KOPI (Coffee) adalah sejenis minuman popular yang mana ia dihasilkan daripada biji buah kopi (coffee berries) dari Pokok Kopi (Coffea spp) yang dipanggang dan dikisar sebagai serbuk untuk di jadikan minuman hebat. Bagi peulis blog yang sudah menuis lebih 50 artikel mengenai kopi memahami ada banyak fakta menarik bagaimana industri kopi global terus berkembang diseluruh dunia. Sebenarnya ada tiga jenis utama pokok kopi (genus Coffea) yang banyak ditanam dan ianya juga didagangkan di seluruh dunia. Pertama ada Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) dimana ia berasal dari Afrika Timur (Ethiopia) dimana jenis ini ia menyumbang kira-kira 70% daripada pengeluaran kopi dunia. Kedua ada Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora atau Coffea robusta) juga ia berasal dari Afrika tengah dan barat yang menyumbang kira-kira 28% pasaran dunia. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) dimana ia hanya menyumbang sebahagian kecil (kira-kira 2%) pengeluaran kopi global akan tetapi jenis ini ia sangat mendominasi industri tempatan di Malaysia (terutamanya di Johor, Selangor dan Sarawak). Dari segi sejarah dimana tanaman kopi ini ia dipercayai berasal dari Ethiopia apabila seorang pengembala kambing bernama Kaldi menyedari kambingnya menjadi sangat bertenaga selepas makan buah beri merah dari pokok kopi. Menarik sebab ada banyak nama lain bagi kopi antaranya 'Kahwa' atau 'Kawa' sebagai nama asal atau variasi bahasa lama (seperti dalam bahasa Arab atau Melayu klasik). Nama lain adalah Koffie (Belanda), Café (Perancis), Caffè (Itali) dan Coffee (Inggeris) dimana ia lahir daripada perkataan bahasa Arab. Faktanya dimana Minuman Kopi adalah merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas minuman air kosong (plain water). Minuman kopi lazimnya ia akan memberikan kesan cepat daripada bahan 'kafein' dalam kopi boleh mula dirasai oleh badan manusia dalam masa kira-kira 10 minit selepas meminumnya. Minuman ini ada banyak jenis daripada yang murah (kopi biasa) kepada jenis minuman kopi premium dimana dilaporkan jenis kopi paling mahal di dunia ialah Jenis Black Ivory Coffee (diperbuat daripada najis gajah) dan Jenis Kopi Luwak yang di hasilkan melalui sistem pencernaan bagi haiwan musang (civet). Dilaporkan dimana antara negara yang menjadi pengeluar kopi terbesar adalah Brazil dimana ia juga sudah merangkumi kira-kira sepertiga daripada bekalan global. Agak unik sebab di Malaysia penanaman kopi sudah di perkenalkan ratusan tahun dulu dengan kebanyakan jenis kopi Liberica di tanam yang ada ciri keunikan tersendiri untuk dapat pasaran domestik dan sedikit di eksport. Malaysia mangimport jutaan kilogram kopi setahun untuk industri kopi yang semain mendapat ramai kalangan penduduk Malaysia. Di laporkan dimana dengan meminum atau dengan pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer dan masalalah jantung dimana disarankan pengambilan kafein yang berhemah agar tidak mendatangkan kesan sampingan seperti gelisah atau tekanan darah tinggI. Menarik sebab industri kopi ia akan melibatkan keseluruhan rangkaian aktiviti ekonomi yang terlibat dalam penanaman, penuaian (aspek pengeluaran), pemprosesan, pengedaran dan penjualan kopi daripada peringkat ladang sehingga ke cawan pengguna. Industri ini terbahagi kepada beberapa segmen utama di sepanjang rantaian bekalannya. Penulis blog kongsikan fakta harga kopi di Malaysia dimana ia berbeza mengikut jenis biji kopi, bentuk jualan (mentah atau panggang) dan tempat pembelian. Pertama adalah bagi harga Biji Kopi atau harga serbuk kopi iaitu bagi Jenis Kopi Tempatan (Liberica dan lain-lain) dijual pada harga RM25 - RM30 sekilogram. Bagi Jenis Biji Kopi Arabica Komersial di jual pada harga RM60 - RM90/kg dan bagi Jenis Biji Kopi Arabika Premium atau Blend dijual pada harga RM80 - RM120 sekilogram sementara harga bagi Biji Kopi Specialty adalah sekitar RM100 - RM150 keatas/kg. Dalam pada itu harga Secawan Kopi dijual di Kedai Kopitiam Tradisional (Kopi-O) sekitar RM2 - RM3 secawan, DI kedai Runcit sekitar RM3 - RM7 satu tin/botol dan bagi jenama popular seperti Starbucks, ZUS Coffee) bagi jenis minuman asas (Americano) berharga RM7 - RM12 satu cup. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam Blog "Anim Agro Technology" saya kupan panjang lebar tentang kopi, industri dan fakta penting sebagai bahan rujukkan semua.
