Support My Blog

Monday, April 6, 2026

KELAPA PARUT DAN FAKTANYA (Part 1)


KELAPA PARUT (Grated Coconut)
adalah istilah yang di gunakan bagi isi buah kelapa tua atau buah kelapa setengah tua yang diparut halus diana ia digunakan secara meluas dalam masakan Melayu untuk membuat santan, inti kuih-muih (seperti ondeh-ondeh) atau penyalut beberapa jenis kuih. Ia dihasilkan dengan memarut isi kelapa menggunakan mesin atau alat tradisional (Alat Parut Kelapa) yang menghasilkan tekstur putih yang lembut dan berlemak dan menjadi bahan penting dalam banyak jenis masakan, kuih muih dan makanan serta di komersilkan. Penulis blog memang ada menulis beratus-ratus artikel engenai kelapa dalam blog ini yang boleh di baca kesemuanya, Menganali asas tentang kelapa parut penting sebab ia merukapan bahan komoditi yang sudah beribu-ribu tahun di gunakan dikalangan masyarakat di kawasan tropika yang mena Pokok Kelapa (Cocos nucifera) adalah tumbuh dan di labelkan sebagai 'Tree Of Life'. Apa pun jenis kelapa untuk di proses ia biasanya menggunakan kelapa tua untuk santan pekat, manakala kelapa yang sedikit muda atau selalu ia digunakan untuk taburan kuih supaya rasanya lebih manis dan sedap. Dalam pada itu bahan utama untuk memerah santan atau untk dijadikan bahan inti kelapa (kuih ketayap, ondeh-ondeh, kuih koci dan banyak jenis lagi) atau ia di jadikan bahan penyalut makanan seperti kuih pulut cawan serta kuih lopis dan ia 
kelapa ini dikukus seketika dengan sedikit garam agar tahan lebih lama dan berasa lebih lemak.  Bergantung kepada keperluan produk di mana umumnya adalah beberapa Jenis Parutan Kelapa iaitu Jenis Kelapa Parut Putih dan Jenis Kelapa Parut Biasa. Apa pun kelapa parut putih di buat dimana isi kelapa di parut tanpa kulit ari atau ada isi tempurung dan kelapa parut biasa dia di sediakan memarut bersama kulit ari. Perlu di nyatakan jika kelapa parut mudah rosak atau menjadi masam dimana ada kaedah sesuai untuk memanjangkan jangkamasa kerosakan dengan kaedah penyimpanan yabg sesuai. ANtaranya dengan cara untuk menyimpan dalam suhu sejukbeku di dalam peti sejuk untuk ketahanan lebih lama. Bagi penulis blog tahu jika kelapa parut merupakan bahan tradisional yang sangat penting dalam penyediaan kuih-muih klasik dan juadah harian terutamanya makanan yang berasal dari kawasan pantai timur dan selatan Semananjung Malaysia. Ia merupakan bahan asas yang mana ia sangat penting dalam masakan tradisional Melayu dan Asia Tenggara. Kegunaan utama secara tradisional sejak dulu iaitu kelapa parut di jadikan 'Santan Segar' dimana kelapa parut ini akan diperah yang biasanya dicampur sedikit air untuk tujuan mendapatkan santan yang digunakan dalam gulai, kari dan nasi lemak. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" akan kupas menganai banyak fakta menarik pasal Kelapa Parut untuk bahan rujukkan semua.


Kelapa parut yang dijadikan inti manis perlu di masak bersama gula melaka atau gula merah untuk dijadikan inti bagi kuih seperti Kuih Ketayap (Dadar), Kuih Koci, dan Pulut Inti. Paling hebat adalah kelapa pariu di jadikan KERISIK dimana kelapa parut disangai (digoreng tanpa minyak) sehingga berwarna coklat keemasan dan ditumbuk halus sehingga pecah minyak yang merupakan bahan wajib dalam masakan Rendang (Sila lihat foto disebelah)
Kerisik kelapa ialah bahan penyedap masakan tradisional Melayu yang diperbuat daripada kelapa parut yang disangai (digoreng tanpa minyak) sehingga berwarna coklat keemasan dan ditumbuk atau dikisar sehingga lumat hingga mengeluarkan minyak. Ia memberikan aroma harum, rasa lemak, dan warna yang pekat pada hidangan seperti rendang dan kari. Penulis blog paling suka makanan tradisional yang ada gunakan parutan kelapa seperti Serunding Kelapa, Urab (Makanan dari jenis daun seperti daun ubi, pegaga, ulam raja yang di capur kelpa parut dan ramuannya) serta makanan resepi Sambal Kelapa dan sebagainya.Kelapa parut segar selalunya tidak tahan lama jika di biarkan begitu sahaja sebab ia selalunya akan cepat masam jika dibiarkan pada suhu bilik tanpa apa-apa rawatan. Petua untuk simpanan lama da beberapa cara sama ada ia boleh di kukus dengan sedikit garam dan disimpan di dalam bahagian sejuk beku (freezer) atau terus di keringkan menjadi produk kelapa parut kering. Apa pun selain Kelapa Parut Putih dan Kelapa Parut Biasa memang ada produk berasaskan kelapa parut iaitu Kelapa Parut Kering (Desiccated Coconut) iaitu ia telah dikeringkan secara komersial untuk kegunaan pastri dan biskut. Jenis kelapa parut yang keempat adalah Jenis Kelapa Parut Manis 'Angel Flake' iaitu produknya dari jenis parutan yang lebih halus dan lembap dimana ia selalunya akan digunakan dalam resipi pastri atau baking. Membuat tinjauan harga kelapa parut di Malaysia dimana semasa artikel ini di tulis ia berlegar-legar sekitar RM2.00 untuk pek kecil (200gram) atau mencecah sehingga RM12.00 - RM15.00 sekilogram di pasaran sekitar Melaka dan Putrajaya. Bagi kelapa sebiji siap parut dimana anggaran harganya boleh mencapai sekitar RM4.80 - RM5.00 ke atas bergantung kepada kualiti, jumlah dan aspek lokasi pembelian. Harga ini berbeza mengikut kawasan dan sering meningkat terutama musim perayaan seperti ketika menjelang Ramadan, HAri Raha AidilFitri, Hari Raya Qyuban dan Raya Deepavali serta Ponggal. Angaran di pasar Melaka dimana harga Kelapa Parut bagi pek paling kecil adalah dalam jajaran  RM2.00 - RM3.00 bagi berat 200 - 250 gram.


Penulis blog dapati dimana umumnya k
elapa parut di Malaysia terbahagi kepada dua kategori utama berdasarkan proses pembersihan iaitu Jenis Kelapa Parut Putih (isi putih sahaja yang mana ia sesuai untuk hiasan kuih atau di jadikan inti untuk kuih dimana harganya selalu lebih mahal sedikit (Sila lihat foto di sebelah)Kelapa parut putih (bahagian isi putih sahaja) kaya dengan serat serta mengandungi bahan lemak sihat dan asid laurik yang mana khasiatnya adalah ia akan meningkatkan kolesterol baik (HDL), melancarkan pencernaan, serta memberi tenaga. Ia juga tinggi antioksidan yang bertindak sebagai antikuman untuk meningkatkan imuniti badan serta melembapkan kulit dan rambut secara semula jadi. Kelebihan terperinci kelapa parut putih:akan mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) serta membantu proses pencernaan dan ia membantu untuk membersihkan usus dan mencegah sembelit.  Kandungan asid laurik berfungsi sebagai antikuman dan antivirus untuk melawan bakteria. Kandungan lemak semulajadi membantu melembapkan kulit kering dan menjadikan rambut lebih berkilat. Bagus untuk kesihatan otak dimana hasil kajian menunjukkan ia boleh membantu meningkatkan fungsi otak dan melawan risiko penyakit seperti Alzheimer. Ia juga didakwa kan mengawal gula darah sebab bahan serat dalam kelapa parut membantu mengawal penyerapan gula dalam darah. Kedua adalah Jenis Kelapa Parut Biasa dimana proses memarut kelapa ini ia tercampur warna isi coklat sesuai untuk diperah menjadi produk santan atau di sangai sehingga menjadi produk kerisik. Kedua jenis kelapa parut ini ia juga boleh dapat dibezakan melalui teksturnya dimana bagi jenis parut basah atau kelapa parut segar atau parut kering mudah di kenali teksturnya. Kelapa Parut Hitam atau Jenis biasa selalu ia diparut bersama sedikit kulit ari bahagian coklatnya. Sesuai untuk menghasilkan santan pekat atau dibuat kerisik. Penulis blog kongsikan kaedah dalam pemilihan kelapa parut untuk di jadikan Inti atau Hiasan dimana perlu dipilih jenis kelapa yang tidak terlalu muda (terlalu basah) atau terlalu tua (terlalu kering) untuk di proses. Apa pun di Malaysia kelapa ini ia dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan cara penyediaan dan kegunaannya dalam masakan. Selalunya bagi produk atau Jenis Kelapa Parut Putih ia di lakukan dengan cara membuang dulu kulit ari (bahagian luar buah kelapa yang berwarna hitam) dengan menggunakan alat pengikis dahulu sebelum ia diparut. Ia biasanya digunakan untuk membuat inti kuih-muih (seperti onde-onde atau ketayap) dan selalu dia dijadikan taburan pada kuih tradisional agar nampak bersih dan menarik. Bagi Jenis Kelapa Parut Biasa (Putih atau Hitam) selalunya ia diparut sekali dengan kulit arinya. Jenis ini sangat sesuai untuk dibuat kerisik atau diperah untuk mendapatkan santan segar bagi masakan gulai dan kari. Produk Jenis Kelapa Parut Kering (Desiccated Coconut) pula merupakan jenis kelapa yang telah diproses, dikeringkan dan biasanya dijual dalam paket. Ia lebih tahan lama dan praktikal untuk digunakan dalam pembuatan biskut, kek atau sebagai hiasan pastri. Ada juga Produk Jenis Kelapa Parut Manis (Angel Flake) iaitu jenis yang sering ditemui dalam pasaran baking antarabangsa. Ia mempunyai tekstur yang lebih lembap dan telah ditambah pemanis, berbeza dengan kelapa parut segar yang asli.


