
LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman dari kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pohonnya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 1 dan Part 2 untuk rujukkan anda.

Penuaian hasil daun limau purut lazimnya penulis dapati dapat dimulakan pada tahun ketiga. Jumlah hasil daun yang dapat dipetik bergantung kepada tahap kesuburan tanaman. Pada peringkat umur 3 tahun selalunya jumlah hasil daun basah yang dapat dikutip setiap kali kutipan adalah lebih kurang 100 g/pokok. Cara petik daun limau purut dilakukan secara manual dengan melorot daun tersebut dan dimasukkan kedalam guni plastik (Sila lihat foto disebelah). Dari segi amalan, pada peringkat umur 5-10 tahun setiap pokok dapat mengeluarkan hasil daun basah sebanyak 500-800 gram sepokok setiap kali kutipan. Sistem kutipan hasil daun limau purut sangat bergantung kepada kehendak pasaran. Lazimnya daun limau purut yang dipetik dijual kepada pemborong untuk pasaran daun segar. Aktiviti memetik daun dilakukan secara berperingkat untuk memenuhi permintaan pasaran iaitu 100 kg daun segar seminggu. Kajian menunjukkan berdasarkan hasil kutipan dari plot di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian, adalah dianggarkan hasil daun segar sehektar adalah sekitar 600 kg/tahun bagi tahun ketiga dan 4.5 kg/tahun bagi tahun kelima ke atas. Anggaran ini adalah berasaskan 4 kali kutipan setahun yang perlu diulang setiap 2-3 bulan sekali. Berdasarkan perolehan minyak pati daripada daun limau purut pada kadar lebih kurang 0.8%, maka jumlah minyak pati limau purut yang dapat dihasilkan sehektar adalah lebih kurang 4.8 liter pada tahun ketiga dan 36 liter setahun bermula tahun kelima. Harga minyak pati asli limau purut adalah tinggi dipasaran.

Aktiviti pengendalian selepas tuai daun yang dipetik bergantung kepada penggunaannya. Bagi jualan daun segar sebaiknya dahan dipotong lebih kurang 12 cm panjang kemudian perlu diikat setiap 3 dahan menggunakan getah bulat dan disusun di dalam raga plastik untuk memudahkan penghantaran ke pasar borong (Sila anda lihat foto disebelah). Selalunya daun yang dikutip bagi tujuan penyulingan minyak pati pula mesti dibawa terus ke pusat penyulingan agar proses penyulingan akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi mendapatkan peratus perolehan minyak yang optimum. Pendedahan kepada panas matahari atau kelewatan penyulingan boleh menjejaskan hasil minyak patio. Kosting tanaman limau purut agak jarang disediakan. Anggaran kos pengeluaran daun limau purut dari menanam hingga tahun ke 12 ditunjukkan dalam jadual1. Anggaran ini berdasarkan kepadatan tanaman 2,314 pokok sehektar. Kos pengel uaran pad a kepadatan tanaman yang lebih rendah, penyediaan anak benih sendiri dan tanpa menggunakan sistem pengairan sudah pasti mengurangkan kos pengeluaran. Berdasarkan andaian tersebut, kos pengeluaran bagi tahun pertama, tahun kedua hingga tahun ketiga, keempat dan seterusnya masing-masing ialah RM23,940, RM5,650 dan RM9,770. Penuaian hasil yang ekonomik hanya dapat dilakukan mulai tahun kelima. Berdasarkan anggaran hasil daun segar sebanyak 4.5 t/ha, maka pendapatan kasar mulai tahun kelima ialah RM13,500 sekiranya hasH dijual untuk pasaran segar pada harga RM3.00/kg. Analis menunjukkan aktiviti penyulingan minyak pati daripada 4.5 kg daun segar akan menghasilkan 36 liter minyak pati berdasarkan kadar perolehan minyak 0.8%. Tanpa mengambil kira kos penanaman dan pengendalian tanaman untuk empat tahun pertama dikira iaitu kos pengeluaran 1 liter minyak pati limau purut ialah RM589. Ini merupakan satu potensi baru dalam penanaman herba limau purut dimasa akan datang. Sila baca artikel Part 1, Part 2 dan Part 3. Wasallam!...

LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga boleh dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pokoknya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 1 dan Part 2 untuk rujukkan anda.

