Support My Blog

Showing posts with label LOBAK PUTIH DAN FAKTANYA. Show all posts
Showing posts with label LOBAK PUTIH DAN FAKTANYA. Show all posts

Sunday, July 5, 2026

LOBAK PUTIH DAN FAKTANYA (Part 2)

LOBAK PUTIH (Raphanus sativus) merupakan sejenis tanaman umbisi yang banyak ditanam daripada keluarga Cruciferae dimana tanaman ini merupakan salah satu sayuran jenis umbisi yang kaya dengan zat makanan yang mana ia dipercayai berasal dari Eropah. Di Malaysia tanaman lobak putih ini hanya komersi di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland, Lojing dan Ranau. Pokok lobak putih hampir menyerupai pokok sawi bunga tetapi batangnya lebih pendek dan tepi daunnya berombak-ombak. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan isi akar tunjangnya iaitu lobak warna putih. Bunga berwarna putih keunguan. Ubinya dilihat ia berkeadaan bulat panjang dan berukuran lebih 20 cm. Laporan daripada Jabatan Pertanian Malaysia nyatakan ada seluas antara 1800 - 200 hektar lobak putih ditanam terutama dikawasan tanah tinggi seperti untuk pasaran domestik dan juga sebahagian dieksport. Lobak putih adalah sejenis sayur akar yang berbentuk seakan lobak merah bersaiz besar tetapi berwarna putih dengan sedikit daun hijau di atasnya. Ia sangat popular dalam masyarakat Asia kerana rendah kalori tetapi kaya dengan serat, Vitamin C, dan antioksidan. Dalam banyak rujukkan penulis dapati lobak putih bermanfaat bagi kesihatan bahagian gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku. Khasiatnya juga berkait dengan kesan merangsang nafsu makan serta boleh meringankan masaalah gugup dan darah gemuruh. Lobak putih juga baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan serta yang ketara adalah mampu mengatasi masalah pencernaan. Oleh itu sesiapa mengambil lobak putih akan dapat bantu meredakan masaalah sembelit. Dalam kes lain ia merawat masaalah selsema dan membantu dalam mengurangkan kelebihan berat badan atau obesiti dan melarutkan batu hempedu. Ada dakwaan bahawa khasiat lobak putin membantu dalam kes tuberkulosis. Lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang (elok untuk pesakit batu karang) dan sering dikatakan baik untuk pesakit diabetes. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta lobak putih yang sesuai di rujuk pembaca semua.