Kehebatan produk k
elapa parut kaya dengan serat, lemak sihat (MCT) dan kaya nutrien yang membantu didalam melancarkan pencernaan, meningkatkan kesihatan jantung, serta membekalkan tenaga segera. Ia juga tinggi zat besi untuk mencegah anemia serta membantu melembapkan kulit dan rambut. Kelapa parut berkhasiat sebagai makanan tambahan atau bahan masakan. Di kongsikan akan khasiat utama Kelapa Parut iaitu mampu untuk melancarkan Siatem Pencernaan dan akan melawaskan sebab ia kaya serat semula jadi yang membantu membersihkan usus dan mencegah sembelit. Ia juga didakwa akan Meningkatkan Kesihatan Jantung sebab kandunan zat lemak MCT dalam kelapa parut meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menjaga salur darah. Kelapa parut berikan jumah Tenaga degan segara dimana zat lemak MCT cepat diserap dan diubah menjadi tenaga serta akan dapat Meningkatkan Fungsi Otak sebab kandungan nutrisinya dipercayai dapat memperbaiki fungsi otak dan memperlambat kes penyakit Alzheimer. Selain itu khasiatnya ia di dakwa akan Mencegah Anemia sebab ia mengandungi zat besi yang membantu produksi sel darah merah. Bagis untuk kesihatan kulit dan rambut dimana kandungan bahan asid lemak semulajadi melembapkan kulit kering dan boleh dijadikan lulur untuk menyihatkan rambut. Kemudian di dakwa ia juga akan  Meningkatkan Imunisasi Badan dari kandungan bahan Asid laurik bertindak sebagai antibakteria dan antivirus untuk melawan jangkitan. Cara pengambilan kelapa parut adalah dengan mengambil 1-2 sudu besar kelapa parut segar (daripada kelapa tua) dan boleh dimakan bersama nasi, kuih-muih, atau campuran dalam masakan 2-3 kali seminggu. Kelapa parut bukan sekadar bahan masakan, ia sebenarnya kaya dengan khasiat kesihatan dan kecantikan kerana ia juga mengandungi serat, lemak sihat, dan mineral penting seperti kalium dan magnesium. Teknik mengambil kelapa parut untuk melancarkan penghadaman dengan memakannya terus dimana isi kelapa tua yang diparut mempunyai kalori yang cukup tinggi (sekitar 350 kalori per 100 gram) yang mana ia mampu untuk membekalkan tenaga segera. Kelapa parut di sahkan ia bebas kolesterol yang menjadikannya alternatif lemak yang lebih baik berbanding pengambilan lemak haiwan.
Hampas atau baki kelapa parut selepas diperah santannya juga mempunyai kegunaan hebat iaitu dijadikan bahan Skrub Muka Semulajadi sebab ia mempunyai tekstur yang kasar tetapi lembut efektif untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan pori-pori tersumbat.  Minyak yang masih tersisa dalam hampas kelapa boleh melembapkan rambut kering dan menghaluskan kulit yang kasar. Hampas ini sesui dijadikan bahan menghilangkan komestik solekan di muka tanpa ada kesan merengsakan pada mata atau kulit. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. 
KELAPA PARUT...DARI BUAH KELAPA...
ISINYA DI PARIT...BANYAK JENISNYANYA...
SABGAT KHASIAT... PELBAGAI GUNANYA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Shawal 1447H).

Sunday, April 5, 2026

ISU SUHU PANAS DAN KEMARAU 2026 (Pt 2)

MALAYSIA
kini sedang berdepan dengan gelombang cuaca panas ekstrem dan kurang hujan yang dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau awal April 2026. Fenomena ini ianya dikaitkan dengan kesan El Nino yang menyebabkan suhu meningkat lebih tinggi daripada biasa di kebanyakan negeri terutama di utara Semenanjung Malaysia. 
El Niño ialah fenomena iklim semula jadi yang berlaku setiap 2 hingga 7 tahun, ditandai dengan peningkatan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik. Ia menyebabkan perubahan cuaca global, sering membawa keadaan panas dan kering ekstrem (kemarau) di Asia Tenggara/Malaysia, serta risiko kebakaran hutan, berbeza dengan La Niña yang membawa hujan lebat. Ketika artikel ini di tulis di Melaka sudah lebih dua bulan tidak ada hujan lebat sejak bulan Febuari lalu di rumah penulis blog di Bandar Melaka. Dilaporkan dimana status cuaca terkini (pada bulan April 2026) dimana suhu maksimum yang direkodkan di beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Padang Terap, Kedah dilaporkan ia telah mencatatkan suhu antara 37°C hingga 40°C iaitu sangat panas kepada kebanyakan penduduk Malaysia untuk bertahan. Ada juga ramalan yang menyatakan suhu boleh mencecah sehingga 42°C di kawasan tertentu seperti di Perlis dalam keadaan ekstrem terutama di beberapa lokasi tertentu. Di laporkan juga dimana kerajaan melalui METMalaysia telah mengeluarkan Tahap Amaran dimana ia telah menyatakan amaran ancaman Gelombang Haba (Tahap 2) bagi kawasan yang mencatatkan suhu sekitar melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut. Pihak berwajib juga laporkan punca utama keadaan ini adalah dari berlakunya gabungan fasa akhir Monsun Timur Laut, fenomena El Nino, dan kurangnya litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke muka bumi. METMalaysia juga keluarkan kenyataan dimana kawasan paling terkesan adalah di kawasan di bahagian utara Semenanjung Malaysia dimana masa ini ia biasanya mengalami impak paling ketara iaitu berlaku di Perlis (Kangar), Kedah (Padang Terap, Langkawi, Kota Setar), Pulau Pinang dan juga Perak (Hulu Perak). Dilaporkan dimana orang ramai perlu waspada untuk berada di luar rumah atau di kawasan kebun-kebun pertanian atau di kawasan riadah. Dalam pada itu pihak berkuasa seperti METMalaysia dan Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk patuh arahan agar mengrangkan aktiviti luar terutamanya antara jam 11 pagi hingga 4 petang dan juga mengekalkan tahap kekal hidrat dengan meminum air kosong dengan kerap walaupun tidak berasa dahaga. Selain itu orang ramai dan petani dan pesawah di syorkan agar memakai jenis pakaian lebih sesuai seperti jenis pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang. Kalangan pelajar sekolah juga dibenarkan memakai pakaian sukan mengikut pekeliling semasa. Di beritahu juga agr orang ramai berwaspada dengan simptom atau tanda gejala suhu [anas sperti ada tanda-tanda kelesuan haba atau strok haba seperti pening kepala, nadi laju, dan kulit kering yang panas. Perlu mendapatkan rawatan segera jika simptom ini berlaku agar ia tidak menjejaskan aspek kesihatan lebih teruk. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan menulis mengeai ancaman dan isu suhu panas dan kemarau yag berlaku di Malaysia pada tahun 2026 kali ini untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam beberapa portal tempatan ada di laporkan 'Cuaca Panas Hasil Padi Merosot 60 Peratus' dimana di Alor Setar dilaporkan hasil padi di beberapa kawasan utama negara dilaporkan merosot sehingga 60% susulan faktor cuaca panas melampau mencecah 37 - 40 darjah Celsius sejak dua minggu lalu. Apa pun keadaan tersebut menyebabkan banyak padi yang dituai tidak berisi, selain kekurangan bekalan air akibat kemarau berpanjangan, malah pesawah dijangka terpaksa menangguhkan musim penanaman baharu yang sepatutnya bermula April 2026 ini. Pihak MADA nyatakan kemerosotan itu boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi sehingga mengganggu proses penting dalam pembentukan hasil padi. Suhu ekstrem terutama melebihi 40 darjah Celsius boleh menjejaskan proses pendebungaan sehingga ia akan menyebabkan pengisian padi tidak sempurna. Kesan kemarau turut memberi kesan besar kepada bekalan air apabila sumber utama seperti hujan dan simpanan empangan semakin berkurangan. Dilaporkan ketika ini paras takungan MADA iaitu di Empangan Muda berada pada tahap rendah iaitu 7.64 peratus atau 9,550 ekar kaki berikutan ketiadaan hujan di kawasan tadahan yang mana keadaan ini perlu diberi perhatian serius. Selalunya apabila kemarau, air hujan tiada, air empangan pun berkurang dan ini memberi kesan langsung kepada bekalan air untuk pengairan padi. Bekalan yang ada ketika ini hanya mencukupi untuk dilepaskan ke Loji Rawatan Air (LRA) bagi kegunaan domestik dan industri yang boleh menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke kawasan sawah seperti biasa. Ini berkemungkinan pesawah terpaksa menggunakan kaedah tabur terus kering (TTK) untuk meneruskan penanaman musim satu 2026 yang dijangka bermula April dan kaedah ini dilakukan dengan cara membajak tanah, menabur benih padi dan memadatkan tanah sebelum menunggu hujan atau embun untuk percambahan.


Media lain dan bernama laporkan 'Ada 15 kawasan di Semenanjung pada status cuaca panas tahap 1 dan 2 - Lapor MetMalaysia' dimana ada foto keadaan tanah sawah yang kering dan merekah akibat cuaca panas di Padang Terap, Kedah sebagai rujukkan. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 - 40 darjah Celsius.  MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah. Apa pun amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan). Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Menurut jabatan itu dimana tema berkenaan menekankan kepentingan teknologi dan usaha pemantauan meteorologi yang tepat serta terkini dalam melindungi kehidupan dan alam sekitar untuk generasi akan datang dimana melalui pemantauan cuaca yang dilakukan hari ini, kita dapat membuat ramalan yang lebih berkesan, mengeluarkan amaran awal serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan risiko bencana alam dan kesan perubahan iklim. MetMalaysia turut meraikan Ulang Tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WHO), satu pencapaian yang mencerminkan komitmen negara dalam menyumbang kepada kerjasama global demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian bumi.
 