Pengurusan tanaman limau purut perlu mengikuti amalan pertanian baik. Pembajaan pokok limau purut perlu dilakukan selepas menanam pembajaan dilakukan sebulan sekali menggunakan baja Urea (46% N), pada kadar 5 g/pokok sehingga tanaman berumur 1 tahun. Baja organik (najis ayam atau najis lembu) turut diberikan 2 kali setahun pada kadar 5 kg/pokok setiap kali pembajaan. Pada tahun kedua baja Urea pada kadar 50 g/pokok diberikan sebanyak 2 kali diselang-selikan dengan pemberian 50 g/pokok baja sebatian 15:15:15. Kadar pembajaan ditambah sehingga pokok berumur 5 tahun ke atas apabila pemberian baja sebatian 15:15:15 pada kadar 700 g/pokok setahun (2 kali pembajaan) dan baja TSP sebanyak 350 g/pokok diberikan sekali setahun. Sebaiknya baja daun diberikan juga melalui semburan diberikan 2 kali setahun mengikut keperluan tanaman. Aktiviti cantasan secara berjadual perlu dilakukan bagi membentuk percabangan yang teratur. Cantasan juga dilakukan bagi membuang dahan yang dijangkiti penyakit dan kurang sihat. Dari tunas asal yang tumbuh, 3-4 tunas pada jarak yang seragam dibiarkan membesar bagi membentuk dahan-dahan utama. Selanjutnya 3 - 4 ranting dibiarkan membesar pada setiap dahan utama. Cantasan utama biasanya dilakukan sekali setahun iaitu sebelum bermulanya musim hujan. Cantasan dilakukan bagi menetapkan aras ketinggian pokok tidak melebihi 5-6 kaki bagi memudahkan pengutipan hasil. Cantasan utama dilakukan pad a peringkat umur 5 dan 10 tahun. Kutipan daun yang dilakukan secara berjadual mulai tahun ketiga juga bertindak sebagai cantasan. Setiap kali cantasan dilakukan, pisau atau pemotong dahan yang digunakan mestilah sentiasa dibasuh dengan klorok bagi menghindar penyebaran penyakit. Bekas luka cantasan pada dahan yang besar juga perlu dirawat dengan racun kulat.
Kawalan rumpai biasanya dilakukan sebanyak tiga kali setahun. Racun rumpai jenis sentuh biasanya diberikan dua kali setahun iaitu selang empat bulan. Selain bertindak mengawal rumpai, meracun kali ketiga setiap tahun yang menggunakan racun rumpai jenis sistemik dan dilakukan sebelum musim hujan juga bertindak sebagai kawalan penyakit. Tindakan bahan aktif racun rumpai jenis serap juga menyebabkan daun-daun yang parah dijangkiti penyakit kanker luruh keseluruhannya. Daun-daun yang luruh dikumpul dan dimusnahkan. Pucuk-pucuk baru yang tumbuh selepas itu bebas penyakit kanker. Limau purut merupakan tumbuhanagak tahan diserang perosak. Ianya berbeza dengan jenis-jenis limau lain dimana tanaman limau purut tidak menghadapi banyak masalah serangan perosak yang serius. Walau bagaimanapun pemerhatian di ladang menunjukkan terdapat tiga jenis perosak yang sering menyerang tanaman limau purut. Ke tiga-tiga perosak berkenaan ialah Ulat Melombomg Daun (Phyllocnistis citrella), Kumbang Makan Daun (Hypomeces squamosus) dan Kutu Teritip (Lepidosaphes beckii). Serangan ulat peliang daun menyebabkan terdapatnya kesan serangan pada daun yang merupakan alur melingkar lut sinar (transparent) atau keperakan, tunas atau daun muda mengerut, menggulung dan luruh. Daun yang diserang perosak tidak dapat dipetik untuk pasaran daun segar. Kawalan menggunakan racun serangga malathion, methidathion atau diazinon hanya perlu pada aras serangan yang tinggi.

Serangan daripada Kumbang Makan Daun (Hypomeces Squamosus) akan menyebabkan kerosakan pada tepi daun dan hujung daun. Kaedah kawalan adalah dengan menggunakan racun serangga yang sama dapat mengawal serangga perosak ini. Daun muda menjadi kesukaan kumbang ini untuk merosakannya. Penulis dapati serangan oleh Kutu teritip (Lepidosaphes beckii) juga sering berlaku pada anak semaian terutama anak semaian yang diletakkan di bawah teduhan. Serangan berlaku pada daun dan batang anak semaian dan dapat dikesan daripada gejala serangan yang merupakan daun berwarna kekuningan dengan bintik-bintik clorosis. Pada aras serangan yang serius daun akan gugur. Penelitian pada bahagian bawah daun dan batang pokok akan menunjukkan kehadiran kutu teritip ini. Kawalan dapat dilakukan dengan semburan racun serangga diazinon, phosphamidon atau methidhation. Penggunaan racun kimia terhadap tanaman limau purut sebaiknya dikurangkan atau dielakkan kerana kita akan memetik daun untuk digunakan. Pilih pesticide organik yang mesra alam. Baca dengan betul dan teliti jia menggunakan racun kimia.

