Support My Blog

Tuesday, November 24, 2026

BELIMBING BULUH DAN FAKTANYA (PART 2)

BELIMBING BULUH
(Averrhoa bilimbi) atau Jenis Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Aisa Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia dan negara ASEAN lain. Tanaman ini adalah dari keluarga Oxiladaceae dimana ia sama dengan jenis pokok Pokok Belimbing Besi (Averrhoa carambola) atau 'Star Fruit' atau 'Carambola'. Bagi penulis blog yang ada menanam 4 pokok belimbing buuh di rumah dan berbuah tana henti mendapati dimana jenis buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk menjadi sayuran tradisional serta digunakan dalam masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh akan ia dapat menghilangkan rasa hanyir terutamanya bagi menbasuh jenis ikan-ikan darat (ikan air tawar) untu ia di masak. Penulis blog adapay dimana buah ini sering digunakan untuk masakan tradisional kalangan orang Melayu dan kalangan orang Cina selain ia ada di proses untuk dijadikan pelbagai produk seperti sambal, jeruk, halwa, jus minuman dan sebagainya. Sebenarnya tanaman belimbing buluh adalah sejenis tumbuhan buah tropika yang agak kecil dengan buahnya ia berwarna hijau kekuningan dan dilihat ia  berbentuk lonjong seperti timun mini dimana ia mempunyai rasa yang sangat masam tetapi kini sudah ada jenis buah belimbing buluh yang agak manis juga. Bagi jenis yang masam selalunya ia juga dikenali sebagai 'Buah Belimbing Masam' atau 'Jenis Belimbing Sayur'. Saya ada menulis banyak artikel mengenai tanaman belimbing buluh didalam blog ini dengan boleh di baca melalui pautan (Sila Klik DIsini), (Sila Klik DIsini) dan (Sila Klik DIsini) serta ada  beberapa lagi. Lazimnya buah belimbing buluh yang terdapat di Malaysia kebanyakannya masam seperti yang ada di jual buahnya di pasaran. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Mollucas, Indonesia dan juga hidup subur di seluruh kawasan Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, India Selatan, Sri Lanka dan Myanmar. Buah Belimbing Buluh adalah sangat masam dengan purata nilai kemasaman (acidity) sekitar pH 4.0 - pH4.7 dan ditanam sebagai tanaman campuran di kawasan keliling rumah atau dalam dusun campuran dan jarang di tanam secara monokrop secara komersil. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah Cucumber Tree ; Sorrel (English), kamias ; Iba (Filipina), Bilimbi (India), Bimbiri (Sri Lanka), Belimbing Asam ; Belimbing Buloh; B'ling ; Biling-biling (Malaysia), Belimbing Besu ; Balimbing ; Blimbing; Belimbing Wuluh (Indonesia), Taling Pring ; Taling Kling (Thailand) dan Khe' tau' (Vietnam). Bagi penulis blog yang kenal akan tanaman ini mendapati dimana ciri-ciri pokok dan buah belimbing buluh dimana ia selalu di gunakan dalam masakan san ia jarang dimakan mentah semasa segar baru di petik dari pokok disebabkan rasanya ia terlalu masam. Ia juga memang agak popular sebagai bahan rasa masam dalam masak lemak cili api, asam pedas, sambal belacan atau pun tempoyak serta membantu menghilangkan bau hanyir ikan terutama jenis ikan air tawar. Ia ada kandungan nutrisi yang mana tinggi dengan vitamin C, kalium, serat dan antioksidan. Dalam beberapa laporan kjian di nyatakan jika buah belimbing buluh ini ia tinggi asid oksalik dimana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko batu karang atau menjejaskan buah pinggang terutamanya jika dimakan kerap atau dalam jumlah banyak. Dalam beberapa tinjauan penulis blog dapati dimana harga belimbing buluh segar di Malaysia biasanya berada dalam lingkungan RM7 - RM26 sekilogram iaitu ia bergantung kepada lokasi, musim dan penjual. Di jualan terus atau pasar tertentu hasil tinjauan mendapati ada juga yang menawarkan harga lebih rendah seperti sekitar RM3 - RM12 sekilogram. Hasil beberapa tinjauan juga di laporkan anggaran harga iaitu mengikut Jenis Produk Belimbing Buluh dimana bagi Jenis Buah Segar ia dijual sekitar RM7 - RM26/kg mengikut  dan bagi membeli Jenis Anak Pokok atau Benih Belimbing Buau di jual sekitar RM15 - RM28 sepokok bergantung kepada saiz dan jenis. Dalam pada itu bagi Jenis Daun Segar belimbing bupuh ia di jual sekitar RM5 bagi pek 60g untuk pelbagai kegunaan lain. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta penting tentang Belimbing Buluh untuk bahan rujukkan semua.