Bernama juga laporkan 'Padi tak menjadi akibat panas melampau dakwa Pesawah' dimana kesan cuaca panas melampau yang melanda daerah Pokok Sena dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 hingga 30 peratus berbanding musim lepas. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan dakwa kesan fenomena cuaca panas ketika ini menjadikan pengeluaran padi tidak memberangsangkan dan berkurangan. Kajian dapati hasil padi pada tahun ini dijangkakan pada kadar 62% dan cuaca panas yang telah berlarutan sejak tiga tahun lalu menyebabkan pengeluaran tidak memberangsangkan. Mengulas lanjut, Mohamad berkata pihaknya akan terus berusaha memastikan pengeluaran padi di setiap kawasan tanaman seluruh negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lat 1,000 di Perlis. Dilaporkan akibat cuaca panas melampau yang melanda daerah Pokok Sena dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20-30% peratus berbanding musim lepas. Pesawah Mohd Farid mendakwa dia yang mengusahakan lebih 30 hektar sawah turut terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lepas dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan dan kering. Dakwanya padi jadi ringan, jadi hampa (kosong), suhu ekstrem sangat dan kita ingat panas biasa-biasa sampai ada yang dah buang air 20 hari sebelum mengerat (menuai). Tiba-tiba suhu panas sangat mengakibatkan pokok (padi) cepat kering dan buah padi kurang berisi beras dan bukan salah siapa pun, ada yang menjadi sampai tujuh dan lapan tan per hektar. Cumanya ada silap percaturan mengakibatkan bendang cepat kering sehingga pokok terbantut dan menjejaskan pokok padi yang tengah bunting ketika itu. Kesan fenomena El Nino yang melanda ketika ini mengakibatkan hasil tuaiannya turut menyusut dan tinggal kira-kira lima tan metrik per hektar berbanding tujuh tan metrik per hektar sebelum ini. Pesawah di sini yakin dimana selagi ada jaminan daripada pihak MADA kata tiga empangan mencukupi untuk pengairan musim depan, kami tak risau sangatlah untuk tanaman semula nanti. Cuma kami kena lebih peka pada ramalan cuaca agar tak lepas (buang air dari petak sawah) air awal-awal dan ikut jadual penanaman yang ditetapkan MADA. Bagi seorang lagi pesawah Jamil nyatakan Kedah memang memerlukan cuaca panas musim ini bagi menstabilkan tanah untuk rawatan tanah jerlus tapi bukanlah cuaca yang terlampau panas sehingga menjejaskan hasil petani dan situasi ini di luar jangkaan. Dia yang mengusahakan lebih 35 hektar sawah juga terkesan apabila purata hasil diperoleh sekitar enam tan mektrik per hektar berbanding sebelum ini sebanyak tujuh tan metrik per hektar. Padinya pun hasil tidak padat dimana bila panas kuat kesannya padi menjadi kering dan tidak ada isi berbanding musim lepas dimana biasanya dia boleh dapat tujuh tan metrik lebih akan tetapi sekarang ini dalam enam tan metrik per hektar saja. Dakwanya bukan sahaja pokok jadi kering malah sawah ditimpa penyakit seperti bena perang dan serangan makhluk perosak lain, tapi masih dapat dikawal dan dia telah anggarkan 30 peratus hasil tuaian terjejas akibat cuaca panas ini. bagi petani dari Kampung Balik Bukit bernama Aziz Mat, 82 pula dia yang mengusahakan kira-kira lapan hektar sawah turut kehilangan hasil kerana hanya lima hektar sawahnya mengeluarkan hasil susulan kemarau. Kerugiannya anggaran dalam RM20,000 sebab banyak petak (sawah) tak ada isi, jadi hampa, panas sangat sampai tangkal kecut dan patah, kira dalam sembilan relong (tiga hektar) saya tak dapat apa-apa hasil seperti yang lain dapat. Air dan segala infrastruktur semua cukup dan kini yang menjadi punca ialah cuaca panas melampau, bukan kelemahan siapa-siapa. Kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4 petang dan hasil semakan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Pokok Sena mencatatkan 37 darjah Celsius iaitu pada tahap gelombang haba iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 


Dalam bharian.com dilaporkan 'Cuaca panas beri kesan kepada penternak' dengan kes penternak bernama  Zubir melakukan rutin harian dengan cara memastikan lembu ternakannya dalam keadaan baik ketika ditemui di Ladang Siantan Green, Kampung Bangi, Selangor menjadi liputan media. Kisah bagaimana Zubir yang menghela nafas panjang sebaik diberitahu oleh pekerjanya mengenai kematian seekor lagi lembunya ketika dia sedang bersiap memulakan aktiviti rutin hariannya seawal jam 7 pagi di ladang fidlotnya di Bangi. Apa pun lembu pedaging yang diternaknya secara fidlot untuk memenuhi permintaan ibadah korban bersempena dengan Aidiladha dipercayai mati akibat tekanan haba berikutan cuaca panas yang berlaku ketika ini. Kematian terbaharu itu bermakna sudah 20 lembu ternakannya menjadi korban cuaca panas melampau susulan fenomena El Nino yang sedang melanda banyak negara di dunia ketika ini dengan tempoh jangkaan hingga September depan. Cuaca panas melampau ketika ini banyak memberi impak kepada penternak. Kami turut terkesan apabila 20 lembu yang sepatutnya dijual untuk ibadah korban mati sepanjang tempoh tiga bulan lepas. Dia dakwa seekor lembu yang berat biasa anggaran 180 kilogram (kg) hingga 250kg bernilai sekitar RM4,300 dimana kejadian ini bermakna dengan 20 ekor kematian menyebabkan dia sudah telah kerugian hampir RM100,000 yang kandangnya berada di ladang seluas 0.8 hektar yang diusahakannya sejak 2004. Kesan cuaca panas yang berlaku ketika ini turut menjejaskan tumbesaran ternakannya sehingga berat haiwan itu menurun dan tidak dapat dijual pada tempoh yang sepatutnya dimana ini turut menyebabkan kos operasi meningkat apabila terpaksa melanjutkan tempoh ternakan haiwan itu sehingga berat mencapai berat minimum 180kg. Kejadian haiwan apabila stres disebabkan panas maka ia tidak berselera makan dan ini menjejaskan berat badannya. Bagi lembu tempatan biasanya mengambil masa dua minggu untuk menaikkan kembali berat badannya tetapi untuk lembu import yang bersaiz besar ada yang mengambil masa hingga sebulan. Apa pun lagi lama haiwan ini berada di kandang, lagi banyaklah kos yang terpaksa dibelanjakan tambah lagi ketika musim panas ini dimana dia yang mempunyai lapan pekerja manakala haiwan ternakan sebanyak 350 ekor termasuk 50 kerbau. Aktiviti rutin hariannya sebagai pengurus di ladang fidlot itu berubah sejak tiga bulan lepas bagi menyesuaikan dengan peningkatan suhu yang kadang kala mencecah hingga 40 darjah Celsius. Dia hanya memandikan haiwannya sekali sehari pada waktu pagi, tetapi ketika cuaca panas, dia perlu memandikannya sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Selain terpaksa menambah jumlah air minuman di dalam kolam yang disediakan sebanyak 40 hingga 45 liter sehari, dua kali ganda berbanding bukan semasa cuaca panas. Haiwan apabila dalam cuaca panas, akan gelisah, termenung sehingga menyebabkannya tertekan, dehidrasi. Bila lihat keadaan haiwan tidak selesa, kami mula memandikannya dua kali sehari selain memastikan kandang dalam keadaan bersih. Disebabkan kandang yang kotor, memudahkan haiwan terdedah dengan pelbagai penyakit dan berisiko mati dimana kos ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk haiwan ternakan turut meningkat ketika musim panas. Kini kos operasinya akan lebih meningkat apabila ianya membabitkan lembu import yang memerlukan penjagaan lebih rapi seperti baka Limousine Bull dari Australia apabila terpaksa memasang jaring 'garden net' bagi mengurangkan tekanan kepanasan. Direkodkan kesan El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951 hingga 1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997 hingga 1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan oleh Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.  


Dalam laporan media lain di mana 'Cuaca panas jejas ternakan ikan kolam mati' menjadi ancaman kepada oenternak akuakutur di Gua Musang Kelantan wajar di kongsikan faktanya. Media laporkan ada seorang penternak ikan kolam di Kampung Lepan Jaya dekat sini, mendakwa menanggung kerugian RM15,000 apabila lebih 3,000 ternakan ikan patin mati berikutan cuaca panas sejak dua bulan lalu. Bgi Mat Nawi Hussin, 62, berkata kerugian paling paling ketara bermula Jumaat lalu apabila antara 500 hingga 700 patin mati setiap hari dimana ia dipercayai berpunca daripada bekalan air tidak mencukupi berikutan sumber dari bukit berhampiran untuk disalurkan ke lapan kolam ikan semakin kering dan cuaca panas yang ekstrem dimana keadaan ini menjejaskan pendapatan saya kerana turut mempunyai kira-kira 6,000 ikan kelah yang tinggi harganya. Dia yang menternak 30,000 ikan tilapia, 30,000 ikan krai, 10,000 ikan tongsan dan 6,000 ikan jelawat nyatakan baki kira-kira 5,000 ikan patin dalam sebuah kolamnya berkemungkinan tidak dapat diselamatkan kerana cuaca panas menyebabkan air semakin kering dan suhu semakin panas. Tumpuannya kini ialah menjaga ternakan kelah dengan sebaiknya berikutan ada yang bersaiz hingga lima kilogram dan boleh dijual pada harga RM200 sekilogram. Dia juga perlu bergantung kepada air simpanan dengan mencukupi daripada beberapa sumber lain yang berhampiran walau pun kejdian suhu panas dan kemarau belum tahu bila akan berakhir. Dia ada membeli pam air dan mendapatkan nasihat untuk dapatkan air bawah tanah dimasa akan datang bagi mengatasi kekurangan bekalanan air di musim kemarau. 
Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang di syorkan di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujukkan pembaca blog anim agro semuanya. Wasallam!!!..
ISU SUHU PANAS...KEMARAU PUN ADA...
KESAN EL-NINO...KINI SERIUS MELANDA...
ORANG RAMAI...PELU LEBIH WASPADA...
ANCAM PERTANIAN...DIJELASKAN FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1447H).

