Support My Blog

Friday, November 20, 2026

KOPI DAN FAKTA PENTING (PART 6)

KOPI (Coffee) adalah sejenis minuman popular yang mana ia dihasilkan daripada biji buah kopi (coffee berries) dari pokok Kopi ( Coffea spp) yang dipanggang dan dikisar sevagau serbuk untuk di jadikan minuman hebat. Bagi peulis blog yang sudah menuis lebih 50 artikel mengenai kopi memahami banyak fakta menarik bagaimana industri kopi global terus berkembang diseluruh dunia. Sebanarnya ada tiga jenis utama pokok kopi (genus Coffea) yang banyak ditanam dan ianya juga didagangkan di seluruh dunia. Pertama ada Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) dimana ia berasal dari Afrika Timur (Ethiopia) dinmana jenis ini ia menyumbang kira-kira 70% daripada pengeluaran kopi dunia. Kedua ada Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora atau Coffea robusta) juga ia berasal dari Afrika tengah dan barat, menyumbang kira-kira 28% pasaran dunia. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) dimana ia hanya menyumbang sebahagian kecil (kira-kira 2%) pengeluaran kopi global akan tetapi jenis ini ia sangat mendominasi industri tempatan di Malaysia (terutamanya di Johor, Selangor dan Sarawak). Dari egi sejarah dimana tanaman kopi ini ia dipercayai berasal dari Ethiopia apabila seorang pengembala kambing bernama Kaldi menyedari kambingnya menjadi sangat bertenaga selepas makan buah beri merah dari pokok kopi. Menarik sebab ada banyak nama lain bagi kopi antaranya  Kahwa atau Kawa sebagai nama asal atau variasi bahasa lama (seperti dalam bahasa Arab/Melayu klasik). Nama lain adalah Koffie (Belanda), CafĂ© (Perancis), Caffè (Itali) dan Coffee (Inggeris) dimana ia lahir daripada perkataan bahasa Arab. Faktanya dimana Minuman Kopi adalah merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas minuman air kosong. Minuman kopi lazimnya ia akan memberikan kesan cepat daripada bahan 'kafein' dalam kopi boleh mula dirasai oleh badan manusia dalam masa kira-kira 10 minit selepas meminumnya. Minuman ini ada banyak jenis daripada yang murah (kopi biasa) kepada jenis minuman kopi premium dimana dilaporkan jenis kopi paling mahal di dunia ialah Jenis Black Ivory Coffee (diperbuat daripada najis gajah) dan Jenis Kopi Luwak yang di hasilkan melalui sistem pencernaan musang (civet). Dilaporkan dimana negara yang menjadi pengeluar kopi terbesar adalah Brazil dimana ia sudah merangkumi kira-kira sepertiga daripada bekalan global. Agak unik sebab di Malaysia penanaman kopi sudah di perkenalkan ratusan tahun dulu dengan kebanyakan jenis kopo Liberica di tanam yang ada ciri keunikan tersendiri untuk pasaran domestik dan sedikit di eksport. Malaysia mangimport jutaan kilogram kopi setahun untuk industri kopi yang semain mendapat ramai kalangan penduduk Malaysia. Di laporkan dimana dengan meminum atau dengan pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer dan masalalah jantung dimana disarankan pengambilan kafein yang berhemah agar tidak mendatangkan kesan sampingan seperti gelisah atau tekanan darah tinggI. Menarik sebab industri kopi ia akan melibatkan keseluruhan rangkaian aktiviti ekonomi yang terlibat dalam penanaman, penuaian (aspek pengeluaran), pemprosesan, pengedaran dan penjualan kopi daripada peringkat ladang sehingga ke cawan pengguna. Industri ini terbahagi kepada beberapa segmen utama di sepanjang rantaian bekalannya. Penulis blog kongsikan fakta harga kopi di Malaysia dimana ia berbeza mengikut jenis biji kopi, bentuk jualan (mentah atau panggang) dan tempat pembelian. Pertama adalah bagi harga Biji Kopi atau harga serbuk kopi iaitu bagi Jenis Kopi Tempatan (Liberica dan lain-lain) dijual pada harga RM25 - RM30 sekilogram. Bagi Jenis Biji Kopi Arabica Komersial di jual pada harga RM60 - RM90/kg dan bagi Jenis Biji Kopi Arabika Premium atau Blend dijual pada harga  RM80 - RM120 sekilogram sementara harga bagi Biji Kopi Specialty adalah sekitar RM100 - RM150 keatas/kg. Dalam pada itu harga Secawan Kopi dijual di Kedai Kopitiam Tradisional (Kopi-O) sekitar RM2 - RM3 secawan, DI kedai Runcit sekitar RM3 - RM7 satu tin/botol dan bagi jenama popular seperti Starbucks, ZUS Coffee) bagi jenis minuman asas (Americano) berharga RM7 - RM12 satu cup. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam Blog "Anim Agro Technology" saya kupan panjang lebar tentang kopi, industri dan fakta penting sebagai bahan rujukkan semua.