 

Menarik untuk mengenali akan morfologi pokok dan buah belimbing buluh (Averrhoa bilimbi) merujuk
kepada ciri fizikal tumbuhan saka berkayu ini yang unik kerana bunga dan buahnya tumbuh terus pada batang utama (kauliflori)  Penulis blog merujuk akan botani dan pertanian seperti ciri-ciri fizikal tumbuhan ini terbahagi kepada beberapa bahagian utama dari akar, batang, daun, dahan, bunga dan buahnya yang sesuai di jadikan bahan rujukkan. Morfologi Pokok Belimbing Buluh ia mempunai jenis Batang dengan Ketinggian dimana ia adalah merupakan tumbuhan berkayu keras yang tumbuh menegak setinggi 5 - 10 meter dengan percabangan yang banyak di bahagian atasnya dengan mempunyai sistem akarnya adalah jenis akar tunjang yang berkayu serta berserabut untuk dapat ia mencengkam tanah dengan kukuh. Bergantung kepada benih yang di gunakan dimana akarnya akan menentukan bentuk rimbun atau shape pokok yang tumbuh. Marfologi akar pokok belimbing buluh ia ada sistem akar tunjang yang kuat, berkayu, dan mempunyai banyak akar sampingan untuk menyerap air serta nutrien tanah. Jenis akar adalah jenis akar tunjang (pokok dikotil) dengan cabang akar sampingan yang banyak dengan ia berwarna coklat, coklat kehitaman atau gelap. Tekstu akar keras, kaku, permukaan kasar dan menirus untuk menembusi tanah. Kedalaman akar utama tumbuh memanjang dan menebal seiring usia pokok, namun sebaran akarnya tidak terlalu dalam (sekitar 1.5 - 2 meter) dan ia juga memerlukan tanah yang bersaliran baik supaya tidak mudah terendam air. Marfologi Daun dimana daunnya berbentuk daun majmuk (pinnate) yang bersusun secara berpasangan di sepanjang tangkai, berwarna hijau, dan mempunyai hujung yang meruncing. Daun belimbing buluh adalah jenis daun majmuk menyirip yang tersusun secara bertentang iaitu 
di sepanjang pelepah daun dengan susunan dan saiz pelepah dimana setiap pelepah daun panjangnya sekitar 30 cm hingga 60 cm dan mempunyai 11 - 37 helai anak daun. Ia berbentuk bujur hingga lonjong (oval ke oblong) dengan hujung meruncing, pangkal membulat, dan tepi rata dengan ukuran anak daun iaitu panjangnya kira-kira 2 - 10 cm dan lebar 1 - 2 cm. Ia juga berwarna hijau (ada yang nampak berkilat) dengan tekstur agak kasar atau berbulu halus serta rasa yang sedikit masam dan ada urat daun pada pertulangan daun jenis menyirip. Apa pun Marfologi Bunga ia bersaiz kecil dimana ia berbentuk bintang, beraroma dan berwarna merah keunguan gelap yang tumbuh secara berkelompok terus dari kulit batang atau dahan besar (cauliflory). Bunganya berukuran kecil, berwarna merah keunguan atau kemerahan, dan tumbuh terus pada batang atau dahan utama pokok. Ia berukuran kecil serta mempunyai kelopak berbentuk bintang atau corong dengan warna merah keunguan atau merah terang (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini ia tumbuh berkelompok dalam jambak atau malai. Ia akan keluar terus daripada batang utama dan cabang besar (cauliflory), bukan di hujung ranting.  


