dari segi status pemakanan, ia adalah sumber tumbuhan semula jadi, kaya dengan serat serta protein dan sudah tentu ia boleh diklasifikasikan sebagai halal untuk dimakan. Artikel malam Khamis ini dlam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai Bijirin Triticale untuk bahan rujukkan semua.  


Tanaman Triticale (× Triticosecale) ia adalah merupakan sejenis tanaman bijirin hibrid buatan manusia yang terhasil daripada pembiakan kacuk dengan cara persilangan diantara tanaman gandum (wheat) dengan tanaman gandum hitam (rye). Tujuan utama penghasilannya adalah untuk menggabungkan kualiti dan hasil tinggi gandum dengan daya tahan lasak gandum hitam terhadap penyakit serta cuaca ekstrem. Dilaporkan dimana secara global penanaman triticale yang hasilnya akan diproses dan digunakan dalam pelbagai jenis bentuk produk komersial dan pertanian dan sebagainya. Kategori pertama ada jenis Produk Makanan Manusia (Human Consumption) dimana walaupun sebahagian besar triticale digunakan untuk ternakan serta untuk produk makanan berasaskan bijirin ini semakin popular di kedai makanan kesihatan. Produk popular pertama dalam kategori ini adalah Produk Tepung Triticale (Triticale Flour) yang selalu ia digunakan secara separa (dicampur tepung gandum) untuk membuat roti multigrain, biskut, kek, pastri, dan pasta bagi memberikan rasa berlemak (nutty) dan berunsur tanah (earthy). Tepung triticale ialah sejenis tepung yang diperbuat daripada triticale iaitu sejenis bijirin hibrid (kacukan) hasil cantuman antara gandum (wheat) dan gandum hitam atau 'rye' (Sila lihat foto diatas sekali). Bijirin ini dicipta untuk menggabungkan kualiti struktur gandum serta ketahanan semula jadi gandum hitam terhadap penyakit dan persekitaran. Dari segi status hukum pemakanan dilaporkan yang tepung triticale diklasifikasikan sebagai halal kerana ia berasaskan dari tumbuh-tumbuhan sepenuhnya. Namun begitu ada laporan yang jenis produk ini mengandungi gluten dimana isu ini ia tidak sesuai untuk mereka yang ada masaalah atau penghidap penyakit seliak (celiac disease).  Ciri-ciri utama Tepung Triticale diman aia mempunyai profil rasa yang lebih kuat, manis dan berlemak seperti kacang (nutty) berbanding gandum biasa akan tetapi rasanya tidak sekeras gandum hitam asli. Dari segi nutrisi dilaporkan ia lebih kaya dengan kandungan protein, serat, asid amino (lysine) serta mineral seperti magnesium dan fosforus berbanding gandum biasa. Mengenai isu kandungan Gluten walaupun tinggi protein, kekuatan glutennya lebih lemah dan dohnya cenderung lebih melekit. Antara beberapa jenama produk di pasaran bagi tepung triticale kebanyakannya dijual di kedai makanan kesihatan (health food stores) atau platform dalam talian khusus. Antara produk jenama antarabangsa yang mengeluarkannya termasuk Produk Bob's Red Mill Triticale Flour iaitu salah satu jenama terkenal yang kerap menawarkan tepung bijirin hibrid ini. Jenama kedua adalah Produk Early Bird Farm & Mill Organic Triticale Flour iaitu jenis tepung triticale organik yang dikisar secara minimum untuk mengekalkan nutrisi penuh. Ketiga ada Produk Four Leaf Milling Triticale Flour iaitu produk tepung triticale biodinamik yang berasal dari Australia. Keempat ada Produk Purcell Mountain Farms Organic Triticale Flour dimana ia menggunakan proses penggilingan khas (Unifine process) untuk menghasilkan tekstur tepung yang sangat halus bersama mil baki bran dan germa bijirin. Kegunaan tepung ini dalam masakan dimana disebabkan kandungan glutennya yang unik selalunya produk tepung ini biasanya digunakan melalui Campuran Bakeri Roti sebab glutennya agak lemah, pembuat roti disarankan mencampurkan tepung triticale bersama tepung gandum biasa (nisbah 50:50 atau 70:30) supaya roti dapat mengembang dengan cantik dan tidak terlalu padat. Ia juga id jadikan Kek, Biskut dan Konfeksioneri dimana ia sangat sesuai digantikan sepenuhnya dalam pembuatan makanan yang tidak memerlukan pengembangan gluten yang tinggi seperti biskut, muffin, lempeng (pancake), waffle dan tortila. Kedua ada Produk ada Produk Bijirin Sarapan (Breakfast Cereals) dimana ia diproses dalam bentuk serpihan gulung (rolled atau flaked) atau dicampur ke dalam produk oat dan granola.  Ketiga ada Produk Makanan Ringan dan Snek Triticale yang mana ia digunakan dalam pembuatan lempeng (pancakes), wafel, dan snek diet kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi.  


