Support My Blog

Saturday, January 31, 2026

KULIT LEMBU DAN FAKTANYA

KULIT LEMBU (Cowhide)
 adalah lapisan luar tubuh lembu yang telah disembelih dan kemudian ia diproses untuk pelbagai kegunaan daripada dijadikan sebagai sejenis sumber makanan tradisi sehinggalah kepada bahan dijadikan pelbagai produk dalam industri kulit dan pembuatan barangan mewah.  Ada dua kegunaan utama kulit lembu di seluruh dunia iaitu yang pertama Kulit Lembu Sebagai Sumber Makanan dimana ia di jadikan belulang atau Lulang (kulit lembu kering) terutama di Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kulit lembu dikenali dengan nama tradisi seperti Jangek, Belulang atau Lulang. Selalunya kulit lembu segar akan diproses dahulu melalui beberapa peringkat bermula dengan membakarnya bagi membuang bulu dan diikuti dengan merebus lama iaitu sehingga lembut dan paling utama adalah kerja mengikis lapisan lemaknya sebelum di jemur sehingga kering atau ia boleh terus dimasak. Bagi penulis blog di kampong duu memang menunggu-nungu akan kulit lembu (selalunya hanya akan ada semasa Hari Raya Qurban) apabila kulit lembu tersebut di agihkan untuk di makan. Penulis blog paling suka makanan dari kulit lembu adalah resepi Masak Lemak Cili APi, Sambak Kulit Lembu atau Sambal Taun dan paling popular di Indonesia di buat Keropok Kulit Lembu. Makanan jenis ini dilaporkan sangat
 kaya dengan protein dan kolagen. Kedua mengenai kegunaan kulit lembu adalah ia dijadikan Sebagai Bahan Industri (Leather) dimana kulit lembu dianggap antara bahan yang paling tahan lama dan berkualiti tinggi dalam industri pembuatan berasaskan kulit. Ada banyak jenis produk barangan di buat dan ia digunakan untuk menghasilkan kasut, beg tangan, tali pinggang, baju jaket dan kemasan perabot. Dalam industri kulit dimana produk dari terutama bagi jenis Kulit Lembu signifikan dalam dunia fesyen dan aksesori iaitu dijadikan kasut, beg, dompet, tali pinggang, jaket, sarung tangan. Dalam industri perabot pula kulit di proses menjadi pelapis sofa, kerusi, kusyen dan perabot kulit lain. Dalam industri automotif pula ia menjadi hiasan dalaman kereta seperti kusyen kereta, stering dan dashboard. Alatan musik juga banyak gunakan kulit seperti drum, kompang, gendang dan sebagai sarung alat muzik. Proses seperti penyamakan mengubah kulit mentah menjadi bahan yang stabil dan tahan lama, menjadikannya bahan yang sangat berharga dalam pelbagai industri. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting kukit asli haiwan sebagai bahan rujukkan semua.


Penting mengetahui fakta mengenai Gred Kulit dimana ia te
rbahagi kepada empat jenis kualiti seperti Full Grain (kualiti tertinggi), Top Grain, Split Leather. dan Bonded LeatherSelain barangan fizikal, kolagen daripada kulit lembu juga diproses menjadi gelatin bovine untuk kegunaan kapsul ubat dan bahan makanan. Sebenarnya gred kulit 'Full Grain' adalah jenis kulit paling berkualiti tinggi kerana ia menggunakan lapisan kulit terluar (top layer) sepenuhnya. Cirinya adalah ia termasuk semua tanda semulajadi seperti parut dan kedutan, menjadikannya sangat tahan lasak, tahan lama dan mempunyai corak unik yang mempamerkan ciri akan keasliannya tanpa proses sanding atau buffing untuk tujuan menyembunyikan kelemahan. Kulit jenis ini akan membentuk patina yang cantik seiring masa, menjadikan produknya lebih berharga dan menarik dari tahun ke tahun. Gred ini dianggap sebagai gred kulit paling baik dan paling mahal dimana ia akan menggunakan seluruh ketebalan kulit teratas iaitu ia termasuk epidermis (lapisan di mana bulu melekat). Gred ini juga ia tahan lasak, sangat kuat, tahan haus dan tahan lama kerana struktur semulajadinya tidak diubah. Mempunyai corak uni seperti ada tanda semulajadi seakan parut atau kedutan dimana ciri ini membuktikan keasliannya dan menjadikannya unik. Kegunaan kulit gred ii adalah untuk barangan mewah seperti beg tangan, tali pinggang, kasut, perabot, dan bagasi kelas atas. Jenis kedua iaitu Gred Top Grain ialah kulit berkualiti tinggi yang diambil dari lapisan teratas kulit haiwan, namun permukaannya telah digosok (sanded) atau sudah siap dibersihkan untuk membuang kecacatan semula jadi seperti parut dan akan menjadikannya lebih licin dan sekata akan tetapi kurang lasak berbanding full grain dan kualitinya ia juga kurang berkembang patina semula jadi. Ia masih tahan lasak dan mudah diwarnakan serta ia sering digunakan untuk barangan mewah, perabot dan beg tangan. Gred ini ciri permukaanya licin dan seragam kerana kecacatan telah digosok atau dibersihkan dan kadang kala dicop corak buatan. Ketahanan gred ini masih tahan lasak tetapi kurang tahan lama berbanding full grain kerana lapisan atas yang mana ia mengandungi gentian paling kuat telah dibuang sedikit. Ia juga di jadikan dibuat beg tangan, perabot, kasut, dan barangan fesyen kerana penampilan yang kemas. Bagi Gred Kulit Jenis  Split Leather adalah gred yang berasal dari lapisan dalaman sembunyikan apabila lapisan atas telah dikeluarkan untuk kulit penuh atau kulit atas. Ia kurang tahan lama berbanding dengan dua sebelumnya dan biasanya mempunyai bijirin tiruan yang timbul di atasnya untuk menjadikannya kelihatan lebih baik. Ia biasanya dijumpai dalam barang-barang kulit yang lebih rendah kualitinya di pasaran dan kurang tahan lama serta tudak berapa unik coraknya. Satu lagi gred kulit lembu adalah Jenis Bonded Leather iaitu sejenis bahan tiruan yang dibuat daripada sisa-sisa potongan kulit asli (serpihan dan gentian) yang dicampur dengan agen pengikat seperti poliuretana atau lateks, kemudian direkatkan bersama pada lapisan sokongan (seperti kertas atau fabrik) dan dicap untuk menyerupai kulit asli. Ia lebih murah daripada kulit asli kerana menggunakan sisa-sisa kulit, tetapi biasanya mengandungi hanya 10-20% kulit asli.


Semua jenis kulit haiwan terutama lembu dan kambing ia perlu di proses dengan tahap tertentu sehingga sesuai di makan atau dijadi produk berasaskan kulit. Bagi jenis k
ulit lembu ia ialah sejenis bahan makanan tradisi yang popular iaitu dalam masakan Melayu dan Jawa. Apa pun memang makanan dari kulit ini ia kaya dengan kolagen dan lazimnya diolah menjadi hidangan pedas seperti gulai, masak lemak cili api, atau sambal taun (Sila lihat foto disebelah) akan tetapi memerlukan proses pembersihan, mereneh dan direbus yang teliti sebelum dimakan untuk melembutkannya dan menghilangkan bau hamis. Kenal akan ciri-ciri kulit ini dimana pada asalnya ia keras tetapi menjadi sangat lembut dan kenyal selepas direbus lama dan di hiris sebelum di masak. Kehebatan nutrisi kulit ini memang ia didakwa tinggi kolagen yang memberikan manfaat awet muda. Semua kulit segar akan di proses dari pembersihan iaitu membuang bulu, bersihkan kotoran dengan berus dawai. Ia kemudian mesti di rebus selama beberapa jam untuk dapat melembutkan dan menghilangkan bau hanyir. Kemudian kulit yang direbus akan di potong dan dihiris kecil-kecil dan boleh dimasak dengan pelbagai bahan seperti cili padi, petai, kicap, atau dalam gulai. Kulit yang siap di proses ada dijual terutama di beberapa lokasi dimana penulis blog pernah membelinya di PAsar Tani Segamat semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat dahulu. Perlu tahu di Malaysia bahawa kulit lembu ini bukan sekadar kulit sahaja akan tetapi ia adalah salah satu bahan masakan warisan yang lazat jika diolah dengan betul dan dijadikan sumber protin serta kolage yang signifikan. Proses membersihkan kulit lembu untuk masakan melibatkan beberapa langkah utama pertama di garam dan dijemur iaitu disapu garam dan kemudian ia  dijemur seminggu. Seterusnya perlu di bakar (bahagian dalam terdedah pada api hingga kembang dan kemudian perlu di rendam serta dikikis (rendam semula, kikis lemak dan bulu hingga bersih). Seterusnya ia mesti direbus (direbus selama  6 - 8 jam atau lebih dan dikikis lagi jika perlu) untuk tujuan ia akan menghilangkan bau hanyir dan lemaknya dan akhirnya baru ia boleh dipotong dadu untuk dimasak lauk seperti masak lemak.