Saturday, April 4, 2026

ISU SUHU PANAS DAN KEMARAU 2026 (Pt 1)

MALAYSIA
 kini sedang berdepan dengan gelombang cuaca panas ekstrem dan kurang hujan yang dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau awal April 2026. Fenomena ini ianya dikaitkan dengan kesan El Nino yang menyebabkan suhu meningkat lebih tinggi daripada biasa di kebanyakan negeri terutama di utara Semenanjung Malaysia. Ketika artikel ini di tulis di Melaka sudah lebih dua bulan tidak ada hujan lebat sejak bulan Febuari lalu di rumah penulis blog di Bandar Melaka. Dilaporkan dimana status cuaca terkini (pada bulan April 2026) dimana suhu maksimum yang direkodkan di beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Padang Terap, Kedah dilaporkan ia telah mencatatkan suhu antara 37°C hingga 40°C iaitu sangat panas kepada kebanyakan penduduk Malaysia untuk bertahan. Ada juga ramalan yang menyatakan suhu boleh mencecah sehingga 42°C di kawasan tertentu seperti di Perlis dalam keadaan ekstrem terutama di beberapa lokasi tertentu. Di laporkan juga dimana kerajaan melalui METMalaysia telah mengeluarkan Tahap Amaran dimana ia telah menyatakan amaran ancaman Gelombang Haba (Tahap 2) bagi kawasan yang mencatatkan suhu sekitar melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut. Pihak berwajib juga laporkan punca utama keadaan ini adalah dari berlakunya gabungan fasa akhir Monsun Timur Laut, fenomena El Nino, dan kurangnya litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke muka bumi. METMalaysia juga keluarkan kenyataan dimana kawasan paling terkesan adalah di kawasan di bahagian utara Semenanjung Malaysia dimana masa ini ia biasanya mengalami impak paling ketara iaitu berlaku di Perlis (Kangar), Kedah (Padang Terap, Langkawi, Kota Setar), Pulau Pinang dan juga Perak (Hulu Perak). Dilaporkan dimana orang ramai perlu waspada untuk berada di luar rumah atau di kawasan kebun-kebun pertanian atau di kawasan riadah. Dalam pada itu pihak berkuasa seperti METMalaysia dan Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk patuh arahan agar mengrangkan aktiviti luar terutamanya antara jam 11 pagi hingga 4 petang dan juga mengekalkan tahap kekal hidrat dengan meminum air kosong dengan kerap walaupun tidak berasa dahaga. Selain itu orang ramai dan petani dan pesawah di syorkan agar memakai jenis pakaian lebih sesuai seperti jenis pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang. Kalangan pelajar sekolah juga dibenarkan memakai pakaian sukan mengikut pekeliling semasa. Di beritahu juga agr orang ramai berwaspada dengan simptom atau tanda gejala suhu [anas sperti ada tanda-tanda kelesuan haba atau strok haba seperti pening kepala, nadi laju, dan kulit kering yang panas. Perlu mendapatkan rawatan segera jika simptom ini berlaku agar ia tidak menjejaskan aspek kesihatan lebih teruk. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan menulis mengeai ancaman dan isu suhu panas dan kemarau yag berlaku di Malaysia pada tahun 2026 kali ini untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menyentuh is semasa iaitu insiden c
uaca panas dan kemarau di Malaysia (2026) adalah fenomena suhu tinggi (lebih40 Celcius) dan kurang hujan dimana ini didorong oleh fenomena El Niño, sebab pemanasan global dan berlaku keadaan  peralihan monsun. Keadaan ini sering diklasifikasikan sebagai gelombang haba jika melebihi dari kadar normal dimana ia seris sebab ia juga berlarutan agak lama pada tahun 2026 ini serta memberi risiko kesihatan serta menjejaskan bekalan air untuk domestik dan juga kekurangan ait untuk pertanian terutama di kawasan tanaman di jelapang padi di Malaysia. Banyak kawasan tanaman padi di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang yang kering di sebabkan tidak dapat aatau tidak mencukupi air untuk proses pertumbuhan padi. Beberapa empangan utama di sana sanpai tahap kritikal untuk kegunaan air domestik dan pertanian dan empangan di Pulau Pinang diantara yang terjejas teruk. Apa pun di laporkan fakta utama insiden berlakunya suhu panas dan isu kemarau di Malaysia kali ini ia berpunca daripada gabungan fenomena El Niño (lautan pasifik panas), pemanasan global dan musim Monsun Barat Daya yang membawa udara kering. Dilaporkn di beberala lokasi dimana tahap suhu harian boleh mencecah 35 Celcius ecara konsisten lebih dari suhu dan mencecah lebih 40 Celcius pada waktu puncan sianghari. Insiden dan potensi berlaku  Gelombang Haba yang mana ia berlaku apabil ia ditakrifkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) apabila suhu maksimum harian melebihi 37 Celcius untuk selama 3 hari berturut-turut (tahap 1 atau ia berada pada jenis amaran berjaga-jaga). MET Malaysia sudah laporkan kawasan yang paling serius terjejas adalah di bahagian utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Perak) dan kawasan pedalaman negeri sama yang sering mencatatkan suhu tertinggi. Jika terdedah maka ancman berlaku adalah kesan atau risiko strok haba atau berlaku insiden kekejangan otot, peningkatan risiko kebakaran hutan dan penyusutan paras air kolam atau dalam empangan. Empangan ialah struktur binaan yang direka untuk menyekat, menakung dan mengawal aliran air sungai atau alur air bagi membentuk takungan besar. Ia berfungsi utama sebagai sumber bekalan air bersih, penjanaan tenaga hidroelektrik, kawalan banjir, serta pengairan pertanian.

 
Kejadian suhu panas melampau yang berlaku terutamanya semasa fenomena El Niño (seperti semasa artikel ini di tulis pada April 2026) boleh memberi kesan signifikan kepada pertanian terutamanya di Malaysia. Ia boleh menjejaskan hasil tanaman seperti padi (hingga 30%) dan mengurangkan kualiti hasil tanaman yang terjajas sebab kurang air dan serangan perosak tanaman. Walau bagaimanapun di laporkan dimana cuaca panas juga berpotensi meningkatkan kualiti buah-buahan tertentu seperti tanaman Mangga (Mangifera indica) dan Buah Manggis (Garcinia mangostana) di sesetangah kawasan dengan syarat ia cukup air dan baja dan diuruskan dengan baik. Paling teruk adalah ancaman kepada tanaman padi dimana kesan dari suhu panas menyebabkan hasil padi akan terjejas sebab suhu ekstrem panas akan menyebabkan padi menjadi ringan atau menjadi padi hampa (isi kosong) dimana ini akan pastinya ia menjejaskan pengeluaran hasil dan pendapatan kepada para pesawah. Kajian mendapati insiden c
uaca panas melampau yang kini ada melanda di Daerah Pokok Sena, di Kedah dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 - 30% berbanding musim penanaman yang lepas. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) laporkan dijangka hasil padi pada tahun 2026 ini dijangkakan berkurangan pada kadar 62% jika cuaca panas yang telah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan beberapa bulan kebelakangan ini akan ia menyebabkan pengeluaran hasil padi tidak memberangsangkan. Kerajaan bagaimana pun akan terus berusaha memastikan pengeluaran padi di setiap kawasan tanaman seluruh negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di lokasi sawah di Sekinchan, Selangor dan Kampong Lat 1,000, di Perlis. Kalangan pesawah di Kedah memang memerlukan cuaca panas musim ini bagi menstabilkan tanah untuk rawatan tanah jerlus tapi bukanlah kes cuaca yang terlampau panas sehingga menjejaskan hasil pesawah dimana pada tahun 2026 ini kejadian ini di luar jangkaan mereka. Suhu panas juga ancam industri ternakan dimana kalangan penternak perlu waspada kerana suhu panas (37°C - 40°C) akan menjejaskan kesihatan haiwan ternakan. Ancaman kekurangan air, kemarau dan suhu panas ekstrem yang berpanjangan pasti ia akan menjejaskan bekalan air bagi tanaman, penternakan ikan di kolam dan juga industri ternakan ruminan dan poultri. Apa pun keungkinan pihak penyelidik di Malaysia boleh membuat dan keluarkan varieti atau baka padi yang lebih rintang kepada suhu tinggi dan kemaru di masa kaan datang. Cuaca panas melampau mengancam kestabilan bekalan makanan negara.