Fakta khasiat sayuran jenis lobak putih (daikon) adalah sayur rendah kalori yang padat dengan vitamin C dan serat. Ia bertindak sebagai 'dekongestan' semula jadi yang melegakan hidung tersumbat serta membantu melancarkan penghadaman dan detoksifikasi badan. Dilaporkan dalam satu (1) cawan lobak putih mengandungi kira-kira 75% kalium (K) seperti pisang dan 50% vitamin C seperti oren yang menjadikannya sangat baik untuk sistem imuniti tubuh seseorang. Kandungan air yang tinggi (sehingga 95%) dan serat yang banyak membuatkan berasa kenyang lebih lama tanpa pengambilan kalori berlebihan dan bagus untuk pengurusan berat badan. Dalam aspek kesihatan jantung pula didakwa ia membantu mengawal tekanah darah tinggi dan mencegah penyakit kardiovaskular kerana ada ciri kehadiran mineral kalium yang tinggi. Kalangan pesakit diabetes dilaporkan ia mempunyai nilai indeks glikemik yang rendah dimana ini akan menjadikannya pilihan makanan lebih selamat sebagai diet pengawal gula dalam darah. Lobak putih yang di masak secara tradisional adalah terkenal dalam  kalangan masyarakat Asia sebagai 'milk booster' atau sebagai penggalak menghasil susu ibu untuk membanyakkan susu ibu serta membersihkan fungsi hati. Ia didakwa mampu untuk melancarkan Proses Penghadaman sebab enzim semula jadi dalam lobak putih membantu tubuh memecahkan makanan dengan lebih cekap. Kandungan serat yang tinggi juga mencegah sembelit. Lobak putih ia kaya dengan Vitamin C dan antioksidan yang membantu melindungi sel daripada kerosakan, melawan jangkitan selsema, dan menyokong kulit yang sihat. Dalam kesihatan sistem pernafasan dimana makan lobak putih akan bertindak sebagai dekongestan semula jadi yang membantu melegakan hidung tersumbat dan mencairkan kahak. 
Sayuran ini berbentuk panjang dan berwarna putih pucat, serta mempunyai rasa yang sedikit pedas dan memang ia menyegarkan. Walaupun kelihatan biasa dimana lobak putih mempunyai pelbagai manfaat untuk mencegah masalah kesihatan dan salah satu manfaat utama lobak putih ialah membantu melancarkan sistem penghadaman. Ini kerana lobak putih mengandungi enzim seperti amilase dan esterase yang dapat membantu memecahkan kanji, lemak dan protein dalam makanan dimana kandungan serat tinggi dalam lobak putih juga membantu melancarkan pergerakan usus dan mencegah sembelit. Ia amat sesuai dimakan oleh individu yang mempunyai masalah pencernaan atau ingin menjaga kesihatan sistem penghadaman mereka. Lobak putih juga dikatakan mempunyai sifat detoksifikasi. Ia membantu membersihkan hati dan buah pinggang serta membuang toksin daripada badan. Khasiat ini menjadikan lobak putih pilihan yang baik untuk dimasukkan ke dalam diet bagi mereka yang ingin menyahtoksik tubuh secara semula jadi. Apa pun cara pengambilan lobak putih secara berkala juga dipercayai dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi. Dari sudut kesihatan pernafasan, lobak putih sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat masalah batuk, kahak dan selesema. Ia bersifat penyejuk dan boleh membantu melonggarkan kahak serta melegakan keradangan pada tekak. Air rebusan lobak putih bersama madu atau halia antara ramuan tradisional yang biasa diamalkan untuk merawat batuk secara semula jadi. Lobak putih juga bermanfaat untuk kesihatan kulit. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lobak putih bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu melambatkan proses penuaan. Kandungan air yang tinggi juga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Lobak putih juga bermanfaat dalam usaha menurunkan berat badan. Lobak putih mengandungi kalori rendah tetapi mengandungi serat tinggi. Ia memberi rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal selera makan dimana jika anda inginkan berat badan yang ideal, masukkan lobak putih ke dalam diet harian. Manfaat lobak putih bukan sahaja terbatas pada kesihatan dalaman, malah ia juga mudah disediakan dalam pelbagai jenis masakan dimana ia boleh dijadikan bahan utama dalam sup, jeruk, tumisan, atau dimakan mentah sebagai salad dan ciri ini juga yang menjadikan lobak putih sebagai sayuran yang serba guna dan mudah dimasukkan ke dalam menu harian.


Paling popular adalah Resepi S
up Lobak Putih sebagai sejenis hidangan sihat yang ringkas, menyegarkan dimana ia mudah disediakan. Bagi penulis blog dapati yang hidangan ini amat sesuai untuk diet atau ibu berpantang dan sup ini biasanya akan dimasak menggunakan bahan asas iaitu seperti ayam atau ikan bilis, lobak putih, dan bahan tumis ringkas untuk tujuan ia dapat membangkitkan aroma. Perlu disediakan bahan-bahan iaitu 1 batang lobak putih (dibuang kulit dan dipotong dadu atau bulat), 250 g isi ayam (dipotong kecil) atau 1 mangkuk kecil ikan bilis, 3 ulas bawang merah (dihiris), 2 ulas bawang putih (dihiris), 1 inci halia (dihiris atau diketuk), 1 batang serai (diketuk) sebagai pilihan, 4 cawan air (atau mengikut kuantiti sup yang digemari), 1 kiub pati ayam (jika guna ayam) atau garam secukup rasa, 1 sudu besar minyak masak (untuk menumis), Daun sup dan daun bawang (dihiris untuk hiasan) serta bahan bawang goreng (untuk taburan). Cara memasak adalah dengan menumis iaitu panaskan sedikit minyak di dalam periuk bagi menumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian di masukkan Ayam dan Ikan Bilis dimana jika menggunakan ayam boleh di masukkan potongan ayam dan kacau sehingga air ayam sedikit kering. Jika menggunakan ikan bilis pula boleh di masukkan dan goreng seketika. Kemudian didihkan air dan dimasukkan air dan serai serta diiarkan ia mendidih dan ayam empuk seketika. Seterusnya di masukkan lobak putih dan kiub pati ayam. Renehkan dengan api sederhana sehingga lobak menjadi lembut dan bertukar sedikit lutsinar. Perasakan sup dengan menambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa dan dikacau rata dan tutup api. Cara hidang dengan menaburkan hirisan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng sebelum dihidangkan panas-panas dan di makan begitu sahaja atau bersama nasi putih dan lauk lain.


