Support My Blog

Showing posts with label FAKTA TENTANG KEMENYAN. Show all posts
Showing posts with label FAKTA TENTANG KEMENYAN. Show all posts

Monday, June 22, 2026

FAKTA TENTANG KEMENYAN (PART 2)

POKOK KEMENYAN (Styrax benzoin) ialah sejenis tumbuhan hutan tropika yang terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara dimana ia mampu untuk menghasilkan pproduk Kemenyan daripada kutipan resin atau getah wangi daripada batangnya yang keluar setelah dicederakan kulit pokoknya dan apabila dikeringkan dan dibakar ia akan mengeluarkan bau harum dan sering digunakan dalam pelbagai upacara tradisional. Pokok daripaa keluarga Straceae ini dilaporkan ada di jumpai di hutan Indonesia dan Malaysia dan di jadikan salah satu dari produk dari hutan yang bernilai tinggi di pasaran. POkok Kemenyan liar ia tumbuh didalam hutan tropika dimana pokok ini mampu mengeluarkan resin cair tetapi kemudian ia akan mengeras apabila kering atau sebagai 'damar' atau sejenis 'getah keras' di panggil sebagai kemenyan atau setamggi yang kemudian ia dibakar sebagai dupa. Kemenyan ini ia digunakan dalam industri wangian serta sebagai salah satu bahan dalam perubatan tradisional dan juga sebagai perisa dalam industri makanan tertentu. Mengenali akan habitat pokok kemenyan ini ia selelunya akan tumbuh subur di kawasan hutan tanah pamah dan kawasan berpaya di rantau ASEAN seperti Semenanjung Malaysia dan Sumatera yang berdekatan dengan garisan khatulistiwa. Dalam mengenali bahan Kemenyan atau juga di kenali sebagai 'frankincense' atau pun sebagai 'benzoin' adalah sejenis getah atau resin beraroma yang diperoleh daripada torehan batang pokok tertentu (seperti pokok Styrax benzoin). Apabila dibakar kemenyan maka ia akan mengeluarkan asap wangi dan sering digunakan dalam upacara keagamaan, perubatan tradisional dan juga dalam amalan aromaterapi. Apa pun di Malaysia dan negara Indoensia dimana secara tradisinya bahan kemenyan ia sering dikaitkan dengan amalan mistik walau pun ia sebenarnya mempunyai pelbagai kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. Antaranya kegunaaan sebenar kemenyan adalah didalam industri Aromaterapi dan juga sebagai Pewangi Ruangan apabila asapnya digunakan untuk mengharumkan rumah dan memberi kesan ketenangan minda. Kemenyan juga ada di gunakan meluas dalam industri perubatan dan dalam industri kosmetik apabila pati kemenyan mempunyai sifat antiseptik dan antiradang yang boleh membantu merawat masalah kulit, gatal-gatal serta menrawat akibat dari kes-kes gigitan serangga. Kemenyan juga secara tradisinya ia di gunakan sebagai kaedah atau cara dimana ia dipercayai membantu menghalau nyamuk, serangga perosak dan bau yang kurang menyenangkan di kawasan rumah. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kali pertama mengupas fajta penting tentang kemenyan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik mengetahui akan industri dan pasaran kemenyan dunia dimana ia  merangkumi dua jenis resin utama yang mempunyai fungsi berbeza di peringkat antarabangsa iaitu Produk Kemenyan Benzoin yang mana ia sering dikaitkan dengan produk kemenyan di Asia Tenggara) dan juga Jenis Kemenyan Arab (Frankincense yang di hasilkan dari pokok Boswellia). Jenis 
Kemenyan Benzoin (atau getah Styrax benzoin) ialah sejenis resin atau getah pokok yang apabila dibakar ia akan mengeluarkan aroma manis, hangat dan menyerupai vanila. Ia telah lama digunakan di seluruh dunia untuk tujuan keagamaan, perubatan tradisional, dan juga sebagai bahan asas dalam industri pembuatan minyak wangi. Bagi Jenis kemenyan ini ia berasal dari resin yang diperoleh iaitu daripada torehan kulit kayu pokok dari genus Styrax yang banyak tumbuh di Asia Tenggara terutamanya di kawasan seperti Sumatera, Indonesia.  