Seterunsya adalah M
orfologi Buah dimana buahnya berbentuk silinder memanjang atau bujur sedikit bersegi (menyerupai timun kecil) dengan ukuran panjang sekitar 4.0 - 6.5 cm. Apa pun bagi penuis blog yang setiap dua minggu menuai buah belimbing buluh mendapati dimana buah ini berukuran kecil dengan bentuk lonjong atau memanjang seperti silinder dimana ia berbeza daripada belimbing manis yang berbentuk bintang, belimbing buluh tidak mempunyai sayap bintang yang ketara. Melihat akan ciri-cirinya ia berbentuk memanjang atau ia berbentuk bujur, lonjong atau hampir silinder dengan hujung yang tirus atau sedikit bulat. Ia dilihat 'Bersegi Samar' dimana ia mempunyai 4 - 5 lekuk atau bonggol samar di sepanjang badan buah. BUahnya juga ia ada kulitnya nipis, lembut dan berkilat dengan ia berwarna hijau muda atau hijau pekat ketika muda dan bertukar hijau kekuningan apabila masak. Saiznz buahnya adalah panjang dan kebiasaannya berukuran sekitar 4 - 10 cm (ada yang sekitar 4 - 6 cm bergantung pada varieti dan kematangan) dan berdiameter sekitar 2 - 3 cm garis pusat atau ia lebih kurang sebesar ibu jari orang dewasa dan jauh lebih kecil berbanding belimbing manis. Kulit buahnya sangat nipis, licin dan berkilau dimana selalunya bagi buah muda ia berwarna hijau pekat dan bertukar menjadi hijau kekuningan apabila masak sepenuhnya. Apa pun kebanyakan buah belimbing buluh ia biasanya berwarna hijau atau hijau pekat apabila muda hingga matang, dan bertukar menjadi hijau kekuningan atau kuning pucat apabila masak atau terlalu matang. Kulitnya pula nipis, licin, dan berkilat. Ciri warna nagi jenis buah muda hingga matang akan berwarna hijau atau hijau pekat sementara bila sudah masak atau terlalu matang ia berubah kepada hijau kekuningan atau kuning pucat. Pada kulit buahnya ia licin, lembut dan berkilat dimana ketebalannya adalah nipis dan mudah pecah atau terluka jika terhantuk atau ditekan terlalu kuat. Tekstur isinya adalah lembut, sangat berjus apabila masak dan mempunyai rasa yang sangat masam akibat kandungan asid oksalik serta vitamin C yang tinggi dimana isinya bersifat sangat berair serta menjadi lembik apabila masak, manakala rasanya sangat masam. Tekstur isi ia lebih pejal dan rangup ketika muda atau belum masak akan tetapi menjadi lembut dan lembik apabila sudah masak. Ia mengandungi banyak air dan jus yang keluar secara dengan mudah apabila dipotong atau ditekan. Walau pun kulitnya berwarna hijau pekat atau hijau kekuningan apabila matang, berbentuk bujur memanjang seperti timun kecil dengan ukuran yang lebih kecil berbanding belimbing manis. Apa pun rasa masam ini menjadikannya sesuai sebagai agen penyedap dan pengimbang rasa dalam masakan seperti asam pedas, gulai lemak, sambal belacan, atau sambal hitam, serta membantu mengurangkan rasa hanyir ikan. Walau pun begitu penulis blog lihat ada orang suka makan segar mentah bersama garam halus atau menjadikannya jeruk dan acar. Marfologi Biji yang berada dibahagian tengah isi buah terdapat beberapa biji benih kecil yang berbentuk bulat telur dan agak leper. Ia berukuran kecil, berbentuk leper seperti cakera dan berwarna coklat apabila matang (Sila lihat foto disebelah). Ciri-cirinya ia berbentuk leper dan menyerupai cakera kecil (flattened, disc-like) dengan saiz kecil iaitu sekitar 6 -  8 mm lebar yng berwarna putih kehijauan pada buah muda atau belum matang sepenuhnya, dan bertukar menjadi coklat atau coklat muda apabila matang. Ia licin (smooth) dan tidak bersalut aril (without aril) dimana setiap buah biasanya mengandungi beberapa biji sahaja (kebiasaannya sekitar 2 - 7 biji iaitu ia bergantung pada ruang/karpel buah). Apa pun dari segi penanaman, biji benih daripada buah matang boleh disemai, namun peratus percambahan atau tumbesarannya sering dilaporkan rendah berbanding kaedah tut (marcotting) atau mengambil anak benih di bawah pokok induk. 