Terdapat serangan penyakit tanaman limau purut. Antara penyakit utama yang menyerang limau purut ialah penyakit kanker yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Xanthomonas campestris var. citri. Gejala jangkitan penyakit ini ialah bintik-bintik kecil berwarna hijau gelap atau kuning pada permukaan daun (Sila lihat foto disebelah). Bahagian bawah daun pula menunjukkan tompok-tompok seperti gabus pecah dengan garis pusat 3-5 mm. Jangkitan sering kali berlaku pada musim kemarau selepas musim hujan. Kawalannya adalah dengan menyembur racun kulat berasaskan kuprum seperti copper oxychloride. Kawalan menyeluruh dilakukan pada awal musim hujan setiap tahun dengan melakukan cantasan dan aktiviti kawalan rumpai menggunakan racun rumpai jenis sistemik seperti jenis racun glyphosate. Kawalan rumpai ini secara tidak langsung menyebabkan semua daun luruh dan membebaskan tanaman daripada sumber penyakit. Tunas-tunas yang tumbuh selepas itu bebas daripada penyakit sehingga jangkitan baru berlaku.
Selain penyakit kanker, serangan kulapuk jelaga juga merupakan salah satu dari masalah utama yang boleh menjejaskan mutu daun limau purut. Apa yang berlaku adalah gejala pertumbuhan kulapuk jelaga menyebabkan permukaan daun diselaputi lapisan kulat berwarna hitam yang tebal (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada ia menjejaskan mutu daun lazimnya kehadiran lapisan kulapuk ini juga berkeupayaan akan merencatkan proses fotosintesis. Kulapuk jelaga bukan organisma parasit yang menyebabkan penyakit tetapi ia tumbuh pada rembesan bergula yang dikeluarkan oleh serangga penghisap seperti kutu daun, benah putih dan serangga penghisap lain. Kulapuk jelaga dapat dikawal dengan mengawal serangga yang mengeluarkan rembesan bergula. Bersambung pada artikel Herba - Limau Purut Part 4. Wasallam!.
LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pohonnya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada Limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 1 dan Part 3 untuk rujukkan anda.

Aktiviti menyediakan kawasan untuk menanam limau purut sama seperti penanaman buah yang lain. Kawasan tanaman yang dikenal pasti perlu dibersihkan daripada tumbuhan asal bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan penyakit akar. Kawasan dibajak piring sedalam 25-30 cm. diikuti dengan bajak putar lebih kurang dua minggu kemudian. Bajak putar menggemburkan tanah melalui pengurangan saiz ketulan tanah dan memusnahkan rumpai. Parit perlu digali di kawasan rendah bagi saliran air yang berlebihan. Saiz lubang tanaman berukuran 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m. Baja TSP (Triple Super Phosphate), kapur (kapur magnesium berkisar atau GML) dengan baja organik masing-masing pada kadar yang sesuai adalah 100 g dalam lubang yang bertindak atau digunakan sebagai baja asas. Kalau menanam dikawasan tanah rendah sebaiknya dibuat batas atau busut agar ia tidak ditenggelami air yang mana limau ini agak sensitif.