Apa pun kegunaannya adalah ia sebagai wangian atau minyak wangi yang digigunakan secara meluas oleh pembuat minyak wangi sebagai pengikat aroma (fixative) supaya bauan lain tahan lebih lama. Ia digunakn sebagai bahan terapi dan meditasi dan ia sering dibakar sebagai dupa kerana aromanya memberikan ketenangan, melegakan tekanan, dan membantu menyokong pernafasan. Dalam rawatan perubatan tradisional dimana ia mempunyai sifat antiradang dan selalu digunakan dalam perubatan herba atau minyak sapu. Dilaporkan jumlah pengeluaran global adalah sekitar 1,000 -1,500 tan metrik setahun dengan negara Indonesia merupakan negara pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia yang mampu membekalkan sehingga 80% keperluan pasaran antarabangsa dengan jumlah eksport mencecah sekitar 43,000 tan resin bernilai lebih USD 52 juta (termasuk nilai dagangan pukal). Negara pengeluar lain merangkumi Laos dan Vietnam untuk jenis Siam Benzoin. Kedua Jenis Kemenyan Arab (Frankincense) dimana jumlah pengeluaran resin global dianggarkan sekitar 12,000 hingga 15,000 tan metrik setahun. Pengeluaran ini didominasi oleh negara-negara di benua Afrika dan Timur Tengah seperti Somalia, Oman dan Ethiopia dan di peringkat antarabangsa, getah asli ini diproses secara hiliran menjadi produk bernilai tinggi untuk industri wangian (parfum), industri kosmetik, industri farmaseutikal dan aromaterapi global. Kini negara pengeluar utama kemenyan bergantung kepada jenis kemenyan yang dihasilkan pertama Indonesia yang mana ia merupakan pengeluar dan pengeksport kemenyan (jenis Styrax benzoin atau kemenyan benzoin) terbesar di dunia. Kemenyan ini banyak dihasilkan di wilayah Sumatera Utara seperti kawasan Danau Toba, Tapanuli Utara dan Humbang Hasundutan. Dalam pada itu negara Somalia pula terkenal sebagai negara pengeluar utama dunia bagi jenis kemenyan Frankincense (spesies Boswellia) yang banyak digunakan untuk pembuatan minyak wangi dan upacara keagamaan. Ada dilaporkan yang negara Laos dan Thailand adalah pengeluar utama bagi kemenyan jenis Siam (spesies Styrax tonkinensis).


Penting fakta dimana kemenyan (getah pokok) digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional dan dalam cara perubatan moden serta dala rawatan aromaterapi dan dapat menghasilkan produk komersial lain. Mengenali fakta iaitu jenis kegunaan utamanya merangkumi Industri Perubatan dan Industri Farmasi bila ia mampu membantu mengcairkan kahak
 (ubat ekspektoran) serta dapat melegakan isu atau masaalah kembung perut dan ada ia digunakan sebagai bahan antiseptik dan sapuan untuk merawat isu radang kulit. Dalam industri kosmetik dan industri pewangi dilaporkan kemenyan adalah ia menjadi bahan asas dalam industri minyak wangi dan produk penjagaan diri yang lazim. Sementara itu dalwam aromaterapi selalunya kemenyan ia akan dibakar sebagai dupa atau kemenyan arab (bakhoor) yang di gunakan untuk mewangikan ruang dan membantu menenangkan minda sesiapa berada didalamnya dan ia menghidunya. Aktiviti pembakaran kemenyan menghasilkan asap yang mengandungi bahan kimia toksik (seperti bahan jenis formaldehid dan benzen) serta habuk halus yang mana di laporkan kesannya ia boleh menjejaskan kesihatan. Antara bahaya utamanya adalah kemungkinan boleh ada ancaman atau Berisiko Kanser apabila berlaku pendedahan jangka panjang kepada asap kemenyan ianya juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser paru-paru dan saluran pernafasan. Dalam kes lain ada ancaman kemenyan kepada masalah iaitu seistem pernafasan sebab asap ini ia boleh memburukkan gejala asma atau lelah yang menyebabkan keradangan paru-paru bermasaalah dan kesukaran untuk bernafas. Kalangan mereka yang ada kes keradangan dan alahan dengan sedutan asap boleh mencetuskan sakit kepala, kerengsaan mata serta kesan seperti ruam kulit bagi individu sensitif. Ada juga di laporkan ancaman kemenyan diana selain kesan kesihatan fizikal dimana aktiviti pembakaran kemenyan secara tertutup juga berisiko menjadi punca kebakaran dan menyumbang kepada pencemaran udara dalam rumah. Menurut Garis Panduan KKM dimana penggunaan secara kerap tanpa pengudaraan yang baik sangat tidak digalakkan di Malaysia.