Mencari fakta akan khasiat kulit lembu terutama terletak pada kandungan kolagen dan protein yang tinggi dimana ini akan membantu kesihatan kulit menjadi lebih anjal dan awet muda. Ia juga akan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan akan mengurangkan sakit sendi, melancarkan pencernaan, serta menguatkan tulang dan otot, walaupun sering dimakan dalam hidangan pedas atau gulai. Kulit lembu juga digunakan sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kulit seperti lemak lembu (beef tallow) yang melembapkan kulit. Dalam kulit lembu juga ada zat Gelatin dan Kalogen dimana ia bagus untuk kesihatan kulit apabila zat kolagen membantu kulit kekal tegang, muda dan membantu mengurangkan kedutan. Zat protein dalam kulit ia penting untuk membina dan memelihara sel serta tisu tubuh seperti tulang, otot, jantung dan rambut. Apa puk bahan kolagen dilaporkan ia dapat mengurangkan sakit sendi atau sakit keradangan dan membantu penyerapan kalsium untuk tulang kuat. Makan kulit di laporkan akan memberi kean kenyang lama dan bagus untuk kurangkan berat badan serta ia membantu melancarkan sistem pencernaan. Zat vitamin dan nutrien di dalamnya boleh membantu melancarkan peredaran darah. Kulit lembu kaya dengan protein dan juga zat kolagen yang menjadikannya bermanfaat untuk kesihatan luaran iaitu bahagian kulit) dan masaalah dalaman seperti isu sakit sendi dan bantu proses pencernaan sama ada dimakan atau digunakan sebagai bahan kosmetik.


Harga kulit lembu termasuk harga bagi belulang di Malaysia bervariasi mengikut gred dan sama ada sudah dibakar atau belum akan tetapi selalunya dijual pada harga sekitar RM16.00 - RM25.00 setiap kilogram. Apa pun penulis blog dapati dimana ada kulit lembu yang dijual iaitu dengan yang premium dimana jika ia sudah siap dibakar maka hargaya adalah lebih mahal dan bagi jenis kulit gred C lebih harganya adalah murah. Harganya dipengaruhi oleh ciri kelembutan, kebersihan. tidak berbau hanyir dan kemudahan kulit lembu tersebut siap untuk dimasak atau tidak perlu direbus lagi di rumah dan sesuai utuk terus di maska. Pernah ada dijual kualiti kulit lembu gred premium (gred A) di pasar tani dengan harga RM25.00/kg dan boleh berubah ikut musim dan bulan. Dalam pada itu kulit lembu gred C yag masih mentah da siap di rebus adalah sekitar RM16.00/kg. Setelah membeli makan ia akan di masak dimana resepi kulit lembu adalah hidangan tradisional yang lazat, biasanya dimasak pedas seperti tumis atau masak lemak cili api. IA menggunakan kulit lembu yang telah direbus lembut dan dipotong dan ia kemudian ditumis dengan rempah ratus seperti bawang merah, bawang putih, cili, daun salam, dan perasa seperti kicap, sos tiram, gula, garam, atau santan (untuk masak lemak), menghasilkan hidangan berkuah atau kering yang menyelerakan. Resepi kegemaran penulis blog oaling di sukai adalah Resepi Kulit Lembu Masak Lemak Cili Api (Resepi cara Negeri Sembilan atau cara Muar) iaitu ia merupakan cara paling popular untuk menghidangkan kulit lembu. Bahan disediakan adalah kulit lembu yang sudah siap rebus dan di hiris, santan, cili padi, kunyit hidup, serai dan asam keping. Lebih enak jika di campur dengan belimbing buluh atau rebung buluh segar untuk menambah rasa masam dan tekstur. Cara asak dengan mengisar cili padi dan kunyit dan kemudian masak bersama santan dan serai sehingga mendidih sebelum masukkan kulit lembu dan di kacau. Apabila masak di tutup apu dan di hidagkan untuk di makan dengan nasi putih (Sila lihat foto paling bawah sekali). Resepi Kulit Lembu Sambal Tahun (ia popular di kampong di Muar, Johor) dimana ia adalah seenis hidangan ikonik masyarakat Jawa terutamanya di Johor. Ia akan  menggunakan kulit lembu sebagai bahan utama dimana bahan lain termasuk cili hijau yang banyak (dihiris), santan, lengkuas dan bawang merah serta bawang putih. Semua bahan di tumis dalam kuali bersama rauannya dimana bagi penulis blog apa yang unik adalah ia ada rasa pedas daripada cili hijau dan keharuman lengkuas yang kuat serta rasa kulit lembu yang lemak dan kenyak. Sesuai di makan dengan nasi putih. 
Semuga tulisan artikel ini memberi info menarik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KULIT LEMBU... BANYAK KEGUNAANNYA...
DALAM MASAKAN..EMAK PEDAS ENAKNYA...
ADA KHASIAT...KOLAGEN JADI AWET MUDA...
MEMBACA ARTIKEL... RINDU MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1447H).

Friday, January 30, 2026

IKAN KENERAK - KENALI DIA

IKAN KENERAK (
Bagarius lica) ialah sejenis ikan air tawar yang besar dan di gelar 'monster[ dilakangan penduduk tempatan di Malaysia yang mana ia dari keluarga Sisoridae. D
alam beberapa laporan dimana besarnya ikan kenerak ada yang mampu mencapai saiz sangat besar dengan ukuran sepanjang lebih 1.5 meter panjangnya. Apa pun kalangan peminat ikan air tawar dilaporka dimana ia mem0unyai kualiti isi daging ikan yang sedap terutama jika di masak Asam Pedas atau Resepi Masak Lemak Cili Api dan sering dipanggil Kenerak Batu antara yang paling di sukai. Kajian menyatakan dimana ikan kenerak ini berada paling banyak di sungai-sungai di Pahang, Kelantan, Terengganu dan ada juga da di beberapa sungai di Negeri Sembilan. Dilaporkan ada banyak kisah menarik di kalangan penduduk tempatan terutamanya sekitar Sungai Perak yang dakwa ikan kenerak dari genus Bagarius hanya boleh ditemui dan ada rekod rasmi di Sungai Perak, Sungai Pahang, Sungai Kelantan dan Sungai Terengganu walau pun populasinya sudah banyak berkurang tau sudah terancam). Dilaporkan ia mungkin masih ada di anak sungai sebelah timur Negeri Sembilan tetapi ia masih di dalam sistem lembangan Sungai Pahang. Berkaitan isu ini dimana walaupun diversiti di Sungai Perak tidak terlalu berbeza dengan Sungai Pahang namun bukan semua spesies ikan di Sungai Pahang akan wujud di Sungai Perak dan begitu juga beberapa spesies ikan di Sungai Perak yang tiada ditemui di Sungai Pahang. Contohnya jenis ikan Baung Kelulang yang selain di Sungai Pahang ia memang ada di Sungai Perak juga dan antara spesies ikan baung yang terdapat di sini. Ikan Kenerak dari genus Cyclocheilichthys juga sama seperti C. apogon atau C. armatus selalunya akan hidup di air tawar khususnya di sungai, anak sungai dan sungai-sungai besar seperti di lembangan Sungai Pahang di Semenanjung Malaysia serta di sungai-sungai Sarawak seperti Batang Rajang dan dia suka kawasan yang ada arus sederhana ke kuat dengan substrat berlumpur atau berbatu di dasar sungai. Habitat utama ikan kenerak yang ada yang berada disungai dan anak-anak sungai tersebut. Ikan kenerak biasanya ditemui di dalam sungai utama dan anak-anak sungai yang mengalir ke sungai-sungai besar. Memang lazimnya yang ikan ini adalah ikan air tawar yang hidup dalam sistem lembangan sungai, contohnya di lembangan Sungai Pahang (Jelebu) atau Batang Rajang (Sarawak). Spesis ikan ini selalunya ia berada di anak sungai dengan ada arus air dan memang ia suka kawasan air yang mengalir. Dihabitatnta ia suka berada di dasar sungai yang berlumpur atau berbatu.  Jadi, habitatnya adalah di sungai-sungai air tawar. Ada yang kenali dengan nama lain seperti Ikan Kenerak Batu, Goonch Catfish (di dunia), Ikan Misai atau Ikan Askar (jarang). Habitat: Sungai-sungai di Pahang (Sungai Jelai, Tembeling), Kelantan, Terengganu, dan N. Sembilan (Sungai Triang). Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas untuk mengenali untuk bahan rujukkan semua.