Menarik bincang fakta mengenai h
ubungan diantara suhu panas dan pertanian mempunyai dua kesan utama iaitu ia boleh bersifat negatif iaitu dengan menjejaskan hasil tanaman melalui kemarau atau dalam sesetengah kes ia boleh membantu meningkatkan kualiti buah-buahan tertentu. yang bersifat positif. Pertama adalah Kesan Negatif (Cabaran atau Ancaman) dimana suhu ekstrem yang berpanjangan sering dikaitkan dengan fenomena seperti El Nino ia memang boleh menyebabkan isu seperti berlaku Kes Penurunan Hasil Padi apabila cuaca panas melampau boleh menjejaskan hasil padi sehingga 30 peratus. Kesan dimana hasil tuaian padi menjadi 'padi hampa' atau padi yang tidak ada isi (kosong) atau tidak berisi penoh kerana suhu yang terlalu tinggi menyebabkan ia jejaskan semasa proses tumbesaran. Berlku juga keadaan isu Tekanan Air  berkurangan semasa kemarau bersaa isu suhu tinggi dimana ini akan mempercepatkan insiden sejatan air yang akan  menyebabkan tanah menjadi kering dan tanaman akan layu dan pertumbuhan akan terencat. Kes ini juga berlaku dalam industri ternakan haiwan dimana para penternak perlu lebih waspada kerana jika berlaku insiden suhu berada diantara 37 - 40 darjah Celsius maka boleh menyebabkan 'stres haba' kepada haiwan ternakan terutama ternakan ruminan, ayam telor dan ayam pedaging. Penternak perlu sentiasa memeriksa suhu panas ekstrem ini dengan memasang beberapa keperluan tambahan agar haiwan ternakan terselamat dari ancaman. Dalam industri akuakultur keadaan suhu tinggi ekstrim ini lebih teruk apabila ia akan memanaskan iar kolam dan menyebabkan ikan mati dan lebih serius lagi apabila bekalan air kolam sudah susut atau tidak mencukupi utnuk di bekalkan kekolam ternakan. Bagaiman apun ada Kesan Positif (Peluang) jika berlaku fenomena suhu panas sebab disesetengah tanaman jenis tropika ada laporan cuaca panas yang stabil sebenarnya memberikan kelebihan seperti kejadian Kualiti Buah Lebih Baik seperti boleh berlaku kepada jenis tanaman seperti Mangga Harumanis mendapat manfaat daripada cuaca panas kerana ia membantu buah menjadi lebih manis dan berkualiti tinggi. Kajian mendapati dimana kemungkinan hasil tanaman jenis tertentu akan meningkat seperti jenis tanaman yang tahan panas mungkin menghasilkan buah yang lebih banyak dan berkualiti dalam keadaan cuaca tertentu. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang di syorkan di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujukkan pembaca blog anim agro semuanya. Wasallam!!!..
ISU SUHU PANAS...KEMARAU PUN ADA...
KESAN EL-NINO...KINI SERIUS MELANDA...
ORANG RAMAI...PELU LEBIH WASPADA...
ANCAM PERTANIAN...DIJELASKAN FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1447H).

Friday, April 3, 2026

KERENGGA DAN FAKTA MENARIK (PART 2)

KERENGGA (Oecophylla smaragdina) adalah sejenis serangga dari kategori semut yang dikenali kerana sifatnya yang selalu penulis blog lihat ia adalah agresif dan tabiatnya yang suka untuk membina sarang dari daun di lektakan di atas pokok. Apa pun serangga kerengga ini ia adalah unik iaitu berbanding dengan semut lain diatas tanah sebab ia dari jenis Pembina Sarang (Weaver Ants) dimana ia membina sarang dengan mencantumkan daun-daun hidup dipokok iaitu dengan menggunakan sejenis bahan sutera yang dihasilkan oleh larva mereka dimana ia kukuh melekat. Sarang kerengga berbagai saiz ada yang berukuran sekitar 60 cm garispusat dengan melibatkan 6 helai daun dokong yang dicantum dengan pelekat berwarna keputihan disisi cantuman daun dan ada yang sederhana atau kecil bergantung kepada saiz koloninya. Sarang kedua agak kecil sedikit dengan ukurlilit sekitar 40 cm melibatkan 3 helai daun dokong. Selalunya saiz koloni dianggarkan bilangan kerengga dalam koloni tersebut sekitar 250 sehingga ribuan ekor daripada kerengga dewasa dan anak kerengga. Melihat dengan teliti dimana warna bagi kerengga biasanya berwarna oren atau kemerahan atau coklat berkarat bergantung kepada alam sekitar atau habitatnya. Bagi penulis blog yang banyak kali kenis gigitan kerengga sudah faham jika ia bersifat 'Agresif' dan sangat menjaga wilayahnya dan akan menggigit sesiapa sahaja yang datang atau cuba mengganggu pokok tempat tinggalnya atau sarangnya. Gigitannya selalu terasa pedih kerana kerengga dewasa akan merembeskan asid formik ke dalam luka gigitan tersebut yang menambah kesakitan. Apa pun peranan serangga ini didalam sektor pertanian penting sebab ia adalah sejenis haiwan sebaga ejen 'Kawalan Biologi' di kebun atau selalu di panggil sebagai 'Penjaga kebun' kerana makanannya ia akan memburu serangga perosak seperti ulat dan kumbang. Ini akan sekaligus membantu mengurangkan ancaman serangga perosak dan hasilnya ia menjaga kualiti buah-buahan tanpa perlu menggunakan racun kimia yang banyak. Mengenali akan habitat kerengga dimana ia selalunya akan dijumpai di kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia terutamanya pada pokok buah-buahan seperti pokok mangga, pokok rambutan, pokok jambu dan pokok hutan lainnya. Bagi  penulis blig kerengga ialah sejenis semut merah besar yang sinonim dengan kehidupan di kampung, dikenali kerana membuat sarang daripada anyaman daun di pokok dan ia  juga terkenal dengan gigitan yang pedih, namun bertindak sebagai ejen kawalan biologi yang memakan serangga perosak, sekali gus melindungi buah-buahan daripada rosak. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta menarik pasal kerengga dan telurnya untuk di buat bahan rujukkan pembaca semua.


Teknik untuk mengambil telur kerengga (kroto) memerlukan teknik yang agak bahaya sebab bila serangga dewasa jatuh dan banyak mengigit amat menyakitkan. Selalunya kaedah di lakukan adalah dengan cara 'menjolok sarang kerengga' iaitu dengan cara menggunakan galah buluh yang dipasang kerondong (tangguk) yang di buat daripada upih pinang atau jaring. Ada dilihat beberapa petua dimana masa terbaik memburu telur kerangga adalah dalam kalendar Islam genap untuk hasil terbaik dimana ia kemudian diasingkan daripada kerengga dewasa dengan cara asingkan iaitu menggunakan daun kelapa kering yang dibakar dimana kerangga dewasa akan mati maka selalunya tertinggallah terlur berwarna putih krim tertinggal. Pengalaman penulis blog dimana cara-cara mengambil telur kerengga dengan sediakan peralatan galah panjang yang dipasang tangguk atau jaring halus sebagai kerondong di hujung galah dengan diikat kuat. Masa terbaik adalah memilih waktu bulan Islam genap (hari bulan genap) untuk mendapatkan telur putih yang banyak berbanding anak kerengga yang sudah menetas. Apa pun pastikan amalan atau teknik semasa menjolok sarang kerengga dengan berhati-hati supaya telur tidak pecah. Proses seterusnya adlah mengasingkan kerengga dewasa dengan menggunakan daun kelapa kering yang dibakar untuk ianya dapat mengasingkan semut dewasa daripada telur. Disyorkan agar pemburu telur kerengga ini menggunakan bedak atau tepung pada tangan atau pada kaki untuk mengelakkan gigitan kerengga tersebut. Telur yang telah dibersihkan biasanya direbus bersama daun kunyit dan sedikit garam untuk tujuan ia dijadikan umpan pancing atau lain-lain kegunaan. Perlu di nyatakan dimana telur dan larva kerengga (semut merah besar) ia merupakan sumber protein tinggi dan lemak sihat yang dianggap makanan eksotik berkhasiat di Asia Tenggara, terutama Thailand dan Vietnam. Ia sering dijadikan hidangan istimewa kerana rasanya yang unik seperti sitrus (lemon) dan kaya dengan nutrien, sering dimakan dengan cara digoreng atau dicampur dalam masakan. Khasiatnya dimana kedua telur dan larva kerengga adalah salah satu sumber protein yang tinggi dan keduanya mampu membekalkan protein yang sangat baik. Ia dianggap sebagai sejenis makanan Eksotik atau Makanan Alternatif serta di beberapa negara ia juga dianggap hidangan mewah kerana rasa lemak dan sitrus yang unik. Di sesetengah kawasan pula dilaporkan yang kerengga dewasa juga dikutip untuk dijadikan makanan, walaupun telur dan larvanya lebih popular kerana teksturnya yang lebih lembut dan rasanya yang berlemak.


Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak dimana perlah melihat bagaimana sempat melihat rsepi kerengga goreng yang menjadi hidangan jenis hidangan eksotik atau pun sejenis hidangan yang unik yang popular dalam kalangan komuniti Iban dan juga kaum Bidayuh di Sarawak masa dulu. Agak unik dimana makanan ini selalu menggunakan kerengga dewasa yang di ambil dari koloninya dimana untuk memasaknya, kerengga (semut merah besar) perlu selalunya ia akan direbus terlebih dahulu bagi tujuan untuk menghilangkan rasa masamnya. Kemudian proses seterusnya ia akan digoreng sehingga kering atau sesuai di buat sambal yang dimasak sehingga garing. Dalam kes lain di laporkan dimana bahagaian telur kerengga segar berwarna putih yang di kumpulkan juga ia sering dijadikan resepi kerabu. Dijelaskan sekali lagi bagaimana cara Resepi Untuk Masak Kerengga Goreng iaitu langkah pertama dengan merebus kerengga dalam air mendidih untuk menghilangkan rasa masam atau pun 'rasa asid' dari badan kerengga. Kemudian ia di angkat dan di tapis dan ia dikeringkan kerengga setelah direbus. Proses seterusnya adalah menggoreng iaitu dengan cara memanaskan minyak secukupnya dan di goreng semua kerengga sehingga garing. Bagi menambah perisa selalunya ia boleh digaul dengan garam atau bahan perisa lain mengikut selera. Apa pun dilaporkan juga sebagai alternatif, kerengga juga popular dimasak sambal seperti Resepi Sambal Telur Kerengga atau digoreng bersama bawang dan cili untuk menambah rasa.