Penulis blog juga suka makan Jeruk Lobak Putih atau ia dipanggil sebagai 'Danmuji' iaitusejenis jeruk sayur yang ianya berikaan rasa sangat rangup, masam dan manis. Sesuai dimakan bersama hidangan seperti ramen, burger, atau nasi goreng imana ada beberapa kali penulis boh ke Korea Selatan dan ujirasa sebab ia popular dalam masakan Korea untuk membangkitkan selera dan menghilangkan rasa muak (Sila lihat foto disebelah).  Membuat makanan ini resepinya mudah sahaja iaitu dengan sediakan bahan-bahan terdiri dari 1 batang lobak putih (anggaran 500g - 700g), dipotong dadu atau dihiris nipis, 1 cawan air (atau air suam), 0.5 cawan gula atau 1/3) cawan untuk rasa kurang manis),1 sudu besar garam, 0.5 cawan cuka putih dan sedikit pewarna kuning (sebagai pilihan sahaja untuk warna ala Korea). Cara untuk membuatnya dengan melarutkan bahan iaitu mencampurkan air, gula, garam dan cuka di dalam sebuah bekas. Kacau lagi sehingga gula dan garam larut sepenuhnya. Kemudian boleh dimasukkan beberapa titik pewarna kuning jika mahu bagi ia kelihatan seperti jeruk Korea komersial tetapi penulis blog suka dengan warna asli tanpa pewarna. Rendam dengan memasukkan hirisan lobak putih ke dalam balang kaca dan tuangkan cecair jeruk tadi sehingga ia tenggelam semuanya. Seterusnya adalah proses 'Peram' iitu dilakukan dengan cara menutup balang dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam sebelum ia sesuai untuk dihidang untuk rasa yang lebih sebati. Enak di makan begitu sahaja atau dengan makanan kegemaran lain. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
LOBAK PUTIH... DALAM TANAH ISINYA...
SESUAI DITANAM... DIMANA SAHAJA..
PENGELUAR DUNIA... NEGARA CHINA...
BANYAK KHASIAT... RESEPI BANYAK ADA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Muhharam 1448H).

Saturday, July 4, 2026

LOBAK PUTIH DAN FAKTANYA (Part 1)

LOBAK PUTIH
(Raphanus sativus) atau 'White Radish' merupakan sejenis tanaman umbisi yang banyak ditanam daripada keluarga Cruciferae dimana tanaman ini merupakan salah satu sayuran jenis umbisi yang kaya dengan zat makanan yang mana ia dipercayai berasal dari Eropah. Di Malaysia tanaman lobak putih ini hanya komersi di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland, Lojing dan Ranau. Pokok lobak putih hampir menyerupai pokok sawi bunga tetapi batangnya lebih pendek dan tepi daunnya berombak-ombak. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan isi akar tunjangnya iaitu lobak warna putih. Bunga berwarna putih keunguan. Ubinya dilihat ia berkeadaan bulat panjang dan berukuran lebih 20 cm. Laporan daripada Jabatan Pertanian Malaysia nyatakan ada seluas antara 1800 - 200 hektar lobak putih ditanam terutama dikawasan tanah tinggi seperti untuk pasaran domestik dan juga sebahagian dieksport. 
Lobak putih adalah sejenis sayur akar yang berbentuk seakan lobak merah bersaiz besar tetapi berwarna putih dengan sedikit daun hijau di atasnya. Ia sangat popular dalam masyarakat Asia kerana rendah kalori tetapi kaya dengan serat, Vitamin C, dan antioksidan. Dalam banyak rujukkan penulis dapati lobak putih bermanfaat bagi kesihatan bahagian gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku. Khasiatnya juga berkait dengan kesan merangsang nafsu makan serta boleh meringankan masaalah gugup dan darah gemuruh. Lobak putih juga baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan serta yang ketara adalah mampu mengatasi masalah pencernaan. Oleh itu sesiapa mengambil lobak putih akan dapat bantu meredakan masaalah sembelit. Dalam kes lain ia merawat masaalah selsema dan membantu didalam usaha mengurangkan kelebihan berat badan atau obesiti dan melarutkan batu hempedu. Ada dakwaan bahawa khasiat lobak putin membantu dalam kes tuberkulosis. Lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang (elok untuk pesakit batu karang) dan sering dikatakan baik untuk pesakit diabetes. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta lobak putih yang sesuai di rujuk pembaca semua.


