Support My Blog

Friday, November 13, 2026

SENGKUANG DAN FAKTA PENTING (PART 2)

SENGKUANG
(Pachyrhizus erosus) adalah sejenis umbisi di dapatkan dari pokok sengkuang yang tumbuh secara menjalar dimana ia menghasilkan ubi akar (atau rizom) yang boleh dimakan. Penulis blog mengenali tanaman sengkuang dan umbi sengkuang setelah membuat lawatan teknologi iaitu kebeberapa petani yang menanamnya secara komersil di Perak dan Johor semasa bertugas dahulu. DIlaporkan dimana nama lain bagi sengkuang termasuklah gelaran Bengkuang, Ubi sengkuang, Singkuang, Jicama (nama dalam bahasa Inggeris), Mexican turnip (lobak putih Mexico) atau Yam bean (kacang keladi). Bagi penulis blog suka panggilnya sebagai 'Sengkuang Cina' atau di kenali juga sebagai 'water chestnut' yang mempunyai bentuk dan tekstur berbeza juga. Kenal akan ciri-ciri dan kegunaan utama sengkuang dimana ia mempunyai jenis kulit luarnya berwarna kuning atau keperangan yang agak nipis, manakala isinya berwarna putih krim. Isinya ia berekstur rangup (crunchy) iaitu seperti isi buah pir mentah (pear) atau isi kentang (potato) iaitu ia mempunyai rasa yang sedikit manis serta berair.  Selalunya bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan hanya umbinya (akarnya) sahaja dimana ia memang selamat dimakan. Bahagian lain seperti daun, batang dan bijinya mengandungi toksin rotenon yang beracun dan tidak seesuai di makan. Sengkuang ini digunakan teruat untuk masakkan atau ia sesuai di makan mentah sahaja seperti dalam rojak atau di cicah dengan sos atau cicah asam (seperti dalam hidangan sengkuang calit). Ada juga yang suka menjadikan bahan dalam rojak, popiah, kerabu, kuah lodeh dan acar yang menambaj rasnya lebih enak.
Dimasak dalam hidangan tumisan, sup, atau dicampur ke dalam inti dumpling dan cucur. Sengkuang ada lah jenis umbisi yang kaya dan tinggi dengan kandungan air dan serat (termasuk inulin) serta ia rendah kalori dan kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan pencernaan dan tubuh badan. Di Malaysia dimana sengkuang ia banyak digunakan dalam pemakanan harian dan kesihatan kerana sifatnya yang rangup, rendah kalori, serta kaya dengan air dan nutrien. Memakan sengkuang ini didakwa membantu penurunan berat badan sebab ia sangat rendah kalori dan tinggi serat, membuatkan anda kenyang lebih lama. Ia juga akan melancarkan pencernaan dan ia kaya dengan serat prebiotik (inulin) yang menyuburkan bakteria baik dalam usus serta mengawal tekanan darah dan jantung sebab ia dilaporkan mengandungi kalium dan nitrat yang membantu melancarkan aliran darah. Makan sengkuang didakwa ia akan menstabilkan gula dalam darah walaupun isinya terasa manis akan tetapi kandungan inulinnya tidak menaikkan paras gula secara mendadak. Dalam dunia kecantikan kulit bahan ini ia sering dijadikan 'produk masker muka' atau bahan dalam bedak sejuk tradisional untuk menyegar, melembapkan serta mencerahkan kulit. Penulis blog dapati hanya bahagian ubi akarnya sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia, tanaman sengkuang banyak diusahakan di kawasan tanah mineral dan bekas lombong dengan tumpuan utama di tanam dalam negeri Perak, Johor dan Sabah walau pun ia boleh hidup dengan baik di kebanyakan tempat di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah kerana tidak cerewet tentang jenis tanah, asalkan kawasan tersebut mempunyai saliran yang baik dan tidak banjir. Walau bagaimanapun perlu memilih kawasan penanaman komersial tertumpu di negeri Perak dimana ia merupakan di antara pengeluar utama sengkuang di Malaysia dan tanaman ini banyak diusahakan oleh petani di kawasan tanah bekas lombong yang sangat sesuai untuk pertumbuhan ubi yang besar dan rangup. Penulis blog ada embuat lawatan di JOhor terutama di Jemaluang, Mersing, Johor dan di Tangkak, Johor yang ada menanam sengkuang secara komersil di Johor. Penulis blog merujuk laporan Keluasan