Kalangan pemancing dimana Ikan Kenerak atau juga di panggil sebagai '
Goonch catfish' yang juga dikenali sebagai 'Giant catfish' adalah spesies catfish (ikan bermisai) berukuran monster yang ditemukan di beberapa daerah pegunungan di India, Nepal, dan lokasi berdekatan lainnya, termasuklah di Malaysia. Dilaporkan dimana walaupun keduanya dari spesies yang sama namun ikan yang dinamakan ikan kenerak, baung kenerak atau baung askar ini tidak sempat membesar tahap monster di Malaysia. Apa pun di peringkat antarabangsa di laporkan ikan kenerak juga dikenali dengan banyak nama seperti 'Giant devil catfish', 'Giant painted catfish', 'Killer catfish' dan juga dipanggil sebagai 'Sand shark'. Memang ikan berskala besar dan bergigi taajam ini mendapat nama jolokan ‘monster sungai’ kerana diukur yang ukurannya yang besar dan kecenderungan bersifat agresif. Namun kalangan pemancing masih sukar untuk mencari populasi tepat ikan ini di alam liar sebab jumlahnya semakin kurang. Memang agak kurang kajian dan penulisan mengenai ikan keenerak di laukan para saintis diman ini menyebabkan sangat sedikit yang diketahui tentang perilaku ikan monster ini di habitat liar yang dapat di analisa. Dilaporkan hasil pemerhatian nelayan sungai mendakwa jika ikan kenerak ini ia tidak hanya jenis ikan yang pemakan rakus akan tetapi ia juga sejenis ikan perenang yang sangat gagah dan lincah meskipun ukurannya besar didalam air. Bagaimana pun dilaporka taburan ini ia berada di beberapa negara termasik negara India dan Nepal dan juga terdapat di beberapa bahagian negara lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Indonesia. Dilaporkan ikan kenerak ini suka mendiami sungai terutama di lokasi iaitu kawasan pegunungan yang besar dan jga menounyai jenis arus yang deras. Paling banyak ikan ini di jumpai direkodkan Great Kali River, Karnataka, India. Ada didakwa jika ramai pemancing yang telah cuba memancingnya melaporkan ikan ini selalu ‘mengunci’ diri mereka dalam posisi mereka sedemikian rupa sehingga sebenarnya amat sukar untuk menarik keluar dari dasar sungai sebaik saja tercangkok mata kail dimana ia menjadikannya sukar di buru. Satu kisan mitos dilaporkan dimana mereka dakwa ikan ini telah terlihat bertempur dengan buaya air tawar besar bahkan menyerang dan memakan manusia zaman dulu.  


Memang penulis blog sendiri belum pernah membeli ikan kenerak ini walau pun lama tinggal di Pahang. Beberapa sumber laporkan jika h
arga ikan kenerak (atau disamakan dengan spesis ikan tengas atau ikan baca-baca) sangat bergantung kepada saiz dan musim tertentu dalam setahun. Apa pun jika ada kena dengan musimnya dilaporkan ia biasanya dijual antara harga runcit RM25 - RM35 sekilogram akan tetapi boleh lebih mahal berganda-ganda harganya apabila di luar musim atau jika saiznya lebih besar (berat seekor ikan mencapai lebih 2kg ke atas satu ekor) malahan dilaporkan ada yang harganya akan mencecah RM400 seekor untuk tangkapan besar. Ada kalangan peminat ikan air tawar yang sanggup membelinya untuk di makan dengan resepi popular termasuk Masakan Asam Pedas Ikan Kenerak atau di masak Kari Ikan Kenerak sahaja. Apa pun sebaik ikan ini di tangkap nelayan berebut para peminatnya 'booking' kepada nelayan sungai atau kaki pancing untuk membelinya menyebabkan ikan kenerak sukar memasukki saluran pasaran biasa. Apa pun banyak faktur yang menentukan nilai harga antaranya Faktur MUSIM dimana selalunya harga akan tinggi pada luar musim dan murah sedikit pada musim ikan banyak. Kedua adalah faktur SAIZ IKAN itu sendiri dimana untuk ikan kenerak bersaiz sederhana (kurang 1 - 2 kg seekor) maka saiz ini sangat popular dan mahal, manakala tangkapan besar (lebih dari 10 kg keatas seekor) maka ia boleh dijual dengan harga tinggi kepada peminatnya. Faktur RASA ENAK juga dimana ada kata ikan kenerak adalah lebih sedap daripada ikan baung jika pandai memasaknya menyebabkan harga ikan kenerak agak tinggi juga. Keempat adalah faktur DIMANA IKAN DI TANGKAP apabila selalunya Ikan Kenerak liar ditangkap dari sungai adalah harganya lebih tinggi iaitu jatuh dalam kategori Ikan Air Tawar Yang Istimewa dan Eksotik!.


Pernah penulis blog berpeluang dapat ujirasa makanan ikan kenerak di sebuah restoran di Jerantut, Pahang pada tahun 2017 semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Dalam membuat temubual dengan pemilik restoren (tempah khas) dan membuat temubual dengan penduduk tempatan masa itu dinyatakan r
esepi masakan Ikan Kenerak yang popular ialah Ikan Kenerak Gulai Asam Rong iaitu salah satu jenis hidangan tradisional Pahang terutamanya dari Jerantut, Pahang. Makanan ini ia menggabungkan iaitu ikan kenerak sungai dengan kuah gulai berasaskan asam gelugur (asam rom), kunyit, cili, dan daun kesum, dicampur dengan sayuran lain seperti terung (terung manggoi, terung pipit, terung bulat) dan pucuk paku untuk rasa masam, pedas, lemak, dan umami yang kaya, sungguh sedap dimakan dengan nasi panas untuk makan tengahari bersama rakan dan staff di Jerantut. Ikan kenerak segar yang didapatkan oleh kakitangan pejabat merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di Jerantut masa itu pada musimnya. Ikan ini terkenal dengan isinya yang sedap dan sering menjadi pilihan utama untuk gulai asam rom. Di nyatakan dimana Asam rom (atau asam rong) merujuk kepada asam gelugur iaitu sejenis buah asam yang memberikan rasa masam unik pada kuah, berbeza dengan asam jawa. Ia sering digunakan bersama biji getah untuk menambah tekstur. Asam rong sangat masam dan di gabungkan dengan rasa pedas (dari cili padi), pedas (dari kunyit hidup), lemak dan umami. Resepi ini uniknya banyak di bubuh sayuran tambahan seperti sayur pucuk paku, daun kesing, daun keledek, kacang botol atau keladi juga sering ditambah. Cara memasak dimana bahan tumbuk (cili, kunyit, asam rom) dicampur dengan ikan, kemudian air dan daun kesum dimasukkan. Ini diikuti dimasukkan dengan sayuran apabila ikan hampir masak dan akan di tutup api sehingga semua bahan masakan sudah mesra. Pada pengalaman penulis blog dimana resepi ini adalah gulai ikan sungai Pahang yang masam-masam pedas dengan pelbagai sayuran kampung enak di makan waktu tengahari selepas membuat tinjauan projek pertanian di daerah Temerloh. 