Kafein (Caffien) adalah sejenis bahan perangsang (stimulan) semula jadi yang terdapat di dalam biji kopi, daun teh, buah koko dan beberapa tumbuhan lain. Ramai yang tahu akan istilah ini dimana sebenarnya apa yang kafein lakukan kepada tubuh manusia menjadi perdebatan pula. Kafirn didakwa paling di percayai ia akan 'Mengurangkan rasa mengantuk' dimana bahan ini akan bertindak dengan menyekat reseptor adenosina (bahan kimia dalam otak yang membuatkan anda rasa letih dan mengantuk). Bahan ini juga dilaporkan yang ia akan 'Meningkatkan tenaga dan fokus' apabila ia akan bantu merangsang sistem saraf pusat dan membantu membuatkan anda lebih segar, cergas serta mereka ambil kafien ini maka selalunnya dia semakin peka. Menarik apakah dia kandungan dalam secawan kopi dimana kebiasaannya mengandungi sekitar 65 - 120 mg kafein bergantung pada jenis biji kopi (seperti Arabica atau Robusta) dan cara ia dibancuh. Kafein dalam kopi ialah sejenis bahan perangsang semulajadi daripada kumpulan alkaloid purin yang bertindak kepada sistem saraf pusat. Ciri-ciri utama kafein yang terdapat dalam kopi dimana ia bersifat Kimia dan Sumber dan ia merupakan sebatian pahit yang wujud secara semula jadi dalam biji kopi, daun teh, dan biji koko serta berkait dengan sebatian lain seperti teobromina dan teofilina. [Kandungan kafien adalah berbeza-beza mengikut Jenis Biji Kopi dan bagi jenis biji kopi jenis Robusta mempunyai kandungan kafein yang hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kopi jenis Arabica. Ia juga akan mempengaruhi semasa Cara Pemanggangan (Roasting) dimana lazimnya jenis biji kopi yang dipanggang lebih gelap (dark-roast) biasanya mempunyai kandungan kafein yang sedikit lebih rendah kerana proses haba mengurangkan kandungannya. Kafein mula masuk ke dalam saluran darah selepas kira-kira 45 minit diambil dan kesannya boleh selalu ia bertahan antara 4 hingga 6 jam. Paling ramai tahu mungkin kafien ini akan bertindak sebagai Perangsang (Stimulant) iaitu dengan bertindak secara menghalang reseptor adenosina dalam otak (adenosina membuatkan anda berasa mengantuk), sekali gus membantu meningkatkan kecerdasan, fokus serta mengurangkan rasa letih. Ia juga akan merangsang hormon dengan cara meningkatkan pengeluaran hormon adrenalina serta meningkatkan sedikit paras kortisol (hormon tekanan). Kafien ini ia bersifat 'Diuretik' sebab ia boleh bertindak sebagai agen diuretik yang menyebabkan sesetengah individu lebih kerap membuang air kecil. Berlainan orang akan ada tindak Balas Individu yang Berbeza dimana kesannya berbeza bagi setiap orang bergantung kepada faktor genetik (seperti enzim CYP1A2) dimana ada orang yang menjadi cergas, manakala ada yang mengalami jantung berdebar, gelisah, atau sukar tidur (insomnia). [Di laporkan sudah ada garispanduan untuk kesihatan menyarankan pengambilan kafein harian bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 400 mg sehari, manakala ibu hamil dihadkan sekitar 200 mg sehari).  