Sterusnya ada Kategroi Produk Makanan dan Pertanian Ternakan (Animal Feed and Forage) dimana komponenini ia merupakan kegunaan komersial terbesar bagi triticale di dunia. Dibawah kategori ini ada Jenis  Produk 
Biji Makanan Ternakan (Feed Grain) dimana produk ini adalah sebagai pengganti langsung kepada jagung atau barli untuk ternakan ayam, itik, dan babi kerana triticale kaya dengan asid amino penting seperti lysine. Apa pun ciri-ciri utama triticale sebagai makanan ternakan dimana ia produk yang bernutrisi yang tinggi dimana kandungan protein (antara 10 - 19%) dan asid amino penting (terutamanya lisin) yang lebih tinggi berbanding gandum biasa atau jagung. Ini sangat baik untuk pertumbuhan otot dan berat badan haiwan. Ada banyak jenama dan formulais makanan ternakan ini yang di jual di pasaran antaranya jenama COWRA (Sila lihat foto disebelah) yang mendapat permintaan tinggi di kalangan para penternak lembu pedaging dan lembu tenusu. Ada juga didakwa ujud kepelbagaian cara penggunaan bjian ini dimana ia boleh diberikan kepada ternakan dalam pelbagai bentuk. Jenis pertama iaitu bijirinnya yang dituai boleh dihancurkan menjadi dedak pekat. Selain itu selepas menuai dimana pada keseluruhan pokoknya yang masih hijau boleh diproses dan dijadikan ragutan terus, silaj (suapan yang diperam) atau ia boleh dikeringkan menjadi jerami (hay) untuk haiwan ruminan. Dalam banyak kajian di laporkan produk dari tanaman triticale ini amat sesuai untuk Pelbagai Jenis Haiwan Ternakan dimana ia menjadi sumber tenaga dan protein yang popular untuk lembu (sama ada lembu tenusu atau lembu daging), kambing, biri-biri serta formulasinya yang diproses sesuai untuk ayam dan babi. Dilaporkan produk ini ia lebih Mudah Diproses iaitu disebabkan tekstur bijirin triticale adalah lebih lembut jika ia dibanding dengan biji gandum atau barli dimana ciri ini ia juga menjadikannya lebih mudah untuk dikisar atau digiling di ladang sebelum diberikan kepada haiwan. Secara ringkasnya, ia merupakan alternatif bijirin makanan ternakan yang sangat cekap tenaga, menjimatkan kos dan berkhasiat tinggi. Ketiga ada Jenis Makanan Ternakan Yang Hijau dan Produk Silaj (Green Forage & Silage) dimana produk ini ia dijadikan sebagai rumput ragut awal atau dipotong untuk dijadikan silaj (makanan ternakan yang diperam) bagi lembu tenusu. Ada juga yang di proses menjadi Jerami Ternakan (Straw) dimana batang pokok triticale yang sudah dikeringkan dijadikan sebagai alas tidur haiwan (bedding) atau jerami makanan yang di gunakan dalam aktiviti penternakan. Kategori ketiga adalah Jenis Produk Industri dan Produk Tenaga (Industrial Products) diantaranya adalah Produk  Bioetanol dan Produk Biogas disebabkan bahan ini ia ada kandungan kanji yang tinggi menjadikan biomas triticale sangat cekap digunakan dalam loji pencernaan anaerobik untuk menghasilkan bahan api bio (biofuels). Kedua ada Jenis Produk Minuman Alkohol bila triticale ia selalu digunakan dalam industri penyulingan sebagai bahan mentah pembuatan minuman keras seperti vodka dan spirit. Ketiga ada Jenis Produk Biomaterial dimana bahan kanji daripada triticale dikaji untuk pembuatan polimer termoplastik dan filem boleh makan yang mesra alam (biodegradable edible films).