Menarik dalam portal berita kommo.com dengan kisah 'Rezeki kenerak liar yang susah diperoleh' untuk di kongsikan. Apa pun dilaporkan ikan kenerak yang juga dikenali sebagai askar atau nama saintifiknya Bagarius boleh diibaratkan sebagai lesen kepada kaki pancing sebelum mendaratkan ikan-ikan lain. Memang bukan mudah untuk mengumpan ikan pemangsa yang bermisai dan bergigi tajam itu ekoran ia sering berada di kawasan sungai air tawar berarus deras. Ikan itu selalu dan kebiasaannya banyak terdapat di kawasan hulu sungai khususnya di pedalaman Jerantut, Pahang dan satu lagi kisah di laporkan dari Gua Musang dan terkini banyak dikail di Sungai Makasar, Pasir Mas, Kelantan selepas berlaku banjir surut. Pemburu ikan kenerak di Pasir Mas, Mohamad Syafirdaus (32) dakwa ikan berkepala besar itu memiliki warna kekuningan bercorak celoreng menyebabkan ia disebut sebagai baung askar berbanding baung biasa yang berwarna gelap. Menurutnya, kawasan sungai berbatu, batang kayu yang hanyut atau tenggelam di dasar sungai dan tiang jambatan sering menjadi tempat kawanan ikan itu berkumpul. 
ALAT timbangan sentiasa dibawa untuk mengesahkan berat timbangan ikan yang berjaya didaratkannya. Bagi kaki pancing menjumpai lokasi-lokasi itu maka mereka jumpa lubuk untuk memancing ikan kenerak. Bukan mudah untuk dapat ikan dan memperdayakan ikan itu, sekali pun menggunakan umpan hidup. Misainya adalah deria utama ikan kenerak mencari mangsa untuk dimakan dalam keadaan air sungai yang keruh. Dia yang bekerja sebagai kontraktor berkata, teknik casting dasar menggunakan umpan tiruan dengan batu ladung bersaiz tujuh atau lapan sudah beberapa kali berjaya mendaratkan spesies ikan berkenaan. Dia berjaya menangkap kenerak lebih 10 kilogram (kg) baru-baru ini yang dijual pada harga RM400 dan rezeki ini menggembirakannya. Apa pun joran yang di gunakan iaiti Shimano Zodias dengan rel Shimano Melanium DC dan gewang dasar Zero 70F sudah banyak berjasa membolehkan seisi keluarga menjamah lauk ikan yang sukar ditemui pada masa ini. Kalau kebiasaannya dia dapat menangkap kenerak seberat 3kg dan dipancing hanya dalam tempoh beberapa minit dengan teknik casting di sungai berkenaan. Ikan kenerak tidak dijual di pasaran terbuka. Hanya kaki pancing sahaja berpeluang menikmati keenakan isinya apabila di masak kuning atau gulai asam pedas tempoyak (Sila lihat foto disebelah). Dia juga kemudian pergi memancing ke Sungai Pahang di Jerantut dan Temerloh untuk memburu Ikan Kenerak ini dan ‘jatuh cinta’ dengan penangan kenerak selepas memancing ikan itu di Sungai Pahang berhampiran rumah mentuanya di Kampung Teluk Sentang, Temerloh. Ikan kenerak gemarkan umpan cengkerik, anak ikan keli atau ulat lundi, namun dia lebih selesa menggunakan umpan dasar rapala dan dengan kaedah casting tanpa perlu menguruskan mata kail. Dia hanya mampu mendaratkan ikan kenerak seberat 1 hingga 2kg di sungai berkenaan. 
Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
IKAN KENERAK... JARANG DI JUMPA...
IKAN AIR TAWAR... DI SUNGAI ADA...
HARGA MAHAL...BELI SUKARNYA...
BANYAK RESEPI... KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).

Thursday, January 29, 2026

FAKTA PERLU TAHU - PETAI

ULAM PETAI
(Parkia speciosa) merupakan sejenis ulaman yang di hasilkan dari pokok petai yang berada dibawah keluarga Fabaceae sesekali ada ditulis didalam akhbat tempatan diatas kepelbagaian kisahnya. Pokok petai yang selalunya tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa dilaporkan dimana spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Tanaman petai kini sudah ada beberapa usahawan yang menanam petai berskala komersil dan petai liar juga terus di jaga didalam hutan. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta perlu tahu mengenai petai untuk bahan rujukkan anda semua.


Menamnam pokok petai iaitu tumbuhan yang ketinggiannya pokoknya adalah di antara 5 - 25 meter. Buah petai bersifat leper panjang dan analisa dapati ia mengandungi 10 - 18 biji biji buah yang ada di dalamnya. Ketika matang dimana selalunya biji buah petai ia masih berwarna hijau muda dan merupakan makanan ulam-ulaman yang digemari oleh pelbagai kaum khususnya kaum Melayu dan kini kaum Cina dan rakyat di negara China. Apa pun di lihat ada potensi penanaman petai secara komersil dilihat ia mempu menggatikan penuaian petai hutan yang popular sejak dahulu di Malaysia. Pokok petai moden sesuai ditanam di kawasan beriklim panas dan lembap sama ada di tanah rendah ataupun di kawasan setinggi hingga 1,500m dari aras laut. Tanah yang mempunyai saliran baik, tanah peroi dan beralun sedikit ia menjadi lokasi atau medium terbaik untuk seluruh proses pertumbuhannya. Di samping itu jenis tanah gembur serta jenis liat bepasir atau liat peroi juga sesuai ditanam petai komersil. Sebaiknya dalam proses mmenyediakan anakbenih sendiri dimana perlu memilih biji benih petai tua untuk di semai dan digunakan sebagai bahan tanaman untuk penanaman. Sebaiknya sebanyak 3 - 4 biji benih petai matang ia sesuai disemai didalam polibeg berukuran 15 x 25cm dan kemudian mengekalkan pilih satu anak benih terbaik dan anakbenih petai selebihnya disingkirkan (Sila lihat foto disebelah). Anak benih terpilih ini disusun di bawah naungan daripada cahaya matahari terik dimana tahap naungan ini ia kemudian mesti dikurangkan secara berperingkat sehingga ia dipindah tanam di ladang. Umur anak benih yang sesuai untuk dipindah tanam adalah semasa ketinggian anak benih pokok mencapai 15 - 20cm. Bagaimana pun bagi keperluan anakbenih petai untuk perladangan komersil yang banyak maka ia boleh didapatkan atau di beli dari nurseri yang ada menjuak benih petai dan ada persijilan SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) oleh Jabatan Pertanian. Amalan agronomi penanaman anakbenih petai perlu ia ditanam di ladang pada jarak 10 x 15 meter ataupun 15 x 15 meter empat segi sama. Lubang tanaman sebesar 30cm x 30cm x 30cm sudah memadai untuk tujuan penanaman dinana bagi lokasi atau kawasan yang kurang subur sebaiknya jarak tanaman boleh dirapatkan. Sebaiknya jarak tanaman sesuai untuk dipilih mengikut keadaan tanah serta faktor setempat masing-masing. Lubang tanaman dimasukkan dengan bahan organik seperti tahi lembu dan rock phosphate bagi baja asas untuk sistem pengakaran dan kesuburan anak pokok. Sebaiknya sistem pembajaan untuk fasa tumbesaran pokok perlu membaja dengan jenis baja sebatian NPK seperti 15:15:6:4 adalah disyorkan. Ia bermula dengan kadar 0.5 - 3.0 kg/ pokok/ tahun dipecahkan kepada 4 kali atau pusingan setahun (antara tahun 1-5). Bagi tujuan baja buah dimana jenis baja NPK jenis baja 12:12:17:2 adalah disyorkan dan digunakan mula tahun keenam (6) atau lebih awal pada kadar 6 - 9 kg/pokok/tahun dipecahkan kepada 4 pusingan setahun juga. Apa pun selain daripada sering ada menggunakan baja sebatian dimana keperluan jenis baja organik seperti tahi lembu, tahi kambing atau tahi ayam juga sesuai digunakan. Baja organik akan menambahkan kualiti buah petai dari segi rasanya dan aromanya. Baja organik ini digunakan secara melonggokkannya kira-kira 0.6 - 0.9 meter dari pangkal pokok (ikut kanopi daun) dengan kadar 4 pungkis sepokok pada setiap 6 bulan sekali bagi pokk petai dewasa. Baja-baja ini lebih sesuai diletakkan secara melonggokkanya daripada tabur serak supaya dapat mengelakkannya menjadi kering dan kurang kesan nanti. Dari segi kawalan perosak dilaporkan yang ada ancaman oleh ulat pengorek buah yang biasanya ia boleh menyerang pokok di peringkat tumbesaran lagi dan boleh dikawal dengan semburan racun seperti Trichlorphon atau Gamma BHC 0.1% bahan aktif sekiranya serangan adalah teruk. Aktiviti menuai buah matang petai menggunakan alat gunting atau kacip dengan ada karong agar buah tidak rosak yang dikutip dengan bergalah dan sebaiknya cara memotongnya di bahagian tangkai kemudian diikat pada tangkainya. Buah petai segar perlu digredkan sebelum ia dipasarkan mengikut piawaian dan kualiti. Musim pembuahan petai biasanya di Malaysia adalahdi antara bulan Ogos hingga Januari pada setiap tahun akan tetapi penulis blog pernah terima laporan jika pokok petai juga boleh mengeluarkan buah sepanjang tahun. Kaedah ini di lakukan dengan menggunakan bahan pembajaan sesuai, amalan cantasan sempurna dan juga kawalan perosak dan penyakit.