Menarik di kongsikan akan fakta menarik Resepi Sambal Telur Kerengga kali ini sebagai salah satu jenis hidangan ringkas menggunakan telur ayam yang dikisar bersama cili padi, cili hidup, bawang, garam, gula, dan sedikit cuka dan ia kemudian dimasak sehingga garing. Ia memberikan rasa pedas manis yang padu tanpa perlu ianya menggunakan serangga kerengga sebenar. Apa pun resepi makanan ini enak di makan begitu sahaja atau di makan dengan nasi putih atau roti. Mungkin kalangan para pembaca blog anim agro technology yang belum pernah ujirasa atau cuba makan resepi ini teringin cuba membuatnya selepas membaca artikel ini. Pertama perlu di sediakan bahan masakan terdiri daripada 10-15 biji cili padi (yang dikisar dan jumlahnya mengikut pedas di perlukan), 2-3 biji cili hidup, 4 - 5 biji bawang merah, 3 biji telur ayam (mentah), minyak masak secukupnya, garam dan gula secukup rasa dan sedikit cuka atau air asam jawa. Cara memasak dengan mengisar bahan ramuan iaitu masukkan cili padi, cili hidup, bawang merah, telur, garam, gula, cuka, dan sedikit minyak ke dalam pengisar dan dikisar sehingga halus. Memasaknya dengan terus menuangkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak (atau sedikit minyak jika perlu) dan dikacau sehingga ia garing iaitu cara kacau sentiasa dengan api sederhana sehingga sambal garing dan pecah minyak (kira-kira 10-15 minit). Bila sudah masak di angkat dan toskan minyak jika perlu dan sesuai di makan dengan nasi panas waktu makan tengahari. Penulis blog juga pernah beberapa kali berkursus dan membuat lawatan teknikal ke kebun pertanian di Laos dan pernah melihat bagaimana hidangan resepi tumis telur kerengga bersama daun pakis di hidangkan untuk jamuan makan tengahari di kampong mereka (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...

KERENGGA... SERANGGA BERGUNA...
SARANG DIPOKOK...AMAT UNIKNYA...
MAKAN PEROSAK...JADI PEMANGSA...
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 507, Micasa All-Suite Hotel,
368B, Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(12 Syawal 1447H).

Thursday, April 2, 2026

KERENGGA DAN FAKTA MENARIK (PART 1)


KERENGGA
(Oecophylla smaragdina) adalah sejenis serangga dari kategori semut yang dikenali kerana sifatnya yang selalu penulis blog lihat ia adalah agresif dan tabiatnya yang suka untuk membina sarang dari daun di lektakan di atas pokok. Apa pun serangga kerengga ini ia adalah unik berbanding dengan semut lain diatas tanah sebab ia dari jenis Pembina Sarang (Weaver Ants) dimana ia membina sarang dengan mencantumkan daun-daun hidup dipokok iaitu dengan menggunakan sejenis bahan sutera yang dihasilkan oleh larva mereka dimana ia kukuh melekat.
Sarang kerengga berbagai saiz ada yang berukuran sekitar 60 cm garispusat dengan melibatkan 6 helai daun dokong yang dicantum dengan pelekat berwarna keputihan disisi cantuman daun dan ada yang sederhana atau kecil bergantung kepada saiz koloninya. Sarang kedua agak kecil sedikit dengan ukurlilit sekitar 40 cm melibatkan 3 helai daun dokong. Selalunya saiz koloni dianggarkan bilangan kerengga dalam koloni tersebut sekitar 250 sehingga ribuan ekor daripada kerengga dewasa dan anak kerengga. Melihat dengan teliti dimana warna bagi kerengga biasanya berwarna oren atau kemerahan atau coklat berkarat bergantung kepada alam sekitar atau habitatnya. Bagi penulis blog yang banyak kali kenis gigitan kerengga sudah faham jika ia bersifat 'Agresif' dan sangat menjaga wilayahnya dan akan menggigit sesiapa sahaja yang datang atau cuba mengganggu pokok tempat tinggalnya atau sarangnya. Gigitannya selalu terasa pedih kerana kerengga dewasa akan merembeskan asid formik ke dalam luka gigitan tersebut yang menambah kesakitan. Apa pun peranan serangga ini didalam sektor pertanian penting sebab ia adalah sejenis haiwan sebaga ejen 'Kawalan Biologi' di kebun atau selalu di panggil sebagai 'Penjaga kebun' kerana makanannya ia akan memburu serangga perosak seperti ulat dan kumbang. Ini akan sekaligus membantu mengurangkan ancaman serangga perosak dan hasilnya ia menjaga kualiti buah-buahan tanpa perlu menggunakan racun kimia yang banyak. Mengenali akan habitat kerengga dimana ia selalunya akan dijumpai di kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia terutamanya pada pokok buah-buahan seperti pokok mangga, pokok rambutan, pokok jambu dan pokok hutan lainnya. Bagi  penulis blig kerengga ialah sejenis semut merah besar yang sinonim dengan kehidupan di kampung, dikenali kerana membuat sarang daripada anyaman daun di pokok dan ia  juga terkenal dengan gigitan yang pedih, namun bertindak sebagai ejen kawalan biologi yang memakan serangga perosak, sekali gus melindungi buah-buahan daripada rosak. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya  kupas mengenai beberapa fakta menarik pasal kerengga untuk di buat bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Kerengga adalah sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki ( 3 pasang) daripada keluarga Formicidae yang mana ia juga mudah dijumpa di Malaysia. Ramai orang Malaysia kenal akan serangga ini yang mana sering mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni tersebut dekat pokok dimana kerengga tinggal atau bersarang. Kerengga mempunia kasta unik dan ia  merupakan serangga yang tinggal berkoloni dengan kasta RATU, JANTAN, PEKERJA (Askar), LARVA (Anak) dan juga KEPOMPONG. Kerengga selalu ia di panggil sebagai Weaver Ants, Green Ant, Green Tree Ant dan Orange Gaster dalam bahasa Inggeris. Kerengga adalah serangga yang mempunyai 3 segmen iaitu Bahagian Kepala (Head), Bahagian Badan (Thorax) dan juga Bahagian Abdomen (Belakang). Bahagian Kepala mempunyai sepasang mata kompound yang besar dan sepasang sesungut. Organ Mata kerengga berwarna hitam di bahagian atas hadapan. Ada sepasang sesungut kerengga yang mana ia mampu bergerak-gerak dan merupakan alat penghubung penting diantara sama mereka. Kajian menunjukkan sesungut kerengga digunakan untuk berkomunikasi didalam koloni. Terdapat sepasang taring bergigi tajam di hadapan mulut kerengga. Organ taring ini merupakan senjata untama bagi kerengga pekerja (askar) untuk menyerang mangsa serta ia juga membawa makanan, membuat sarang dan pelbagai fungsi lain. Leher kerengga adalah kecil tetapi sangat kuat sehingga mampu mengangkat objek atau mangsa berkali ganda saiz dan berat. Taringnya yang tajam dan kuat mampu mengigit, mengoyak dan mampu dijadikan senjata bagi koloni kerengga. Bahagian Badan (Thorax) Kerengga mempunyai 6 pasang kaki yang kuat. Kakinya berfungsi untuk berjalan dengan kaedah pergerakan yang amat unik dan mampu berherak dengan pantas. Antara kelebihan pada kaki kerengga adalah kemampuannya untuk 'melekat' atau 'gripping power' ajaib dimana cengkamannya mampu melekat pada semua sudut pergerakan. Kekuatan kaki juga untuk membawa objek besar dan serangga mangsa yang masih hidup untuk di bawa kesarang. Kaki kerengga juga di gunakan bersama bahagian badan lain untuk kerengga 'Terbang' dari bahagian atas ke bawah kesasaran dengan baik. Bahagian tengah ini mempunyai beberapa 3 ketak dan bersambung dengan Bahagian Abdomen yang sangat ramping. Itulah sebabnya wanita cantik sering dikaitkan dengan mempunyai pinggang ramping 'Seperti Pinggang Kerengga'.


Penulis blog dapati dimana ada ramai petani dan pembaca blog ini yang bertanya adakah kerengga sebenarnya baik atau buruk untuk tanaman dan pokok-pokok dikebun. Walau pun ia mengigit dan menyakitkan namun kerengga bukan musuh sebaliknya ia adalah serangga penjaga di kebun yang menjadi salah atu kaedah dalam Kawalan Biologi peroak tanaman. Kerengga yang bersarang di atas pokok dan lazimnya memilih kawasan tinggi atas pokok dan mempunyai udara sekelilingnya bersih dan bebas daripada gangguan manusia. Kerengga lebih besar dan selalu ia agresif daripada semut lain dan sangat bermanfaat kepada kebun terutama kebun buah-buahan. Kerengga dikenali sebagai hidupan kawalan biologi yang boleh mengurangkan serangan lalat buah, kutu daun, hama, ulat pelombong daun (leafminers) dan serangga perosak yang lain. Kaedah ini ia dapat dalam mengelakkan pokok diserang penyakit serius yang dibawa oleh virus dan kulat. Kalangan petani yang ada sarang kerengga di kebun akan dapat mengurangkan beberapa kos perbelanjaan perbelanjaan racun kimia. Di beberapa negara dimana kerengga digantikan dengan racun kimia untuk dapat mendapatkan buah-buahan organik, kualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga yang lebih mahal. Kerengga bukan sahaja meningkatkan pengeluaran buah malah kualiti dan kemanisan buah juga turut meningkat. Juga berdasarkan pengalaman di negara lain dimana populasi kerengga juga telah berjaya untuk menghalau tikus dan juga ular dalam kawasan kebun. Para pekebun sebaiknya boleh kurangkan ancaman dari kerengga dengan cara memakai pakaian yang bertutup seperti sarung tangan atau memakai jenis baju lengan panjang atau seluar panjang atau kasut but getah yang sesuai. Kaedah lain adalah memberikan umpan seperti dengan meletakkan perut ayam atau lebihan ikan sebagai umpan di keliling pokok yang menjadi sarang kerengga dan kemudian kumpulan kerengga ini boleh di musnahkan dengan menyemebur racun sesuai atau membakarnya. Boleh juga mengawal populasi serangga dengan cara menyapu abu kayu pada kawasan yang terdedah seperti tangan dan kaki sebelum berkebun. Penulis blog juga pernah melihat ada kalangan petani menyapu tepung ubi kayu pada kawasan terdedah seperti tangan dan kaki sebelum mula berkebun atau ada yang menyapu larutan garam atau larutan minyak petrol pada kawasan tangan atau kaki. Sebagai petua maka boleh petani untuk semasa ingin memanjat pokok untuk mengambil buah, dimana dia boleh menabur abu kayu sesuai iaitu di kawasan batang pokok tersebut. Bagi penulis blog dimana kerengga ialah sahabat kepada kebun dan ia juga adalah merupakan penjaga setia pokok-pokok kita agar tidak diusik oleh serangga perosak.  