Benih Limau Purut merupakan komoditi yang laris dan agak sukar membelinya. Harga limau purut dipasar malam atau pasar tani yang berkualiti juga agak mahal berbanding dengan jenis anak benih buah-buahan lain. Penyediaan bahan tanaman pokok limau purut penting bagi menentukan perolehan hasil daun yang tinggi dan bermutu. Bahan tanaman biasanya disediakan melalui tiga kaedah iaitu biji benih, cantuman dan tut (marcoted). Kebanyakan benih limau purut yang ada dijual dipasaran dari kaedah tut (Sila lihat foto disebelah). Penyediaan benih tanaman melalui biji benih atau seeara generatif biasanya tidak diamalkan kerana anak benih berkenaan tidak rintang terhadap penyakit limau seperti reput akar Phytophthora, penyakit virus dan jangkitan nematod. Pembiakan dan penyediaan bahan tanaman melalui kaedah tut juga selalunya akan menghasilkan anak semaian yang mempunyai ketahanan yang sama seperti benih tanaman yang disediakan melalui biji benih. Biasanya bahan tanaman disediakan melalui cantuman pucuk atau cantuman mata tunas. Pokok penanti dipilih daripada varieti yang rintang penyakit reput akar, penyakit virus dan cacing nematod. Pokok penanti juga mesti mempunyai daya adaptasi persekitaran yang luas, tahan terhadap kemarau dan mempunyai sistem pengakaran yang kuat dan luas. Varieti pokok penanti yang biasa digunakan termasuk Rough lemon, Cleopatra, Troyer citrange dan Carizzo citrange.

Kawasan semaian perlu digemburkan sedalam 30-40 cm sebelum batas dibina. Jarak di antara batas lebih kurang 0.5-1 m. Baja organik pada kadar 1 kg/m2 digaulkan ke dalam batas semaian. Biji benih daripada pokok penanti disemai di batas semaian yang berukuran 1.5-2 m lebar. Biji ditanam di dalam alur dengan jarak tanaman 1.5 cm x 2.0 cm. Batas semaian perlu disiram mengikut keperluan. Peneduh perlu dibina bagi memberi naungan daripada terik matahari. Anak benih biasanya sedia untuk dipindahkan ke polibeg 3-5 bulan selepas disemai. Pada ketika ini anak semaian telah mencapai ketinggian sekitar 20 cm. Campuran medium untuk polibeg ialah baja organik, sekam atau gambut dan pasir pada kadar 1:1 :1. Benih sedia untuk cantuman apabila garis pusat batang berukuran lebih kurang 1 cm. Anak benih sedia untuk ditanam setelah meneapai ketinggian lebih kurang 60 cm. Pengusaha sering kali tidak menyediakan bahan tanaman sendiri. Sebaliknya bahan tanaman diperoleh dari pusat semaian atau nurseri yang lazimnya mendapat bekalan dari ladang persendirian atau mengimport benih tanaman dari negara jiran. Sekiranya anak benih dibeli dari nurseri, pemilihan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan anak benih yang dibeli berkualiti, tidak dijangkiti penyakit dan eacing nematod serta mempunyai akar serabut yang banyak.

Menanam limau puurut dikebun secara komersil perlukan persediaan rapi. Kawasan ladang dibersihkan daripada tanaman asal dan sisa baki tanaman asal dimusnahkan. Pelbagai sistem tanaman dan jarak tanaman dapat diamalkan. Antaranya adalah menanam dengan sistem baris berkembar 120 cm di antara pokok dan jarak di antara baris berkembar ialah 6 m. Dengan menggunakan kaedah ini kepadatan tanaman sehektar ialah sebanyak 2,300 pokok. Satu lagi jarak tanaman yang biasa diamalkan ialah 2.4 m di antara pokok dan 3 m di antara baris. Kepadatan tanaman menggunakan jarak tanaman ini ialah 1,380 pokok sehektar. Jarak tanaman kedua ini telah digunakan di salah sebuah ladang limau purut di Jeniang, Kedah (Gambar 2) dan menunjukkan pertumbuhan yang baik kerana pokok mempunyai ruang yang cukup untuk pertumbuhan sisinya. Lubang tanaman yang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm digali 2 minggu sebelum menanam. Tanah yang digali digaulkan dengan tanah permukaan dan 100 g baja organik. Kapur (GML) dan TSP pada kadar yang sama digaulkan di dalam lubang tanaman sebagai baja asas. Sebelum menanam, daun dan dahan yang berlebihan perlu dicantas. Pengurangan akar juga dilakukan. Ketika menanam pastikan akar tidak berlipat. Setelah anak pokok ditanam, pengairan secukupnya diberikan. Pengairan adalah kritikal pada peringkat awal pertumbuhan sehingga tanaman berumur lebih 2 tahun. Sistem pengairan menggunakan 'rain-gun' sesuai digunakan sekiranya terdapat sumber air yang mencukupi. Sungkupan berupa jerami atau daun kelapa diberikan selepas menanam. Semasa meletakkan sungkupan, tentukan sungkupan tidak menyentuh anak pokok bagi mengelakkan kerosakan pada perdu pokok. Kawalan rumpai dilakukan mengikut keperluan atau sebelum pemberian baja berikutnya. Penyulaman dilakukan terhadap anak tanaman yang mati atau tidak menunjukkan pertumbuhan yang menggalakkan. Artikel ini bersambunga dengan Part 1, Part 3 dan Part 4. Wasallam!.

LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah Citrus hystrix yang bermaksud 'Landak' dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 2 dan Part 3 untuk rujukkan anda.

Pokok limau purut boleh tumbuh dinegara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 m tinggi. Penulis pernah melihat pokok limau purut yang cukup besar tanpa dibuat cantasan di Melaka. Walau bagaimanapun jika dibandingkan dengan spesis limau lain didapati bahawa kadar pertumbuhan limau purut adalah perlahan. Beberapa kaedah seperti dengan pemangkasan yang teratur membolehkan ketinggian pokok limau purut dapat dikawal pada aras yang memudahkan kutipan daun (Sila lihat foto disebelah). Apa yang berlainan mengenai limau purut adalah bentuk daunnya yang unik. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor '8' dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila ia tua. Bahagian daun adalah yang paling banyak digunakan dalam masakkan terutama daun limau putut segar.Ia boleh juga dikeringkan tetapi kurang sedikit kandungan aromanya. Kulit buah limau purut berkedut dan isinya mengandungi jus yang sangat sedikit. Pada saya rasa jus perahan limau purut biasanya masam dan pahit. Walau bagaimanapun terdapat juga varieti yang berair dengan jus perahannya berasa manis. Buah limau purut juga sering digunakan dalam perubatan tradisional.

Khasiat dan kegunaan limau purut memang telah lama diketahui oleh masyarakat tempatan. Pastinya daun limau purut banyak digunakan sebagai perasa terutama dalam masakan Ala-Thailand seperti tomyam. Aroma dan rasa yang dikeluarkan oleh daun limau purut memberikan keistimewaan yang tersendiri dan dikatakan tidak dapat digantikan oleh herba jenis lain. Daun yang telah dikeringkan juga digunakan dalam pelbagai ramuan dalam perubatan tradisional dan mempunyai aktiviti antihistamina, antispasmodik, dan hipotensi. Selain itu, daun limau purut juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi tersat atau mandi wap. Kajian mutakhir pula menunjukkan bahawa daun limau purut segar berpotensi sebagai sumber yang berkesan sebagai penggalak anti tumor atau pencegah kanser. Secara tradisinya buah limau purut turut digunakan untuk mencuci rambut dengan mencampurkannya bersama bahan lain iaitu beluru atau sintok. Air yang diperah daripada buahnya pula digunakan untuk membunuh pacat selain digunakan untuk mencuci mulut dan dikatakan dapat menguatkan gusi. Air yang diperah daripada buahnya juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah zakar yang lemah apabila dicampurkan dengan lada hitam yang telah ditumbuk dan dijadikan minuman.
Kulit buah limau purut pula sering digunakan untuk membuat jamu dan digunakan untuk memeram, dan memberikan rasa dan aroma yang tersendiri terhadap masakan berdaging. Minyak pati yang diekstrak melalui proses penyulingan wap menggunakan kulit buah dan daun juga didapati mempunyai aroma yang khusus. Lazimnya apa yabg penulis lihat minyak pati ini banyak digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa. Memang agak sukar untuk mendapatkan minyak pati limau purut ini kerana kandungannya adalah sedikit dan perlukan peralatan dan kemahiran khas untuk mengekstrak. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit. Penggunaannya dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.
Dari segi kesesuaian tanah dan iklim, penulis merujuk beberapa penerbitan. Lazimnya limau purut perlukan keadaan cuaca seperti di Malaysia. Keadaan ini akan membolehkan tanaman limau purut di tanam dikebanyakan kawasan dari kawasan tanah rendah hingga 400 m dari atas laut. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25-30’C. Namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38°C. Tanaman limau purut juga memerlukan 5-6 bulan basah. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10m dan 10m berpasir dengan peratusan liat 7-27%, debu (silt) 25-50% dan pasir kurang daripada 50%. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5-6.5 dan pH optimum 6.0. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150-200 cm. Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 cm dari permukaan tanah pada musim hujan. Pemilihan kawasan penanaman yang sesuai menentukan kejayaan penanaman limau purut secara komersil. Artikel ini bersambung pada Part 2, Part 3 dan Part 4. Wasallam!.
LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)