Memang ramai kini sudah percaya jika memakan petai adalah baik untuk kesihatan walau pun ia berbau di mulut. Petai popular dengan bau dan rasa yang khas yang selalu ia di nikmati sebagai ulam atau di masak sambal atau di jadikan pelbagai kuliner lain. Petai yang dikenal dengan nama ilmiah Parkia speciosa mengandung banyak nutrisi seperti serat, kalium, kalsium, fosfor, zat besi, tembaga, zink, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C dan magnesium merupakan ulaman yang ramai meminatinya walau pun kini harganya semakin mahal. Penulis blog kongsikan khasiat petai berdasarkan kajian. Pertama makan petai membantu Kesihatan Jantung bila bahan Kalium (K) pada petai dapat membantu mengatur rentak denyutan jantung dan membantu fungsi otot jantung. Petai didakwa juga mampu Menjaga Kepadatan Tulang sebab ia 
mengandung Magnesium (Mg) dan vitamin B6 yang mana ia berperanan dalam kesihatan tulang dimana ia membantu menjaga kepadatan tulang dan mencegah risiko osteoporosis. Apa pun tulang terdiri dari sel-sel tulang yang padat dan bila meningkat umur maka tahap kepadatan tulang menurun yang mana emudian ia menyebabkan osteoporosis. Selalunya selain dari meminum susu lembu mengambil petai didakwa akan memberikan manfaat perlindungan untuk tulang. Ia juga akan Menjaga Keseimbangan Gula Dalam Darah yang mana ia elalu boleh melonjak naik dan turun dan sebaiknya memakan petai mereka yang ada diabetis untuk menjaga kadar gula tetap stabil. Petai memiliki indeks glikemik rendah dimana ini dapat membantu menjaga kadar gula darah tetap stabil. Petai adalah Sumber Tenaga yang baik dan rendah lemak dan jika makan dengan jumlah sesuai dan tepat dapat membantu menjaga rasa kenyang lebih lama sebab ia akan memenuhi keperlua tenaga harian dan ini  membantu dalam manajemen berat badan. Bahan serat yang membuat perut kenyang lebih lama akan menekan keinginan nuntuk makan lagi. Petani berkait dengan khasiat dalam Melindungi Sistem Pencernaan dan mampu mencegah sembelit karena menjaga tekstur feses tetap lembut sehingga lebih mudah melewati usus besar dan dikeluarkan oleh tubuh. Serat yang terkandung dalam petai dapat membantu menjaga pencernaan yang sehat dan mencegah sembelit dan ia membantu untuk pertumbuhan bakteria usus yang baik. Ia mampu Meningkatkan Sistem Imuniti seserorang sebab vitamin C yang tinggi merangsang sel darah putih menjadi responsif terhadap patogen yang menjadi punca penyakit. Memakan petai Membantu Fungsi Saraf sebab bahan Vitamin B yang ada dalam petai. Sistem saraf di tubuh bertugas untuk mengirimkan impuls berupa rangsangan atau respon dimana contohnya ketika menyentuh benda panas maka cepat menjauhkan tangan dari benda panas tersebut sebagai tindakbalas cepat. Makan petai membantu Menstabilkan Tekanan Darah sebab bahan Kalium (K) akan  dapat membantu menjaga tekanan darah normal dan mengurangi risiko penyakit kardiovaskular. Ia juga mampu untuk Mencegah Peradangan dan Mencegah Kes Anemia sebab zat yang ada dialamnya. Makan petai di dakwa akan dapat Mengoptimakan Fungsi Otak dan juga dapat Meningkatkan Kesuburan apabila di makan dengan betu dan tidak berlebihan.


Bagaimana pun harga petai 
di Malaysia berubah mengikut musim dan gred dimana terkini hasil tinjauan secara purata sekitar RM10 hingga RM20 untuk seikat (yang mana ia ada sekitar 7-10 papan). Harga borong petai pula ia boleh didapati serendah RM70 - RM85 untuk 100 papan dan ada juga jenis petai yang siap di kupas di jual di pasaran dan dibungkus dan pastu harganya jauh lebih mahal iaitu mencecah RM100 setiap 1 kilogram. Bagi penulis blog yang kadang-kadang ada membeli petai selalunya di makan begitu sahaja dengan nasi dan sambal. Bagaimana pun petai boleh dimasak dengan pelbagai cara, daripada sambal yang pedas hinggalah masakan tumis yang ringkas.  Penulis blog paling suka makan Resepi Sambal Udang Petai dimana ia merupakan kuliner klasik di kampong dan di bandar. Rasa manis udang segar sangat serasi dengan aroma petai yang unik dimakan dengan nasi panas dan lauk lain. Bahan untuk emmasaknya mudah di cari iaitu udang, petai, cili boh atau cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, belacan, dan air asam jawa. Cara memasak dengan menumis bahan kisar (kisar bawang, cili, belacan) sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan air asam jawa dan akhir sekali barulah di masukkan udang dan petai dimana ia perlu dimasak sehingga udang bertukar warna dan matikan api serta siap di hidangkan. Sesekali penulis blog masak Resepi Petai Ikan Bilis Berlado dimana ia amat sesuai untuk peminat masakan yang lebih kering dan rangup. Makanan ini sangat menyelerakan dimakan dengan nasi panas. Bahan untuk masak disediakan iaitu ikan bilis (digoreng garing), petai, cili api (merah & hijau) dan bawang merah. Cara memasaknya dengan mengiisar kasar cili api dan bawang dan ia kemudian tumis sehingga garing. Masukkan petai dan perasakan dengan garam serta sedikit gula. Tutup api dan gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan di matikan api sudah sedia untuk di nikmati. Selain sambal dimana petai juga enak dalam variasi masakan seperti Resepi Mee Goreng Sambal Petai iaitu dengan menambah tekstur dan rasa unik pada mee goreng kegemaran anda. Ia popular di Kuantan, Pahang untuk Masakan Resepi Ikan Bakar Sambal Petai yang menjadi ikon di Tanjung Lumpur Seafood Restaurant. Sesuai juga dimasak Resepi Daging Masak Hitam Petai dimana kuliner ini akan memberikan aroma segar kepada kuah daging yang pekat dan manis-manis pedas. Selalu juga di rumah memasak Resepi Masak Tumis Sayur Campur dengan Petai dimana ia boleh dicampur dengan kacang botol, bendi, atau tempe untuk hidangan yang lebih sihat. Petua bagi mengurangkan bau petai yang kuat adalah dengan merendam dahulu biji petai di dalam air garam atau mencelurnya (blanch) seketika sebelum dimasak. Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA PETAI... RAMAI YANG SUKA...
BERWARNA HIJAU...SAMA WARNA ISINYA...
BANYAK KHASIAT...DIJELASKAN FAKTA....
MUUT BERBAU... SELEPAS MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1447H).