Tanaman Lobak Putih (Raphanus sativus longipinnatus) pula ia adalah sayuran akar jenis lobak musim sejuk yang berasal dari Asia Timur. Dikenali juga sebagai ]daikon' dimana jenis ini ia mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding lobak merah. Kajian menyatakan jika sayuran jenis ini ia kaya dengan air, glukosa dan Vitamin C yang membantu pembaikan tisu dan ada laporan jika ia juga 
adalah sayuran rendah kalori namun sangat padat nutrisi. Ia kaya dengan serat, Vitamin C, folate, kalium dan kalsium serta mengandungi enzim aktif yang membantu penghadaman. Sayur ini sangat ideal untuk kesihatan optimum dalam mengawal berat badan dan dapat meningkatkan sistem imuniti seseorang. Kandungan nutrisi lobak putih bagi setiap 330g adalah Kalori (61 kcal), zat  Karbohidrat (14 g), serat (5 g), protein (2 g), Vitamin C, folate atau vitamin B9 (24% daripada keperluan harian), Kalium dan juga potassium. Fakta penting mengenai lobak putih yang sering di masak dan ia sangat popular dalam masakan Asia seperti dimasak sup, jeruk dan hidangan tradisional seperti dongchimi (kimchi lobak putih) dan kuih lobak. Apa pun lazimnya bahagian yang dimakan selain isinya yang putih dan rangup dimana bahagian daunnya yang muda juga boleh dimasak atau direbus sebagai sayuran. Sayuran ini tinggi kandungan serat dan Vitamin C yang menjadikannya pilihan sihat untuk diet harian. Jenis makanan lobak putih yang agak popular adalah 'daikon' atau 'lo pak' yang tergolong dalam keluarga kobis dan sayuran akar. Ia kaya dengan serat, Vitamin C, dan kalium. Walaupun lobak putih ia kelihatan sama sebenarnya ada beberapa jenis utama lobak putih yang di tanam. Jenis pertama adalah Jenis Lobak Putih Jepun (Daikon) iaitu varieti yang paling popular, berbentuk silinder panjang (macam lobak merah besar) dan mempunyai rasa yang manis, rangup serta kurang pedas. Kedua ada Jenis Lobak Putih Korea (Mu) dimana jenis ini ia bersaiz lebih pendek dan gempal. Ia mempunyai bahagian pangkal iaitu berwarna hijau muda, tekstur yang lebih padat dan rasa yang sedikit pedas berbanding daikon diman ajenis ini ia selalunya sangat sedap untuk dibuat sup. Ketiga ada Jenis Lobak Putih Cina (Bai Luobo) dimana jenis ini dilihat saiznya ia lebih besar dan gemuk di bahagian bawah. Isinya lebih berair dan sering digunakan dalam masakan stew, sup, atau kuih lobak. Lobak putih Cina (atau lebih dikenali sebagai daikon) adalah sejenis sayuran akar yang berbentuk seperti lobak tetapi berwarna putih, berasal dari Asia Timur. Sayur ini mempunyai rasa yang ringan, manis sedikit berempah dan sangat popular dalam masakan seperti sup, jeruk, dan kuih lobak (seperti chai tow kway).


Dalam penghasilan dan p
engeluaran lobak putih (atau daikon) dunia dianggarkan berjumlah jutaan tan setahun dimana dilaporkan industri penanamannya didominasi sepenuhnya oleh negara-negara Asia. Penulis blog rujuk sumber dimana rekod industri ini menurut sumber dengan pengeluaran sebanyak 70 juta metrik tan setahun di dominasi oleh Negara China. China merupakan pengeluar lobak terbesar di dunia secara keseluruhan dengan pengeluaran sebanyak 3.5 juta mt (50% pengeluaran dunia) dari pelbagai jenis dan varieti lobak putih untuk kegunaan domestik serta eksport. Negara Jepun pula manghasilkan sebanyak 1.3 juta mt, Korea Selatan (0.8 juta mt) dan India (0.6 juta mt). Jepun juga merupakan salah satu pengeluar terbesar dan pengguna utama lobak putih dimana dianggarkan mengeluarkan dan memakan hampir 90% daripada pengeluaran lobak putih (daikon) dunia setiap tahun. Di Korea Selatan sebagai pengeluar ketiga terbesar dan penggemar tegar lobak ini dan ia banyak untuk digunakan sebagai bahan utama untuk membuat 'kimchi'. Selain negara Asia Timur dlaporkan ada beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan pelbagai wilayah di Eropah turut menanam lobak putih namun jumlah pengeluarannya tertumpu untuk memenuhi pasaran runcit tempatan. Dilaporkan ada fakta menarik berkaitan lobak putih dimana walaupun popular, hasil lobak putih mewakili kira-kira 2% sahaja daripada keseluruhan pengeluaran sayur-sayuran lain peringkat global. Selain sayuran untuk masakan (sup, jeruk), lobak putih juga ditanam untuk tujuan pengekstrakan minyak biji dan dijadikan tanaman penutup bumi (cover crop) dalam bidang pertanian. Penulis blog dapati ada terdapat pelbagai jenis produk yang diproses daripada lobak putih antaranya Produk Jeruk dan Acar (Pickles) Lobak Putih dimana ia sangat popular dalam masakan Asia seperti 'takuan' di Jepun atau jeruk lobak untuk sandwic Banh Mi di Vietnam sebagai makanan kegemaran ramai. Kedua ada Produk Kimchi yang merupakan sejenis produk fermentasi tradisional Korea yang sering menggunakan lobak putih (dipotong dadu atau dihiris) bersama kobis. Penulis blog dapat ujirasa kimci semasa dua kali menjaani kursus panjang di Seoul. Ketiga ada Jenis Produk Jus Lobak Putih diman aia diperah untuk minuman detoksifikasi yang kaya dengan antioksidan dan enzim pencernaan. Paling mudah jumpa adalah Jenis Produk Lobak Kering (Dihiris) dimana lobak putih di hiris dan dijemur atau dikeringkan untuk tahan lebih lama, biasanya digunakan dalam sup herba Cina. Penulis baru tiga kali jumpa Jenis Produk Tepung Lobak Putih dimana dihasilkan melalui proses khas menjadi serbuk yang digunakan sebagai bahan asas untuk kuih tradisional seperti Chai Tow Kway (Kuih Lobak) yang popular dalam masyarakat Cina.