Tanaman Makaan di Jabatan Pertanin Malaysia dimana jumlah keluasan bertanam sengkuang di Malaysia direkodkan sebanyak 608.3 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 22,993.1 tan metrik bagi tahun 2024. Penulis blog pernah buat kajian akan potensi hasil pengeluaran ubi sengkuang dalam Malaysia adalah sangat tinggi iaitu sekitar 25 - 35 tan per hektar pada tahun 2019 untuk pasaran domestik. Tempoh matang tanaman ini juga agak pendek iaitu sekitar 4 - 6 bulan sahaja untuk sedia dituai dimana menjadikannya antara tanaman kontan pilihan petani kerana memberikan pulangan modal yang cepat. Aspek harga sengkuang di Malaysia biasanya berkisar antara RM1.20 - RM7.00 sekilogram iaitu ia adalah  bergantung kepada tempat pembelian dan jenis pasaran. Dalam kajian di laporkan bagi harga peringkat Ladang dan harga pemborong adalah sekitar RM1.20 - RM2.00 sekilogram (kadang-kala turun ke RM0.60 - RM0.80 sekilo di pasar borong). Kajian harga sengkuang di pasaraya dan pasar biasa adalah sekitar RM5.00  - RM7.00 sekilogram. Artikel subuh yang sepi pada jam 2.30 pagi saya aman menulis dalam blog "Anim Agro Technology" banyak fakta menarik mengenai sengkuang untuk bahan rujukkan semua.


Menarik fakta dimana Ubi Sengkuang (Pachyrhizus erosus) merupakan tumbuhan kekacang (famili Fabaceae) yang tumbuh menjalar atau memanjat dengan batang herba, daun trifoliat (tiga helai anak daun), serta menghasilkan akar tunjang yang membesar menjadi umbi bulat berisi putih rangup. Kenal akan morfologi sengkuang terbahagi kepada bahagian bawah tanah (umbi) dan bahagian atas tanah (pokok). Bagi marfologi Umbi (Akar) ia berbentuk dan saiz dimana akar tunjangnya dilihat membengkak menjadi umbi berbentuk bulat leper seperti gasing atau memanjang. Saiz komersial lazimnya berdiameter antara 10 hingga 15 cm, namun boleh membesar lebih jauh jika dibiarkan lama. Kulit luar. Bahagian luar diliputi lapisan kulit nipis seakan-akan kertas yang berwarna coklat muda atau kuning keperangan. Terdapat juga akar-akar serabut halus yang tumbuh pada bahagian pangkal dan hujung umbi. melihat pada isi dalam yang dilihat ia berwarna putih krim, padat, berair (juicy) dan mempunyai tekstur rangup menyerupai epal atau ubi kentang mentah dengan rasa manis berkanji. Morfologi Pokoknya adalah berada dibahagian Atas Tanah dengan tabiat tau cara pertumbuhan dan batang. Pokok ini bersifat renek menjalar di atas permukaan tanah atau melilit jika diberi pancang sokongan. Batangnya lembut (herba), berbulu halus, dan boleh memanjang sehingga 4 - 5 meter. Marfologi Daun iaitu ia dari jenis majmuk trifoliat (mempunyai tiga helai anak daun dalam satu tangkai) dan berwarna hijau tua dengan ada jenis permukaan daun agak berbulu dengan bentuk bujur lebar atau sedikit berlekuk. Menarik sebab Bahagian Bunganya tumbuh secara berjambak (tandan) pada ketiak daun, menyerupai bentuk bunga kacang dengan warna biru keunguan atau putih. Jarang di Malaysia dapat melihat Marfologi Buah Sengkuang dimana ia adalah 'Jenis Buah Lenggai (pod) dan berbiji. Ia terjadi selepas proses persenyawaan dimana kemudian pokok sengkuang akan menghasilkan buah jenis lenggai (pod) pipih yang menyerupai kacang buncis atau kacang serinding. Setiap lenggai mengandungi 4 hingga 10 biji benih berbentuk hampir segi empat leper berwarna perang, kuning atau kemerahan. Perlu di khabarkan akan nota keselamatan bagi tanaman sengkuang sebab hanya bahagian umbi sahaja yang selamat dimakan sedangkan pada bahagian pokok yang lain seperti daun, batang, lenggai dan terutamanya biji benih dilaporkan ia mengandungi toksin semula jadi (rotenon) yang beracun kepada manusia dan haiwan. Ada terdapat juga pokok balak hutan bernama Pokok Sengkuang atau Dracontomelon dao di beberapa negara akan tetapi ia merupakan spesies pokok hutan atau jenis pokok kayu besar atau pokok balak yang berbeza sama sekali daripada ubi sengkuang.