Wednesday, January 28, 2026

FAKTA PERLU TAHU BUAH CIKU

BUAH CIKU 
(Manilkara zapota) ialah sejenis buah tropika yang tidak begitu popular di kalangan petani dan pengguna berbanding buah durian dan mangga. Buah ciku ini yang berberbentuk bulat atau lonjong, berkulit coklat nipis, dan isinya berwarna coklat muda kekuningan yang sangat manis, lembut, serta berair apabila ranum. 
 Buah yang berasal dari selatan Mexico, Amerika Tengah dan Caribbean yang dikenali juga sebagai 'Sapodilla' dalam bahasa Inggeris ini juga diperkenalkan di Filipina semasa penjajahan Sepanyol. Buah ini ada ditanam secara besar-besaran di Mexico dan Asia dan termasuklah Malaysia, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Thailand. Buahnya yang berbentuk bulat atau lonjong ini mempunyai biji agak besar yang warnanya hitam berkilat dan merupakan sumber makanan segar buah yang memberikan tenaga segera yang kaya dengan serat serta nutrien penting. BUah ciku kelat dan pahit semasa mentah dan akan menjadi rasa manis seperti gula perang atau madu apabila ia sudah di peram cukup masak dengan tekstur sedikit berpasir (granul). Melihat buah ciku dimana rupanya ia ada kulit luar berwarna coklat seperti tanah liat dengan isinya akan berwarna coklat gelap apabila masak. Sebagi sejenis buah tropika yang berkhasiat dimana ia dilaporkan tinggi kandungan serat untuk pencernaan, vitamin C dan antioksidan untuk kesihatan kulit serta zat besi dan kalsium untuk tulang. Bagi penulis blog yang ada memunyai beberapa pokok ciku di kampong memang sepanjang masa dapat memakan buah ciku semasa remaja di kampong dahulu tetapi kini terpaksa membelinya pula. Aspek kegunaan dimana buah ciku ini selain selalu ia di imakan segar memang ia sesuai dijadikan jus ciku, jem ciku atau dimasukkan dalam salad. Hebatny pokok ciku yang sudah matang akan sentiasa berbuah sebab ia tidak bermusim dan selalunya ia boleh berbuah sepanjang tahun. Dalam usaha menternak lebah kelulut sangat sesuai ada pokok ciku matang sebagai sumber makanan nektar dan juga resin dari pokok ciku yang di perukan oleh serangga Kelulut (Trigona spp). Artikel pada tengahari Selasa ini dalam bulam Syaaban (3 minggu lagi puasa Ramadan) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta yang perlu semua tahu mengenai pokok dan buah ciku untuk di jadikan bahan rujukkan semua. 


Di laporkan buah ciku yang ada di Malaysia telah di daftarkan varietinya sebagai satu usaha Jabatan Pertanian Malaysia untuk mejadikan buah ciku lebih komersil. Ada beberapa jenis  atau varieti buah Ciku di Malaysia yang telah saya tulis pada 18 Mac 2014 dalam blog ini (Sila klik disini) untuk di rujuk. Apa pun menarik bila pertanyaan d
imanakah varieti tanaman buah ciku daripada daftar C1 sehingga C29 yang tiada dalam daftar. Berkemungkinan ciku yang tiada dalam daftar telah 'pupus' atau berlaku cara lain (mungkin ditolak semasa pendaftaran) didalam sistem pendaftaran ciku. Ciku C4 iaitu varieti Liew Kiow didaftarkan pada tahun 1937 berasal dari Pulau Pinang. Varieti seterusnya adalah C53 (Ciku Negeri Sembilan) yang didaftarkan pada tahun 1949 berasal dari Johor. Ini diikuti dengan Ciku C54 (Ciku Bentong), C55 (Ciku Sawa) dan C56 (Ciku Kelantan). Ciku yang didaftarkan sekitar tahun 1970'an adalah C61 (Ciku Betawi), C62 (Ciku Jantung) dan C63 (Ciku Subang). Dua varieti ciku iaitu C62 dan C63 telah diluluskan didalam pengesyoran varieti tanaman ciku di Malaysia semenjak lama dahulu lagi. Saya dapati beberapa varieti ciku baru ada didaftarkan selepas era tahun 2000 seperti Ciku Mega CM19 (C64), Ciku Raja (C65), Ciku Kerasoi (C66), Ciku Ampang Tinggi (C67) dan Ciku Kampuchea (C68) semuanya didaftar pada tahun 2012. Bagi penulis blog mendpati ada beberapa jenis buah ciku yang popular ditanam dan ditemui di pasaran Malaysia pada tahun 2026 iaitu yang pertama adalah Varieti Ciku Jantung (Subang) yang buahnya berbentuk bujur seperti jantung dengan saiz yang besar dimana isinya manis, bertekstur halus, dan mempunyai kulit yang nipis (Sila lihat foto disebelah). Jenis kedua adalah Varieti Ciku Betawi yang mana ia berbentuk bulat atau hampir bulat. Saiznya biasanya lebih kecil sedikit daripada Ciku Jantung tetapi mempunyai rasa yang sangat manis dan berair. Jenis ketiga adalah yang di keluarkan oleh MARDI iaitu Varieti Ciku Mega (CH19) dimana ia adalah varieti yang sangat popular kerana saiznya yang ekstra besar (boleh mencecah 400g-500g sebiji). Ia mempunyai isi yang tebal dan biji yang sedikit. Keempat pula yang agak popular adlah Varieti Ciku CM62 atau ia dikenali juga sebagai ciku 'Chiku Malaysia 62' dimana jenis varieti ini sering dipilih untuk penanaman komersial kerana ciri-ciri akan ketahanannya dan hasil buah yang konsisten. Akhir sekali ada jenis atau Varieti Ciku Jati dimana ia mempunyai bentuk yang agak panjang dan lonjong dengan rasa manis yang pekat.


Di laporkan memang penanaman ciku semakin kurang di sukai petani kerana ia lambat membesar dan isu harga yang kurang hebat seperti buah durian (bandingkan harga sekilo buah ciku dengan sekilo buah durian Musang King atai Durian Duri Hitam memang amat jauh). Cara me
nanam ciku (sapodilla) memerlukan kesabaran kerana kadar tumbesarannya yang agak perlahan, namun ia sangat sesuai dengan iklim panas dan lembap di Malaysia. Langkah pertama penanam pelu memilih benih atau bahan tanaman sama ada buat sendiri dari pokok induk yang baik dengan kaedah Tut atau Kaedah Cantuman adalah cara yang sangat disyorkan kerana pokok lebih cepat berbuah dan ia biasanya berbuah dalam tempoh 2 hingga 3 tahun selepas ditanam. Kalau tidak beli sahaja di nurseri swasta (pastikan ada sijil SPBT - Skim Pengesahan Bahan Tanaman) akan tetapi selalunya dilaporkan pokok guna biji ini akan mengambil masa yang jauh lebih lama untuk berbuah dan mempunyai akar tunjang yang lebih dalam dan cari pokok dengan varieti di syorkan seperti varieti Ciku Jantung (C62) dan Ciku Subang (C63). Kerja penyediaan kawasan dengan membajak tanah dan sediakan saliran baik dan pastikan lokasi ini mesti adalapang sebab pokok ciku memerlukan cahaya matahari penuh untuk pertumbuhan optimum. Membuat lubang untuk tanaman berukuran kira-kira 0.6m x 0.6m x 0.6m dan perlu di campurkan tanah dengan baja organik atau baja TSP sebelum menanam anak pokok dengan jarak tanaman yang disyorkan biasanya antara 6m X 9 m antara pokok. Selepas menanam perlu dilakukan amalan agronomi secara konsisten terutama pada peringkat awal pertumbuhan dan semasa musim kemarau. Berikan dan gunakan baja seimbang seperti NPK 10:10:10 atau NPK 15:15:15 secara berkala (sekitar 3-4 kali setahun) untuk membekalkan nitrogen, fosforus, dan kalium yang mencukupi. Lakukan pemangkasan dahan mati atau sakit untuk mengekalkan bentuk pokok yang rendang dan mengurangkan serangan perosak. Pokok ciku yang matang akan berbuah dimana buah ciku yang matang biasanya mempunyai kulit yang licin dan bulu-bulu halus pada kulitnya telah berkurangan. Apa pun selepas dipetik, buah ciku perlu diperam selama 3 hingga 5 hari sebelum ia menjadi lembut dan manis untuk dimakan.



Mengetahui fakta mengenai buah ciku kaya dengan serat, vitamin A, vitamin C, kalsium, dan zat besi sebenarnya ia menjadikannya sumber tenaga segera, antioksidan, dan anti-radang yang sangat baik. Khasiat utamanya adalah termasuk melancarkan penghadaman, menguatkan tulang, menyihatkan kulit, dan membantu menurunkan tekanan darah. Ciku juga membantu mencegah anemia dan mengurangkan stres. Buah c
iku dapat bantu untuk melancarkan Penghadaman dan dapat mengatasi sembelit bila kandungan serat yang tinggi dalam ciku bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu menyingkirkan toksin dari usus besar, sekaligus mencegah kanser usus. Ia juga adalah salah satu buah uang menjadi sumber tenaga segera sebab ia mengandungi glukosa dan fruktosa yang memberikan tenaga cepat, sesuai dimakan semasa sarapan atau selepas aktiviti fizikal. Buah ciku di laporkan mampu meningkatkan Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan Vitamin A yang penting untuk kesihatan penglihatan. Ia juga mampu Menguatkan Tulang dan juga gigi dari kandungan kalsium, fosforus, dan zat besi yang tinggi menyokong kesihatan tulang. Dalah usaha untuk dapat menjaga Kecantikan Kulit dan Anti-Penuaan emmakan buah ciku yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan dalam ciku membantu penghasilan kolagen, menjaga keanjalan kulit, dan melambatkan proses penuaan. Ia juga akan Mengawal Tekanan Darah bila zat mineral seperti kalium membantu mengawal tekanan darah. Buah ciku memang ia baik untuk Ibu Mengandung bila zat besi membantu mencegah anemia. Ia juga menjaga Kesihatan Rambut bila minyak daripada biji ciku didapati boleh melembapkan rambut dan kulit kepala.