Di Malaysia mudah melihat jenama Kopi Aik Cheong satu lagi jenama klasik tradisional dengan aroma kopi yang kuat. Kopi Aik Cheong ialah jenama kopi dan minuman terkenal dari Malaysia yang diasaskan di Melaka pada tahun 1955 oleh Madam Low Kwai Heong. Sejarahnya ia bermula dari Melaka sebelum masa kemerdekaan dan kini mempunyai kilang besar di Cheng, Melaka. DIpasaran antara produk popular adalah seperti Produk Kopi tradisional (Kopi-O), Kopi Putih (White Coffee - sila lihat foto disebelah), Kopi Hainan, Kopi campuran 3-dalam-1 (3-in-1 CoffeeMix) dan Teh Tarik dan Coklat Panas. Kopi ini di eadr dan dan dijual di seluruh Malaysia serta dieksport ke lebih 50 negara antarabangsa. Seterunya ada jenama Kopi Ah Huat yang dikenali dengan rasa nostalgia kopitiam lama dan kopi putih yang ringan. Kopi Ah Huat (atau Ah Huat White Coffee) ialah jenama minuman kopi segera yang sangat terkenal di Malaysia, milik syarikat Power Root Berhad. Asal-usul ia dibangunkan dengan karakter maskot 'Uncle Ah Huat' yang melambangkan seorang pengusaha kedai kopi tradisional Cina di Malaysia sejak tahun 1952. Jenia Kopi Putih (White Coffee) Ah Huat ia terkenal dengan produk kopi putih yang dipanggang pada suhu lebih rendah bagi mengurangkan rasa pahit dan keasaman, mengekalkan rasa yang kaya, berkrim, dan lembut. Ia juga ada menawarkan pelbagai jenis pilihan seperti Ah Huat White Coffee (Extra Rich atau Lebih Kaw), Charcoal Roast, Hazelnut dan pelbagai lagi. Ia menggunakan biji kopi berkualiti tinggi dengan teknologi moden seperti freeze dried dan microground untuk dapat ia mengekalkan aroma asli. Seterunya ada Jenama Kluang Rail Coffee atau 'Kopi old-school' dari kopitiam legenda dari Kluang, Johor. Kluang RailCoffee ialah sebuah kedai kopi (kopitiam) tradisional yang sangat ikonik dan merupakan kopitiam stesen kereta api tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Lim Luan Hee di sebelah Stesen Keretapi Kluang, Johor. Ia telah dikendalikan oleh keluarga yang sama selama empat generasi. Ia terkenal dengan bancuhan kopi tradisional Hainan atau Nanyang yang pekat, roti bakar arang dengan sapuan kaya dan mentega, serta roti bun sambal. Ia juga mampu mengekalkan binaan asal zaman British dengan konsep kopitiam rakyat yang menyatukan pelbagai kaum dan mempunyai sijil halal rasmi daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor sejak tahun 200. Seterusnya ada Jenama Kopi Cap Keretapi sebagai satu lagi pilihan tradisional bagi penggemar rasa kopi-O yang pahit dan pekat. Kopi Cap Keretapi (atau Train Brand Coffee) ialah jenama kopi tradisional Malaysia yang terkenal, berasal dari Pulau Pinang dan dikeluarkan oleh Lenhon Kilang Kopi Sdn. Bhd. di Butterworth. Ia ditubuhkan pada tahun 1950 oleh pengasasnya (Tan Cheng Sun, Goh Loon Lian, dan Goh Leong Sik), jenama ini telah berada di pasaran Malaysia selama lebih 60 tahun. Terkenal dengan kopi cara tradisi seperti Kopi-O (ada yang bergula, less sugar atau kosong atau tanpa gula), Kopi 2-dalam-1 (2in1), dan Kopi Putih Penang dan produk ini mempunyai pengesahan Halal dan sijil keselamatan makanan yang diiktiraf. Kilang ini menggunakan teknik panggang biji kopi tradisional cara lama bersama mentega dan gula (atau kosong) yang menghasilkan aroma klasik kopi kopitiam Malaysia.