Meninjau akan harga kemenyan di pasaran Malaysia sangat berbeza bergantung pada jenis, gred, dan kuantiti. Secara purata dimana harganya bagi Jenis Kemenyan Biasa (Hitam atau Putih) dijual sekitar RM1.50 untuk 50g atau mencecah RM10 untuk 200g didalam pek asli hutan di atas talian Lazada. Bagi Jenis Kemenyan Arab (Luban) ia berharga sekitar RM14.00 - RM25 bagi setiap 100g dijuagl atas talian. Ketiga bagi Jenis produk Kemenyan Kristal (Gred Premium) diman ia memang mahal dan jenis gred tinggi atau jenis kristal boleh mencecah sehingga RM100 bagi setiap pek dipasaran. Apa pun produk k menyan memang ia sering dikaitkan dengan pelbagai mitos mistik dalam masyarakat Melayu, terutamanya tanggapan bahawa asapnya digunakan untuk memuja roh atau makhluk halus. Dari sudut perubatan Islam dimana dengan cara membakar kemenyan untuk tujuan wangi-wangian adalah hukumnya 'Harus' namun ia menjadi salah apabila dikaitkan dengan kepercayaan karut. Penulis blog ada juga merujuk beberapa perbezaan antara fakta sebenar dan mitos mengenai kemenyan. Di antara 'Mitos Popular' dimana kemenyan ianya memang dikaitkan dengan acara 'memanggil makhluk halus' sebagai astu mitos utama yang sering digambarkan dalam filem seram di mana asap kemenyan dianggap sebagai medium wajib untuk menyeru jin atau hantu. Ia dilaporkan sebaai satu amalan syirik dengan tanggapan bahawa setiap individu yang membakar kemenyan pasti terlibat dengan ilmu hitam atau pemujaan. Ada juga mitos berkaitan Kemenyan Sebagai Perantara Bomoh dimana ia jyga dipercayai sebagai 'makanan' atau syarat utama untuk menjampi pesakit. Bagaimana pun fakta sebenar dimana kemenyan merupakan satu kaedah aromaterapi purba yang lazim apabila kalangan tabib atau pengamal perubatan iaitu secara tradisional zaman dahulu menggunakan kemenyan sebagai aromaterapi untuk menenangkan fikiran pesakit. Apa pun yang pasti dimana kemenyan adalah bahan 'Penghalau serangga' yang berkesan dimana asapnya yang wangi berupaya menghalau nyamuk dan serangga perosak secara semula jadi. Paling pasti adalah kemenyan yang di bakar akan hasilkan 'Pewangi Ruangan' dimana didalam Islam, ia adalah bahan pewangi tradisional yang digunakan untuk tujuan baik dalam cara mengharumkan rumah atau surau semasa majlis keagamaan yang di lakukan.