Kerengga (semut rangrang) terkenal dengan khasiat sebagai kawalan serangga perosak semula jadi di kebun dimana ia melindungi buah daripada lalat, dan membantu pendebungaan. Telur dan larva kerengga juga sering dimakan sebagai sumber protein yang tinggi serta digunakan sebagai umpan pancing. Ia juga berfungsi sebagai ejen biologi yang memastikan buah-buahan cantik dan tidak berulat dan lebih berkualiti. Penulis blog beberapa kali melihat begaimana kerengga di kebun membuat 'Jambatan kerengga' dimana ciri ini memang ianya sungguh unik dan mengasyikan untuk melihatnya (Sila lihat foto disebelah). Peraan kerengga senagai agen kawalan Perosak Semula Jadi bila ia bertindak sebagai pemangsa dengan memakan serangga perosak kecil dan secara tidak langsung akan mengurangkan keperluan menggunakan racun kimia pada tanaman. Kerengga akan Melindungi Buah apabila kehadiran koloni kerengga di atas pokok melindungi buah daripada serangan lalat buah dan serangga lain serta gangguan manusia yang cuba mendekatinya pasti akan diserbu dan digigit dimana perkara ini akan dapat memastikan hasil buah lebih sihat dan tidak rosak. Paling ramai kurang tahu mungkin khasiat Protein Tinggi Telur Kerengga dan larva kerengga sebagai salah satu jenis makanan eksotik yang mengandungi tinggi protein dan dikatakan mempunyai rasa lemak sesuai di abil sebagai makanan berkhasiat. Selalu melihat kalangan pemancing dimana selalu Telur Kerengga Sebagai Umpan Pancing yang sangat disukai oleh ikan darat dimana ia menjadikan ia sangat bernilai bagi pemancing ikan darat atau nelayan yang memancing seperti ikan puyu, ikan seluang dan sebagainya. Boleh di nyatakan jika sungguh pun gigitan kerengga menyakitkan sebenarnya ia adalah rakan baik pekebun dalam ekosistem kebun yang organik. Pernah baca laporan kajian dimana memakan kerengga atau telurnya (kroto) mempunyai beberapa khasiat dari sudut nutrisi dan perubatan tradisional walaupun ia mungkin kurang biasa bagi sesetengah masyarakat. Ia sebagai sumber  protin yang rendah lemak dan rendah kolesterol berbanding daging merah. Kandungan zat vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, dan zink, serta vitamin seperti Vitamin B12 yang baik untuk sistem saraf. Fakta lain dimana Asid Formik yang di kelurkan semasa gigitan akan menyakitkan luka. Dalam cara perubatan tradisional sesetengah budaya, asid ini dipercayai mempunyai sifat antibakteria dan membantu melancarkan peredaran darah. Perlu ingat jika kalangan mereka yang allergik terhadap gigitan kerengga mesti berhati-hati kerana mungkin akan mengalami tindak balas alergi yang teruk. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
IA KERENGGA... CONTOH BERGUNA...
BERSARANG DIPOKOK...KUKUHNYA...
MAKAN PEROSAK...JADI PEMANGSA...
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 507, Micasa All-Suite Hotel,
368B, Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(12 Syawal 1447H).

Wednesday, April 1, 2026

BUNGA KEMBANG 9 PAGI - APA FAKTANYA


BUNGA KEMBANG JAM 9 PAGI
(
Portulaca grandiflora) adalah sejenis bunga yang mekar sekitar jam 9 pagi atau ia juga sering juga disebut 'Bunga 10 pagi' sebenarnya ia adalah Jenis 'Bunga Ros Jepun'. Bunga Ros Jepun atau 'Bunga krokot' ini ada nama lain seperti sebagai 'Bunga Moss Rose', 'Bunga Sun Plant', 'Bunga Japanese Rose' dan 'Bunga Gelang'. Apa pun penulis blog dapat tahu jika bunga ini di laporkan ia berasal dari negara Argentina, Selatan Brazil dan Uruguay dengan banyak warna menarik yang kembang dari seawal jam 9 pagi sehingga sebelum petang. Dalam beberapa laporan jug dinyatakan jika bahagian daunnya didakwa boleh merawat luka-luka ringan. Apa pun paling menarik adalah fakta mengenai bunga ini yang mempunyai 'waktu mekar' unik pada jam 9 - 10 pagi bergantung kepada spesis sebab ia adaalah jenis bunga yang sangat peka pada cahaya matahari. Kudup bunga ini menguncup pada awal pagi dan akan mula kembang sepenuhnya sekitar jam 9 hingga 10 pagi sehingga ia kuncup semula sebelum petang. Mengenali akan ciri fizikal bunga ini dimana ia mempunyai kelopak bunga yang nipis dan berwarna-warni seperti wara Merah, Kuning, Merah Jambu (pink) dan Putih. Daunnya kecil dan berair (succulent) dimana ia selalu digunakan dalam perubatan tradisional. Tumbuhan ini memang penulis blog dapati yang tditanam di kawasan rumah sangat mudah dijaga, tahan panas dan selalunya ia menjalar.  Pembiakan sangat mudah di lakukan sendiri iaitu dengan cara melalui kaedah keratan batang (potong dahan pokok sedia ada dan di tanam dalam pasu atau tanah baru dan disiram). Apa pun memang bunga ini sangat popular ditanam sebagai hiasan taman di Malaysia kerana ketahanannya terhadap cuaca panas dan mula mekar sabaik sahaja matahari kust bersinar. Memang di Malaysia, ia juga sangat popular dengan nama Ros Jepun (Japanese Rose) atau popular di gelar sebagai 'Bunga Pukul Sepuluh' bergantung kepada waktu ia mekar sepenuhnya di sesuatu kawasan. Memang suka tengok bunga ini yang mana ia sangat peka kepada cahaya matahari sebab melihat sendiri kelopaknya akan mula terbuka apabila terkena sinar pagi dan akan menguncup atau layu kembali apabila matahari semakin terik atau menjelang waktu petang.  Pokok ini jenis renek, menjalar dan mempunyai daun yang kecil serta berair (succulent) dimana keluar dalam pelbagai warna terang seperti merah, merah jambu, kuning, oren dan putih juga dengan warna kuat. Selain selalu di tanam sebagai penyeri landskap dan taman rumah serta ta,man rekreasi dimana sifatnya yang tahan panas serta mudah dibiakkan melalui keratan batang menjadikan ia memang popular. Artikel tengahari  ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis pasal beberapa fakta dan kisah menarik bunga kembang 9 pagi untuk bacaan dan rujukkan semua.

 
Bunga kembang 9 pagi merujuk kepada tanaman jenis Portulaca grandiflora atau popular dengan nama bunga pukul 10 pagi atau bunga krokot atau moss rose, yang mekar sekitar jam 8-10 pagi dan tutup menjelang petang. Jenis-jenisnya boleh ia dibezakan melalui warna dan bentuk mahkota bunga yang meriah seperti merah, kuning, putih, dan merah jambu, serta ada yang berbunga tunggal atau bertumpuk (double). Bunga ini akan mekar dengan sempurna apabila terkena cahaya matahari (biasanya sekitar jam 9 pagi) dan menutup apabila hari mulai petang atau mendung. Menganali akan varieti atau jenis dimana ia di bahagikan kepada Jenis Bunga Tunggal (Single) dan Jenis Bunga Bertompok (Double). jenis tunggal di lihat ia hanya mempunyai satu lapisan kelopak sementara yang double di lihat ia mempunyai kelopak yang berlapis-lapis dan kelihatan seperti mawar kecil. Dari ciri warna ianya sangat pelbagai termasuklah dari warna kuning cerah, merah hati, merah jambu, oren, putih dan juga warna campuran (dua tone warna yang indah). Aspek kelebihan pokok hiasan ini dimana ia sangat mudah ditanam, tahan panas dan amat sesuai untuk ia dijadikan tanaman hiasan gantung atau penutup bumi. Apa pun mengikut jenis dimana bunga kembang 9 pagi, yang juga  mempunyai beberapa varian utama yang sering ditanam oleh peminat pokok bunga di Malaysia. Jenis popular termasuk Jenis Ros Jepun (Japanese Rose) iaitu ia yang paling biasa ditemui dimana ia mempunyai kelopak bunga yang berlapis-lapis seakan-akan bunga ros kecil. Jenis Portulaca Daun Runcing (Duna) pula ia mempunyai daun yang berbentuk runcing dan kecil dan bunganya biasanya mempunyai satu lapis kelopak sahaja (single petal) tetapi hadir dalam pelbagai warna terang. Jenis Portulaca Daun Bulat (Samba) pula ia Mempunyai daun yang lebih lebar dan berbentuk bulat/leper berbanding jenis runcing. Apa pun bunga ini mempunyai kepelbagaian warna yang sangat luas, termasuk merah jambu, merah, putih, kuning, oren, dan juga jenis 'bicolor' atau cirinya ia mempunyai dua warna dalam satu kelopak. Sifatnya yang mana ia akan mula menguntum sekitar jam 9 pagi dan terus berkembang penuh pada jam 10 pagi apabila menerima cahaya matahari yang cukup. Bunya ini sangat tahan panas dan mudah membiak melalui keratan batang sesuai di jadikan tanaman hiasan semua peminatnya.