Berlaian pula dengan Jenis Kafein dalam Daun Teh iaitu ia sejenis bahan perangsang semula jadi yang terdapat 
di dalam daun pokok teh (Camellia sinensis). Ciri-Ciri Kafein dalam Teh iaitu kandungannya adalah ia lebih rendah daripada kopi dimana secara purata, secawan teh mengandungi antara 20 - 70 mg kafein yang mana ia bergantung kepada jenis manakala kopi mengandungi kira-kira 80 - 140 mg scawan. Kaian menyatakan dimana ada kehadiran zat L-Theanine iaitu sejenis asid amino unik bernama L-theanine (10 - 30 mg setiap cawan) yang bertindak menyeimbangkan kesan kafein. Ini memberikan kesan tenaga yang lebih tenang dan berpanjangan tanpa menyebabkan rasa cemas (jitters) atau rasa mengantuk mengejut (crash). Ia juga amat dipengaruhi oleh Jenis Daun Teh dan Cara Memproses Daun dimana selalunya jenis Teh Hitam (Black tea) ia akan mengandungi lebih banyak kafein (47- 90 mg) berbanding jenis daun teh hijau (20 - 45 mg) dan jenis teh putih (6 -60 mg) kerana proses pengoksidaannya yang lebih tinggi. Apa pun penuli sblog yang berkunjung beberapa 'Tea Shop For Torist' di Beijing, China mendapati dimana kualiti ini ia bergantung pada Cara Rendaman dimana air yang lebih panas dan tempoh rendaman yang lebih lama akan menarik keluar lebih banyak kafein daripada daun teh. DIlaporkan daun teh yang lebih muda dan kecil di bahagian atas pucuk mengandungi konsentrasi kafein yang lebih tinggi. Kafin daun teh ini ia akan bertindak sebagai Perangsang Sistem Saraf dengan cara merangsang sistem saraf pusat pada dos sederhana untuk mengurangkan rasa letih, meningkatkan tumpuan serta dapat mempercepatkan tindak balas mental. Dalam pada itu ada  Kafein Dalam Biji Koko (Theobroma cacao) yang hadir dalam kepekatan yang jauh lebih rendah berbanding biji kopi, iaitu sekitar 0.1 - 0.7% sahaja. Ia wujud secara semula jadi bersama sebatian perangsang lain yang dipanggil teobromina, memberikan kesan tenaga yang lebih lembut kepada tubuh.  Ciri-ciri Kafein dalam Biji Koko dimana sebiji koko kering ia mengandungi kafein sangat rendah iaitu separuh atau kurang daripada kandungan dalam biji kopi kering (sekitar 1.2%). Satu sudu makan serbuk koko pula hanya mempunyai sekitar 12.4 miligram kafein dimana ujud gabungan dengan teobromina. iaitu sebatian alkaloid dalam kumpulan metilksantina yang sama. Teobromina memberikan kesan rangsangan yang lebih perlahan dan berpanjangan tanpa menyebabkan degupan jantung terlalu laju. Berpunca dari paras kafein koko yang sedikit maka pengambilan minuman dan produk koko memberi kesan rangsangan ringan pada sistem saraf dan aktiviti otak berbanding kopi. Sifat diuretiknya juga beri kesan kepada isu kekerapan membuang air kecil yang  ia juga jauh lebih rendah. DIlaporkan diman jenis kafein koko ialah terdiri alkaloid jenis trimetilksantina yang menyumbang sedikit kepada rasa pahit semula jadi pada biji koko mentah dan coklat gelap. Tahap kafein dalam produk koko bergantung pada ketulenan pepejal koko yang digunakan. Coklat gelap (dark chocolate) dilapor ia mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding coklat susu atau minuman koko biasa.