Seterusnya penulis blog lebih lima (%) kali membuat tinjauan ke kilang Jenama Kopi Yit Foh Tenom iaitu satu ikon kopi dari Sabah yang terkenal dengan rasa earthy dan strong. Kopi Yit Foh Tenom ialah jenama dan kilang pengeluar kopi paling lama serta tertua di negeri Sabah, Malaysia yang diasaskan pada tahun 1960 oleh Encik Yong Loong Vun di Kampung Chinta Mata, Tenom. Ciri-ciri Kopi Yit Foh Tenom ia lakukan cara Pemprosesan Tradisional dimana biji kopi dipanggang menggunakan kaedah tradisional (kayu api) yang mengekalkan aroma dan rasa asli kopi. Ia gunakan jenis Biji Kopi Robusta berkualiti tinggi dari petani-petani di Sabah yang segar. Ia juga menawarkan pelbagai jenis produk seperti Kopi 'O' (hitam), Kopi 'O' 2-dalam-1, Kopi Putih (White Coffee), Kopi Musang King, serta siri drip coffee dan cafe latte. Apa pun selain kilang pembuatan, mereka juga menubuhkan tarikan pelancongan Yit Foh Coffee Park yang mempunyai kafe dan tempat penginapan (Coffee Park Cottage) di Tenom. Seterusnya ada Jenama Kopi Oriental Kopi yang terkenal dengan kualiti kopi putih dan produk kopitiam moden. Oriental Kopi ialah sebuah rangkaian kopitiam moden yang terkenal di Malaysia dan ia mula beroperasi pada tahun 2020 dengan cawangan pertamanya di Johor Jaya, Johor diana ia diasaskan oleh Datuk Calvin Chan bersama rakan kongsinya. Konsep:nya ia menggabungkan konsep kopitiam tradisional gaya Nanyang dengan sentuhan kafe moden yang selesa dan disahkan halal dan terus berkembang pesat daripada sebuah kedai kecil kepada syarikat tersenarai awam (Oriental Kopi Holdings Berhad) dengan mempunyai lebih daripada 2,000 pekerja. Oriental Kopi sangat tular dan sering menjadi tumpuan kerana menu istimewa mereka seperti Produk Tat Telur (Egg Tart): Dikenali sebagai antara yang terbesar dan paling laris dengan lapisan pastri yang rangup serta inti yang berkrim dan ada Produk Roti Polo (Polo Bun) iaitu roti dengan kerak luar yang rangup dan lembut di dalam, biasanya dinikmati bersama secebis ais mentega. Ia juga menggunakan adunan biji kopi Arabica, Robusta dan Liberica yang ianya dipanggang pada suhu sederhana-rendah.
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H)
Dalam pada itu di Malaysia ada beberapa Jenama Kopi Komersial dan produk Siap-Diminum (Ready-to-Drink) yang popular seperti Jenama Wonda Coffee dimana ia popular dalam bentuk tin atau pek segera dengan pelbagai perisa seperti Mocha dan Latte. Wonda Coffee ialah satu jenama minuman kopi sedia untuk diminum (ready-to-drink) yang sangat popular di Malaysia. Ia berasal dari Jepun di bawah syarikat Asahi Soft Drinks Co., dan kini mula diperkenalkan di Malaysia sejak Disember 2013 oleh syarikat Etika Holdings. Ciri khas ada rasa 'Just Brewed' didakwa ia membawa konsep rasa kopi yang segar seperti baru dibancuh walaupun dijual di dalam tin atau botol. Produk ini ia memang gunakan biji kopi jenis Arabica berkualiti tinggi dengan ada banyak produk seperti Original, Mocha, Latte, Kopi Tarik (cita rasa tempatan ala warung mamak) dan pelbagai varian lain seperti Coffee Zero Max dan Coffee Booster. Ada Jenama Kopi SUPER (SUPER Coffee) iaitu produk Kopi 3-in-1 yang ringkas dan cepat dibancuh. SUPER Coffee ialah jenama minuman kopi segera (terutamanya kopi pracampur 3-dalam-1) yang sangat popular di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Jenama ini merupakan perintis konsep kopi segera 3-dalam-1 untuk memudahkan orang ramai menikmati kopi yang sedap dan pantas pada bila-bila masa. SUPER memperkenalkan konsep kopi pracampur yang menggabungkan serbuk kopi, krimer, dan gula dalam satu paket kecil. Inovasi ini mengubah cara masyarakat di Asia menikmati kopi harian mereka.
Pengeluar Utama di Malaysia. Jenama ini pernah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pengeluar kopi terbesar di Malaysia. Produk mereka dipasarkan sebagai minuman harian yang mampu milik dan mudah dibancuh untuk golongan bekerja, pelajar, dan seisi keluarga.