Cara penanaman pokok belimbing buluh dimana ia sesuai ditanam di kawasan tanah rendah yang subur, bersaliran baik, dan mendapat cahaya matahari penuh. Pertama di sediakan Benih iaitu boleh menggunakan anak pokok hasil tut atau keratan batang yang sihat (lebih cepat berbuah berbanding biji benih). Sebaiknya di sediakan lubang penanaman dengan menggali lubang berukuran 1m × 1m × 0.5m (sekitar 2–3 minggu sebelum menanam) dengan jarak 6m × 6m antara pokok. Jika mahu boleh menanam didalam pasu dengan mencampurkan tanah atas dengan baja organik dan mesti menggunakan saiz pasu besar, gunakan campuran tanah hitam, sedikit pasir dan kompos. Menanam anak benih pokok ini dengan tidak terlalu dalam supaya akar pokok ia mudah berkembang, kemudian siram secukupnya. Seterusnya adlah cara penjagaan iaitu menyiram 2 kali sehari pada peringkat awal penanaman dan selepas pokok matang perlu di siram 2 - 3 kali seminggu dan tambah siraman ketika musim panas terik. Amalan membaja dengan memberikan baja organik (atau kompos) dan baja seimbang NPK 15:15:15 bermula selepas pokok berusia 1 tahun dan di tambah mengikut umur pokok. Aktiviti kawalan perosak dan penyakit pelu sentiasa dipantau serangan kutu daun (aphids), koya (mealybugs), lalat buah dan ulat pemakan daun mengikut kaedah terbaik. Pokok belimbing bulu yang di tanam dan dijaga baik biasanya mula matang dan berbuah dalam tempoh 3 - 4 tahun yang bergantung pada benih dan penjagaan serta cuaca. Memetik buahnya setelah pokok berbuah sepanjang tahun dengan musim puncak tertentu. Caranya dengan memetik buah yang masih hijau, gemuk dan berkilat untuk rasa masam segar pada masakan atau sambal hitam. 
Cara petik buah belimbing buluh dengan memilih buah yang sesuai iaitu memetik buah yang sudah cukup besar dan berwarna hijau terang atau hijau kekuningan iaitu ia mengikut keperluan jenis masakan dan sebaiknya memetik pada waktu yang tepat iaitu pada waktu pagi selepas embun kering. Perlu mengelakkan memetik ketika hujan atau semasa pokok basah supaya buah tidak cepat rosak dengan mengambil satu per satu dan jangan merentap satu gugusan sekaligus kerana buah kecil di sebelahnya mudah gugur sebelum sempat membesar. Perlu amalkan atau gunakan teknik yang lembut iaitu memegang buah dengan satu tangan, kemudian potong tangkainya menggunakan gunting kecil atau boleh pusingkan perlahan dengan tangan agar kulit dan tangkai tidak terkoyak. Penulis blog dapati untuk menyimpan buah belimbing buluh supaya tahan lama maka ia boleh menyimpan buah segar dalam peti sejuk atau dalam tempat sejuk beku, merebusnya dengan garam, menjemurnya atau menjerukkannya.Jika ingin menyimpan buah segar dalam Chiller atau dalam Freezer sebaiknya di cuci bersih dan toskan sehingga kering untuk elak cepat busuk. Masukkan ke dalam beg kedap udara atau bekas bertutup dan simpan di bahagian sejuk beku (freezer) untuk tahan berbulan-bulan. Asingkan ikut sukatan sekali masak supaya mudah diambil. Boleh juga buah ini di rebus dengan garam bagi sehingga masak dan garam membantu mengawet buah supaya tahan lebih lama sama ada dalam chiller atau pada suhu bilik (pastikan guna sudu kering bila mengambilnya).  Ketiga ia boleh di jemur kering dengan membasuh buah dan jemur di bawah panas matahari iaitu sehingga kering. Kaedah ini sesuai untuk simpanan jangka panjang dan mudah digunakan dalam masakan. Keempat menyimpan dengan dibuat jeruk iaitu direndam belimbing dengan air garam semalaman dan ia kemudian simpan dalam larutan air, gula, dan cuka. Selepas beberapa hari pada suhu bilik, simpan dalam peti sejuk supaya tahan berbulan-bulan.
Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang di syorkan untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan kali ini memberikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!...
BELIMBING BULUH.... MUDAH TANAMNYA...
BUAHNYA MASAM.. MANIS PUN ADA JUGA...
DALAM MASAKAN...RASA MASAM ENAKNYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAKTANTA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Baai Panjang MUrni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...