Sekali lagi di laporkan yang tanaman Triticale adalah bijirin hibrid (kacukan) hasil gabungan antara gandum (wheat) dan rai (rye). Di pasaran makanan (terutamanya di kedai makanan kesihatan atau organik di negara Barat). Bagi penulis blog yang pernah kebeberapa negara di Eropah perbah ujirasa Jenis Makanan 
Roti Triticale yang di buat dari tepung triticale yang mana ia sering dicampurkan dengan tepung gandum biasa untuk membuat roti. Karakteristik rotinya adalah padat, lembap, dan mempunyai rasa yang sedikit berlemak (nutty) serta manis semula jadi seakan-akan roti rai ringan. Kedua pernah juga ujirasa Produk Emping Bijirin Sarapan (Triticale Flakes) dimana secara fizikalnya produk ini ia sama seperti emping oat (rolled oats), bijirin triticale yang digelek rata dijadikan menu sarapan pagi berasaskan bijirin penuh. Ia boleh dimasak sebagai bubur panas atau dicampur ke dalam granola. Ketiga pernah juga ujirasa Biskut dan Mufin Triticle dimana disebabkan kandungan gluten dalam triticale lebih rendah dan kurang kenyal berbanding gandum tulen yang mana tepungnya sangat sesuai dan popular digunakan untuk membuat hidangan yang tidak memerlukan struktur doh yang tinggi seperti biskut rangup, mufin, kek dan kuki (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ada juga makanan seperti Produk Pasta dan Pastri di jual dibeberapa tempat iaitu tepung ini digunakan untuk membuat mi pasta, doh pizza dan tortilla. Bijian ini juga diproses di jadikan Jenis Minuman Beralkohol yang disebabkan kandungan enzimnya yang tinggi, triticale juga popular digunakan dalam industri penapaian untuk menghasilkan wine, bir dan vodka (Sila lihat foto disebelah).  Produk ini walaupun kaya dengan protein, serat dan mineral (seperti zat besi dan zink) dimana jenis makanan berasaskan triticale ini lebih banyak ditemui di negara Barat berbanding di banyak negara Asia. Penting untuk diketahui bahawa makanan yang di buat dari triticale mengandungi gluten dimana isu ini menjadikan yang ia tidak sesuai untuk individu yang didapati ada mempunyai penyakit seliak (celiac disease).


Keunikan tanaman dan bijirin Triticale adalah tanaman bijirin kacukan pertama ciptaan manusia hasil silangan antara gandum (Triticum) dan pakis hitam atau rye (Secale). Oleh kerana ia sejenis tanaman makmal yang agak baru (dicipta pada akhir abad ke-19) dan kini terdapat beberapa salah faham atau ujud satu 'kepercayaan' atau 'mitos' yang sering dikaitkan dengannya antaranya pertama ada Mitos Triticale adalah Tanaman Ajaib (The Miracle Crop) dimana pada tahun 1960-an dan 1970-an dimana triticale diwar-warkan sebagai sejenis 'tanaman ajaib' yang bakal menamatkan kebuluran dunia kerana menggabungkan kebagusan gandum (hasil tinggi) dan rye (tahan lasak). Apa pun fakta dan realitinya, varieti awal triticale sangat mengecewakan dimana hasil tuiannya tidak konsisten, bijirinnya mengecut dan pokoknya terlalu tinggi menyebabkan ia mudah tumbang (lodging). Minat terhadapnya merosot sebelum pakar sains kemudian mereka sudah berjaya memperbaikinya berpuluh tahun kemudian. Kedua ada Mitos Triticali Ini Ia Bebas Gluten yang disebabkan ia adalah bijirin kacukan alternatif dan sering ditemui di kedai makanan organik dimana ada sesetengah orang menyangka triticale bebas gluten dan selamat untuk penghidap penyakit Celiac.
Faktanya dimana triticale mengandungi gluten dimana pada kedua-dua ibu bapanya (gandum dan rye) adalah sumber gluten. Walau bagaimanapun dilaporkan struktur glutennya lebih lemah berbanding gandum tulen, membuatkan tepungnya kurang anjal dan melekit jika dibuat roti tanpa dicampur tepung gandum. Ketiga ada Mitos Triticale Adalah Jenis Makanan Angkasa Lepas dimana didalam budaya pop yang terutamanya bagi peminat siri 'Star Trek' dalam episod klasik 'The Trouble with Tribbles' ada aksi dimana terdapat varieti fiksyen yang dipanggil 'Quadrotriticale' dimana kisah ini telah membuatkan sesetengah orang menyangka triticale adalah ciptaan fiksyen sains atau tanaman masa hadapan untuk angkasa lepas. Faktanya adalah triticale adalah sejenis tumbuhan komersial yang benar-benar wujud di bumi. Hari ini dilaporkan sudah ada jutaan hektar triticale ditanam di seluruh dunia (terutamanya di Poland, Jerman dan Belarus) diman ia kebanyakkanyya adalah bagu  terutamanya sebagai makanan ternakan dan juga produk makanan manusia seperti bijirin sarapan. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat beri maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology semuanya. Wasallam!!!,,,
NAMANYA TRITICALE... JARANG DENGARNYA....

KACUK GANDUM DAN RAI....TIADA DI MALAYSIA...
MAKANAN TERNAKAN... DAN JUGA MANUSIA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU TAHU FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrjaya,
Malaysia.
(28 RabiulAwal 1449H
).
Ya Allah...sembuhkan Abdul Halim...Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...