Menarik dalam portal hmetro.com dimana kisah 'Hasil hutan RM200,000 berjaya dirampas, premis aktif proses kemenyan' yang di laporkan dari Kuantan hasil dari intipan berterusan selama dua minggu berjaya menemukan premis yang menyimpan lebih 5.71 tan kayu damar tanpa cukai bernilai lebih RM200,000 di Kawasan Perindustrian Benus, Bentong, Pahang. Dalam operasi bersepadu diketuai Unit Tindakan Khas (UTK) Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong itu dimana kerajaan turut merampas dua guni kemenyan proses seberat 53 kilogram (kg), 18 batang kayu arang dan 17 batang kayu damar minyak pelbagai saiz. Ketika serbuan dilakukan terdapat seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun dalam premis berkenaan dimana hasil siasatan mendapati premis berkenaan sudah pun menjalankan aktiviti memproses dan memperdagangkan hasil hutan secara haram. Penemuan kayu teras atau isi kayu pokok damar minyak dan pokok kayu arang termasuk pokok kayu kemenyan turut digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan sembahyang Cina dimana dengan pengusaha mendakwa bekalan bahan mentah diterima daripada beberapa individu tempatan termasuk diimport dari negara jiran. Hasil dari siasatan mendapati premis berkenaan berselindung dengan aktiviti memproses kemenyan pada waktu malam dan pemiliknya mendakwa tidak mengetahui damar dan teras kayu dan kemenyan sebagai hasil hutan yang perlu dibayar cukai. Kemudian di periksa dimana pemilik premis telah pun gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah untuk membenarkan penyimpanan dan pemprosesan hasil hutan tersebut di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Berlaku kes pencemaran debu turut berlaku dalam premis terbabit yang mengundang pencemaran udara di kawasan terbabit. Hasil hutan disita dan laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Akta 313 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya. Pihak Jabatan juga dakwa mereka tidak menolak kemungkinan terdapat ramai individu aktif mencari hasil hutan seperti damar dan teras kayu di daerah ini, malah turut menceroboh ke kawasan hutan simpan. Dalam oerasi turut membabitkan Unit Penguatkasaan JPNP Zon Barat (UPKB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Bentong (MPB), serta Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dimana aspek kejayaan operasi kali ini membuktikan komitmen berterusan JPNP khususnya PHD Bentong dalam membanteras ketirisan hasil hutan dan memastikan khazanah alam negara terpelihara daripada eksploitasi secara haram. Apa pun kalangan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan hasil hutan diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA KEMENYAN... WANGI BAUNYA....
DARI POKOK...DI TOREH KERAS JADINYA...
BANYAK DIGUNA... RAMAI TAK PERCAYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Muharam 1448H).

Sunday, June 21, 2026

FAKTA TENTANG KEMENYAN (PART 1)

POKOK KEMENYAN (Styrax benzoin) ialah sejenis tumbuhan hutan tropika yang terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara dimana ia mampu untuk menghasilkan produk Kemenyan daripada kutipan resin atau getah wangi daripada batangnya yang keluar setelah dicederakan kulit pokoknya dan apabila dikeringkan dan dibakar ia akan mengeluarkan bau harum dan sering digunakan dalam pelbagai upacara tradisional. Pokok daripada keluarga Straceae ini dilaporkan ada di jumpai di hutan Indonesia dan Malaysia dan di jadikan salah satu dari produk dari hutan yang bernilai tinggi di pasaran. Pokok Kemenyan liar ia tumbuh didalam hutan tropika dimana pokok ini mampu mengeluarkan resin cair tetapi kemudian ia akan mengeras apabila kering atau sebagai 'damar' atau sejenis 'getah keras' di panggil sebagai kemenyan atau 'setanggi' yang kemudian ia dibakar sebagai dupa. Kemenyan ini ia digunakan dalam industri wangian serta sebagai salah satu bahan dalam perubatan tradisional dan juga sebagai perisa dalam industri makanan tertentu. Mengenali akan habitat pokok kemenyan ini ia