Industri kopi di Malaysia sudah mencapai tahap yang membanggakan dengan adalnya Jenama ZUS Coffee sebagai satu jenama tempatan moden yang sangat popular dengan pelbagai menu seperti Signature Latte, Butterscotch, dan versi pek segera atau pek kapsul. ZUS Coffee ialah rangkaian kedai kopi popular berasaskan teknologi yang berasal dari Malaysia, ditubuhkan pada tahun 2019. Ia juga bermotokan 'A necessity, not a luxury atau 'Kopi sebagai keperluan harian, bukan barangan mewah yang mahal' memang mampu menarik pelanggan zaman kini. Ia juga berasaskan Teknologi 'Tech-Driven' iaitu dengan gunakan aplikasi mudah alih khas ZUS Coffee untuk pesanan pick-up (ambil sendiri) dan penghantaran (seperti konsep Luckin Coffee). Ia menawarkan pelbagai jenis minuman kopi (seperti Spanish Latte, Thunder), minuman bukan kopi, pastri, sandwic dan makanan ringan dan mempunyai pengiktirafan Halal oleh JAKIM. ZUS Coffee berkembang pesat dengan lebih 1,000 cawangan di Malaysia serta meluaskan pasaran ke luar negara seperti Filipina, Singapura, Brunei dan Thailand. Kedua ada Jenama The Coffee Bean & Tea Leaf satu premis dan Kafe antarabangsa yang terkenal dengan menu Iced Latte, Frappe, dan Ice Blended. The Coffee Bean & Tea Leaf (sering disebut sebagai Coffee Bean atau CBTL) ialah sebuah rantaian kedai kopi dan teh antarabangsa yang berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat, dan ditubuhkan pada tahun 1963. Produk Utama atau jenis kopi specialty (menggunakan 1% biji kopi Arabica terpilih), pelbagai jenis teh tangan, minuman Ice Blended yang menjadi signature mereka, pastri, serta makanan ringan. Ia diakuisyon oleh Jollibee Group (syarikat multinasional dari Filipina) pada tahun 2019. Ia mempunyai lebih 1,200 cawangan di 24 negara, termasuk banyak cawangan di Malaysia dan dikenali dengan suasana kafe yang selesa (cozy) untuk bersembang, bekerja, atau bersantai. Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KOPI...MINUMAN KEDUA DI DUNIA...Industri kopi di Malaysia sudah mencapai tahap yang membanggakan dengan adalnya Jenama ZUS Coffee sebagai satu jenama tempatan moden yang sangat popular dengan pelbagai menu seperti Signature Latte, Butterscotch, dan versi pek segera atau pek kapsul. ZUS Coffee ialah rangkaian kedai kopi popular berasaskan teknologi yang berasal dari Malaysia, ditubuhkan pada tahun 2019. Ia juga bermotokan 'A necessity, not a luxury atau 'Kopi sebagai keperluan harian, bukan barangan mewah yang mahal' memang mampu menarik pelanggan zaman kini. Ia juga berasaskan Teknologi 'Tech-Driven' iaitu dengan gunakan aplikasi mudah alih khas ZUS Coffee untuk pesanan pick-up (ambil sendiri) dan penghantaran (seperti konsep Luckin Coffee). Ia menawarkan pelbagai jenis minuman kopi (seperti Spanish Latte, Thunder), minuman bukan kopi, pastri, sandwic dan makanan ringan dan mempunyai pengiktirafan Halal oleh JAKIM. ZUS Coffee berkembang pesat dengan lebih 1,000 cawangan di Malaysia serta meluaskan pasaran ke luar negara seperti Filipina, Singapura, Brunei dan Thailand. Kedua ada Jenama The Coffee Bean & Tea Leaf satu premis dan Kafe antarabangsa yang terkenal dengan menu Iced Latte, Frappe, dan Ice Blended. The Coffee Bean & Tea Leaf (sering disebut sebagai Coffee Bean atau CBTL) ialah sebuah rantaian kedai kopi dan teh antarabangsa yang berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat, dan ditubuhkan pada tahun 1963. Produk Utama atau jenis kopi specialty (menggunakan 1% biji kopi Arabica terpilih), pelbagai jenis teh tangan, minuman Ice Blended yang menjadi signature mereka, pastri, serta makanan ringan. Ia diakuisyon oleh Jollibee Group (syarikat multinasional dari Filipina) pada tahun 2019. Ia mempunyai lebih 1,200 cawangan di 24 negara, termasuk banyak cawangan di Malaysia dan dikenali dengan suasana kafe yang selesa (cozy) untuk bersembang, bekerja, atau bersantai. Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H)







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.