Paling unik adalah fakta mengenai h
arga buah ciku di Malaysia biasanya berjulat antara RM10 hingga RM15 sekilogram, bergantung kepada gred, saiz dan tempat belian. Harga mungkin berbeza sedikit antara pasar raya, pasar tani, dan penjual dalam talian. Kalau hendak di bandingkan dengan harga buah durian premium dimana harga bagi Durian Musang King di Raub sekitar RM35 - RM45/kg sementara harga bagi Durian Duri Hitam di Pulau Pinang adalah sekitar RM50 -RM75/kg seperti tinjauan penulis blog beberapa tahun dulu. Perbezaan harga diantara buah ciku dengan buah durian premium memang jauh sekali selain daripada buah ciku belum ada pasaran eskport (kecuali ke Singapura) sementara buah durian Malaysia sudah mendunia. Dalam kes lain hasil tinjauan dimana harga buah ciku di lokasi pemjualan boleh berbeza mengikut lokasi dan jenis ciku yang dijual seperti sama ia jenis 'Buah ciku kampung' berbanding dengan jeis Ciku Mega yang di jual di R&R Lebuhraya PLUS atau yang di jual Pasar Raya atau di jual diatas talian. Kajian mendapati jika harga umum untuk buah ciku (Sapodilla) yang dijual di gerai di kampong adalah sekitar RM10.50 hingga RM15.00 per kilogram dimana pernah membeli dimana ada juga penjual mungkin menawarkan harga yang berbeza mengikut berat buah ciku seperti 500g atau pek 2kg yang mana harganya memang harga kampong. Pernah membeli buah ciku di Asar Tani dan Pasar Malam di Melaka dengan harga di tawarkan adalah seperti RM12 sekilogram atau 2kg untuk RM20 dan harga ini mungkin berbeza bergantung pada musim dan lokasi penjualan buah ciku. Kini lebih berminat membeli anakbenih ciku dan di tanam dalam pasu besar dekat rumah dimana ia mampu berbuah walau pun tidak banyak akan tetapi yang seronok adalah pokok ini sengan amalan agronomi baik dan berbuah sepanjang tahun (Sila lihat foto paling bawah sekali). Pembaca blog di galakan menanam ciku dalam pasu gunakan saiz pasu yang besar.


Bagi penulis blog yang sukan makan b
uah ciku paling sedap dimakan segar apabila sudah masak (lembik sedikit) atau disejukkan di dalam peti ais. Selain dimakan terus dilporkan dimana ada buah ciku sesuai dijadikan jus, smoothie, campuran salad buah, jem atau dijadikan sira atau jadi manisan. Cara peram yang betul adalah dengan menapis dan menutup dengan surat khabar sehingga masak. Bagi penulis blog ada cara untuk makan atau menikmati buah ciku iaitu Memakan Segar dengan membiarkan ciku matang diperam dalam beras atau ditutup surat khabar sehingga lembut. Bagi memakan ciku sejuk boleh ia di basuh bersih dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk. Membuat minuman Jus atau Smoothie dilakukan dengan mengisar ciku masak dengan sedikit air atau susu. Sebagai pencuci mulut pula buah ciku dipotong kecil untuk salad buah atau dijadikan inti kuih. Buah ciku sering dimakan segar begitu sahaja, namun rasa manis karamelnya menjadikannya bahan yang sangat sesuai untuk pelbagai pencuci mulut dan minuman. Antara beberapa resepi popular berasaskan buah ciku yang boleh dicuba termasuk Resepi  Milkshake Ciku (Chikoo Milkshake) sebagai pencuci mulut yang paling popular dan mudah disediakan. Bahan-bahan: 2-4 biji buah ciku ranum (dikupas kulit dan dibuang biji), 2 cawan susu segar sejuk, gula atau pemanis mengikut rasa, dan kiub ais. Cara buat dengan memasukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga teksturnya halus dan berkrim. Pembaca blog ini juga boleh menambah satu skop aiskrim vanila untuk rasa yang lebih mewah. Kedua adalah Resepi Jem Ciku dimana buah ciku boleh dimasak menjadi jem untuk disapu pada roti atau dijadikan bahan tambahan dalam cara makan sebagai pencuci mulut tradisional dimana jem dibuat dengan memasak isi ciku yang telah dihancurkan bersama gula dan sedikit jus lemon sehingga pekat. Boleh ditambahkan potongan ciku ke dalam masakan semolina (suji) yang dimasak bersama minyak sapi (ghee) dan gula. Ketiga adalah Resepi Jus Ciku Segar sebagai jenis minuman ringkas yang menyegarkan dan kaya dengan serat. Bahan-bahan adalah  Isi buah ciku, sedikit air sejuk, dan secubit garam. Cara buat dengan mengisar isi ciku bersama air. Tapis jika perlu untuk tekstur yang lebih lancar, kemudian hidangkan sejuk. Keempat pula adalah Resepi Puding atau Koktel Buah Ciku dimana ambil buah ciku dan ia boleh dipotong dadu dan dicampur ke dalam puding kastard atau koktel buah-buahan untuk dapat memberikan rasa manis semula jadi yang unik. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH CIKU...ADA BANYAK JENISNNYA...
BUAH BERKHASIAT... MANIS RASANYA...
TANAM DALAM PASU...ADA CARANYA...
MEMBACA ARTIKEL...CUBA TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syaaban 1447H).

Tuesday, January 27, 2026

KAYU GETAH - APA GUNA

KAYU GETAH (Rubber Wood) merupakan sejenis kayu iaitu daripada penebangan Pokok Getah (Hevea brasiliensis) daripada keluarga Euphorbiaceae yang menjadi tanaman utama pihak estet dan pekebun-pekebun kecil di Malaysia. Sejarah penanaman pokok getah dimulakan dizaman kolonial dahulu sehinga tanaman ini menjadi tanaan utama di Malaya ketika itu sebagai komoditi eksport penting. Pada asalnya pokok getah ditanam untuk mendapatkan lateks atau susunya dan diproses menjadi getah keping atau kini lebih ramai yang menjual dalam bentuk getah sekerap (getah buku). Kalau dari segi sejarah mungkin kita belajar disekolah dimana pokok getah pada awalnya hanya tumbuh di daerah Amazon, Brazil. Kemudian pada akhir abad 18 tanaman ini mulai dilakukan penanaman di daerah India namun tidak berhasil. Lalu dibawa hingga ke Singapura dan negara-negara Asia Tenggara lainnya termasuk negara kita Malaysia yang kini bukan lagi pengeluar utama getah asli dunia sebaliknya negara-negara jiran kita Indonesia dan Thailand. Di Malaysia telah ditubuhkan beberapa agensi yang khusus untuk usaha dalam industri membangunkan isndustri getah seperti pihak RISDA, LGM (Lembaga Getah Malaysia) selain FELDA, FELCRA dan beberapa lagi. Agensi ini menjalankan aktiviti penanaman, penyelidikan, pengeluaran dan industri berkaitan getah yang menjadi tulang belakang lebih dari 2.3 juta pekebun kecil getah diseluruh negara. Kalai dahulu penanaman getah hanya bertujuan untuk penghasilan lateks yang tinggi tetapi kini diperkenalkan jenis pokok getah untuk tujuan klain iaitu pengeluaran kayu getah (Rummberwood). Kini ada beberapa klon getah yang dipromosikan untuk penghasilan lateks dan kayu getah dalam masa singkat dan menguntungkan. Kilang memproses kayu getah bertambah bilangannya untuk menjadikan kayu getah sebagai perabut dan produk lain. Penanaman cendawan tiram kelabu (Pleorotus pulminorius) juga menggunakan habuk kayu getah sebagai komponen utama dalam media tanaman cendawan. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok getah dan kegunaan kayu getah sebagai bahan dalam pembuat perabut dan perkara berkaitan sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua. 