Antara fakta penting dimana Ada Had Pengambilan Harian Kfien Kopi dimana pertama Kalangan Orang Dewasa dilaporkan hasil kajian dan syor dimana 'Had Selamat' bagi pengambilan harian ialah tidak melebihi 400 mg sehari (lebih kurang 4 cawan kopi). Bagaimana pun ada isu kepada kalangan Ibu hamil yang disarankan untuk menghadkan pengambilan kopi hanya kepada maksimum 200 mg sehari (kira-kira 1–2 cawan kopi sahaja). Ini berpunca dari pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan seperti jantung berdebar, sukar tidur (insomnia), sakit kepala atau kegelisahan yang membuatkan kurang selesa. Meminum kopi  sebaiknya ia secara sederhana terutama kopi hitam tanpa gula iaitu dengan memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan fizikal dan mental. Penulis blog kongsikan fakta khasiat dari kopi pertama ia mampu Meningkatkan tenaga dan fokus dimana bahan kafein merangsang sistem saraf pusat, mengurangkan rasa letih serta meningkatkan daya tumpuan dan memberikan tahap kewaspadaan. Kopi yang kaya dengan antioksidan dan ia mengandungi sebatian aktif yang membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan keradangan dalam badan. Ia juga akan Membantu mengawal berat badan sbeab bahan  Kafein dapat mempercepatkan kadar metabolisme serta proses pembakaran lemak. Banyak dakwaan dimana kopi juga ia akan Menyokong kesihatan otak seperti dengan cara minum atau pengambilan secara berkala dikaitkan dengan pengurangan risiko penurunan fungsi kognitif, penyakit Alzheimer, demensia, dan Parkinson. Ada juga khasiat iaitu ia akan Mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dengan cara membantu mengekalkan sensitiviti insulin yang lebih baik jika dinikmati tanpa gula berlebihan. Akhir sekali khasiatnya ia Melindungi organ hati iaitu membantu menurunkan risiko penyakit hati berlemak, sirosis, dan kanser hati. Penulis blog kongsikan petua mengambil kopi yang sihat iaitu dengan hadkan kuantiti atau mengambil dalam kadar sederhana iaitu sekitar 1 - 3 atau maksimum 4 cawan sehari (tidak melebihi 400 mg kafein). Amalkan mengurangkan gula dan krimer (susu) sebab khasiat terbaik diperoleh melalui kopi-O kosong tanpa campuran gula, susu pekat, atau krimer yang tinggi kalori. Sebaiknya minum kopi mengelakkan terlalu lewat pada waktu petang atau malam supaya tidak mengganggu kualiti tidur.  


Penulis blog paparkan akan risiko dan ancaman mengambil kopi sebagai bahan rujukkan. Meminum kopi secara berlebihan atau tidak mengikut had yang disarankan boleh menyebabkan kes-kes gangguan tidur, jantung berdebar, keresahan dan masalah penghadaman. Bagi orang dewasa yang sihat, had selamat pengambilan kafein adalah sekitar 400 mg sehari (bersamaan kira-kira 4 cawan kopi biasa). Antara beberapa isu dan masalah kesihatan sebab Kafein berlebihan pertama ia akan Ujudkan Gangguan sistem saraf dan emosi sebabnya bila ada kafein yang tinggi merangsang sistem saraf secara berlebihan sehingga mencetuskan rasa cemas, gelisah, tangan menggeletar (tremor) dan kes migrain. Kedua akan ada isu Masalah tidur (Insomnia) bila meminum kopi terutama pada waktu petang atau malam boleh menyukarkan anda untuk tidur lena dan menjejaskan kualiti rehat. Ketiga adalah isu Kes Jantung berdebar dan tekanan darah tinggi dimana zat kafein boleh menyempitkan saluran darah dan menaikkan hormon adrenalin, yang menyebabkan degupan jantung menjadi laju serta meningkatkan risiko hipertensi. Keempat juga ada Isu Masalah pencernaan dan gastrik dimana kopi boleh merangsang penghasilan asid perut dan melemahkan injap esofagus, sekali gus memburukkan gejala pedih ulu hati (GERD), sakit perut, atau cirit-birit. Kelima ada Isu Ketagihan kafein (Caffeine withdrawal) dimana badan yang sudah terbiasa dengan kopi harian akan mengalami simptom seperti sakit kepala teruk, cepat marah, loya, dan kelesuan melampau jika anda cuba berhenti secara mengejut. Ancaman lain termasuk berlaku Risiko obesiti dan diabetes daripada gula. dimana ancaman sebenar kopi moden atau kopi 3-dalam-1 sering berpunca daripada kandungan gula, krimer, dan susu pekat yang tinggi. Kedua ada ancaman Jenis Kopi Campuran (Ubat Kuat dan Herba) sebab kopi pracampuran tertentu yang mendakwa memberi 'tenaga luar biasa' kerana dikhuatiri dicampur bahan terlarang yang merosakkan buah pinggang dan jantung. ANcaman lain termasuk ada Gangguan Dalam Penyerapan Nutrisi dan Tulang dimana kafein berlebihan boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan dan meningkatkan pembuangan kalsium melalui air kencing, yang berisiko melemahkan tulang dalam jangka masa panjang. Di ulang akan Risiko kepada ibu mengandung dimana isu pengambilan kafein melebihi 200 mg sehari bagi wanita hamil boleh mengganggu tumbesaran janin dan meningkatkan risiko keguguran. 
Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KOPI...MINUMAN KEDUA DI DUNIA...
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...