 
Kerja menanam dan menjaga pokok sengkuang ia tidak sukar jika mengikut langkah yang betul dimana dalam banyak tinjauan penulis blog di Malaysia dimana tanaman sengkuang ditanam melalui biji benih dan bukan daripada isi sengkuang atau keratan batang (Sila lihat foto disebelah). Antara cara menanam pokok sengkuang dimulakan dengan aktiviti penyediaan benih iaitu memilih biji benih sengkuang yang sihat dan biji ini direndam biji benih di dalam air biasa selama semalaman sebelum disemai untuk mempercepatkan percambahan. Kemudian disediakan kerja-kerja tanah dan membuat batas tanaman dengan menggali dan gemburkan tanah, kemudian gaulkan bersama baja kompos atau bahan organik. Disyorkan jika menanam di atas tanah perlu disediakan batas dengan lebar kira-kira 60 - 90 cm, ketinggian 30 - 40 cm dan jarak 1 meter di antara batas. Kemudian jika menanam di dalam pasu atau polybag (saiz sekurang-kurangnya 10x10 cm atau lebih besar), pastikan lubang saliran air baik. Menanam dengan benih biji terus ke dalam tanah (lebih kurang kedalaman iaitu separuh tenggelam dengan bahagian tunas menghala ke atas). Penjagaan dengan kerja penyiraman secara konsisten, terutamanya pada peringkat awal pertumbuhan supaya tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung. Sebaiknya jangan membaja terlalu banyak pada peringkat awal selepas tanam dan gunakan baja organik atau kompos secara sederhana.  Pengurusan Bunga dan Tunas sengkuang adalah penting dimana kalangan pekebun merekan akan memotong dengan pisau atau gunting sebahagian tunas atau bunga awal supaya tenaga pokok tumpu kepada pembentukan ubi yang besar di dalam tanah. Tanaman sengkuang boleh dituai apabila bahagian daun dan pokok mula menunjukkan tanda-tanda kekuningan diman apekebun akan menggali atau cabut ubi dengan sangat berhati-hati supaya kulit ubi tidak koyak atau rosak. Kulit ubi sengkuang yang rosak ia akan menyebabkan sengkuang tidak tahan lama dan mutunya menurun. Cara menuai tanaman sengkuang melibatkan beberapa langkah mudah dan tanda-tanda kematangan yang perlu diperhatikan seperti tempoh kematangan sengkuang biasanya boleh mula dituai selepas 4 bulan ditanam dari biji benih (bergantung kepada varieti dan kesuburan tanah). Apa pun antara tanda-tanda ia sedia dituai yang penulis blog tahu dimana warna biji benih dari pokok sengkuang akan mengeluarkan buah yang berbentuk kekacang di atas sulurnya. Apabila biji benih ini bertukar warna menjadi coklat maka ia adalah petanda utama bahawa ubi di dalam tanah sudah matang dan boleh digali. Ada petua dimana jangan makan biji benih atau kekacang sengkuang kerana ia mengandungi racun yang boleh menyebabkan loya, muntah, atau sakit perut). Cara Menuai Yang Terbaik Sengkuang dengan memotong atau bersihkan bahagian atas pokok dulu atau memangkas sebahagian daun dan sulur pokok untuk memudahkan kerja-kerja menggali atau mengeluarkan ubi. Kemudian digali dengan berhati-hati iaitu dengan menggunakan serampang tangan atau cangkul kecil untuk mengorek tanah di sekeliling pangkal pokok. Angkat ubi sengkuang keluar dari tanah (atau keluarkan umbi ini daripada pasu atau polybag jika ditanam di dalam bekas) dengan agak perlahan supaya isinya tidak rosak atau lebam. Kemudian di bersihkan tanah dengan membasuh atau lap sisa tanah yang melekat pada kulit ubi sengkuang.