selelunya akan tumbuh subur di kawasan hutan tanah pamah dan kawasan berpaya di rantau ASEAN seperti Semenanjung Malaysia dan Sumatera yang berdekatan dengan garisan khatulistiwa. Dalam mengenali bahan Kemenyan atau juga di kenali sebagai 'frankincense' atau pun sebagai 'benzoin' adalah sejenis getah atau resin beraroma yang diperoleh daripada torehan batang pokok tertentu (seperti pokok Styrax benzoin). Apabila dibakar kemenyan maka ia akan mengeluarkan asap wangi dan sering digunakan dalam upacara keagamaan, perubatan tradisional dan juga dalam amalan aromaterapi. Apa pun di Malaysia dan Indoensia dimana secara tradisinya bahan kemenyan ia sering dikaitkan dengan amalan mistik walau pun ia sebenarnya mempunyai pelbagai kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. Antaranya kegunaaan sebenar kemenyan adalah didalam industri Aromaterapi dan juga sebagai Pewangi Ruangan apabila asapnya digunakan untuk mengharumkan rumah dan memberi kesan ketenangan minda. Kemenyan juga ada di gunakan meluas dalam industri perubatan dan dalam industri kosmetik apabila pati kemenyan mempunyai sifat antiseptik dan anti-radang yang boleh membantun bagi merawat masalah kulit, gatal-gatal serta menrawat akibat dari kes-kes gigitan serangga. Kemenyan juga secara tradisinya ia di gunakan sebagai kaedah atau cara dimana ia dipercayai membantu menghalau nyamuk, serangga perosak dan bau yang kurang menyenangkan di kawasan rumah. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kali pertama mengupas fajta penting tentang kemenyan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Bagi sesetengah generasi millenium ini mungkin ramai yang tidak pernah melihat atau mengenali kemenyan lagi dimana mereka lebih tahu mengenai Handphone dan Internet. Apa pun kemenyan (atau benzoin) merupakan getah atau resin kering yang diperoleh daripada pelbagai spesies pokok genus Styrax spp dari keluarga Styraxceae yang banyak terdapat di hutan Asia Tenggara seperti di Malaysia dan Indonesia walau pun ia juga ada spesis lain di negara lain. Apa pun lazimnya kalangan masyarakat dimana kemenyan ia sering dibakar untuk dapat mengeluarkan asap beraroma harum dan digunakan secara meluas dalam aromaterapi atau didalam beberapa upacara keagamaan tertentu serta ada di gunakan didalam industri wangi-wangian. Perlu di kongsikan fakta dimana secara amnya ada terdapat dua kategori utama kemenyan di pasaran tempatan iaitu kategori kemenyan Berdasarkan Kepada Warna iaitu Jenis Kemenyan Putih dan Jenis Kemenyan Hitam. Jenis Kemenyan Putih ia dikenali dengan tekstur yang lebih bersih dan mengeluarkan aroma yang lebih lembut dan menenangkan dimana lazimnya ia sangat digemari untuk meditasi dan aromaterapi harian. 
Kemenyan putih pada asasnya ialah getah (resin) kering daripada pokok genus Styrax (seperti Styrax benzoin) atau Boswellia (kemenyan Arab) yang diproses dan ia berbeza daripada kemenyan hitam melalui warna, bentuk dan juga campuran bahan di dalamnya. Jenis Kemenyan Putih Styrax (Benzoin) adalah ia berasal dari pokok hutan di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan juga dari Indonesia. Resin ini berwarna jernih hingga putih kekuningan dimana ia mempunyai bau manis seperti vanila dan sering digunakan dalam perubatan tradisional, aromatherapy, dan pembuatan minyak wangi. Ada Jenis Kemenyan Putih Paal Sambrani yang manan jenis ini ia sangat popular dalam tradisi masyarakat India. Ia biasanya berbentuk serbuk putih atau ketulan kecil yang diadun iaitu bersama herba wangi lain untuk upacara keagamaan dan meditasi. Ada juga dilaporkan Jenis Kemenyan Arab Putih (Frankincense) didapatkan dari getah dari pokok Boswellia. Ia berwarna putih atau jernih kekuningan dimana ia mampu mengeluarkan aroma sitrus atau bau kayu yang agak mewah apabila dibakar dan telah digunakan sejak zaman purba. Kedua adalah Jenis Kemenyan Hitam dimana ia memang mempunyai tekstur yang lebih gelap dan aroma yang lebih pekat dan kuat. Kemenyan hitam ialah sejenis getah kayu (resin) aromatik daripada spesies pokok Styrax yang akan menghasilkan bau sangat wangi, berat dan tahan lama apabila dibakar. Jenis ini ia berbeza daripada kemenyan putih yang manan ia biasanya lebih pekat, berwarna gelap atau berwarna kehitaman dan kerap digunakan sebagai bahan asas wangian (minyak wangi), aromaterapi, serta pelbagai upacara khas atau acara tradisional. Kemenyan hitam dan pelbagai jenis kemenyan lain digunakan untuk tujuan dalam rawatan seperti aromaterapi dan sebagai haruman seperti ia mengharumkan ruang, mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan. Ia juga ada digunakan sebagi kaedah perubatan tradisional seperti dijadikan ekstrak untuk melegakan sengal-sengal dan merawat masalah angin dalam badan. Di Malaysia dan juga dalam pasaran tempatan biasanya boleh menemui dua jenis kemenyan hitam sama ada Jenis Kemenyan Hitam Cecair (atau pekat) dimana ia kerap didatangkan dalam botol dengan kepekatan bau yang sangat kuat dan juga Jenis Kemenyan Hitam Ketulan (seperti batu). Seterusnya kemenyan boleh di kelaskan mengikut Kategori Berdasarkan Spesies Pokok (Wilayah) seperti Jenis Kemenyan Toba (Styrax sumatrana atau Styrax paralleloneurum) yang tumbuh dan berasal dari Sumatera Utara dimana ia adalah antara jenis yang paling berkualiti tinggi dan mahal di dunia kerana keharuman resin balsamiknya yang kuat. Ada juga Jenis Kemenyan Siam (Styrax tonkinensis) yang mana ia berasal dari kawasan Indochina (seperti Laos dan Thailand) dimana jenis ini ia sangat popular dalam industri minyak wangi antarabangsa kerana baunya yang manis seperti vanila. Ada juga Jenis  Kemenyan Bulu (Styrax benzoin) dimana spesies ini juga banyak terdapat di rantau Nusantara dan digunakan untuk menghasilkan damar kemenyan tradisional. Dalam kes lain di laporkan dimana selain kemenyan asli (resin) ada terdapat juga jenis-jenis lain seperti Jenis Kemenyan Arab (Bukhoor) dan Jenis Kayu Gaharu yang turut dikategorikan sebagai bahan wangi-wangian berasap.  

 
Mendapatkan Kemenyan yang mana ia diekstrak daripada getah atau resin kering pokok genus Styrax (terutamanya Styrax benzoin) yang keluar bila kulit pokok ini di cederakan (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan hutan telal di tropika dan proses pengeluarannya dilakukan melalui suatu kaedah penyadapan kulit kayu (mirip menyadap pokok getah) oleh kalangan petani atau pengusaha kemenyan. Cara dalam proses pengekstrakan kemenyan memerlukan proses yang rumit dan memenatkan. Proses pertama adalah petani peru tahu didalam Proses Pemilihan Pokok dimana hanya pokok kemenyan yang cukup matang dan berumur antara 7 hingga 10 tahun sahaja akan dipilih untuk disadap. Kalau pokok tersebut tinggi maka petani menggunakan tangga daripada tangga buluh atau tangga tali atau tangga lain untuk panjang setinggi yang mampu untuk mengekstraknya. Proses kedua petani perlu Melukis atau Menoreh Kulit pada pokok kayu tersebut dimana cara torehan ini akan melukai bahagian kulit dengan cara menggunakan alat khas (seperti alatan tajam) untuk merangsang pokok mengeluarkan getahnya. Getah ini akan mengalir pada kulit pokok dengan lembik dan kemudian akan mengeras sebelum ia di kutip. Seterusnya pula adalah Proses 
Penyimpanan dan Pengerasan dimana getah yang berwarna putih yang keluar akan dibiarkan melekat pada batang dan mengeras akibat terdedah kepada udara dimana dilaporkan ia pada kebiasaannya mengambil masa kira-kira 3 hingga 6 bulan lamanya. Jadi kalau kulit kayu ini ia di toreh pada bulan Januari makan ia akan mengeras pada bulan April sehingga Jun. Seterusnya adalah Proses Penuaian (Keros) iaitu semua getah yang telah keras dan berbentuk gumpalan akan dikikis atau dikerok atau diambil dari batang pokok kemenyan ini adalah seterusnya perlu diproses. Apa pun kualiti produk kemenyan biasanya ditentukan oleh warna getah dimana penulis blog pernah melihat dengan gred yang paling tinggi berwarna putih kemudian ia diikuti dengan getah yang berwarna kuning dan yang berwarna hitam.