Aktiviti menanam lobak putih adalah mudah dan sesuai untuk pemula kerana ia cepat dituai sama ada menanam secara komersil di kebun atau menanam menggunakan pasu atau polibeg di keliling rumah sebagai hobi. Jangkamas menuai juga cepat sebab jika mendapat cahaya matahari penuh dan ia sedia dituai dalam masa 6 hingga 8 minggu. Langkah pertama ada proses penyediaan tanah dikebun atau dalam bekas pasu atau polibeg. Pilih saiz bekas menanam seperti polibeg atau bekas terpakai (seperti tong air 200L yang dibelah dua) yang mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya 30 cm bagi membolehkan umbisi lobak tumbuh panjang dan membesar dengan baik. Disyorkan agar menggunakan tanah yang peroi dan kaya dengan bahan organik atau media tanah campuran 2 bahagian tanah, 1 bahagian bahan organik atau kompos dan 1 bahagian sabut kelapa (cocopeat) untuk saliran air yang sempurna. Pastikan bekas mempunyai lubang di bahagian bawah untuk tujuan bagi mengelakkan air bertakung dan menyebabkan akar atau umbisi reput. Proses penanaman Biji Benih lobak putih ditanam terus melalui biji benih dan elakkan daripada semasa menyemai dan memindahkannya kerana ia boleh merosakkan akar tunjang dan membantutkan tumbesaran. Buat lubang kecil sedalam kira-kira 1 hingga 2 cm di dalam tanah dan boleh diletakkan 1 atau 2 biji benih di dalam setiap lubang dan kambus dengan lapisan tanah yang nipis. Jarak antara lubang tanaman yang disyorkan adalah kira-kira 10 cm. Amalan agronomi dimana lakukan penyiraman tanaman dua kali sehari (pagi dan petang) pada peringkat awal untuk memastikan tanah sentiasa lembap. Pastikan tanah sentiasa basah tetapi tidak bertakung. Perlu meletakkan bekas di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Pembajaan dibuat dengan baja organik (seperti kompos atau tahi ayam) 2 minggu selepas benih bercambah untuk menyokong pertumbuhan umbisi. Apa pun lobak putih biasanya matang dan sedia untuk dituai dalam tempoh 45 hingga 60 hari (kira-kira 8 minggu) selepas ditanam dan sebaiknya elakkan daripada membiarkan lobak terlalu lama di dalam tanah selepas ia matang, kerana ia boleh menyebabkan umbisi menjadi keras (berkayu) dan rasanya menjadi terlalu pedas atau pahit. 
Harga pasaran semasa untuk lobak putih di sekitar Lembah Klang (termasuk Putrajaya) adalah sekitar RM4.00 hingga RM4.50 sekilogram dimana bagi jenis pek runcit biasa (seberat 400g - 500g) harganya berlegar antara RM2.50 hingga RM3.00 seunit bergantung kepada pasar raya. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
LOBAK PUTIH... DALAM TANAH ISINYA...
SESUAI DITANAM... DIMANA SAHAJA..
PENGELUAR DUNIA... NEGARA CHINA...
BANYAK KHASIAT... RESEPI BANYAK ADA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Muhharam 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...