Hasil tuaian sengkuang boleh disimpan sehingga 1 - 2 bulan dengan kaedah iaitu mengekalkan suhu dan kelembapan yang sesuai.  Apa pun antara peraturan untuk Menyimpan Sengkuang dipastikan tampat penyimpanan ini ada suhu sesuai antara 12 -16 °C (atau sekitar 13 °C - 15 °C). Jangan simpan dalam peti sejuk (suhu di bawah 12.5 °C hingga 15 °C) kerana suhu yang terlalu sejuk akan merosakkan ubi yang boleh kemudian ia menyebabkannya mudah rosak atau lembik. Pastiman untuk menyimpan sengkuang segar dalam 'Keadaan Kering' iaitu di letak di tempat yang kering, mempunyai pengudaraan baik, dan tidak terdedah kepada kelembapan berlebihan. Periksa dan lakukan denga berhati-hati mengendalikan ubi ini sebab perlu mengelakkan Kulit Koyak dari masa menuai atau masa mengendali dengan mempastikan kulit sengkuang tidak tercalar atau koyak kerana kulit yang rosak akan ia kemudian mempercepatkan proses reput. Dalam Kaedah Tradisional dimana pekebun boleh juga menyimpan sengkuang dengan cara menggunakan pasir atau tanah kering (seperti kaedah lama menyimpan ubi) untuk mengekalkan kesegaran lebih lama tanpa menggunakan elektrik.  Penting faham fakta cara Pemasaran Sengkuang dari jualan di ladang sehingga kepada pemborog dan peruncitan. Cara menjual kepada pemborong di pasar borong, pasar tani atau peraih dengan harga ladang sekitar RM0.60 - RM2.00 sekilo bergantung pada gred dan bekalan semasa sementara di Malaysia selalunya jualan di pasaraya dengan membekal terus kepada pasar raya dengan melakukan penjenamaan sendiri dan pakej pembungkusan (packaging) yang menarik boleh menaikkan nilai jualan sehingga RM3.50 sekilo.  Perlu juga aktiviti mempromosikan produk secara atas talian (seperti TikTok, Shopee, atau Facebook) dengan menjual hasil segar, kerepek sengkuang, atau resepi seperti salad sengkuang bagi menarik pembeli terus kepada pengguna. Di Malaysia cara penggredan bagi sengkuang segar ditetapkan oleh FAMA di bawah piawaian FS057:2011 (Spesifikasi Standard Sengkuang). Pengelasan ini dibuat berdasarkan tahap kematangan, keadaan fizikal (kecacatan dan kerosakan), serta saiz berat. Sebelum proses penggredan semua sengkuang mesti memenuhi syarat asas pertaa ada tahap kematangan sesuai dengan mencapai indeks kematangan pasaran (Indeks 2 atau 3) iaitu berbentuk bebawang dengan isi putih yang berjus. Sengkuang Indeks 1 (bujur dan belum matang) tidak digalakkan untuk pasaran.  Perapian sempurna. Bahagian batang dan akar telah dipotong dengan meninggalkan baki tidak melebihi 6 cm. Ia mesti bsegar dan bersih dimana dibahagian tampuk masih utuh tanpa rekahan serta bebas daripada tanah atau benda asing. Selamat dimakan. Bebas daripada penyakit seperti busuk, reput, atau berkulat. Sengkuang dibahagikan kepada tiga gred utama mengikut tahap keseragaman dan peratusan iaitu Jenis Gred Premium iaitu dari varieti sama, segar, bersih, saiz dan kematangan seragam, serta bebas daripada kecacatan atau kerosakan. Kadar kerosakan kurang 3% dan tiada kecacatan. Bagi Gred 1 Varieti sama, segar, bersih, seragam serta agak bebas daripada kecacatan dan bagi Gred 2 ia dari varieti sama, segar, bersih, serta masih sesuai dipasarkan dengan sedikit kelonggaran rupa luaran. Ia boleh di gredkan ikut saiz iairu Saiz Besar yang melebihi 750 g sebiji, bagi Gres Sedang (Berat 501 g - 750 g) dan bagi Gred Kecil beratnya 400 - 500 g. Ia mesti di bungkus dengan seragam dimana hanya sengkuang daripada varieti, gred, dan saiz yang sama boleh dicampurkan dalam satu bekas dengan berat bersih tidak melebihi 30 kg. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan agar di baca kesemuanya. Semuga usaha penulisan saya yang ke 9,936 ini memberikan ilmu yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NAMANYA SEGKUANG...ADA DI MALAYSIA...
DITANAM 4 BULAN... DI TUAI IKUT USIANYA...
BANYAK KHASIAT...DIMANAN BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL INI...ILMU DI TERIMA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1448H).
Ya Allah... Sembuhkan Abdul Halim... Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...