Penulis blog akan kongsikan 20 fakta mengenai Bunga Pukul 9 untuk dapat pemahaman lebih baik. Ini kerana selain ia adalah tanaman hiasan yang cantik, lebih tahan panas, mudah dijaga dan sebenarnya ia juga melambangkan semangat hidup. Bunga dengan nama saintifik Portulaca grandiflora ni ia lebih dikenali sebagai bunga pukul 9 atau 'Moss rose' diamam ia akan mekar mengikut waktu atau biasanya mekar sekitar jam 8-10 pagi dan tutup menjelang petang. Dilaporkan ia adalah jenis tumbuhan semusim iaitu hanya hidup satu musim sahaja (one cycle crop) akan tetapi mudah tumbuh semula melalui biji. Fakta keempat dimana ia sangat tahan panas dimana ia juga sangat sesuai dengan iklim panas dan cahaya matahari penuh. Ia juga tahan kemarau sebab pada bahagian daunnya menyimpan air seperti sukulen. mempunya jenis batang yang lembut iitu batangnya berair, menjalar atau tegak setinggi 15 hingga 30 cm. Dianalisa di mana pada daun ia berdaging dan berbentuk seperti jarum kecil, tebal dan menyimpan air. Kelapan faktanya dimana ia mempunyai bunga berwarna cerah seperti warna Merah, kuning, putih, pink, oren dan kombinasi warna. Ia mudah ditanam dan boleh dibiakkan melalui biji atau keratan batang. ke 10 adalah tumbuhan ini memang ia sepat berbunga dan ia biasanya berbunga dalam masa singkat jika cukup matahari. Ia sesuai tanaman hiasan dimana di Malaysia ia pppular untuk landskap, pasu gantung dan taman-taman di sekeliling rumah atau di taman rekreasi. Ia juga mampu menarik serangga pendebunga seperti lebah, kelilit, semut dan rama-rama. Seyerusnya pada buahnya ia mengandungi banyak biji bersaiz  kecil, bulat dan mudah tersebar. Memang ia satu keluarga sama dengan krokot atau pun ia berkait dengan Portulaca oleracea (pokok gelang pasir). Ke 15 dimana ia memang boleh dimakan (spesies tertentu) dimana ada spesies keluarga Portulaca digunakan sebagai sayuran yang berkhasiat. Ia juga ada digunakan dalam perubatan tradisional seperti untuk rawat masalah kulit, kes bengkak dan kes keradangan. Ia di laporkan memang mengandungi antioksidan dan zat lain termasuk Vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit. Sering di gunakan secara luaran dan di buat jus daun digunakan untuk luka ringan dan gigitan serangga. Ia merupakan smbol ketahanan dan juga ia melambangkan kekuatan hidup walaupun dalam keadaan panas. Akhir sekali ke 20 adalah bunga ini memang cara untuk penjagaan mudah dimana ia tidak perlu siraman kerap dan sesuai untuk pemula serta kurang serang perosak dan penyakit seperti tanaman hiasan lain.

 
Menarik dalam portal bharian dimana kisah 'Taman tular bunga 10 pagi' yang cantik wajar di kongsikan fakta dan kisahnya apabila ditanam r
ibuan ‘bunga kembang 10 pagi’ atau ros Jepun melitupi laman di rumah pusaka di Kampung Parit Haji Said, Kuala Kurau, Perak. memang dari jauh kelihatan jelas ribuan kuntuman bunga kecil berwarna-warni menghiasi perkarangan di sebuah rumah kampung ini, umpama berada di dalam taman indah nan permai. Sesiapa sahaja melewati kediaman di Kampung Parit Haji Said, Kuala Kurau, Perak, ini pasti teruja melihat beribu-ribu bunga ros Jepun atau dipanggil 'pokok bunga kembang 10 pagi' ini mekar merimbun. Apa pun disebabkan kerana keindahannya, ramai penduduk kampung atau orang luar melihat laman ini pasti akan bertanya sama ada ia tman boleh dikunjungi awam. Ternyata kewujudan ribuan ros Jepun pelbagai spesies, iaitu carnation, duna, grande dan jambul menjadikan laman asal, kawasan kilang memproses sekam padi itu yang sudah dilupakan sejak dua dekad lalu, kini kembali mencuri perhatian. Penduduk di Kampung Parit Haji Said ini, pasti akan menoleh kagum melihat ros Jepun beraneka warna memenuhi laman seluas lebih 150 meter persegi, selain singgah untuk mengambil gambar dan video. Apa pun salah seorang anak pewaris rumah itu, Nurhaslinda dakwa dimana kelopak bunga ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca grandiflorani mula menguntum setiap jam 9 pagi dan kelopak berkembang sepenuhnya, jam 10 pagi, sudah menjadi tular di kampung itu dan laman sosial. Sekitar jam 3 atau 4 petang dimana ros Jepun kembali menguncup kelopaknya dan ketika itu hanya kelihatan seperti rumput permaidani. Tumbuhan hiasan berwarna merah, ungu, kuning, jingga, putih dan merah jambu ini, digemari ramai kerana tahan lasak, mudah dijaga serta subur, meskipun jarang dibaja dan disiram air ketika cuaca panas atau dua hari sekali dan apabila daunnya kelihatan lebih merimbun daripada bunga dan ketika itu kita tabur baja kopi. Dia yang sebagai pensyarah Kejuruteraan Mekatronik sebuah kolej, mengakui gemar bunga terutama selepas ibunya, yang juga pewaris rumah itu, Halimah Yusuf menanamnya ketika mereka menetap di Bayan Baru, Pulau Pinang. Ibunya hanya menanam di atas tanah sekangkang kera di kediaman keluarganya. Dakwanya ibarat 'membalas dendam', ibunya memenuhkan laman rumah pusaka dengan aneka spesies ros Jepun, selepas mereka sekeluarga kembali menetap di Kampung Parit Haji Said sebaik suaminya, Mohd Sanusi Basir, bersara, pada Disember 2018. Rumah pusaka tinggalan datuk dan neneknya memang ia mempunyai cerita yang tersendiri pada era 1950-an. Dulu dimana rumah itu menjadi tempat berkumpul penduduk Kampung Parit Haji Said kerana satu-satunya ada televisyen. Ketika itu seperti panggung wayang apabila ramai penduduk kampung datang menonton program kegemaran dengan bayaran 20 sen.


Dalam kesibukan mengurus laman rumah pusaka lebih 150 meter persegi ini memberikan terapi minda yang baik. Ia dibina di kawasan kilang padi milik Yusuf, kediaman itu turut menjadi gelanggang badminton dan ramai penduduk datang bermain dan beriadah. kemudian selepas datuknya meninggal dunia, ibu membawa nenek menetap bersama di Pulau Pinang. Sejak hampir dua dekad kediaman itu dibiarkan kosong hingga menjadi sarang kaki dadah. Dalam mengurus bunga itu dia menganggap tugas mudah dan kosnya murah kerana hanya perlu beli batangnya berharga RM60 dimana ketika mula ditanam, ibu beli 10 keratan batang ros Jepun berharga RM5 dan kemudian saya belanja RM50 untuk tambah spesies. Apa pun selepas sebulan, keratan batang baru akan naik dan dicantas. Kami tidak buang dan tanam di tempat lain sehingga akhirnya laman itu dipenuhi ribuan bunga. Istimewanya ros Jepun tidak berbunga mengikut musim dan mengambil masa singkat untuk berbunga, malah ada spesies tertentu berkembang mekar sepanjang petang. Ros Jepun juga boleh ditanam di dalam pasu tetapi jika tidak rajin menggemburkan tanah dan mencabut rumput sebab ia cepat mati. Dia juga memang kerap memuat naik gambar dan video mengenai tamannya dalam kumpulan penggemar bunga ros Jepun di Facebook turut mendapat maklum balas baik, termasuk berkongsi ilmu serta maklumat mengenai tanaman itu. Tanam ros Jepun di atas tanah mudah dapat cahaya matahari dan kena sentiasa dicantas dimana dari jauh, ros Jepun di atas tanah kelihatan cantik kerana tumbuh meninggi tetapi ramai yang berkongsi mengenai kebarangkalian terjumpa ular atau lipan. Saya pastikan ia dicantas supaya ketinggian tidak melebihi buku lali.  Kelemahan menanam di atas tanah ialah bunga akan sama naik dengan rumput dan lalang jadi kalau tidak dicabut, jangka hayatnya tidak akan lama. Kerja awal menyemai benih bunga, mencantas batang, daun, membaja dan menyiram air mungkin dilihat sebagai komitmen yang membebankan, apatah lagi jika membabitkan kawasan yang luas. Bagi peminat bunga ros Jepun yang datang melihatnya akan dapat  memberikan terapi minda yang baik dimana dia berhasrat cara menghias laman dengan bunga-bungaan sebagai sebahagian cara menggamit memori dengan ibunya. Apa pun anak bongsu daripada tiga beradik itu dakwa minat menanam bunga dan bercucuk tanam bermula sejak kecil apabila terbiasa membantu ibunya, mengerjakan laman rumah pusaka diberi panggilan, Pak Yop Kilang Padi, seawal selepas subuh setiap hari. Dulu tapak bersebelahan rumah pusaka itu dibina kilang padi dimiliki ayahnya, Yusuf Ali, jadi laman rumah sengaja dibiarkan luas bagi mengeringkan padi dimana rutin setiap pagi saya dan ibu setiap hari duduk di laman mencabut rumput dan mencantas pokok bunga yang meninggi, selain tanaman terjaga dan tiada rumput. Sebab itu juga apabila anak bertanya, apa lagi mahu dibuat selepas kerja pembaikan dan pengubahsuaian rumah pusaka selesai, saya terus maklumkan mahu penuhkan halaman rumah ini dengan ros Jepun. Dia kini gembira dan sibuk dengan aktiviti bercucuk tanam, meskipun bukan kerja mudah kerana mengerjakan laman luas dimana ia agak memenatkan, tetapi kekal sihat dan saya kurang jatuh sakit. Selain bunga dilohat di sekitar kawasan rumahnya juga pokok ditanam pokok pisang, delima, mempelam, jambu bola dan sayur-sayuran seperti cili, kacang panjang, kacang botol serta terung. 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
BUNGA KEMBANG 9 PAGI...APA DIA...
MUDAH DI TANAM...BANYAK WARNA...
DALAM TAMAN... SANGAT INDAHNYA...
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syawal1447H).
Posted from:
Room 507, Micasa All-Suite Hotel,
368B, Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...