Proses penting didalam menyediakan produk kemenyan adalah semua kutipan atau tuaian getah kemenyan mentah iaitu merupakan getah atau resin kering yang diperolehi dari pokok kemanyan (jenis pokok Styrax) yang apabila dibakar ia akan dapat menghasilkan aroma wangi yang khas. Hasil kemenyan ini ia merupakan sejenis komoditi tradisional yang digunakan secara meluas sebagai aromaterapi dan sebagai bahan asas industri wewangian mewah (perfume) dan keperluan keagamaan atau kerohanian beberapa komuniti keagamaan. Mengenali akan fakta iaitu ciri utama kemenyan mentah dimana ia selalunya adalah mempunyai bentuk yang berupa bongkahan kristal padat atau dalam bentuk butiran batu atau ia kadang kala adalah berupa serpihan getah. Di pokok dimana ada beberapa jenis hasil kemenyan mentah yang umumnya ia dibezakan kepada kemenyan putih, kemenyan hitam dan kemenyan Arab (Luban). DIseluruh dinia dimana kegunaan kemenyan ini ia sering di gunakan dan di proses kemenyan menjadi minyak pati untuk industri perfume atau minyak wangi premium yang berjenama dan dalam industri farmasi serta beberapa produk yang mewah. Apa pun di pasaran tempatan Malaysia dimana produk kemenyan mentah atau batu kemenyan ia mudah didapati di kedai-kedai runcit tradisional atau didalam platform e-dagang dengan harga sekitar RM5.00 -RM25.00 satu set bergantung pada gred dan kuantiti. Jenis kemenyan mentah adalah getah kering daripada pokok Styrax yang diproses menjadi pelbagai produk bernilai tinggi seperti aromaterapi, minyak wangi, dan bahan farmasi. Selalunya semasa Proses Pembersihan dan Penggredan perlu di asingkan kemenyan mentah daripada sisa kulit kayu atau kotoran dimana gred kemenyan kepada beberapa kualiti (gred putih adalah yang paling berkualiti dan mahal, diikuti kuning dan hitam). Ada juga aktiviti seperti Pemprosesan Asas (Serbuk Kemenyan) yang mana ia ada yang perlu di kisar atau di tumbuk dari ketulan kemenyan mentah sehingga menjadi serbuk yang sangat halus dan mudah di gunakan dan di pasarkan. Ia di tapis serbuk tersebut untuk mendapatkan tekstur yang sekata bagi tujuan pembuatan colok, 
dupa atau serbuk aromaterapi. Ada juga produk kemenyan dalam bentuk Pengekstrakan Cecair (Minyak Kemenyan untuk Aromaterapi) dengan kaedah iaitu mencampurkan serbuk kemenyan dengan pelarut seperti etanol (alkohol gred khas) dan tapis. Apa pun bagi tujuan  industri mewah boleh di lakukan cara penyulingan wap (steam distillation) digunakan bagi mengekstrak produk pati minyak kemenyan tulen. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA KEMENYAN... WANGI BAUNYA....
DARI POKOK...DI TOREH KERAS JADINYA...
BANYAK DIGUNA... RAMAI TAK PERCAYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Muharam 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...