Pokok Getah yang ditanam biasanya tumbuh hingga ketinggian 30 meter dan akan mulai diambil getahnya pada umur 5-6 tahun (Sila lihat foto disebelah). Pokok getah yang ditoreh akan menghasilkan lateks dan dikutip untuk dijual kepada kilang atau orang tengah. Pokok tersebut lama kelamaan akan menjadi tua dan tidak ekonomik lagi untuk ditebang dan ditanam semula. Secara ekonomi kayu getah sangat efisien kerana hanya akan ditebang dan dijadikan bahan asas industri perabot ketika sudah tidak menghasilkan getah. Setelah berumur 25 tahun pokok getah tidak lagi menghasilkan 'latex' sehingga sudah sesuai dan harus ditebang dan digantikan dengan pokok getah yang baru. Pihak pekebun kecil akan memohon bantuan daripada RISDA untuk proses penebangan ini dan mendapatkan geran bagi tujuan penanaman semula. Lazimnya RISDA akan meluluskan permohonan untuk menanam semula dan menebang sevara individu atau kini lebih popular dimajukan secara berkelompok didalam Skim Tanaman Semula Berkelompok (TSB). Ini memudahkan pekebun kecil untuk menebang, mengeluarkan kayu, menanam semula dan aktiviti penjagaan pokok sehingga sesuai untuk ditoreh semula. Pengurusan secara berkelompok ini memudahkan semua pihak dan pengeluaran kayu getah adalah lebih tersusun untuk dihantar kekilang perabut.


Adalah penting penulis berbincang sekitar kayu getah. Apa yang selalu dilihat warna Kayu Getah yang belum diproses selalu semacam putih tetapi kemudian ia akan berwarna putih kekuningan sedikit putih krim ketika baru saja dibelah atau dipotong. Ketika sudah mulai mengering akan berubah sedikit kecoklatan sedikit demi sedikit (Sila lihat foto disebelah). Penulsi dapati tidak terdapat perbezaan warna yang menonjol pada kayu gubal (sapwood) dengan kayu teras (heartwood) pada kayu getah. Boleh dikatakan hampir tidak terdapat kayu teras pada kayu getah atau rubberwood. Dari segi ketumpatan didapati kayu getah tergolong dalam kumpulan jenis kayu lembut yang keras atau kelas ringan. Kajian makmal mendapati kayu getah mempunyai kadar ketumpatan antara 435-625 kg/m3 pada paras kekeringan kayu 12% (Moisture Content). Proses yang penting selepas pokok kayu getah ditebang adalah proses pengeringan Kayu Getah.  Kini dengan kaedah memproses gunakan Sistem Kiln Dry (KD) konvensional maka didapati pengeringan kayu getah menjadi lebih cepat dengan jangka waktu antara 10-14 hari sahaja. Kini didapati tidak terdapat banyak masalah pada kayu melengkung jika penyusunan kayu di dalam KD teratur dengan baik.Secara keseluruhan dilaporkan kadar penyusutan kayu getah adalah kecil iaitu pada kadar di bawah 2% terutama pada arah radialnya. Ini menjadikan aktiviti proses mesin akan menjadi mudah. Daripada pengalaman proses mesin kayu getah tidak menimbulkan banyak cacat akibat dipotong dan proses 'assembling' atau pun pengeleman (gluing) juga tidak menimbulkan defect atau kecacatan yang teruk atau rosak. Pemotongan kayu pada sudut hingga 30 darja pun akan menghasilkan permukaan kayu getah yang halus dan rata.


Kayu getah banyak digunakan sebagai bahan asas perabot dalam ruangan terutama perabot di ruang dapur. Top table kitchen set, peralatan dapur misalnya papan potong, alat masak dan kerusi makan sangat sesuai menggunakan bahan asas kayu getah. Oleh kerana itu kebanyakan pembuat peralatan dapur memiliki stok kayu getah yang sangat besar. Bercirikan dengan keadaan kayu teras yang rendah pada kayu getah, pemprosesan kayu jenis ini harus hati-hati dan tepat waktu. Adalah sangat penting bagi sebuah proses utama pada kayu getah dengan melakukan cara pengawetan menggunakan bahan kimia agar menghindarkan kayu getah dari blue stain atau serangga pemakan kayu. Secara  umumnya setelah penebangan sebaiknya batang kayu getah harus segera direndam atau diawetkan dengan bahan kimia tertentu (Seperti Borax) agar terhindar dari kulat dan serangga. Kini Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya membangun serta mempatenkan teknologi hijau bertaraf antarabangsa untuk merawat kayu getah dengan sistem Pengeringan Suhu Tinggi (HTD) yang tidak memerlukan rawatan bahan kimia, malah ianya boleh meningkatkan kestabilan kayu di samping mengurangkan masa pemprosesan. Teknologi HTD merupakan salah satu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh industri kayu-kayan negara terutamanya pengeluar perabot yang berasaskan kayu getah berkaitan halangan serta syarat-syarat perdagangan semakin ketat yang ditetapkan oleh pelbagai negara-negara maju untuk memastikan penggunaan produk-produk lebih mesra alam.


FRIM telah memperolehi paten untuk teknologi HTD dari Pejabat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat (USPTO) pada Mac 2013 dan ia juga telah memfailkan paten di Malaysia dan enam buah negara lain, iaitu Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan India. Kejayaan adalah sumbangan FRIM kepada industri kayu-kayan dan perabot getah negara. Teknologi HTD ini dapat memastikan produk kita berkualiti, tidak ada bahan kimia, selamat digunakan serta memenuhi peraturan keselamatan dan piawaian alam sekitar diperingkat antarabangsa. Ia akan dapat meningkatkan daya saing produk kita, mengukuhkan dominasi Malaysia sebagai pembekal utama serta mampu menetapkan penanda aras bagi tujuan pemprosesan kayu yang berkualiti,” kata Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM, semasa lawatan media ke kilang sistem HTD di Telok Gong, Klang. Beliau berkata FRIM akan terus berusaha menjalankan penyelidikan lanjut untuk menguji penggunaan sistem HTD terhadap spesies kayu lain termasuk Acacia dan kayu kelapa sawit. Teknologi ini juga telah didapati sesuai untuk digunakan bagi merawat kayu berketumpatan rendah ke sederhana seperti sesendok, jelutong, yemane, spesies pine dan sebagainya. Sistem HTD ini telah dibangunkan dan ditambahbaik sejak 10 tahun lalu oleh penyelidik FRIM, iaitu Choo Kheng Ten dan Dr Sik Huei Shing yang memulakan projek tersebut sebagai respon kepada langkah Kesatuan Eropah (EU) untuk melabelkan beberapa jenis bahan kimia rawatan kayu terutamanya borates dalam “Kategori repro toksik” di bawah Arahan Bahan Berbahaya 67/548. Kini kayu getah perlu dikering-tanur sebelum digunakan dalam pembuatan perabot atau komponen perabot. Tujuannya adalah untuk memastikan dimensi kayunya stabil sebelum digunakan dalam pembuatan produk hiliran. Kualiti kayu getah dirawat menggunakan HTD didapati baik dan terbukti mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi. Lebih 90% daripada kilang-kilang pengeringan di rantau ini memang telah menggunakan sistem konvensional pemanas stim pada suhu di bawah 80°C dan kayu perlu dirawat dengan bahan pengawet seperti borates untuk mencegah kulat dan serangan perosak. Sistem HTD bukan sahaja dapat menghapuskan penggunaan bahan pengawet, malah masa kitaran pemprosesan juga dapat dikurangkan sebanyak lebih 75%. Di samping itu didapati kualiti kayu getah dirawat menggunakan HTD didapati baik secara umumnya dan terbukti mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi berbanding kayu yang dirawat dengan kaedah konvensional. kini lebih 80% daripada eksport perabot Malaysia merupakan perabot diperbuat daripada kayu getah, dan kayu getah merangkumi hampir separuh daripada kayu-kayan yang digunakan dalam pembuatan perabot di Asia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology ke 3,988 ini. Wasallam!...
KAYU GETAH... BANYAK GUNANYA...
DITEBANG...POKOK GETAH TUA....
DIPROSES DIKILANG..ADA CARA...
BUAT PERABOT... EKSPORT JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Furniture Exibition Hall,
Puchong Perdana, Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
Ditulis pada (22 Ramadan 1437H)
Dikemaskini pada 18 Rabiulakhir 1447H.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...